Khamis, Februari 11, 2010
Laporan Polis Saiful Aneh, Ragu
Mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan laporan polis yang dibuat saksi utama kes konspirasi II, Mohd Saiful Bukhari Azlan, kononnya diancam oleh seseorang rakan facebook Ketua Pembangkang itu penuh dengan keraguan dan keanehan.
"Yang meragukan adalah Facebook dan blog saya itu diikuti rakyat 60,000 hingga 70,000. Jadi kalau begitu, ada seorang buat catatan (dalam Facebook) dan dalam masa singkat hilang namanya, tetapi dalam masa yang singkat itu dia beri e-mail kepada Saiful. Bagi saya ia begitu aneh," jelasnya di lobi Mahkamah Kompleks Kuala Lumpur tengah hari ini.
Pun begitu, beliau yang juga Ketua Pembangkang meminta pihak polis menyiasat kes tersebut, termasuk e-mail misteri yang diterima Saiful.
"Mengenai laporan (Saiful), tak apalah, biarkan polis siasat, kena siasat siapa yang hantar e-mail kepada Saiful," jelasnya.
Sebelum itu, Anwar turut menjelaskan bahawa Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menangguhkan perbicaraan kes liwat sehingga 18 Februari ini.
Tambahnya lagi, penangguhan tersebut bertujuan membuat ketetapan sama ada menerima permohonannya untuk mengetepikan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Md Diah daripada mendengar perbicaraan atau sebaliknya.
Kata Anwar lagi, peguambelanya Karpal Singh telah pun menghantar afidavit balas pada jam 9.30 pagi tadi, walaupun pasukannya bercadang menghantar afidavit itu petang semalam.
tvs
BEKERJA SECARA SAMBILAN ATAU SEPENUH MASA DI RUMAH
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...