Perjalanan mereka dihalang dan terhalang pada 5 November 2001 lalu untuk menuju ke destinasi masing-masing.
Mereka tidak mempunyai niat untuk mengadakan sebarang perhimpunan di Lebuhraya Kesas seperti yang dilaporkan sebaliknya mereka dihalang dengan tembakan gas pemedih mata diikuti dengan pancutan air berkimia.
Malah ada di antara mereka yang cedera dikasari oleh anggota Simpanan Unit Persekutuan (FRU).
Setelah 9 tahun berlalu, namun keadilan kepada Orang Kena Tahan (OKT) yang terlibat dalam 'demonstrasi Kesas' masih belum menemui titik noktahnya.
Mahkamah Tinggi Shah Alam menetapkan 19 Februari depan untuk sebutan semula kes ini.
Sebutan semula ini dibuat selepas kerajaan memfailkan rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Sesyen Ampang membebaskan 11 orang pada 5 November yang ditahan dalam keganasan polis 9 tahun lalu itu.
Peguam mewakili OKT, Yusmadi Yusoff berkata beliau bingung mengapa kerajaan berdegil mengheret kliennya ke penjara meskipun mahkamah sebelum ini mendapati mereka tidak bersalah.
“Tapi malangnya kesungguhan pihak DPP untuk merayu tersebut hari ini dipertikaikan bagi saya, tidak ada seorang DPP daripada Pejabat Pendakwa Raya", jelas Yusmadi kepada pemberita.
Antara mangsa keganasan yang dipanggil memberi kesaksian dalam kes ini adalah Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar. - MIMI
tvs
SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...