KUANTAN - Sikap kurang sopan seorang lelaki mengeluarkan kata-kata kesat yang mengaibkan seorang anggota polis hanya menyusahkan diri sendiri, apabila dia dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan, semalam.
Kerana perkataan ‘Cheebai polis banyak celaka’ yang dihamburkan kepada anggota polis dari Cawangan Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) itu, Majistret Nordiana Abdul Aziz menjatuhkan hukuman denda RM100 ke atas Lee Hon Fai, 33, selepas lelaki itu mengaku bersalah atas tuduhan yang dihadapinya.
Tertuduh dari Kolong Pahat, Sungai Lembing dekat sini, didakwa melakukan kesalahan itu ketika berada di Jalan Bukit Bay Route dekat sini, kira-kira jam 2.35 petang, 13 Januari lalu.
Berikutan perbuatannya itu, tertuduh didakwa atas tuduhan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan kecil 1955 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM100.
Tertuduh bagaimanapun difahamkan membayar denda tersebut bagi mengelak dipenjarakan selama tiga hari.
sinarharian
SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...