IKLAN BANNER RM20-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Februari 10, 2010

Najib,berilah juga peluang kepada MB Pakatan




Give all a chance

Oleh Roslan SMS Corner

Saya tertarik dengan tajuk akhbar The Star hari ini yang menyiarkan ulasan Perdana Menteri Najib Tun Razak terhadap keputusan 5-0 Mahkamah Persekutuan semalam. Akhbar itu membawa tajuk:

Give Zambry a chance, says Najib
(Beri Zambry peluang kata Najib)

Beliau berkata dengan keputusan ini Zambry sepatutunya diberi peluang memimpin Perak dan sebarang masalah atau ketidakpuasan hati terhadap pentadbiran BN Perak dibawa pada PRU akan datang.


Bagi saya itu saranan yang bijak cuma malangnya kenapa hanya di Perak? Kenapa tidak begitu juga di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor? Sepatutnya beliau juga menyarankan:

Give Nik Aziz, Azizan, Guan Eng and Tan Sri Khalid a chance!

Macam mengapa di negeri-negeri Pakatan Rakyat ini kerajaan Persekutuan BN terus menganggu dan tidak memberi kebebasan pada kerajaan-kerajaan negeri pilihan rakyat mentadbir negeri masing-masing.

Contohnya mengapa perlu ada JKKKP apabila kerajaan negeri sudah melantik JKKK nya? Mengapa peruntukkan kepada kerajaan-kerajaan negeri ini disekat-sekat? Mengapa kerajaan negeri tidak dilibatkan dalam program Persekutuan di negeri masing-masing? Mengapa apabila PM dan Menteri turun ke negeri-negeri ini, kerajaan negeri dianak-tirikan?

Benar beri peluang pada Zambry, tapi jangan pula dipinggirkan Nik Aziz, Azizan,Guan Eng dan Tan Sr Khalid. Sebagai PM Najib perlu sedar bahawa kerajaan-kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor juga sah dan perlu dihormati dan diberi pengiktirafan. Negeri-negeri ini semua membentuk Persekutuan Malaysia,oleh itu sebagai PM Persekutuan beliau perlu adil dan saksama pada semua negeri-negeri yang bernaung di bawah Persekutuan.

Kalau BN Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor ghairah sangat mahukan kuasa, tunggu-tunggulah sehingga PRU ke 13 nanti apabila rakyat keluar kembali untuk membuat keputusan. Sementara itu hormatilah keputusan rakyat dimana-mana pun.

http://n32.blogspot.com/


BEKERJA SECARA SAMBILAN ATAU SEPENUH MASA DI RUMAH
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Bukan 40, 2 orang sahaja yang sertai Umno


Gambar:
Nizam (kanan sekali) bersama Kamarul Hatta, Ustaz Ramlang dan ahli AMK, selepas satu majlis di Paya Kechik baru-baru ini


TEMERLOH: Ketua PKR Cabang Temerloh, Ahmad Nizam Hamid menafikan 40 ahli parti itu menyertai Umno, sebaliknya hanya melibatkan dua, tiga orang ahli tidak aktif dari Lanchang.


Menurut Nizam, selebihnya apa yang berlaku ialah ‘drama’ yang sengaja dipermainkan iaitu ‘orang Umno masuk Umno’.

“Saya merujuk kepada berita disiarkan dalam akhbar Sinar Harian semalam (8 Februari) yang memaparkan 40 orang ahli PKR keluar parti. Semakan kami daripada maklumat yang diperolehi, hanya 2 – 3 orang sahaja daripada jumlah tersebut merupakan ahli PKR manakala selebihnya adalah ahli Umno yang masuk parti itu semula. Yang selebihnya tidak pernah menjadi ahli parti”.

“Sedangkan 2 – 3 orang tersebut keluar Umno sewaktu pilihan raya umum (PRU) 12 yang lalu dan bukanlah merupakan ahli. Nampaknya Umno masih menggunakan taktik lama iaitu mengerahkan ahlinya mengisi borang Umno seolah-oleh mereka keluar PKR. Inilah taktik lapuk dan usang untuk menunjukkan kononnya ramai yang keluar,” tegasnya.

Akhbar Sinar Harian Isnin menyiarkan berita seorang bekas ahli PKR Lanchang, Abdul Hamid Jantan (ahli Umno yang menyertai PKR pada PRU lalu) telah mengetuai kira-kira 40 penduduk Lanchang menyertai Umno kerana yakin dengan keikhlasan parti itu dalam membela nasib orang Melayu.

Borang diserahkan secara beramai-ramai kepada Naib Ketua Umno Bahagian Temerloh, Anwar Yunus (saksi rasuah Norza Zakaria).

Nizam berkata, pada masa yang sama PKR Temerloh telah menerima lebih daripada 200 ahli baru dari Dun Lanchang sahaja dalam tempoh dua bulan kebelakangan ini. Borang keahlian telah diserahkan dalam satu majlis pada 17 Januari yang lalu.

“Kami menjangkakan akan menerima lebih ramai ahli baru dengan lebih pesat lagi berikutan kes fitnah liwat 2 terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim”.

“Orang ramai termasuk ahli Umno melahirkan kejelekan hati mereka dan langsung tidak percaya akan tuduhan fitnah jahat terhadap Anwar”.

Tambah Nizam, PKR Temerloh menegaskan bahawa kemasukan 2- 3 orang ahli ke dalam Umno tidak menjejaskan langsung kekuatan parti malah akan terus bergerak bagi mempastikan kerusi Dun Lanchang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

sidangonline


BEKERJA SECARA SAMBILAN ATAU SEPENUH MASA DI RUMAH
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Penulis blog aibkan Nik Aziz dan Anwar, ditahan

Abdul Rahim Sabri
Feb 10, 10


Penulis blog yang memaparkan foto yang diubahsuai yang menunjukkan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam keadaan yang mengaibkan, telah ditahan semalam.

Sumber polis Kelantan mengesahkan kepada dia ditahan selepas menyerah diri di ibu pejabat polis kontinjen Johor Bahru.

Menurutnya, penulis blog lelaki berumur sekitar 40-an itu ditahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Pihak polis akan menjalankan siasatan di sana terlebih dahulu," kata sumber sambil menambah bahawa penulis blog itu masih ditahan di Johor Bahru.

Ahad lalu, Setiausaha Keselamatan PAS Kelantan Mejar (B) Mohamad Ibrahim membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu terhadap tindakan blogger tersebut.

Mohamad dilaporkan berpendapat tindakan penulis blog itu adalah bersifat provokatif dan bertentangan dengan undang-undang.

Sementara itu, Star online hari ini melaporkan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff mengesahkan penahanan penulis blog itu dan menurutnya, siasatan lanjut akan diuruskan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan.

Penahanan penulis blog itu adalah penulis yang kedua ditahan tahun ini selepas Khairul Nizam Abdul Ghani atau dikenali sebagai Aduka Taruna ditahan pada 29 Januari lalu.

Khairul Nizam yang berasal daripada Rumah Rakyat Pancor Paroi, Negeri Sembilan, kemudiannya dihadapkan di Mahkamah Seksyen Seremban kerana didakwa memaparkan dalam blognya tulisan yang mengaibkan Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail.

Dia dituduh didakwa di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
malaysiakini


BEKERJA SECARA SAMBILAN ATAU SEPENUH MASA DI RUMAH
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Blog Archive

PENGHARGAAN