Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

Kasi like saja apa ada hal...

Biaqpila on Facebook
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, November 29, 2008

BAS TERBALIK




Kuala Lumpur 29 Nov Sebuah bas ekspres terbalik di km 420 Lebuhraya Utara Selatan berdekatan susur keluar ke Bukit Tagar petang tadi. Kejadian berlaku ketika jalan basah ekoran hujan lebat. Bas yang dalam perjalanan dari arah utara ke selatan tersebut dipercayai terbabas sehingga terbalik melintang di tengah lebuhraya. Kesesakan hampir 3 km telah berlaku di kedua-dua arah lebuhraya.Tidak dapat dipastikan berapa ramai yang tercedera atau terkorban, kerana kejadian ini diperhatikan saja oleh Krew Ronda Biaqpila yang sedang dalam perjalanan ke Pulau Pinang untuk membuat liputan sempena Pesta Pulau Pinang yang bermula hari ini di Sungai Nibong.

BOGEL KAT RUMAH TAK PAYAH PERMIT


“Kalau niat mereka semata-mata untuk itu (berbogel di khalayak umum), maka polis tidak akan mempertimbangkan sebarang permohonan daripada mereka... kalau nak bogel, bogellah di bilik rumah sendiri...yang itu boleh,” kata Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar kepada pemberita selepas menerima alat ujian saringan awal air kencing bagi mengesan penyalahgunaan dadah jenis ketamin daripada Persatuan Jaksa Pendamai (JP)Selangor di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPPK) Selangor,semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden Reformis, Ramlan Abu Bakar baru-baru ini yang mahu meneruskan demonstrasi berbogel itu sebagai tanda bantahan kepada kerajaan negeri yang menaikkan kadar sewa penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR) daripada RM124 kepada RM250 sebulan.

Macam-macam ada...kalau nak buat jugak biar yang nak berdemo tu pompuan belaka,lepas tu masuk buletin 3 suku kita pakat-pakat tengok, kalau lelaki nak buat apa...kagh kagh kaghh...changlooon betul la idea depa ni...

Patut-patut la nak berdemo pun.Cantik sangat ke badan dengan barang nak tunjuk kat orang.Kalau jadi demo ni, berapa lama nak berbogel tu? Dari pagi sampai petang ke beb? Masuk angin la...gila..gila...lucah betul la idea hang pa ni..Tengok gambar kat atas tu pun kira sensor masih ada cawat, kalau bogel habis mau lalat pakat hurung penuh keliling..masam...pttuihhhh!!!!!!Tapi lalat hijau pun pikiaq 18 kali juga nak pi hurung, takut terhidu asid kurap berkulat....

Jumaat, November 28, 2008

Timbalan Menteri Pelajaran meninggal dunia



KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail meninggal dunia secara mengejut di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands dekat sini kira-kira 6.30 petang tadi.


Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom ketika dihubungi Bernama, hari ini.


Difahamkan Razali, 59, yang juga anggota Parlimen Kuala Terengganu rebah ketika bermain badminton di institut itu.


Alimuddin berkata, jenazah Allahyarham akan dibawa ke Hospital Bentong, Pahang.


Razali meninggalkan seorang isteri Datin Nooraini Lob Yusoff dan lima anak.


Sementara itu, seorang kakitangan institut itu berkata ketika kejadian, Razali sedang bermain badminton di situ untuk beriadah dengan beberapa kakitangan institut berkenaan.


"Dia tidak ada acara spesifik di situ tetapi dia datang untuk berekreasi," katanya. Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika dihubungi pula berkata kematian Razali merupakan satu kehilangan besar kepada kementeriannya.


"Terlalu sedih...Ia satu kehilangan besar," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS). Hishammuddin berkata beliau sedang menguruskan jenazah Allahyarham di tempat kejadian.

MSTAR

GAMBAR2 SERANGAN DI MUMBAI











Pesawat Tentera Khas Bawa Balik Rakyat Malaysia Yang Terkandas Di Bangkok



Oleh D. Arul Rajoo

BANGKOK, 28 Nov (Bernama) -- Kedutaan Malaysia di Bangkok sedang mengatur untuk menyediakan sebuah pesawat tentera khas bagi membawa balik rakyat Malaysia yang terkandas di Bangkok berikutan dengan Lapangan Terbang Suvarnabhumi dan Don Muang di ibu negara ini ditutup sejak Isnin lepas oleh pemprotes anti-kerajaan.

Seorang jurucakap kedutaan berkata mereka yang mampu untuk pulang dengan pesawat komersial dinasihatkan berbuat demikian kerana tempat duduk di pesawat khas ini adalah terhad.

"Bagi penerbangan tentera khas, semua rakyat Malaysia yang memerlukan dinasihati menelefon nombor hotline kedutaan untuk mendapatkan maklumat dan penyelarasan terkini. Kita akan memaklumkan dengan segera mengenai pelepasan pesawat tentera itu," katanya.



Memandangkan keadaan tidak menentu di Bangkok, kedutaan itu telah membuka bilik operasi yang dibuka 24 jam dan nombor yang boleh dihubungi ialah (+66) 2629 6808 atau (+66) 2629 6800 samb. 4106.

Pegawai itu berkata mereka yang ada tiket Malaysia Airlines (MAS) hendaklah menghubungi syarikat itu kerana ia akan beroperasi pada Jumaat, sebuah pesawat dari Kuala Lumpur ke Utapao, berhampiran dengan Pattaya untuk membawa balik beratus-ratus penumpang di Bangkok.

Pengurus Kawasan MAS bagi Thailand, A. Vijayakumaran, berkata dua lagi penerbangan akan beroperasi Sabtu ini, menggunakan pesawat Airbus dengan kapasiti 290 penumpang, berbanding muatan biasa iaitu 144 orang.

Jabatan Penerbangan Awam Thailand bersetuju membenarkan penerbangan ini menggunakan lapangan terbang itu, yang terletak kira-kira 140km dari Bangkok, berikutan dengan penutupan Lapangan Terbang Suvarnabhumi dan Don Muang di ibu negara ini sejak Isnin lepas oleh pemprotes anti-kerajaan.

Vijayakumaran berkata pesawat MH782 pada Jumaat akan berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 3.15 petang dan tiba di sini pada pukul 16.20 petang (waktu Thai), sementara MH783 akan berlepas pulang pada pukul 5.10 petang dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada pukul 8.15 malam.

Pada Sabtu, MAS akan beroperasi dengan dua pesawat, bermula dengan MH784 berlepas pada pukul 9.10 pagi dan tiba di sini pada pukul 10.15 pagi (waktu Thai) dan berlepas pulang dengan MH785 dari Utapao pada pukul 11.10 pagi

Pesawat kedua (MH788) akan berlepas dari KLIA pada pukul 12.25 tengah hari dan tiba pada pukul 1.30 petang sementara pesawat pulang (MH789) dijadual berlepas pada pukul 2.15 petang (waktu Thai) dan tiba di KLIA pada pukul 5.25 petang.

Untuk pertanyaan, mereka boleh menelefon pejabat MAS di Bangkok (+66) 2263 0572 atau (+66) 2263 0565 sehingga 71 (hunting line), serta Pusat Panggilan 24 jam MAS di 1 300 88 3000 di Malaysia.

-- BERNAMA

Rakyat dijemput ke Kongres KeADILan


Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) akan menganjurkan Kongres Tahunan pertama selepas kemenangan terbesar kuasa rakyat pada 8 Mac lepas.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi Keadilan, Badrul Hisham Shaharin dalam laman blognya Kongres yang bakal berlangsung pada 28 hingga 30 November ini adalah kongres terbesar dan bersejarah untuk meraikan kemenangan rakyat. Kongres di Stadium Melawati ini akan menjadi himpunan perpaduan terbesar rakyat Malaysia.

Seramai tidak kurang dari 4,000 perwakilan dan pemerhati dijangka menghadiri Kongres ini dan tidak kurang dari 20,000 orang akan menghadiri ucaptama Penasihat parti itu Dato' Seri Anwar Ibrahim pada 29 November jam 8.00 malam di Stadium Melawati, Shah Alam, katanya.

Perbagai isu akan digarap dan dibahaskan termasuk isu 16 September, isu bahasa, ekonomi dan prestasi pentadbiran kerajaan PR khususnya Selangor.

Seluruh rakyat Malaysia juga dijemput sebagai pemerhati 'umum' untuk mengikuti kongres tersebut.

Gerai Rembau di Karnival Rakyat

Seiring dengan itu akan diadakan satu Karnival Rakyat. Selain dari gerai jualan dan pameran, Karnival Rakyat yang diadakan di luar stadium sepanjang kongres berlansung turut menampilkan persembahan kebudayaan perbagai etnik dalam negara ini.

Bahagian Rembau akan membuka sebuah gerai dalam karnival tersebut. Semua dijemput ke Gerai Bahagian Rembau. Pengunjung ke gerai akan disajikan Pameran bergambar yang mengenengahkan aktiviti keADILan di Rembau.

Turut diadakan ialah jualan amal. Di mana hasil jualan tersebut akan disalurkan kepada Pusat Khidmat Rakyat Rembau bagi menampung aktiviti bantuan dan kemasyarakatakan yang sememangnya menjadi teras utama aktiviti keADILan di Rembau.

Perbagai barangan boleh didapati dengan harga lebih murah dari pasaran seperti 'Butterfly Masagger', Jus Manggis, Tshirt Reformasi dan perbagai cenderahati.

Kepada sesiapa yang ingin menyumbangkan Pakaian Terpakai, Alat Permainan Terpakai, peralatan sekolah (beg, kasut dan buku) juga boleh berbuat demikian di gerai tersebut. Barangan tersebut untuk disalurkan kepada mereka yang benar - benar memerlukan.-Hrkh

Khamis, November 27, 2008

Kisah MP pakatan yang suka menyampuk dan Speaker yang senget sebelah



Oleh Mohd Sayuti Omar

ADA waktu-waktu sikap ahli Parlimen pembangkang begitu keras dan menjolok mata. Banyak yang saya kurang setuju dengan telatah dan penampilan sesetengah ahli Parlimen pembangkang, terutamanya yang suka menyampuk percakapan ahli lain. Perangai suka menyampuk ini tidak mudah untuk dibuangkan mungkin perangai ini diwarisi sejak dari mereka kecil lagi. Perangai asal penyakiti keturunan!

Pantang orang bercakap dia menyampuk, lepas itu dia ketawa. Macam main-main saja, tidak serius dan menggambarkan seorang ahli profesionali! Disebabkan perbuatan yang kurang manis inilah kadang-kadang isu yang penting terbiar begitu saja dan isu lain yang remeh temeh pula diperdebatakan bagaikan nak rak. Berlakunya perbalahan sehingga menjadikan Parlimen macam pasar ikan gara-gara perbuatan suka menyampuk tidak senonoh ini.

Dalam perhatian saya ada beberapa orang ahli Parlimen yang terkena saka penyakit ini. Mereka datang dari kedua belah pihak, pembangkang dan juga pihak kerajaan. Kewujudan ahli suka nyampuk ini sering kali ada pada setiap kali penggal Parlimen. Semacam species ini senantiasa saja ada dan sukar pula untuk dibasmikan. Mereka menjadi pelengkap Parlimen Malaysia.

Dari pihak pembangkang, ahli yang suka menyampuk ialah ahli Pokok Sena dan Padang Serai. Mereka ini terkenal dengan karektor menyampuk ini. Mereka tidak boleh mendiamkan diri ada-ada saja yang beliau nak celah dan sampuk orang yang bercakap. Malahan sikap ahli Padang Serai lagi dering apabila beliau boleh melangkah menghampiri speaker dan membisikan sesuatu. Beliau menjadikan speaker seperti rakan main gulinya semasa kecil.

Begitu juga dengan wakil Pokok Sena. Perangainya melucukan! Pernah seorang wakil Kerjaaan menyamakan telatah beliau seperti binatang atas pokok. Bahasa yang dikeluarkan juga kurang beradab dan tidak menandakan ciri-ciri seorang wakil Islam. Kononnya dengan menyampuk itu dia melawak, tetapi lawakan itu menyerlahkan dirinya yang sebenarnya.

Baik kalau mereka berdua (Padang Serai dan Pokok Sena) ini selepas habis ahli Parlimen atau sesudah tidak menang dalam pilihan raya kelak mereka bergabung tenaga tubuhkan kumpulan lawak boleh ganti Jamali Shadat dan Hamid Gurkha.

Manakala di pihak kerajaan pula dua juga ahli yang dikenali terkenal dengan menyampuk dan suka menjerit dan memperli ahli lain. Mereka ialah wakil dari Kinabatangan dan Batu Pahat. Kadang kala jeritan mereka mengalahkan ungka dan orang utan dalam rimba. Keadaan mereka menjadikan spekaer, pusing kepada dan terpaksa membekalkan panado dalam saku setiap kali melangkah masuk ke Parlimen.

Kelantangan melampau mereka ini menyenakkan telinga pemerhati mendengar. Pernah sekali wakil dari Batu Pahat kerana vokal tidak menentunya diherdik oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim. Anwar memintanya supaya belajar agama dan tahu berada bila bercakap atau berhujah.

Jadi kedua pihak ada wakil-wakil yang layak berada dalam kandang serkas. Bagaimana pun dalam melayani watak-watak dan telatah ini ada semacam tidak kena dilakukan speaker. Speaker seperti tidak bersikap adil dalam hal ini dan menggunakan kuasanya sebagai Speaker untuk melakukan diskrimiansi dengan membela ahli Parlimen Kerajaan dan muda terasa dan bertindak ke atas ahli pembangkang.

Benar ada kalanya lagak pembangkang melebih-lebih tetapi apa kurangnya dengan ahli Parlimen kerajaan. Namun yang selalu dikenakan hukum ialah ahli pembangkang. Tindakan memberi gambaran tidak baik kepada seorang sepeaker yang harus adil, bijaksana dan peka dengan keadaan.

Misalnya kejadian siang tadi di mana menyebabkan ahli Puchong, Gobind Sing Deo digantung sidang selama dua hari adalah kesilapannya bermula dari tindakan speaker yang tidak adil dan bersikap senget sebelah dalam tindakannya.

Jelas dalam sidang tadi Timbalan Speaker Wan Junaidi Tuanku Jaaffar gagal menjadi speaker yang bijak dan terpalit dengan emosi dalam melayan ahli Puchong itu. Beliau sepatutnya tidak bertindak menggantung wakil Puchong berkenaan berdasarkan amarah tanpa fakta yang kemas.

Beliau harus meneliti kenapa wakil Puchong itu jadi emosi dan menjerit-jerit macam orang kejar pencuri. Puncanya ialah dari speaker sendiri. Keputusan dibuat Wan Juniaidi untuk tidak meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga ahli Parlimen Padang Rengas, Mohamad Nazri Aziz supaya meminta maaf atas kekhilafannya adalah kurang tepat.

Alasan digunakan beliau kerana Nazri tidak berniat hendak mengeliru dan berbohong di Parlimen berhubung kedudukan kelima hakim yang menerima bayaran ex-gratia sebanyak RM10.5 juta itu tidak kena dan relevan dengan apa yang berlaku.

Mungkin betul Nazri tidak berniat begitu dan tidak perlu dihadapkan ke jawatankuasa khas Parlimen. Tetapi dengan memutuskan begitu saja tanpa memberi apa-apa amran kepada Nazri yang tidak peka dengan fakta itu tidak adil. Kalau Wan Juniadi bijak beliau harus memanggil Nazri agar memohon maaf kepada Parlimen atas kesilapan itu. Contoh klasik yang beliau petik hal sama pernah dilakukan oleh ahli Parlimen negara asing juga tidak menyakinkan untuk menerima tindakannya Nazri atau beliau itu sebagai betul.

Begitu juga alasan diberikan Wan Junaidi yang Nazri tidak tahu mengenai fakta bukan jalan penyelesaian. Jawaban itu sendiri menjelaskan Nazri gagal menjalankan tuagsnya sebagai Menteri. Sepatutnya selaku menteri Nazri tahu segala maklumat itu (berhubung pembayaran ex-gratia dan kedudukan hakim yang menerima wang itu) dan kalau beliau confius beliau boleh menangguhkan menjawab persoalan itu. Beliau selilidiki dulu kemudian baru memberi jawaban.

Apa yang dilakukan Timbalan Speaker menggantungkan wakil Puchong dan tidak memanggil wakil Padang Rengas itu satu tindakan bagi menyelamatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu. Ada benarnya juga bila wakil Puchong memperkatakan yang speaker cuba melindungi Menteri di Jabatan Perdana Menteri?

Kesimpulannya setiap keributan yang berlaku dalam Parlimen (kecuali dilakukan si penyampuk) adalah kesilapan dan kelamahan speaker juga. Ada kalanya speaker sendiri yang mendorong ke arah berlarutannya pergaduhan dan pertegangan leher di Parlimen. Saya nampak kadang kala speaker ingin bertindak menjadi Backbanchers.

Bagi menjamin kewibawaan spaeker dan kewibawaan Parlimen saya rasa elok kalau speaker termasuk dua timbalannya belajar dan menimba pengalaman speaker-spear sebelum ini yang jelas lebih adil dan profesional.

Salah seorang bekas speaker yang boleh dicontohi dan sering disanjung tugasnnya ialah Allahyarham Tan Sri Zahir Ismail. Baik Wan Junaidi atau Pendikar Amin Mulia rajin-rajinlah membuka semula rakaman persidangan Parlimen sewaktu Allahyarham menjadi speaker. Belajarlah dari Tan Sri Zahir yang berhemah, lemah lembut tetapi tegas itu.

Ingatlah wibawa sesebuah negara dan demokrasi itu terletak kepada Parlimen; pincang Parlimen maka pincanglah negara dan demokrasi. / msomelayu.blogspot.com

KLPOS

Rabu, November 26, 2008

Kisah babi dan cerita 'pendekar babi' Zhū Wùnéng


Oleh Faizal Riduan

Di dalam Bahasa Melayu, perkataan babi merupakan kata kesat bagi tujuan maki hamun, caci cerca, herdik hina dan gelaran babi kepada seseorang adalah satu gelaran terburuk (peringatan kepada orang yang mengelarkannya jauh lebih buruk!).

Malah dalam sejarah Perang Larut Ketiga, Lee Ah Khun pemimpin kumpulan Ghee Hin dan pasangan mukahnya isteri orang dari kumpulan Han San dihukum dengan disumbat dalam raga bekas isi babi dan dihumban ke dalam lombong tinggal – begitulah sinonimnya babi bagi menunjukan penghinaan yang teramat sangat.

Sedari kecil ibu saya (kacukan Malayu dan Cina) melarang menyebut gelar ‘babi’ kerana akan dianggap bermulut lancap, celupar dan carut – hukuman mandatori mulut akan dikuti atau diciliapikan.

Paling tidak saya akan memanggil babi sebagai khinzir yang dikira lebih sopan – begitu halusnya budi bahasa menjadi seorang Melayu.

Semasa di universiti saya dan rakan Cina (terutama Chow Wah Hon & Loh Lun San) biasa bergurau-senda dengan menyebut babi sebagai bab1 (bab-satu). Tabo malu itu masih kekal sehingga kini.

Babi yang satu masa dahulu menjadi perkataan yang fobia tiba-tiba menjadi begitu obsesi bagi orang Melayu.

Baik di peti TV, laman sesawang (internet), helaian akhbar sampai ke sembang kedai kopi malah di parlimen, Yang Berhormat lulusan Oxford dan lulusan Haji Baitullah menggunakan bahasa berlabel seperti Projek Khinzir Raksaksa (PKR) dan Babi Negara (BN) – babi, babi, babi!

Tiba-tiba orang Melayu mempunyai kegilaan semacam terhadap babi yang jika dianalogikan menurut Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) edisi keempat sebagai gila babi atau sawan babi atau ayan atau epilepsi dalam bahasa perubatan moden iaitu sejenis penyakit saraf (neurologikal) yang menyebabkan seseorang tidak sedarkan diri dengan anggotanya bergerak menyentak-nyentak.

Tidak semena-mena pula ramai tokoh muncul entah dari mana datangnya sang juara membuat kenyataan tentang babi tanpa hujung pangkal, usul periksa dan letak duduk perkara yang sebenarnya.

Ia lebih parah dan kritikal apabila ditanggapi oleh orang awam yang kurang ilmu dan maklumat menjadikannya lebih sensasi dengan emosi, lebih sandis dengan prejudis. Isu yang sebenar tenggelam lemas dek asakan sempit perkauman yang bertubi-tubi tetapi tidak seperti ‘berisinya ubi’ – kosong.

Kini isu babi berkisar melarat sehingga ke negeri Kedah yang diperintah oleh Dato’ Seri Azizan Abdul Razak dari Parti Islam Semalaysia (PAS) sehingga Tun Mahathir menyifatkan PAS ditungangi oleh DAP yang hanya mempunyai 1 kerusi sahaja dan tidak boleh bersuara sehingga tidak kedengaran tentang buah mulut negara Islam PAS seperti dahulu lagi.

Persoalannya bukankah semasa zaman Tun Mahathir sendiri ‘babi-babi’ ini masih berkeliaran walaupun beliau mengistiharkan Malaysia adalah sebuah negara Islam?

Melihat isu babi dari sudut sempit perkauman sebenarnya sangat tidak adil bahkan jatuh kepada kategori zalim bagi orang Islam.

Kita sewajarnya melihat isu ini mengatasi sempadan agama dan bangsa menjadikan lebih rasional dan profesional.

Mengaitkan babi dengan orang Cina adalah contoh mentaliti kelas bawah sebawah tempurung kelapa, tidak glokal (istilah catchy ciptaan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak) kerana babi juga adalah makanan kegemaran orang Jerman.

Sebenarnya masyarakat Cina bukan melihat babi dari aspek makanan semata-mata tetapi meliputi aspek kepercayaan, budaya dan pandangan hidup mereka.

Contohnya di dalam astrologi Cina, babi (dalam versi Jepun hanya terdapat zodiak babi hutan) adalah salah satu daripada 12 zodiak haiwan iaitu kaedah penilikan nasib pada masa depan berasaskan kalendar Cina dengan sumber astronomi dan falsafah Cina kuno berdasarkan kitaran enam puluh tahun yang bermula semenjak zaman Dinasti Shang.

Dalam kebudayaan mereka pula, babi dikaitkan dengan kesuburan dan kejantanan (sekarang baru saya tahu mengapa orang Cina sungguh berani) malah anak yang lahir pada tahun tersebut dianggap amat bertuah kerana menjadi seorang yang periang dan jujur.

Epik Cina yang terkenal, Journey to the West juga mengandungi watak hero babi yang dikenali sebagai Zhū Wùnéng.

Satu perkara yang ramai orang Islam tidak tahu bahawa mendiang Tan Sri Loh Boon Siew (lebih dikenali sebagai 'Mr Honda') yang merupakan pengasas Boon Siew Honda yang juga jutawan dari Pulau Pinang menghabiskan zaman kanak-kanaknya di Fujian, China dengan mengutip najis babi untuk dijual sebagai bahan bakar.

Ironinya, jika anda tidak boleh memandang kepada seekor babi sebagai makhluk tuhan, berilah orang lain (tentunya orang bukan Islam) memandangnya dari sudut positif walau hanya dengan najisnya!

Pengharaman babi sebagaimana jelas dalam Al-Quran, Surah Al-Maidah ayat 3 dan Surah Al-An'am ayat 145 sebenarnya bukan hanya sensitiviti mutlak kepada umat Islam sahaja.

Bahkan agama Kristian dan Yahudi juga menjauhinya sebagaimana dalam larangan Book of Leviticus, Chapter 11, Verse 7& 8, Book of Deuteronomy, Chapter 14, Verses 7 & 8, Book of Isaiah, Chapter 65, Verses 2 to 4, dan Chapter 66, Verse 17.

Adapun kefobiaan terhadap babi lebih kepada amalan spiritual seperti balasan dosa yang dilakukan di dunia.

Dalam kepercayaan animisme seperti amalan suku Nias di kepulauan barat Sumatera, roh si mati boleh memasuki tubuh babi dan dipercayai akan menuntut bela ke atas orang yang menjadi musuh simati pada masa hidupnya.

Ianya meyerupai kepercayaan kelahiran semula dalam agama Hindu dan Buddha.

Bagi orang Islam pula terdapat kepercayaan tentang balasan Allah yang ditunjukan ketika mati apabila mayatnya berkepalakan babi (awas kepada mereka yang mempolitikan isu babi!).

Ramai di kalangan kita yang beragama Islam berbangsa Melayu yang pastinya melebihi majoriti dua pertiga melihat babi sekadar binatang bermuncung panjang dan berhidung leper – jijik, loya dan mual!

Inilah antara warisan larangan Rasullullah yang paling berjaya diharamkan sedangkan larangan lain yang sekutuk atau lebih teruk hukumnya seperti minum arak, main nombor ekor, zina, sumbang mahram, memfitnah, mengumpat dan mengadu-domba menjadi amalan terang-terangan bagi mereka yang Islam pada nama dan Mykad sahaja.

Lebih malang, ada orang Islam yang makan rasuah, makan riba, makan komisen (dengan cara yang tidak sah), makan judi (termasuk main nombor), makan dadah (penagih), makan skim cepat kaya, makan hak orang lain atau makan sebarang hasil haram yang setaraf dengan memakan babi!

Barangkali kerana babi dari sudut sainstifik mempunyai persamaan genetik (DNA) yang hampir serupa dengan manusia (tidak hairan mengapa ada yang berperangai seperti b*b* – maaf!).

Malah jantung babi pernah digunakan sebagai ganti jantung manusia yang sakit tenat sementara menanti penderma yang sesuai.

Persamaan genetik ini memungkinkan berlaku penularan penyakit antara spesies (cross spesies) yang kesannya kehilangan ketahanan badan bagi melawan penyakit baru.

Dalam kes virus Nipah, penyelesaiannya hanya dua pilihan sama ada menghapuskan manusia berhampiran babi atau menghapuskan babi berhampiran manusia.

Hasilnya, kesemua babi dalam kawasan tersebut dihapuskan sama sekali dari muka bumi bukan kerana azalinya berspesiskan babi sebaliknya demi kemashalatan dan keselamatan manusia sekeliling.

Rasanya semua orang Islam sekalipun tidak mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam subjek Pendidikan Islam, sedia maklum hukum haram babi (bukan sekadar memakannya tetapi juga melibatkan diri dari sebarang hasil daripadanya seperti bekerja, mengambil upah atau berniaga termasuk atas nama membawa masuk teknologi dari Jerman!).

Tetapi jangan lupa sebenarnya ia terpakai hanya pada umat manusia Islam sahaja dengan dua keadaan iaitu haram bagi umat Islam dan haram juga bagi umat Islam mengharamkan sesuatu yang halal bagi kaum lain (pengecualian dalam hal darurat).

Kita lebih tahu babi adalah sejenis najis berat mughallazah yang boleh disucikan. Tetapi yang sebenarnya dituntut dalam Islam ialah samak dan thaharah kerana terkena najis dan bukan kerana dosa.

Bagaimana pula dengan penyakit seketul hati yang penuh prasangka dan prejudis hingga hilang timbang rasa ihsan dan adil, kemudian mengotorkan hubungan perpaduan antara kaum yang menjadi asas terpenting dalam Islam dengan matlamat yang lebih besar demi pembinaan sebuah negara bangsa yang harmoni, rukun dan aman damai?

* Isu babi di Kedah mengulangi sejarah polemik perkauman isu babi di Selangor. Saya lihat isu ini telah dipolitikan. Orang Islam kurang sedar mengenai falsafah di sebalik babi dalam kepercayaan masyarakat cina. Artikel ini adalah sebuah penulsian ilmiah. Sudah lama saya siapkan namun belum pernah diterbitkan. - Penulis


KLPOS

Bomoh dituduh masukkan tasbih ke alat sulit wanita



Nov 25, 08 3:42pm
Seorang bomoh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini terhadap tuduhan melakukan seks dengan seorang pakar kecantikan dengan cara memasukkan tasbih dan jari ke dalam kemaluan wanita itu.

Kamarul Zaman Abdul Rashid, 44, seorang pekerja am Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob yang kemudian menetapkan 10 Mac tahun depan sebagai tarikh perbicaraan.

Tertuduh yang ditangkap pada 19 Nov lepas, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap wanita berumur 33 tahun itu di sebuah rumah di Kampung Melayu Sri Kundang, Kuang, Rawang, pada 11.30 pagi 15 Nov lepas.

Menurut Bernama, Kamarul Zaman didakwa mengikut Seksyen 377 C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika disabitkan kesalahan.

Peguam Simon Sabapathy yang mewakili Kamarul Zaman memohon mahkamah membenarkan anak guamnya diikat jamin dengan alasan tertuduh yang sudah berkahwin perlu menyara lima orang anak berumur antara tiga dan 19 tahun serta kedua-dua ibu bapanya.

Pembantu Pendakwa Raya Salwa Asmary Abdul Rahim membantah jaminan diberikan kepada tertuduh.

Bagaimanapun, katanya, jika mahkamah cenderung untuk memberi ikat jamin satu jumlah yang tinggi perlu ditetapkan bersama syarat tambahan memandangkan kes seperti itu kerap berlaku dan boleh mencetuskan kebimbangan kepada masyarakat.

Hakim kemudian menetapkan ikat jamin sebanyak RM6,000
dengan seorang penjamin dan mengarahkan Kamarul Zaman melapor diri di balai polis terdekat pada hari pertama setiap bulan, lapor agensi berita itu lagi.

Tertuduh juga diarah menyerahkan pasport antarabangsanya kepada mahkamah dan diberi amaran agar tidak mengganggu mangsa.

Selasa, November 25, 2008

Gobind digantung sidang dua hari



MSTAR
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat berkuatkuasa hari ini kerana mempertikaikan keputusan Timbalan Yang Dipertua, Datuk wan Junaidi Tuanku Jaafar.


Wan Junaidi sebelum itu memutuskan bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz tidak perlu dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan berhubung kenyataannya dalam Dewan bahawa bekas-bekas hakim yang terlibat dalam krisis kehakiman 20 tahun lalu telah ditamatkan perkhidmatan lebih awal seperti saranan panel yang telah bersidang berhubung kes tersebut dan bukan dipecat oleh kerajaan.


Wan Junaidi membuat ketetapan tersebut apabila Gobind bangun dan membantah keras keputusan beliau itu serta menuduhnya membuat keputusan secara bias.


Gobind juga dalam bantahannya mendesak agar Nazri mengemukakan permohonan maaf secara terbuka di dalam Dewan atas kesilapan fakta berhubung status hakim-hakim berkenaan yang sememangnya dipecat.


Isu ini timbul apabila Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) sebelum ini meminta supaya Nazri dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana mendakwa apa yang dikatakan oleh ahli Parlimen Padang Rengas itu pada 6 November lalu di dalam Dewan sebagai perkara yang tidak benar dan satu pembohongan besar.


Ketika itu, Nazri mengumumkan kerajaan telah membayar ex-gratia berjumlah RM10.5 juta kepada bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Salleh Abas dan lima hakim kanan yang terlibat semasa krisis itu.


Mohd Salleh menerima bayaran tertinggi dengan RM5 juta, Wan Suleiman (RM2 juta), George Seah (RM2 juta) manakala Tan Sri Wan Hamzah Mohd Salleh, Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdolcadeer dan Tan Sri Azmi Kamaruddin masing-masing mendapat RM500,000.


Dalam pada itu, Gobind yang ditemui di luar Dewan kecewa dengan keputusan yang dibuat oleh Wan Junaidi itu yang dianggap berat sebelah.


"Ini seoalah-olah sama ada speaker bertindak untuk melepaskan menteri, kalau menteri tak minta maaf dan buat penjelasan dalam Dewan, bagaimana speaker tahu apa yang menteri ingin kata," katanya.


Malah beliau tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat speaker hanya berdasarkan penjelasan terbuka Nazri kepada media di luar Dewan pada 13 November lalu.


"Saya bangkit untuk tanya jika beliau sedia minta maaf di luar Dewan, mengapa tak berani minta maaf dalam Dewan.


"Tapi seperti biasa kalau pembangkang tanya soalan, kami akan diarah keluar," katanya.


Beliau turut menjelaskan bahawa beliau sedia digantung dari menghadiri persidangan Dewan Rakyat kerana mempertahankan prinsip demi kepentingan rakyat.


"Tak mengapa, dua hari tidak mengapa, kami berdiri sebab prinsip untuk rakyat.


"Kalau kena gantung sebab laksanakan tugas, saya sedia menerima...tak ada masalah," katanya.


Ini merupakan kali kedua Gobind digantung atas kesalahan yang sama iaitu membantah dan mempertikaikan arahan Speaker Dewan Rakyat.

Isnin, November 24, 2008

Polis surai perhimpuan anti-ISA di Ampang, 7 ditahan

Jimadie Shah Othman | Nov 23, 08 8:34pm
Polis malam ini bertindak menyuraikan orang ramai yang berhimpun di padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) untuk menghadiri majlis pelancaran kempen mansuhkan ISA di situ.

Tujuh orang ditahan dipercayai kerana enggan bersurai dari situ.

Menurut Setiausaha Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), E Nalini, mereka yang ditahan itu termasuk pemimpin PAS Wilayah Persekutuan dan Selangor.

Kempen tersebut dianjurkan oleh GMI dan dijadual dilancarkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, menurut pihak penganjur, Anwar tidak hadir.

Manakala Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh serta 20 anggota Unit Amal PAS berada di depan balai polis Pandan Indah (10.50 malam), melaung "bebaskan rakan kami'.

Pada kira-kira jam 11 malam, kelihatan 20 anggota polis berkawal di luar balai. Manakala orang ramai diarahkan beredar dari situ.

Pada jam 11.15 malam, Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub kelihatan keluar dari dalam balai tersebut.

Salahuddin jumpa polis

Beliau memberitahu pemberita yang beliau telah menemui pihak polis untuk bertanya bilakah tujuh orang yang ditahan itu akan dibebaskan.

Menurutnya, pihak polis memberi jaminan bahawa mereka akan dibebaskan malam ini juga.

Sejurus kemudian, Salahuddin dan Mohamad Sabu dipanggil masuk semula ke balai.

Sebelum itu, kira-kira 40 anggota anti-rusuhan mula bertindak menyuraikan orang ramai - yang dianggarkan berjumlah kira-kira 100 orang - pada kira-kira jam jam 9.26 malam ketika Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu berucap kepada orang ramai.

Pada kira-kira jam 10 malam, hujan masih turun dan orang ramai beredar di situ manakala anggota polis anti-rusuhan kelihatan berhimpun di belakang pentas di padang teresbut.

Sebelum itu, anggota polis tersebut membentuk dua garisan dari sebelah tepi belakang padang ke sebelah tepi depan padang.

Ketika itu, kelihatankira-kira 20 orang berpayung di tepi penjuru belakang padang.

Sekatan jalanraya

Sebelum itu, polis mengadakan sekatan di Jalan Pandan Indah di depan padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), menjelang majlis tersebut yang dijadualkan berlangsung di situ mulai jam 9 malam ini.

Sehingga jam 8 malam, kelihatan empat trak polis - dua kecil dan dua besar - serta sebuah van polis bergerak.

Hujan turun lebat kira-kira jam 7.30 malam dan beransur reda selepas jam 8 malam.

Turut kelihatan, pentas berbumbung di situ juga ditutup dengan rentangan tali kuning oleh pihak polis di sekelilingnya.

Sebelum ini, polis menolak permohonan pihak penganjur untuk mendapatkan permit untuk mengadakan perhimpunan pada malam ini.
Pada jam 9 malam, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin tiba di Padang MPAJ dan kelihatan kira-kira 80 orang berada di situ.

Pada jam 9.26 malam, polis bertindak mengasak orang ramai di situ keluar dari kawasan padang MPAJ, ketika Mohammad Sabu berucap kepada mereka yang hadir.

Majlis pasang lilin di PJ

Sementara itu, majlis pasang lilin di Pusat Sivik Petaling Jaya malam ini dihadiri oleh kira-kira 100 orang dan berjalan lancar dalam suasana aman.

Ini adalah minggu kedua ia diadakan - juga membantah ISA - yang diadakan secara sah selepas mendapat permit polis.

Tiga minggu lalu, polis bertindak menyuraikan orang ramai yang berhimpun secara haram di situ dan menahan 23 orang. Mereka dibebaskan dengan ikatjamin polis.

Bagaimanapun, minggu lalu, pihak penganjur mendapat permit polis - dengan 12 syarat - untuk mengadakan majlis pasang lilin itu.

Kesemua 23 orang yang ditahan itu diarahkan melaporkan diri di balai polis Petaling Jaya pagi esok.

MALAYSIAKINI

Ahad, November 16, 2008

Pecat hakim: Karpal tetap mahu Nazri dirujuk Jawatankuasa Hak


PETALING JAYA: Pembangkang tetap mahu Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan meskipun Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mengakui silap ketika menjelaskan isu pemecatan enam hakim dan pembayaran ex-gratia di Dewan Rakyat.


Sehubungan itu, Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar tidak harus mengambil masa dalam menentukan sama ada Nazri perlu dirujuk kepada jawatankuasa tersebut.


Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, berdasarkan Aturan Mesyuarat Parlimen mana-mana anggota yang mengelirukan Dewan Rakyat harus dianggap sebagai telah menghina Dewan Rakyat dan oleh itu wajar dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.


"Oleh kerana Nazri masih tidak mahu mengalah dan degil ekoran kenyataan terbukanya bahawa beliau tidak akan memohon maaf, jadi saya tiada pilihan kecuali menggesa (lagi) supaya beliau dirujuk kepada jawatankuasa itu," kata beliau dalam kenyataanya hari ini.


"Mengelirukan Dewan merupakan perkara yang serius," katanya.


Kelmarin, Wan Junaidi berkata, keputusan sama ada Nazri perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana didakwa memberi kenyataan tidak benar kepada Dewan akan diketahui minggu hadapan.


Menurut Timbalan Speaker, beliau perlu menyemak semua butiran kerana perkara itu melibatkan banyak implikasi.


Pada 6 November, Nazri ketika mengumumkan pembayaran ex-gratia berjumlah RM10.5 juta kepada bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas dan lima hakim kanan yang terlibat dalam krisis kehakiman 20 tahun lepas, berkata bekas-bekas hakim itu bukannya dipecat tetapi telah ditamatkan perkhidmatan lebih awal seperti disarankan oleh satu panel.


Empat hari kemudian Karpal meminta supaya Nazri dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana mendakwa kenyataan menteri itu adalah satu pembohongan besar.


Malah kelmarin, Nazir menjelaskan, kesemua enam hakim yang terbabit dalam krisis kehakiman pada 1988 sebenarnya dipecat dan menerima pencen mereka atas dasar belas kasihan.


Nazri berkata, beliau mengetahui perkara itu selepas menjalankan siasatan sendiri yang mendedahkan mengenai sepucuk surat yang menunjukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong (pada masa itu) telah menulis surat kepada Ketua Setiausaha Negara dengan meminta kesemua mereka dibayar pencen.


"Saya baru sahaja mendapat surat itu daripada sekretariat Kabinet minggu ini... ia merupakan surat yang kita semua tidak tahu... sekarang saya tahu. Saya ingin nyatakan saya menyesal dengan kenyataan yang berdasarkan fakta bahawa mereka menerima pencen.


"Apabila saya ditanya di Parlimen semasa saya tidak mempunyai fakta sedemikian (sedangkan) saya perlu menjawab segera.


"Saya ingin katakan di sini, bahawa pada masa itu saya beranggapan bahawa para hakim berkenaan tidak dipecat kerana mereka telah menerima pencen sejak 20 tahun lalu, katanya.


Nazri juga melahirkan kekesalan jika kenyataan yang dibuat di Parlimen menimbulkan salah anggapan sambil berkata beliau tidak berniat berbuat demikian.


Karpal berkata, adalah salah bagi Nazri menjelaskan kedudukan yang sebenar di lobi, bukannya dalam Dewan Rakyat.


"Wan Junaidi harus membuat keputusan Isnin ini, dan saya berharap Nazri akan hadir di Dewan apabila keputusan dibuat," katanya.

MSTAR

Jumaat, November 14, 2008

Polis tidak dibenarkan tahan Ayah Pin di Terengganu


KUALA LUMPUR: Ketua kumpulan ajaran sesat, Arifin Muhamad atau lebih dikenali sebagai Ayah Pin, 65, yang pernah menghilangkan diri kerana didakwa mengasaskan satu ajaran sesat, kini dilaporkan berada di Terengganu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini berkata, polis bagaimanapun tidak dapat mengambil tindakan terhadapnya setelah Jabatan Agama Islam Negeri Terengganu (JHEAT) memaklumkan kepada polis untuk tidak menahannya sehingga siasatan selesai.

"Polis mempunyai maklumat bahawa Ayah Pin yang dipercayai berada di Thailand Selatan telah pulang ke tanah air. Apabila dirujuk kepada Jabatan Agama Islam Negeri Terengganu sama ada untuk menahannya, jabatan berkenaan mengatakan tidak perlu," kata Musa ketika menyampaikan ucap utama pada seminar Memperkasakan Pentadbiran Keadilan Di Mahkamah Syariah di Universiti Islam Antarabangsa di Gombak dekat sini.

Musa berkata, tindakan tidak dapat diambil Ariffin disebabkan tidak ada penyelarasan penguatkuasaan antara Jabatan Agama Islam Negeri Terengganu dan polis.

Namun, katanya, beliau telah mengarahkan Ketua Polis Terengganu untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada Jabatan Agama Islam Negeri Terengganu.

Ayah Pin pernah menggemparkan tanah air kira-kira tiga tahun lalu apabila beliaumengetuai 'Kerajaan Langit' mempunyai sekumpulan pengikut yang amat taksub dengannya.

Kumpulan yang melanggari lunas-lunas Islam itu berjaya dihapuskan, manakala Ayah Pin pula menghilangkan diri.

MSTAR

Rabu, November 12, 2008

Kelantan kekal rekod tanpa rasuah selama 18 tahun



Salmah Mat Husain
Tue | Nov 11, 08 | 6:57:49 pm MYT
KOTA BHARU, 11 Nov (Hrkh) - Kelantan mengekalkan rekod bersih apabila hampir tiada laporan rasuah dan salah laku di kalangan pegawai dan kakitangan kerajaan negeri sepanjang tempoh 18 tahun.



Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu tiada laporan salah laku atau kegiatan rasuah di kalangan kakitangan pentadbiran awam sejak 1990 sehingga sekarang.

"Setiapkali mesyuarat Exco bersidang lebih 100 surat dari pelbagai jabatan diangkat ke mesyuarat itu.

"Malah kadang-kadang melebihi 200 kertas berhubung permohonan rakyat dibincangkan," katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Kualiti Peringkat Negeri 2008 di Dewan Teratai, Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Menurutnya perkembangan itu membuktikan kakitangan kerajaan negeri tekun melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai penjawat awam.

"Bagaimanapun saya tak boleh la nak kata puas hati, itu terpulang kepada ketua-ketua jabatan mereka," ujarnya.

Beliau juga berkata, bagi mewujudkan budaya kerja kualiti di kalangan kakitangan awam setiap mereka perlu ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

Katanya, ikhlas ialah ajaran Islam yang tiada dalam fahaman agama lain kerana perkataan itu menyentuh kalbu.



Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berkata, kempen anti rasuah atau apa sahaja tidak akan berjaya sekiranya perasaan ikhlas tidak bertapak di hati seseorang.

"Kerajaan Malaysia sendiri sejak sekian lama telah memerangi rasuah, tetapi sehingga sekarang tidak berakhir sama ada di peringkat kerajaan atau parti.

"Semua yang berlaku kerana tiadanya rasa keikhlasan dalam jiwa apabila melaksanakan tanggungjawab.

"Apa yang menjadi keutamaan mereka ialah wang," ujarnya.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Mohd Aiseri Alias, Speaker Dun Kelantan, Ustaz Nasuruddin Daud, anggota-anggota Exco dan pegawai-pegawai kanan lain.

Sementara itu, Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas mendapat Anugerah Kualiti Darulnaim sempena program berkenaan. Hasil kemenangan itu, pejabat terbabit menerima wang tunai RM10,000, piala pusingan, piala iringan dan sijil penghargaan. - mj_

Selasa, November 11, 2008

Isteri tulis buku tentang Mukhlas


Ali Ghufron alias Mukhlas ketika berbual dengan Paridah Abbas pada November 2007. - foto REUTERS

JOHOR BAHARU: Faridah Abbas, isteri kepada Mukhlas, salah seorang daripada tiga militan Indonesia yang dihukum mati Sabtu lepas kerana terlibat dalam kejadian pengeboman Bali yang mengorbankan 202 orang enam tahun lepas, telah menulis sebuah buku mengenai suaminya. Abbas Yusof, 72, bapa kepada Faridah, berkata buku berjudul "Orang Hilang Ayah Terroris" dihasilkan anaknya, seorang guru tadika Islam di sini, kerana ia amat menyanjungi suaminya yang dianggapnya mati syahid.


"Tidak ada perasaan kesal di pihaknya terhadap apa yang telah berlaku," katanya kepada Bernama dalam pertemuan eksklusif di sini, hari ini.


Abbas, seorang peniaga kecilkecilan berkata, hasil perkongsian hidup di antara allahyarham Mukhlas dengan anaknya, mereka telah dikurniakan enam orang anak, tiga lelaki dan tiga perempuan.


Pada ketika ini menurut beliau, Faridah yang ditemani oleh dua orang anaknya masih berada di Indonesia, untuk menghadiri upacara pengebumian Mukhlas di Tenggulun, Jawa Timur dua hari lepas.


Pada Sabtu lepas, Mukhlas, 48, adiknya, Amrozi, 47, dan Imam Samudra, 38, telah menjalani hukuman mati oleh skuad penembak khas di Nusakambangan, sebuah pulau yang dijadikan penjara.


Mukhlas atau turut dikenali sebagai Ali Ghufron dan Amrozi telah dikebumikan di Tenggulun, manakala Imam Samudra pula disemadikan di kampung halamannya di Serang, Banten.


Abbas yang kini menjadi penjaga kepada anakanak Mukhlas berkata, keenamenam cucunya kecuali seorang yang masih terlalu kecil, mengetahui tentang apa yang telah berlaku terhadap bapa mereka.


"Kami menonton televisyen bersama-sama dan mereka tahu tentang apa yang telah berlaku terhadap bapa mereka. Saya tidak mahu berselindung dengan mereka tentang kejadian itu (hukuman mati Mukhlas)," katanya.


Kesemua cucunya kecuali yang sulung menurutnya, telah menerima dengan tenang pelaksanaan hukuman mati terhadap bapa mereka dan tidak menunjukkan sebarang emosi yang keterlaluan.


Kebanyakan anak-anak Mukhlas masih kecil dan tidak begitu mesra dengan bapa mereka, katanya.


"Tetapi saya lihat raut wajah yang sulung (anak perempuan Mukhlas) berusia 16 tahun itu berubah apabila televisyen menyiarkan berita mengenai hukuman mati bapanya.


"Saya biarkan dan tidak bertanya, kerana bimbang tentang emosinya," kata Abbas.


Bagi Abbas pula, pandangan peribadi tentang menantunya adalah beliau merupakan seorang bapa yang baik terhadap anakanaknya tetapi "di dalam soal perjuangan beliau adalah seorang yang tidak mempunyai sikap tolak ansur."


Ditanya bagaimana titik pertemuan anaknya dengan Mukhlas, beliau berkata, mereka tidak pernah melihat atau mengenali di antara satu sama lain sebelum kedua-duanya berkahwin.


"Saya yang meminang Mukhlas kerana tertarik dengan ilmu (agama) yang dia ada dan sebagainya. Saya tanya kepada Mukhlas, 'Aku nak kahwinkan kau dengan anak aku, jangan kata setuju atau tidak. Aku beri kau tempoh satu minggu." LAGI


"Dia (Mukhlas) mahu melihat perempuan (Faridah) dan tidak lama selepas itu mereka bernikah," katanya.


Pasangan suami isteri, Mukhlas dan Faridah menurutnya, kemudiannya menginap di sebuah madrasah di Ulu Tiram di mana warga Indonesia itu merupakan salah seorang daripada tenaga pengajar selama beberapa tahun.


Apabila Faridah melahirkan anak kedua mereka, kata Abbas, adik Mukhlas, Amrozi mengikut jejak abangnya dan tinggal serta belajar dengan abangnya.


Di antara tahun 2000 dan 2001 katanya, menantunya itu telah meninggalkan madrasah di Ulu Tiram untuk mengajar di sebuah madrasah di Kelantan, sebelum kembali ke Indonesia.


Ditanya adakah beliau kesal kerana menjadikan Mukhlas menantunya, Abbas berkata, "Saya akan mengingati beliau (Mukhlas) sebagai seorang pejuang dan menantu yang baik terhadap keluarganya". BERNAMA

PROJEK KERAJAAN DUIT RAKYAT


Papan tanda yang ditulis dalam Bahasa Malaysia ini ditemui kira-kira 7 kilometer dari Pantai Merdeka,Kedah Darul Aman. Ianya di pasang di hadapan sebuah tempat menunggu bas di tepi jalan di sebuah kampung. Skuad Ronda Biaqpila yang terpandang tulisan yang menjadi kebanggaan kerajaan persekutuan itu sempat merakam gambar papan tanda tersebut.

Apa motifnya nak tulis benda begitu besar-besar? Mentang-mentang la Kedah sekarang ditangan Pakatan Rakyat. Kena tulis bagi orang kampung tau sapa yang buat benda tu. Orang kampung tak dak hal punya. Hang tulis ka tak,depa tetap pangkah PR. Depa tau kalau kerajaan persekutuan buat pun, duit nak buat menatang tu datang dari mana kalau tak dari duit rakyat. Kalau betul-betul ikhlas tulis la " PROJEK INI ADALAH DIBIAYAI MENGGUNAKAN DUIT RAKYAT", habis cerita.

*3Gmobile

Media tidak wajar kecoh kes 'cerai-berai' kepada umum


11 Nov 2008 10:56AM
KL: Fenomena keruntuhan institusi keluarga yang berlaku sama ada di kalangan rakyat bawahan, artis, selebriti dan orang kenamaan sewajarnya tidak didedahkan kepada umum.

Ini kerana pendedahan tersebut terutamanya oleh media bukan boleh mendamaikan pasangan suami isteri yang menghadapi masalah rumahtangga tetapi bagaikan mengapikan lagi keretakan ikatan perkahwinan.

Naib Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusuf, berkata ini kerana pendedahan yang dibuat media hari ini, bukan boleh menjadi orang tengah sebaliknya menambah kemarahan individu terbabit.

"Mereka seolah-olah melagakan pasangan itu apa lagi dengan cerita dan gambar yang disiarkan itu boleh mengecilkan hati ataupun bagai retak menanti belah," katanya semasa dihubung Harakahdaily baru-baru ini.

Perkara itu katanya, perlu dibendung oleh semua pihak dan jangan menganggap penceraian satu perkara biasa dan tidak ada masalah.

Walhal katanya, kesan daripada penceraian itu sangat besar terutamanya kepada insan yang terlibat, keluarga dan anak-anak.

Dalam keadaan ini katanya, sebagai masyarakat Islam yang bermoral mereka perlu ingat penceraian sangat dibenci Allah SWT biarpun talak itu halal.

"Islam tidak menggalakkan penceraian dan dalam Islam di antara perkara yang halal serta sangat dibenci Allah ialah cerai.

"Seharusnya perkara yang dibenci oleh Allah tidak ditonjolkan dengan cara yang sensasi dan menarik perhatian orang ramai," katanya.

Beliau yang juga ahli parlimen Rantau Panjang berkata, penceraian itu sangat besar kesannya kepada masyarakat itu sendiri.

Oleh sebab itu katanya, masyarakat perlu membendung masalah dengan kembali kepada Islam kerana Islam mengajak umatnya kepada amal makruf dan nahi mungkar.

Bagaimanapun katanya, apabila berlaku masalah dalam sesebuah rumah tangga perlu ada orang tengah.

Menurutnya, orang tengah berperanan untuk menambah baik keeratan sesebuah rumah tangga yang mengalami masalah supaya dua individu itu berbaik semula.

Sementara itu, mutakhir ini pihak media arus perdana banyak mendedah isu perceraian dan permasalahan rumah tangga artis, selebriti ataupun orang kenamaan sebagai berita utama bagi tatapan pembaca.

Menurut Zailah sistem dan pemikiran masyarakat perlu diubah mengikut sistem Islam dan perlu kembali kepada Allah.

"Kita kena kembali kepada Allah kerana matlamat perkahwinan itu sendiri ialah untuk mengabdikan diri kepada Allah dan matlamat perkahwinan dalam Islam ialah satu amanah yang cukup besar," katanya.

Bahkan katanya, sepatutnya media berperanan melahirkan masyarakat yang harmoni.

Katanya, dalam Islam membuka keaiban orang dilarang sama sekali termasuk pihak media yang gemar memanaskan kisah perceraian seseorang.

Dalam pada itu Penasihat Persatuan Peguam-peguam Syarie Malaysia, Muhamad Burok berkata, perceraian itu sesuatu yang mengaibkan.

Atas sebab itu, katanya media tidak perlu mendedahkan kisah tersebut kepada masyarakat.

"Perceraian itu satu perkara yang mengaibkan. Jadi kita kena elak daripada bercerita mengenai perkara yang mengaibkan.

Dalam masa yang sama beliau berkata, pihak yang terlibat dalam perceraian itu jangan terlalu banyak mendedah kepada umum ataupun pihak media.

Ini katanya, kebanyakan apa yang berlaku masing-masing cuba memburuk pasangan mereka lebih-lebih lagi yang mempunyai kedudukan.

"Jadi mereka mengancam menggunakan surat khabar untuk mempertahankan hak mereka.

"Sebenar kalau itu caranya sebagai senjata ia adalah salah dan melanggar hukum syarak dan undang-undang," katanya.

Beliau berkata, proses perceraian boleh diselsaikan di mahkamah Syariah atau dengan mendapat kaunseling di pejabat agama.

Jadi katanya, tidak usah diberitahu kepada orang ramai.

Katanya, hanya di mahkamah akan diumum secara rasminya sesuatu kes perceraian.

"Tidak perlu dibawa secara besar-besaran begini. Apa yang berlaku sekarang ini sudah menjadi satu trend pula dan ia tidak elok kerana terlalu peribadi," katanya yang dihubungi Harakahdaily baru-baru ini.

Katanya, sepatutnya masalah tersebut di kongsi dalam keluarga bukan orang luar kerana ia perkara yang memalukan.

Malah katanya orang luar atau media tidak dapat membantu masalah.

Bagaimanapun katanya, apa yang didedahkan media hanya untuk keuntungan mereka.

"Saya nampak media berbuat begitu hanya untuk meningkat jualan dan itulah matlamatnya dan sewajarnya media menghentikan pendedahan itu," katanya.

Ini katanya, sejak akhir-akhir ini laporan mengenai perceraian makin meningkat di akhbar-akhbar. / Harakahdaily

Isnin, November 10, 2008

Imam Samudra,Amrozi,Ali Ghufron jalani hukuman mati ditembak



CILACAP, Indonesia: Tiga pengebom Bali, yang didapati bersalah menyebabkan kematian 202 orang dalam letupan di kawasan peranginan Bali enam tahun lalu, menjalani hukuman mati ditembak tengah malam tadi.

Ribuan menyertai upacara pengebumian ketiga-tiga militan tersebut, termasuk pemimpin agama Abu Bakar Bashir.

Hukuman itu dilaksanakan selepas lebih seminggu pihak berkuasa Indonesia memaklumkan bahawa mereka akan ditembak awal bulan ini.

Hukuman ke atas Imam Samudra, Amrozi Nurhasyim dan adiknya Ali Ghufron telah dilaksanakan tengah malam tadi, beberapa kilometer dari penjara yang dikawal ketat di pulau Nusakambangan.

Ketiga-tiga mereka merupakan anggota kumpulan Jemaah Islamiah yang ditubuhkan oleh Basir.

"Sekitar pukul 12.15 tengah malam tadi (waktu tempatan) (1.15 pagi waktu Malaysia) ketiga-tiga mereka yang didapati bersalah iaitu Imam, Amrozi dan Ali menjalani hukuman mati dengan ditembak oleh pasukan penembak," kata jurucakap Jabatan Peguam Negara, Jasman Panjaitan.

"Hasil bedah siasat menunjukkan ketiga-tiga mereka sudah meninggal dunia," katanya.

Jabatan Peguam Negara dijadual mengadakan sidang akhbar untuk memberi butiran lanjut.

Qadar Faisal, salah seorang peguam mereka berkata, jenazah ketiga-tiga mereka telah dibawa dengan helikopter ke kampung mereka untuk tujuan pengebumian hari ini.

Jenazah adik-beradik Ali dan Amrozi dibawa ke Lamongan di Jawa Timur manakala Imam pula ke Serang di Jawa Barat.


JENAZAH Imam Samudra, 38, dibawa ke Serang, Banten pagi tadi. Tengah malam tadi dia bersama Amrozi Nurhasyim, 47, dan Ali Ghufron, 48, menjalani hukuman mati ditembak setelah didapati bersalah terlibat dalam kejadian pengeboman di Bali enam tahun lalu. - foto AP

Zakiah Darajad, isteri kepada Imam, dalam surat terbuka yang dibacakan oleh seorang saudara pada sidang akhbar di Serang berkata:

"(Saya) berharap Allah akan memberikan yang terbaik kepada mereka dan yang terburuk kepada mereka yang menyebabkan layanan buruk ke atas mereka," katanya.

Dalam pada itu, laporan Bernama semalam menyebut sejak Mahkamah Agung Indonesia memutuskan hukuman mati itu akan dilaksanakan pada awal bulan dan tidak akan melepasi 15 November, media massa tempatan baik cetak mahupun elektronik dan TV tidak putus-putus melaporkan pelbagai aspek pelaksanaan hukuman tembak itu.

Berpuluh wartawan tempatan dan asing sudah menunggu sejak beberapa hari lepas di pelabuhan menuju ke pulau itu dan di kampung halaman lelaki yang mereka istilahkan sebagai 'Pengebom Bali' itu.

Semalam keluarga seorang daripada pesalah itu, Amrozi, dilaporkan telah bertolak dari kampungnya di Lamongan, Jawa Timur menuju ke penjara Nusakambangan di Cilacap Jawa Tengah.

Laporan media massa tempatan menyebut mereka yang diiringi dua pegawai pemerintah ialah kedua-dua isteri Amrozi iaitu Choiriyana dan Rochma, juga kedua-dua isteri seorang pesalah lagi, Muklas, iaitu yang dikenali hanya dengan nama Paridah yang berasal Malaysia dan Ana dari Solo, Jawa Tengah.

Seorang anaknya yang masih belajar di sekolah rendah dan dua adik beradik kandung Amrozi juga turut berangkat.

Petanda ke arah dekatnya pelaksanaan hukuman mati itu sudah cukup banyak dilaporkan termasuk persiapan tiga buah helikopter oleh pihak berkuasa untuk membawa jenazah ketigatiga mereka ke kampung halaman masing-masing dan keterangan keluarga Amrozi bahawa mereka dilarang mengkafankan semula jenazah itu.

Di kampung halaman Amrozi pula, pihak keluarganya malah mengeluarkan pas khas yang menurut TV tempatan diberi label "Kafilah Syuhahad" untuk memastikan wartawan yang akan membuat liputan benar-benar wartawan.

Panjangnya waktu yang diambil untuk melaksanakan hukuman mati itu membuat banyak pihak tertanyatanya dan terbaru ialah tokoh terkemuka dari Parti Amanat Nasional, Amien Rais.

Menurut agensi berita Antara, keraguan Amien itu berpunca daripada sikap pemerintah Indonesia yang tidak kunjung tiba memberi kepastian tentang pelaksanaan hukuman mati itu.

"Saya menilai pemerintah ragu-ragu dalam menentukan sikap eksekusi ini.

"Masakan kes yang sudah berlangsung enam tahun dan hukumannya telah jelas dijatuhkan masih juga menjadi misteri, ini dunia yang aneh," katanya, yang menambah bahawa keraguan pemerintah itu membuat masyarakat tertanya-tanya.

Beliau meragui kemampuan Amrozi dan rakan-rakannya membuat bom sebesar yang digunakan di Bali itu dan mendesak pemerintah mencari dalang yang sebenarnya.

Belum dapat dipastikan sehingga malam ini sama ada semua petanda itu menunjukkan hukuman mati ke atas mereka, yang turut menarik perhatian masyarakat antarabangsa terutama keluarga rakyat asing yang mati dalam tragedi itu, akan dilaksanakan dinihari esok. BERNAMA

KERUSI TERBANG



Dalam keadaan normal,kerusi digunakan untuk duduk manakala kerusi malas (gambar atas) pula digunakan untuk berbaring sambil berehat,tapi berlainan pula ceritanya pada Persidangan Perwakilan Umno Seremban pagi semalam yang menjadi gamat dengan adegan baling kerusi dan tumbuk menumbuk di dalam dewan Kelab Golf Taman Tuanku Ja'afar.

Aku ingat tikar terbang P.Ramlee saja yang wujud kat dunia ni. Rupa-rupanya kerusi terbang pun ada juga. Zam-zam ala kazam betul la umno ni.Tak habis-habis pulun nak jawatan. Berita macam ni kita kena sebarkan, kalau nak harap tv3 atau rtm atau utusan depa tak tunjuk cerita macam ni. Ni kira cerita ajaib la, kerusi terbang. Mana nak dapat beb.



Itulah demokrasi kerusi terbang ciptaan umno yang selama ini dibangga-banggakan oleh pemimpin mereka.Kalau pembangkang buat hal macam tu,waima baling putik kapas pengorek telinga pun tujuh hari tujuh malam masuk buletin utama.Siap tambah kuah sotong lagi nak bagi sedap cerita.

Lepas ni kita nak tengok pula apa tindakan yang akan diambil oleh pihak berkuasa ataupun umno itu sendiri kerana ia juga merupakan satu perbuatan jenayah dan boleh dikenakan tindakan menurut Kanun Keseksaan sebab laporan polis sudahpun dibuat di Balai Polis Senawang.Harapan kita undang-undang Malaysia tidak akan membezakan antara orang umno atau tidak.Jika tidak payahlah untuk rakyat meyakini kepada pihak berkuasa.

Ahad, November 09, 2008

Kenyataan Media: Pembebasan RPK

—KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA–-
KUALA LUMPUR, MALAYSIA; 7 NOVEMBER 2008

Rakyat Malaysia hari ini meraikan kemenangan dengan bebasnya Raja Petra dari tahanan ISA. Keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang tidak berpihak kepada Kementerian Dalam Negeri telah menunjukkan betapa Akta Keselamatan Dalam Negeri sudah usang dan tidak layak lagi digunapakai.

Saya memuji mahkamah kerana berani untuk menjadi benteng pelindung kepada rakyat bila berhadapan dengan kerakusan penguasa. Komitmen hakim tersebut untuk memastikan keadilan terlaksana membolehkan Raja Petra mengecapi kembali kebebasan yang sememangnya menjadi hak rakyat Malaysia.

Keputusan ini membuktikan kerajaan sekarang tidak layak untuk memerintah. Kerana keangkuhan, kerajaan sekarang tidak menghiraukan hasrat rakyat yang mahukan demokrasi, kebebasan dan menjunjung tinggi kedaulatan undang-undang.

Kepimpinan BN terutamanya para menteri kabinet sepatutnya menginsafi kesalahan mereka kerana menyokong penggunaan ISA dan terus menerus bertindak zalim ke atas Raja Petra, individu-individu yang masih ditahan tanpa dibicara dan para keluarga mereka.

Ahli parlimen yang bertindak mendiamkan diri terhadap saranan Pakatan Rakyat yang mahukan wacana serta perdebatan serius bagi menghapuskan ISA, wajar mempertimbangkan semula pendapat mereka. Keputusan mahkamah hari ini membuka peluang buat semua ahli parlimen untuk maju ke hadapan bagi menghapuskan undang-undang kuku besi ini.

Ramai yang masih ditahan oleh undang-undang kuku besi ini, termasuklah ahli-ahli Hindraf dan individu-individu tertentu yang ditahan kerana dituduh terlibat dengan Jemaah Islamiyah. Mereka semua berhak untuk dibicarakan dengan adil. Saya mengulangi gesaan agar semua tahanan ini dibebaskan dan sebarang tuduhan mestilah dibuktikan di mahkamah.


ANWAR IBRAHIM

Sabtu, November 08, 2008

DUA-DUA TAK SAH


Semalam kita dapat tau dua keputusan mahkamah.

Yang pertama,Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi semalam mengisytiharkan bahawa penahanan penulis blog Raja Petra Kamaruddin di bawah ISA adalah tidak sah dan memerintahkan supaya beliau dibebaskan segera.Hakim Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad membuat keputusan itu selepas mendapati alasan penahanan yang dikeluarkan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar mengikut Seksyen 8 ISA tidak mematuhi undang-undang.

Yang kedua,Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini memutuskan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh didengar di mahkamah yang sama.Hakim SM Komathy Suppiah mendapati sijil untuk memindahkannya ke Mahkamah Tinggi yang ditandatangani oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail tidak sah.

Kalau tak sah masa akad nikah boleh akad sekali lagi. Ini tak sah setelah diputuskan mahkamah tak boleh buat apa la...cerita pun tak guna beb...

Jumaat, November 07, 2008

PINDAH KES GAGAL

Perbicaraan kes liwat DSAI kekal di Mahkamah Sesyen. Permohonan peguam negara untuk memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi akhirnya gagal. Ini merupakan kemenangan pertama buat DSAI. Sebutan semula kes akan dijalankan pada 14 Nov ini. Dalam pada itu, berita baik buat semua pendokong dan penyokong keadilan, Raja Petra telah dibebaskan dari ISA petang tadi. ¤3Gmobile Update

LUAQ BIASA


WASHINGTON: Hampir semua akhbar utama di Amerika Syarikat laris dan terpaksa mengulang cetak dengan orang ramai mahu mendapatkan berita kemenangan Barack Obama sebagai Presiden baru negara itu, hari ini.

Di ibu negara di sini, lebih 400 orang berbaris panjang di depan pejabat akhbar Washington Post untuk memberi naskhah akhbar yang habis dijual sejak awal subuh.

Akhbar The Post, yang meningkahkan cetakan daripada biasa kepada 30 peratus, berkata mereka menambah cetakan 250,000 akhbar sebagai naskhah khas sempena pemilihan Presiden yang dianggap paling bersejarah itu.



"Saya mempunyai cucu berusia dua tahun dan saya ingin menyimpan naskhah akhbar ini untuk mereka kelak," kata

Vernon Short, pesara tentera berusia 68 tahun yang berbaris untuk membeli naskhah keluran khas itu.

"Ia satu-satunya sejarah sepanjang kehidupan dan saya mahu ia diingati," katanya.

The New York Times pula berkata, akhbar itu menambah cetakan biasa pada sebelah pagi kepada 35 peratus tetapi terpaksa mengulang cetak 75,000 naskhah lagi kerana ia masih tidak mencukupi.

Di ibu pejabat Chicago Tribune pula orang ramai berbaris di ruang lobi dan di sekeliling bangunan untuk mendapatkan naskhah keluaran khas akhbar itu.

Akhbar itu mengulang cetak pada pagi selepas cetakan pertama sebanyak 690,000 naskhah habis di pasaran sejak awal pagi.

Naib Presiden Operasi The Tribune, Becky Brubaker, berkata cetakan kedua mencecah sehingga 120,000 naskhah.

Francine Garner, 48, yang berbaris di pejabat Washington Times tidak kisah menunggu tiga jam untuk mendapatkan naskhah keluaran khas akhbar itu.

"Ia penting untuk memastikan sejarah ini diikuti dan ia sesuatu yang istimewa untuk simpanan anda," katanya.

Bagaimanapun, akhbar bukan satu-satunya sumber berita yang meningkat permintaannya, tetapi laman berita internet dilaporkan mengalami kesesakan trafik.

CNN.com dan beberapa laman berita online dilaporkan tidak mampu menampung jumlah kemasukan trafik yang berpusu-pusu.

CNN.com berkata mereka menerima 30 juta pelawat tetap, dua kali ganda berbanding rekod tertinggi sebelum ini iaitu 13.4 juta semasa Kempen Super Demokratik, sehari sebelum proses pengundian. - AP

Khamis, November 06, 2008

Mahfuz selar Najib ‘rakus’ langgar peraturan Parlimen


TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diselar kerana kebiadapannya secara ‘rakus’ dan ‘bulldoze’ melanggari peraturan Parlimen dengan tidak menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2009 (Bajet) mengikut kelaziman yang dilakukan Menteri Kewangan sebelum ini.

Menurut Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar, bakal Presiden Umno itu tidak membenarkan ahli Dewan Rakyat meminta penjelasan sekaligus melambangkan betapa penakutnya pemimpin yang didakwa bakal menggantikan Perdana Menteri sedia ada.

“Bagaimana Najib boleh kemukakan fakta baru sedangkan kita membahaskan bajet 2009 yang telah dibawa ke Parlimen selama dua minggu. Kita tak boleh terima sikap dia yang tidak mahu menjawab soalan berbangkit.

Sebaliknya kata Mahfuz, Najib sepatutnya menunjukkan tauladan yang baik dengan memberi ruang kepada perbahasan supaya Pakatan Rakyat juga dapat memberi idea-idea dan membantu kerajaan dalam menangani kemelut ekonomi yang menekan negara dan rakyat jelata.

“Ini tidak, kerajaan Barisan Nasional terus sombong menyatakan bajet 2009 tidak perlu berubah kerana ekonomi global yang meruncing tidak memberi kesan kepada negara tetapi dalam masa sama mengemukakan langkah-langkah dan fakta-fakta baru.

“Mana boleh kemukakan langkah dan fakta baru atas bajet yang telah lama di bahas dan esok Parlimen balik semula bincang bajet lama. Ini tidak pernah dibuat dan Najib sudah cipta sejarah yang dia langgari prosedur Parlimen,”ujar Mahfuz dalam tulisan terbaru dilaman blognya.

Ahli Dewan Rakyat Pokok Sena itu turut hairan bagaimana Najib tidak memberi sebarang penjelasan berhubung pelbagai isu hangat dibangkitkan Pakatan Rakyat sebelum ini.

“Sepatutnya Najib menjawab secara spesifik isu yang dibangkitkan sebelum ini oleh Pakatan Rakyat seperti pembelian Eurocopter, pembelian Maybank dan KWSP yang ada kaitan dengan bajet 2009 sebaliknya secara sombong tidak mahu memberi penjelasan atas perkara terbabit.

“Ini contoh seorang bakal Perdana Menteri yang tidak bersedia bertanggungjawab dan penakut. Tidak ada wibawa langsung untuk memimpin negara jika Parlimen sendiri tidak dihormati.” kata Mahfuz lagi.

KEDAHLANIE

ISI MINYAK PETROL KE MINYAK ANGIN???


Awas, Berhati-Hati Dengan Taktik Penipuan Oleh Pengusaha Pam Minyak !!

KUANTAN: Orang ramai disekitar bandar ini dinasihatkan berhati-hati ketika mengisi minyak di mana-mana stesyen minyak di bandar ini. Ia berikutan pihak kami menerima aduan daripada orang ramai yang begitu kecewa dengan taktik "baru" yang digunakan oleh pemilik stesyen minyak untuk mengaut keuntungan mudah. Kaedah yang digunakan ialah mereka mengubahsuai "nozel" supaya banyak gas dan angin yang masuk ke dalam tangki sebelum minyak diisi. Ini disedari oleh beberapa orang pengguna yang mengisi minyak dibandar ini. Mereka mendapati harga minyak berdasarkan liter berbeza-beza antara stesyen minyak, biarpun kerajaan telah menetapkan harga baru bahan mentah itu. Kami difahamkan langkah ini dilakukan, bagi mengelakkan kerugian akibat penurunan harga minyak yang begitu mendadak mutakhir ini.

Walaupun mendapat subsidi, harga minyak di Malaysia tetap naik seiring dengan kenaikan harga minyak dunia. Bagaimanapun pada 5 Jun 2008, kerajaan menaikkan harga minyak dan diesel secara mendadak, dengan harga petrol dinaikkan sebanyak 78 sen seliter kepada RM2.70 seliter (kenaikan 40%) manakala harga diesel turut dinaikkan sebanyak RM1 kepada RM2.58 seliter daripada RM1.58. Prinsip penentuan harga petrol dan diesel di Malaysia sekarang akan berlandaskan kepada harga bahan api itu di pasaran dunia. Diskaun 30 sen dari harga pasaran diberikan kepada setiap pengguna minyak rakyat Malaysia. Atas desakan Pakatan Rakyat, terutamanya selepas "Debat Isu Minyak" antara Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Menteri Penerangan, Datuk Shabery Cheek maka akhirnya kerajaan terpaksa akur. Maka itu kononnya sejajar dengan penurunan harga minyak dunia, kerajaan pada 22 Ogos 2008 telah mengumumkan penurunan harga runcit minyak. Pengumuman ini menyaksikan harga petrol dan diesel diturunkan di antara lapan dan 22 sen mulai 23 Ogos 2008. Manakal pada 24 September 2008 pula, kerajaan mengumumkan penurunan 10 sen harga petrol dan diesel. Berikutan harga minyak dunia yang terus menurun, bermula 15 Oktober, harga minyak diturunkan lagi antara 10 dan 20 sen. Seterusnya pada 1 November yang baru lalu, harga petrol dan diesel terus diturunkan sebanyak 15 sen menjadikan harga minyak petrol terkini di pasaran bagi RON97 ialah RM2.15.

Maka itu, khabarnya pihak pemilik stesyen minyak amat gelisah dengan perubahan harga yang berlaku mutakhir ini. Mereka sukar untuk menerima penurunan yang mendadak, sedangkan dalam masa beberapa bulan yang lalu kenaikannya diparas yang amat menguntungkan mereka. Susulan daripada itu mereka cuba "mencuri" minyak dengan mengubahsuai "nozel" yang digunakan untuk mengisi minyak. Hasilnya minyak berubah diantara lain-lain stesyen minyak. Perkara ini telah didedahkan oleh Puan Nancy Khong, Bekas Calon PKR DUN Semambu dalam Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu. Beliau menegaskan bahawa terdapat banyak penipuan dilaporkan melibatkan stesyen minyak. "Pemilik dipercayai tertekan akibat kenaikan harga minyak, maka mereka cuba untuk mencuri wang pengguna. Apa yang dilakukan ialah mereka mengubah "modifite" nozel minyak. Akibatnya, bila kita mengisi minyak senantiasa berubah-ubah antara stesyen. Harga minyak terbaru RM2.15 seliter hanya terdapat pada meter sahaja. Sebaliknya perkara ini telah diubah oleh mereka. Maknanya jika kita mengisi minyak dalam RM20 sepatutnya minyak ialah 9.302 liter. begitu juga sebaliknya" katanya.

Menurut beliau lagi "Pengguna tidak perasan perkara ini sebab mereka membayar minyak terlebih dahulu di kaunter. Inilah padahnya perkhidmatan self-service yang diamalkan di stesyen minyak. Penipuan boleh berlaku bila-bila kerena pengguna tidak menyedarinya. Bayangkan berapa banyak lebihan untung yang diperolehi oleh pengusaha stesyen minyak setiap hari dengan taktik ini. Justeru itu kami mahu pihak berkuasa untuk menyiasat perkara ini. Sampai bila kita harus ditipu". Beliau juga menegaskan bahawa pengguna boleh mengenalpasti penipuan ini dengan membawa botol mineral water 1.o liter ketika mahu mengisi minyak. Mereka boleh isikan dulu minyak dalam botol terbabit dan cuba lihat jumlah RM2.15 apakah ia bersamaan dengan 1.0 liter. Jika sama baru teruskan isian berikutnya, tetapi Jika sebaliknya maka boleh mengadu kepada pihak pberkenaan. Maknanya jika ia tidak cukup, terbukti mereka telah menipu pengguna. Akhirnya pengguna yang terpedaya dengan taktik kotor pengusaha pam minyak.

[Perkara ini juga sebenarnya berlaku di seluruh negara. Justeru itu kepada orang ramai berhati-hatilah ketika membeli minyak. Pastikan anda membawa botol air mineral 1.0 liter sebagai bukti. Jika tidak setiap hari anda akan terus ditipu oleh pengusaha yang rakus ingin mengaut keuntungan yang berlipat ganda setelah harga minyak diturunkan. Sebarkan info ini kepada semua rakan-rakan di seluruh negara, beri kesedaran kepada mereka agar melakukan perkara yang sama. Respond kepada perkara ini sila email pahangdaily@yahoo.com untuk kami war-warkan disini mana-mana stesyen minyak di seluruh negara yang melakukan perbuatan ini. Sama-sama kita boikot dan hanya pergi ke pengusaha stesyen yang jujur sahaja].

PAHANGDAILY

Rabu, November 05, 2008

TSUNAMI LANDA AS



Obama cipta sejarah, dunia anggap "peluang dan ujian"

MSTAR ONLINE

[DIKEMAS KINI, 5 petang] WASHINGTON: Senator Barack Obama mencipta sejarah bergaya dengan memenangi pemilihan Presiden Amerika Syarikat (AS) manakala Iran - negara yang pernah dilabelkan oleh Washington sebagai paksi jahat menyifatkan kejayaan senator itu sebagai "peluang dan ujian."

"Pemilihan Obama mengatasi (calon Republikan) John McCain adalah positif," kata Ahli Parlimen Iran terkemuka, Hamid Reza Babai hari ini.
"Obama telah menjanjikan perubahan dan perkembangan ini adalah peluang dan ujian bagi Amerika Syarikat," katanya.

"Kami menunggu untuk melihat perubahan," kata Hamid Reza.

Kata beliau, sepanjang lapan tahun lalu Presiden George W. Bush telah mencetuskan persekitaran menentang AS di seluruh dunia dengan pendekatan ketenteraan dan krisis kewangan.


Obama, 47, turun gelanggang persaingan dengan slogan "Change" mencipta sejarah sebagai pemimpin pertama daripada kalangan masyarakat kulit hitam untuk mengetuai White House berkata, "tempoh lama yang dinanti-nantikan sudah tiba."


"Tetapi malam ini, disebabkan apa yang kita lakukan pada hari ini, dalam pilihan raya ini, pada detik yang bermakna ini, perubahan sudah datang ke Amerika," kata beliau dalam ucapan kemenangan di hadapan kira-kira 240,000 penyokong beliau di Chicago sebentar tadi.


Sebelum ucapan itu, McCain mengaku kalah dalam pemilihan.


Beliau menghubungi Obama untuk mengucapkan tahniah kepadanya, yang berganding dengan Joe Biden selaku calon Naib Presiden.


Obama memperoleh sokongan padu daripada pengundi-pengundi kali pertama dan mereka yang berusia antara 18 dan 34 tahun selain masyarakat kulit hitam dan Hispanik.

Ini kali pertama sejak 1908 AS menyaksikan peratusan keluar mengundi paling tinggi iaitu kira-kira 64 peratus.


Kemenangan Obama mendapat reaksi positif daripada negara-negara besar dan maju termasuk China yang mengalu-alukan pemilihannya sebagai Presiden AS yang ke-44.


Pemimpin-pemimpin dunia juga mengharapkan hubungan dan dasar luar yang lebih dinamik dengan Washingtion.


AS pernah memiliki senator dan gabenor masyarakat kulit hitam tetapi ini kali pertama seorang menjadi presiden.


Setakat 5 petang tadi (waktu Malaysia) Obama memperoleh 349 undi pemilih berbanding pencabarnya Senator John McCain yang mendapat 159.


Obama hanya memerlukan 270 undi pemilih untuk menang jawatan Presiden. Ia diperoleh dalam tempoh lima jam selepas pusat pengundian mula ditutup secara berperingkat-peringkat.


Dari segi peratusan undi, Obama menerima 52 peratus ataupun 57 juta manakala McCain pula 47 peratus ataupun 52 juta. Dengan kemenangan itu Obama akan mengangkat sumpah dan memasuki White House Januari depan.


Dengan kemenangan di Florida, Ohio, Pennsylvania, Virginia dan beberapa negeri lain, Obama merekodkan prestasi yang 'menarik' untuk mengatasi McCain dengan mudah.


Obama, anak kepada pasangan warga Kenya dan ibunya dari Kansas, mendapat perhatian banyak pihak sejak tahun 2004. Pada tahun itu beliau bertanding kerusi Senat.


Selain laluan cerah bagi Obama, parti yang beliau wakili - Demokrat juga memperlihatkan prestasi baik dengan mampu menguasai majoriti di Dewan Perwakilan dan Dewan Senat - sekali gus mengawal Kongres buat kali pertama sejak 1994.


Bagi pilihan raya anggota Senat, parti Demokrat, yang Obama wakili, juga mencatatkan kejayaan memberangsangkan dengan memperoleh kerusi ketiga daripada penguasaan Republikan, menjadikan majoriti parti itu meningkat kepada 52 daripada 100 kerusi yang diperuntukkan.


Hanya beberapa kerusi dipertandingkan dalam pilihan raya Dewan Senat kali ini.


Di peringkat awal, bagi tempoh kurang sejam selepas pusat pengundian awal ditutup, McCain berada di depan lebih kelebihan lebih 10 undi pemilih.


Obama juga menang besar di Pennsylvania - salah satu daripada tiga negeri kritikal yang menjanjikan undi pemilih terbanyak.


Kemenangan mutlak di Pennsylvania meletakkan Obama di kedudukan kukuh untuk menuju ke White House.


Beliau juga dikatakan memperoleh sokongan besar etnik kulit hitam, kaum wanita dan masyarakat Hispanik.


McCain terus menerima sokongan penduduk kulit putih dan golongan warga kanan.

Bomoh 'hisap' kononnya syarat buang sial


SEPANG: Seorang bomoh dikesan menggunakan cara kotor dengan menghisap kemaluan pesakit, kononnya sebagai satu daripada syarat membuang sial dalam badan.

Bomoh lelaki yang juga seorang warga tempatan itu tidak memilih pesakit, sebaliknya menerima sesiapa saja sama ada lelaki atau wanita yang menemuinya untuk berubat.

Difahamkan, kegiatan tidak bermoral bomoh berkenaan dikesan dilakukan di Ampang sejak beberapa bulan lalu.

Walaupun kaedah itu menjijikkan dan menyalahi hukum agama, segelintir masyarakat masih mengunjungi bomoh terbabit kerana mempercayai 'kehandalannya'.

Setiausaha Keselamatan Negeri, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Nasirrahman Saad Khiruddin, berkata:

'Bomoh itu mengenakan syarat menghisap kemaluan pesakit kerana mendakwa ia dapat membuang segala sial yang ada dalam diri individu berkenaan.

'Biasanya, bomoh itu dikunjungi golongan wanita yang mengambil jalan pintas menyelesaikan masalah yang dihadapi. Akibatnya, mereka terpaksa menggadai maruah sendiri tanpa memikirkan hukumnya di sisi agama,' katanya kelmarin.

Nasirrahman berkata, MKN Negeri Selangor dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sedang menyiasat kegiatan berkenaan.

'Kita sedang mengumpul bukti kukuh sebelum menahan bomoh terbabit bagi mengelakkan lebih ramai individu terperangkap dengan kegiatan tidak bermoral itu,' katanya.

Dalam pada itu, Nasirrahman berkata MKN Negeri Selangor dan Jais juga sedang memantau 22 kumpulan ajaran sesat di Selangor yang dipercayai masih bergiat aktif sejak setahun lalu.

Katanya, kumpulan ajaran sesat berkenaan termasuk serpihan al-Arqam, Black Metal dan ajaran Negara Islam Indonesia. / Metro, BHS

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive