Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

Kasi like saja apa ada hal...

Biaqpila on Facebook
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Mac 31, 2009

Siswa anjurkan kempen sedarkan pengundi Bukit Gantang

Irwan Muhammad Zain

Tue | Mar 31, 09 | 5:56:43 pm MYT
KAMUNTING, 31 Mac (Hrkh) - Kerana mahu melihat perubahan dalam landskap politik negara Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mengerahkan ahli-ahlinya berkampung di Bukit Gantang bagi memastikan kemenangan berpihak kepada calon PAS, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin.

Sebagai permulaan SMM bersama Gabungan Anak Muda Islam Semalaysia (Gamis) pada 29 Mac lalu telah menghantar 300 mahasiswa dari pelbagai universiti di Lembah Klang ke Bukit Gantang.

Mengedarkan risalah politik yang menerangkan kerakusan kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada pengundi Cina di Kuala Sepetang merupakan antara aktiviti yang dijalankan pada petang hari tersebut selepas selesai penamaan calon pada sebelah pagi.

Presiden SMM, Muhammad Haafizuddin Abirerah menjelaskan selain isu kerakusan BN, risalah mengenai krisis perlembagaan yang menyebabkan berlakunya konflik di Perak turut diedarkan.

"Kami mahu menjelaskan kepada pengundi-pengundi Cina apa dan siapa yang menyebabkan berlakunya krisis politik di Perak.

"Kami juga menerangkan kepada mereka kepentingan untuk membuat perubahan dalam landskap politik negara dan tidak perlu takut untuk membuat perubahan," jelas beliau.

Menafikan SMM condong kepada Pakatan Rakyat, Haafizuddin menegaskan mereka hanya mempunyai persamaan pendapat dengan gabungan pembangkang itu dalam sesetengah isu sahaja.

Beliau juga menjelaskan SMM dan Gamis akan menjalankan program dari rumah ke rumah untuk menerangkan kepada seluruh pengundi di Bukit Gantang dan menamakan program mereka sebagai Projek Menyedarkan Rakyat Perak. - mks. _

harakahdaily

BUKIT SELAMBAU - CERAMAH EZAM DIHADIRI 20 ORANG?

LA INGAT 20,000 ORANG PI DENGAQ CERAMAH DIA.

BIAQ BETOI 20 ORANG? KALAU LAGU TU DUIT NAK BAYAQ TOL PUN TAK LEPAIH...SUSAH PAYAH MAI DARI JAUH.


Ezam salah tajuk semalam.

Semalam seorang yang cheGuBard anggap abang, Ezam Mohd Nor berceramah di Bukit Selambau. Ceramah yang diadakan di Sungai Lalang di perkarangan rumah penyokong Umno itu mulanya dijangka besar tetapi hanya dihadiri kira - kira 20 orang petugas Bn sendiri.

Ezam masih seorang pemidato hebat tapi cuma gayanya sahaja hebat malangnya pengisiannya agak kosong. Semalam seorang teman telah pergi merakam ceramah beliau. Terus terang cheGuBard katakan yang setelah menonton rakamanya semalam hati ini sedih Ezam seolah tercari - cari rentak ceramah. Jelas apa yang dia cuba sampaikan bukan dari dalam naluri beliau.

Dia dengan jelas semalam menyebut "PKR parti tiada maruah...bagaimana nak ada maruah calon yang diletakkan pun juga Hitam....Letak Calon India"....

Sedarkah kamu saudara Ezam calon Bn yang kamu datang sokong itu juga India dari MIC.

Sedih dan kesian cheGuBard melihat Ezam. Masuk Umno tak dibenar pegang jawatan hanya layak menjadi alat bila tiba pilihanraya. Musuhnya dalam Keadilan, Lokman Adam lebih cerdik darinya. Sekurang kurang Lokman sudah di iktiraf sebagai Exco Pemuda Malaysia.

cheGuBard pernah cabar GERAK yang sama ditubuhkan dengan Ezam supaya menjawab beberapa persoalan namun sehingga kini GERAK membisu.

chegubard.blogspot.com

Biaqpila...apa ada hal.

Cucu Pertama Datuk Seri Nizar dan Datin Seri Hajjah Fatimah Taat Selamat Dilahirkan




Menurut catatan Datin Seri Hajjah Fatimah Taat dalam blognya datinserifatimah.blogspot.com cucu pertamanya itu selamat di lahirkan di Pusat Rawatan Islam Ar-Ridzuan, Ipoh tepat jam 4.56 petang. Bayi perempuan seberat 3.1 Kilogram berada dalam keadaan sihat begitu juga ibunya.

Alhamdulillah

LAGI SATU PILIHANRAYA KECIL MENANTI UMNO




UMNO YANG KINI FOBIA DENGAN PILIHANRAYA TERUS BERDEBAR MENUNGGU KEPUTUSAN 3 PILIHANRAYA KECIL SEBAGAI KAYU PENGUKUR PENERIMAAAN RAKYAT SELEPAS PERHIMPUNAN AGUNG YANG KONONNYA TEMPAT MEREKA BERMUHASABAH DIRI SAMBIL MENCARI KESILAPAN DIRI.

DALAM PADA ITU KEMUNGKINAN AKAN ADA LAGI PILIHANRAYA TERBARU TENTUNYA LEBIH MENJADIKAN UMNO SEMAKIN FOBIA.LEBIH-LEBIH LAGI JIKA MEREKA TEWAS KETIGA-TIGA PRK TERSEBUT. KALAU ADA KITA LAYAN JE...



Satu Lagi Pilihan Raya Kecil Selepas 7 April?


BELUM pun selesai tiga pilihan raya kecil yang sedang berlaku sekarang ini, Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai timbul pertanyaan kerusi manakah pula akan menjadi kosong selepas ini? Apakah selepas ini giliran kerusi Parlimen Kepala Batas yang kini disandang oleh bakal bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi akan menjadi kosong?


Kemungkinan akan berlaku pilihan raya kecil Kepala Batas ini sangat besar. Untuk apa Abdullah duduk tercokol lagi di kerusi berkenaan setelah beliau tidak lagi menjadi perdana menteri. Apakah beliau sanggup dan tergamak duduk di kerusi belakang sebaris dengan Tengku Razaleigh Hamzah, Rafidah Aziz dan lain-lain sebagai anggota dewan rakyat.


Biasanya kerusi belakang yang bertentangan dengan Speaker dikhaskan kepada wakil rakyat-wakil rakyat berstatus 'lesung hindik' atau 'lesung tumbuk' - wakil rakyat lanjut usia dan tidak lagi menjawat apa-apa jawatan penting dalam parti maupun kerajaan.


Apakah Abdullah sanggup melihat kerusinya di hadapan sebelah kanan Speaker yang akan mula diduduki Najib RAzak pada persidangan akan datang. Kerusi itu tidak ubahlah seorang janda yang ditinggalkan si suami kerana masalah kemangkatan pucut!


Jawabanya tentu sekali tidak. Atau apakah beliau akan menjadi ahli berhormat yang tidak akan masuk ke dewan persidangan? Sekiranya Abdullah boleh menerima keadaan itu betapalah rendahnya nilai politik seorang Abdullah Badawi.


Logiknya tidak ada sebab lagi untuk Abdullah terus duduk tercokol di situ. Dan kalau untuk jadi ahli parlimen setakat hendak ambil elaun saja ia juga tidak munasabah dan memalukan sahaja.


Mahatahir Mohamad apabila sudah melepaskan jawatan perdana menteri tidak lagi bertanding dalam pilihan 2004. Dia terus menjadi lesung hindik yang pergi ke merata tempat untuk memburukkan kepimpinan dan kerajaan Abdullah. Selepas itu sekalipun beliau tidak menjejakkan kaki ke parlimen untuk tidak mengingatkan dia kepada si janda itu.


Saya kira Abdullah tidak akan mengikut budaya dan perangai Mahathir. Abdullah tidak akan mengkritik kepimpinan Najib secara terbuka seperti mana dilakukan Mahathir walaupun ada aspek-aspek yang beliau tidak setuju.


Bagaimana pun dalam situasi hari ini bukan senang untuk Abdullah mengosongkan kerusi Kepala Batas bagi memberi laluan kepada pilihan raya kecil diadakan. Kesan dan akibatnya nanti tentulah buruk kepada UBN.


Pada saya samada beliau akan lepas atau tidak kerusi Kepala Batas bergantung kepada keputusan tiga pilihan raya kecil yang berlangsung sekarang ini. Sekiranya kesemua pilihan raya kecil itu berpihak kepada UBN, mungkin beliau akan berfikir untuk melepaskan kerusi berkenaan. Sebaliknya kalau keputusan berpihak kepada Pakatan Rakyat susah untuk Abdullah melakukannya kerana pilihan raya itu kelak akan menjatuhkan martabat UBN.


Sudah pasti dia akan terus berada di kerusi parlimen Kepala Batas sehingga tamat tempoh parlimen penggal ke 12. Kalau kena jadi tunggul di dalam parlimen, jadi tunggullah tidak mengapa asalkan maruah UBN dapat dijaga. Bak satu babak dalam filem Musang Berjanggut garam ke garamlah asalkan Puspawangi yang bikin! Bukankah Abdullah rela berkorban untuk parti dan tidak akan mederhaka kepada UBN?


Jadi samada Abdullah akan mengosongkan kerusi itu atau tidak bergatung sepenuhnya kepada keputusan tiga pilihan raya kecil ini. Kalau dua daripada tiga pilihan raya kecil itu berpihak kepada PR tidak mungkin Abdullah akan mengosongkan kerusi itu.


Pun begitu jika berpandukan kepada kebiasaan tidak ada sebab lagi Abdullah yang sudah tidak lagi menjadi perdana menteri untuk kekal sebagai wakil rakyat biasa. Dalam dunia mana pun keadaan yang dilalui Abdullah itu beliau kena berundur dan lepaskan kerusi Kepala Batas secepat mungkin.


Mengosongkan kerusi Kepala Batas itu adalah satu lagi penghormatan rakyat kepadanya sebagai pemimpin yang tidak suka berbalah. [wm.kl. 9:30 am 31/03/09]

SUMBER: msomelayu.blogspot.com

TEORI BAKAL PM BUKAN PRESIDEN UMNO

O-RAHMA-N : Realiti atau Fantasi?

Dua tiga hari lagi PM Lah akan mengadap YDA memohon sembah meletakkan jawatan sebagai PM. PM Lah menjanjikan pada hari Khamis, 2 April 2009 sebagai tarikh mengadap YDA. Secara umumnya TPM beliau akan menjadi PM baru. PM baru atas kapasiti sebagai Presiden UMNO yang baru. Tetapi adakah semudah itu Najib menjadi PM Malaysia?

PM Lah belum menunjukkan secara jelas siapa pengganti beliau. Beliau hanya mahu mengadap YDA berkaitan jawatan PM. Bagaimana jikalau YDA meminta PM Lah terus menjadi PM sehingga PRU 13? Sekiranya ini yang dikehendaki oleh YDA dan PM Lah setuju, sudah tentu PM Lah akan mencadangkan rombakan kabinet baru tanpa kelibat Najib. Adanya Najib dalam kabinet baru hanya akan menambahsusahkan urus tadbir kerajaan perpaduan pimpinannya. PM Lah hanya perlu mendapatkan sokongan daripada sekurang-kurangnya 112 AP di parlimen. Semua AP kena setuju. Jikalau ada AP yang tidak setuju, AP tersebut dianggap telah derhaka kepada YDA sebagaimana MB Nizar dikatakan oleh UMNO telah derhaka kepada Sultan Perak. PM Lah kekal PM dengan dibantu oleh TPM baru, DSAI.

Seandainya YDA menerima perletakan jawatan memandanya PM Lah, Najib belum tentu menjadi PM. Mungkin YDA ada cadangan lain. Agak keterlaluan jikalau YDA menobatkan DSAI sebagai PM baru. Jika ini yang berlaku, DSAI akan dianggap merampas kuasa. Takkan DSAI mahu dianggap sebagai perampas kuasa? Kalau bukan DSAI di angkat sebagai PM, siapa lagi?

Siapa AP bukan PR yang bersungguh-sungguh menyokong kerajaan perpaduan? Siapa AP yang menempelak rampasan kuasa Najib di Perak? Siapa AP yang masih menyerang peribadi Najib semasa Perhimpunan Agung UMNO? AP mana yang meminta Najib mencabar tuduhan akhbar Perancis yang mengatakan Najib sebagai bersubahat membunuh Altantuya? Siapa AP yang menawarkan diri bertanding jawatan presiden UMNO? AP ini akhirnya merendah diri yang gurkha UMNO sememangnya tidak layak menjadi presiden UMNO. Adakah tidak layak menjadi presiden UMNO membawa maksud tidak layak menjadi PM Malaysia?

