Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

Kasi like saja apa ada hal...

Biaqpila on Facebook
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, November 30, 2009

Exco nafi arak dijual secara terbuka di Kedah- Lim Soo Nee


Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Masyarakat Siam, Pekerja Ladang Perpaduan, Lim Soo Nee menafikan arak dijual secara terbuka di negeri Kedah seperti mana yang didakwa sesetengah pihak sebelum ini.


Menurut beliau lagi penjualan arak secara terbuka di kedai serbaneka termasuk di kedai 7 Eleven tidak berlaku kerana ia turut dipantau oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.


Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kulim berkata, masyarakat harus tahu membezakan antara bir dan arak yang dijual.


"Oleh kerana isu ini merupakan isu yang menyentuh kesensitiviti masyarakat maka pemantauan sering dibuat di lokasi-lokasi terbabit.Malah Jabatan Agama Islam Negeri Kedah juga boleh membuat aduan sekiranya terdapat mereka yang menjual minuman keras ini yang membabitkan orang Islam kerana ia juga terletak dalam bidang kuasa mereka.Namun begitu kerjasama akan diberikan bagi menangani isu ini supaya ia adil kepada orang Islam dan juga yang bukan Islam."


Menurut Lim lagi terdapat perbezaaan dalam isu bir dan arak ini.
"Sehubungan itu perkara ini adalah tertakluk kepada bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Pihak Berkuasa Tempatan dan ianya bukan tertakluk kepada Eksais.Oleh itu masyarakat harus tahu membezakan perbezaan ini supaya ia tidak menjadi satu isu yang kontroversi apabila disalah tafsirkan." katanya lagi.


siasahdaily


Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Ku Li : Bakal Realisasikan idea 16 Sept..



Oleh usinwafer

"Hari ini sekali lagi Ku Li mendatangkan "penin" utk Najib dan Muhyidin apabila kenyataan yang dikeluarkanya seakan-akan memihak kepada PR untuk setuju bersama mempertahankan hak rakyat Kelantan dan Terengganu dalam tuntutan royalti minyak.

Umum sudah mengetahi bahawa Ku Li dijemput dengan hamparan karpet merah untuk bersama dengan Kaukus Royalti Minyak sebagai Pengerusinya.dan kini Ku Li sudah membayangkan akan memperjelaskan pendirian beliau samada untuk turut serta atau tidak..


Hati ini kuat mengatakan bahawa Ku Li akan bersama PR berjuang untuk rakyat bagi mempertahankan hak untuk mendapatkan royalti minyak dan bukanya sedekah ehsan dari Kerajaan Pusat yang dimonopolikan oleh UMNO/BN...


Lihat sahaja kenyataan beliau membidas dan mengkritik keras pendirian Kerajaan Pusat didalam isu royalti minyak Kelantan hari ini..;-


"tindakan campur tangan kerajaan persekutuan dengan menafikan hak rakyat Kelantan untuk mendapatkan royalti minyak akan membawa implikasi melampaui negeri Kelantan."


"kerajaan persekutuan tidak sepatutnya campur tangan dengan pemberian royalti 5 peratus kepada negeri yang mengeluarkan minyak."


“Respons itu bertentangan dengan surat dan perjanjian yang ditandatangani di antara kerajaan negeri dan Petronas di bawah Akta Pembangunan Petroleum."


“Perjanjian ini dibuat dalam bahasa yang mudah, yang cukup untuk pelajar sekolah memahami, dalam kedua-dua bahasa Malaysia dan Inggeris,”


“Usahkan untuk bercakap mengenai FDI (Pelaburan langsung asing) dan meningkatkan pelaburan tempatan untuk menjana ekonomi kita ke tahap tinggi, apabila kita tidak menghormati tanggungjawab asas kita,”
---------------------------------------------------------------------------------
Melihat dari tindakan Ku Li pada hari ini seakan membayangkan bahawa gandingan dua pemimpin anak negeri Kelantan iaitu beliau dan Tuan Guru Nik Aziz bakal menjahanamkan maruah Kerajaan Najib dan Sifunya Mahathir yang terang-terangan mengabaikan kepentingan rakyat dari mendapat keadilan dan hak mutlak mereka..


Kini Ku Li sudah membayangkan juga bahawa beliau sudah mendapat sinar baru dalam karier politiknya..(kita nantikan detik gembira ini..saya yakin benar.!!)


Kegembiraan didalam hati ini tidak dapat lagi dibendung..ingin diluahkan juga bahawa Ku Li bakal menjadi pemimpin pertama dari UMNO/BN memulakan langkah merealisasikan idea 16 September cetusan Ketua Pembangkang yang pernah suatu ketika dulu menjadi bayangan momok buat Najib dan kuncu-kuncunya..


Semoga niat dan harapan murni pemimpin Pakatan Rakyat dan juga Ku Li didalam pejuangan Kaukus ini mendapat pertolongan dari Allah dan seterusnya membuka lembaran baru buat Malaysia agar dapat menghirup kembali "oksigen" keadilan sebenar serta "kemerdekaan dari merdeka palsu" selama 50 tahun yang lalu..


utaraonline


Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Suami isteri maut,polis cedera parah

GERIK- Hanya selang sehari kemalangan membabitkan tiga maut termasuk seorang pegawai polis pada Sabtu lepas di sini, dua lagi maut membabitkan sepasang suami isteri manakala seorang anggota polis cedera parah dalam nahas yang berlaku di Km 48 Jalan Gerik-Jeli semalam.

Ketua Polis Daerah Gerik, Supt Mahad Nor Abdullah berkata mangsa yang terbunuh dalam kejadian pada pukul 3.50 petang semalam, pemandu kereta Zainal Amran Mohd Ali, 66, dan isterinya Sahimah Mohd Ali, 62.

Pasangan suami isteri yang berasal dari Taman Meru, Jelapang, Ipoh mengalami kecederaan parah di kepala meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Gerik, katanya kepada pemberita hari ini.

Mahad Nor berkata anggota polis yang cedera parah dikenali sebagai Lans Koperal Azrul Shuib, 30, berasal dari Kuala Berang, Terenggau.

Azrul yang bertugas di cawangan khas Ibu Pejabat Polis Kedah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk mendapatkan rawatan lanjut, katanya.

Siasatan awal polis mendapati kereta jenis Toyota yang dipandu Azrul dalam perjalanan dari Jeli ke Gerik dikatakan terbabas ketika melalui jalan selekoh dan menuruni bukit lalu memasuki laluan kanan jalan dan bertembung dengan kereta yang dipandu Zainal dari arah bertentangan.

Akibat kejadian itu, kereta yang dipandu Zainal terbakar dan mangsa bersama isterinya dikeluarkan dari kenderaan itu oleh orang awam.

Pemandu sebuah lagi kereta yang terbabit merempuh belakang kereta Shuib hanya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Gerik.

-- BERNAMA


Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Nasib baik Selangor Dah Haramkan



Kabinet Setuju Sukatan BTN Dirombak

Kabinet hari ini bersetuju untuk merombak semula sukatan program kontroversi Biro Tata Negara (BTN) setelah ia dilihat menyebarkan sentimen perkauman dan menyuntik kepentingan politik Barisan Nasional.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berakta keputusan jemaah menteri itu dibuat bagi menjadikan kursus berkenaan lebih merangkumi pelbagai kaum dan tidak menjadi sumber perpecahan.

"Jadi saya bersetuju ia sewajarnya dirombak agar kurikulumnya selari dengan konsep 1Malaysia kerana kita telah membelanjakan terlalu banyak wang (untuk menjayakannya)," katanya di lobi Parlimen.

beliau berkata, arahan rombakan berkenaan dipercayai telah disampaikan kepada Ketua Setiusaha Negara.

KErajaan Negeri Selangor minggu Rabu lalu menghentikan penyertaan pegawai agensi kerajaan negeri dan penuntut di institusi pendidikan milik kerajaan negeri dari menyertai kursus biro itu berkuatkuasa serta merta.

Langkah berkenaan dibuat bagi melindungi mereka daripada tarbiyah ekstrem BTN yang mengajak kepada perpecahan dan ketegangan kaum.

Langkah berkenaan turut diambil Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang melihat BTN tidak lebih daripada saluran proses diktriisasi BN bagi melahirkan fenomena perkauman yang melampau.

tvs


Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Pemuda BN demo, bakar foto Guan Eng

Nov 30, 09 12:53pm

Sekumpulan kira-kira 100 penyokong Pemuda BN berkumpul di depan bangunan DUN Pulau Pinang dan membakar foto Ketua Menteri Lim Guan Eng bagi membantah kerajaan pimpinannya.

Ia dianjurkan sebagai membantah kerajaan negeri yang didakwa "tidak cekap dan teragak-agak membuat keputusan" bagi menyelesaikan masalah rakyat dan juga gagal menunaikan janji pilihan raya umum 2008.

Dikepalai oleh ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Norman Zahalan, tunjuk perasaan itu bermula kira-kira 12.15 tengah hari dan berakhir hampir sejam kemudian ketika sidang DUN Pulau Pinang sedang berlangsung hari ini.

Penunjuk perasaan menaikkan sepanduk anti-kerajaan berhubung dakwaan tidak cekap mengendalikan beberapa masalah seperti Kampung Buah Pala, Rumah Hijau Mak Mandin dan juga projek kontroversi menebus guna tanah.

malaysiakini


Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Kenyataan Media Zuraidah MP Ampang



Penduduk Bukit Antarabangsa menyambut baik usaha Kerajaan Negeri Selangor untuk mengubah semula status Laporan Siasatan Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa. Sekali lagi, Menteri Besar Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim membuktikan komitmen Kerajaan Negeri Selangor dalam melindungi keselamatan dan kepentingan rakyat negeri Selangor.


