Isnin, Mac 15, 2010

Boikot Utusan Malaysia Sampai Bankrap



GOMBAK 14 Mac - Angkatan Muda KEADILAN Gombak mahu rakyat terus memboikot akhbar Utusan Malaysia sehingga bankrap kerana didakwa sering menyebar fitnah terhadap pimpanan parti dan Pakatan Rakyat
Menurut Ketua AMK Gombak Jefrin Muhammad melalui "Kempen Ganyang Akhbar Utusan Malaysia" yang dilancarkan di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak, Taman Melawati Khamis lalu rakyat akan sedar bahawa akhbar tersebut selain menjadi alat Umno hanyalah saluran untuk menyebar dakyah dan menanam bibit kebencian terhadap Pakatan Rakyat.
"Akhbar ini terus menerus tanpa rasa bersalah menyebarkan fitnah dan melaga-laga kaum di negara ini. Oleh kerana itu kita mesti mengambil langkah drastik supaya akhbar ini dibangkrapkan dalam masa terdekat," kata Jefrin semasa menyaksikan pembakaran simbolik akhbar tersebut.
Kata beliau lagi Pakatan Rakyat akan memansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dengan tertubuhnya kerajaan persekutuan baru pada pilihan raya umum ke-13 kelak.
Berhubung sambutan golongan muda terhadap perjuangan parti, Jefrin berkata setakat ini respons anak muda adalah amat menggalakkan.
AMK Gombak katanya telah mendaftar lebih daripada 3,000 ahli baru sejak beberapa bulan lalu.

suara-keadilan





2 ulasan:

  1. Aku dah lama berhenti beli Utusan Merapu ni... Kat ofis aku pun kalau ada pun , tengok bahagian sukan dan iklan je. Sekarang ofis aku pun dah stop beli Utusan !

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...