JOHOR BAHRU-Pembantu Khas Menteri Besar Johor, Low Teh Hian menerima satu ugutan bunuh melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) pada jam 11.40 pagi kelmarin dan memintanya memasukkan RM1,000 ke dalam sebuah nombor akuan bank.
Kiriman SMS diterima Teh Hian dalam bahasa Mandarin ketika sedang mengikuti perarakan chingay di Jalan Tun Abdul Razak berhampiran pusat beli belah Danga City Mall, memaklumkan keselamatan keluarganya akan terjejas sekiranya tidak bertindak mengikut arahan selain terdapat perkataan ‘peluru tidak bermata’ di dalam SMS itu.
Beliau yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Rinting telah membuat laporan polis berhubung perkara itu di Balai Polis Sentral disini, pada jam 12.45 tengahari semalam.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan.
sinarharian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...