Walau bagaimanapun, saya sungguh kecewa apabila penduduk Bukit Antarabangsa mengadu bahawa laporan yang sepatutnya dijual oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) masih belum boleh diperolehi. Ini berikutan keputusan Kementerian Kerja Raya untuk tidak mengeluarkan laporan tersebut dengan alasan Jemaah Kabinet tidak bersetuju untuk mengubah status laporan; dalam kata lain laporan ini masih menjadi rahsia Kerajaan.

Sebagai Ahli Parlimen Ampang, saya merayu agar Kerajaan Persekutuan membenarkan penyiaran laporan tersebut untuk mengelakkan kemungkinan berlakunya tragedi lebih besar pada masa akan datang akibat kegagalan mendedahkan sebab musabab tragedi tersebut. Hasil laporan ini sangat penting untuk diketahui oleh orang ramai bagi melanjutkan perbincangan dalam usaha mempercepatkan proses mengeluarkan peraturan bagi pembangunan di kawasan cerun Bukit Antarabangsa dan kawasan tanah tinggi lainnya di negeri Selangor. Kerajaan Persekutuan tidak perlu takut dan patut bersikap terbuka, telus dan bertanggungjawab dan mencontohi Kerajaan Negeri Selangor dalam isu ini.

Pendedahan kandungan laporan ini penting bagi menjaga keselamatan penduduk Bukit Antarabangsa dan membantu mereka dalam perancangan masa depan mereka. Apatah lagi, Bukit Antarabangsa telah diklasifikasikan sebagai kawasan tadahan air di bawah Rancangan Fizikal Negara (2005) yang memerlukan usaha pemuliharaan yang tinggi.

Sesungguhnya slogan ’1Malaysia’ yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri semakin sayup dan malap bagi penduduk Bukit Antarabangsa yang telah menunggu selama satu tahun untuk mengetahui hasil siasatan tragedi tanah runtuh yang meragut lima nyawa.

HAJJAH ZURAIDA KAMARUDDIN
Ahli Parlimen Ampang

siasahdaily


Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Najib musykil doa bala Nik Aziz



Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak akan meminta Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memohon maaf berhubung hasrat menteri besar Kelantan itu berdoa kepada Allah supaya memusnahkan masa depan beliau dan Umno jika kerajaan pusat enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan.

Perdana menteri berkata Nik Abdul Aziz perlu sedar ramai umat Islam melihat kenyataannya (Nik Abdul Aziz) itu sebagai keterlaluan dan tidak melambangkan semangat keislaman.

"Saya tidak faham mengapa perlu berdoa sedemikian sebab memang kita bagi wang ihsan kepada rakyat Kelantan.

"Apa juga nama yang diberi, royalti atau wang ihsan, jumlahnya tetap sama. Dan rakyat Kelantan yang akan terima, bukan kita akan guna untuk tujuan lain," kata perdana menteri kepada wartawan Malaysia ketika ditanya mengenai perkara itu di Port of Spain semalam.

Najib berkata sebelum ini pun kerajaan pusat memperuntukkan lebih RM7 bilion di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan untuk rakyat Kelantan walaupun negeri itu diterajui pihak lain.

"Jadi, macam mana pula mereka nak tuduh kita ni tidak adil dan sebagainya," katanya yang berada di sini untuk menghadiri Sidang Kemuncak Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) 2009 yang berakhir semalam.

Menurut perdana menteri, segala isu boleh dibincang untuk mencari jalan penyelesaian, dan bukannya digunakan untuk mencetus pergaduhan.

"Berbalah sesama sendiri merupakan sesuatu yang tidak diterima dalam Islam, begitu juga bila kita mengutuk orang lain tanpa asas," kata Najib.

Beliau sebelum ini dilaporkan berkata kerajaan pusat akan memberi wang ihsan kepada kerajaan Kelantan mulai tahun hadapan bagi hasil pengeluaran minyak di luar pesisir pantai negeri itu.

Menyentuh krisis dalaman MCA, Najib berharap perkara itu dapat diselesaikan secepat mungkin.

"Saya harap perkara ini dapat diselesaikan. Saya telah pun menyerahkannya kepada timbalan saya Tan Sri Muhyiddin Yassin (untuk menyelesaikan masalah itu)," katanya.

"Jika tidak, saya mungkin perlu bercakap dengan kumpulan (yang berbalah) itu," kata Najib. BERNAMA

malaysiakini


Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

BTN tiada manfaat, hanya dakyah pesong semata-mata

M Khaleel Kas

SIJANGKANG, 28 Nov: Tiada manfaat dan hanya dakyah untuk memesong pemikiran belia-belia semata-mata. Demikian kesimpulan yang dapat dirungkaikan mengenai kursus Biro Tata Negara (BTN).

Pembantu Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan,Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, amat jelas program BTN merupakan alat Umno dalam menyebarkan dakyah kepada belia-belia yang menyertainya.

"Ramai pemimpin dalam kerajaan negeri kini yang pernah menyertai malah mengendalikan BTN dan daripada maklum balasnya kita yakin tiada manfaat
jelas program sebegitu,"jelasnya semasa ditemui Harakahdaily di lokasi majlis korban di Dun Sijangkang sebentar tadi.

Disebabkan itu katanya, kerajaan negeri mengambil keputusan untuk tidak lagi membenarkan 'anak-anak buah'nya menyertai kursus-kursus yang dianjurkan di bawah BTN.


(Gambar: Dr Ahmad Yunus sedang melakukan ibadah korban dengan menyembelih lembu di Masjid al-Firdaus Kg Sg Rambai pagi tadi)

Dalam pada itu, Dr Ahmad juga menjelaskan bahawa, kerajaan negeri sendiri telah memperkenalkan programnya tersendiri dalam memastikan pembinaan modal insan para belia di negeri Selangor melalui program SPIES (Spiritual, Physical, Intellectual,Emotional, Social).

"Kita telah lama wujudkan dan memang terbukti memberikan kesan yang baik berbanding dengan program-program seperti BTN,"katanya.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri Selangor melarang penyertaan kakitangan kerajaan negeri dan pelajar di institusi pengajian tinggi miliknya hadir di program anjuran Biro Tatanegara (BTN).

Menurut Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali,keputusan yang berkuatkuasa serta-merta itu dibuat dalam mesyuarat exco kerajaan negeri susulan desakan sekumpulan ADUN Pakatan Rakyat di Selangor yang mendakwa program kendalian biro bawah Jabatan Perdana Menteri itu membangkitkan sentimen perkauman.

Empat buah pusat pengajian tinggi yang dimiliki kerajaan negeri itu: Universiti Industri Selangor (Unisel), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Kolej Antarabangsa INPENS dan Institut Kemahiran Yayasan Selangor.

Selain menghentikan penyertaan pelajar, seperti didesak, keputusan itu turut meliputi kakitangan kerajaan negeri dan pegawai semua anak syarikat kerajaan itu, tambahnya.

Dalam satu sidang media di Shah Alam baru-baru ini, Dr Halimah menyifatkan program BTN sebagai "indoktrinasi kerajaan (pusat) BN untuk menimbulkan fenomena yang agak racist (perkauman) seolah-olah ingin memecah belah penduduk pelbagai bangsa dan agama."

"Rata-rata (peserta BTN) termasuk anak saya sendiri, mereka kadang-kadang dibekalkan dengan buku kecil yang mengandungi pelbagai perkara yang menimbulkan kebencian kepada (pihak) yang dikatakan pembangkang kepada kerajaan Malaysia,” kata wakil rakyat PAS itu.

"Oleh kerana ia tidak memberi satu perkara yang positif, tambahan pula kepada minda yang begitu muda ini, maka kita rasa ia tidak perlu dan menghabiskan wang rakyat."

Minggu lalu, sekumpulan wakil rakyat muda tiga parti dalam Pakatan menulis surat kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membuat desakan demikian.

ADUN-ADUN yang terlibat: Amirudin Shari (PKR-Batu Caves), Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku), Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR-Seri Setia), Jenice Lee Yin Ha (DAP-Teratai), Hannah Yeoh Tseow Suan (DAP-Subang Jaya) dan Gan Pei Ni (PKR-Rawang).

harakahdaily


Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Nik Aziz Pertahan Isu Doanya, Tidak Salah Daripada Aspek Islam


KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap mempertahankan bahawa tidak salah daripada segi agama Islam jika mendoakan seseorang itu dilaknat Tuhan jika mereka mempunyai niat jahat terhadap seseorang lain.

Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau sanggup berhadapan dengan ulama yang membidas serta mengkritik kenyataannya itu dan mengingatkan beliau bahawa perbuatan sedemikian adalah haram di sisi Islam.

Jumaat lepas, Nik Abdul Aziz berkata beliau akan berdoa kepada Allah supaya memusnahkan masa depan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Umno jika kerajaan pusat enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan, yang disifatkan sebagai sesuatu yang tidak betul.

Menteri Besar Kelantan itu turut menjelaskan kenyataannya itu.

"Doa yang dimaksudkan itu (kepada Perdana Menteri) hanya meminta Allah memperbetulkan fikiran Perdana Menteri,(Datuk Seri Najib Tun Razak) iaitu beri (royalti) gas dan petrol kepada Kelantan, kalu tak beri juga, bermakna beliau berniat tak baik.

"Niat tak baik itulah yang saya minta dilaknatkan Tuhan tu...," katanya.

Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria, dalam laporan media semalam dipetik sebagai berkata umat Islam sepatutnya berdoa dan memohon kepada Allah supaya memberikan hidayah, kesejahteraan serta keselamatan terhadap orang lain, terutama saudara seagama, bahkan kepada orang kafir. BERNAMA

mstaronline


Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Pemimpin Umno-BN Pamer Sikap Kebudakkan Selangor Haram BTN

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali menyifatkan Umno-Barisan Nasional kebudak-budakkan dan terlalu emosional atas pengharaman kerajaan negeri Selangor terhadap Biro Tata Negara (BTN).

