Khamis, Mei 07, 2009
UMNO BN NAK TUKAR SPEAKER,AMPLIFIER DAN EQUALIZER SEKALIGUS
Seluruh rakyat Malaysia dan masyarakat dunia amnya sedang menanti dengan penuh sabar Sidang DUN Perak yang bakal berlangsung pada hari ini di Ipoh.
Apakah yang akan terjadi bilamana 2 menteri besar di dalam 1 Perak sebaik mereka memasuki dewan? Ada yang berkata,siapa yang sampai awal dialah akan mendapat 1 kerusi tersebut. Namun tidak semudah itu kerana masing-masing punya hujah tersendiri bagi melabuhkan punggung di kerusi yang menjadi rebutan itu.Lagipula kes menentukan siapa MB Perak yang halal masih berjalan di mahkamah.Kenapa pula sidang hari ini tergesa-gesa diadakan sedangkan keputusan mahkamah belum muktamad? Janganlah terkejut kerana kereta Camry juga dilelong oleh MB yang belum pasti status halal haramnya.Mungkin sebab itulah lelongan tersebut tidak mendapat sambutan sepertimana pesta jomheboh.
Apa yang pasti kerusi untuk Speaker DUN tidak akan menjadi rebutan pada awal pagi 7 Mei nanti kerana sememangnya ia masih milik V.Sivakumar kerana dia belum diganti lagi.Mungkin selepas 7 Mei ini kerusi tersebut akan diberi kepada orang lain sekiranya usaha menukar Speaker DUN yang ada berjaya dilakukan.Ini adalah percubaan pertama MB Perak yang masih belum ditanggung halal statusnya.Namun Zambry tentu sedia maklum bahawa proses menukar Speaker DUN bukanlah semudah menukar speaker radio.Speaker DUN berkuasa penuh samada untuk membenarkan usul bagi menggantikan beliau atau tidak. Kuasa Speaker DUN tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah.Namun bagi BN,mereka menyangka kuasa speaker DUN kini hanya tinggal 10watt sahaja sebab itulah mereka berani dan berhajat benar menukar kepada speaker berkuasa 8000watt.Bila speaker telah ditukar,kuasa mutlak akan berada ditangan BN.Maka selepas menukar speaker mereka akan menukar segala amplifier dan equalizer supaya melunakkan lagi stereo rampasan kuasa itu.
Hakikatnya,jika impian mereka berjaya pun,tidak mungkin dapat menyaingi suara rakyat yang selama ini inginkan dun dibubarkan.Itulah lagu yang sering berkumandang di corong-corong speaker murahan di seluruh pelosok negeri.Suara-suara ini nyaring bermain di telinga hinggakan nyamukpun sukar membiak di negeri Perak berbulan-bulan lamanya.Lalu nyamuk pun tertanya-tanya inikah slogan yang mengatakan rakyat didahulukan?
Mampukah UMNO BN menggunakan segala pemutar skru untuk menanggalkan speaker sedia ada bagi menggantikan speaker yang baru? Jika speaker pun gagal ditanggalkan,apatah lagi amplifier dan equalizer yang berserabut dengan wayar.Sama-sama kita saksikan drama suspen di penghujung minggu ini...
BARU!!!...KAIN SINTETIK.
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM20 sebulan >> email ke biaqpila(at)gmail.com
orang perak yg glisah
BalasPadamTakdak la nak komen, cuma nak bagi tau ada entri baru tentang 1blackmalaysia di hhtp://gedungakal.blogspot.com/ bacalah!
BalasPadamhahaha tukar speaker pon sikit punya susah..cmne nak tukar amplifier..haha
BalasPadambaik sembelih katak dulu,hahaha
800watt kuat sgt, 400 cukup la
BalasPadamRupa-rupanya mikrofon yang menjadi rebutan hari ni, bukannya speaker...huhuhuhu
BalasPadamCis
BalasPadamAku tertipu, mati-mati aku ingatkan speaker STAGG pada gambar tu 800 watt, rupanya yg tu yg 65watt je.
Yang ni baru 600 watt, tapi yg aku punya tu 400 je.