Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

Kasi like saja apa ada hal...

Biaqpila on Facebook
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Februari 28, 2009

Khir Toyo Terduduk…

Mengata orang rupanya dia yang lebih. Itulah pepatah yang dapat menjelaskan keadaan Khir Toyo yang mencari-cari kesalahan Menteri Besar Selangor, rupa-rupanya apabila diselongkar karpet, maka bertimbun rupanya sampah-sampah yang disapu ke bawahnya.

Satu demi satu terbongkar. Nilainya bukan lagi harga sebiji Lexus, bukan harga 46 ekor lembu korban.

Patutlah semasa sehari selepas diumumkan keputusan pilihanraya begitu bergegas pegawai-pegawai kerajaan negeri di masa pimpinan bekas Dato’ Seri Mohamad Khir Toyo diminta datang ke pejabat Kerajaan Negeri untuk memunggah malah memusnahkan beberapa dokumen rasmi.

Kini bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo telah dikatakan tidak mengisytiharkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) imbuhan kereta dan perkhidmatan pemandu yang diberikan kepadanya ketika menjadi Pengerusi Permodalan Negeri Selangor (PNSB).

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan akhbarnya hari ini mendedahkan bahawa kos petrol dan penyenggaraan kereta jenis Harrier yang digunakan Khir itu juga ditanggung oleh PNSB.

Khir diberikan kemudahan menggunakan kereta berkenaan pada tahun 2005 dan perkhidmatan seorang pemandu pada 2006. Beliau memanfaatkan kedua-dua kemudahan itu hingga meletakkan jawatan pada Mac 2008.

Menurut kenyataan Tan Sri Khalid itu, dalam borang EA kepada LHDN, anak syarikat Menteri Besar di Perbadankan (MBI) itu tidak pernah melaporkan mengenai imbuhan peribadi yang diberikan kepada Khir.

Sehubungan itu, MBI telah mengarahkan PNSB supaya melaporkan semua kemudahan dan perkhidmatan peribadi yang telah diberikan kepada pegawai-pegawainya.

“PNSB memberi imbuhan dalam bentuk material atau tunai, dan adakalanya kedua-duanya sekali kepada kakitangan termasuk Pengerusi dan ahli lembaga pengarah. Antaranya, kereta dan perkhidmatan pemandu. PNSB juga membiayai cuti mereka ke destinasi dalam dan luar negeri.

“Umumnya kakitangan PNSB diberi imbuhan bercuti tetapi penggunaan kereta syarikat dan perkhidmatan pemandu peribadi diberikan kepada ketua eksekutif merangkap pengarah, pengurus kanan dan pengurus,” kata Tan Sri Khalid dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Sekretariat akhbarnya.

Beliau berkata, MBI yang dipengerusikannya kini berusaha merapikan pengurusan semua anak syarikat, dan melantik sekumpulan penasihat untuk menilai prestasi apabila ia mengesan kegagalan PNSB membuat perisytiharan kepada LHDN ini.

Katanya, beliau sedar akan keresahan kakitangan PNSB mengenai implikasi kewangan berikutan laporan tidak penuh PNSB kepada LHDN ini dan berharap mereka bertenang sehingga LHDN membuat pentaksiran tambahan.

Beliau berjanji PNSB akan akur dan sentiasa memenuhi peraturan LHDN di bawah Akta Cukai Pendapatan ketika mengisi borang EA.

www.p99ampang.com

MB MANA YANG AKAN DAPAT GAJI?




Gaji: PACC siasat MB baru Perak, lama Khamis

IPOH: Jawatankuasa Kira-kira Awam (PACC) Perak dijadual menyoal kedua-dua bekas Menteri Besar dan Menteri Besar yang baru serta Exco masing-masing untuk menentukan pihak yang benar-benar layak menikmati gaji dan elaun-elaun berkaitan.


Sesi siasatan itu akan berlangsung Khamis ini iaitu dua hari selepas sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijadual diadakan Selasa ini.


Selain itu, jawatankuasa tersebut juga menyiasat 'kesahihan' mewujudkan jawatan bertaraf Exco kepada tiga penasihat Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir iaitu Menteri Besar yang baru dan seorang ketua penerangan.

MSTAR ONLINE

AKU BUKAN MENTERI



"Dulu semasa jadi menteri tak pernah bayar tol, saya tak tahu berapa, tak pernah merasa. Tapi sekarang, saya tinggal di Shah Alam dan sering datang ke Kuala Lumpur dan melalui beberapa tol, saya sangat merasai beban tol itu. Kalau saya merasai, orang lain pun tentu merasai," kata Datuk Seri Azmi Khalid (BN-Padang Besar.

Patutla banyak sangat tol kat Malaysia ni. Rupa-rupanya pak-pak menteri termasuk yang dok sign konsesi lebuhraya tu tak kena bayar tol. Dah la gaji tinggi tol tak payah bayar. Senang sungguh hidup pak menteri ni ya.Kita yang gaji tak seberapa ni tak pernah walau sekalipun dalam hidup tak payah bayar tol.Lebih menyeksakan lagi macam-macam nak kena bayar.Roadtax,tol,cukai tanah,cukai pintu,cukai pendapatan,cukai perkhidmatan dan segala jenis cukai lagi.Itu belum kira lagi nak bayar saman speedtrap. Nasiiib..nasib..apa nak buat aku bukan menteri!

Umno-BN tadbir negara dengan hasil judi

Wan Nordin Wan Yaacob
Sat | Feb 28, 09 | 2:01:13 am MYT
KUALA LUMPUR, 28 Feb (Hrkh) - PAS khuatir tindakan yang dilakukan oleh bakal Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak seolah menggambarkan Umno/BN mentadbir negara dengan hasil wang judi.


Ini berikutan, tindakan Najib yang meluluskan 10 'special draw' judi sebaik sahaja menerajui Kementerian Kewangan menampakkan 'tembelang' sebenar bakal Presiden Umno itu.

Demikian kata Bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramli semasa mengulas jawapan bertulis Kementerian Kewangan mengenai kelulusan 10 cabutan 'special draw' kepada Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook baru-baru ini.

"Jawapan bertulis yang diberi kepada Loke terdapat 10 kali 'special draw' (cabutan khas) yang dibuat selepas Najib menerajui Kementerian Kewangan.

"Dengan cabutan itu kerajaan mendapat hasil cukai itu sebanyak RM77,026,171.04. dan dalam jawapan kementerian itu bahawa cabutan bertujuan untuk dana pendidikan, kesihatan dan sebagainya, "dakwa Hatta.

PAS khuatir tindakan ini sekali lagi menggambarkan bahawa Umno/BN mentadbir negara dengan hasil wang judi, katanya.

Malah paling dikesali, dalam keadaan ketiadaan wang kerajaan Umno/BN begitu mudah menggunakan industri judi untuk mendapatkan sumber kewangan, ujarnya.

"Ini juga menunjukkan kerajaan sebenarnya menggalakkan orang ramai berjudi, sedangkan judi akan mengundang kepada masalah sosial dan sebagainya," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai.

Paling membimbangkan, dalam keadaan ekonomi gawat, tabiat judi ini digalakkan dengan kelulusan 'special draw' akan hanya memusnahkan lagi ekonomi dan kantung rakyat, kata Hatta.

Sementara itu, Loke mendedahkan Kementerian Kewangan telah meluluskan 10 cabutan 'special draw' (cabutan khas) pada tahun 2008.

Katanya jumlah kutipan cukai yang diperolehi daripada cabutan khas tersebut adalah sebanyak RM77,026,171.04.

Kerajaan membenarkan cabutan khas diadakan berdasarkan kepada keperluan semasa yang bertujuan untuk membiayai pelbagai program dan projek pembangunan yang berbentuk sukan, kebajikan, pendidikan, kesihatan dan kemasyarakatan, dedahnya.- azm/mks. _

HARAKAHDAILY

KERAJAAN SANDIWARA PART 2

PUTRAJAYA, 27 Feb: Kabinet hari ini memutuskan kadar baru tol di lima lebuh raya yang sepatutnya bermula Ahad ini ditangguhkan ke tarikh yang akan ditetapkan kemudian, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan hari ini.

Najib turut menafikan tanggapan sesetengah pihak kononnya penangguhan kenaikan kadar tol di lima lebuh raya itu ada kena mengena dengan pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang di Perak dan Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau di Kedah pada 7 April ini.


"Tidak ada kena mengena. Keputusan ini dibuat untuk kebaikan dan manfaat rakyat," kata Timbalan Perdana Menteri.


APA SEBELUM DIUMUMKAN OLEH MENTERI KERJARAYA TAK TERFIKIR KA PASAL KEBAIKAN DAN MANAFAAT RAKYAT? UMUM DULU BARU PIKIAQ KA? KEH!KEH!KEH!!!

"Walaupun dipertimbangkan daripada segi syarat-syarat konsesinya patut dinaikkan, tetapi situasi pada masa sekarang ini tidak wajar dinaikkan kerana keadaan rakyat yang susah," kata Perdana Menteri.

OOO MAKNANYA MENTERI KERJARAYA UMUMKAN KEPUTUSAN TU TANPA KEBENARAN PM LA...MACAMANA BOLEH JADI LAGU NI? KATA MEETING SAKAN...MACAMANA BOLEH BUAT KEPUTUSAN SENDIRI-SENDIRI..

APA-APA PUN TERIMA KASIH LA PADA KERAJAAN SEBAB SEJAK AKHIR-AKHIR INI SANGAT MENDENGAR RINTIHAN RAKYAT.KITA PATUT BERTERIMA KASIH MANA TAU SILAP-SILAP PAK LAH UMUMKAN SEMUA TOL DIHAPUSKAN BUKAN SEKADAR DITANGGUHKAN KENAIKANNYA.BILA SEBUT TANGGUH NI MUNGKIN ADA SEBAB-SEBAB TERTENTU YANG MEMAKSA DITANGGUHKAN.BILA NAMPAK LINE CLEAR ANYTIME DEPA BOLEH NAIKKAN TOL TU.MASA TU DEPA DAH TAK PIKIR PASAL MANAFAAT UNTUK RAKYAT LAGI DAH.WALAUPUN KITA SEMUA TAU DENGAN MENANGGUHKAN KENAIKAN TOL INI,DEPA MENGAHARAPKAN RAKYAT AKAN MEMULANGKAN MANAFAAT TERSEBUT KEPADA BN DALAM PILIHANRAYA KECIL YANG SEMAKIN HAMPIR INI.

WALAUBAGAIMANAPUN RAKYAT SUDAH BOLEH MEMBACA DALAM GELAP (PADA ZAMAN KINI,KERANA SEMUA HANDSET SUDAH ADA LCD BERLAMPU.DALAM GELAP PUN BOLEH BACA SMS MAA...).PENANGGUHAN ADALAH PENANGGUHAN BUKANNYA PENGHAPUSAN ATAUPUN PENGEKALAN KADAR TOL.

Jumaat, Februari 27, 2009

SYOR BINA GELANGGANG GUSTI DI PARLIMEN



Gambar:Malaysiakini

Melihat kepada perkembangan semasa,gelanggang gusti atau tomoi patut dibina di dalam Parlimen Malaysia. Ini bagi memudahkan ahli-ahli parlimen dan penyokong parti masing-masing dapat melepaskan gian bertumbuk akibat geram dengan lawan masing-masing semasa sessi perbahasan di parlimen. Saranan ini seperti juga saranan membina litar lumba untuk mat rempit supaya tidak membahayakan diri merempit di jalanraya.

Dengan adanya gelanggang gusti atau tomoi ini maka ahli parlimen yang suka bertumbuk bolehlah mengambil bahagian sewaktu sidang palimen berhenti rehat. Jadi tak payahlah kecoh-kecoh kata lu celaka lah, lu binatang lah,lu katak la,lu sial la.Sekurang-kurangnya dapat mengelak dari kata-mengata sesama mereka. Selain dari itu,kita dapat mencungkil bakat-bakat baru ahli gusti atau tinju untuk negara. Siapa tahu, mungkin ada antara ahli parlimen yang lebih berjaya sebagai ahli gusti suatu hari nanti.

SIDANG TERGEMPAR DUN PERAK

Sivakumar putus sidang DUN tergempar 3 Mac

IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar memutuskan untuk mengadakan sidang DUN tergempar pada 3 Mac ini.


Semua ADUN akan menghadiri sidang tersebut kecuali Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, enam Exco yang baru dilantik dan tiga ADUN Bebas.


Enam exco berkenaan ialah Datuk Ramly Zahari (Manong), Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik), Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Dr Mah Hang Soon (Chenderiang).


Sementara itu, tiga ADUN Bebas adalah Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang).



MSTAR

Mereka cuba nak jadi 'hero' dan 'champion'

Sejarah Umno khianat Raja-raja Melayu tidak boleh dipadamkan - MB Kedah
Izwan Abdul Halim
Fri | Feb 27, 09 | 9:05:44 am MYT

ALOR SETAR, 27 Feb (Hrkh) - Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak menyifatkan Umno kini cuba menjadi jaguh kononnya mempertahankan Raja-raja Melayu dan cuba menggambarkan PAS sebagai menentang sedangkan Umno mempunyai sejarah pengkhianatan mereka kepada Raja-raja Melayu. Iklan



Terbaru, dalam laporan Buletin Utama TV3 pada 25 Februari lalu, Setiausaha Pemuda Umno Kedah, Haris Che Mat mengumumkan untuk membuat laporan polis terhadap seorang Exco Kerajaan Negeri Kedah dengan tuduhan menghina Tuanku Sultan Kedah berdasarkan satu surat layang.

Sehubungan itu, Ustaz Azizan selaku Pesuruhjaya PAS Kedah mencabar Pemuda Umno berkenaan untuk mengemukakan bukti dan sekiranya gagal mereka akan berhadapan dengan saman yang akan dikemukakan.

"Mereka cuba nak jadi 'hero' dan 'champion', nak buat laporan polis nak heret Exco-exco kita. Kalau perkara ini tidak betul, kita akan saman TV3 dan saman Pemuda Umno.

"Ini bukan sahaja tohmahan yang cuba melaga-lagakan kita dengan Raja-raja Melayu atau Tuanku Sultan Kedah yang kita kasihi, tetapi cuba memberikan imej yang buruk kepada PAS dalam konteks politik dan perjuangan bangsa dan negara. Mereka jangan main-main!" tegasnya semasa berceramah merasmikan Ekspo Pertanian Dan Produk Halal anjuran PAS Kawasan Pokok Sena di Kompleks PAS Kawasan Pokok Sena, di sini baru-baru ini.

Sebaliknya tegas beliau, Exco yang berkenaan akan diberhentikan sekiranya terbukti menghina Raja-raja.

Menurut Ustaz Azizan, usaha pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah telah lama dilakukan termasuk menggunakan nama istana seperti juga krisis yang dicipta di Perak dengan menggambarkan PAS sebagai jahat dan menentang Raja-raja.

Bagaimanapun katanya, sebagaimana 31 Ogos 1957 adalah Hari Kemerdekaan Negara yang tidak boleh dipadam sejarah, begitu jugalah sejarah pengkhianatan Umno kepada Raja-raja Melayu juga tidak boleh dipadamkan sejarah.

Menyentuh mengenai Pilihan Raya Kecil Bukit Selambau, tegas beliau, Pakatan Rakyat Kedah tidak bimbang bahkan bersedia menghadapi 'Pilihan Raya Besar' iaitu pilihan raya seluruh negeri Kedah.

Beliau secara sinis turut mempersoalkan sumber kewangan Umno hingga sanggup menawarkan wang berjumlah RM5 juta untuk mempengaruhi Adun Kulim, Lim Soo Nee melompat parti sebagaimana didakwa Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam Parlimen baru-baru ini.

"Awat (Apa) Umno ni kaya mana? Umno ni kaya sangat ka? Kalau tak ambil duit rakyat, tak ambil duit anak syarikat kerajaan, tak ambil hutang balak, nak cari duit mana? Tapi mereka telah menyalahgunakan kuasa.

"Hal inilah yang rakyat tak mau kepada mereka. Maka mereka cuba membuat pelbagai fitnah untuk menghilangkan keyakinan rakyat kepada kita," tegasnya yang turut mengaku telah mempunyai banyak butiran penyelewengan Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini selain penyiasatan-penyiasatan lain juga masih dijalankan.

Menurut beliau, Kerajaan Pakatan Rakyat berusaha membuktikan bahawa telah mentadbir secara lebih baik daripada Barisan Nasional. "Kita cuba memberi keyakinan kepada rakyat bahawa zaman takut, zaman menindas, zaman ugutan, zaman mematikan dasar demokrasi dan perlembagaan negara, telah berlalu," ujarnya.

Katanya, Kerajaan Negeri juga mempunyai hubungan yang baik dengan Tuanku Sultan Kedah dan menyifatkan baginda sebagai Sultan yang sentiasa bersama dan mengutamakan rakyat.

Jelas Ustaz Azizan lagi, beliau sebagai Menteri Besar juga setiap minggu mengadakan pertemuan dengan Tuanku Sultan Kedah melaporkan perkembangan semasa negeri.

"Tuanku tahu apa yang kita buat dan sering memberi nasihat kepada kita. Bagaimana mungkin kita derhaka kepada Raja? Tetapi mereka (Umno) cuba melaga-lagakan kita dengan Raja. Sebab itu saya tidak berapa seronok bila ada pihak-pihak yang nak heret Istana nak bergaduh dengan kita dalam hal ini.

"Insya-Allah saya sudah arah Exco yang dituduh ini berjumpa saya dan Setiausaha Kerajaan Negeri. Saya (akan) memanggil orang yang buat cakap fitnah yang kata kita menghina Raja-raja, kita akan bersemuka dan selesaikan dengan cepat," tegas beliau sambil mengungkap dalil al-Quran mengenai azab api neraka terhadap mereka yang mengadakan fitnah.

Beliau turut menyeru agar pihak-pihak tersebut agar segera bertaubat dan menghentikan cakap-cakap bohong.

Turut menyampaikan ceramah pada majlis tersebut ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Pokok Sena, Dato' Mahfuz Omar dan Ahli Majlis Tertinggi KeADILan, Saifuddin Nasution. - azm/mks._

KERAJAAN SANDIWARA

Kabinet batal kenaikan tol di lima lebuhraya
Feb 27, 09 12:53pm

Kabinet hari ini membatalkan keputusan menaikkan kadar tol di lima lebuh raya seperti diumumkan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed semalam.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual mengumumkan perkara itu dalam sidang akhbar di pejabatnya di Kementerian Kewangan di Putrajya jam 5.30 petang ini, lapor Utusan online.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta keputusan menaikkan kadar tol itu dikaji semula kerana sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk membuat keputusan.

Semalam kalangan wakil-wakil rakyat kerajaan mempertikaikan tindakan mendadak kementerian tersebut.

Semalam, Mohd Zin Mohamed mengumumkan kenaikan kadar tol - antara 0.68 sen/km hingga 50 sen - bagi Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (Sprint), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE).

Kadar kenaikan tol terbabit adalah seperti berikut:

Lebuhraya Utara-Selatan (Plus): Kadar kenaikan tol untuk sistem kutipan tol tertutup Plus dinaikkan 0.68 sen sekilometer bagi kereta. Bagaimanapun, kenaikan ini tidak membabitkan tol di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, Tambak Johor dan Bangunan Sultan Iskandar.

Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint). Plaza tol Pantai: naik 50 sen dari RM1.50 kepada RM2 (naik 33) dan Plaza tol Damansara: naik 30 sen dari RM1 kepada RM1.30 (naik 30%).

Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh)(Lebuhraya E12): Kadar tol dinaikkan sebanyak 50 sen bagi kereta - dari RM1.50 hingga RM2 (naik 33%).

Kadar tol Lebuhraya Sungai Besi (Besraya): Kadar tol dinaikkan sebanyak 10 sen bagi kereta - dari RM1.30 kepada RM1.40 (naik 7.7%). Bayaran hanya dibuat di Plaza Tol Mines kerana Tol Salak Selatan Jaya telah ditutup mulai semalam.

Lebuhraya Baru Pantai (NPE): Kadar tol dinaikkan sebanyak 40 sen bagi kereta - dari RM1.60 kepada RM2 (naik 25%).

Dalam kenyataannya, Mohd Zin menyifatkan kenaikan kadar tol baru itu sebagai sangat kecil.

MALAYSIAKINI

Khamis, Februari 26, 2009

SATU LAGI PROJEK KERAJAAN BARISAN NASIONAL




SATU LAGI PROJEK KERAJAAN BARISAN NASIONAL UNTUK 'COVER' BALIK PERBELANJAAN BESAR YANG TELAH HANGUS SEMASA PILIHANRAYA KECIL KUALA TERENGGANU YANG LEPAS,DISAMPING MENCARI DANA BARU UNTUK PELBAGAI PAKEJ RANGSANGAN BAGI MERANGSANG PRK 2 BUKIT DAN 1 BATANG APRIL INI.

LEBUHRAYA YANG MENJADI NADI BAGI SEGALA JENIS PENGANGKUTAN DARAT TERMASUK LORI BABI YANG TERBALIK INI AKAN MENYAKSIKAN TIDAK HANYA HARGA DAGING BABI AKAN DINAIKKAN MALAH HARGA SEGALA JENIS BARANGAN KEPERLUAN HALAL HUB YANG LAIN AKAN TURUT MENGEKORI LANGKAH KENAIKAN YANG TIDAK BERHATI-PERUT INI.

SESUNGGUHNYA AMAT MALANG SEKALI KITA TERPAKSA MEMBAYAR LEBIH SEDANGKAN LEBUHRAYA SEUMPAMA LONGKANG TERSUMBAT KETIKA MUSIM PERAYAAN,MALAH KEADAAN PERMUKAAN LEBUHRAYA KITA SERING DITAKUNGI AIR KETIKA HUJAN LEBAT.TIADA APA-APA YANG ISTIMEWANYA DI LEBUHRAYA SELEPAS HARGA TOL INI DINAIKKAN,SEMUANYA SEPERTI BIASA CUMA HARGA TOL SEKARANG LEBIH MAHAL DARI HARGA PETROL ATAU DIESEL.


PANGKAH LAGI LAHHHH!!!

BERITA BAIK UNTUK PEMINAT DACING:

Kadar tol 5 lebuhraya naik Ahad ini

Feb 26, 09 11:42am
Kadar tol bagi lima lebuhraya, termasuk Lebuhraya Utara Selatan (Plus) naik sebanyak 5 peratus mulai 1 Mac ini.

Empat lagi leburaya ialah Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE).

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kerja Raya Datuk Ir Mohamad Zin Mohamad.

Kadar kenaikan tol terbabit adalah seperti berikut:

Lebuhraya Utara-Selatan (Plus): Kadar kenaikan tol untuk sistem kutipan tol tertutup Plus dinaikkan 0.68 sen sekilometer bagi kereta. Bagaimanapun, kenaikan ini tidak membabitkan tol di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, Tambak Johor dan Bangunan Sultan Iskandar.

Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint). Plaza tol Pantai: naik 50 sen dari RM1.50 kepada RM2 (naik 33) dan Plaza tol Damansara: naik 30 sen dari RM1 kepada RM1.30 (naik 30%).

Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh)(Lebuhraya E12): Kadar tol dinaikkan sebanyak 50 sen bagi kereta - dari RM1.50 hingga RM2 (naik 33%).

Kadar tol Lebuhraya Sungai Besi (Besraya): Kadar tol dinaikkan sebanyak 10 sen bagi kereta - dari RM1.30 kepada RM1.40 (naik 7.7%). Bayaran hanya dibuat di Plaza Tol Mines kerana Tol Salak Selatan Jaya telah ditutup mulai semalam.

Lebuhraya Baru Pantai (NPE): Kadar tol dinaikkan sebanyak 40 sen bagi kereta - dari RM1.60 kepada RM2 (naik 25%).

Dalam kenyataannya, Mohd Zin menyifatkan kenaikan kadar tol baru itu sebagai sangat kecil.

Mohd Zin berkata, sebenarnya kadar tol di lebuhraya Plus, Sprint dan Akleh sepatutnya dinaikkan pada 1 Januari 2008, tetapi telah ditangguhkan kepada 28 Februari lalu.

"Berikutan penangguhan itu, kerajaan terpaksa membayar pampasan berjumlah RM245 juta, iaitu RM177 juta kepada Plus, RM38 kepada Sprint dan RM30 juta kepada Akleh," katanya.

Menurut Mohd Zin lagi, kenaikan kadar tol itu tidak seharusnya dilihat sebagai membebankan kerana mutu dan kualiti lebuhraya berkenaan terjamin, selain menjadi laluan altenatif di kawasan berkenaan.

Kewujudan lebuhraya berkenaan juga, katanya, telah membawa rahmat kepada rakyat dan negara, dengan menggalakkan pembangunan, perumahan, perniagaan dan juga meningkatkan sosio-ekonomi penduduk sekitar.

RISALAH PROPAGANDA

AWAS Risalah Palsu Propaganda..! - malaysiakini

Brader MatSamanKati baru je dapat call dari sorang informer maklumkan bahawa ada berlaku penyebaran risalah palsu yang kononnya dicetak oleh Pakatan Rakyat bagi mengelirukan orang ramai.

Kami difahamkan bahawa didalam risalah tersebut, dinyatakan beberapa perkara yang cuba memburuk-burukkan keperibadian DYMM Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Di sini kami yang mewakili Biro Penerangan Pakatan Rakyat Perak ingin membuat penjelasan bahawa pihak kami tidak ada dan tidak samada mencetak, mengeluarkan atau mengedarkan apa-apa risalah yang menyentuh pihak Istana khasnya DYMM Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Kepada sesiapa yang menerima apa-apa risalah yang berbau hasutan dan bersifat cuba memburukkan Pakatan Rakyat yang kandungannya memburuk-burukkan DYMM Sultan Perak, Sultan Azlan Shah diminta bekerjasama dengan pihak kami agar dapat menahan individu yang terlibat mengedar risalah tersebut dan segera diserahkan kepada Balai Polis yang berhampiran

Anda juga dinasihatkan agar tidak terlibat sama didalam mengedarkan apa-apa risalah seperti yang disebutkan diatas.

Bagi penerima risalah-risalah tersebut, kerjasama anda amat-amat diperlukan sekiranya anda dapat mengecam sesiapa atau mana-mana kenderaan yang dilihat mengedar, meletak atau memberi risalah seperti diatas dimana-mana premis atau tempat awam untuk diambil tindakan lanjut (sila catitkan no plat kenderaan terbabit, jenis kenderaan, warna, masa kenderaan tersebut dilihat dan dimana kenderaan tersebut dilihat).