Halimah turut mengalu-alukan Umno Selangor dan pihak berkuasa untuk menyiasat program intelektual Spies sekiranya mengandungi elemen yang tidak bermoral atau penyalahgunaan kuasa dan wang rakyat.

“Sekiranya Umno ingin pihak berkuasa menyiasat apa salahnya, sebab semua program Spies mengikuti prosedur kewangan dan juga melibatkan pelbagai pihak daripada pelbagai latar belakang, pelbagai lapisan masyarakat,” katanya.

Halimah berkata demikian ketika dihubungi TvSelangor diminta mengulas kenyataan Umno Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuang, Abdul Shukor Idrus yang mahu pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan tegas sekiranya berlaku penyalahgunaan wang kerajaan negeri melalui program intelektual Spies.

Kata Halimah lagi, program Spies adalah terbaik dianjurkan kepada mahasiswa dan penjawat awam kerajaan negeri kerana terbukti BTN tidak dapat memupuk semangat jatidiri walaupun sejak bertahun-tahun telah dilakukan.

“Spies ini adalah satu konsep pembangunan untuk menjadikan Selangor ini malhirkan tamadun unggul, jadi adalah keanak-anakkan dan terlalu emosi bagi umno yang tidak boleh menerima Spies, kita meletakkan satu langkah untuk mendidik penjawat awam dan mahasiswa dalam kerajaan negeri Selangor supaya meraka ini memahami dan menghayati elemen Spies ini,” katanya. Out

Menurut Halimah, kenyataan yang dikeluarkan Adun Kuang itu yang mengatakan Spies menyalahgunakan peruntukan kerajaan negeri dan mencapai kepentingan peribadi atau politik adalah tidak benar sama sekali.

“Adalah tidak wajar sekiranya mereka mengatakan Spies menyalahgunakan kuasa dan duit rakyat kerana sebenarnya kita mahu membina dan membangunkan rakyat negeri Selangor,” katanya.

Jelasnya lagi, dalam hal ini Umno sepatutnya lebih rasional dan menerima keputusan kerajaan negeri.

"Ia tidak langsung melibatkan politik, bukan seperit btn, apabila isu BTN di kemukakan kerajaan negeri Selangor, kepimpinan umno melatah, mengapa mereka terlalu emosional bila di bangkitkan tentang BTN, kita hanya berbicara tentang pengisian BTN, kalau tidak ada apa dalam BTN tu, mereka tidak harus melatah dan emosional," kata Halimah. -ATIQAH YAACOB

tvs

Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Ahad, November 29, 2009

MB nafi k'jaan negeri tahu dokumen dibocorkan

Kerajaan Selangor menafikan bertanggungjawab membocorkan dokumen mengenai tregedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa dalam internet semalam.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau tidak tahu yang dokumen sulit itu kini tersiar di internet.

"Ia tidak sepatutnya berlaku," katanya.

"Selain itu, dokumen itu tidak lagi ada dengan kita kerana kita telah memulangkannya kepada MAPJ (Majlis Perbandaran Ampang Jaya)," katanya ketika ditemui di majlis makan malam ulangtahun ke-10 Malaysiakini malam tadi.

Mengulas mengenai cop rasmi seorang exco kerajaan Selangor pada dokumen yang bocor itu, Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri akan menyiasat perkara itu.

"Kita tidak pernah mengedarkan dokumen tersebut... dan mengenai cop tersebut, kita akan menyiasat sama ada benar-benar (datang dari kita).

"Bagaimanapun, saya tidak fikir ia datang dari (kerajaan) negeri kerana kita masih menunggu kelulusan kerajaan pusat (untuk mendeklasifikasi) dokumen tersebut," katanya.

Menteri besar juga menyuarakan kekecewaannya berhubung proses mendapatkan kelulusan tersebut, sambil menambah setakat ini kerajaan negeri telah menghantar empat pucuk surat kepada jabatan kerjaraya (JKR) dan kabinet.

"MPAJ baru-baru ini telah menghantar sepucuk lagi surat kepada JKR. Kemudian ia (JKR) kata kami sebaliknya perlu hantar surat itu kepada kabinet.

"Dan MPAJ kemudiannya meminta surat lain dari kita untuk dihantar kepada JKR sekali lagi, dan kami masih menunggu jawapannya," kata Abdul Khalid.

Dokumen dibuang?

Semalam, dokumen yang diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi, telah disiarkan dalam satu lamanweb Rapidshare.

Dokumen setebal 86 muka surat itu, yang merupakan salinan fotostat, mempunyai cop rasmi seorang exco kerajaan Selangor.

Setiap halaman tertera cop ‘rahsia' dan mengandungi peta terperinci kawasan yang terbabit.

Bagaimanapun, semakan Malaysiakini pagi ini mendapati fail tersebut sama ada telah dipadam atau dibuang dari lamanweb tersebut.

Dokumen tersebut menunjukkan sebuah jawatankuasa khas, cawangan kejuruteraan cerun JKR ditubuhkan untuk menjalankan siasatan tanah runtuh di situ.

Sejumlah 21 saksi telah dipanggil memberi keterangan dengan jurutera-jurutera cerun tersebut untuk mendapatkan maklumat mengenai sejarah kawasan tersebut serta apa yang berlaku yang mengakibatkan berlaku tanah runtuh di situ.

Intipati laporan tersebut ialah mengenai punca kejadian tanah runtuh itu ialah kebocoran air dari paip di sepanjang rumah yang tidak dihuni, mengakibatkan berlaku tekanan air yang tinggi dalam curun dan meningkatkan kelembapan tanah, dan sekaligus menjadikan cerun itu menjadi tidak stabil.

Pada 18 November lalu, Abdul Khalid mengumumkan yang beliau akan menggunakan kuasanya di bawah Seksyen 2(c) OSA untuk mengumumkan laporan tersebut kepada umum.

Khalid juga membaca ringkasan dan hasil utama siasatan yang mengakibatkan tragedi tanah runtuh berlaku di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa pada jam 3.30 pagi 6 Disember 2008 yang mengorbankan lima nyawa dan memusnahkan 14 buah rumah.

Laporan penuhnya bagaimanapun tidak jadi diumumkan selepas kerajaan pusat mendakwa menteri besar Selangor telah melanggar OSA, yang membawa hukuman setahun penjara mandotari.

malaysiakini


Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Wujud konspirasi jatuhkan Nik Aziz



KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau sedar konspirasi pihak tertentu, yang didalangi 'Kolonel Mat' untuk menjatuhkan beliau sudah lama dan berterusan.

“Usaha ini bukan baru, usaha ini selama-lama. Kita parti ni seperti orang berniaga, kalau kita pergi ke kedai A dia nak jatuh kedai B, pergi kedai B dia nak jatuh kedai A.

“Begitu juga parti politik, saya bawa parti Islam. Kita ada Ibrahim Libya, kena bunuh. Kita ada 13 Mei Tok Guru di Kelantan ini kena 'bubuh' dalam ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri),” katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediaman beliau di Pulau Melaka, semalam.

Ditanya siapa dalang di sebalik konspirasi tersebut, beliau berkata: “Ini cerita lama. Saya sebut nama (Kolonel Mat) semalam fasal ini barang sah dan sahih."

Mursyidul Am Pas itu menyifatkan dalang itu sebagai salah seorang yang khianat kepada Kelantan.

Beliau diminta mengulas mengenai laporan sebuah akhbar mengenai dakwaannya mengenai konspirasi untuk menjatuhkannya itu ketika berucap pada Majlis Penghayatan Hari Wukuf di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) di sini, kelmarin.

Sebelum ini, timbul pelbagai polemik dalam Pas Kelantan, bermula dengan isu Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), diikuti dengan dakwaan Timbalan Pesuruhjaya II Pas negeri, Datuk Husam Musa bahawa wujud konspirasi untuk menjatuhkannya dengan melaga-lagakan beliau dengan Nik Abdul Aziz.

Beberapa hari kemudian, Timbalan Pesuruhjaya III Pas negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah meminta Nik Abdul Aziz menamakan bakal penggantinya supaya tidak timbul kekalutan dalam Kerajaan Negeri.

Anak Nik Abdul Aziz, Nik Abduh, yang juga Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Pusat, kemudian meminta supaya tidak ada pihak yang menyekat bapanya daripada meletak jawatan.

Kenyataan Nik Abduh itu dilihat sebagai menyerang balas pihak tertentu yang dikatakan sengaja menggunakan media arus perdana untuk mendapat pengiktirafan dari Nik Abdul Aziz bagi meraih sokongan dari ahli Pas.

sinarharian



Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Wanita mualaf dirogol

KUALA LUMPUR- Polis menyelamatkan seorang wanita mualaf yang menjadi mangsa rogol seorang lelaki dipercayai presiden sebuah persatuan kebajikan di kondo lelaki itu di Pandan Indah, dekat sini semalam.

Mangsa berumur 28 tahun itu yang berkahwin dengan lelaki tempatan dan kini dalam proses perceraian, telah dikurung, dipukul serta dirogol dua kali oleh suspek dalam kondominium milik suspek sejak 20 Nov lepas dan diselamatkan polis kira-kira pukul 10 pagi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Abdul Jalil Hassan berkata mangsa sebelum itu cuba mendapatkan perlindungan daripada persatuan berkenaan berikutan tidak mempunyai pekerjaan dan tempat tinggal bagi menyara hidupnya bersama seorang anak perempuan yang berumur lapan tahun.

Katanya suspek yang berumur 38 tahun yang juga seorang mualaf telah mengajak mangsa menumpang berteduh di kondomiumnya buat sementara dan meyakinkan mangsa bahawa ibunya (suspek) turut tinggal bersamanya.

"Mangsa yang yakin dengan suspek bersetuju tanpa rasa curiga sehingga dia dirogol, dikurung dan dipukul di rumah itu.

"Tidak tahan dengan kelakuan suspek, mangsa cuba mendapatkan pertolongan daripada jiran ketika suspek keluar menunaikan solat sunat Aidiladha semalam," katanya kepada pemberita ketika ditemui di majlis ibadah korban 14 ekor lembu sumbangan penduduk Bukit Antarabangsa bersama polis di sini hari ini.

Susulan daripada itu, sepasukan anggota polis Ampang memecah masuk ke rumah suspek dan menyelamatkan mangsa bersama anak perempuannya sebelum menahan suspek.

"Suspek ditahan di hentian Puduraya pada kira-kira pukul 2 petang semalam, ketika cuba melarikan diri selepas menyedari wanita itu diselamatkan polis," katanya.

Abdul Jalil berkata suspek yang mempunyai tiga rekod jenayah lampau ditahan kerana kesalahan merogol, mencederakan orang menggunakan senjata, dan mengurung secara salah kini direman selama empat hari bermula hari ini.

Mangsa kini ditempatkan di sebuah rumah kebajikan di Ampang selepas menerima rawatan di Hospital Ampang.
-- BERNAMA


Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Skuad Kenari musim 2007-2008 dapat tanah



ALOR SETAR - Pemain bola sepak pasukan Kedah musim 2007-2008, termasuk semua pegawai dan jurulatih pasukan itu, menerima hadiah sebidang tanah daripada Kerajaan Negeri, di atas kejayaan mereka meraih tiga kejuaraan dalam liga Malaysia pada musim berkenaan.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abd Razak berkata keluasan tanah yang diberikan kepada setiap pemain dan pegawai ialah antara 6,000 hingga 8,000 kaki persegi.

“Pemain dan jurulatih yang tidak lagi bersama pasukan pada masa sekarang juga akan menerima ganjaran berkenaan kerana itu janji yang dibuat dahulu dan kita akan tunaikan dalam masa terdekat,” katanya.

Azizan menjelaskan kawasan tanah yang akan diterima oleh skuad berkenaan terletak di sekitar daerah Kuala Muda dan Pokok Sena.

Pada musim 2007-2008 skuad hijau kuning menjuarai Piala FA, Liga Super dan Piala Malaysia yang ketika itu dibimbing jurulatih Azraai Khor Abdullah.

sinarharian


Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Perhatian untuk nama bermula dengan huruf M

Tuah RM100,000 menanti nama mula huruf ‘M’


SHAH ALAM – Rakyat Malaysia yang mempunyai nama bermula dengan huruf ‘M’ berpeluang memenangi hadiah menarik bernilai sehingga RM100,00 melalui Speed Race Tournament anjuran M-150, 10 Disember ini.

Pengarah Eksekutif Pan Malaysia Corporation, Chan Choung Yau berkata, kejohanan berkenaan merupakan kesinambungan daripada personaliti jenama yang dibawa oleh M-150 yang mengutamakan peribadi yang muda dan berseri.

“Untuk menjadikan kejohanan ini lebih menarik, acara ini akan dibuka kepada peserta yang mempunyai nama bermula dengan huruf M di dalam kad pengenalan mereka.

“Kejohanan yang dianjurkan ini bertujuan mempromosikan minuman Energy Booster dengan menawarkan hadiah menarik bernilai RM100,000,” katanya.

Katanya, selain memenangi pakej percutian, peserta yang bertuah juga layak mendapat wang tunai bernilai RM1,500 atau sagu hati berupa produk makanan daripada Network Foods (Malaysia) yang merupakan pengedar M-150.

“Pemenang bertuah akan mendapat pelbagai tawaran menarik antaranya pakej percutian bernilai RM6,000 atau tiket menyaksikan Formula Drift di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang pada 19 dan 20 Disember ini.

“Selain itu pemenang juga akan mendapat wang tunai bernilai RM1,500 serta cenderahati produk makanan daripada Network Food (Malaysia),” katanya.

Katanya, kejohanan ini hanya dibuka kepada 150 peserta terawal yang mendaftar di pintu masuk utama One Utama pada 9 Disember ini.

“Kejohanan ini terbuka kepada 150 peserta terawal yang datang mendaftar di kaunter pendaftaran kami di One Utama dan turut berpeluang untuk membuat putaran ‘Prize Wheel’ untuk memenangi hadiah menarik.

“Kaunter dibuka jam 10 pagi pada 9 Disember sehingga jam 11 pagi keesokan harinya,” katanya.

Katanya, orang ramai berpeluang mencabar 10 finalis cabaran terakhir kejohanan yang akan diadakan pada 10 Disember dan membawa pulang Mitsubishi Lancer 2.0 GT.

“Dengan membeli enam tin minuman M-150, boleh menyaksikan kejohanan akhir 10 Disember ini dan peluang memenanginya,” katanya.


sinarharian


Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Kerana kroni, tiga projek di Port Dickson terbengkalai

Oleh: Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 28 Nov: Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Badrul Hisham Shaharin mendesak kerajaan persekutuan menghentikan amalan kronisme dalam menaik taraf kawasan pelancongan Port Dickson.

Baginya, amalan kronisme dengan memberi tender secara tertutup kepada pihak tertentu merugikan rakyat dan negara.

Badrul mengulas kegagalan tiga projek iaitu membina dualebuh raya yang baru - Lebuh raya Seremban Port Dickson, Lebuh Raya Persekutuan 5 di Pasir Panjang dan projek penaiktarafan jalan raya utama dari Linggi ke Pasir Panjang.

Ketiga-tiga projek mega itu yang mula dibina pada 14 Februari 2005 dan dijadualkan siap pada 12 Ogos 2007, masih terbengkalai sehingga sekarang.

Badrul yang juga dikenali sebagai blogger CheguBard (http://chegubard.blogspot.com) mendedahkan kontraktor terbabit adalah Hartajaya-Genting Timur-AMR Sdn. Bhd.

Beliau mendedahkan, syarikat kontraktor terbabit turut diberikan peluang menyiapkan projek-projek mega itu sehingga bulan depan, tanpa sebarang denda sebagaimana yang dipersetujui antara kerajaan-kontraktor sebelum ini.

Beliau mendakwa ketirisan RM10 billion hingga RM20 billion setahun dalam belanjawan negara tahun lepas disebabkan beberapa projek terbengkalai seperti yang didedahkannya itu.

"Isu utama (adalah) runding terus...bila tender tertutup, syarikat kontraktor yang dapat projek belum tentu kompiten dan layak," tegas Badrul ketika dihubungi petang tadi.

"Bila runding terus, syarikat kroni yang dapat anugerah (projek) itu akan runding, reka jalan (dan) dia tetapkan (sebut) harga dan terus bina walaupun dia (syarikat) itu ada rekod gagal."

Beliau yang juga Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendakwa kerajaan sanggup memberi fasiliti dan keistimewaan kepada beberapa syarikat kontraktor yang dilihat kroni beberapa pemimpin tertentu Umno.

Beliau turut mendesak Perdana Menteri Malaysia yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan amalan kronisme di Port Dickson tersebut.

"Najib 1Malaysia kena jelaskan tentang kerja buat kroni-kroni ini kerana projek di Port Dickson bukan di bawah kuasa kerajaan negeri, (sebaliknya) di bawah Persekutuan (khususnya) Kementerian Kewangan," tegasnya.

"Sepatutnya beberapa projek itu siap Disember ini, itu pun tarikh yang ditunda (oleh) kementerian (pimpinan) Najib tanpa ada sebarang denda...apa yang dilihat sekarang, baru 60 peratus siap."


harakahdaily


Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Rakyat Kedah rasai sendiri perubahan PAS berbanding BN

OLEH WAN NORDIN WAN YAACOB



Rakyat Kedah kini dapat merasai sendiri perubahan-perubahan yang dilakukan oleh kerajaan pimpinan Menteri Besar, Dato' Seri Azizan Abdul Razak setelah 20 tahun memerintah dan memakmurkan kerajaan negeri.

Menurut Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Mohd Helmi Khalid, paling ketara perubahan yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat ialah memberi keutamaan kepada rakyat miskin untuk mendapatkan pembelaan dengan menubuhkan Takaful Kifaalah.

Ujar Helmi, skim berkenaan dinikmati rakyat miskin tanpa mengira kaum atau fahaman agama serta politik, terutamanya bagi kematian dengan mendapat RM500 jika berlaku.

Selain itu, kerajaan negeri telah mengumumkan 50 peratus potongan cukai tanah yang mana menyebabkan kerajaan mengalami kekurangan pendapatan sekitar RM50 juta.

"Ia adalaha semata-mata untuk kepentingan rakyat kerana rakyat tidak akan terbeban lagi dengan cukai yang tinggi sebelum ini.Namun walaupun kita mengalami kekurangan pendapatan dalam cukai tersebut, pendapata dalam cukai disektor lain meningkat selain pendapatan dari tender balak yang meningkat.

"Jika di zaman kerajaan BN dahulu, pendapatan bagi satu hektar balak hanya dapat sekitar RM1000 kepada kerajaan negeri, tetapi sebaik PAS memerintah, kita dapat bagi keluasan yang sama sekitar RM16,000, ini kerana tiadanya ketirisan," katanya lagi.

Dalam sektor perumahan pula, kerajaan negeri telah membuat satu garis panduan pembangunan hartanan dengan melarang kawasan-kawasan pertanian untuk dijadikan projek perumahan, katanya.

Selain itu, kerajaan negeri juga memberi garis panduan kepada pemaju perumahan agar memperbanyakkan projek perumahan kos rendah dan sederhana agar golongan miskin dan sederhana dapat memiliki rumah, katanya.

Melalui syarikat milik kerajaan negeri, Bina Darulaman Berhad (BDB), telah menjalankan projek pembinaan rumah mampu milik sejumlah 420 unit rumah kos rendah di Kubang Pasu dan 440 di Baling, katanya.

"Semua ini dijalankan untuk golongan berpendapatan rendah.Dan dalam projek Hidrocarbon Hub (Sulihh) pula, kerajaan negeri tidak mengambil tanah sawah untuk dijadikan tapak projek, ini yang rakyat semua tahu, berbeza dengan kerajaan BN sebelum ini," katanya.

Dalam sektor pendidikan pula, ujar Helmi kerajaan negeri telah berjaya mengembangkang pembangunan pengurusan dan pentadbiran Kolej Universiti Insaniah.

Antaranya, jika 13 tahun lalu hanya lapan jurusan sahaja yang ditawarkan di Insaniah, sebaliknya selepas beberapa bulan memerintah Kedah, kini Insaniah telah memiliki 40 jurusan termasuk bidang teknikal, perubatan dan pengurusan, katanya.

Kerajaan negeri juga berjaya mencari satu tapak baharu di Kuala Ketil dengan keluasan 830 hektar bagi pembinaan kampus baru (kampus induk) bagi menggantikan kampus sediaada setelah perkembangan kemasukan pelajar ke Insaniah meningkat akhir-akhir ini, ujarnya.

Kerajaan negeri juga telah menyediakan sebuah kilang pemprosesan dan pengetinan makanan bagi memudahkan hasil-hasil para petani dan nelayan ditinkan dan dipasarkan ke peringkat yang lebih jauh termasuk ke luar negara, katanya.

Di peringkat pemasaran pula, Kedah Agro akan mengambil tanggungjawab memasarkan hasil-hasil yang telah ditinkan itu untuk dipasarkan ke luar negara yang mana permintaan pasarannya telahpun ada, katanya.

"Jika zaman kerajaan BN dahulu, mereka hanya berikan bantuan untuk tanam seperti baja dan kursus, tetapi pemasaran tak dibuat, akibatnya lambakan hasil pertanian berlaku, " katanya.

Selain itu, rakyat di negeri ini juga menikmati penjimatan yang diamalkan oleh kerajaan negeri yang mana Menteri Besar sendiri tidak menggunakan kemudahan penerbangan dalam urusan rasmi, kecuali dua kali sahaja dalam kes kecemasan.

Selain itu, Menteri Besar juga tidak mengambil elaun selaku Pengerusi beberapa GLC dan tidak bercuti di luar negara bagi menjimatkan belanja pengurusan dan pentadbiran kerajaan negeri, kata Helmi.

"Tahun ini juga kita cipta sejarah kepada pendapatan kerajaan negeri apabila beberapa buah GLC telah memberikan sumbangan RM30 juta kepada kerajaan negeri, ini tak pernah berlaku sebelum ini," katanya.

Atas asas itu, Hemli menyatakan keyakinan bahawa rakyat di Kedah kini mula dapat melihat dan merasai akan perubahan sebenar yang dibawa PAS dan Pakatan Rakyat dalam memerintah kerajaan negeri berbanding BN sebelum ini.


detikdaily


Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Sabtu, November 28, 2009

Bukan Islam amat percaya Nik Aziz



Tarmizi Mohd Jam

KUALA LUMPUR, 28 Nov: Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw berkata, tiada siapa dapat menyangkal Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat seorang pemimpin yang memerintah dengan bersih, beriman dan budiman.

Katanya, pandangan tersebut turut dikongsi oleh orang bukan Islam bukan saja di Kelantan tetapi di seluruh negara.

"Bagi bukan Islam pun menganggap beliau seorang yang bersih dan mempunyai keutuhan integriti dan kerana itu beliau layak menjadi pemimpin. Hakikatnya Kelayakannya itu tidak ada yang dipertikaikannya.

"Orang bukan Islam tidak keberatan untuk menerima Tok Guru (Nik Aziz) kerana beliau sudah membuktikan dirinya seorang yang berintegri berakhlak tinggi dan bermoral," kata Tan Seng Giaw kepada Harakah.

Beliau berkata, mereka percayakan Tok Guru Nik Aziz kepada nilai-nilai yang termaktub dalam al-Quran iaitu seorang yang adil, jujur tanpa mengira kaum, warna kulit dan kawasan.

Malah katanya mereka percaya sepanjang 20 tahun Mursyidul Am PAS itu memerintah Kelantan beliau berjaya menolong semua kaum.

Ujar Tan Seng Giaw lagi, berdasarkan asas tersebut Tok Guru Nik Aziz diterima sekali pun tanpa modal dan hasil dari Kerajaan Pusat.

Katanya, dalam keadaan yang sedemikian Menteri Besar itu boleh kekal memerintah lebih dua dekad dengan berkesan walaupun tanpa peruntukkan dari Kerajaan Pusat.

Tan Seng Giaw yang juga anak jati Kelantan berkata, Tok Guru Nik Aziz tidak menerima rasuah dan tidak mementingkan diri sendiri tetapi mengutamakan rakyat dan negeri Kelantan.

"Itulah yang istimewanya, beliau berpolitik untuk berkhidmat bukan untuk personal dan sebagai seorang ahli politik beliau memberi sumbangan dan berkhidmat untuk rakyat bukan menjadi ahli politik untuk mengaut keuntungan," katanya yang juga Ahli Parlimen Kepong.

harakahdaily


Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Muhyiddin amal politik primitif: Mahfuz


SHAH ALAM – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dituduh mengamalkan politik ‘zaman batu’ apabila menyarankan Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaliegh Hamzah berfikir dahulu sebelum bersetuju dilantik Pengerusi Kaukus Petroleum bagi menuntut royalti minyak Kelantan.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, permintaan Muhyiddin itu menggambarkan sikapnya yang terikat dengan stigma kepartian berbanding sikap memperjuangkan kepentingan rakyat.

“Sikap Muhyiddin tidak memperlihatkan mahu memperjuang kepentingan rakyat sebaliknya masih terikat dengan stigma sempit kepartian. Dia amalkan politik zaman batu, di mana tidak boleh menerima pandangan orang lain untuk kepentingan rakyat dan negara,” katanya yang dipetik dalam laman blognya semalam.

Kelmarin, Muhyidin membuat gesaan kepada Ahli Parlimen Gua Musang, itu supaya berfikir dan menjaga kepentingan parti sebelum menyertai kaukus tajaan PR itu.Gesaan itu dibuat setelah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan Tengku Razaliegh bersedia untuk mempengerusikan kaukus di Parlimen.:

Mahfuz juga menasihati Muhyiddin agar meninggalkan amalan politik primitif kerana cuba mengkhianati prinsip persekutuan-negeri, seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

”Muhyiddin cuba mengkhianati prinsip persekutuan-negeri, seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan... dia patut tinggallah politik primitif itu sebab negara sekarang sedang menuju politik baru yang berasaskan maklumat, keadilan perlembagaan dan mengutamakan kepentingan rakyat,” katanya.

Sebelum ini, Tengku Razaliegh antara nama yang disebut PR selain bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas yang layak bagi mengetuai kaukus di Parlimen.

Kedudukannya sebagai bekas Menteri Kewangan era 1970-an dan pernah mengikuti siri perjanjian persefahaman (MoU) Akta Pembangunan Petronas menyebabkan beliau layak memimpin badan bebas terbabit di bawah kuasa Parlimen.


sinarharian


Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Adakah Noordin Mohd Top masih hidup?



Noodin Mohd Top Masih dalam Senarai Merah Interpol?

NEW DELHI: Adakah Noordin Mohd Top masih hidup?Lelaki ini, yang disyaki sebagai militan digeruni di Asia Tenggara, sebelum ini telah dilaporkan ditembak mati oleh polis Indonesia pada September lepas.

Namun mengikut status terkini laman web Interpol, nama lelaki ini disenaraikan dalam "Senarai Orang Paling Dikehendaki" dan status itu pastinya menghantui fikiran.

Nama Noordin, yang dikatakan pakar membuat bom, dan gambarnya terus muncul di ruangan "Red Corner" laman web Interpol bersama-sama 556 penjenayah antarabangsa yang masih dikehendaki oleh polis antarabangsa.

Bukan itu sahaja. Terdapat juga satu Notis Khas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)Interpol terhadap Noordin, yang lebih dikenali sebagai Mat Top.

Notis itu adalah bagi individu atau entiti yang mempunyai kaitan dengan gerakan keganasan seperti seperti AlQaeda atau Taliban.

Notis itu mengenakan sekatan seperti larangan melakukan perjalanan dan pembekuan aset-aset.Noordin, yang berasal dari Johor, dikaitkan dengan Jemaah Islamiyah (JI) yang dikatakan mempunyai hubungan dengan AlQaeda, dan didakwa menjadi perancang beberapa siri pengeboman di Jakarta, Indonesia iaitu letupan di di Hotel JW Marriot pada 2003, Kedutaan Australia setahun kemudian, letupan bom kedua di Bali pada 2005 dan letupan bom di Hotel JW Marriot dan Ritz Carlton pada Julai lepas.-BERNAMA


Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Pengganti Tuan Guru: Hentikan berbalas kenyataan dalam media

Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 28 Nov: Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak sepatutnya ditekan untuk menamakan penggantinya dan semua kenyataan pemimpin PAS mengenai perkara itu mesti dihentikan, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

"Jangan paksa Tuan Guru mencadangkan penggantinya. Beliau tentu mempunyai perkiraan, perhitungan dan kebijaksanaan sendiri untuk memilih masa yang sesuai untuk mencadangkan siapa penggantinya," kata beliau.

Mahfuz menyifatkan tindakan berbalas-balas kenyataan mengenai perkara itu secara terbuka di dalam media memberi tekanan kepada Tuan Guru menamakan penggantinya sebagai Menteri Besar Kelantan.

Walaupun tindakan menyuarakan pandangan mengenai perkara itu adalah hak demokratik masing-masing, kata beliau, tetapi berbalas-balas kenyataan sesama sendiri mengenai perkara itu secara terbuka di dalam media boleh mengakibatkan implikasi yang lain.

"Lebih dari itu, semua pihak jangan membelakangi tertib organisasi di dalam PAS.

"Dari segi peraturan berorganisasi di dalam PAS, Tuan Guru atas sifatnya sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan boleh mencadangkan nama penggantinya kepada dan di dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat untuk dipertimbangkan.

"Begitu juga, ahli-ahli mesyuarat yang lain di dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat juga boleh mengemukakan cadangan untuk dipertimbangkan.

"Tetapi, dari segi kaedah berjemaah di dalam PAS, keputusan mengenai perkara itu hanya boleh dibuat di dalam dan dengan persetujuan mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sebagai badan eksekutif yang dipilih oleh muktamar," katanya.

Bagaimanapun, kata Mahfuz, pandangan dan hasrat Tuan Guru sebagai pemegang jawatan itu kini dan lebih dari itu sebagai Mursyidul Am biasanya diberi keutamaan untuk dipertimbangkan oleh mesyuarat tersebut.

Mahfuz juga menjelaskan, setiap kali PAS mendapat kerusi majoriti di mana-mana negeri selepas pilihan raya, nama orang yang mendapat kepercayaan parti untuk menjadi Menteri Besar di kemukakan oleh Presiden PAS kepada Sultan negeri yang berkenaan.

"Presiden PAS pula mengemukakan nama tersebut kepada Sultan yang berkenaan setelah dipersetujui oleh mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat,"kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz meminta semua pihak agar memberikan kepercayaan kepada Tuan Guru untuk memilih masa yang sesuai bagi mencadangkan penggantinya sebagai Menteri Besar Kelantan dan juga kepada mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat untuk mempertimbangkan cadangan beliau dan membuat keputusan mengenainya.

"Saya yakin semuanya akan berjalan dengan lancar mengikut tertib berjemaah dan berorganisasi di dalam PAS," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

harakahdaily


Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Aidiladha Tanda Pengorbanan Kepada Agama, Diri Dan Kehidupan



Kedatangan Aidiladha disambut dengan meriah bagi mengingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail.

Rata-rata orang ramai menyambut hari raya korban ini dengan niat suci dan menjadikan peristiwa lepas sebagai motivasi dalam kehidupan seharian.

Orang ramai yang ditemui TvSelangor meluahkan kesyukuran dengan sambutan aidiladha dan menyifatkan ia sebagai pengorbanan yang terulung.

Bagi Sukarman Shuhaimi, 72, berkata Aidiladha merupakan hari yang besar maknanya kepada umat Islam dan mereka yang berkemampuan menyembelih haiwan ternakan digalak melakukannya.

“Korban ini adalah satu kewajipanlah untuk muslim dan muslimat yang mampu.Itu macam pakcik berkorbanlah,jadi segala-galanya berkorbanlah,ibadah …sapa yang buat dialah dapat pahala. Tapi syaratnya hendaklah adil,tidak adil terbeban pada yang melakukan benda itu,itu sahaja”,katanya.

Bagi Shukor Othman pula, maksud korban membawa pengertian yang luas pada dirinya kerana penghayatan terhadap Aidiladha adalah kesanggupan berkorban untuk agama, bangsa, negara dan keluarga.

“Kalau bab-bab yang kita korban ni kira banyak ya…,kita korbankan duit, tenaga kewangan yakni kita korbankan untuk raya haji disamping itu kita dapat mengeratkan ukhwah antara umat Islam”,katanya.

Manakala Akashah Hashim pula berkata ibadah korban adalah menguji ketakwaan hamba kepada Allah.

“Memang satu kemestian yang sebetulnyakan,yang ni untuk siapa yang mampu,salah satu sebahagian orang kata menghayati agama kita terutama sekali untuk mengingati orang-orang yang kurang berkemampuan,itulah bagi saya”,katanya.

Mohd Zawawi Yusof pula berkata pengorbanan (korban) bukan sahaja melibatkan harta dan wang ringgit sebaliknya turut melibatkan masa dan tenaga.

“Tapi macam yang kita buat pengorbanan hari ini,nak belajarlah sedikit sebanyak apa pengorbanan Nabi Ibrahim itu semua,tapi kalau kita tengok pengorbanan dalam erti yang lebih luas,korban masa,korban wang ringgit,itu semua”,katanya.

tvs


Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Borang 2 Tidak Dihapus,Pas Tetap Gesa Undi Pos DiMansuh



Pas masih tetap dengan desakannya meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menghapuskan sistem undi pos walaupun permintaan mereka supaya Borang 2 sistem undi berkenaan tidak tercapai.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Suhaizan Kayat berkata Pas lebih menekankan penghapusan sistem undi pos kerana sistem berkenaan menimbulkan manipulasi pihak ketiga.

Sehubungan itu, beliau mahu sistem pengundian awal diperkenalkan untuk mengelakkan berlakunya sebarang penyelewengan semasa proses pengundian.

"Sebab itu saya sebenarnya tak pandang kepada Borang 2.Pada saya yang penting adalah undi pos ini mesti dimansuhkan itu sahaja, kalau kita terima Borang 2 kita terima konsep undi pos itu secara keseluruhan.”

“Tapi kepada saya undi pos ini perlu dimansuhkan, ditukar kepada proses pengundian advance vote(pengundian awal) maknanya ini pernah dicadangkan oleh SPR,maknanya dia buat advance vote(pengundian awal) maksudnya macam ni pengundi yang betul-betul kritikal pada masa itu sahaja yang dibenarkan mengundi awal”,katanya.

Suhaizan berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri di Parlimen semalam bahawa penggunaan borang 2 dalam sistem undi pos tidak akan dihapuskan.

Sebelum ini, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub bersama 15 wakil Pas Pusat telah mengadakan pertemuan dengan SPR yang diketuai oleh Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof bersama 15 pegawainya.

Dalam pertemuan berkenaan PAs mengemukakan beberapa cadangan kepada SPR iaitu meminta supaya Borang 2 dihapuskan kerana ia merupakan faktor ketakutan kepada pengundi pos.

Suhaizan juga berkata pengundian awal yang dicadangkan hanya melibatkan pengundi yang dikategorikan sebagai kritikal seperti pelajar, anggota tentera dan juga duta-duta Malaysia yang berada di luar negara.

“Jadi kalau katakan ada satu pilihanraya maknanya mereka yang terlibat ini sahaja yang perlu buat report kepada SPR menyatakan dia pengundi disini, sini dan dia memohon untuk membuat pengundian awal,golongan ini sahaja,yang lain tak terlibat dengan masa kritikal ini mengundi seperti biasa",katanya.


tvs


Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Jumaat, November 27, 2009

BNM siasat pemindahan RM10 juta oleh MB NS

Bank Negara (BNM) sedang menyiasat seorang pengurup wang tempatan yang didakwa terbabit dalam pemindahan RM10 juta ke London oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan pada 2008.

BNM mengesahkannya semalam tetapi enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih berjalan.

"Sebagai sebahagian daripada prosedur siasatan, pihak bank akan memaklumkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan hasil siasatanya yang di luar bidangkuasa Bank Negara untuk tindakan mereka selanjutnya.

"Sebaik sahaja siasatan siap, BNM akan merujuk perkara itu kepada pejabat Peguam Negara," katanya dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Sebelum ini, pengarah strategi PKR, Tian Chua mendakwa Mohamad mungkin telah melanggar undang-undang pembankan negara kerana didakwa memindahkan RM10 juta melalui seorang pengurup wang.

Tian Chua juga mendedahkan bahawa Mohamad telah menggunakan perkhidmatan Salamath Ali Money Changer Sdn Bhd untuk memindahkan wang tersebut ke London.

Semalam, BNM berkata Salamath Ali telah melanggar Seksyen 30 Akta Pengurupan Wang 1998 dan lesennya telah dibatalkan pada 26 Oktober.

Mohamad yang juga ADUN Rantau, menjadi sasaran pembangkang sewaktu sidang dewan undangan negeri yang sedang berjalan.

Bagaimanapun, beliau enggan memberi penjelasan berhubung perkara itu.

Wakil rakyat pembangkang juga menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat perkara itu.


malaysiakini


Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Biro Tata Negara Hanyalah Propaganda Busuk BN

Kerajaan Selangor Boikot BTN


Oleh MayLin

SHAH ALAM,:Dalam usaha melindungi penjawat awam Selangor dari tarbiyah ekstrem Biro Tata Negara, kerajaan negeri menghentikan penyertaan pegawai agensi kerajaan negeri dan penuntut di institusi pendidikan milik kerajaan negeri dari menyertai kursus biro itu berkuat kuasa serta-merta.

Ia diumumkan oleh Dr Halimah Ali selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri hari ini.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor itu menggambarkan program-program BTN sebagai "indoktrinasi oleh kerajaan Barisan Nasional."

"Kursus-kursus kendalian BTN menggalakkan sikap perkauman dan anak saya sendiri yang pernah hadir telah diberikan risalah-risalah yang menggalakkan perasaan benci terhadap pembangkang," kata Halimah pada sidang media di sini.

"Program-program ini bukan sesuatu yang positif bagi fikiran anak muda, malah satu pembaziran... wang yang sepatutnya digunakan untuk memupuk perpaduan," kata beliau lagi.

Selangor memiliki beberapa institusi pendidikan tinggi antaranya Universiti Industri Selangor (Unisel), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dan Inpens Selangor.

Minggu lalu, sekumpulan wakil rakyat muda Pakatan Rakyat menggesa kerajaan negeri agar henti daripada menghantar pelajar menghadiri program "propaganda" kendalian BTN yang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad yang melahirkan pengalamannya sendiri memberitahu, peserta dimaklumkan bahawa ahli-ahli PKR merupakan ejen Yahudi, DAP ialah parti Singapura manakala PAS pula kumpulan yang menyimpang.

Dalam pada itu, wakil rakyat Batu Caves Amirudin Shari menambah sebahagian besar program BTN tiada kaitan dengan usaha bina negara atau pendidikan tetapi program berkauman Umno-BN di mana peserta dipupuk dengan propaganda Ketuanan Melayu.

BTN diwujudkan bagi menanam semangat cintakan negara, namun umum kini melihat biro itu tidak lebih dari unit propaganda BN.

utaraonline


Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Bukti media arus perdana diperguna Umno-Barisan




Anwar menang kes saman NSTP


Pemimpin Pakatan Rakyat membidas tindakan media arus perdana yang jelas dilihat digunakan oleh Umno-Barisan Nasional hanya untuk memburuk-burukkan parti pembangkang.

Ini berikutan fitnah yang ditaburkan kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh New Straits Times Press (NSTP).

Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar berkata, kemenangan Anwar dalam kes saman media terbabit jelas membuktikan betapa rendahnya moral dan mutu pemberitaan arus perdana yang dimonopoli oleh kerajaan Barisan Nasional.

Katanya, laporan palsu itu hanya bertujuan untuk memburukkan imej kepimpinan PKR dan komponennya.

“Dilihat bahawa UMNO dan BN yang menjadi tulang belakang kepada media arus perdana ini telah gagal, tidak bersaing secara sihat mengikut prinsip demokrasi yang sepatutnya diamalkan dalam negara. Setelah mereka dapat lihat bahawa pimpinan parti pakatan rakyat ini mula mendapat tempat di hati nurani masyarakat dan rakyat Malaysia. Lalu akhirnya mereka menggunakan media untuk melancarkan pemberitaan yang bersifat fitnah, memburukkkan peribadi-peribadi pimpinan ini untuk menjatuhkan, dimoralize pimpinan parti pakatan rakyat itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada TVSelangor ketika dihubungi pagi tadi.

Menurut Mahfuz lagi, jika dilihat dari sudut positif secara tidak langsung ia membuka peluang masyarakat beralih arah kepada media alternatif bagi mendapatkan maklumat yang sahih.

“Saya kira bahawa ini adalah masa terbaik untuk media baru akan dapat memberi keyakinan yang lebih tinggi kepada masyarakat dan pengguna-pengguna media ini dalam negara kita untuk masa depan,” kata beliau.

Anwar telah menuntut ganti rugi sebanyak RM 100 juta kepada NSTP kerana telah mengeluarkan artikel fitnah yang mengaitkan beliau dengan agen Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berpendapat jumlah saman yang dimenangi oleh Anwar tidak setimpal dengan nilai reputasinya yang telah dimusnahkan sejak tujuh tahun lalu.

“Dan saya fikir sebenarnya 100 ribu itu tidak cukup sebab ini merupakan kemusnahan seorang pemimpin dan atleast dapat 1juta ke macam tu,” ujar beliau.

Beliau menambah, cara ini merupakan taktik sekian lama yang digunakan kerajaan Barisan Nasional untuk menimbulkan rasa kebimbangan rakyat dalam aspek salah guna kuasa pemimpin PKR.

“Dan juga ini ada unsur-unsur mewujudkan kebimbangan atas orang ramai bahawa pemimpin pakatan rakyat tidak boleh dipercayai,” katanya. –Hadri Yaziz

tvs


Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Apakah itu ‘Ibadat Korban - Haji’.



Sumber asal dari kitab Arab, “Fathul Mueen a Fikh”
Pengarang : Shiekh Zainuddin al-Malbari

Terjemahan Lisan : Ustaz Abdul Kareem As Saquofi
Imam Masjid Malabar Hidayatul Islam
Selayang, Selangor D.E, Malaysia

Ibadat korban adalah salah satu ibadat yang terpenting semasa umat Islam merayakan Hari Raya Aidil Adha, disamping itu ia juga merupakan satu bentuk sedekah yang afdhal. Ibadat ini merupakan ‘millat nabi Ibrahim’ dan seterusnya menjadi ‘Sunat Kifayah’ untuk sesebuah keluarga Islam. Ini bermakna sekiranya seorang individu dari sebuah keluarga mengerjakan ibadat ini, maka ahli lain dalam keluarga tersebut terlepas dari sunat ini. Walaubagaimanpun, hanya orang yang mengerjakan ibadat ini akan mendapat pahala sunat tersebut dari ‘Allah’ s.w.t.


Seperti mengerjakan ibadat ‘fardu’ dan ‘sunat’ yang lain, “niat” merupakan syarat yang sah dan dimestikan untuk mengerjakan ibadat korban ini. Niat merupakan yang ikhlas hendaklah dibuat semasa memberi duit untuk melakukan korban atau pun semasa penyembelihan korban tersebut dilakukan.


Sebagai tanda korban kita dihendaki menyembelih haiwan ternakkan yang boleh dimakan (Halal). Korban dilakukan dalam bentuk dangingnya yang boleh dimakan dan nyawa haiwan tersebut yang dikorbankan merupakan pengorbanan kepada ‘Allah’ s.w.t. Upacara korban juga dihendaki dilakukan secara gotong-royong bersama ahli Masjid / Surau, jiran sekampung (masyarakat Islam sekeliling) atau pun bersama sanak-saudara secara beramai.

Bilakah masa yang dibolehkan untuk ibadat korban.

Waktu mula dibolehkan untuk mengerjakan ibadat ini adalah pada hari Hari Raya Korban, iaitu setelah matahari terbit dan naik tinggi segalah, atau cukup waktu untuk sembahyang dua rakaat (sunat raya haji) dan di ikuti dengan dua khutbah setelah terbit matahari pada pagi Hari Raya Korban. Ibadat korban ini boleh dikerjakan sehingga matahari terbenam pada 13 Zulhijjah (akhir hari Tasyrik). Walaubagaimanpun penyembelihan korban adalah ‘makruh’ pada waktu mendekati senja (maghrib) dan malam sehingga terbit matahari keesokan hari. Syarat in tidak melibatkan mereka yang telah bernazar, kerana mereka ini di boleh untuk melakukan penyembelihan korban walaupun sudah lepas waktu tersebut.

Apakah haiwan yang boleh dikorbankan.

Haiwan yang afdhal untuk dikorbankan untuk ibadat ini adalah seperti kambing biasa, kambing biri-biri, lembu, kerbau dan unta. Sekiranya kambing atau kambing biri-biri disembelihyang merupakan haiwan bersaiz kecil, ia hanyalah satu bahagian penuh untuk seorang individu sahaja (1:1), tetapi haiwan yang lebih besar saiznya seperti ‘seekor’ lembu, kerbau atau unta boleh dikongsi sebagai tujuh bahagian untuk tujuh orang individu (1:7). Dari segi jangka usia haiwan untuk membolehkan korban dilakukan, kambing haruslah melebihi satu tahun. Manakala untuk haiwan besar seperti kambing biri-biri, lembu dan kerbau, haiwan tersebut perlu melebihi umur dua tahun. Untuk haiwan seperti unta pula ianya perlu melebihi lima tahun.

Sifat-sifat haiwan yang dimestikan untuk dikorban.

Haiwan yang akan di korbankan itu dimestikan sempurna sebaik-baiknya dari semua segi fizikal haiwan tersebut. Haiwan tersebut tidak boleh cacat (atau tempang) dari segi apa pun, tidak sakit dan sihat kesihatannya, tidak terlalu kurus saiznya , tidak buta atau putih matanya ,tidak bunting (hamil bagi yang betina) atau berkurap kulitnya. Haiwan yang terpotong telinganya atau ekornya tidak boleh diterimauntuk korban. Walaubagaimanapun sekiranya haiwan tersebut yang dilahirkan tanpa ekor ianya boleh diterima tetapi yang lahir tanpa telinga tidak boleh. Manakala Mazhab Hanafi pula memberi sedikit kelonggaran yang membenarkan haiwan yang satu pertiga (1/3) teliganya terpotong masih boleh dikorbankan dimana lain-lain syaratnya sempurna seperti diatas.

Bagaimanakah daging itu boleh digunakan.

Sekiranya seseorang itu telah bernazar, maka kesemua daging yang diperolehi dari disembelih hendaklah disedekahkan sepenuhnya seperti niat nazarnya. Jika tidak bernazar dan hanya niat korban biasa, maka adalah sunat untuk orang yang menjalankan ibadat ini untuk mengunakan sedikit dari daging itu untuk keperluan sendirinya. Amalan korban yang paling afdhalnya ialah sekiranya satu pertiga (1/3) daging korban disedekahkan kepada fakir miskin, satu pertiga (1/3) lagi dihadiahkan kepada jiran serta sahabat handai atau pun kepada ahli kariah Masjid / Surau dan satu pertiga (1/3) lagi yang tinggal untuk kegunaan sendiri serta keluarganya. Daging korban ini tidak boleh dijual atau diberikan sebagai upah kepada tukang sembelih atau yang lain yang mengerjakan ibadat ini.

Orang yang menjalankan ibadat Korban.

Orang yang menjalankan ibadat korban boleh menyembelih sendiri atau boleh mengupah orang untuk menyembelih haiwan tersebut. Dari 1 Zulhijjah sehingga masa korban ianya adalah hukum ‘makruh’ bagi memotong kuku, rambut atau bercukur bagi individu yang menjalankan ibadat ini. Bagi meraka yang mengamalan ‘Sunat’ bercukur, atau memotong rambut sempena Hari Raya atau hari Jumaat ianya tidak melibatkan mereka. Kaum wanita juga boleh menjalankan ibadat korban dengan mengambil kongsi korban tersebut tetapi tidak disunatkan menyembelihnya sendiri. Bagi tugas penyembilahan ianya adalah haram untuk orang bukan Islam untuk melakukannya kerana penyembelihan yang ‘Halal’ dimestikan oleh orang yang Islam dan perlu mengikuti syarat-syarat penyembelihan dengan bacaan yang betul dan alat (perkakas) sembelih yang betul.


Amalan Sunat ketika korban dilakukan.

Apabila mengerjakan penyembelihan untuk korban adalah disunatkan membaca ‘Bismillah’ semasa menyembelih haiwan tersebut. Sunat-sunat lain yang baik diamalkan termasuk memilih haiwan yang gemuk, lengkap dengan tanduknya dan mengerjakan sembahyang Hari Raya Korban dahulu sebelum menyembelih. Penyembelihan sunat dilakukan ditempat rata dan tidak kasar pada waktu siang hari. Haiwan yang akan disembelih itu diikat kakinya dan dibaringkan disisi kanannya dengan kakinya menghadap kiblat.. Adalah juga disunatkan menyebut nama Allah, menbaca Selawat dan Salam keatas nabi dan juga membaca “Allahumma haza minka , hua ilaika, fatakabbal minni”

e-malabari


Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Selamat Hari Raya Aidiladha



Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam di mana jua anda berada.
Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan adalah ikhlas kerana Allah swt.


Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Jangan Sokong EGM Sabtu Ini - Wong Foon Meng

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Setiausaha Agung MCA Datuk Wong Foon Meng meminta para perwakilan pusat di seluruh negara supaya tidak menyokong dan menghadiri mesyuarat agung luar biasa (EGM) kedua Sabtu ini kerana ia tidak diiktiraf oleh parti MCA.

Sehubungan dengan itu, Wong berkata pihaknya telah mengeluarkan surat pemberitahuan semalam kepada lebih 2,300 perwakilan pusat di seluruh negara.

"EGM kedua ini tidak harus diadakan kerana ia telah melanggari Perlembagaan parti dan saya telah mengeluarkan surat kepada perwakilan semalam,"

"Justeru itu, saya mahu menegaskan mesyuarat ini adalah tidak sah di sisi undang-undang MCA dan ia tidak diiktiraf," katanya kepada pemberita di Wisma MCA, Selasa.

Oktober lepas, kumpulan 16 anggota Jawatankuasa Pusat (CC) berpendirian mengadakan EGM kedua dan ia juga disokong oleh Naib Presiden parti, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Tujuan EGM kedua itu adalah mendapatkan mandat daripada ahli-ahli untuk mengadakan pemilihan pemimpin parti yang baru.

Sementara itu, dalam sidang akhbar berasingan, 'EGM chief requisitionist' yang juga ahli CC, Wong Nai Chee berkata mesyuarat itu tetap akan diadakan dan persiapan logistik telah diatur untuk perwakilan.

Wong (Nai Chee) antara 16 ahli CC yang mahu mengadakan EGM kedua yang turut disokong Naib Presiden, Liow dan Tan Kok Hong, Ketua Wanita, Datin Paduka Chew Mei Fun dan Ketua Pemuda, Datuk Dr. Wee Ka Siong.

Bagaimanapun, mesyuarat CC yang dipengerusikan oleh Presiden parti Datuk Seri Ong Tee Keat pada 2 Nov lepas memutuskan EGM yang bakal diadakan itu adalah melanggari perlembagaan parti.

Kemelut dalaman MCA berterusan selepas Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kembali ke jawatan asalnya sebagai timbalan presiden, manakala Liow hanya sempat memegang jawatan nombor dua parti itu selama 19 hari sebelum kembali menjadi Naib Presiden.

-- BERNAMA


Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Khamis, November 26, 2009

Seputih mana YB Kota Seputeh?

Zukri Aksah

Bila disebut putih, yang tergambar di fikiran kita akan maksudnya pada kebiasaan adalah suci, murni, tidak perlu merujuk cendekiawan untuk menakrifkannya. Sementara Kota Seputeh adalah nama sebuah DUN di dalam Negeri Kedah. Yang mewakili rakyat di kawasan ini, kata lainnya memimpin mereka dipanggil wakil rakyat. Tidak payahlah membuat penerangan panjang lebar secara akademik tentang tugas seorang wakil rakyat, semua orang memahaminya sebagai memberi khidmat kepada rakyat.

DUN Kota Seputeh berjaya mencuri perhatian ramai di celah-celah kehangatan polemik dalaman banyak parti politik di negara ini bilamana ADUNnya, Datuk Abu Hassan Sarif dari BN diisytihar terlucut jawatan oleh Speaker DUN Kedah, Datuk Dr. Abd Isa Ismail dari Pakatan Rakyat kerana kesalahan tidak menghadiri Sidang DUN dua kali berturut-turut tanpa alasan munasabah mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah. Tetapi surat makluman kekosongan kerusi Kota Seputeh oleh Speaker telah ditolak oleh SPR dan SPR enggan memanggil satu pilihanraya kecil sebagaimana sepatutnya.

Speaker Kedah kemudiannya telah membawa perkara ini ke mahkamah bagi mendapat kepastian takrifan undang-undang. Beliau telah menang di dua peringkat sehingga dalam penghakiman selepas selesai proses rayuan SPR di Mahkamah Tinggi, hakim telah bertindak membenarkan keputusan hakim sebelum ini mengisytiharkan kerusi DUN Kota Seputeh kosong dan mengarahkan SPR mengeluarkan writ pilihanraya kecil. Namun SPR kemudiannya telah berjaya mendapat perintah penangguhan sementara dari Mahkamah Rayuan sebelum rayuan didengar di mahkamah yang sama.

Bukan proses mahkamah ini yang ingin saya perkatakan. Saya lebih berminat dengan wakil rakyat, tugas dan tanggungjawabnya, apalagi kalau nama tempatnya Kota Seputeh. Tugas wakil rakyat seperti saya katakan tadi adalah untuk berkhidmat, berkhidmat secara putih bersih, secara suci murni untuk rakyat. Sudah tentulah juga antara rutin perkhidmatan suci murni, putih bersih wakil rakyat ini adalah membawa suara rakyat dan membincangkan nasib rakyat sambil mencari kaedah penambahbaikannya di Dewan Undangan Negeri.

Memonteng Sidang DUN seperti lagak pelajar sekolah ponteng kelasnya kerana tidak sukakan gurunya adalah satu tindakan yang kebudak-budakan dan tidak matang. Jika saya seorang pengetua sekolah dan ada pelajar saya ponteng sekolah dua hari berturut-turut, pastinya saya tidak membuang pelajar tersebut, sebabnya cukup mudah, kerana dia pelajar dan sedang belajar, dia harus diajar. Saya tetap menerimanya sebagai pelajar saya dengan kemungkinan beberapa bentuk hukuman.

Tetapi bila seorang wakil rakyat yang statusnya adalah pemimpin melakukan kesalahan yang sama seperti pelajar tadi, apa perlu saya buat andainya saya di tempat Speaker? Pemimpin adalah seorang yang matang dan sangat berpengalaman, sedangkan pelajar adalah seorang yang mentah dan perlukan panduan penghidupan. Dengan perbezaan ketara ini, apakah seorang wakil rakyat patut dilayan seperti pelajar? Mengekalkan kedudukan wakil rakyat kaki ponteng sebagai ADUN tetapi dalam masa yang sama mengenakan hukuman terhadap beliau, hukuman yang macam mana? Rotan di khalayak ramai, ketuk ketampi di khalayak ramai, jemur di tengah panas di khalayak ramai atau menghadiahkan penyapu seperti dibuat Khir Toyo dahulu?

Saya yakin Speaker Kedah tidak terfikir pun penyelesaian-penyelesaian sebegini kerana ia tindakan tidak matang, tidak sesuai dan menjatuhkan maruah wakil rakyat tersebut. Walau bagaimanapun adalah sesuatu yang salah pula untuk Speaker berpura-pura seperti tiada apa-apa berlaku dan membiarkan terus wakil rakyat kaki ponteng ini makan gaji buta. Satu-satunya pilihan yang ada adalah merujuk Abu Hassan Sarif ini kepada Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah, ia paling beradab saya kira berbanding dengan merotan atau menjemurnya di tengah panas. Dan Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah telah sedia memperuntukkan yang seorang wakil rakyat bila bertindak ponteng Sidang DUN dua kali berturut-turut, maka terlucutlah keahliannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri, muktamad!

Memanglah saya tidak berhak untuk menilai bahawa Speaker bertindak secara putih bersih, secara suci murni bila mengisytiharkan kerusi DUN Kota Seputeh kosong tanpa ada sedikit pun prejudis politik. Tetapi yang nyata, faktanya Speaker berjaya mengenepikan emosi politiknya dengan bertindak hanya berdasarkan peruntukan undang-undang, undang-undang yang saya yakin putih bersih dan suci murni, terhindar dari pengaruh kepentingan pihak-pihak tertentu. Sekurang-kurangnya yang menjadi Speaker tahu wakil rakyatnya yang seorang ini ponteng kerana beliau sendiri tidak ponteng.

Sebaliknya pula, saya sebagai rakyat berhak mempersoalkan Abu Hassan Sarif, apakah tindakan beliau bersekali dengan SPR merayu kepada mahkamah untuk terus bergelar wakil rakyat didasari dari niat yang putih bersih dan suci murni untuk menabur khidmat bakti kepada rakyat? Sedangkan pada masa yang sama beliau telah terbukti ponteng khidmat dalam membawa suara dan nasib rakyat ke Dewan Undangan Negeri. Seputih mana YB Kota Seputeh ini?

harakahdaily


Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive