Jumaat, Mei 07, 2010

Rela ditiduri teman lelaki


BAYI dilahirkan pelajar Tingkatan Tiga dalam tandas di Klinik Kesihatan Felda Jerangau ditempatkan di wad bersalin Hospital Hulu Terengganu, semalam.

Pelajar Tingkatan Tiga insaf mahu perbaiki diri demi masa depan

Oleh Azman Mahmood, Hamid Salleh dan Faizul Azlan Razak

KUALA BERANG: "Kami tidak pernah bercinta, tapi saya merelakan setiap kali dia masuk melalui tingkap untuk tidur bersama," kata pelajar Tingkatan Tiga dari Felda Jerangau, Hulu Terengganu yang melahirkan bayi lelaki dalam tandas di pusat kesihatan di penempatan itu kira-kira jam 10 pagi kelmarin.
Hasil hubungan terlarang dengan rakan lelaki sekelas yang juga jirannya, pelajar perempuan yang dipercayai lurus bendul itu berkata, dia menyedari mengandung pada Januari lalu selepas menjalin hubungan sejak Oktober tahun lalu.

Ketika ditemui di Hospital Hulu Terengganu petang semalam, dia mengaku sudah memaafkan perbuatan pelajar lelaki itu tetapi tidak mahu bertemunya lagi kerana matlamatnya selepas ini hanyalah menjadi ibu kepada anak yang baru dilahirkan dan meneruskan persekolahan.

Katanya, rakan lelaki jirannya itu tidak tahu dia mengandung dan mereka juga sudah tidak bertemu sejak Disember tahun lalu.

"Saya insaf dan tidak mahu lagi membuat perkara terkutuk seperti ini dan saya ingin memperbaiki diri demi masa depan. Hidup saya selepas ini hanyalah untuk keluarga dan menjaga anak ini," katanya sebak tetapi mengakui berasa lega kerana ibunya masih dapat menerimanya walaupun terkilan dengan perbuatannya.

Menceritakan kejadian sebelum melahirkan anak di Klinik Kesihatan Felda Jerangau kelmarin, katanya, dia sudah menjangka untuk bersalin selepas berasa sakit perut dan mengikut ibunya ke pusat kesihatan itu.
"Setiba di klinik itu, saya bimbang ibu mengetahui saya mengandung, jadi sementara menunggu rawatan saya membuat keputusan ke tandas selepas berasa sakit seperti hendak membuang air besar," katanya yang mengakui bersalin dengan mudah selepas duduk di tandas itu.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Fauzi Abduri, berkata polis akan mengambil keterangan lanjut pelajar terbabit selepas dia dibenarkan keluar hospital, dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 315 Kanun Acara Jenayah kerana menyembunyikan kelahiran.

"Pelajar terbabit kini sedang diberi rawatan lanjut di Hospital Hulu Terengganu dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil," katanya sambil menambah kes itu yang pertama dicatatkan di negeri ini.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Pelajaran negeri (JPN), Razali Daud ketika dihubungi berkata, pihaknya belum menerima laporan penuh berhubung kejadian itu daripada pihak sekolah pelajar terbabit.

Beliau berkata, pihaknya hanya mengetahui kejadian itu menerusi SMS yang dihantar pihak sekolah pelajar terbabit dan siasatan lanjut akan dijalankan.

"Disebabkan perkara ini berlaku di luar sekolah, kita akan menunggu laporan polis dan hospital sebelum sebarang tindakan lanjut diambil ke atas pelajar terbabit," katanya.

bharian


Share

3 ulasan:

  1. ni semua salah kerajaan sebab sistem pembelajaran tak betul.

    mak bapak tak salah sebab tanggung jawab mak bapak hanyalah buat anak sahaja.

    masyarakat tak salah sebab tanggungjawab masyarakat hanya menyampaikan berita bila dah berlaku sahaja. (tepuk tangan dibenarkan)

    aku yang bingai
    e-Direktori Bloggers Malaysia

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama7/5/10 6:22 PTG

    Tambah sikit jerr...........

    Mak Bapak salah kerana pangkah parti yang tak ajar mana halal mana haram, yg dia tau camner nak menang dan pulun duit jerr.....

    p/s: apa nak di harap pada sistem pendidikan di Malaysia, PM dan sepupunyer Si Isam pun tak hantar anak ke sekolah kerajaan........ ( swasta/international school gituuu)

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama7/5/10 9:23 PTG

    sejak bila pulak kau beranak kau bagi anak kau government jaga? apa punya bangang la kau ni. tanggungjawab ibu bapa la nak membentuk anak, bodoh.. dah kerajaan bagi sekolah free kau nak kutuk, kang org suruh bayar bising pulak. benak betul.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...