Untuk makluman anda, risalah yang dicetak dan diedarkan oleh pihak kami tertera "Biro Penerangan Pakatan Rakyat" pada bahagian bawah risalah tersebut. jika tidak terdapat perkataan tersebut pada risalah, ianya adalah dari sumber yang lain.

Sekian Harap Maklum.

SUMBER:http://perisik-rakyat.com

Alahai Menantu ku...



pak kasim seorang yg tamak harta.. dia menawarkan anak dara suntinya yg cun melecun kepada golongan yg kaya raya sahaja.. suatu hari datang la seman, seorang usahawan muda ingin melamar anak pak kasim. beliau cukup sifat tanpa cacat cela tetapi beliau malas solat. setelah 3 hari berkahwin.. seman masih duk kat umah mentuanya. setelah azan maghrib berkumandang..pak kasim mengajak seman utk solat maghrib berjamaah. seman gelabah.. sebelum ini dia tak pernah solat. lalu seman masuk ke bilik untuk menemui isterinya. "yang.. camner ni.. abg tak penah solat ni" "takpe bang.. abg ikut je ape yg ayah buat" isterinya berbisik perlahan.. seman pun keluar untuk solat bersama pak kasim. setelah pak kasim takbir.. seman ikut takbir...lalu pak kasim membaca surah alfatihah.. "bismillahirrahmanirrahim..." seman pun turut membaca bismillah dengan lantang... "bismillahirrahmanirrahim..." aisyh! pelik menantu aku ni. mazhab mana yg dia ikut? setahu aku imam je yg baca kuat.. getus hati pak kasim.. pak kasim buat selamba. dia terus membaca surah al-fatihah. seman pun turut membaca surah al-fatihah dgn kuat seolah-olah seorang budak yg baru nak belajar mengaji. pak kasim pelik.. lalu dia terus berpaling ke belakang utk melihat seman. seman turut berpaling ke belakang kerana mengikut gerak langkah pak kasim. "ish! gila ke menantu aku ni??" pak kasim berjalan ke depan utk menjauhkan diri dari seman. seman turut berjalan ke depan mengikut langkah pak kasim. pak kasim terus melarikan diri melalui pintu depan dan terus menuju ke sawah di tepi rumahnya. seman terus berlari mengejar pak kasim sampai ke tepi sawah. tiba-tiba pak kasim tergelincir lalu jatuh ke dalam sawah padi. seman pun turut menjatuhkan badannya ke dalam sawah seolah-olah tergelincir. pak kasim pun terus bertanya kepada seman. "seman. apesal yg ko ikut aku sampai ke sawah ni?" "ayah.. susah ye nak solat maghrib ni. baru saya tau. sampai kena berlari.."


Nak Baca Lagi? Sila kehttp://cathenclox.blogspot.com/

KHIR TOYO HANYALAH SEKADAR BEKAS MB



APA AKU NAK CAK CAKAP HA? NAK SURUH DIA LETAK JAWATAN PUN DIA HANYALAH SEKADAQ BEKAS MB....LAGIPUN MUNGKIN INI HANYALAH SUPER IMPOSE KOT...

Skandal kewangan RM17 juta babitkan Khir Toyo
Ahmad Tajdid
Wed | Feb 25, 09 | 1:21:57 am MYT
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Hrkh) - Setelah menjadi juara dakwaan penyelewengan kuasa membabitkan pengagihan 46 lembu korban dan caj servis kenderaan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; mantan Menteri Besar Selangor yang juga calon Ketua Pemuda Umno, Dato' Seri Mohd Khir Toyo kini terpaksa berhadapan skandal membabitkan penerimaan bayaran RM17 juta daripada seorang individu hasil jualan tujuh unit hartanah Al Marwa Tower di Makkah, Arab Saudi.

Pembayaran tanpa sebarang resit rasmi itu diterima hasil jualan tujuh daripada 12 unit hartanah yang dibuat Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) di Makkah.

Apa yang menghairankan, Resolusi Pengarah PNSB bertarikh 14 September 2007 hanya meluluskan pembelian lima unit kediaman berjumlah RM8,352,427.66 sedangkan rekod PNSB menunjukkan sejumlah RM25,603,545 telah dibayar ke akaun individu di Arab Saudi dari 17 September hingga 19 September 2007.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Sekretariat Akhbar Menteri Besar Selangor, 24 Februari lalu, kesemua transaksi dibuat atas nama Mohd Khir selaku Pengerusi PNSB atas alasan Arab Saudi hanya membenarkan hartanah di Makkah dibeli oleh individu muslim.

"Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku Pengerusi Perbadanan Menteri Besar (MBI) berhasrat mendapatkan jawapan terhadap persoalan di atas dan tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas jika kes ini membabitkan unsur jenayah," kenyataan akhbar itu dipetik.

Sebelum ini dua orang Pegawai PNSB telah diminta bercuti selama sebulan bagi membolehkan siasatan dalaman dijalankan.

Siasatan tersebut berhubung dakwaan kelemahan dan kesalahan urusan simpanan rekod perakaunan anak syarikat kerajaan negeri.

Abdul Khalid selaku Pengerusi PNSB telah mengenal pasti beberapa kelemahan dan kesalahan dalam penyimpanan rekod tersebut.- tajdid_

GERAK AKAN DIGERAK

GERAK yang menggerakkan usaha untuk menjatuhkan MB Selangor akan digerak dari tidoq bersama lembu korban dan aksesori kereta untuk menghadapi satu proses undang-undang yang akan dibuat oleh MB Selangor.


Khamis Februari 26, 2009

Isu lembu, kereta: Khalid minta penjelasan SPRM
Oleh ZANARIAH ABD. MUTALIB


SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj tidak membantah penggunaan kereta peribadi sebagai kenderaan rasmi jika semua prosedur undang-undang dipatuhi.


Beliau berkata, selain itu, dalam isu lembu korban yang sedang hangat diperkatakan ketika ini, Sultan tidak mempunyai halangan terhadap usaha sedekah malah menggalakkan segala usaha kebajikan seperti itu diteruskan.


"Saya telah memaklumkan kepada Tuanku Sultan bahawa saya telah mematuhi segala proses undang-undang yang telah ditetapkan berhubung penyelenggaraan kereta tersebut.


"Dalam isu derma lembu korban pula, Tuanku Sultan malah menggalakkan segala usaha kebajikan ini diteruskan dan dipanjangkan kepada kawasan Kuala Lumpur termasuk Bandar Tun Razak," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri di pejabatnya di sini.


Khalid berkata demikian ketika mengulas hasil majlis menghadap beliau dengan Sultan Selangor semalam di Istana Mestika di sini yang antara lain membincangkan isu dakwaan penyalahgunaan wang rakyat oleh beliau bagi penyelenggaraan kereta persendirian dan 46 ekor lembu korban yang diderma di kawasan Parlimennya di Bandar Tun Razak pada Aidiladha tahun lalu.


Khalid berkata, beliau akan menulis surat kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan bagi meminta penjelasan berhubung kenyataan beliau sebelum ini bahawa suruhanjaya itu mempunyai bukti kukuh mengenai kedua-dua dakwaan tersebut.


"Dalam pada itu, salah satu proses undang-undang akan dibuat terhadap Pengerusi GERAK atas segala tohmahan salah guna kuasa seperti yang disiarkan media," katanya.


Gerak Malaysia sebelum ini membuat aduan kepada SPRM berhubung penyalahgunaan kuasa yang dikatakan dilakukan oleh Khalid.


MSTAR ONLINE

Rabu, Februari 25, 2009

ANAK LEMBU KORBAN AKAN TUNTUT BELA



JANGAN KETINGGALAN UNTUK MENYAKSIKAN PERISTIWA PENUH BERSEJARAH DI PEJABAT SPRM, PLAZZA MASALAM, SHAH ALAM PADA PUKUL 2 PETANG INI.SALAH SEEKOR LEMBU YANG DIKENALPASTI SEBAGAI ANAK SALAH SEEKOR DARI 46 EKOR LEMBU KORBAN BANDAR TUN RAZAK,AKAN DIARAK MEMBAWA SEJUMLAH DOKUMEN ADUAN DAN BUKTI RASUAH YANG PERNAH DILAPORKAN KEPADA SPRM NAMUN TIADA TINDAKAN SEHINGGA KINI.

PERISTIWA INI AKAN LEBIH MENARIK JIKA DOKUMEN LAPORAN RASUAH BERKENAAN DISAPU DENGAN AIR GARAM,MAKA ANAK LEMBU INI AKAN MENJILAT-JILAT DOKUMEN TERSEBUT.SECARA SIMBOLIKNYA LEMBU ITU DILIHAT LEBIH TAHU MENILAI LAPORAN TERSEBUT BERBANDING SPRM YANG MEMBAKULSAMPAHKANNYA.

YANG MENJADI KEMARAHAN IALAH BILA GERAK MEMBUAT LAPORAN,SEPANTAS KILAT PULA SPRM BERTINDAK.NEXT TIME KITA KENA SUBMIT LAPORAN MELALUI GERAK MUNGKIN KES AKAN DISIASAT SEPANTAS KILAT GAMAKNYA.



AMK guna lembu arak laporan rasuah

Jimadie Shah Othman | Feb 24, 09 3:49pm

Angkatan Muda PKR (AMK) akan menggunakan lembu bagi membawa laporan rasuah untuk diserah semula kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketuanya Shamsul Iskandar Md Akin berkata laporan tersebut pernah diserah kepada SPRM sebelum ini tetapi tidak diambil tindakan.

Menurutnya, tindakan itu adalah sebagai tanda sindiran kepada SPRM supaya "tidak dicucuk hidungnya".

"Jangan menumpukan siasatan kepada (isu) 'lembu korban PKNS' sedangkan sudah puluhan laporan kita buat, termasuk melibatkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tidak pernah disiasat secara serius," katanya.

Bulan lalu, Pengerusi Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak), Mohd Nazree Mohd Yunus membuat laporan kepada SPRM mendakwa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggunakan dana negeri untuk menaja 46 ekor lembu korban untuk masjid dan surau di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak yang diwakilinya ketika Hari Raya Korban Disember lalu.

Jumaat lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Ahmad Said Hamdan dilaporkan berkata, terdapat bukti-bukti kukuh berhubung dakwaan tersebut.

Menurut Ahmad Said, kertas siasatan sudah siap dan akan dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara tidak lama lagi.

'Hilang harapan'

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Shamsul berkata, perhimpunan itu akan diadakan di SPRM Selangor di Shah Alam pada jam 2 petang esok.

Katanya, Pemuda PKR akan berarak ke pejabat SPRM dengan lembu tersebut untuk menyerahkan dokumen berkenaan.

Tambahnya, perarakan itu bertujuan menyatakan sokongan kepada Abdul Khalid dan meminta SPRM menyiasat aduan rasuah yang melibatkan pemimpin Umno.

Katanya, dokumen aduan dan bukti yang pernah dikemukakan kepada suruhanjaya itu akan dijilid dan diletakkan di atas belakang lembu itu untuk diarak dan diserahkan kepada SPRM.

Ditanya dari mana datangnya lembu itu, Shamsul secara berseloroh berkata: "Ia dipercayai anak daripada salah seekor daripada 46 ekor lembu korban yang ingin menuntut bela."

Sementara itu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Badrul Hisham Saharin akan mengepalai beberapa penyokong Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bagi membakar membakar dokumen aduan dan bukti yang pernah dikemukakannya kepada suruhanjaya itu, di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada jam 11 pagi esok.

Menurut Badrul, tindakan itu dirancang sebagai tanda amaran keras "rakyat Malaysia sudah hilang harapan kepada SPRM".

Katanya, secara peribadi, sejak tahun 2000, sudah 87 laporan dibuat kepada BPR dan SPRM tetapi tidak memberi apa-apa kesan.

"Kalau dikumpulkan semua laporan dan bukti-bukti itu, sudah boleh sampai tiga kotak (kertas) A4," katanya.

MALAYSIAKINI

Selasa, Februari 24, 2009

PENDIDIKAN JASMANI DALAM BAHASA PORTUGIS


Pelaksanaan serentak matapelajaran Pendidikan Jasmani dalam bahasa Portugis Brazil

KUALA LUMPUR 20 Jun - Persatuan-persatuan guru hari ini berikrar menyokong penuh langkah terbaru kerajaan untuk melaksanakan pengajaran mata pelajaran Pendidikan Jasmani dalam bahasa Portugis brazil (pt_BR) di sekolah rendah dan menengah secara serentak mulai tahun depan.

Mereka juga memberi jaminan akan mengadakan kempen penerangan, kursus intensif bahasa Portugis brazil dan program motivasi bagi memastikan ibu bapa, guru dan pelajar dapat menerima langkah terbaru berkenaan secara positif.

Langkah ini selaras dengan cadangan Menteri supaya dapat mempertingkatkan mutu bola sepak Negara dengan penguasaan B. Portugis brazil.

"langkah melaksanakan secara serentak itu perlu dibuat memandangkan kesan pengajaran bahasa Portugis brazil (pt_BR) dalam mata pelajaran berkenaan, jika bermula pada tahun satu sahaja, akan mengambil masa 11 tahun untuk memenangi Piala dunia." kata Menteri sambil memusing-musingkan T-Shirt ala Rivaldo.

Apabila ditanya bagaimana kalau Brazil tidak memenangi Piala Dunia? adakah P. Jasmani tetap akan diajar dalam Bahasa Portugis brazil.

beliau menjawap "Mana boleh, brazil mesti menang. tapi saya tak puas hati... apa nama .... Ronaldinho kena kad merah"

Terdapat juga ura-ura menjadikan Bahasa Jerman sebagai bahasa pengantar di sekolah memandu. Langkah itu bertujuan untuk melahirkan pemandu seperti Micheal & Ralf Schumacher yang rata-ratanya bertutur dalam B.Jerman.

Menteri itu berkata "Saya yakin Alex Yoong dapat tempat tercorot kerana tidak fasih berbahasa Jerman"


disclaimer: Berita ini adalah rekaan semata-mata



TERIMA KASIH>>> http://cathenclox.blogspot.com/

2 BUKIT 1 BATANG PERLU DIJAMAH SERENTAK



PILIHANRAYA 2 BUKIT 1 BATANG PERLU DI ADAKAN SERENTAK DEMI MENYELAMATKAN BN YANG HAMPIR LEMAS.TARIKH UNTUK PILIHANRAYA 1 BATANG INI MESTILAH SAMA DENGAN 2 BUKIT,TIDAK BOLEH DIPISAHKAN TARIKHNYA KERANA JIKA KEPUTUSAN 2 BUKIT MENYEBELAHI PR,MAKA IANYA AKAN MEMBERI SPECIAL EFFECT KEPADA 1 BATANG.

SELAIN ITU HARI MENGUNDI PULAK TIDAK AKAN DIBUAT PADA HARI CUTI HUJUNG MINGGU.ORANG UTAN PUN DIJANGKA BOLEH MENGHIDU STRATEGI INI.

BAGI BUDAK SURUHAN JAYA PILIHANRAYA,ADALAH SANGAT IRONI MENGADAKAN SERENTAK PILIHANRAYA 2 BUKIT DAN 1 BATANG INI.BUDAK SURUHAN JAYA SUDAH TENTU TIDAK AKAN MEMBUAT PILIHANRAYA 1 BATANG SEBELUM 2 BUKIT KERANA WAKTU TIDAK SESUAI SEPERTI KATANYA SEBELUM INI. LAGIPUN MANA ADA ORANG JAMAH 1 BATANG DULU SEBELUM MENJAMAH 2 BUKIT.BUDAK SURUHAN TIDAK AKAN SEGELOJOH ITU.....

PAK LAH TAK AKAN JADI BLOGGERS




Abdullah tidak akan memalukan kerajaan

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau tidak akan melakukan sesuatu yang memalukan kerajaan, setelah beliau melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.

"Ini tidak bermakna anda tidak boleh lakukan sesuatu. Anda boleh lakukan sesuatu (konstruktif) tanpa memalukan kerajaan," kata beliau pada jamuan makan malam sembang-sembang apabila ditanya sama ada beliau melihat sebarang peranan untuk beliau mengenai arena antarabangsa apabila beliau melepaskan jawatan.

"Saya lebih berminat untuk berbincang dengan Najib (Timbalan Perdana Menteri dan pengganti Datuk Seri Najib Tun Razak) sebelum saya ingin melakukan sesuatu (seperti itu)," kata Abdullah.

Majlis itu A Prime Minister's Passage yang juga dihadiri Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah dianjurkan oleh KelabPerniagaan Kuala Lumpur di sini tadi.

Abdullah juga berkata bahawa beliau gembira bahawa Najib akan meneruskan misi nasional dan agenda nasional negara ke arah mencapai hasrat 2020.

Menjawab soalan mengenai pencapaian dan cabaran beliau, katanya beliau gembira bahawa beliau mampu memenuhi janji yang dibuat dalam bidang kehakiman dan anti-rasuah.

Beliau memberi contoh mengenai dua rang undang-undang Rang Undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Rang Undang-undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK) yang diluluskan Parlimen bulan lepas.

"Itu saya gembira. Ia satu janji sangat besar saya buat (dan dilakukan)," katanya.Abdullah berkata beliau berharap rang undang-undang mengenai pembaharuan polis akan juga dilakukan.

Abdullah berkata perubahan perlu dilakukan dalam aspek pendekatan untuk mencapai hasrat 2020 kerana cabaran kini adalah lebih kuat, sambil menambah bahawa dasar itu sendiri akan kekal.

Ditanya mengenai pujian rakyat pada lebih keterbukaan, Abdullah berkata:

"Nampaknya semua gembira dengan apa yang mereka fikirkan mengenai (lebih) kebebasan yang saya berikan (di bawah pentadbiran saya).

Bagaimanapun, Abdullah berkata rakyat mesti memikul tanggungjawab lebih jika mereka diberikan lebih banyak kebebasan.

"Anda mesti (juga) memikirkan apa yang baik untuk rakyat, bukan hanya apa yang baik untuk anda (sebagai individu).

Saya tahu bahawa tahap toleransi saya tinggi. Satu perkara...lebih kebebasan...anda mesti lebih bertanggungjawab. Tidak ada apa yang dikatakan kebebasan mutlak. Kita semua ada batasan dalam apa jua pun," kata beliau.

Abdullah menekankan bahawa jika seseorang lebih bertanggungjawab dan rasionale, Malaysia akan menjadi negara yang lebih baik, yang menarik lebih ramai pelawat dan pelaburan asing.

Mengenai SPRM yang akan dilancarkan esok, katanya beliau percaya bahawa suruhanjaya itu akan lebih aktif dalam misinya tidak lama lagi.

"Mereka memerlukan sedikit kuasa bagi memastikan apa sahaja mereka lakukan ...mereka perlu bebas. Itu apa yang kita mahu beri kepada mereka. Kita tidak mahu campur tangan," kata beliau.

Mengenai cabaran terhadap masyarakat Muslim di seluruh dunia, Abdullah berkata kemiskinan, buta huruf dan kurang kemajuan sebagai ancaman sebenar kepada orang Islam dan negara.

sebab itu, katanya apabila beliau menjadi Pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), beliau mengutarakan beberapa inisiatif untuk memberikan kepentingan dalam ekonomi kepada 57 anggota pertubuhan itu.

Ditanya apa yang beliau lakukan selepas melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri, Abdullah berkata beliau akan mempunyai lebih banyak masa untuk bermain golf, memancing dan melakukan sedikit kerja-kerja berkebun seperti menanam sayursayuran dan buah-buahan.

Bagaimanapun, Abdullah berkata beliau tidak akan menulis blog.

Ditanya apa yang akan beliau paling rindui sebagai Perdana Menteri, Abdullah berkata:

"Saya tidak tahu apa yang akan dirindui sehingga saya melepaskan jawatan," kata beliau.BERNAMA

SPR KARTUN BETOI



BUDAK SURUHAN-JAYA PILIHANRAYA memberi amaran kepada parti-parti yang bertanding di 2bukit terendah di Malaysia supaya tidak gila-gila membuat perarakan meraikan kemenangan jika menang pilihanraya tersebut. Ini bagi mengelakkan pihak yang kalah dari menanggung azab sengsara sebab sudah la kalah lepas tu dimalukan pulak dengan sorakan sebelah pihak lagi.Sebab depa dah tau dah sapa yang nak kalah ke jadi lagu ni? Mana aci wey... kalau puak depa menang siap ada siaran langsung kat kaca tv suku sakat.

Lagipun perarakan tu membazir duit minyak motor saja kerana kerajaan telahpun banyak membazir di Kuala Terengganu.Di sana saja hangus RM15 juta duit rakyat buat biaya polis yang ramai.Jadi rakyat tak payah la susah-susah nak tolong kerajaan membazir,kerana mereka lebih arif dalam bidang tersebut.

MENTER KANAN PERABIH BERAS

Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) mencadangkan agar Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi diberi jawatan Menteri Kanan seperti Lee Kuan Yew di Singapura selepas melepaskan jawatan Presiden Umno dan Perdana Menteri kepada Timbalannya Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bulan depan.

"Apabila Perdana Menteri kita ini lepaskan jawatan, beliau akan menjadi anggota Parlimen biasa. Jadi kedudukan dia dalam Dewan ini di mana, takkanlah hendak duduk di sebelah Kinabatangan (Datuk Bung Moktar Radin), tidak patut la kan?

"Agaknya boleh tak kita ikut negara jiran bagi beliau kedudukan Menteri Kanan. Pasal Perdana Menteri yang lepas-lepas tidak berhenti di tengah jalan dan tidak bertanding dalam pilihan raya berikutnya," katanya ketika membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong pada Persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.Berita Asal

Inilah usaha terbaru kerajaan BN untuk memperabiskan duit rakyat demi mengambil hati seorang Pak Lah. Selama ni takdak jawatan tu pun tak da hal.Sepatutnya mereka menjaga hati rakyat yang ramai dari menjaga hati seorang pemimpin tu. Memang kaki bodek betul la hangpa ni.

Duit nak bayar gaji Menteri Kanan tu baik diberi pada fakir-fakir miskin yang hina supaya mereka dapat merasa seketul cucur badak setiap pagi.Apalah gunanya ramai menteri jika tugas dah overlap? Apalah gunanya menteri kanan,menteri kiri,menteri left,menteri right jika semua dok saja.

KATAK SEPI DALAM RINDU




Seekor katak dilaporkan kesunyian yang amat sangat setelah ditinggalkan oleh ribuan peminatnya.Kesedihan yang melanda membuatkan dia cuba dipujuk oleh bekas teman sekolam untuk mejilat kembali ludahnya dari lidah yang pernah menangkap nyamuk bersama-sama seketika dulu.Namun itu cuma secebis dari kenangan silam kerana teman lamanya itu sudah mengharamkan baginya seumur hidup supaya jangan memijak lagi kaki ke kolam kenangan yang penuh dengan nyamuk-nyamuk chikugunya itu.

Untuk dia kembali ke kolam kenangan itu terlalu berat hati kerana dialah juara pencaci teman lamanya seketika waktu dulu,lalu membuatkan dia malu-malu kucing,walaupun teman lamanya itu jenis spesis yang tak kisah jika dia ingin kembali bersama mencari nyamuk tiruk betina di kolam kenangan itu.Ibarat bohsia barai,tak kisah jika bekas pakwe nak pakai lagi sekali.

Hasrat teman lamanya itu tidaklah diketahui oleh si katak yang sedang kesepian menyendiri ini.Dia masih keliru tetiba saja kawan lama yang dah jadi musuh nak ajak berkawan semula."Alangkah baiknya hatimu kawan", kata katak sepi itu dalam hatinya.

Oleh kerana terlalu suka hatinya kerana masih ada yang sayang padanya,si katak sepi itu sering menyanyi-nyanyi memanggil hujan. Lagu yang pegrhnah dia nyanyikan semasa dengan teman lamanya dulu.

Isnin, Februari 23, 2009

Daghai tetap daghai

9:40 PM
Kalu lah kita pi di kandang babi, katakanlah, di negeri sembilan dan ambik sekoq babi dan bawak babi tu pi ke New York ka, Itali ka, Paris ka, Tokyo ka dan jumpa dengan pakar bedah plastik yang terbaik di dunia dan bagi dia melalui pembedahan yang paling extensive dan kemudian kita bawak pulak babi tu pi jumpa dengan pakar solekkan yang paling dasyat di dunia yang buleh buat badak ayaq tukaq wajah jadi Angelina Jolie, adakah babi itu akan bertukar jadi manusia?

Jawapan dia tentulah tidak. Babi kalau dibuat apa-apa transformasi tetap babi jugak. Binatang itu tetap haram di sisi Islam. Kita tak buleh pegang, kita tak buleh makan, kita tak buleh guna kulit dia dan kita tak buleh buat apa-apa keuntungan dengan dia. Menatang tu tetap babi.

Lani kita tengok kita punya BPR yang umum tahu memang bacoi, tak dak teloq, hanya tau ambik tindakan kat pegawai-pegawai rendah,;yang hanya tau tangkap orang yang rasuah beberapa ratus ringgit atau beberapa ribu ringgit atau beberapa belas ribu ringgit atau beberapa puluh ribu ringgit, dan kita tengok transformasi yang dilaluinya. Daripada ACA dalam Bahasa Inggerisnya badan ini telah bertukaq menjadi MACC. Daripada 3 huruf dah jadi 4 huruf, daripada hanya sebuah agency telah menjadi sebuah commission.

Adakah BPR sudah berubah? Adakah BPR sudah mula ada taring? Adakah BPR sudah ada teloq? Adakah BPR sudah hudup pucuknya? Adakah BPR sudah menjadi jantan dengan transformasi ini?

Jawapannya jelas kita lihat dengan kes, politik di Kedah di mana laporan tidak diendahkan. Jawapannya dapat kita lihat di Selangor di mana lembu dan kereta menjadi bahan.

Maaf tuan-tuan dan puan-puan MACC masih lagi tak bertaring, masih lagi tak berteloq, masih lagi mati pucuk dan masih lagi darai.


SUMBER: cakappenang.blogspot.com

NAFI PULAK DAH

Zambry nafi dapatkan khidmat Peguam Diraja dari Britain

MSTAR

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir menafikan laporan media bahawa beliau akan mendapatkan khidmat Peguam Diraja dari Britain.

Kata beliau, soal mendapatkan pandangan kedua daripada Peguam Diraja tidak timbul kerana segala-galanya diserahkan kepada peguam tempatan.

"Kita afikan bahawa ada kita dapatkan... yang pentingnya pasukan peguam kita ialah daripada pasukan peguam tempatan... soal dia orang nak Peguam Diraja kesesiapa ke itu soal-soal yang di luar daripada lingkungan dan bidang kuasa yang saya berikan kepada mereka... dan yang pentingnya pasukan peguam itu terdiri daripada pasukan peguam yang kita lantik daripada kalangan tempatan," katanya.

Beliau mengulas laporan yang mendakwa peguam kanan yang dilantik beliau akan berlepas ke London hari ini untuk mendapatkan pandangan dan nasihat lanjut daripada
Peguam Diraja.

TERDAHULU...
Zambry, 4 Exco dapatkan panduan Peguam Diraja di London
Oleh G. MANIMARAN


PETALING JAYA: Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam Exconya yang digantung daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) antara 12 dan 18 bulan, mahu mendapatkan panduan Peguam Diraja berhubung krisis perlembagaan Perak.


Sehubungan itu, beberapa anggota pasukan peguam mereka dijadual berlepas ke London hari ini.


Turut bersama mereka ialah salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terbabit.


"Pasukan ini terdiri daripada peguam kanan dan muda, dengan salah seorang daripada mereka pernah terlibat dalam kes membabitkan Ketua Menteri Sabah pada 1986," kata seorang sumber yang dipetik oleh The Star hari ini.


Menurut sumber itu, mereka akan mendapatkan pandangan kedua berhubung tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar menggantung mereka dan juga tindakan perundangan yang diambil oleh bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin.


Kata sumber itu, pasukan tersebut ke London bagi pihak Zambry dan enam Exco berkenaan.


Ketika ditanya sama ada Peguam Diraja akan mewakili mereka di mahkamah, sumber itu berkata: "Tidak. Selain mendapatkan pandangan kedua, mereka juga mahukan pandangan berhubung kedudukan bidang kuasa Komanwel yang lain, selain kes-kes di Sabah dan Sarawak di sini.


Pada Rabu lalu, Zambry digantung serta-merta dan dilarang daripada menghadiri sidang DUN selama 18 bulan manakala enam Exco pula digantung selama 12 bulan.


Sivakumar berkata, setelah meneliti aduan tersebut, beliau mendapati satu kes prima facie terhadap Zambry (ADUN Pangkor), Datuk Ramly Zahari (Manong), Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik), Mohd. Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Dr. Mah Hang Soon (Chenderiang).


Pada keesokan hari, Zambry berkata, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang bagi menyelesaikan tindakan menggantung mereka daripada menyertai mesyuarat DUN.


"Buat masa ini kami akan menjalankan tugas seperti biasa... apa yang penting adalah kesahihan tindakan Sivakumar yang membuat keputusan serta-merta dan melakukan pembohongan besar kononnya kesemua mereka gagal dan tidak memberikan sebarang penjelasan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang diadakan petang semalam.


"Tidak timbul soal saya dan enam (Exco) berhadapan masalah untuk masuk DUN kerana isunya sekarang adalah cara dia bertindak," katanya.

NO PLAT PULAK JADI MODAL

Merujuk kepada isu nombor pendaftaran bernombor "AGS 10" yang didaftarkan keatas kereta Toyota Camry yang menjadi kegunaan rasmi Menteri besar Perak yang telah dijadikan modal atau isu pihak-pihak yang berkenaan "kununnya" berlaku pembaziran wang rakyat didalam urusan pembelian nombor pendaftaran kereta tersebut.

Pihak kami telah cuba mendapatkan penjelasan daripada pihak Pejabat Menteri Besar Perak berkenaan nilai tender nombor pendaftaran kereta tersebut.

Mengikut penjelasan pihak yang berkenaan. nombor pendaftaran tersebut (AGS 10) telah diperolehi secara percuma daripada pihak JPJ Negeri dan tidak ada sebarang bayaran pun dikenakan oleh JPJ Negeri kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Perak keatas nombor pendaftaran AGS 10 yang diguna pakai pada Toyota Camry kegunaan rasmi Menteri Besar Perak tersebut.

Pembantu Khas 2 Menteri Besar Perak saudara Amran ketika dihubungi menegaskan tidak timbul isu pembaziran wang rakyat keatas isu nombor pendaftaran AGS 10 yang didaftarkan keatas kereta Toyota Camry kegunaan rasmi Menteri Besar Perak tersebut kerana ianya didapati dengan percuma daripada pihak JPJ.

Saudara Amran juga menyelar tindakan beberapa pihak yang menuduh tanpa bukti dan menjadikan nombor pendaftaran tersebut sebagai isu kononnya berlaku pembaziran sedangkan kenyataannya ialah tiada sebarang pembayaran dilakukan untuk nombor mendapatkan nombor pendaftaran tersebut.

"Carilah isu lain yang lebih kukuh dan sertakan sekali sekurang-kurangnya 1 bukti sebelum menuduh Kerajaan Pakatan Rakyat Perak melakukan pembaziran. jika tidak, pihak yang memainkan isu akan dilihat sebagai politikus murahan yang kehabisan modal" katanya sebelum mengakhiri perbualan sejurus sebelum majlis Menteri Besar Perak bersama Unit Amal PAS, Bloggers dan Media dikediaman rasmi Menteri Besar Perak di Ipoh.

sumber:perisikrakyat

KERETA LAMA JADI BARU



Jual kereta lama, potongan RM5,000 untuk kereta baru

ALOR SETAR: Jual kereta lama dan beli kereta baru dengan potongan harga sebanyak RM5,000 itu adalah antara cadangan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk merangsangkan industri automobil negara.

Menterinya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata cadangan insentif pembelian kereta baru itu dikemukakan kepada Kementerian Kewangan sempena bajet mini yang akan dibentangkan oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen pada 10 Mac depan.

Katanya insentif itu bertujuan meningkatkan pasaran automobil yang dipercayai merosot ekoran kelembapan ekonomi dunia.

Beliau berkata jika cadangan itu diterima, pemilik kenderaan berusia lebih 15 tahun yang mahu melupuskan kenderaan mereka berpeluang membeli kenderaan baru dengan pengurangan harga.

"Insentif RM5,000 itu mungkin dalam bentuk cukai eksais atau cukai jualan dan mekanisme pelaksanaannya sedang diteliti," kata beliau selepas menghadiri majlis perjumpaan bersama pemimpin Umno anjuran Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah di sini hari ini.

Setakat ini, terdapat lebih satu juta buah kenderaan berusia lebih 15 tahun dan sedang berada di atas jalan raya.

Kerajaan tidak boleh menghalang rakyat untuk menggunakan kenderaan lama ekoran tiada peruntukan undang-undang untuk berbuat demikian.

Muhyiddin berkata cadangan itu akan menguntungkan semua pihak iaitu pengguna mendapat insentif untuk membeli kereta baru, syarikat automobil mendapat pasaran tempatan yang memberangsangkan dan kerajaan memperoleh hasil menerusi cukai kenderaan. BERNAMA

KALAU JADI LEPAS NI BOLEH LA BELI KERETA LAMA TAHUN 1970AN YANG HARGA DALAM RM1000 KE BAWAH,LEPAS TU JUAL DAPAT LA POTONGAN RM5000 UNTUK BELI KERETA BARU.TANGKAP LA WISH KA,CAMRY KA....

VIRUS LEMBUJING



USAHLAH KITA MENJADI LEMBU ATAU ANJING, ATAU LEMBUJING (LEMBUJING ADALAH HASIL KACUKAN PERMANIAN BERADAS ANTARA SPeRMa LEMBU DENGAN SPeRMa ANJING) DALAM MELAKSANAKAN TUGAS YANG DI AMANAHKAN OLEH RAKYAT.

HASIL KACUKAN LEMBU DAN ANJING INI TIDAK MEMBERI SEBARANG MANAFAAT KEPADA MANUSIA SEPERTI KITA,KERANA SPESIS INI TELAH MENYEBARKAN VIRUS LEMBUJING YANG AMAT MERBAHAYA.
HARAPAN RAKYAT YANG MAHU MENDAPAT KEADILAN TINGGAL HARAPAN JIKA VIRUS LEMBUJING INI MENYERANG MEREKA-MEREKA YANG DIAMANAHKAN UNTUK MENJALANKAN SESUATU TUGAS.

SEJAK AKHIR-AKHIR INI,KITA CUKUP OPTIMIS VIRUS INI KIAN MENULAR MELEBIHI VIRUS CIKUGUNYA DI KALANGAN MEREKA TERBABIT.BAGI MEREKA YANG SUDAH DIHINGGAPI VIRUS INI,KESANNYA IALAH MEREKA MUDAH SAJA DITARIK HIDUNG DAN TANDUK KE SANA KEMARI TANPA BOLEH BERFIKIR DENGAN WARAS WALAUPUN PERNAH MENDAPAT PHD SEMASA HAYATNYA.WUH!!! BAHAYA TU!!!

Ahad, Februari 22, 2009

SPRM GHAIRAH MEMPERJUANGKAN KES LEMBU KORBAN TS KHALID




DALAM BANYAK-BANYAK KES LEMBU KORBAN, SPRM LEBIH GHAIRAH PADA LEMBU KORBAN T.S KHALID.APA YANG ISTIMEWA? MUNGKIN LEMBU TU PANDAI BERYOGA KOT...NTAH LA..
_______________________________________________________________________________

Apa Jadi Pada Ratusan Laporan Rasuah Ke Atas Pimpinan UMNO-BN?

By Anwar Ibrahim

Saya kesal dengan kenyataan politik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah bertindak menghukum Tan Sri Khalid sebelum sebarang pendakwaan dan perbicaraan bersabit dengan kenderaan dan juga lembu.

Sikap pilih kasih dan pendakwaan selektif yang begitu ketara ini sangat menjijikkan, tatkala puluhan, malahan ratusan laporan polis serta laporan rasuah yang dikemukakan kepada SPRM melibatkan pimpinan UMNO-BN, dibakulsampahkan dan senyap sunyi tanpa berita!

Reformasi apa yang dijanjikan kini? SPRM ghairah memperjuangkan kes lembu, walhasil mereka menampakkan diri mereka ibarat lembu dicucuk hidung.

Cara jelek sebegini pastinya satu percaturan yang diatur bagi memenuhi agenda peribadi Datuk Seri Najib untuk memastikan suara rakyat dilenyapkan.

KeADILan dan Pakatan Rakyat ingin menegaskan bahawa kita komited dengan agenda membanteras rasuah ke akar umbi dan menentang sistem yang rakus dan zalim.

ANWAR IBRAHIM

DR M LUCU DENGAN PAK LAH

TIMAH BUKAN PERAK

By Dr. Mahathir Mohamad on February 22, 2009 7:42 PM | Permalink | Comments (3) | TrackBacks (0)


1. Kita sedang melihat banyak peristiwa yang pelik berlaku di Perak yang dahulu terkenal dengan timahnya. Tetapi tidak ada yang lebih lucu daripada nasihat Perdana Menteri kepada Dato' Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Barisan Nasional supaya beliau membuat laporan polis berkenaan dengan penggantungannya oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Perak.

2. Jika keputusan yang dibuat oleh Speaker boleh dianggap sebagai satu jenayah, apa akan jadi jika Speaker Dewan Rakyat menggantung ahli pembangkang kerana apa-apa sebab? Dan ini kerap berlaku. Apakah ahli pembangkang akan lapor kepada polis? Jika boleh maka bolehlah kita anggap bahawa polis berkuasa keatas Speaker Dewan.

3. Memang ada jenayah yang boleh dilakukan oleh Tuan Speaker tetapi menggantung seseorang ahli Dewan bukanlah diantara jenayah yang boleh diambil tindakan oleh Polis.


4. Sekarang dilaporkan yang Dr Zambry akan hadir sidang Dewan Undangan Negeri Perak. Mengikut aturan peraturan Dewan, Speaker boleh arah pegawai Dewan untuk keluarkan Yang Amat Berhormat Dr Zambry dari Dewan. Dapatkah pegawai berkenaan yang bukan terdiri daripada parti Pakatan Rakyat berbuat demikian?

5. Dimana pula tempat duduk YAB Zambry? Apakata kalau YB Dato Seri Mohamed Nizar Jamaluddin duduk di tempat Menteri Besar? Apakah pegawai Dewan akan disuruh oleh Speaker untuk paksa Nizar kosongkan kerusinya? Apakah YAB Zambry akan berada di Dewan atau di luar Dewan setelah Speaker mengarah pegawai sekat YAB Zambry daripada berada dalam Dewan.

6. Bersama-samalah kita rakyat lihat akan peristiwa yang akan berlaku.

SPR = SPRM

MATEMATIK TAHUN 1 (SOALAN OBJEKTIF)

SOALAN 1:

SPR=SPRM

Pilih salah satu daripada jawapan di bawah bagi menggambarkan pernyataan di atas:

A)Pengampu

B)Pilih Bulu

C)Perkakas BN

D)Semua jawapan di atas.

PRK: KERAJAAN BN HANGUSKAN RM15 JUTA DUIT RAKYAT


foto ihsan: Anilnetto & kerajaanrakyat.com

BERIKUT ADALAH JUMLAH DUIT RAKYAT YANG HANGUS SEMASA PRK KUALA TERENGGANU BARU-BARU INI.DUIT INI DIGUNAKAN UNTUK MENYARA 3376 ANGGOTA POLIS YANG BERKAMPUNG DI SANA.

Elaun Perjalanan - RM2,700,000
Makan dan Penginapan - RM4,500,000
Makanan Ringan dan Minuman - RM65,000
Komunikasi dan Peralatan - RM50,000
Sewa Canopy (Kemah) - RM6,000,000
Minyak Kenderaan dan alatganti - RM698,000
Bahan Mentah dan lain-lain - RM310,000
Penyelegaraan dan lain-lain - RM830,000
Jumlah Perbelanjaan - RM15,153,000

SEBAGAI PEMBAYAR CUKAI YANG MEMBERI POTONGAN BERJADUAL PADA SETIAP BULAN KEPADA KERAJAAN KITA TERPAKSA HALALKAN SAJA LAH. APA NAK BUAT....BIAQLAH KITA PAPA DI DUNIA ASAL BERJAYA DI AKHIRAT...NI ADA LAGI 2 PRK DOK TUNGGU NI...MASYUK LA TOKEY KANOPI BEB!!!!LAGI MASYUK ORANG TENGAH TU....LANTAK KAT HANGPA LAH NAK MELANTAK DUIT RAKYAT!!!

PENJENAMAAN SEMULA BIAQPILA

Hari ini 22/2/09 maka terlakarlah satu lagi sejarah buat blog ini.Sebagaimana penjenamaan semula BPR kepada SPRM,maka blog ini juga turut melakukan penjenamaan semula agar lebih segar dan kelihatan manis sepanjang masa. Biaqpila kalau penjenamaan semula BPR dilihat sekadar menukar logo.Namun bagi kita,tetap akan meneruskan usaha membenteras rasuah dan penyalahgunaan kuasa dengan tidak memilih bulu hidung.

"Biaq Papa Asal Berjaya" merupakan slogan baru blog ini. Biaqpila kita papa daripada kita menterkedarah duit haram,demi kejayaan di akhirat.Biaqpila kita papa kerana menyara keluarga kita atau persekolahan anak-anak kita demi kejayaan di masa depan.

Terima kasih di atas sokongan anda semenjak blog ini dilancarkan pada 8/8/08.Semoga anda akan terus berkunjung ke sini sepanjang masa.

Sabtu, Februari 21, 2009

MOTIF FOTO BUKIT TELANJAN

POLITIK KOTOR YANG SEDANG DIPERTONTONKAN SEJAK AKHIR-AKHIR INI SEOLAH-OLAH ORANG KITA TAK DAK KERJA LAIN. DAH DEKAT SETAHUN PILIHANRAYA UMUM BERLALU, PEREBUTAN KUASA MASIH BERLAKU.HENTAM SANA HENTAM SINI.RASUAH,LOMPAT KATAK DAN RAMPASAN KUASA DARI SEBUAH KERAJAAN NEGERI YANG DIPILIH RAKYAT.HIDUP KITA MAKIN BERCELARU DENGAN SEGALA MACAM CERITA DAN KISAH DARI SOAL GLOBAL HINGGALAH PERIBADI DIKOREK OLEH MEREKA YANG GILAKAN KUASA.LEMBU KORBAN PUN CUBA DIBERI NYAWA KEMBALI,WALAUPUN TULANG LEMBU KORBAN ITUPUN DAH MAKIN SERAKAH DIMAKAN BUMI.SATELIT PUAKA BERLEGAR DI SANA-SINI MENCARI LUBANG UNTUK DIKOREK,DIGALI DAN DITERJAH UNTUK DIDEDAH.

SANG PANDAI MENIPU BERMAHARAJALELA MEMPERDAGANGKAN TIPU MUSLIHAT DI SERATA BUMI MALAYSIA DENGAN DIBANTU MEDIA PENIPU.BULU HIDUNG KITA SEMAKIN SEMAK UNTUK MENAPIS UDARA KOTOR SISA DOSA DENGKI KHIANAT YANG DISEDUT SABAN HARI.

MASIH PUNYA WAKTUKAH UNTUK PARA PEMIMPIN INI MEMIKIRKAN BAGAIMANA CARA MENJANA EKONOMI RAKYAT DAN NEGARA SELAIN DARI POLITIK KOTOR DAN GILA PADA KUASA.

BUASIRKAH KITA JIKA KITA TIDAK MENGAMALKAN POLITIK KOTOR INI?

ADA BETUL JUGAK KATA-KATA DR.M NI.

Kes foto bogel Elizabeth bermotifkan politik - Mahathir

CAMBRIDGE: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad percaya penyebaran gambar separuh bogel Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan, Elizabeth Wong bermotifkan politik.


“Di Malaysia sekarang, kita dapat lihat ramai yang mengamalkan taktik politik kotor,” katanya ketika diminta mengulas sama ada Wong merupakan mangsa parti politik tertentu.


Tambahnya, banyak perkara yang terjadi di Malaysia akhir-akhir ini ada kaitan dengan politik.


“Ini tidak bagus kerana amat mudah untuk mengambil gambar dan merosakkan reputasi seseorang individu,” katanya kepada The Star selepas memberi ceramah tentang Malaysia At The Crossroad di Unversiti Cambridge semalam.


Jelas Dr. Mahathir, keputusan sama ada Wong meletakkan jawatan atau tidak terletak kepada Parti Keadilan Rakyat walaupun ADUN berkenaan telah menawarkan diri untuk berbuat demikian.

Jumaat, Februari 20, 2009

ANTARA KERETA,LEMBU DAN SPRM

Kereta merupakan ciptaan manusia untuk bergerak ke sesuatu tempat.Ia merupakan alat pengangkutan yang sangat berguna sejak ia dicipta.Sekarang kereta telah menjadi suatu keperluan bagi setiap orang.

Lembu adalah sejenis binatang ciptaan tuhan.Ia hidup dengan memakan rumput.Namun ia tidak makan rasuah.Itulah kehebatan seekor lembu,sebodoh-bodoh dirinya dia tak makan rasuah ataupun memberi rasuah.Lembu juga biasanya dibuat korban pada Hari Raya Haji.Ia boleh dikorbankan oleh sesiapa sahaja dan di mana saja termasuk di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak.

Apabila kereta dan lembu digabungkan secara ilmiah, maka akan terhasil kereta lembu.
Kereta lembu merupakan alat pengangkutan zaman dahulu. Sekarang dah tak banyak digunakan kerana kos alatgantinya lebih mahal dari Perdana V6.

Manakala SPRM pula adalah alat yang digunakan untuk menyiasat rasuah di kalangan Pakatan Rakyat sahaja. Sekarang SPRM banyak digunakan oleh kerajaan untuk menyiasat rasuah di kalangan pemimpin pembangkang.Penjenamaan semula BPR menjadi SPRM dilihat tidak membawa apa-apa perubahan kecuali jenama sahaja.Kehebatan SPRM ialah dapat menyiasat sebarang aduan melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat dengan pantas.

Orang-ramai tidak perlu memaki dan marah kepada SPRM dengan niat murni mereka ini.Ini tidak berat sebelah.Mana ada berat sebelah beb! Biaqpila...tujuan mereka adalah untuk membersihkan Pakatan Rakyat dari rasuah.Pada akhir nanti Pakatan Rakyat akan bersih dari rasuah berbanding BN yang berselaput dan berteritip dengan rasuah dan akan dikuburkan bersama akar-umbi rasuah mereka sendiri.Pasai tu depa buat derk je kalau ada aduan melibatkan pemimpin UMNO/BN yang terlibat rasuah.

(Akar-umbi adalah perkataan yang sering digunakan pemimpin umno tatkala memilih calon pilihanraya kecil dan ketika pemilihan umno. Akar-umbi ni tak boleh dimakan berbanding akar-ubi....)

TAHNIAH SPRM! CEPAT DAN PANTAS SEPERTI LEMBU DICUCUK HIDUNG!

Ceduk dari : angkasanuri.blogspot.com

Apabila Pak Lah mencadangkan mewujudkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) bagi menggantikan BPR sebelum melepaskan jawatan PM, hati saya menaruh curiga. Saya merasakan ada sesuatu motif di sebalik cadangan tersebut.

Ternyata apa yang saya bimbangi dulu berasas. Kes yang melibatkan pemimpin pakatan Rakyat begitu cepat SPRM bertindak. Selepas laporan dibuat oleh pihak Umno sepantas kilat SPRM membuka kertas siasatan dan mencari bukti untuk membuat pendakwaan.

Sebaliknya apabila laporan dibuat oleh pihak PR tindakan begitu lambat dengan pelbagai alasan dan helah. Kononnya bukti tidak lengkap dan maklumat tidak jelas.

Inilah yang berlaku dalam kes lembu dan selenggara kereta Tan Sri Khalid Ibrahim dan speaker Perak V. Sivakumar. Saya bukan untuk membela mereka berdua. Jika benar-benar terbukti bersalah dakwa di mahkamah dengan bukti yang cukup.

Tetapi persoalannya bagaimana dengan laporan yang bertimbun-timbun dibuat oleh PR pada pemimpin Umno dan BN? Bagaimana laporan rasuah melibatkan kos berlipat kali ganda penyelenggaraan dan servis kereta Perdana V6 kerajaan BN di Terangganu? Bagaimana laporan wujud kes rasuah tindakan bekas adun PKR dan DAP Perak yang melompat ke BN? Bagaimana pula dengan laporan yang bersusun-susun melibatkan kes rasuah dalam pemilihan Umno?

Kalau kes yang melibatkan PR, SPRM begitu pantas bertindak seperti lembu dicucuk hidung!

Semua ini menimbulkan keraguan dan kemusykilan kepada SPRM. SPRM tidak boleh melatah kalau dituduh sebagai alat Umno kerana itu yang masyarakat lihat yang berlaku hari ini.

Bagi saya tidak ada cara lain untuk memulihkan wibawa dan kredibiliti SPRM yang teruk tercemar selain merombak secara radikal peranan dan fungsi SPRM dengan menjadi sebuah badan yang benar-benar bebas dari pengaruh kuasa eksekutif sebaliknya proses pemilihan dan pelantikan pengerusi SPRM dipilih oleh suruhanjaya bebas di bawah kuasa DYMM Agong.

Tetapi selagi Umno dan BN berkuasa, semua itu hanya mimpi yang tidak menjadi kenyataan. Hanya mereka yang bergelumang dengan rasuah sahaja yang gentar SPRM menjadi badan bebas.

http://angkasanuri.blogspot.com/2009/02/tahniah-sprm-cepat-dan-pantas-seperti.html

BIAQ RAKYAT TENTUKAN

'Nizar dan Sultan ada tafsiran sendiri, biar rakyat tentukan' - Haron Din

Azamin Amin | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Thu | Feb 19, 09 | 12:08:04 pm MYT
KUALA LUMPUR, 19 Feb (Hrkh) - Bagi tokoh agama yang terkenal, Dato' Dr Haron Din menasihatkan agar kemelut yang berlaku di Perak ini diselesaikan dengan cara paling baik iaitu mengembalikan kuasa kepada rakyat untuk membuat keputusan melalui pilihan raya seluruh negeri.

Timbalan Mursyidul Am PAS itu juga berpendapat, perselisihan tafsiran undang-undang di antara Sultan Perak, Raja Azlan Shah dan Menteri Besar Perak Dato' Seri Nizar Jamaluddin merupakan proses biasa dalam amalam demokrasi, dan bukan kali pertama berlaku di Malaysia dan mana-mana negara di dunia.

"Nizar tidak meletakkan jawatan kerana dia memegang amanah rakyat, dia hendak kembalikan semula kepada rakyat. Itu tafsirannnya.Saya tidak nafikan Tuanku Sultan ada tafsirannya. Jadi jika ada perselisihan tafsiran undang-undang, maka saya tidak fikir itu boleh dinamakan sebagai derhaka.

"Ini sepatutnya diselesaikan dengan cara paling baik iaitu, kembalikan kepada rakyat. Biar rakyat yang menentukan. Atau kita berlapang dada dan bersabar sedikit, biar Mahkamah Tinggi memutuskan kesahihan pelantikan menteri besar kedua," katanya dalam satu wawancara eksklusif dengan Harakah baru-baru ini.

Dalam pada itu beliau menegaskan Raja-raja Malaysia perlu dikekalkan pada takhta yang sedia ada dan rakyat diseru supaya bersatu dan mengekalkan kedudukan mereka.

Beliau antara ulama yang dekat dan rapat hubungannya dengan istana menjelaskan istilah 'sembah derhaka' yang dimanipulasi oleh plebagai pihak khusunya media sedangkan ianya bukan satu bentuk tindakan derhaka yang sebenarnya.

"Sembah derhaka' bermaksud apa yang diminta oleh seorang Raja atau Sultan tidak dapat dipenuhi atau ditunaikan oleh seorang hamba rakyat. Sama ada kecil atau yang besar. Seorang rakyat akan menuturkan bahawa 'patik sembah derhaka'. Bukan yang kita fahami itu derhaka adalah melawan atau menyakiti Raja," katanya yang cuba membandingkan pelbagai perbuatan menderhaka yang dilakukan oleh pemimpin sebelum ini.

Katanya, yang tidak mahu mendedahkan secara terperinci, memang berlaku perbuatan menderhaka yang tidak diketahui umum.

"Ada pemimpin disuruh Raja untuk 'briefing' pada hari tertentu tentang perkembangan negeri, langsung tak datang. Ada yang Raja suruh buat projek untuk rakyat, tetapi pemimpin tak buat. Ada Sultan yang suruh hentikan projek tertentu kerana membazir, mereka terus buat.

"Ada raja suruh bantu ekonomi orang Melayu, dengan bantu projek tertentu tetapi beri pada kroni mereka pula malah ada Raja beritahu saya, ada pemimpin yang terajang pintu istana kerana tidak puas hati.

"Ini semua saya dapat tahu dan ada antara Raja-raja yang beritahu sendiri kepada saya. Inilah perangai mereka... ini jauh lebih derhaka lagi," katanya.- azm/mks.

Rabu, Februari 18, 2009

NASIB BAIK BARU ANGKAT SUMPAH 7 ORANG

NASIB BAIK BARU ANGKAT SUMPAH 7 ORANG, KALAU TIDAK SEMUA ADUN BN DI PERAK KENA GANTUNG SIDANG DUN 12 BULAN HARI NI.ITU KALAU SEMUA ADUN ANGKAT SUMPAH JADI EXCO HARI TU.PATUTLA CUMA LANTIK 6 EXCO SAJA.FUHHH DASYATNYA KISAH POLITIK YANG BERGOLAK DI PERAK.

KALAU DUN BERSIDANG ESOK KA LUSA KA, BN HANYA ADA 24 ADUN ITUPUN CAMPUR 3 ADUN JAGUH LOMPAT KATAK BEBAS, MANAKALA PAKATAN RAKYAT 28 ADUN. TU YANG DEPA TENGAH MENGGELABAH KURA TU.

KITA PAKAT-PAKAT LIHAT SAPA YANG KENA...DRAMA RAMPASAN KUASA INI TIDAKLAH SEBURUK INI JIKA DUN DIBUBARKAN PADA PERMULAAN BABAK PERCINTAAN HARAM INI.

Berita Asal:

MB Perak dilarang hadir DUN 18 bulan, 6 Exco 12 bulan

IPOH: Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir digantung sertamerta dan dilarang daripada menghadiri sesi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak selama 18 bulan.


Sementara enam Anggota Majlis Mesyuarat (Exco) kerajaan negeri digantung selama 12 bulan daripada menghadiri sesi DUN juga berkuatkuasa hari ini.


Speaker DUN Perak V. Sivakumar mengumumkan keputusan itu selepas Zambry dan enam Exco berkenaan tampil di hadapan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN di sini hari ini.


Kesemua tujuh Adun BN itu sebelum ini diberi notis saman supaya tampil di hadapan jawatankuasa itu berikutan aduan Adun Canning (DAP), Wong Kah Woh, bahawa majlis angkat sumpah jawatan mereka bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Negeri Perak dan menghina DUN kerana Menteri Besar Ke-10, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, belum meletak jawatan secara rasmi.


Sivakumar berkata setelah meneliti aduan tersebut, beliau mendapati satu kes prima facie terhadap Zambry (Adun Pangkor), Datuk Ramly Zahari (Manong), Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik), Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Dr Mah Hang Soon (Chenderiang).


"Keputusan ini diambil selepas mendapati kesemua mereka gagal dan tidak memberikan sebarang penjelasan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang diadakan hari ini.


"Mereka telah gagal menawarkan sebarang penjelasan atas tindakan mereka yang menghina Dewan Undangan Negeri," kata Sivakumar dalam satu kenyataan akhbar empat perenggan di sini lewat petang ini.


Selain Sivakumar, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN dianggotai Husin Din (Pas-Selingsing), Chan Ming Kai (PKR-Simpang Pulai), Ong Boon Piow (DAP-Tebing Tinggi), Loke Chee Yan (DAP-Kepayang) dan Sum Chok Leng (DAP-Bercham), manakala wakil tunggal Barisan Nasional (BN) ialah Datuk Hasbullah Osman (Temenggor).


Sebelum itu, kesemua tujuh Adun terbabit telah dipanggil untuk memberi keterangan pada pukul 3 petang di Bilik Mesyuarat Bahagian Kewangan, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini.


Zambry dan enam Exco itu yang dilihat keluar dari bilik mesyuarat itu pada kira-kira 3.30 petang enggan memberikan sebarang komen kepada pemberita yang menunggu.


Sementara itu, Zambry Abdul Kadir berkata beliau dan enam Exco kerajaan negeri akan mengambil tindakan susulan mengikut peraturan dan undang-undang berhubung tindakan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang menggantung dan melarang mereka daripada menghadiri sesi DUN.


Beliau bagaimanapun enggan menyatakan apakah tindakan susulan itu.


Zambry berkata jawatankuasa tersebut yang dipengerusikan oleh Speaker DUN Perak V. Sivakumar tidak boleh membuat keputusan itu dengan sewenang-wenangnya tetapi sebaliknya perlu membawanya ke sidang DUN terlebih dahulu.


"Keputusan jawatankuasa itu juga adalah menidakkan kuasa Sultan Perak yang membuat pelantikan Menteri Besar dan barisan Exco berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini malam ini.


Katanya tindakan jawatankuasa berkenaan juga adalah subjudis memandangkan isu pelantikan beliau sebagai Menteri Besar telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang ingin mencabar kesahihan pelantikan berkenaan. Menteri Besar berkata Sivakumar juga telah melakukan satu penipuan yang besar apabila mendakwa di dalam kenyataan akhbarnya hari ini bahawa Zambry dan enam Exco berkenaan telah gagal dan tidak memberikan sebarang penjelasan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang diadakan petang tadi.


Menurut Zambry, beliau dan Exco berkenaan telah memberikan penjelasan kepada jawatankuasa tersebut dan turut mengemukakan bantahan awal dengan mengemukakan sebab-sebab mengapa beliau dan enam exco berkenaan tidak boleh dikenakan tindakan terhadap pertuduhan yang dikenakan.


"Oleh itu dakwaan Speaker bahawa kami telah gagal menawarkan sebarang penjelasan merupakan satu penipuan paling serius yang dilakukan oleh seorang speaker," katanya.BERNAMA

Selasa, Februari 17, 2009

Elizabeth mahu undur. MB, Anwar nasihat cuti

MB menghadap Sultan Selangor mendapat panduan


[DIKEMAS KINI, 4.20 PETANG] PETALING JAYA: Elizabeth Wong, yang memutuskan hasrat untuk meletakkan jawatan Exco Kerajaan Negeri Selangor dan ADUN Bukit Lanjan ekoran tersebarnya gambar separuh berbogel, telah dinasihatkan agar bercuti buat sementara waktu.


Menteri Besar Selangor berkata, beliau telah menasihatkan Wong agar bercuti dan mengambil rehat yang sewajarnya.


Bagaimanapun beliau tidak menyatakan berapa lama Wong dinasihatkan supaya bercuti.


Nasihat yang sama turut diberikan oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di lobi Parlimen, yang turut meminta Wong supaya mengkaji semula pendiriannya mahu meletakkan jawatan.


Semalam Wong berkata beliau telah menjadi "mangsa kejadian" penyebaran foto atau video separuh bogelnya, yang dipercayai disebarkan oleh bekas kekasihnya.


Media melaporkan bahawa bekas kekasihnya kini berada di luar negara.


Malam tadi kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah mengadakan dua mesyuarat - peringkat negeri dan peringkat kebangsaan - dari 8.30 malam tadi sehingga awal pagi ini bagi membincangkan isu Wong.


mStar Online difahamkan antara opsyen yang ditimbangkan dalam kedua-dua pertemuan itu ialah meminta Wong berundur daripada kedua-dua jawatan berkenaan.


Selangor PAS dijadual turut mengadakan mesyuarat petang ini membincangkan isu berkenaan.


Malah, Khalid yang juga Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor berkata, beliau akan menghadap Sultan Selangor untuk memperjelaskan isu berkeaan dan mendapatkan pandangan baginda.


"Saya telah menerima surat daripada YB Elizabeth Wong yang mengatakan hasrat untuk meletakkan jawatan sebagai Exco Selangor dan ADUN Bukti Lanjan.


"Perkembangan ini adalah sesuatu yang malang memandangkan YB Elizabeth Wong merupakan anggota Exco contoh," kata beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan sejam yang lalu.


Bagaimanapun Khalid tidak menyatakan tarikh beliau akan menghadap Sultan Selangor.


Pagi esok, kerajaan negerinya akan mengadakan mesyuarat mingguan Exco.

MSTAR

NAK KENA PILIHANRAYA JUGAK KE?

Foto bogel: Elizabeth tawar letak jawatan
Feb 17, 09 9:00am
Exco Kelangor Negeri Selangor, Elizabeth Wong akan menawar diri untuk meletakkan jawatan exco dan ahli dewan undangan negeri (Adun) ekoran penyebaran foto bogelnya kepada umum.

Beliau ijangka membuat pengumuman tersebut dalam sidang akhbar pada jam 11 pagi ini di ibupejabat PKR di Tropicana.

Kelmarin, Elizabeth membuat aduan polis berhubung penyebaran foto-foto bogelnya kepada umum itu. Selain foto, difahamkan satu klip video juga turut disebarkan.

Beliau juga merupakan Adun PKR di Bukit Lanjan dan exco pelancongan, hal ehwal pengguna dan alam sekitar sejak 11 bulan lalu.

Difahamkan foto-foto itu dirakam tanpa kebenarannya - kemungkinan oleh seorang bekas teman lelakinya - sewaktu beliau sedang tidur.

Menurut sumber-sumber, pemimpin tinggi PKR yang bertemu malam tadi , memutuskan untuk mengakhiri kontroversi tersebut sebelum menjelang pilihanraya di Perak dan Kedah.

Dengan peletakan jawatan Elizabeth, maka Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mengadakan pilihanraya kecil di Bukit Lanjan, pada masa yang sama dengan pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau yang telah ditetapkan serentak pada 7 April depan.

Dalam pilihanraya umum lalu, Elizabeth menang dengan memperolehi 12,125 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dari Gerakan, Yong Dai Ying, yang mendapat 6,970 undi.

Elizabeth menang dengan majoriti 5,155 undi.

Menurut sumber-sumber, antara calon PKR yang disebut-sebut mungkin bertanding di kerusi tersebut ialah bekas pengerusi Gerakan Wilayah Persekutuan yang juga bekas timbalan menteri, Dr Tan Kee Kwong.

Kee Kwong, yang pernah menjadi ahli Parimen Segambut, menyertai PKR Ogos tahun lalu.

Satu lagi calon yang disebut-sebut ialah bekas ketua wanita MCA Klang dan bekas ahli Parlimen Klang, Dr Tan Yee Kew, yang menyertai PKR tahun lalu.

Sementara itu, Adun Kajang, Lee Kim Sin dari PKR disebut-sebut akan dilantik mengisi jawatan exco yang dikosongkan oleh Elizabeth..


MALAYSIAKINI

Isnin, Februari 16, 2009

HANG DAH TENGOK GAMBAQ TU KE?

Alamak Khir Toyo..apa pasai cepat sangat suruh kawan tu letak jawatan. Dah tak sabaq nak masuk bertanding ka? Hang dah tengok ka gambaq tu? Kalau belum tengok jangan cepat melatah. Yang ni tak macam kes vcd pemimpin MCA dulu tu.Takdak pasai kawan tu nak letak jawatan.Biaqpila polis siasat dulu...

Hang salah info kot? Yang ni foto masa dia tidoq la...apa pulak masalah moral kalau tidoq bogel sorang2.Lain la kalau buat demonstrasi berbogel macam duk kecoh-kecoh hari tu.



LAPORAN MALAYSIAKINI:

BN S'gor desak Elizabeth letak jawatan

Jimadie Shah Othman | Feb 16, 09 12:54pm
Ketua pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendesak ahli exco kerajaan negeri Selangor, Elizabeth Wong supaya meletak jawatan exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan, ekoran penyebaran foto-foto bogelnya kepada umum.

"Ini adalah masalah moral. Dulu Datuk Seri Dr Chua Soi Lek pun letak jawatan," katanya kepada Malaysiakini.

Katanya, apabila perkara yang sama berlaku kepada Dr Chua, pemimpin Pakatan Rakyat mendesaknya supaya meletak jawatan.

"Sekarang mengapa tidak (Elizabeth letak jawatan). Jangan dwi-standard. (Bila) berlaku pada orang tak boleh... (tapi) pada kita tak apa," katanya lagi.

Elizabeth membuat aduan polis tengah malam tadi berhubung penyebaran foto-foto bogelnya kepada umum.

Beliau membuat laporan di balai polis Damansara, Petaling Jaya kira-kira jam 11 malam.

Difahamkan foto-foto yang dirakam tanpa kebenarannya itu - kemungkinan oleh seorang bekas teman lelakinya - sewaktu beliau sedang tidur.

'Secepat mungkin'

Dr Mohd Khir mendesak supaya Elizabeth meletak jawatan "secepat yang boleh".

Dengan berbuat demikian, katanya, ia akan dapat membersihkan nama PKR.

"Jika tidak, ia adalah parti yang tak ada moral," katanya.

Dr Mohd Khir juga berkata, ada kemungkinan pihak PKR tidak membuat saringan peribadi setiap calonnya yang bertanding dalam pilihanraya umum lalu.

Katanya, ini mungkin kerana mereka tidak menyangka akan menang dan menubuhkan kerajaan di Selangor.

Elizabeth menjadi sasaran kedua berkaitan dakwaan seks selepas serangan terhadap seorang wakil rakyat PAS, yang juga exco kerajaan negeri, Dr Halimah Ali yang didakwa ditangkap basah di sebuah hotel sekitar Pelabuhan Klang.

Dr Halimah menafikannya dan membuat aduan polis hujung bulan lepas terhadap sebuah laman web pro-Umno berhubung penyiaran

TV 3 SETENGAH MASAK DAPAT BAHAN

Sebentar tadi, tv 3 setengah masak dalam siaran buletin utamanya mendapatkan reaksi pengundi Elizabeth Wong di kawasan DUN Bukit Lanjan ekoran pendedahan gambar berbagai posisi ketika sedang tidur. Ada reaksi dari kaum melayu,cina dan india. Begitu majmuk sekali beritanya, namun tak dak pulak reaksi dari orang asli dan kaum-kaum lain. Cerita macam ni hangpa nak sangat la jadi bahan berita hangpa.

Tv 3 setengah masak oi!!!,biaqpila polis siasat benda ni dulu.Yang hangpa dok kelam-kabut cucuk jarum apa projek? Siang tadi baru saja Ke Bawah DYMM Yang Dipertuan Agong menitahkan agar pihak media jangan la menggunakan lesen media mereka untuk menyebarkan fitnah dan memecahbelahkan rakyat berbilang kaum. Berita ni juga hangpa siarkan di permulaan buletin utama tu.Cakap biarlah serupa dengan bikinnya.

Selalunya kalau yang tak baik di pihak Pakatan Rakyat hangpa ulas panjang lebar. Sebab apa hangpa tak siarkan berita aktiviti MB Kedah ke,KM Pulau Pinang ke,MB Kelantan ke? Tak dak nilai berita ka? Tak kan la hangpa tak reti nak menilai yang mana baik dan yang mana buruk.

ADUAN POLIS GAMBAR BOGEL EXCO

Aduan polis foto bogel exco S'gor

Feb 16, 09 10:09am
kemaskini 11.28pm Seorang exco kerajaan Selangor telah membuat aduan polis tengah malam tadi berhubung penyebaran foto-foto bogelnya kepada umum.

Elizabeth Wong, yang juga wakil rakyat Bukit Lanjan, membuat laporan di balai polis Damansara, Petaling Jaya kira-kira jam 11 malam.

Difahamkan foto-foto yang dirakam tanpa kebenarannya itu - kemungkinan oleh seorang bekas teman lelakinya - sewaktu beliau sedang tidur.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) wanita itu, dalam usia lewat 30-an dan masih bujang, dijangka mengeluarkan kenyataannya hari ini.

Beliau menjadi sasaran kedua berkaitan dakwaan seks selepas serangan terhadap seorang wakil rakyat PAS, yang juga exco kerajaan negeri, Dr Halimah Ali yang didakwa ditangkap basah di sebuah hotel sekitar Pelabuhan Klang.

Sambil menafikannya, beliau membuat aduan polis hujung bulan lepas terhadap sebuah laman web pro-Umno berhubung penyiaran tuduhan tersebut.

MALAYSIAKINI

Nizar masih Menteri Besar yang sah

Tengku Razaleigh Hamzah
Sun | Feb 15, 09 | 10:38:25 am MYT

Senario yang memalukan semakin terserlah di Perak.

Biar saya lanjutkan apa yang pernah saya katakan mengenai status Menteri Besar.

Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi di negara ini. Ia merupakan asas dan sumber kepada kuasa undang-undang, dan Raja-Raja telah bersumpah untuk mempertahankannya.

Menurut Perlembagaan, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar sehinggalah beliau meletak jawatan atas kerelaannya, atau disingkirkan melalui undi tidak percaya menerusi persidangan dewan undangan negeri. Perlembagaan tidak mempunyai sebarang peruntukan untuk menyingkirkannya melalui cara lain, termasuk melalui petisyen atau arahan daripada mana-mana pihak berkuasa.

Dua prinsip perlu dijelaskan:

Pertama, kerajaan yang memerintah diasaskan menurut undang-undang dan prinsip yang terdapat dalam Perlembagaan. Inilah yang membezakan di antara kerajaan yang dibentuk secara sah dan yang dibentuk secara kekerasan melalui undang-undang rimba.

Kedua, kerajaan yang dibentuk secara sah menurut Perlembagaan memperolehi kuasanya daripada mandat yang diberikan rakyat, hanya melalui cara itu. Mandat diberikan oleh rakyat kerana kerajaan itu dibentuk menurut Perlembagaan, dan pemimpin-pemimpinnya mereka pilih melalui pilihan raya yang bebas dan adil.

Kita perlu menguji mandat ini secara berkala. Pada waktu-waktu penting seperti apabila sesebuah kerajaan akan dibentuk atau dibubarkan, Perlembagaan memperuntukkan kaedah ujian yang formal dan definitif untuk mengukur sejauh mana mandat rakyat diperolehi oleh kerajaan berkenaan.

Jadi, kita adakan pilihan raya untuk menguji sejauh mana sokongan di kalangan rakyat yang diperolehi oleh seseorang calon pimimpin. Persoalan dikemukakan dalam pilihan raya yan dikawal oleh undang-undang dan persetujuan yang mendahului masa.

Jika pilihan raya tidak diadakan, atau sekiranya pilihan raya itu diragui kebebasan dan keadilannya, maka persoalankeabsahan kepimpinan tidak dapat ditentukan.

Walau seramai mana pun orang berarak dan meneriakkan nama anda, semuanya itu tidak diambil kira. Anda perlu membuktikan bahawa anda mempunyai sokongan pengundi melalui pilihan raya yang bebas dan adil.

Sama juga, Perlembagaan menyediakan satu kaedah definitif untuk menguji sama ada seseorang Menteri Besar atau Perdana Menteri masih mempunyai majoriti di Dun atau Parlimen. Kita akan kemukakan undi tidak percaya di Dun atau Parlimen.

Apa yang akan diambil kira nanti ialah keputusan persidangan tersebut. Ia tidak mengambil kira sebanyak mana akuan bersumpah, peralihan sokongan, sidang media dan perisytiharan yang dibuat. Ia juga tidak mengambil kira berapa banyak bentuk pengiklanan, pameran, tarikan dan tenaga yang ditanggung bagi menghadapi persoalan tersebut.

Bagi menguji secara formal mandat kerajaan sekarang, sama ada di Perak, Sabah atau kerajaan Persekutuan, persoalan perlu dikemukakan kepada rakyat melalui pilihan raya negeri, atau menerusi persidangan melalui undi formal di dewan. Inilah ujian-ujian yang diambil kira dalam demokrasi berperlembagaan kita.

Inilah juga apa yang diertikan sebagai demokrasi berparlimen. Untuk menyingkir atau membentuk kerajaan melalui cara selain itu akan menyalahi Perlembagaan, melunturkan kuasa undang-undang dan berhadapan dengan risiko pembentukan kerajaan yang haram.

Pihak berkuasa yang sah hanya boleh ditubuhkan melalui kaedah demokratik seperti yang disebut oleh Perlembagaan. Kuasa yang sah dan betul berbeza sepenuhnya daripada kuasa buas yang boleh dibeli, jual atau dirampas menggunakan kekuatan.

_________________________________ Diterjemah secara bebas oleh Muhammad Nor Abdul Samad daripada razaleigh.com _

Harakahdaily

Ahad, Februari 15, 2009

BLOG HADAPI MASALAH PAPARAN IMEJ

Laman-laman blog kini menghadapi masalah pada gambar atau imej yang tidak dapat dipaparkan. Tinjauan ke beberapa blog yang dikendalikan blogspot.com mendapati tiada paparan pada imej-imej yang diletakkan. Ini disebabkan oleh url imej seperti http://4.bp.blogspot.com/ tidak dapat diakses.

Imej juga tidak dapat dimuat naik oleh pemilik-pemilik blog.Masalah ini menyebabkan blog kurang menarik tanpa gambar.

SPR TAKUT BN KALAH LAGI?

Mac tidak sesuai pilihan raya kecil diadakan
Wan Ahmad: Tidak betul tarikh penamaan calon, undi memihak BN



Oleh G. MANIMARAN


PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan jurang tempoh hampir dua bulan berlangsungnya pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau dipengaruhi ataupun kerana tekanan Umno dan Barisan Nasional (BN).


Sebaliknya, SPR menjelaskan, bulan Mac tidak sesuai untuk diadakan kedua-dua pilihan raya kecil berkenaan disebabkan pelbagai faktor termasuk keperluan suruhanjaya itu sendiri membuat persediaan.


Sambil mengakui ini kali pertama sesuatu pilihan raya kecil diadakan dalam tempoh agak lama, hampir dua bulan sejak wujudnya kekosongan, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, hari pengundian 7 April merupakan masa yang sesuai dan selesa bagi semua pihak.


"Kita ada 60 hari (untuk mengadakan pilihan raya kecil), mengapa tidak menggunakan dengan baik 60 hari dan membolehkan semua orang gembira dan selesa membuat persiapan menghadapi pilihan raya kecil.


"Bulan Mac sebenarnya tidak sesuai kerana faktor keselamatan dan ketegangan serta banyak aktiviti dijalankan bulan depan," katanya beliau kepada mStar Onlinelewat malam tadi.


Mesyuarat penggal kedua Parlimen ke-12 bermula esok.


SPR memutuskan tarikh pilihan raya kedua-dua kerusi berkenaan Jumaat lalu.


Kedua-dua pilihan raya kecil berkenaan akan diadakan serentak pada 7 April dengan hari penamaan adalah 29 Mac iaitu sehari selepas berakhirnya Perhimpunan Agung Tahunan Umno.


Ketika ditanya sama ada keputusan SPR itu bertujuan memihak kepada Umno dan BN, Wan Ahmad berkata: "Itu tidak betul... ia tidak memberi kelebihan kepada BN, Umno."


"Itu tanggapan tidak betul, bahawa tempoh yang panjang ini memihak kepada BN sahaja, tetapi ia memberi peluang kepada mana-mana parti yang akan bertanding untuk bersedia dan menghadapi pilihan raya (kecil) ini," ujar beliau.


Malah tegas beliau, SPR memutuskan tarikh-tarikh berkenaan bukan kerana adanya tekanan daripada Umno dan BN.


"Faktor untuk mewujudkan keselesaan kepada semua, tidak kira kepada BN dan Umno.


"Semua pihak harus lihat dari sudut positif kerana keputusan SPR memberi kebaikan dan keselesaan kepada semua," katanya.


Beliau mengakui bahawa pihaknya juga mempertimbangkan laporan dalaman bahawa persekitaran semasa di Perak yang agak tegang tidak sesuai untuk mengadakan pilihan raya kecil.


"Suasana di negeri Perak... kita ada maklumat keadaan politik yang tidak stabil dan aktiviti politik yang panas, aktiviti kempen akan meningkat dan boleh mengancam ketenteraman awam kalau betul-betul tidak bersedia," katanya.


Beliau juga mengakui bahawa pihaknya mengambil kira pemilihan dan perhimpunan tahunan Umno hujung bulan depan.


"Kalau orang faham betul-betul... kita hendak semua orang selesa... Umno mengadakan pemilihan parti, jika BN menghadapi dalam keadaan tidak selesa... kita hendak semua parti selesa dan menghadapi pilihan raya dalam keadaan yang tenang," katanya.


Dari segi logistik, jelas Wan Ahmad, pihaknya memerlukan masa untuk melatih pekerja pilihan raya yang 90 peratus terdiri daripada guru.


Katanya, sebahagian besar guru terbabit merupakan mereka yang baru diambil bertugas sempena pilihan raya kecil, pekerja-pekerja berkenaan memerlukan latihan secukupnya.


"Pegawai pilihan raya negeri telah meminta agar diberikan masa yang secukupnya untuk melatih mereka, yang akan melalui dua pusingan latihan iaitu latihan teori dan latihan amal sebab ramai pekerja pilihan raya adalah muka baru.


"Oleh itu, SPR juga mengambil kira aspek ini bagi membolehkan mereka menjalankan tugas dengan baik dan penuh keyakinan," katanya.


Kerusi Parlimen Bukit Gantang melibatkan 650 pekerja manakala kerusi Bukit Selambau pula kira-kira 450 orang.


Dalam komen kepada mStar Online Jumaat lalu, PAS dan Parti Keadilan Rakyat - dua anggota Pakatan Rakyat mendakwa penetapan tarikh pilihan raya kecil kedua-dua kerusi Bukit Gantang dan Bukit Selambau dipengaruhi oleh pemilihan Umno bulan depan dan memberi kelebihan kepada BN.


Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam blognya kelmarin mendakwa "kini dengan menganjak tarikh pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau selewat mungkin setelah selesai pemilihan Umno, SPR bertindak keterlaluan menurut telunjuk Datuk Seri Najib (Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri)."


Semalam Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub berkata, pihaknya mempertikaikan tarikh itu dengan menganggap ia seolah-olah memberi laluan kepada Perhimpunan Agung Umno yang dijadualkan berlangsung pada 24 hingga 28 Mac.


Bagaimanapun BN menerima baik keputusan SPR mengadakan serentak kedua-dua pilihan raya itu.


Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Pengerusi BN berkata, BN berkeyakinan untuk memperoleh kemenangan pada kedua-dua pilihan raya kecil itu.


Malah, katanya ia akan memberikan peluang kepada anggota Umno memberikan sepenuh perhatian menghadapi kedua-dua pilihan raya kecil terbabit.


Jumaat lalu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz berkata, SPR memutuskan pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang di Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau di Kedah diadakan serentak bagi mengelakkan tempoh berkempen terlalu panjang atas faktor keselamatan.


Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata apabila tempoh berkempen terlalu panjang, pelbagai isu akan ditimbulkan dan keadaan itu boleh mengancam ketenteraman awam dan keselamatan di kawasan terbabit serta keselamatan negara.


MSTAR

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive