Selasa, Jun 08, 2010

Lapan gadis urut asing tawar seks kena berkas

2010/06/08

KUALA LUMPUR: Lapan wanita warga asing terdiri daripada warga Filipina dan seorang warga China berusia 18 hingga 35 tahun ditahan selepas dipercayai menawarkan khidmat seks di pusat urutan refleksologi di Desa Sri Hartamas, kira-kira jam 11 malam kelmarin.

Pegawai Turus Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), Deputi Superintendan Razali Abu Samah, berkata pihaknya menyerbu pusat urutan itu berdasarkan maklumat awam.

“Berdasarkan pemeriksaan awal, polis percaya pusat urutan terbabit baru beroperasi enam bulan lalu dan hanya menggunakan papan tanda seolah-olah pusat terbabit menjalankan perniagaan secara sah. “Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut mendapati pengusaha pusat terbabit menjalankan perniagaan itu tanpa lesen selain kadar bayaran sehingga RM150 dicaj kepada pelanggan bagi satu sesi,” katanya. Menurutnya, semua yang ditahan dibawa ke IPKKL bagi proses dokumentasi manakala seorang lelaki tempatan dipercayai penjaga premis diberkas bagi membantu siasatan.


“Polis berterima kasih kepada orang awam yang sentiasa membantu menyalurkan maklumat berhubung isu seumpama ini,” katanya.

Share

1 ulasan:

  1. Tanpa Nama8/6/10 6:04 PTG

    Akm. Jika kereta dirampas oleh kastam, ianya akan dilelong. Jika rokok yang dirampas, mungkin dihapuskan atau selainnya. Jika dadah dirampas, akan dihapuskan, Jika VCD dirampas, akan dihapuskan. Tapi kalau pelacur yang dirampas, apa nak dibuat agaknya oleh orang-orang yang berkenaan ?

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...