Siapa lagi kalau bukan bakal YABM Kuli. Arwah bapa Najib, Allahyarham Tun Razak telah menasihatkan Allahyarham Tun Hussein lantiklah Kuli sebagai TPM. Tun Hussein pula terlupa akan nasihat ini. Sebelum berundur, Tun Hussein memanjangkan nasihat agar Tun Dr. Mahathir melantik Kuli sebagai TPMnya. Nasihat ini telah menjadi wasiat. Wasiat adalah satu amanah. Kuli bukan merampas kuasa. Kuli hanya berusaha memenuhi wasiat pimpinan terdahulu. Wasiat bapa Najib. Apakah Najib sanggup melanggar wasiat bapanya yang belum tertunai? Tanggungjawab anak yang baik ialah memenuhi wasiat bapa.

Timbul persoalan, mustahil Najib sanggup menerima gurkha UMNO sebagai PM. Mustahil Najib mahu menerima hakikat bahawa presiden UMNO tidak berkuasa di Malaysia. Mustahil Kuli mahu melantik Najib sebagai TPM sebelum Najib diheret ke mahkamah membersihkan dirinya daripada gangguan ‘hantu’ Altantuya. Apabila Najib telah bersih sebersih-bersihnya, barulah Kuli akan menyerahkan jawatan PM kepada Najib. Di samping berusaha memenuhi wasiat tertunggak , Kuli menjadi PM demi menyelamatkan maruah dan ekonomi negara yang begitu buruk angkara tuduhan terlampau ke atas Najib.

Jikalau bukan Najib sebagai TPM, siapa pula? Mungkin DSAI akan dilantik sebagai TPM. Kuli menjadi PM bukan atas kapasiti UMNO. Kuli menjadi PM untuk semua rakyat. Kabinet Kuli adalah kabinet perpaduan. Ada menteri UMNO, ada menteri PAS, ada menteri PKR, DAP dan AP-AP dari Sabah dan Sarawak. Semua AP akan menumpu tanggungjawab mereka kepada rakyat tanpa mengira fahaman politik. Kuli akan bersara daripada dunia politik menjelang PRU 13 setelah berjaya membentuk satu lanskap politik baru untuk Malaysia.

Saya masih berpegang pada andaian awal saya iaitu O dan N tidak akan menjadi PM walaupun tokohnya mampu menjadi presiden UMNO. Apakah O-RAHMA-N akan menjadi kenyataan?

Ahhh, teman ngigo ghupernye…


SUMBER: jantantuya.blogspot.com


Biaqpila...apa ada hal.

PENJENAMAAN SEMULA TV3 JADI TV UMNO




Usaha perlu dilakukan bagi memastikan tv3 diberi jenama baru iaitu tvumno. Ini selaras dengan usaha stesen tv tersebut yang bersungguh-sungguh berkempen untuk umno/bn bagi memastikan kemenangan calon bn di tiga pilihanraya kecil Bukit Selambau,Bukit Gantang dan Batang Ai.

Apa yang berlaku di Malaysia amatlah pelik ibni hairan.Segala media pembangkang ditutup mulut dan telinga serta diikat kaki dan tangan.Ini amat berlainan dengan apa yang berlaku di negara jiran kita iaitu Indonesia yang lebih terbuka.Di sana parti-parti pembangkang bebas membuat iklan di kaca tv mengenai parti mereka.

Itulah demokrasi ala-Malaysia di bawah pemerintahan Umno/BN.Percayalah Umno/BN akan terus gagal selagi masih mengamalkan corak pemerintahan yang telah ketinggalan zaman ini.Segala dakyah dan kempen stesyen tv milik umno tidak akan mampu melawan media alternatif terutamanya blog.Telah terbukti laman-laman blog lebih terkini dalam melaporkan sesuatu isu berbanding berita terkini tvumno itu sendiri.

Sebagai contohnya melalui blog,orang ramai dapat melihat gambaran sebenar keadaan di proses penamaan calon di Bukit Gantang secara terus setiap minit tanpa cuba melindung jumlah kehadiran sebenar penyokong Pas.



Bukannya rakyat akan lebih menyokong Umno/BN sebaliknya rakyat akan menjadi lebih loya tahap meminum air loji kumbahan jika keadaan ini terus berlaku.Lihatlah semasa PRU ke 12 baru-baru ini,Umno/BN dengan iklannya pada waktu perdana pun masih gagal menang besar.

Umno/BN berkata ingin berubah sebelum rebah,jadi rakyat tertanya-tanya juga apa yang telah diubah oleh Umno/BN sebab semuanya kelihatan sama sahaja seperti sebelum ini.Atau mereka ingin rebah dahulu kemudian baru berubah.Jika susah sangat untuk berubah maka ubahlah tv3 jadi tvumno supaya umno bukan saja rebah tetapi terus dihumban ke loji kumbahan IWK.

Biaqpila...apa ada hal.

Isnin, Mac 30, 2009

Bahayanya bila isu perkauman dijaja di Bukit Gantang




Bahayanya bila isu perkauman dijaja di Bukit Gantang - Malaysian Insider

Oleh:Zulkifli Sulong

MAC 30 – Siapakah di belakang penempatan penyokong parti-parti yang bertanding di Bukit Gantang Ahad semalam (29 Mac) kini menarik perhatian pelbagai pihak. Ini kerana, meletakkan penyokong Pakatan Rakyat di bukit umpama meletakkan pasukan pemanah di Bukit Uhud dalam sejarah Islam yang terkenal itu.

Ekoran kedudukan yang strategik, di mana-mana sahaja dalam blog atau laman web, gambar para penyokong Pakatan Rakyat di hari penamaan calon Bukit Gantang menarik perhatian. Ini kerana kedudukan yang baik menyebabkan ia jelas kelihatan dan nampak ramai pula.

Kelihatan para penyokong Pakatan Rakyat pada hari penamaan calon Bukit Gantang menarik perhatian pelbagai pihak ekoran kedudukannya di lereng bukit yang dilihat strategik berbanding kedudukan penyokong BN di bawah bukit

Oleh kerana penyokong BN berada di bawah bukit, maka ia tidak kelihatan. Dan yang terlebih penting lagi memang jelas, para para penyokong Pakatan Rakyat jauh lebih ramai. Ia diakui oleh Timbalan Presiden Umno yang baru, Tan Sri Muhyidin Yasin apabila berkata, jumlah kedatangan penyokong tidak penting yang penting adalah pengundi.

Pilihan raya kecil ini bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon PR, Datuk Seri Muhamad Nizar Jamaludin, calon BN, Ismail Saffian dan calon bebas, Kamrul Ramizu Idris.

Sejak dari awal lagi, Umno memainkan isu calon tempatan. Ini kerana, sejak lebih 30 tahun lalu Bukit Gantang tidak pernah menerima calon tempatan yang mewakili BN. Lalu pemilihan Ismail Safian dianggap satu kelebihan kepada BN.

Isu utama yang dihadapkan kepada calon Pas pula adalah Nizar derhaka kepada Sultan Perak apabila menolak arahan baginda agar beliau meletakkan jawatan. Beliau juga dianggap calon DAP kerana pemimpin DAP Perak yang mula mencadangkan nama beliau sebagai calon.

Dalam menjalankan tugasnya sebagai MB Perak juga, Nizar didakwa hanya alat kepada DAP sahaja kerana Adun Pas hanya enam orang sahaja dalam Dun Perak. DAP 18 dan PKR lapan. Untuk itu, hasillah apa yang dinamakan pemberian geran kekal 999 tahun kepada 3,000 lot tanah kampung baru yang didiami oleh orang Cina di Perak.

Kini, Nizar telah dipilih oleh Pas sebagai calonnya. Ia dibuat dalam satu mesyuarat khas Jawatankuasa Pas Pusat di Perak menjelang hari pengumuman calon 23 Mac lalu.

Umno, dalam sebaran mereka mendakwa sebagaimana yang di atas. Nizar adalah calon DAP. Nizar adalah derhaka kepada raja. Nizar bagi tanah kepada orang Cina di Perak.

Apabila seorang rakan saya bertanya, apa pandangan saya tentang pilihan raya kecil Bukit Gantang, saya berkata, nampaknya Umno akan terus dengan politik perkaumannya. Umno belum sedar lagi, ketika semua orang berfikir kepada politik damai dan politik perpaduan, Umno terus dengan cara memecah belahkan rakyat.

“Biarlah Umno begitu, biar dia hancur,” kata kawan saya itu. “Masalahnya Umno kini sedang memerintah negara. Dia bukan hancurkan partinya sahaja, dia juga akan menjejaskan negara,” kata saya.

Apabila ditanya lagi, apa Pas akan buat, saya berkata, buat masa sekarang Pas hanya akan mencetak semula semua sebaran-sebaran perkauman Umno yang diberikan kepada orang Melayu itu. Pas akan edarkan sebaran itu kepada orang Cina dan India di Bukit Gantang.

Dalam pilihan raya Bukit Gantang 2004 lalu, calon Pas Dr Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali mendapat 14,406 undi. Tan Lian Hoe (BN) mendapat 23,294 undi. Majoriti BN adalah 8,888. keputusan ini menunjukkan Pas mendapat kira-kira 40 peratus undi Melayu sahaja. Parti itu tidak mendapat undi bukan Melayu. Kalau adapun kurang dari 10 peratus dari jumlah undi keseluruhan mereka.

Dalam pilihan raya umum 2008, Allahyarham Roslan Shaharum mendapat 20,015 undi, Azim Zabidi (BN) mendapat 18,449 dan calon bebas M Murganan 872 undi. Majoriti Roslan adalah 1, 566.

Mengikut analisa yang dibuat, Roslan mendapat kira-kira 45 peratus undi Melayu dan 20 peratus undi bukan Melayu.

Ramai yang bersetuju, jika Umno habis-habisan berjuang untuk mendapatkan undi Melayu dengan memainkan sentimen perkauman dalam pilihan raya ini, undi untuk PAS tidak akan berkurangan dari undi yang diperolehi oleh Dr Lo’ Lo’ dalam pilihan raya 2004 lalu iaitu 14,400 undi.

Kini, dengan pendekatan Umno yang ada, BN akan kehilangan undi bukan Melayunya. Hampir 40 peratus pengundi yang berketurunan Cina dan India di Bukit Gantang ini akan pergi kepada Pas. Apatah lagi dengan kempen Umno bahawa Nizar adalah calon DAP.

Ramai yang meletakkan 80 peratus dari kira-kira 22,000 pengundi Cina dan India di Bukit Gantang ini akan mengundi PAS dalam pilihan raya kecil ini. 80 peratus bermakna 8,783 pengundi keturunan ini akan memberikan undi kepada PAS. Ini bermakna, 14,000 (undi untuk Dr Lo’ Lo’ 2004) + 8,783 undi Cina dan India akan diperolehi oleh calon PAS. Ini bermakna Pas akan memperolehi undi sebanyak 22,783 undi.

Dari pengiraan inilah, ramai yang membuat anggaran Pas akan menambahkan majoritinya dalam pilihan raya Bukit Gantang ini dari 1,566 ke sekitar 4,000 hingga 5,000 dalam pilihan raya kecil ini.

Anggaran ini akan menjadi kenyataan jika kempen BN berdasarkan perkauman ini akan berterusan dalam pilihan raya kecil ini.

Sebuah badan bebas, Ilham Centre dalam soalselidik yang mereka buat di Bukit Gantang pada 21 dan 22 Mac lalu mendapati 40 peratus penduduk Bukit Gantang yakin PAS akan menang dalam pilihan raya kecil itu nanti berbanding hanya 25 peratus yang menjangkakan BN menang, manakala 34 peratus lagi tidak pasti.


sumber: themalaysianinsider

Zulkifli Sulong is a veteran journalist who writes an exclusive weekly column with The Malaysian Insider apart from editing the Bahasa Malaysia weekly Siasah.

Blogger tersohor beri sokongan pada Nizar

Irwan Muhammad Zain
Mon | Mar 30, 09 | 5:28:28 pm MYT
KAMUNTING, 30 Mac (Hrkh) - Beberapa orang penulis blog tersohor turut berada di Bukit Gantang bagi membantu memastikan calon PAS, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin memperolehi kemenangan dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang.

Mereka berada di sini sejak hari Sabtu dan turut sama menyertai perarakan ke pusat penamaan calon bersama penyokong-penyokong Pakatan Rakyat semalam.

Penulis blog yang juga seorang peguam terkemuka, Harris Ibrahim memberitahu Harakahdaily kehadiran mereka semua sebagai tanda sokongan terhadap Nizar yang akan bertanding di Bukit Gantang.

"Kami semua akan membantu dengan apa cara sekalipun bagi memastikan kemenangan Nizar dalam pilihanraya kecil ini.

"Kami sepakat untuk memastikan kemenangan Pakatan Rakyat kerana telah muak dengan politik kuno yang masih menjadi amalan Umno dan Barisan Nasional" tegas Harris.

Beliau juga menegaskan penulis-penulis blog yang bersama beliau akan memastikan segala maklumat akan dapat disampaikan kepada pengundi-pengundi di Parlimen Bukit Gantang.

Selain itu tegas Harris, jika memerlukan mereka berkempen untuk pihak Nizar, mereka semua tidak akan teragak-agak untuk melaksanakannya.

Menjelang hari Jumaat lebih ramai penulis blog yang akan berada di Bukit Gantang untuk sama-sama membantu dan menyatakan sokongan kepada calon PAS.

Pagi tadi mereka semua mengikuti rombongan Dato' Seri Mohd Nizar melawat pekan Kuala Sepetang dan beramah mesra dengan peniaga dan penduduk setempat.

Selain Harris, penulis blog lain turut kelihatan antaranya Zorro Unmasked,Del Capo, Shah OBE dan beberapa nama lain. - mks. _

harakahdaily

MEMPERAKUKAN DATO' SERI IR NIZAR JAMALUDDIN

Memperakukan Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin

Oleh: Faisal Tehrani


Sebagai seorang yang bebas dan tidak mahu disabitkan dengan mana-mana parti politik, saya kira amat sukar untuk membuat keputusan siapa yang harus diperakukan di Bukit Gantang, Perak.

Mengabaikan faktor PAS bersekongkol dengan kumpulan 'orang itu' dan jalur yang saya tolak secara peribadi, serta faktor memiliki kawan-kawan yang ramai dalam parti UMNO (maaf teman, 'isu bahasa' sangat penting buat saya); saya memilih untuk merenung isu-isu yang dibawa oleh calon-calon yang bertanding secara objektif.

Oleh kerana Naib Presiden UMNO yang baharu Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein di perhimpunan agung UMNO baru-baru ini, masih berlengah membuat keputusan segera mengenai penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik (PPSMI), saya tidak dapat menafikan sebagai pengarang sastera Melayu dan 'pejuang bahasa Melayu tidak rasmi' saya berkewajiban memperakukan (endorsing) Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin berbanding Ismail Saffian. Calon bebas Kamarul Ramizu Idris pula tidak diketahui pendiriannya. Sikap saya jelas, saya tidak tergamak menderhakai bahasa Melayu.

Ini adalah kerana, pada tahun 2006, Mohammad Syawwaal Mohammad Nizar Jamaluddin (anak calon PAS di Bukti Gantang), 10 tahun telah menyaman kerajaan, bersama-sama beberapa pelajar sekolah yang lain kerana kementerian pelajaran memilih untuk melaksanakan dasar yang menyebabkan sebilangan besar para pelajar (khususnya kaum Melayu) berdepan dengan pelbagai krisis.

Calon PAS di Bukit Gantang (klik sini untuk blog beliau) yang merupakan seorang jurutera dapat dijadikan contoh dalam hal kemahiran berbahasa. Selain merupakan graduan kejuruteraan dari University of Aston, Birmingham, England, beliau juga fasih berbahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, Kantonis dan Hokkien. Beliau juga dikhabarkan dapat berbahasa Arab.

Kembali kepada sebab utama saya memperakukan beliau, saya ingin menegaskan kedudukan bahasa Melayu sama pentingnya dengan kedaulatan Raja-raja Melayu. Selari dengan gesaan Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said yang menggesa rakyat untuk menolak dasar ini dengan undi; saya berharap rakyat yang prihatin dapat mengambil kira faktor isu membantah PPSMI ini ketika mengundi 7 April kelak di Bukit Gantang.

* Maklumat di atas dapat dirujuk menerusi 'salah sebuah akhbar tempatan', atau baca di bawah:

4 Pelajar Saman Kerajaan Isu Sains, Matematik dalam BI

Oleh: AMIRUDDIN HARUN

KUALA LUMPUR 20 Jan. - Seorang pelajar sekolah rendah dan tiga pelajar sekolah menengah hari ini menyaman kerajaan berhubung pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Mereka menuntut perisytiharan mahkamah bahawa pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran dalam Bahasa Inggeris itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Saman pemula tersebut difailkan oleh Mohammad Syawwaal Mohammad Nizar, 10; Mohammad Fadzil Nor Mohd. Rosni, 15; Nur Najihah Muhaimin, 15; dan Syazaira Arham Yahya Ariff, 16, melalui bapa masing-masing.

Dalam saman tersebut, mereka menuntut perisytiharan bahawa Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 11/2002 bertarikh 27 November 2002 adalah tidak berperlembagaan, tidak sah, terbatal dan tidak mempunyai sebarang kesan.

Pelaksanaan dua mata pelajaran itu ialah di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil, Sekolah Menengah (SM) dan Tingkatan Enam mulai tahun 2003.

Mereka turut menuntut perisytiharan yang sama terhadap Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 12/2002 untuk SJK Cina.

Mereka yang menamakan Kerajaan Malaysia sebagai defendan juga menuntut perisytiharan bahawa defendan tidak mempunyai kuasa dan budi bicara untuk memperkenal, menguatkuasa dan melaksanakan dasar yang dinyatakan dalam Pekeliling 11 dan 12 tersebut.

Di samping itu, mereka menuntut perintah mengarahkan defendan supaya menukar semula dasar tersebut menurut kehendak dan peruntukan perlembagaan serta undang-undang bertulis.

Tindakan saman ini diambil dengan alasan antara lainnya ialah pelaksanaannya dibuat tanpa mengambil kira peruntukan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan (iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan) dan Akta Bahasa Kebangsaan 1967 serta Akta Pendidikan 1996.

Mereka juga mendakwa wujud diskriminasi apabila terdapat perbezaan peruntukan tempoh masa dalam seminggu bagi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran berkenaan antara SK dan SJK Tamil dengan SJK Cina serta antara pelajar di kawasan bandar dengan pelajar luar bandar.

Saman itu dikemukakan oleh mereka selaku plaintif pertama hingga keempat melalui bapa masing-masing iaitu [b]Mohammad Nizar Jamaluddin[/b], Mohd. Rosni Abu Bakar, Muhaimin Sulam dan Mejar (B) Yahya Ariff Kamaruzzaman.

[b]Mohammad Nizar, seorang jurutera dan Yahya, bekas pegawai tentera bersama beberapa ahli parti Pas termasuk Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, [/b]Idris Ahmad turut hadir semasa saman itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di sini.

Afidavit Mohammad Nizar, 49, yang difailkan bagi menyokong saman berkenaan menyatakan bahawa anaknya, Syawwaal merupakan pelajar tahun empat di SK Batu Tiga, Temoh, Perak.

Mohammad Fadzil Nor dan Nur Najihah masing-masing pelajar tingkatan tiga di SMK Tok Muda Abd. Aziz dan SMK Seri Perak manakala Syazaira pelajar tingkatan empat di Madrasah Idrissiah, Bukit Chandan, Perak.

Dia mendakwa plaintif-plaintif telah dipaksa belajar dan diajar bagi kedua-dua mata pelajaran itu dalam bahasa Inggeris tanpa kerelaannya sebagai bapa dan bapa-bapa pihak plaintif lain.



sumber: tehranifaisal.blogspot.com

Faisal Tehrani adalah penerima Anugerah Seni Negara 2006 oleh kerajaan Malaysia. Beliau juga menulis di majalah Milenia Muslim, Dewan Siswa, Siasah, Suara Baru dan Tunas Cipta.

BUKIT GANTANG : SEBARKAN SUPAYA RAKYAT TAK TERTIPU




Jumlah bilangan yang hadir pun ditipu…….

Ramai termasuk saya hadir menyaksikan perhimpunan sempena proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi parlimen P.59 Bukit Gantang di Taiping semalam. Memanglah setiap kali berlaku pilihanraya kecil, maka masing-masing ahli dan penyokong akan memastikan yang kumpulan merekalah yang paling ramai hadir pada hari berkenaan. Kejayaan menggembeling kehadiran ramai merupakan satu kejayaan psikologi sekurang-kurangnya membuktikan kepada rakyat bahawa parti mereka serius dan akan didokongi oleh jentera yang besar untuk memenangi pilihan raya berkenaan.

Dari pandangan kasar semalam ternyata mereka yang hadir di belah PAS jauh lebih besar dari di belah BN.

Jadi pagi ini saya sengaja menyelak lembaran akhbar-akhbar saluran perdana untuk melihat bacaan mereka masing-masing. Seronok juga kalau kita lihat angkanya, bagi mereka yang hadir sudah pasti dapat meneka mana satu laporan yang tepat, yang “cari makan”, yang menipu dan sebagainya.

The Sun - BN 2,000 PAS 10,000
Berita Harian - BN 10,000 PAS 10,000
Utusan Msia - BN 10,000 PAS 10,000
NST - 30,000 BN dan PAS
Sinar Harian - PAS 10,000

Nampaknya kebanyakan lebih cenderung menyamakan sahaja bilangan seperti BH, Utusan dan NST. Agaknya kalau lapor PAS lebih dari BN, mungkin ada yang marah-marah dan tidak mustahil diambil tindakan oleh itu untuk menyelamatkan diri, walaupun hakikatnya mereka tahu apa yang sebenarnya berlaku, himpunkan sahaja satu jumlah, dan laporkan sama rata.

Memang kehadiran semalam tidak memastikan kemenangan pada hari mengundi 7 April nanti, tetapi sekurang-kurangnya pegamal media mestilah memberi laporan yang tepat dan benar. Mereka bertanggungjawab kepada pembaca dan rakyat. Atau memang mereka begitu dan akan terus begitu, iaitu melaporkan menurut selera “tuan politik” mereka, kerana yang pentingnya adalah “tuan politik” mesti dilihat menang walaupun hakikatnya dibenci dan ditolak rakyat.

Selamat datang ke dunia kebebasan akhbar di Malaysia.

* BN tidak akan berubah sampai bila-bila?


SUMBER: lagiberita.blogspot.com


Biaqpila...apa ada hal.

Bukit Selambau: Calon Bebas Ke 16 Mahu Guna Logo Kapal Selam





Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menolak borang pencalonan salah seorang calon bebas Che Tugi Che Yah pada jam 11.19 pagi tadi.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Bukit Selambau, Haji Lah Haji Khir mengumumkan penolakan tersebut berpunca dari kedegilan calon bebas tersebut untuk menggunakan logo kapal selam. "Kita dah kata, ada warna, ada gambar, ada objek tertentu tak boleh dijadikan logo kerana ia dapat menyinggung perasaan pihak tertentu. Dalam demokrasi terpimpin ada benda tak boleh buat. Tetapi Che Tugi keras kepala. Jadi saya tak dapat nak buat apa. Sebagai contoh, logo macam pakaian dalam misalnya memang kita tak benarkan. Awak bayangkan kalau logo kapal selam berkibar-kibar ditiup angin sepoi-sepoi bahasa di Bukit Selambau?"

Penolakan tersebut menyebabkan hanya 15 calon sahaja sah untuk bertanding.

"Saya terkilan kerana tidak dibenarkan bertanding. Saya sangat ingin mengalahkan calon PKR. Saya tak suka PKR. Saya sedihlah, logo kapal selam membawa makna tersendiri buat saya. Ini adalah kerana saya pernah berkhidmat mencuci kapal selam Perancis ketika ia berlabuh sempena LIMA di Langkawi satu masa dahulu."

Ditanya apakah beliau memahami alasan penolakan yang diberikan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, beliau dengan penuh emosi menjawab, "Saya tak tahu sebabnya. Saya tak faham. Dia bawak contoh logo pakaian dalam, tapi kapal selam bukan pakaian dalam. Apa ni? Adil ke macam ni? Padahal bas, kapal terbang, helikopter semua boleh...pada saya demokrasi telah mati. Saya sakit hati tahu tak, sakit hati sangat-sangat!" Kata Che Tugi tanpa menanggalkan kaca mata hitamnya.

Dua pakar feng shui terkenal Master Pin dan Gillian Too memaklumkan kami, logo kapal selam mungkin ditolak oleh Surahanjaya Pilihan Raya kerana ia dapat menyebabkan kemudaratan.

"Gua ingat kapal selam tak ada ong lah." Jawab Master Pin ketika mengulas isu tersebut.

Gillian Too yang ditemui di kedai barangan feng shui miliknya di Mega Mall, melihat kitab feng shui rujukannya berkata, penolakan tersebut adalah tepat. "Che Tugi sepatutnya berterima kasih. Logo kapal selam boleh menyebabkan kematian. Kalau dia guna juga, masa kempen nanti dia akan jatuh motor. Tapi sini kitab juga cakap, kalau mahu gunakan juga, Che Tugi boleh menggunakan kristal China sebagai gelang dan jed dari Mongolia sebagai rantai. Itu akan memberi tenaga positif. Tapi, tak payah gunalah lagi senang. Duduk rumah lah tak payah pening kepala."

Che Tugi bagaimana pun menolak saranan Gillian Too tersebut, "Ustaz Asri cakap itu semua khurafat, bid'ah, dan syirik. Tak ada dalam hadis."

Calon-calon bebas yang akan bertanding dalam Pilihan raya Kecil Dun N.25 Bukit Selambau pada 7 April ini akan menggunakan pelbagai logo. Antara logo yang diizinkan untuk digunakan ialah R.Loganathan (Kelapa Sawit), Tan Hock Huat (Kunci), Radzi Md Lazim (Kerusi), Mohd Fadzil Wahab (Kepala Harimau), Abdul Rahim Abu (Jam), L Sarala (Basikal),A. Jayagopal (Payung), S Moganakumar (Buku), Khamis Awang (Ayam Jantan), Husaini Yaakob (Bas), Michael Venason (Ikan), Anwar Abd Hamid (Telefon) dan T Chandrarajan (Kapal Terbang). Selama 9 hari logo-logo calon yang bertanding akan berkibar di Bukit Selambau.

Pilihan raya Kecil Dun N.25 Bukit Selambau pada 7 April ini mencatatkan sejarahnya tersendiri dengan menyaksikan pertandingan 15 penjuru membabitkan calon KeADILAN, BN dan bebas.



SUMBER : tehranifaisal.blogspot.com

BUKIT SELAMBAU : SHAHRIZAT BERCAKAP DENGAN POKOK




SHAHRIZAT BERCAKAP DENGAN POKOK


Berita harian hari ini menerbitkan kenyataan Shahrizat yang memalukan diri sendiri. Beliau yang begitu bersemangat setelah mendapat jawatan baru dalam umno itu, telah mengeluarkan satu andaian yang paling tidak boleh diterima oleh akal manusia. Apatah lagi manusia yang mengundi ini semuanya mempunyai akal, dan bukannya pokok!

Beliau mengatakan bahawa calon yang bertanding pada pilihanraya kecil di Bukit Selambau yang begitu ramai sehingga 15 orang membuktikan bahawa terdapat perpecahan di dalam PR sendiri. Inilah kenyataan yang paling tidak berasas, langsung tiada sebarang hujah untuk menguatkan kenyataan tersebut.

Wahai Shahrizat, kami yang mendengar dan membaca ini bukanlah pokok yang tidak tahu membaca surat khabar atau melayari internet. Kami adalah manusia yang mempunyai akal berfikir dan mata untuk melihat sendiri. Sekiranya engkau mempunyai mulut untuk membuat fitnah, kami juga mempunyai mulut untuk menjelaskan perkara sebenar.

Saya tidak pasti, dari manakah beliau dapat berhujah dengan kenyataan tersebut. Beliau mengatakan bahawa ramai calon yang bertanding itu, menunjukkan perpecahan sesama PR sendiri. Entah kenapa dia boleh membuat andaian begitu. Kalau beliau boleh membuat andaian seperti itu, kami pun mempunyai andaian juga.

Kami mengandaikan bahawa calon bebas itu kesemuanya ditaja oleh UMNO! Sekiranya beliau meminta bukti, kenapakah beliau sendiri bercakap tanpa bukti? Hanya membuat fitnah dan omongan kosong. Tudung pun pakai sekerat jalan! Duit yang banyak masih tak mampu untuk membeli tudung? Beginikah pembela kaum wanita?

Pandai bercakap, tetapi tak pandai menutup aurat. Pelajar darjah satu di sekolah kebangsaan pun disuruh memakai tudung, tetapi pelajar-pelajar tersebut tertanya-tanya, kenapa nek Sharizat dan nek Pidah tak pakai tudung?

Wahai wanita, lidah kamu memang bahaya. Memang lidah itu sangat lancang membuat fitnah, dan ia umpama ular yang mampu mematuk sesiapa sahaja. Beliau mengatakan bahawa rakyat Bukit Selambau sudah tidak dapat meletakkan kepercayaan kepada kpimpinan Us Azizan, kerana “indah khabar dari rupa”.. kata Shahrizat.

Di hujung kampung orang asli, apabila disebutkan nama Shahrizat, ketua wanita UMNO, mereka berkata “pasti orangnya bagus…”. Tetapi apabila Shahrizat datang melawat kampung tersebut, mereka terkejut lalu berkata “beginikah orangnya, lebih kurang macam kita sahaja.. kainnya tidak cukup untuk menutup kepala…”

Salam Perjuangan

Dr Fikrah
drfikrah.blogspot.com


Biaqpila...apa ada hal.

Dari Bukit Gantang: Pilih pemimpin yang bertakwa - Dr. Harun Din



Ditulis oleh Te@M.IT

Isnin, 30 Mac 2009 04:03
SIMPANG, 30 Mac : Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din menegaskan bahawa untuk memilih pemimpin pilihlah calon yang beriman dan parti yang bertakwa.

Ketika diminta untuk mengulas bagaimanakah cara untuk memilih calon dan parti yang bertanding menurut Islam, Timbalan Mursyidul Am PAS itu menyatakan;

"Cara untuk memilih pemimpin hendaklah memilih calon yang sememangnya diketahui seorang yang bertakwa dan untuk memilih parti hendaklah memilih parti yang bertakwa yakni parti yang memperjuangkan Islam," katanya.

Pemimpin bertanggungjawab membawa rakyatnya kepada hidup yang diredhai Allah. Ini merupakan satu amanah yang perlu dipikul oleh seorang pemimpin.

Selama 63 tahun UMNO memerintah, apakah yang parti itu lakukan? Bukan sahaja terlibat dengan politik wang ataupun dengan kata lain rasuah yang sememangnya bercanggah dengan syariat Islam, bahkan sepanjang mereka memerintah banyak kerosakan yang timbul dibawah pemerintahan Barisan Nasional (BN).

Pendekatan Islam Hadhari yang dibawa oleh UMNO, hanyalah pada nama tetapi tidak mengamalkan konsep Islam itu sendiri. Malah mengelirukan ramai pihak mengenai agama Islam.

Sepanjang pemerintahan mereka juga, UMNO tidak pernah meletakkan ulamak sebagai Presiden atau Naib Presiden di dalam Majlis Tertinggi mereka.

"Jika UMNO benar-benar hendak membela agama Islam, mereka mestilah meletakkan ulamak di dalam Majlis Tertinggi parti mereka, tetapi malangnya tidak pernah ianya berlaku sepanjang pemerintahan UMNO".

Tambah beliau lagi, sudah lama sejak 1 Mac 1951 lagi PAS telah menyarankan perkara ini tetapi UMNO tidak pernah mengambil tindakan. Malah mereka hanya meletakkan pimpinan mereka adalah dari kalangan yang nyata sekarang ini mengamalkan rasuah atau pernah menyalahgunakan wang rakyat.

Inilah perkara yang rakyat perlu sedar bahawa sepanjang pemerintahan UMNO, mereka hanya mementingkan hak orang-orang tertentu bukannya hak rakyat. Mereka menyatakan mereka membawa konsep Islam tetapi kehidupan, pendekatan mereka tidak sama sekali mengamalkan konsep Islam yang sebenarnya.

Rakyat perlu ingat bahawa kehidupan ini adalah untuk mendapat keredhaan Allah. Oleh itu beliau menyeru bahawa pilihlah calon yang bertakwa yang akan membawa rakyatnya hidup dibawa keredhaan Allah dan parti yang nyata memperjuangkan Islam.

Beliau berharap rakyat di Bukit Gantang akan menolak calon Barisan Nasional (BN) dan sekaligus memberi syarat bahawa rakyat Malaysia sudah tidak menerima pemerintahan BN.





prk059

SAYA MUDAH LUPA



Setelah memberi 11 sebab dalam blognya,kenapa beliau tidak hadir pada perhimpunan umno,akhirnya di saat-saat majlis penutup Che Det hadir juga di PWTC.Apa pula 11 sebab yang menyebabkan beliau hadir? Saya tidak dapat memberikan sebab-sebab tersebut kerana saya orang melayu.Saya mudah lupa.Tanyalah pada Che Det.

Kata Che Det dalam blognya,"Saya rasa diri saya akan tercemar jika saya berada dalam majlis yang disertai oleh orang yang mendukung amalan rasuah."Katanya lagi,"Perbuatan merestui rasuah adalah satu pengkhianatan kepada bangsa Melayu dan negara Malaysia."

Sehari selepas beliau menyiarkan sebab-sebab kenapa beliau tidak hadir maka semalam kita dapat saksikan adegan pengkhianatan kepada kata-katanya.Beliau telah hadir di perhimpunan pertubuhan yang bergelumang dengan rasuah itu.Maka dengan sendirinya Tun Mahathir telah mencemarkan dirinya kerana berada di majlis yang disertai oleh orang yang mendukung amalan rasuah.Samada beliau merestuinya dengan menghadirkan diri,kita tidak tahu.Hanya beliau yang tahu.

Mungkin Che Det berpegang kepada kata-katanya.Melayu mudah lupa.Tiada siapa akan ingat kata-katanya sehari sebelum tu.Jadi 'apa ada hal' jika beliau menyertai perhimpunan pertubuhan yang mendukung amalan rasuah itu.


Biaqpila...apa ada hal.



KENAPA SAYA TIDAK HADIR


By Dr. Mahathir Mohamad on March 27, 2009 4:24 PM | Permalink | Comments (646) | TrackBacks (0)
1. Ramai kenalan saya yang fikir saya tidak hadir pembukaan mesyuarat Perhimpunan Agung UMNO kerana anak saya Mukhriz kalah pertandingan Ketua Pemuda.

2. Memanglah saya terasa sedih kerananya.

3. Tetapi sebab yang sebenar saya tidak hadir ialah oleh kerana Pemuda UMNO secara langsung dan terbuka merestui politik rasuah.


4. Mereka memilih sebagai ketua mereka seorang yang telah didapati bersalah menggunakan wang dan sogokan dalam usahanya untuk dipilih sebagai Ketua Pemuda. Samada dia dibenar bertanding atau tidak, tidak menidakkan dianya adalah perasuah.

5. Hukuman yang dijatuhkan kepada orang ini tidak setimpal dan adil kerana orang lain yang didapati bersalah sama sepertinya tidak dibenar bertanding.

6. Tidak pernah terjadi orang yang dikenali dan diakui umum sebagai perasuah oleh Lembaga Disiplin, oleh parti dan oleh orang ramai dipilih dan dijunjung tinggi sebagai ketua. Tetapi inilah yang dilakukan oleh Pemuda UMNO yang dahulu terkenal sebagai barisan hadapan dalam perjuangan UMNO.

7. Pemuda telah merosakkan imej UMNO dan imej orang Melayu sendiri. Rupa-rupanya duit lebih utama daripada bangsa dan negara. Apakah rakyat akan terima dipimpin oleh tokoh rasuah yang terkenal? Perbuatan merestui rasuah adalah satu pengkhianatan kepada bangsa Melayu dan negara Malaysia.

8. Juga saya hairan kenapa untuk mengira hanya 790 undi mengambil masa lebih dari enam jam?

9. Apakah pengira undi tidak tahu kira? Atau apakah sesuatu sudah diusahakan untuk menjayakan menantu Perdana Menteri. Ini menjadi soalan bukan daripada saya seorang tetapi oleh semua orang ramai. Tak usahlah Perdana Menteri bercakap berkenaan dengan menolak rasuah kerana menantu yang perasuah diberi keistimewaan luar biasa.

10. Ini juga menghakiskan lagi kepercayaan rakyat kepada UMNO.

11. Inilah sebab-sebabnya saya tidak hadir. Saya rasa diri saya akan tercemar jika saya berada dalam majlis yang disertai oleh orang yang mendukung amalan rasuah.

sumber: chedet.co.cc

BATANG AI : FIDAH INGAT LAIN



Suatu pagi bilamana sebuah jet menghampiri bangunan Komtar di Pulau Pinang.Suasana hening pagi diganggu kebingitan bunyi jet melintas laju tanpa mempedulikan lalulintas yang sesak di bawah sana.Namun kehadiran jet ini tiada kena mengena dengan latihan untuk mengawal pilihanraya di Bukit Selambau,Bukit Gantang atau Batang Ai.Kenderaan water cannon FRU sudah cukup untuk menangani pilihanraya kecil tersebut.Namanya saja kecil tapi besar belanjanya.

Di dalam sebuah pejabat di tingkat 18 Komtar Penang.Fidah seorang kerani memasuki pejabat tempat kerjanya.Sebaik memasuki pejabat dia terpandang En.Zambry iaitu pegawai fotostat di pejabat tersebut.Macam biasa dia pun menegur rakan sekerjanya itu.


Fidah: Hi Zambry, Assalamualaikum,U dok buat apa tu senyap-senyap kat dalam bilik ni?Pagi-pagi dah layan internet ke?

Zambry: Walaikumsalam...Aa..ah..ni...I tengah dok tengok gambaq Batang Ai ni....

Fidah: Amboi Zambry,awatnya loqlag sangat,mulut tu jaga sikit,pagi-pagi dah cakap pasai batang U...mentang-mentang takdak orang kat dalam ni,beraninya cakap,I cubit karang ha!

Zambry: Dak aih,hang ni Fidah ingat yang bukan-bukan.Ni...I tengah dok tengok gambaq pasai penamaan calon kat Batang Ai semalam ni...

Fidah: Ohh!! Batang Ai....ya tak ya jugak(sambil tersipu-sipu).




Biaqpila...apa ada hal.

3 PILIHANRAYA KECIL UJIAN AKHIR UMNO




Tiga pilihanraya kecil bakal menguji UMNO yang baru keluar dari dewan kuliah PWTC. Ibarat seorang mahasiswa yang penuh berisi di kepala.Mereka baru habis kuliah hujung minggu lalu.

Kini mereka akan berhadapan dengan ujian akhir tahun samada dapat meneruskan pengajian atau tidak.Sekiranya mereka gagal lagi bermakna mereka telah kecundang lima kali ujian.Baru-baru ini mereka telah gagal sebanyak dua kali ujian di kampus Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.

Ini bermakna mereka tidak pandai atau lemah IQ.Segala apa yang mereka pelajari selama ini tidak masuk dalam kepala mereka atau mereka tidak melakukan ulangkaji terhadap apa yang mereka pelajari.

Mereka tidak boleh kandas walau satupun daripada ujian ini bagi melayakkan mereka meneruskan pengajian.Jika kandas,UMNO bolehlah mengucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakan lain di menara gading.Mereka perlu belajar dari mula iaitu kelas tadika.


Biaqpila...apa ada hal.

tag umno bn prk bukit selambau,bukit gantang,batang ai

BERITA HAIRAN DARI BUKIT GANTANG




Nizar cuba 'rampas' majlis BN: Zambry
oleh Nurhayati Abllah

TAIPING: Pada hari pertama berkempen, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamalaluddin cuba mencetuskan kekecohan apabila 'merampas' majlis bacaan Yassin dan solat hajant anjuran Barisan Nasional (BN) di Masjid Simpang di sini, 7.30 malam.

Perkara itu didedahkan Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir yang mendakwa Nizar bersama beberapa penyokongnya memasuki masjid itu dan terus mengimamkan solat Maghrib.

"Bagaimanapun, dia kemudian bertindak keterlaluan apabila cuba mengambil alih jemaah dengan meminta mikrofon daripada imam dan cuba mengadakan ceramah sebelum menunggu Isyak," katanya kepada pemberita selepas mengadakan program lawatan dan memperkenalkan calon BN, Ismail Saffian di Tokong Nyee Wong Kong, di sini,



Zambry berkata kejadian turut disaksi Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.

Beliau berkata, tindakan Nizar itu seperti dirancang dan jelas calon Pas itu sanggup menggunakan masjid sebagai gelanggang berpolitik untuk berceramah.

"Perbuatan Nizar sanggat menyedihkan dan satu tindakan provokatif.

"Saya percaya beliau, selepas ini tidak teragak-agak menggunakan pelbagai alasan untuk menjadikan masjid sebagai tempat melakukan perbuatan seumpama itu.

berita harian

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Mutakhir/20090329230051/Article/index_html


AKU NAIK HAIRAN DENGAN BERITA NI. MACAMANA BOLEH RAMPAS MAJLIS? BIASA ORANG RAMPAS BINI ATAU AWEK ATAU KALAU NAK YANG LEBIH HEBAT RAMPAS KAPAL TERBANG. APA BARANG NAK RAMPAS MAJLIS BEB?

LAKUKAN PENJENAMAAN SEMULA TV3 JADI TV UMNO




Usaha perlu dilakukan bagi memastikan tv3 diberi jenama baru iaitu tvumno. Ini selaras dengan usaha stesen tv tersebut yang bersungguh-sungguh berkempen untuk umno/bn bagi memastikan kemenangan calon bn di tiga pilihanraya kecil Bukit Selambau,Bukit Gantang dan Batang Ai.

Apa yang berlaku di Malaysia amatlah pelik ibni hairan.Segala media pembangkang ditutup mulut dan telinga serta diikat kaki dan tangan.Ini amat berlainan dengan apa yang berlaku di negara jiran kita iaitu Indonesia yang lebih terbuka.Di sana parti-parti pembangkang bebas membuat iklan di kaca tv mengenai parti mereka.

Itulah demokrasi ala-Malaysia di bawah pemerintahan Umno/BN.Percayalah Umno/BN akan terus gagal selagi masih mengamalkan corak pemerintahan yang telah ketinggalan zaman ini.Segala dakyah dan kempen stesyen tv milik umno tidak akan mampu melawan media alternatif terutamanya blog.Telah terbukti laman-laman blog lebih terkini dalam melaporkan sesuatu isu berbanding berita terkini tvumno itu sendiri.

Sebagai contohnya melalui blog,orang ramai dapat melihat gambaran sebenar keadaan di proses penamaan calon di Bukit Gantang secara terus setiap minit tanpa cuba melindung jumlah kehadiran sebenar penyokong Pas.



Bukannya rakyat akan lebih menyokong Umno/BN sebaliknya rakyat akan menjadi lebih loya tahap meminum air loji kumbahan jika keadaan ini terus berlaku.Lihatlah semasa PRU ke 12 baru-baru ini,Umno/BN dengan iklannya pada waktu perdana pun masih gagal menang besar.

Umno/BN berkata ingin berubah sebelum rebah,jadi rakyat tertanya-tanya juga apa yang telah diubah oleh Umno/BN sebab semuanya kelihatan sama sahaja seperti sebelum ini.Atau mereka ingin rebah dahulu kemudian baru berubah.Jika susah sangat untuk berubah maka ubahlah tv3 jadi tvumno supaya umno bukan saja rebah tetapi terus dihumban ke loji kumbahan IWK.


Biaqpila...apa ada hal.

NIZAR : SAYA TELAH MENGIMAMKAN SOLAT MAGHRIB

SAYA TELAH MENGIMAMKAN SOLAT MAGHRIB

Terlebih dahulu beribu maaf kerana lama sangat tidak update blog saya kerana maklumlah mengirakan kerenah pindah randah dan naik turu mahkamah Tinggi KL dan Persekutuan, Putrajaya. Pohon sembah derkaha!

Hari penamaan calun PRK P059 Bkt Gantang bejalan lancar dengan sedikit huru hara sewaktu saya dan isteri bersama-sama pimpinan PAS lain memasuki pintu pagar dewan perbanadaran Taiping jam 8.45pagi.

Namun sewaktu pergi menunaikan solat maghrib di Masjid Simpang, saya diminta oleh imam Tuan Hj Hisham untuk mengimamkan solat tersebut dan saya bersetuju. Sewaktu masuk kemasjid saya diberitahu Tan Sri Muhyidin Yasin, Timb Presiden UMNO, dato Zambry Kader , calun Ismail Saffian dan ramai lagi pimpinan UMNO pusat dan negeri juga ada bersama. Pimpinan UMNO berada disaf pertama.

Pada rakaat pertama saya telah membaca ayat "wa'tasimu bihablillahi jamiian, walaa tafarraqu.... " dan rakaat kedua surah Al-kaafirun.

Selepas solat saya membaca doa termasuk doa Qunut Nazilah yang turut diaminkan oleh semua ma'mum termasuk pimpinan tinggi UMNO.

UMNO menganjurkan solat hajat dipimpin oleh seorang imam impot, Hj Jama'iy namanya. Habis solat, imam Hj Hashim bangun dan berucap dihadapan dgn menyebut nama pimpinan UMNO Tan Sri Muhyiddin dan Dato' Zambry. Nama saya juga disebut dan diraikan.
Imam telah mengundang saya menyampaikan tazkirah dengan memberi Tafsir ayat Quran yang saya baca pada rakaat pertama solat maghrib sebentar tadi.

Namun beberapa pimpinan UMNO setempat telah protes termasuk penasihat masjid (pakai songkok tinggi) yang menghalang dan mengarah supaya terus adakan majlis baca yaasin, berlaku sedikit komosi (commotion). Saya mengelak bagi memelihara suasana.

Habis baca yaasin saya pergi bersalam dengan Dato Zambry dan dia nampak berang dan menyatakan kepada saya , kenapa menggunakan masjid berpolitik dan tak sepatut saya jadi imam tadi. katanya lagi dengan nada kuat dan marah, "jika mahu jadi imam saya bolih jadi imam, jika nak tafsir saya bolih tafsir". Saya tersenyum dan relaks sahaja dan terus meninggalkan majlis untuk acara lain . Hujan sungguh lebat ketika itu. Semua makmum melihat dan menyaksikan adegan kelakar dan "ajaib" tersebut dan ramai makmum mengiringi saya sewaktu meninggalkan masjid. Sekadar makluman! Doakan PR menang besar di P059 Bkt Gantang.

Posted by Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin


kamparinn

KEMPEN PRK BUKIT GANTANG: MERAKYATKAN ALTANTUYA?



KEMPEN MERAKYATKAN ALTANTUYA SUDAH BERMULA DI BUKIT GANTANG.HEHEHE..


Biaqpila...apa ada hal.

LIVERPOOL 4 REALMADRID 0

HIDUP RAKYAT!!!!!

Biaqpila...apa ada hal.

Rasuah politik dalam Umno tidak mungkin berakhir - Nik Aziz

Salmah Mat Husain
Sun | Mar 29, 09 | 7:07:58 pm MYT
KOTA BHARU, 29 Mac (Hrkh) - Biar pun Umno kini diterajui pemimpin lain, namun gejala rasuah dan salah laku dipercayai tidak akan berakhir, malah akan terus 'membarah'.

Ramai percaya Umno akan terus berada di tahap lama biar pun beberapa pendekatan baru cuba diambil Dato' Seri Najib Razak selepas menerajui parti itu.

"Walau pun pemimpin tertinggi parti itu telah bertukar tangan, namun kerana asas perjuangan tidak pernah berubah menyebabkan kepincangan akan terus berlaku dalam parti itu.

"Masalah kemiskinan rakyat, rasuah, salahguna kuasa dipercayai tidak akan berakhir.

"Pertukaran pasukan dalam Umno hanya orang tertentu sahaja tetapi kereta masih yang lama (sekular) menuju ke destinasi dunia semata-mata," kata Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Najib semalam secara rasminya mengambil alih teraju Umno daripada Abdullah apabila menang tanpa bertanding jawatan tersebut. Dan beberapa hari lagi bakal mengetuai kerajaan Barisan Nasional (BN).

Mursyidul Am PAS itu berkata, walaupun sebahagian besar muka-muka baru membarisi kepemimpinan Umno sekarang, namun asas perjuangan parti itu tetap sama.

"Ibarat kereta yang tidak ada break, maka kenderaan itu yang dinaiki pemandu dan penumpang baru tetap berada dalam bahaya," ujarnya ketika ditemui di sini.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, tiada apa pembaharuan yang dapat dirasai rakyat biar pun orang lain mengetuai Umno kerana haluan masih sama.

Menurutnya selagi parti itu terus membelakangkan agama, mengenepikan soal taqwa, mengasingkan politik dan agama, Umno akan terus bercelaru.

Kata beliau ia jauh berbeza berbanding perjuangan PAS yang berteraskan Islam dan ketakwaan, di mana ahli-ahlinya mempunyai asas agama lebih kukuh.

"Kekuatan akidah pemimpin PAS dapat dilihat pada penggal lalu apabila diuji dengan tawaran sehingga RM5 juta supaya melompat parti mereka tetap tidak berganjak," ujarnya.

Sedangkan beliau berkata, dalam Umno tidak timbul soal pahala dan dosa sehingga menjadikan amalan rasuah menjadi perkara biasa.

Menurutnya Lembaga Disiplin Umno sebelum ini sudah memutuskan ada pemimpin Pemuda Umno yang didapati bersalah dengan rasuah, namun masih dibiarkan bertanding sehingga menang.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga melahirkan rasa hairan memandangkan Umno hanya mengagungkan pemimpin mereka pada waktu-waktu tertentu sahaja.

"Contohnya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika dilantik menjadi perdana menteri lima tahun lalu beliau diagung begitu rupa sehingga menggambarkan bekas presiden Umno itu anak seorang ulama.

"Namun selepas Umno kecundang teruk pada pilihan raya umum lalu, beliau pula didesak supaya melepaskan jawatan," katanya. - mj _

harakahdaily

Ahad, Mac 29, 2009

Nizar membawa amanah rakyat Perak dan Malaysia seluruhnya



Ditulis oleh Mohamad Suhaimi Bin Abdul Aziz
Selasa, 24 Mac 2009 12:31

Berakhirlah debaran tentang siapa calon PAS di Parlimen Bukit Gantang menjelang PRK 7April ini. Akhirnya tepat jam 10.47 malam, beliau diumumkan oleh Presiden PAS sebagai calon PAS. Keputusan ini hasil dari mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di sebelah petangnya. Alhamdulillah, barangkali keberkatannya sudah disediakan oleh Allah swt hasil dari muafakat dan syura di kalangan pemimpin PAS.

Pemilihan Nizar tidaklah sangat mengejutkan sangat memandangkan beliau memang menduduki tempat utama senarai pencalonan. Selainnya, Ust Idris Ahmad dan Haji Mohamad Sabu juga menjadi taruhan. Mungkin atas kehendak orang tempatan yang mahukan Nizar sebagai calon.

Atas kertas, banyak kelebihan pada YAB DS Nizar. Beliau menjadi 'hangat' ekoran keberanian beliau mempertahankan jawatannya sehinggalah dirampas kuasa kerajaannya. Ramai dari khalayak warga Perak khususnya orang Tionghua dan India menaruh simpati terhadapnya. Bahkan, orang Melayu turut memberikan simpati atas pengorbanan beliau naik turun mahkamah mempertahankan kerajaannya. Ramai yang meminati ucapan beliau. Lagak beliau yang santai, mesra dan mudah didekati menambah popularitinya. Terlebih lagi beliau amat fasih berbahasa Mandarin dan Inggeris. Saat ini, ramai yang menyokong beliau. Beliau sangat dikenali di mana-mana.

Itu di atas kertas. Namun perlu diingatkan era Najib selaku PM keadaan boleh berubah. Rekod atas kertas tidak boleh disamakan dengan segala perencanaan busuk UMNO-BN. Dengan mengerahkan segala jentera termasuk SPR, Polis, Mahkamah, dan lain-lain jabatan kerajaan keputusan mampu diubahnya. Jangan kita lupakan tragedi PRK di Ijok dua tahun lepas. UMNO-BN ternyata mampu membuat 'magik' dengan menukar dan membeli kertas undi. Juga UMNO berkebolehan mengimport pengundi luar untuk mengundi. Tidak kurang taktik lapuk dengan membawa bas berbondong-bondong untuk mengundi. Ataupun mengerah polis dan tentera untuk mengundi. Ini semua adalah sejarah dan fakta kejahatan UMNO yang tidak boleh kita lupakan.

Apapun pemilihan Nizar telah membawa seribu harapan beribu rakyat negeri Perak. Pengundi Bukit Gantang akan menguji sama ada Pakatan Rakyat diterima atau sebaliknya. Adakah rampasan kuasa kerajaan UMNO direstui oleh rakyat atau sebaliknya. Dan adakah rakyat menerima Najib sebagai Perdana Menteri ke 6.

Kepada Nizar juga kita sandarkan harapan. Sesungguhnya gelombang kebangkitan rakyat telah bermula di Kuala Kangsar. Dan pastinya Bukit Gantang adalah pencetusnya. Sama-sama kita bekerja keras bagi menjana kemenangan rakyat seluruhnya, yang dimulakan di Bukit Gantang.


jiwamurobbi

PRK BUKIT GANTANG: RAKYAT TIDAK PERCAYA UMNO



RAKYAT TIDAK PERCAYA UMNO


Semasa meninjau ninjau keadaan di Bukit Gantang, saya dapati suasananya seperti dalam keadaan sedia berperang. Bukan rakyat yang sedia berperang, tetapi paraphenalia negara yang dikerah untuk berada dalam keadaan yang sedemikian.

Ini menunjukkan pemerintah pada hari ini berada dalam keadaan yang ketakutan dan sentiasa tidak mempercayai rakyat, dengan beranggapan hasad bahawa rakyat seolah sedang dalam keadaan sedia untuk melakukan rusuhan. Sebab itu ratusan dan mungkin juga ribuan yang kerah kononnya untuk menghadapi kemungkinan kalau kalau rakyat bangkit merusuh dan melanggar undang undang negara. Tetapi rakyat bukan hendak merusuh. Rakyat bukannya hendakkan huru lagi hara. Rakyat sentiasa mahu ketenangan dan kedamaian.

Tetapi disebabkan pemerintah hari ini berasa tersepit, dan tidak yakin boleh meraih sokongan rakyat, maka mereka mengerahkan semua jentera negara, semua paraphenalia negara, samada yang beruniform atu tidak untuk bersiap siaga seolah rakyat akan membuat huru dan hara. Sebenarnya apa yang mereka tunjukkan ialah ketidak percayaan mereka kepada rakyat.


Selain tidak percaya rakyat, mereka juga tetap melihat dan menilai rakyat sebagai bebal dan baghal. Sebab itu walaupun tok ketua mereka telah mengatakan tidak akan melimpahkan projek mee segera dari langit, namum, mereka sendiri tidak yakin dengan diri sendiri, dan melihat cara mendatangkan projek jenis mee segera ini akan mampu meraih undi rakyat.

Dengan itu, walau apa pun yang telah dihamburkan sebelum ini agar mereka kelihatan sederhana dan berjimat dalam keadaan ekonomi negera gawat, namun ketidak percayaan kepada rakyat ini memaksa mereka menurunkan juga projek segera ini kerana pad perkiraan mereka ini adalah satu satunya cara meraka boleh memancing undi rakyat. Mereka boleh memancing simpati rakyat dan mereka boleh memancing kepercayaan rakyat.


Sebab itulah UMNO/BN terpaksa berkemah dn berkampung di seluruh kawasan parlimen Bukit Gantang kerana mereka tidak yakin yang rakyat akan menyokong mereka . Mereka tidak yakin yang rakyat akan memberi untuk kepada mereka. Mereka tidak yakin yang rakyat simpati kepada mereka.

Dalam kata kata lain, mereka tidk percaya rakyat.

Bagaimana rakyat boleh percaya mereka?

Bagaimana mungkin rakyat mengundi mereka?



hamirdin


Biaqpila...apa ada hal.

Umno Syok Sendiri



Penyudah yang menarik. Itu sahaja apa yang mampu diungkapkan mengenai labuhan tirai perhimpunan agung Umno. Kalau perhimpunan itu adalah orang nak mati, mungkin dia mati macam P Ramlee mati dalam Ali Baba Dan 40 Penyamun. “Mati beriman daaa…”, katanya.


Dimana menariknya?

Najib janji nak ubah Umno, Muhyidin janji akan setia dengan Najib dan paling menarik, Dr M janji nak masuk Umno balik. Hasmah tak janji sebab rasanya dia tidak keluar.

Sangat mudah untuk menunaikan janji masing-masing. Cuma ubah, setia dan masuk. Memang menarik.

Namun penyudah yang menarik itu bukan segala-galanya. Penyudah itu hanya di bangunan Umno sahaja dan sesama orang Umno pula. Apa yang indah di bangunan itu belum tentu akan indah juga di luarnya. Hakikatnya, Umno perlu berhadapan dengan orang Umno dan bukan Umno di dunia sebenar, di luar bangunan Umno.

Tentu suasana di luar dewan tak sama dengan penyudah di dalam dewan.

Boleh dikatakan (?) semua yang ada di PWTC adalah mereka yang setia dengan Umno. Mereka adalah perwakilan, pemerhati dan peminat Umno. Katakan 10,000 orang. Di luar bangunan PWTC pula ada lebih 2 juta orang Umno yang belum tentu setia dengan Umno seperti seperti kesetiaan 10,000 tadi.

Di luar bangunan PWTC juga ada hampir 30 juta rakyat Malaysia yang mencebik mulut kepada Umno. Mereka yang mengeboo Khairi di dalam dewan hanya beberapa ratus orang sahaja. Itu yang Khairi dengar. Namun yang mengeboo Khairi di luar dewan adalah jutaan orang dan Khairi tidak mendengarnya.

Justeru adakah Umno mampu mempamerkan ‘penyudah’ yang menarik di luar bangunan PWTC seperti di dalamnya?

Saya percaya Najib syok sebab jadi Pres Umno. Muhyidin pun syok juga sebab jadi Tim Pres. Shahrizat, Khairi dan Rosnah pun syok juga. Isteri atau suami masing-masing juga syok. Tapi belum tentu semua ahli Umno syok macam mereka syok. Kalau semuanya syok mengapa ada yang mengeboo.

Kalau mereka yang setia dengan Umno pun ada yang tidak syok, macam mana dengan orang lain. Pastinya jutaan rakyat tak teringin pun nak rasa syok macam mereka syok.

Mereka syok di bangunan itu, tetapi belum tentu mereka akan rasa syok yang sama bila melangkah ke luar bangunan. Pemimpin Umno jangan sangka semua rakyat Malaysia syok macam mereka syok.

Biarkan mereka syok. Syok sebegitu namanya syok sendiri.

Umno jangan lupa rakyat Malaysia juga akan syok. Bahkan syok mereka melebihi syok pemimpin Umno di bangunan PWTC. Bila?


Rakyat Malaysia sangat syok kalau Umno kalah di Bukit Gantang.

Rakyat Malaysia sangat syok kalau MIC kalah di Bukit Selambau.

Rakyat Malaysia sangat syok kalau BN kalah di Batang Ai.


Akhirnya, rakyat Malaysia sangat, sangat, sangat syok kalau Umno terus syok sendiri. Selamat syok sendiri untuk Umno...

Dikirim Oleh Zolkharnain Abidin


bongkarsauh

3 PILIHANRAYA KECIL: NAJIB DAH TAU BN NAK KALAH KOT



NAJIB KATA KEPUTUSAN 3 PILIHANRAYA KECIL BUKAN PETANDA SOKONGAN RAKYAT,HABIS TU PETANDA APA? PETANDA NAK KIAMAT KE? DIA KATA KALAU NAK TAU SOKONGAN KENA TUNGGU PILIHANRAYA UMUM.

KALAU ITU MACAM,KASI BUBAR SEMUA BIKIN PILIHANRAYA UMUM SEKARANG LA...ADA BERANI KA?
AKU RASA NAJIB CUBA 'PLAY SAFE' SEBAB DIA MACAM DAH TAU BN AKAN KALAH KOT.AWAL-AWAL LAGI DAH ADA RASA.SEBAB TU DIA KATA BUKAN TANDA SOKONGAN RAKYAT.DIA DAH TAU PAKATAN RAKYAT AKAN MENANG KOT.

BIAQPILA KAT DIA,CUMA KALAU BN MENANG NANTI (TAK MUNGKIN) JANGAN PULAK KATA KEPUTUSAN TU TANDA RAKYAT SOKONG BN.KATA LA RAKYAT SOKONG PAKATAN TAPI SENGAJA PANGKAH BN SEBAB KESIAN.


P/raya Kecil Bukan Semestinya Petanda Sokongan Rakyat, Kata Najib


KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keputusan tiga pilihan raya kecil serentak di Bukit Gantang, Perak, Bukit Selambau, Kedah dan Batang Ai, Sarawak, pada 7 April ini bukan semestinya sebagai petunjuk baik mengenai sokongan rakyat.

"Masalah pilihan raya kecil adalah kerana ianya sukar untuk meramalkan sejauh mana ia mencerminkan hasrat rakyat terhadap aspirasi negara.

"Dengan apa cara pun, sudah tentu penganalisis politik dengan segera membuat kesimpulan...ahli parti mempunyai motivasi yang tinggi dalam menghadapi cabaran dan kami akan berusaha dengan sebaik mungkin," katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan Perhimpunan Agung UMNO di sini Sabtu.

Presiden UMNO yang baru itu berkata pilihan raya kecil bukan merupakan satu pungutan suara rakyat.

"Pungutan suara hanya timbul apabila tiba pilihan raya umum. Anda akan tahu sama ada rakyat menyokong anda atau sebaliknya," katanya.

Najib berkata Timbalan Presiden Umno yang baru dipilih, Tan Sri Muhyiddin Yassin, buat pertama kali akan mengetuai kempen Barisan Nasional (BN) pada ketiga-tiga pilihan raya kecil itu.



-- BERNAMA

KENAPA PULA TUN MAHATHIR HADIR PADA PERHIMPUNAN UMNO?



Setelah memberi 11 sebab dalam blognya,kenapa beliau tidak hadir pada perhimpunan umno,akhirnya semalam Tun Mahathir hadir juga di PWTC.Apa pula 11 sebab yang menyebabkan beliau hadir? Saya tidak dapat memberikan sebab-sebab tersebut kerana saya orang melayu.Saya mudah lupa.Tanyalah pada Tun Mahathir.

Kata Tun Mahathir dalam blognya,"Saya rasa diri saya akan tercemar jika saya berada dalam majlis yang disertai oleh orang yang mendukung amalan rasuah."Katanya lagi,"Perbuatan merestui rasuah adalah satu pengkhianatan kepada bangsa Melayu dan negara Malaysia."

Sehari selepas beliau menyiarkan sebab-sebab kenapa beliau tidak hadir maka semalam kita dapat saksikan adegan pengkhianatan kepada kata-katanya.Beliau telah hadir di perhimpunan pertubuhan yang bergelumang dengan rasuah itu.Maka dengan sendirinya Tun Mahathir telah mencemarkan dirinya kerana berada di majlis yang disertai oleh orang yang mendukung amalan rasuah.Samada beliau merestuinya dengan menghadirkan diri,kita tidak tahu.Hanya beliau yang tahu.

Mungkin Tun Mahathir berpegang kepada kata-katanya.Melayu mudah lupa.Tiada siapa akan ingat kata-katanya sehari sebelum tu,kecuali kaum-kaum lain yang tidak mudah lupa.Jadi 'apa ada hal' jika beliau menyertai perhimpunan pertubuhan yang mendukung amalan rasuah itu.


Biaqpila...apa ada hal.



KENAPA SAYA TIDAK HADIR


By Dr. Mahathir Mohamad on March 27, 2009 4:24 PM | Permalink | Comments (646) | TrackBacks (0)
1. Ramai kenalan saya yang fikir saya tidak hadir pembukaan mesyuarat Perhimpunan Agung UMNO kerana anak saya Mukhriz kalah pertandingan Ketua Pemuda.

2. Memanglah saya terasa sedih kerananya.

3. Tetapi sebab yang sebenar saya tidak hadir ialah oleh kerana Pemuda UMNO secara langsung dan terbuka merestui politik rasuah.


4. Mereka memilih sebagai ketua mereka seorang yang telah didapati bersalah menggunakan wang dan sogokan dalam usahanya untuk dipilih sebagai Ketua Pemuda. Samada dia dibenar bertanding atau tidak, tidak menidakkan dianya adalah perasuah.

5. Hukuman yang dijatuhkan kepada orang ini tidak setimpal dan adil kerana orang lain yang didapati bersalah sama sepertinya tidak dibenar bertanding.

6. Tidak pernah terjadi orang yang dikenali dan diakui umum sebagai perasuah oleh Lembaga Disiplin, oleh parti dan oleh orang ramai dipilih dan dijunjung tinggi sebagai ketua. Tetapi inilah yang dilakukan oleh Pemuda UMNO yang dahulu terkenal sebagai barisan hadapan dalam perjuangan UMNO.

7. Pemuda telah merosakkan imej UMNO dan imej orang Melayu sendiri. Rupa-rupanya duit lebih utama daripada bangsa dan negara. Apakah rakyat akan terima dipimpin oleh tokoh rasuah yang terkenal? Perbuatan merestui rasuah adalah satu pengkhianatan kepada bangsa Melayu dan negara Malaysia.

8. Juga saya hairan kenapa untuk mengira hanya 790 undi mengambil masa lebih dari enam jam?

9. Apakah pengira undi tidak tahu kira? Atau apakah sesuatu sudah diusahakan untuk menjayakan menantu Perdana Menteri. Ini menjadi soalan bukan daripada saya seorang tetapi oleh semua orang ramai. Tak usahlah Perdana Menteri bercakap berkenaan dengan menolak rasuah kerana menantu yang perasuah diberi keistimewaan luar biasa.

10. Ini juga menghakiskan lagi kepercayaan rakyat kepada UMNO.

11. Inilah sebab-sebabnya saya tidak hadir. Saya rasa diri saya akan tercemar jika saya berada dalam majlis yang disertai oleh orang yang mendukung amalan rasuah.

sumber: chedet.co.cc

LAWAK AHAD: KISAH EVO,CELICA DAN VIVA WANITA UMNO



Kisah Evo7.5, Celica Dan Viva Silver TypeR

Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan menuju utara,kelihatan sebuah viva silver tersadai di sebelah lane kerosakan. Ada perempuan yang separuh tua separuh muda yang berdiri di sebelahnya, pemilik viva silver tu sedang berjalan ke hulu ke hilir cuba menahan kereta supaya membantu.Kelibatnya seperti baru balik dari persidangan di KL kerana masih memakai baju kurung putih berkain merah. Tidak ada sebuah kereta pun berhenti.tiba-tiba datangla sebuah kereta celica biru muda keadilan berhenti di sebelah viva tadi.

"Ada apa nie makcik, kereta rosak ke?" tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an."a'ha rosak "jawap makcik tu simple aje....

"Ok,cam nie,saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta makcik sampai tol"mamat nie bagi idea.

"worrait gak tu...", tapi....nanti kalau makcik rasa awak bawak laju makcik akan hon dan bagi high beam"

"Ok makcik"..mamat nie pun ikatlah tali kat kereta viva didepan dan hujungnya diikat di belakang bumper celicanye. dia pun jalanla..dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima kilometer mamat nie laju le sikit,apalagi makcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu. Mamat tu pun slowkan balik..

Tiba-tiba ada sebuah evo7.5 datang dari belakang dan press minyak kat mamat celica. apa lagi, jiwa muda pantang dicabar, dia pun tekan la minyak rapat nak kejar evo7.5 nie...lupa la pulak dia dengan viva makcik yg diikat kat belakang kereta dia.

Makcik tu punya la hangin satu badan, dia pun hon dan bagi hi beam bagai nak rak. Mamat celica tu dah tak sedar dah angin punya pasal. Kebetulan pilak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan.

Vrooommm......bedesup peginye... ini dah lebih speed limit nie...kate polis nie..cecah 250kmj memasing nie... Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman kereta-kereta yg laju nie...

"Over..over, ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju, sebuah evo7.5, sebuah celica dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punye.........sebuah viva silver tengah cucuk angin celica tu dan bagi hon dan hi beam nak potong!!!'

PERWAKILAN UMNO SUKAR MELUPAKAN ANWAR

Menghadiri Sidang Tahunan Perbankan Islam di Bahrain

Sebaik selesai program di Kuala Sepetang saya meluru ka KLIA dan berlepas ka Manama, Bahrain.

Saya terpaksa menghadiri Sidang Tahunan Albaraka Banking Group (Majmuat Al-Barakah Al-Masrafiah) dan mesyuarat lembaga berikutnya sepanjang hari. ABG menjalankan urusan perbankan dan kewangan Islam di 12 buah negara dengan 300 cabang di seluruh dunia.

Namun melalui BlackBerry, saya mengikuti perkembangan dalam negara, persiapan pilihanraya kecil dan ucapan sulung Datuk Seri Najib selaku Presiden UMNO yang baru. Nyata sekali beliau tidak sabar lagi menunjukkan belang dan keangkuhan.

Kebiasaannya ucapan awal pemimpin yang baru dilantik lebih tawaddu’, mengemukakan gagasan perpaduan atau garis besar dasar perjuangan. Sebaliknya beliau tidak sabar untuk menyerang saya.

Saya turut menerima emel seorang teman mengatakan “begitu sukar sekali rakan-rakan perwakilan UMNO melupakan anda.”

ANWAR IBRAHIM

PRK BUKIT SELAMBAU : KERTAS UNDI TERBESAR DI DUNIA



BUKIT SELAMBAU BAKAL MENCIPTA SEJARAH DENGAN MEMPUNYAI KERTAS UNDI TERBESAR DI DUNIA.SEGALA MACAM LOGO,DARI BINATANG SEPERTI GAJAH,RUSA(KATAK TAK BOLEH SEBAB DAH DIBLACKLIST)HINGGALAH PERALATAN ELEKTRIK SEPERTI TV AKAN DIGUNAKAN SEBAGAI LOGO UNTUK CALON-CALON BEBAS.

JADI PENGUNDI DIBUKIT SELAMBAU SILA PERHATIKAN BETUL-BETUL SEBELUM MEMANGKAH.TAKUT NANTI TERPANGKAH DACING.SEBAB DACING SUDAH TIDAK DIGUNAKAN PADA ZAMAN SEKARANG.DACING TAK DIGITAL.

Biaqpila...apa ada

hal.



Kertas undi besar jika 13 calon bertanding di Bukit Selambau


SUNGAI PETANI - Satu sejarah akan tercipta pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Bukit Selambau pada 7 April ini jika ia ditandingi 13 orang calon.

Dan jika ini berlaku, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mencetak kertas undi yang lebih besar daripada biasa untuk memuatkan lambang semua calon.

Pengarah SPR Kedah, Zainal Abidin Zakaria berkata, kemungkinan perkara itu berlaku adalah besar kerana pada masa ini, selain calon daripada Barisan Nasional dan Parti Keadilan Rakyat, terdapat 11 orang yang dijangka bertanding sebagai calon Bebas.

Menurutnya, setakat ini, 10 daripada 11 orang itu telah membuat bayaran deposit sebanyak RM8,000 seorang, iaitu RM5,000 untuk bertanding dan RM3,000 sebagai deposit poster.

Zainal Abidin berkata, dalam sejarah pilihan raya negara, calon paling banyak yang pernah bertanding bagi sesebuah kawasan baik bagi kerusi Parlimen atau negeri belum pernah melebihi lapan orang.

Beliau berkata, disebabkan bilangan pengundi yang banyak, kertas undi bagi pilihan raya kecil ini mungkin sebesar kertas saiz A4 bagi membolehkan orang ramai melihat dengan jelas lambang-lambang calon.

Kertas undi biasa ialah bersaiz poket dan ia dilipat dua untuk dimasukkan ke dalam peti undi.

Satu lagi kemungkinan yang akan berlaku di Bukit Selambau, menurut Zainal Abidin, ialah jumlah calon yang paling banyak hilang deposit.

Seseorang calon yang mendapat kurang daripada satu per lapan undi sah yang diterima akan kehilangan depositnya.

“Jika 13 orang bertanding, tidak mungkin kesemuanya akan mendapat lebih daripada satu per lapan undi,” katanya.

Beliau berkata, mereka yang telah membayar deposit setakat ini adalah Husaini Yaakob, Abdul Rahim Abu, Zahran Abdullah, T Chandraraajan, Tan Hock Huat, R Loganathan, Mohamad Fazil Abdul Wahab, Mejar (B) Anwar Abdul Hamid, L Saralla dan A Jayagopal.

Zainal Abidin berkata, SPR telah menyediakan 20 lambang untuk dipilih oleh calon Bebas pada hari penamaan calon Ahad ini.

Selain calon-calon bebas itu, calon BN, Datuk S Ganesan juga telah membuat pembayaran deposit manakala calon PKR belum berbuat demikian.

“Calon memangnya digalakkan membayar deposit sebelum hari penamaan kerana pada hari berkenaan mereka cuma diberikan masa sejam sahaja mulai 9 pagi untuk proses pengesahan borang pencalonan,” katanya. - BERNAMA

Sabtu, Mac 28, 2009

MACAM CERITA HINDUSTAN - EPISOD PRK BUKIT SELAMBAU



MELAYU MUDAH LUPA PADA FLIP-FLOP.POLITAIK MACAM FILEM HINDUSTAN DAH TERJADI SEMPENA PRK BUKIT SELAMBAU,BUKIT GANTANG DAN BATANG AI.ADAKAH HAPPY ENDING AKAN TERJADI BUAT UMNO/BN DALAM PRK 2 BUKIT 1 BATANG NANTI DENGAN KEMASUKAN SEMULA CHE DET KE DALAM UMNO INI? BISAKAH PENGARUH CHE DET MENGAUT SEMULA UNDI PROTES YANG TELAH DIBERI KEPADA PEMBANGKANG PADA PRU 12 BARU-BARU INI?

SEMOGA CHE DET DIPANJANGKAN UMUR MAKA DENGAN ITU SEMPATLAH DIA MASUK KELUAR UMNO DUA TIGA KALI LAGI.


Tun Mahathir sahkan akan sertai semula Umno

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengesahkan beliau akan menyertai Umno semula.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa menghadiri hari terakhir perhimpunan agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur hari ini.

Katanya, beliau akan mengumumkan tarikh itu pada satu masa yang sesuai 'selepas beberapa perkembangan'.

"Saya kena isi borang, lambat sikit. Saya akan beritahu kemudian. Saya sedang menunggu beberapa perkembangan," katanya kepada pemberita selepas hadir mengikuti hari terakhir Perhimpunan Agung Umno 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Pada 19 Mei tahun lepas, Dr Mahathir dalam satu ceramah di Alor Star mengisytiharkan dirinya keluar dari Umno kerana hilang keyakinan terhadap parti itu.

Dr Mahathir dilihat memasuki Dewan Merdeka bersama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pada pukul 12.30 tengah hari sewaktu ucapan penggulungan oleh Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kehadiran beliau disambut tepukan gemuruh oleh para perwakilan yang turut berdiri untuk memberikan penghormatan.

Dr Mahathir juga kelihatan menganggukkan kepala bagaikan bersetuju apabila Muhyiddin meluahkan harapan untuk melihat bekas Perdana Menteri itu kembali menyertai Umno secara rasmi.

Muhyiddin juga berkata kedatangan Dr Mahathir seolaholah mengiktiraf barisan kepimpinan Umno yang baru dengan disambut tepukan gemuruh para perwakilan.

Dr Mahathir kemudian turun ke pentas utama dan bersalam-salaman dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi serta anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno dan kemudian menjulang tangan bersamasama Abdullah, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Muhyiddin.

Sementara itu, ketika ditanya mengapa beliau menghadiri persidangan berkenaan selepas memutuskan untuk tidak berbuat demikian, Dr Mahathir berkata pemilihan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden telah memberi keyakinan kepadanya bahawa perubahan yang diharapkan akan berlaku.

"Pasal itu, pemilihan Muhyiddin meyakinkan saya ada perubahan," katanya.

Beliau juga tidak menolak bahawa barisan kepimpinan baru Umno memberi gambaran baik bahawa parti itu akan berubah ke tahap yang lebih cemerlang berbanding sebelum ini.

"Saya ingat ada harapan baik untuk masa depan," katanya.

Dr Mahathir menerusi laman blognya, CheDet.com, sebelum ini menyatakan bahawa beliau tidak akan menghadiri Perhimpunan Agung Umno 2008 kerana berpendapat bahawa Pemuda UMNO secara langsung dan terbuka merestui politik rasuah.

"Inilah sebab-sebabnya saya tidak hadir. Saya rasa diri saya akan tercemar jika saya berada dalam majlis yang disertai oleh orang yang mendukung amalan rasuah," katanya di dalam blog itu.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata Umno harus berjuang untuk rakyat dan bukannya untuk orang tertentu di dalam parti jika ia mahu kembali kukuh dan diterima semula.

"Tanpa rakyat, Umno tidak boleh menang. Pengukuhan Umno serta penerimaannya oleh rakyat terpulang kepada perjalanan masa hadapannya. Apakah ia betulbetul berjuang untuk rakyat atau untuk orang tertentu," katanya.

Dr Mahathir turut bersetuju dengan saranan supaya sistem kuota dihapuskan bagi pemilihan Umno dan digantikan dengan sistem satu anggota.

Namun, katanya, apa yang lebih penting adalah supaya anggotaanggota Umno tidak mengamalkan politik wang.

"Kalau boleh diadakan di mana semua pihak boleh membuat pilihan, itu memang baik.Tapi apa sistem yang kita buat, kalau tukar 10 kali pun, kalau ahli-ahli Umno lebih utamakan wang untuk diri sendiri, Umno akan hancur," katanya.

Ditanya mengenai peralihan kuasa daripada Abdullah kepada Najib, Dr Mahathir berkata:

"Peralihan ini berkaitan Presiden Umno, yang lagi satu (peralihan) berkenaan dengan Perdana Menteri. Itu saya harap akan dilakukan."

Dr Mahathir juga menafikan bahawa beliau akan dilantik sebagai penasihat kerajaan bagi menghadapi cabaran mendatang.

"Kalau tanya pendapat, bolehlah. Macam Pak Lah jugak, dia kata dia boleh beri pendapat, saya pun boleh beri pendapat saja," katanya.

Ditanya sama ada beliau berpuas hati dengan barisan kepimpinan Umno yang baru, Mahathir berkata:

"Ada yang tak menyenangkan hati juga...."

Sementara itu, anak lelaki ketiga Dr Mahathir, Datuk Mukhriz berharap bapanya akan kembali semula menyertai Umno secepat mungkin setelah meninggalkan parti itu sejak Mei tahun lepas.

"Itu yang kita nantinantikan. Memang ayah saya sebelum ini telah berjanji bahawa pada hari Datuk Seri Najib mengambil alih presiden parti, maka beliau akan menyerah borang untuk menjadi ahli.

"Alhamdullilah itu (Najib menjadi presiden) telah menjadi kenyataan. Jadi kita rasa begitu senang hati dengan perkembangan terbaru ini.(Bagaimanapun) saya tidak pengaruhi ayah saya untuk berbuat demikian," katanya kepada pemberita selepas berakhirnya perhimpunan agung Umno 2008 di sini.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula menyifatkan kehadiran Dr Mahathir pada hari terakhir perhimpunan itu sebagai satu kelebihan dan keterbukaan Umno yang tidak ada pada parti pembangkang.

"Saya rasa begitu terharu kerana Umno ada caranya sendiri dan hari ini jelas dari segi keramatnya Umno, dengan izin Allah, merapatkan barisan kita, bukan sahaja barisanbarisan baru tetapi dari segi kehadiran Tun Mahathir sendiri yang tergerak untuk bersamasama dengan kita hari ini.

"Inilah kelebihan yang ada pada Umno dan saya sebagai Naib Presiden baru dilantik, saya tengok asasasasnya telah pun dibina.

Sekarang ini terserah kepada pemimpinpemimpin yang telah diamanahkan ini untuk menjalankan tugas," katanya.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal turut mengalualukan kemasukan semula Dr Mahathir ke dalam Umno kerana tindakan itu akan memperkuat lagi Umno dan juga kerajaan.

Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil turut melahirkan kegembiraannya dengan kehadiran Dr Mahathir bersama Abdullah dan Najib yang digambarkannya sebagai "detik permulaan, era baru untuk Umno."

Ketua Puteri Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pula berkata pertemuan Abdullah dan Dr Mahathir dalam perhimpunan kali ini menunjukkan perpecahan adalah perkara yang tidak seharusnya berlaku (terutama sekali) kerana Umno akan menghadapi cabaran yang lebih besar selepas ini terutama bagi menghadapi tiga pilihan raya kecil, Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai, nanti.

"Ahli Umno tidak boleh berpecah belah dalam soal semangat dan gerak kerja," katanya.


-mstar

EARTH HOUR



BLOG INI DITUTUP LAMPUNYA SELAMA 1 JAM,SEMPENA KEMPEN TUTUP LAMPU SELAMA 1 JAM. KENAPA 1 JAM SAJA? CUKUP KE NAK BAGI SEJUK BUMI? TUTUP LA SEBULAN KA,SETAHUN KA...BARU BUMI JADI SEJUK.LAYAN SAJA LA...

BN takut dengan perjuangan Pakatan Rakyat

Saturday, 28 March 2009 •

Kategori: Berita Negeri, Berita Semasa, Berita Utama, Nasional, Parlimen, Perak

CHANGKAT JERING, 28 Mac (SK) : Presiden Gabungan Mahasiswa Islam se-Malaysia (GAMIS) Mohd Dzul Khairi Mohd Noor, membidas pengharaman pengeluaran Harakah dan Suara Keadilan kepada umum oleh Kementerian Dalam Negeri awal minggu ini.

Beliau mendakwa kerajaan BN terdesak kerana takut dengan perjuangan dan pendedahan yang dilakukan di dalam media-media tersebut serta takut dengan penerimaan rakyat terhadap kesalahan yang dilakukan pimpinan Pakatan Rakyat.

Sehubungan itu, Dzul Khairi menyeru orang ramai agar terus menghebahkan segala kerja kebaikan yang telah dilakukan oleh Pakatan Rakyat di negeri Perak keseluruhanya walaupun ketiadaan kedua-dua akhbar tersebut.

Dzul Khairi menyeru orang ramai agar membuat penilaian berdasarkan asas cinta kepada keadilan, demokrasi dan kebebasan bersuara dalam semua bentuk media.

Melalui perbandingan antara pimpinan Pakatan Rakyat dan Umno, beliau berkata ini jelas menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat berjuang untuk kebaikan rakyat. Perjuangan PAS yang berlandaskan Islam dalam kepimpinan mampu untuk merubah nasib rakyat.

“Saya sentiasa berdoa untuk kejayaan Pakatan Rakyat dan mengundi calon Pas iaitu Mohamad Nizar Jalaluddin untuk mengembalikan demokrasi di negeri Perak,” jelas beliau.

Dalam ucapannya di Cangkat Jering semalam beliau bertanya “Adakah rakyat Bukit Gantang sanggup untuk menjadikan parti korup Umno/Barisan Nasional sebagai pemimpin mereka?”

Perhimpunan Agung Umno yang sedang berlangsung juga menunjukkan bahawa Umno adalah sebuah parti yang korup, dimana rasuah bermaharajalela dan menjadi tradisi yang bukan lagi rahsia dengan perlucutan jawatan Ali Rustam.

Walaupun telah didapati bersalah dengan tuduhan rasuah yang dipanggil ‘politik wang’ oleh mereka, Ali Rustam masih lagi dapat mengundi dan memimpin kerajaan negeri Melaka.


suarakeadilan

CALON PKR BUKIT SELAMBAU PUNYA KISAH




Depa kata pasai S Manikumar

Kata orang(bukan saya kata) calon PKR di DUN Bukit Selambau ada gabungan ciri-ciri tiga kaum. Wah, macam mana tu? Pertama dia berketurunan India. Tak payah cakaplah. Sebut namanya saja orang dah kenal.

Ciri kedua pula, kalau kita mendengar dia bercakap tapi tak tengok mukanya kita tentu kata orang Melayu sedang bercakap. Loghat Melayu Kedahnya memang pekat. Kata orang lagi, kalau dia pakai songkok dan duduk sebelah MB Perak(yang jadian tu) dah tentu orang keliru. "Mana satu Melayu ni?". Kulit dia ni cerah sikit. Itu saya tak nak komen lebih-lebih. Bentuk fizikal yang dijadikan Allah kita tak boleh nak 'complain'. Terima saja.

Ciri ketiga pula, dia orang bisnes. Bukan calang-calang punya berniaga. Perniagaannya besar. "Otak cina, pandai berniaga." Semua ini saya dengar dari kata-kata orang. Betul atau tidak, saya jemput semua turun ke Bukit Selambau dan kenali calon kami, S Manikumar.

Bagi kawan-kawan berketurunan India, kalau nakkan seorang EXCO dari kaum India, S Manikumar orangnya. Itu pun kalau dia menang. Kalau dia kalah? Hemmm. Ini janji Menteri Besar. Kata MB lagi, tak ada tempat EXCO untuk calon bebas yang menang. Mahu tak mahu kena undi S Manikumar juga. Orang India dapat EXCO, kerajaan PR di Kedah selamat dan BN pun lingkup.

Fikir-fikirlah. Pikiaq habih-habih.

sumber: azridulblog

KDN TOLONG LA JANGAN GANTUNG TV3 SUKU -DEMI BUKIT SELAMBAU,BUKIT GANTANG,BATANG AI




KDN TOLONG LA JANGAN GANTUNG TV3 SUKU DEMI UNTUK KEMENANGAN PAKATAN RAKYAT DI BUKIT SELAMBAU,BUKIT GANTANG DAN BATANG AI.DEPA DAH BANYAK BERJASA KEPADA PEMBANGKANG PADA PILIHANRAYA KE 12 BARU-BARU NI.KALAU GANTUNG TAK DAK SAPA NAK TOLONG BAGI ORANG MELUAT KAT BN.DENGAN ADANYA TV3 SUKULAH,RAMAI RAKYAT YANG MELUAT DENGAN LAPORAN BERAT SEBELAH MEMILIH UNTUK MEMANGKAH PEMBANGKANG DALAM PRU KE 12.

KALAU GANTUNG JUGAK TV3 SUKU NI,MAKA PELUANG PAKATAN RAKYAT UNTUK MENANG DALAM 3 PILIHANRAYA KECIL AKAN TERGUGAT.RAKYAT TAK JADI NAK MELUAT KAT BN SEBAB TAKDA PROPAGANDA YANG DITABURKAN KEPADA MEREKA.OLEH ITU AMATLAH WAJAR SEKIRANYA DIBIARKAN SAJA TV3 SUKU INI UNTUK TERUS MEMUTAR BELITKAN BERITA MENGENAI PEMBANGKANG DEMI KEBAIKAN PEMBANGKANG ITU SENDIRI.



TINDAKAN MENGGANTUNG HARAKAH DAN SUARA KEADILAN MERUPAKAN LANGKAH YANG BIJAK KERANA SELARAS DENGAN HASRAT UNTUK MEMENANGKAN PAKATAN RAKYAT.BILAMANA RAKYAT SUDAH MARAH,DENGAN SENDIRINYA MEREKA AKAN MEMANGKAH CALON PAKATAN RAKYAT.PIHAK PAKATAN RAKYAT TIDAK PERLU BIMBANG DENGAN PENGANTUNGAN SURATKHABAR MILIK MEREKA ITU KERANA IANYA SEDIKITPUN TIDAK AKAN MEMBERI KESAN KEPADA RAKYAT YANG MENYOKONG PAKATAN RAKYAT SELAMA INI.MEREKA TAK MEMERLUKAN SEMUA ITU,KERANA MEREKA SUDAH BIJAK MENILAI.KEPUTUSAN PRU KE 12 LALU MEMBUKTIKAN MEREKA BUKANNYA MUDAH DIPERBODOHKAN.

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive