Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Januari 31, 2010

Writ Saman Khir ‘Ganggu’ Tugas Saya - Lau Weng San



Oleh Mohd Ali Bakri

KUALA LUMPUR : Writ saman bekas menteri besar Selangor ke atas Adun Kampung Tunku Lau Weng San disifatkan sebagai 'gangguan' untuk menjalankan tugas ketika beliau mahu bangkitkan isu rakyat di dalam Dewan Undangan Negeri (Dun).

"Baru-baru ini, saya telah menerima satu writ saman yang disampaikan kepada Gobind Singh Deo selaku peguam saya yang mana ia telah dihantar oleh peguam Khir Toyo.

"Ia berkenaan suatu tulisan di laman blog saya mengenai rumah banglonya yang dikatakan bernilai RM24 juta pada Julai tahun lalu," kata Lau dalam suatu kenyataannya kepada erapakatan.com.

Tambah beliau, tulisannya itu yang juga menjadi sebahagian usul kepada Dewan Negeri Selangor telah dikatakan memfitnah sekali gus menjejaskan nama baik Khir Toyo.

"Sehubungan itu, saya ingin menyatakan bahawa saya akan menghadapi segala tuduhan ini di mahkamah.

"Pada masa yang sama, saya ingin menarik perhatian terhadap Jadual di bawah Perkara 77 Undang-undang Tubuh Negeri Kerajaan Selangor 1959 yang berkaitan "Kuasa Dan Keistimewaan Dewan Negeri," kata Lau.

Perkara 77(3) di bawah Undang-undang Tubuh Negeri Kerajaan Selangor 1959 adalah berbunyi seperti berikut:

"Tiada ahli boleh dikenakan apa-apa prosiding sivil atau jenayah, ditangkap, dipenjarajan atau dikenakan membayar ganti rugi disebabkan oleh apa-apa perkara atau benda yang mungkin telah dibawa olehnya melalui petisyen, rang undang-undang, ketetapan, usul atau selainnya atau telah diperkatakan dalam Dewan atau di hadapan mana-mana jawatankuasa."

Jadi, tambah beliau, usul yang dikemukakan ini adalah usul yang dikeluarkan di bawah Peraturan Mesyuarat 17(2) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor untuk membahas usul yang tertentu, yang menyangkut kepentingan orang ramai dan ia perlu disegerakan.

Oleh itu, tambahnya, isi kandungan usul ini adalah tertakluk di bawah kuasa dan keistimewaan Dewan Negeri.

"Peruntukan ini adalah untuk memberi perlindungan kepada Wakil Rakyat untuk menjalankan tugasnya dengan bebas dan tanpa sebarang gangguan dan ugutan.

"Saban hari, semakin banyak kes guaman fitnah yang melibatkan kenyataan-kenyataan, isi kandungan ucapan atau usul yang dibawa oleh seseorang wakil rakyat di Dewan Negeri," kata Lau lagi.

Dalam hal ini, beliau menyifatkan kejadian ini sebagai perkembangan yang tidak sihat dan bertentangan dengan peruntukan kuasa dan keistimewaan dewan.

"Ini kerana, ia akan mengganggu wakil rakyat daripada menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat kalau mereka ingin membawa isu-isu kepentingan orang ramai untuk dibahas dan dibicarakan di dewan," kata Lau.

erapakatan


SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Aduka,lu dah top la bai



Lu pun tak sangka, kisah kenduri kawin lu boleh terpapar di berita harian online. Tiba-tiba saja lu dah jadi top la bai.Lu punya nama dah ada nilai berita. Tengok la bai..asal lu punya berita saja dah jadi berita pilihan tertinggi bai...apa-apapun selamat pengantin baru bai...


Adukataruna langsungkan majlis kenduri kahwin


SEREMBAN: Penulis blog yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, kelmarin atas dakwaan menghina Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar Sultan Ismail, Khairulnizam Abdul Ghani, 29, selamat melangsungkan majlis perkahwinan dengan wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Khairuz di kediaman keluarganya di Rumah Rakyat Panchor, dekat sini, semalam.

Majlis yang diadakan secara ringkas tetapi meriah itu dihadiri kira-kira 1,000 jemputan bagi meraikan hari bersejarah buat pasangan berkenaan yang baru berkahwin bulan lalu.

Kedua-dua mempelai yang memakai pakaian serba kuning meraikan tetamu, rakan serta sanak saudara pada majlis makan beradat kira-kira jam 1.30 tengah hari.

Kelmarin, Khairulnizam yang bekerja sebagai juruteknik komputer dituduh menghina dengan niat menyakiti institusi kesultanan Johor dan rakyat dengan memuat naik di dalam laman blognya dengan nama Adukataruna.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di rumahnya di alamat 297, Rumah Rakyat Panchor, Paroi antara jam 7.25 malam hingga 9.05 malam pada 22 Januari lalu.

Dia diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan mahkamah sudah menetapkan kes itu disebut semula 31 Mac depan.

bharian


SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Perbicaraan kes liwat Anwar Selasa ini?


Jan 31, 10

Selasa ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi akan memohon kepada Mahkamah Tinggi supaya perbicaraan kes liwatnya
ditangguhkan, manakala pihak pendakwaan pula bersiap sedia untuk memulakan perbicaraan kes itu pada hari yang sama.

Sama ada perbicaraan yang telah beberapa kali tertangguh dan ditunggu-tunggu itu akhirnya akan bermula, bergantung kepada keputusan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah yang terlebih dahulu akan mendengar permohonan Anwar bagi penangguhan tersebut.

Dalam permohonannya yang difailkan hanya lima hari lepas sebelum penetapan tarikh perbicaraan itu, Anwar berkata kes itu perlu ditangguhkan sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak untuk menggugurkan pertuduhan liwat terhadapnya.

Mahkamah Rayuan masih belum menetapkan tarikh bagi pendengaran rayuan itu.

Pada 1 Disember tahun lepas, Hakim Mohamad Zabidin menolak permohonan Anwar dan menetapkan sebulan dari 25 Januari bagi perbicaraan.

Namun perbicaraan itu ditangguhkan kepada 2 Februari oleh Mahkamah Persekutuan sementara menunggu keputusan sama ada membenarkan permohonan Anwar bagi pihak pendakwaan membekalkan dokumen kepadanya bagi membuat persediaan pembelaannya.

Jumaat lepas, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Anwar.

Berikutan itu, Selasa ini tumpuan beralih semula ke Mahkamah Tinggi Jenayah 3 di Tingkat 5, Kompleks Mahkamah Jalan Duta apabila Hakim Mohamad Zabidin mendengar permohonan Anwar untuk menangguhkan prosiding.

Sebelum ini, Hakim Mohamad Zabidin menetapkan 1 Julai hingga 24 Julai 2009 untuk perbicaraan tetapi ditangguhkan selepas beberapa permohonan dikemukakan oleh Anwar yang pertama kali dihadapkan ke mahkamah bagi pertuduhan itu pada 7 Ogos 2008.

Ini ekoran laporan polis yang dibuat oleh bekas pembantunya yang berumur 23 tahun, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa Anwar meliwatnya.

Penasihat PKR dan ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang kini berusia 63 tahun, dituduh meliwat Mohd Saiful Bukhari di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara jam 3.01 petang dan jam 4.30 petang 26 Jun 2008.

Anwar didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Ini adalah kali kedua Anwar menghadapi pertuduhan liwat.

Pada 2000, beliau dituduh meliwat Azizan Abu Bakar, pemandu isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau disabitkan oleh Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos 2000, tetapi dibebaskan pada September 2004 selepas menghabiskan hampir enam tahun di penjara selepas Mahkamah Persekutuan menggugurkan sabitan dan mengenepikan hukuman penjara itu.

Anwar dan adik angkatnya Sukma Darmawan Sasmitaat Madja dituduh meliwat Azizan antara Januari dan Mac 1993 di apartmen Sukma di ibunegara.

Kali ini, Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pasukan pendakwaan, ketika dihubungi, berkata pasukannya telah membuat persediaan rapi tanpa mengira sama ada perbicaraan itu diteruskan atau ditangguhkan.

Beliau akan dibantu lima Timbalan Pendakwa Raya iaitu Datuk Nordin Hassan, Mohamad Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Noorin Badaruddin dan Shamsul Sulaiman.

Anwar juga telah menghimpunkan sekumpulan 13 peguam untuk membelanya.

Mereka ialah peguam bela utama Raja Aziz Addruse, Datuk Param Cumaraswamy, Karpal Singh, Datuk C V Prabakharan, S N Nair, Wan Anuar Shadat, R Sivarasa, Leela Jesuthasan, Edmund Bon, Saiful Idham Ramli, Amer Hamzah Arshad, Latheefa Koya dan Mohd Radzlan Jalaludin.

- Bernama


SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Takdak Pentas.. Meja pun boleh lah..

Walaupun pentas yang didirikan telah dirobohkan oleh pihak Polis untuk memberi laluan kepada Rosmah dan juga Najib.

Majlis Thaipusam anjuran kerajaan negeri Selangor tetap diteruskan juga biarpun MB Khalid terpaksa berdiri atas beberapa meja yang diatur untuk merasmikan majlis sambutan itu..





Thaipusam : Ribuan Rakyat Selangor Tolak Kekerasan Polis, Hadir Majlis Kerajaan Negeri

Ribuan rakyat Selangor hadir pada majlis Thaipusam anjuran kerajaan negeri Selangor di Batu Caves malam tadi, meskipun polis mengenakan kekangan yang dilihat sebagai cubaan langsung untuk menggagalkan majlis itu.

Polis merobohkan sebuah pentas yang didirikan oleh kerajaan negeri untuk majlis berkenaan, setelah memberi kelulusan terlebih dahulu.

Tindakan polis itu dikaitkan kepada cubaan memastikan rakyat hanya hadir untuk lawatan Perdana Menteri Najib Razak ke tapak itu malam tadi dan memulau majlis anjuran kerajaan negeri yang di atur jauh lebih awal.

Tindakan polis merobohkan pentas berkenaan memaksa kerajaan negeri membatalkan pertunjukkan kebudayaan yang bertujuan memupuk keharmonian kaum.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan barisan EXCOnya tetap mengambil keputusan untuk hadir merasmikan majlis sambutan itu walaupun mereka terpaksa berdiri atas beberapa meja yang diatur bersebelahan sebuah trak penguasa tempatan.

Meskipun majlis diadakan sejurus selepas Perdana Menteri Najib Razak melawat tapak itu, namun sambutan rakyat Selangor untuk pemimpin kerajaan negeri Selangor tetap hangat, khususnya daripada kaum India.

Tan Sri Khalid menyampaikan bantuan berjumlah RM1 juta, kepada badan amal serta sekolah Tamil di sekitar Selangor dan berjanji kemewahan Selangor akan terus dikongsi bersama dengan rakyat.

Beliau berkata sebarang usaha untuk menyekat kerajaan negeri daripada mendampingi rakyat akan terus ditolak, walaupun ia membabitkan jabatan persekutuan seperti polis.

Beliau juga menyampaikan mesej tajam kepada pemimpin persekutuan yang cuba membelakangkan hak dan kuasa-kuasa kerajaan negeri yang dilantik rakyat.

"Kita bukan menidakaan kehadiran kerajaan persekutuan. Sebagai tuan rumah kita menyambut baik kehadiran mereka. Tetapi mereka bukan tuan rumah di negeri Selangor. Mereka hanya tetamu. Saya harap perkara ini dapat difahami supaya kita dapat meraikan apa sahaja perayaan bersama- sama," kata Tan Sri Khalid.

Polis dilihat sebagai bertindak di luar bidang kuasa apabila merobohkan pentas kerajaan negeri sehari sebelum Najib melawat tapak itu.

Umumnya, hanya penguasa tempatan mempunyai kuasa menentukan kesesuaian mendirikan pentas dalam sesuatu premis seperti Batu Caves setelah mengambil kira kepentingan semua pihak.

EXCO kerajaan negeri Xavier Jayakumar berkata Polis tidak membantah pembinaan pentas kerajaan negeri apabila usul itu dibuat tetapi kemudian mengarahkan supaya ia dirobohkan atas alasan keselamatan.

Beliau berkata alasan itu tidak masuk akal kerana pentas berkenaan tidak mengancam keselamatan mana-mana pihak.

Ratusan ribu orang membanjiri Batu Caves malam tadi dan hari ini untuk bersembahyang dan membayar nazar.

Kerajaan Negeri telah meletakkan perayaan Thaipusam sebagai satu tarikan pelancong sempena kempen pelancongan Selangor Shine sepanjang tahun ini.

Hasil publisiti meluas kerajaan negeri di dalam dan luar negara, ribuan pelancong tempatan dan luar Negara bertumpu ke tapak bersejarah Batu Caves untuk sambutan terbesar Thaipusam di rantau Asia Tenggara.

TVSelangor



Sumber: http://darisungaiderhaka.blogspot.com/




SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

PKR Pulau Pinang akui 4 MP mahu ‘dipikat’ BN



Oleh G. Manimaran

PULAU PINANG, Jan 30 — Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang Dr Mansor Othman mengakui tiga hingga empat ahli Parlimen parti itu ada membayangkan “hasrat” untuk menyertai Barisan Nasional (BN), sekali gus mengukuhkan kedudukannya di Parlimen.

Mereka termasuklah bekas ketua PKR Pulau Pinang Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim.

Kini, PKR ada empat anggota Parlimen di Pulau Pinang. Selain Zahrain tiga yang lain ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim (Permatang Pauh), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohd Yusmandi Yusoff (Balik Pulau).

“Saya pun ada dengar, tiga atau empat orang (anggota Dewan Rakyat) yang hendak keluar... BN memang hendakkan dia (Zahrain),” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider sebentar tadi.

Bagaimanapun Zahrain gagal dihubungi sejak kelmarin.

Mansor enggan menyatakan sama ada mereka kesemua dari Pulau Pinang ataupun termasuk ahli Parlimen PKR dari negeri-negeri yang lain.

Difahamkan angka itu mungkin mencecah tujuh hingga lapan orang, membabitkan negeri Selangor dan Kedah.

Malah ada sumber yang mengatakan jumlah itu boleh sampai 10 orang bagi BN memperoleh majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

BN memerlukan 11 lagi kerusi daripada 222 anggota di Dewan Rakyat untuk mencapai sasaran itu.

Usaha ke arah itu juga disebut-sebut akan menerima sokongan wakil rakyat Bebas dari Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali dan Ahli Parlimen PKR Zulkifli Noordin yang akan dirujuk kepada lembaga disiplin.

“Itu saya tidak tahu (sama ada membabitkan negeri lain)... macam mana anda tahu, saya pun dapat tahu ada wakil rakyat yang menunjukkan hasrat keluar parti,” kata Mansor yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 negeri.

Pada Mac 2008, PKR memenangi 31 kerusi Parlimen, PAS 23 manakala DAP 28.

Kata Mansor walaupun beliau ada sudah lama mendengar hubung tidak mesra Zahrain dengan Lim, tetapi isu hendak keluar PKR “hanya baru didengar.”

Mansor juga berkata isu itu akan dibincangkan pada mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR pagi esok.

The Malaysian Insider difahamkan isu itu akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Pimpinan Presiden Pakatan Rakyat (PR), juga esok. Pemimpin PR bersidang selepas MPP PKR.

Semalam Mansor berkata beliau kesal dengan kenyataan Zahrain yang juga Parlimen Bayan Baru, yang mengkritik Ketua Menteri Lim Guan Eng sebagai diktator.

“Kami sedih dan kesal bahawa kenyataan seumpama itu datang dari Zahrain kerana ia bukan cara yang betul untuk menegur pemimpin sendiri dalam Pakatan Rakyat, lebih-lebih lagi Lim merupakan pemimpin senior,” kata Mansor yang menggantikan Zahrain sebagai ketua PKR tahun lalu.

Mansor juga dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti tahun lalu.

Zahrain menyifatkan Lim yang juga setiausaha agung DAP sebagai seorang diktator, cauvanis dan berfikiran komunis.

Zahrain dipetik sebagai berkata bahawa PR tidak akan berkrompomi dengan pemimpin dari Melaka itu kerana Lim telah gagal memenuhi janji pilihan rayanya.

Ini bukan pertama kali Zahrain mengkritik Lim.

Pada April tahun lalu, Zahrain turut menyalahkan Lim berhubung pelantikan Timbalan Ketua Menteri 1 dan peletakan jawatan Mohammad Fairus Khairuddin sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti.

Sehubungan itu Mansor berkata, walaupun Zahrain pernah mengkritik kepimpinan Lim tetapi hanya kali ini ia kelihatan “terlalu keras.”

“Isu ini akan dibincangkan esok, akan dibincang Datuk Seri Anwar dan kenyataan akan dikeluarkan kemudian,” katanya.

themalaysianinsider



SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Kempen PRK di Facebook, salah di mana wahai UPM!?



Adalah tidak betul sikap Universiti Putra Malaysia menjatuhkan hukuman ke atas para pelajarnya gara-gara mereka membuat kempen dalam pilihan raya kampus (prk) baru-baru ini, menggunakan Facebook.

Saya amat rapat dengan dua buah kampus universiti, UKM dan UM ketika ini dan saya banyak meneliti bagaimana kegiatan kempen mereka dilakukan melalui Facebook.

Pengerusi Pro M UM Mohd Shafie Hashim saya temui ketika hari penamaan calon berlangsung di kampus tersebut.

"Ana nak orang yang boleh update selalu laman web, blog, Facebook lepas ni," katanya lagi. Telinga lintah saya bagaikan radar, ia terus mendengar, bersama kecepatan jari-jemari saya menggodam komputer riba.

Laporan berita seharusnya pantas apatah lagi untuk menulis berita berhubung perjalanan pilihan raya kampus mutakhir ini.

Salahkah Najib Razak berkempen 1Malaysia menggunakan Facebook? Aspirasi pun tidak boleh dipersalahkan jika mereka berkempen menggunakan alat itu.

Pro M UKM dan Pro M UM adalah golongan yang terlebih awla lagi afdal untuk dibatalkan pencalonan mereka kalau UPM bertindak sedemikian ke atas siswa mereka sendiri.

Ketika Naib Canselor USM Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak ditanya berhubung hal tempoh berkempen yang singkat, beliau berkata dalam Utusan Malaysia, hal itu tidak lagi berbangkit kerana calon boleh berkempen perkakasan internet.

Sambil menyebut Friendster, Dzulkifli tidak lupa menyebutkan Facebook.

Saifuddin Abdullah pun ada Facebook juga

Saya kebetulan punya kesempatan berbual bersama Dato' Saifuddin Abdullah di NZ Garden Jalan Ampang berhubung idea Parlimen Mahasiswa.

Malam itu, saya melihat sendiri betapa Saifuddin disambut mesra oleh kalangan siswa. Saya difahamkan beliau juga membawa mahasiswa menonton wayang '3 Idiot' yang mengisahkan isu-isu pendidikan di India.

Daripada filem itu, beliau mengambil buah fikiran mahasiswa untuk membaiki sistem pendidikan di negara ini. Saya difahamkan, acara tontonan wayang itu, dibuat melalui rakan-rakan mahasiswa dalam Facebook beliau.

Ya memang Saifuddin antara yang terkenal menjawab persoalan siswa dengan pantas melalui Facebook.

Kita boleh marahkan Facebook kerana pengasasnya adalah Yahudi. Lain-lain isu lagi, kita nak marahkan apa sebenarnya?

Saya pernah naik turun mahkamah universiti gara-gara membuat laman web peribadi multiply.com pada tahun 2005.

Memang disebut di dalam surat yang dikeluarkan oleh jawatankuasa tatatertib HEP USM itu - jenayah saya adalah membuat laman web multiply.com TANPA KEBENARAN DAN KEIZINAN UNIVERSITI.

Zaman itu, blogspot.com belum ada atau belum terkenal. YouTube.com juga tiada ada. Apatah lagi Facebook. Kalau pada zaman itu, perkakasan ini sudah lengkap tersedia, memang saya gunakan bersungguh-sungguh dan saya nak goncang betul-betul pegawai HEP yang menyusahkan hidup saya itu.

Mereka ini terlalu sombong, angkuh, gemar bertempik. Tidak tahu nak cakap, bahasa apa yang kita mahu gunakan bagi menggambarkan kejelikan tingkah laku mereka ini. Tapi saya lawan juga dalam keadaan sokongan hampir tiada.

Kepada rakan-rakan siswa di UKM dan UM atau di mana-mana sahaja. Jangan patah hati dan teruskan berusaha. Jenguk-jenguklah mereka sama.

Apabila membaca kes mahasiswa dibatalkan pencalonan gara-gara Facebook ini, nak marah pun ada, nak tergelak pun ada juga. Tak tahu, yang mana nak didahulukan - nak gelak atau nak marah.

"Akar nibung meresap, akar keranji dalam perahu, terbakar kampung kelihatan asap, terbakar hati siapa yang tahu" - Karam Singh Walia (Aduan Rakyat)...(Anwar Ibrahim dalam 'Muktamar' Agung Umno, 19??)

detikdaily



SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Lawak Ahad: Rugi Tak Merokok





Seorang anggota polis cuba menegur seorang pelajar yang sedang menunggu bas sambil menghisap rokok.



Polis : "Kenapa kamu merokok?"



Pelajar: "Suka hati saya la."



Polis : "Dari mana kamu dapatkan duit untuk membeli rokok?"



Pelajar: "Diri duit belanja sekolah saya."



Polis : "Berapa banyak kamu hisap dalam satu hari? dan berapakah harganya?"



Pelajar: "Satu hari, satu bungkus dan kalau dunhill 14's harganya RM6.90"



Polis : "Kenapa kamu bakar RM6.90 setiap hari? Cuba kamu kumpulkan duit itu selama setahun, mungkin kamu sudah boleh membeli motorsikal, tidak perlu lagi menunggu bas seperti sekarang ini."



Pelajar: "Boleh saya tanya encik sesuatu?"



Polis : "Boleh."



Pelajar: "Encik merokok?"



Polis : "Tentunya tidak."



Pelajar: "Habis, kenapa saya tidak nampak motosikal encik. Encik sendiri memandu kereta hak milik kerajaan?"





Sumber: Berukband




SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Xavier: Polis Jangan Campur Dalam Politik


Kerajaan negeri Selangor menggesa pihak polis untuk tidak mencampuri urusan politik negara kerana ia boleh menjejaskan profesionalisma polis dan menghakis keyakinan rakyat kepada institusi penguatkuasaan itu.

Exco Dr Xavier Jayakumar berharap kejadian seperti insiden perobohan paksa pada sambutan Thaipusam di Batu Caves semalam tidak berulang-lagi di masa hadapan.

"Saya harap tahun hadapan yang akan datang kita akan ada bincang dengan lebih rapat dengan polis. Kalau dari mula polis kata tak boleh tak apa. Di sini polis tunggu sampai saat-saat yang terakhir untuk beritahu dengan kita, tidak boleh buat ini, tidak boleh buat itu, itu saya tidak boleh terimalah," kata Xavier.

Menyifatkan kejadian itu sebagai tidak sewajarnya berlaku, Xavier berharap sambutan Thaipusam tahun ini memberi manfaat bukan sahaja kepada sektor pelancongan Selangor, bahkan turut menyumbang kepada perpaduan rakyat negeri ini.

tvs


SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Khaled Nordin tak matang, tak berperikemanusiaan - Pro M




Oleh Mohd Ali Bakri


KUALA LUMPUR: Pengerusi Pro Mahasiswa Kebangsaan Mohd Shafie Hashim menyelar kenyataan Menteri Pengajian Tinggi Khaled Nordin terbaru yang menganggap mereka tidak matang dan tidak boleh menerima kekalahan dalam pilihan raya kampus baru-baru ini.

"Kenyataan memperlekehkan mahasiswa itu jelas menunjukkan keegoan seorang pemimpin yang tiada perikemanusiaan terhadap penindasan yang berlaku kepada mahasiswa.

"Beliau seharusnya ingat bahawa mahasiswa juga sebahagian besarnya berada di bawah tanggungjawabnya. Kalau begitu, Khaled juga tidak matang kerana telah mengeluarkan kenyataan tanpa menyelami perasaan pelajar," kata beliau dalam suatu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika merujuk sebuah ulasan akhbar yang menyiarkan kenyataan Khaled Nordin berhubung tindakan siswa berdemonstrasi dalam pilihan raya baru-baru ini.

Tambah Mohd Shafie, walaupun di UM, Pro M hanya mendapat 17 kerusi, Bebas 3 kerusi manakala Pro Aspirasi pula mendapat 21 kerusi, hal bukan bermakna kumpulan itu tidak berpuas hati dengan pencapaian mereka setakat ini.

"Kami sudah lama melalui masa-masa kekalahan dan kami juga pernah menang sebelum ni. Dahulu kita kuasai MPM UM, kemudian kita kalah selama empat tahun berturut-turut disebabkan sistem yang teruk sehingga mengenepikan aspek keadilan kepada mahasiswa.

"Tapi kami tidak pernah lemah semangat dan terus berjuang sehingga diberi kemenangan yang sebenar. Buat apa Pro M menang dalam sistem yang teruk menindas mahasiswa? Kalah itu tidak mengapa, yang penting, prinsip mestilah dipertahankan," kata beliau.

Kecewa ulasan akhbar arus perdana yang berat sebelah

Tambah Mohd Shafie, beliau turut berasa kesal ketika meneliti laporan akhbar arus perdana berhubung PRK baru-baru ini. Malah, beliau menganggap laporan akhbar itu bersikap biadap.

"Kesal dan biadap, demikian saya sifatkan apabila melihat ulasan beberapa akhbar tabloid sama ada elektronik mahupun media cetak; seperti Kosmo dan Mstaronline.com yang melaporkan keputusan yang tidak lagi diputuskan secara sah dalam PRK kali ini.

"Juga, ada beberapa ulasan mereka yang berbaur penghinaan terhadap tindakan mahasiswa selama ini," tambah beliau.

erapakatan


SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Kecewa mungkin sebabkan Zahrain naik berang dengan Guan Eng


PULAU PINANG, Jan 30 — DAP Pulau Pinang berkata bekas pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim yang naik berang terhadap Ketua Menteri Lim Guan Eng mungkin berpunca daripada sebab peribadi.

Pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow berkata beliau percaya Zahrain kecewa berhubung keenganan Lim untuk tidak menyokong tender bagi pengurusan kelab golf Bukit Jalil kepada sebuah syarikat.

“Lim telah memaklumkan kepada saya bahawa Zahrain kecewa dengan kerajaan negeri kerana enggan menyokong syarikat itu untuk menjalankan pengurusan kelab golf,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Chow juga berkata Zahrain juga kecewa berhubung penyingkirannya sebagai pengerusi PKR negeri.

Beliau berkata DAP negeri dan semua wakilnya melahirkan sokongan penuh terhadap LIM bagi meneruskan kepimpinannya sebagai ketua menteri.

Semalam, laporan akhbar menyebut Zahrain yang juga Anggota Parlimen Bayan Baru menuduh setiausaha agung DAP itu sebagai seorang diktator dan cauvinis dan berfikiran komunis. — Bernama

themalaysianinsider



SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Sabtu, Januari 30, 2010

Keputusan TM Liga Super 30 Jan 2010







Kedah 3 vs 1 T-Team

Perlis 1 vs 1 Selangor

Pahang 2 vs 1 KL Plus

Terengganu 2 vs 0 Kuala Lumpur

Kelantan 3 vs 1 Pulau Pinang

Perak 0 vs 3 Johor FC






SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Keputusan Semasa TM Liga Super 30 Jan 2010



Semua perlawanan telah pun tamat.

KEPUTUSAN PERLAWANAN MALAM INI

Kedah 3 vs 1 T-Team

Perlis 1 vs 1 Selangor

Pahang 2 vs 1 KL Plus

Terengganu 2 vs 0 Kuala Lumpur

Kelantan 3 vs 1 Pulau Pinang

Perak 0 vs 3 Johor FC




SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Harga getah naik, tidur malam di kebun



TEMERLOH: Kenaikan harga getah sekarang bukan sahaja menimbulkan kegembiraan kepada penduduk kampong yang bergantung sumber rezeki kepadanya, malahan timbul pula rasa takut.

Semua ini gara-gara berleluasanya kejadian mencuri getah di kebun sekarang sejak harga getah dikatakan meningkat pada masa ini.

Akibatnya sejak dua bulan lalu, timbul pula budaya baru di kalangan penduduk kampung yang bergantung pendapatan dengan hasil menoreh getah iaitu terpaksa membina pondok dan tidur dalam kebun bagi mengelakkan getah mereka dicuri.

Menurut penduduk, senario baru ini sudah menjadi rutin di kalangan penduduk setempat, malah ada yang bergilir-gilir bersama rakan dan ahli keluarga menunggu di kebun getah sebaik ditoreh pada sebelah pagi.

Seorang penoreh Ismail Othman, 55, dari Kampung Paya Pulai berkata, sejak dua bulan lalu, harga getah melambung hingga mencecah RM4.80 sekilogram.

Menurutnya, bagi yang mempunyai kebun getah berkeluasan dua hektar mampu meraih pendapatan RM400 hingga RM500 seminggu, malah ada yang lebih.

“Dalam keadaan harga getah mahal, kes curi getah berlaku di mana-mana. Di kawasan ini pun kerap berlaku curi getah, kami terpaksa menunggu dan membuat pondok.

“Sejak kami melakukan rondaan, kes kecurian ini semakin berkurang,”

“Tapi kami sentiasa berjaga-jaga kerana dalam seminggu sekurang-kurangnya ada satu kes,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Ismail berkata, dia mula menoreh bermula jam 7 pagi hingga 11 pagi setiap hari sebelum berehat di pondok dan meninjau kebun pada sebelah petang.

Katanya, pada sebelah malam, dia terpaksa meronda bersama rakan dan sekurang-kurangnya dua kali seminggu bermalam di kebun getah.

Sementara itu, rakannya pemilik kebun bersebelahan Nawawi Kassim, 64, berkata, dia tidak bermalam di kebun getah sebaliknya kerap meronda bagi menjaga hasil daripada dicuri.

“Kadang-kadang kasihan juga melihat penduduk kampung yang penat menoreh dua tiga hari tiba masa untuk menjual getah tiada.

“Perkara ini sudah biasa bagi penduduk kampung, saya berulang alik dari Kampung Buntut Pulau bagi memastikan getah tidak hilang,” katanya.

Nawawi berkata, dia mendapat tahu harga getah akan naik di pasaran, sepatutnya penoreh gembira tetapi perlu berjaga-jaga kerana pencuri pun akan berleluasa.

sidangonline


SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Maut: Lori Kontena Gilis Kepala

























KM 28-8

Jalan Lingkaran Tengah 2

Ampang

29 Jan 2010

5-30 ptg



berita lanjut menyusul



Mangsa- Muhammad Zarfhan Hamdan, 20 tahun

               Flet Sri Perlis, Cheras.



mangsa maut setelah terjatuh di atas jalan apabila motosikalnya bergesel dgn sebuah kenderaan.



Tayar belakang sebuah lori kontena di sebelahnya, menggilis kepalanya.

ondscene



SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Lelaki main dengan ayam


Seorang lelaki bermain dengan seekor ayam di dalam sebuah tren di New York pada Selasa lalu.


NEW YORK - Agensi pengangkutan awam New York melakukan siasatan berhubung satu rakaman video yang menunjukkan seorang lelaki mencium seekor ayam hidup di dalam sebuah tren bawah tanah.

Seorang arkitek, Kylie Kaiser berumur 27 tahun merakamkan imej video itu semasa dia bersama dua rakannya menaiki tren tersebut pada pukul 7 malam pada waktu tempatan Selasa lalu.

"Lelaki itu berbaring di atas lantai, cium, memeluk dan mengangkat ayam itu di dalam tren itu," kata Kaiser kelmarin.

Menurutnya, lelaki itu tidak mengendahkan penumpang lain yang berada di dalam tren tersebut.

Beberapa penumpang yang melihat gelagat lelaki itu turut ketawa.

Kaiser berkata, penampilan lelaki itu menunjukkan dia seperti tidak mempunyai rumah kerana terdapat kereta sorong beli-belah dipenuhi tin minuman di sebelahnya.

Jurucakap Pengangkutan Awam Pusat Bandar New York, Charles Seaton berkata, tidak ada penumpang yang melaporkan kejadian itu.

Kaiser merakamkan video dan gambar lelaki itu dengan menggunakan gajet Blackberry dan menyiarkan di laman blognya.

Imej rakaman itu boleh dilihat di laman YouTube. - AP

kosmo


SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

NIAT INSENG MATAKAJI SEMAR TILLEM?




Oleh: SURIATI MAHMUD

WALAUPUN tajuk di atas mungkin tidak dimengertikan umum melainkan peminat filem P.Ramlee, namun ianya menggambarkan keadaan sebenar yang berlaku di dalam Barisan Nasional Silam yang tertunggang terbalik akibat perebutan jawatan.

Pengerusi BN Silam, Datuk Samsu Baharun Haji Abdul Rahman telah mempengerusi kan mesyuarat BN Silam baru-baru ini dan mencadangkan beliau agar BN meneruskan tradisi memilih Pengerusi BN iaitu Ahli Parlimen setelah beliau bukan lagi Ahli Parlimen Silam.

Namun Ketua UMNO Bahagian Silam, Datuk Nasrun Datu Mansur yang kononnya dijanjikan Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman menggantikan Samsu bertindak ‘di luar tabii’ apabila secara tiba-tiba memecat Setiausaha UMNO Bahagian Silam, Mohammad Firdaus Datuk Ahmad Alawi kerana ‘menderhaka’ kepada beliau.

Secara kebetulan, Firdaus merupakan adik ipar Samsu yang terus dikekalkan setelah Nasrun dilantik sebagai Ketua UMNO Bahagian Silam dalam satu pertandingan maraton yang penuh culas dan penipuan.

Pertembungan politik dan budaya cantas mencantas di Silam sudah menjadi tradisi apabila berlaku pemecatan dan persekongkolan antara dia pihak yang bertelagah, namun kemenangan seringkali berpihak kepada puak yang berkecuali.

Dalam perebutan jawatan Pengerusi BN Silam, tiga Adun dan seorang ahli parlimen berminat untuk memegang jawatan berkenaan bagi melebarkan pengaruh mereka, apatah lagi seorang Adun dan seorang Ahli Parlimen tidak mempunyai sebarang jawatan di dalam UMNO.

Ahli Parlimen Silam, Haji Salleh Kalbi yang cuba keluar daripada ‘Kepompong Badi YB Satu Penggal’ menjaring rangkaian dengan Mantan Ahli Parlimen Silam, Samsu Baharun kerana berasal daripada klan yang sama iaitu Legasi Magindora.

Manakala Adun Kunak, Nilwan Kabang yang selama ini berkecuali dalam sebarang pertikaian antara Kumpulan Nasrun/Salleh turut berhasrat untuk menjadi Pengerusi BN Silam sekalipun digelumang krisis identiti.

Adun Lahad Datu, Datu Nasrun dan Adun Tungku yang masing-masing memegang jawatan Ketua dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Silam berada di dalam kedudukan selesa namun berhasrat untuk memperkukuhkan pengaruh politik mereka sehingga menginginkan jawatan Pengerusi BN Silam yang sehingga kini masih disandang Samsu kerana belum ada sebarang perlantikan baru dibuat sejak 2008, iaitu menjelang pilihanraya umum apabila Samsu tidak terpilih sebagai calon.

Dengan peluang yang luas dan kekentalan semangat Legasi Magindora, kemungkinan besar Salleh dilantik sebagai Pengerusi BN Silam yang akan melenyapkan ‘Badi YB Satu Penggal’ dan kedudukan Firdaus akan lebih kukuh dengan sokongan Parti Komponen BN Silam selama ini.

Nasrun yang disifatkan sebagai ‘Kayu Ara’ dalam politik Silam terpaksa mencari ‘pintu masuk’ kedua setelah laluan pertama gagal disebabkan tradisi yang diamalkan BN selama ini.

Berjayakah Nasrun memasang ranjau buat Salleh bagi mengakhiri kerjaya politik Salleh yang belum duduk, sudah berlunjur dan sering menongkah arus?

sabahkini


SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Datang ke Ipoh untuk terjun

2010/01/29 IPOH: “Saya sedang melakukan rondaan rutin, tiba-tiba terdengar bunyi kaca pecah di tingkat 10 menyebabkan saya bergegas ke arah bunyi itu kerana menyangkakan ia angkara pencuri atau budak nakal.

“Bagaimanapun, saya terkejut apabila melihat kelibat seorang lelaki dengan separuh badannya berada di luar tingkap dan saya menjerit kepadanya supaya masuk kembali ke dalam bangunan tetapi tidak dihiraukan,” kata Amran Ahmad, 54, saksi kejadian seorang lelaki membunuh diri dengan terjun dari sebuah bangunan syarikat telekomunikasi di sini, tengah hari semalam. Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, Goh Kok Thye, 41, sanggup datang dari Georgetown, Pulau Pinang, ke bandar raya ini untuk ‘menunaikan’ hajatnya itu. Amran yang 12 tahun bekerja sebagai pengawal keselamatan di syarikat berkenaan berkata, kejadian itu pengalaman paling mengerikan sepanjang hidupnya. “Saya berlari untuk menarik mangsa supaya masuk semula ke dalam, tetapi tidak sempat kerana jarak antara saya dengan mangsa kira-kira lima meter. “Mangsa tidak menoleh mahupun berkata apa-apa apabila saya menjerit kepadanya, sebaliknya terus terjun melalui tingkap di tangga kecemasan tempat meletak kereta di bangunan berkenaan,” katanya. Seorang penjual ikan, Mohd Ali Abdullah, 60, berkata ketika kejadian, dia sibuk melayan pelanggannya di belakang bangunan berkenaan sebelum mendengar bunyi kaca pecah dan melihat seorang lelaki jatuh dari tingkat atas bangunan itu. “Saya tidak mendengar mangsa menjerit dan hanya mendengar bunyi kuat apabila mangsa terhempas ke jalan dalam keadaan yang agak mengerikan,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, mangsa ditemui mati tertiarap di Jalan Sultan Idris Shah akibat cedera parah di kepala dan beberapa bahagian badan.
hmetro

SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Demo: Pelajar UKM dicekup di masjid



Dua pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditahan ketika berdemonstrasi membantah keputusan pilihan raya kampus di dua fakulti universiti berkenaan.

Kedua-dua aktivis kumpulan pro-Mahasiswa (pro-M) itu - Muhammad Huzaifah Jusof Khadidi dan Muhd Zarimi Mohamad @ Abdullah - ditahan di masjid universiti berkenaan pada jam 3 petang tadi.


Mereka bagaimanapun dibebaskan 30 minit selepas itu dan diminta ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Kajang petang ini untuk memberikan keterangan.

Difahamkan sebelum itu berlaku pergelutan kecil antara pihak polis dan kumpulan pelajar.

Seorang pemimpin kumpulan tersebut memberitahu Malaysiakini, bermula jam 2.30 petang tadi, kira-kira 200 mahasiswa berdemonstrasi membantah keputusan pilihan raya kampus di dua fakulti.

Difahamkan pro-M menganjurkan demonstrasi tersebut bagi membantah keputusan pilihan raya di Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Alam Bina yang didakwa tidak tepat.


"Mengikut kiraan kita, kita menang di kedua-dua fakulti tersebut, tetapi keputusan yang diumumkan berbeza," kata sumber berkenaan.

Kira-kira 30 polis mengawal keadaan sejak sebelum waktu solat Jumaat lagi.

Dalam pilihanrayanya semalam, pro-M tewas di tangan musuh tradisi pro-A. Mereka mendapat 15 kerusi berbanding 19 yang dimenangi pro-A. Bebas mendapat 1 kerusi.

malaysiankini


SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Enjin Jet : Laporan PAC Banyak Kesangsian


Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) hanya menimbulkan lebih banyak kesangsian apabila mendakwa tidak ada pihak atasan Tentera Udara Diraja Malayia (TUDM) yang terbabit dalam kecurian dua enjin jet pejuang dua tahun lalu.

Pengerusi PAC Datuk Seri Azmi Khalid berkata pihaknya mencapai rumusan itu kerana tidak ada rekod TUDM digunakan untuk membawa keluar dua enjin berkenaan.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail mempersoalkan hasil siasatan itu dan menyifatkan laporan itu sebagai longgar dan perlu diperjelaskan dengan lebih teliti.

"Buat masa nie yang mengatakan tidak ada pihak atasan terlibat ini adalah satu persoalan yang besar. Adakah ia dicuri ? Kalau dicuri, soal keselamatan mereka kita pertikaikan. Tapi kalu kata dikeluarkan, bukan dicuri, bagaimana benda sebesar ini memerlukan kelulusan dari penjawat bawahan saja," kata Azan.

"PAC telah memberikan kita gambaran bahawa kaedah pengurusan pengendalian aset- aset kerajaan yang menuntut tahap keselamatan yang tinggi tidak diuruskan dengan baik setakat ini," tambahnya lagi.

Azan berkata orang awam tidak akan menerima penjelasan bahawa dua enjin jet pejuang boleh dibawa keluar dari negara ini, tanpa keperluan dokumen dan prosedur ketat.

"Benda tu perlu diangkat keluar dan melalui satu prosedur yang ketat. Ia perlukan semakan ketua komanden DEPO dan banyak lagi prosedurnya. Tapi hilang juga,"katanya.

"Mungkin benda itu dirancang dengan melibatkan individu yang mempunyai tanggungjawab yang ketat," hujahnya lagi.

Azan berkata hasil siasatan PAC perlu diperinci dan dibahas di Parlimen dan tidak boleh diterima secara bulat.

"Bila PAC kata tidak ada orang atasan yang terlibat, kita masih tidak boleh buat apa- apa tindakan sebab PAC hanya keluarkan kenyataan itu selepas bermesyuarat sesama mereka dan saya yakin perkara ini akan dibentangkan diparlimen bulan 3 ini," katanya.

"Saya akan mula mengkaji isi kandungan laporan itu dari semua sudut, prosedur, pengauditan, siasatan pengurusan kita akan tengok," katanya.

Sidang Parlimen dijangka kembali bersidang Mac ini.

tvs


SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Diperkosa 20 kali

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim

KUALA LUMPUR: Dia dirogol hampir 20 kali oleh teman lelaki kakak angkatnya sebaik melarikan diri dari rumah.

Sepanjang tempoh itu, dia dijadikan tempat pemuas nafsu lelaki yang berusia lewat 20-an yang bagaikan mendapat kerelaan daripada kakak angkat mangsa sendiri. Malah, setiap kali mangsa dinodai lelaki durjana itu, wanita berkenaan yang juga kekasihnya turut berada di lokasi sama. Itulah nasib malang terpaksa dilalui seorang remaja berusia 14 tahun akibat melarikan diri dari rumahnya selepas diperangkap pasangan kekasih itu. Semuanya bermula kira-kira enam bulan lalu, apabila remaja terbabit yang tinggal di Tapah, Perak melarikan diri ke ibu kota selepas diperdaya pasangan kekasih itu. Difahamkan, pasangan kekasih itu hanya mengambil masa sebulan untuk memerangkap remaja mentah terbabit mengikut mereka dengan mengumpan kebebasan hidup di ibu kota. Sumber berkata, sejak melarikan diri, mangsa tinggal bersama pasangan itu di sebuah rumah kedai di Ampang. “Selepas beberapa hari mendiami rumah berkenaan, lelaki terbabit mula menunjukkan belang dengan merogol mangsa. “Lebih menghairankan apabila kakak angkat yang juga kekasih lelaki terbabit bagaikan merelakan perbuatan itu. “Malah, wanita berkenaan mampu tersenyum setiap kali menyaksikan kekasihnya itu merogol mangsa,” katanya. Akibat tidak tahan dengan perbuatan keji itu, mangsa menghubungi ahli keluarganya sebelum dijemput pulang ke kampung halaman. Namun, belum sempat sebulan remaja itu tinggal di rumahnya, pasangan kekasih itu datang sebelum melarikan mangsa ke ibu kota. Sumber berkata, sebaik ke ibu kota, pasangan itu ‘menyembunyikan’ mangsa di sebuah rumah di kawasan Puchong di sini, bagi mengelak ahli keluarga mangsa datang menjemputnya semula. “Mangsa diperlakukan seperti sebelumnya.

Dia terus dinodai berulang kali oleh lelaki terbabit,” katanya. Akibat tidak tahan dengan perbuatan itu, mangsa menghubungi pihak berkuasa sebelum melaporkan kejadian berkenaan. Mangsa diselamatkan beberapa anggota dari Balai Polis Puchong sebelum dia dihantar ke Balai Polis Tapah, untuk tindakan dan siasatan lanjut. Difahamkan, ahli keluarga mangsa bergegas ke balai polis berkenaan sebaik dimaklumkan dan ketika itulah remaja malang itu memberikan keterangan kepada pihak berkuasa. Sehubungan itu, kes berkenaan dirujukkan semula ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang untuk siasatan dan tindakan lanjut. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan namun enggan mengulas lanjut.
hmetro

SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Menantu Nik Aziz letak Jawatan

KOTA BHARU: Kontroversi desakan Menantu Menteri Besar Kelantan, Abdul Ariffahmi Abd Rahman melepaskan jawatannya lebih awal sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) kini berakhir apabila beliau secara rasmi berbuat demikian semalam.

Abdul Ariffahmi, yang pada awalnya mengumumkan peletakan jawatannya akan berlaku pada Mac depan, digantikan oleh Timbalan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Ir Mustafa Salleh.

Pengarah Pilihan raya PAS Kelantan Abdul Fatah Harun mengesahkan peletakan jawatan Abdul Ariffahmi itu.

Sumber kerajaan negeri memberitahu Bernama petang ini, upacara penyerahan tugas antara kedua-dua pegawai kanan berkenaan telahpun diadakan di Pejabat PMBK di Jalan Kuala Krai, semalam.

Mustafa, 44, yang tamat tugasnya sebagai Timbalan CEO PKINK 31 Jan ini dijangka memulakan tugas baru di PMBK pada 1 Febuari. Bagaimanapun, sumber itu tidak pula menyatakan jawatan baru Abdul Ariffahmi.

Isu peletakan jawatan Abdul Ariffahmi menimbulkan kontroversi setelah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan berlaku penyelewengan dalam perbadanan di bawah pentadbiran beliau, menyebabkan PAS pusat mendesak beliau meletak jawatan bagi menjaga imej parti.

Menteri Besar Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini mengesahkan Abdul Ariffahmi akan meletakkan jawatannya dalam masa terdekat sebagai mematuhi saranan PAS Pusat.

Bagaimanapun, beliau mengakui tidak sedar membuat kesilapan dalam melantik menantunya kerana pelantikan itu mengikut prosedur dan dalam pengetahuan anggota-anggota Exco.

Sementara itu, sumber PKINK berkata, jawatan Timbalan CEO perbadanan itu belum diisi dan belum ada calon yang disebut akan menggantikan Mustafa.

Bagaimanapun, katanya, penyandang jawatan itu akan ditentukan oleh Menteri Besar, yang juga Pengerusi PKINK dengan persetujuan anggota Lembaga Pengarah. Abdul Ariffahmi tidak dapat dihubungi untuk memberikan komen. -BERNAMA
mstar

SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Keputusan TM Liga Perdana 29 Januari 2010






Sabah 4 : 0 MP Muar


Sarawak 0 : 3 ATM


USM FC 0 : 1 Harimau Muda


Melaka 1 : 2 Selangor PKNS


Pos Malaysia 2 : 4 Felda United



PDRM 1 : 0 Shahzan Muda





SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Jumaat, Januari 29, 2010

DPPP Bidas Kelembapan Kerajaan



1. Negara amnya dan ummat Islam khasnya sekali lagi berada dalam keadaan resah dan tidak selesa dengan perkembangan terkini berkait isu kepala babi yang diletakkan di perkarangan 2 buah masjid Taman Datuk Harun di Petaling Jaya dan Masjid Al-Imam Al-Tirmizi, Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama.

2. Sebelumnya negara kita cemas dengan insiden pembakaran gereja dan surau ekoran polemik penggunaan kalimah Allah menjadi isu panas dalam negara .

3. Pihak yang tidak bertanggungjawab cuba mengeksploitasi keadaan dengan melancarkan tindakan provokatif yang mencetus ancaman terhadap tahap keselamatan rakyat dan negara .

4. Keadaan ini perlu diredakan segera . Keamanan negara mesti dipelihara . Semua pihak bertanggungjawab dengan pantas menghentikan segala tindakan dan kenyataan yang bersifat provokatif .

5. Dewan Pemuda PAS Malaysia komited dengan tindakan yang positif ke arah menyelesaikan konflik yang tercetus . Tanpa kawalan cepat , berkesan dan bijak keadaan mungkin berjaya dimanipulasi oleh pihak yang sengaja mengambil kesempatan untuk menimbulkan huru hara dalam negara kita .

6. Kerajaan sebagai pihak bertanggungjawab memelihara keamanan dan kesejahteraan rakyat yang berbilang kaum dan agama janganlah lembab dan lambat bertindak seperti mahu membiarkan keadaan semakin parah . Satu demi satu kejadian yang menimpa negara pada hari ini tidak boleh dibiarkan berlarutan . Kerajaan mesti mengambil tindakan tegas dan serius agar negara kembali berada dalam keadaan tenteram dan rakyat yang berbilang kaum dan agama dalam negara ini kembali rasa selamat .

7. Dewan Pemuda PAS Malaysia tidak percaya kerajaan tidak mampu bertindak segera . Selain mengambil tindakan untuk menyiasat , kerajaan juga mesti dilihat telus dan tidak teragak - agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang mencetuskan provokasi dan mengancam keselamatan negara . Keselamatan negara dan rakyat mesti diutamakan mengatasi kepentingan peribadi dan parti .

8. Sementara itu , Dewan Pemuda PAS Malaysia mengharapkan agar seluruh rakyat bertenang dan tidak cepat terpengaruh dengan agenda pihak tertentu yang sengaja mahu menimbulkan hura hara dalam negara dan sekaligus mengambil manfaat dari kekalutan yang timbul . Awasi diri dari perangkap politik kebencian dan balas dendam juga politik opurtunis . Golongan ini hanya mahu mencari kepuasan diri dan hanya menjaga kepentingan mereka . Mereka abaikan kepentingan negara dan maslahah ummah .

9. Semua pihak , khasnya ummat Islam sangat dialu - alukan agar bersatu dalam menangani konflik ini dengan cermat , bijak dan berjiwa besar dengan mengenepikan kepentingan politik kepartian sebaliknya meletakkan masa depan negara yang harmoni dan sejahtera . Seterusnya menumpukan usaha untuk membasmi korupsi , penyalahgunaan kuasa serta penindasan dalam apa jua sektor samaada politik , ekonomi mahupun sosial .

10. Saya juga sangat berharap agar Islam dijadikan asas untuk ummat bersatu dan dahan kukuh tempat berpaut . Hindari semangat perkauman yang sempit dan jauhi sebarang provokasi yang licik dari pihak yang tidak bertanggungjawab .


episodeperjuangan


SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

MENCARI PENIPU BESAR DI SEBALIK ROYALTI MINYAK

28 Jan 10:

Aneh sekali, ketika rakyat terdedah dengan pelbagai sumber maklumat tiba-tiba ada pemimpin yang bertaraf menteri menafikan perjanjian di antara kerajaan negeri dan Petronas pada 1975.Tanpa segan silu menteri terbabit mendakwa Akta Kemajuan Petroleum 1974 terbatal dengan adanya perjanjian Kawasan Pembangunan Bersama Malaysia Thailand 1979.

Itulah perkara yang berlaku pada forum Wang Ehsan bertajuk ‘Antara Retorik Politik dan Keperluan Rakyat’ di sebuah hotel lima bintang di sini, malam tadi.


Ahli panel forum itu, Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, timbalannya Datuk Dr Awang Adek Hussin dan anggota Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali.

Manakala Pengarah Universiti Teknologi Mara cawangan Kelantan, Datuk Prof Dr Hussin @ Mohamad Abdul Rahman sebagai pengerusi.

Akhbar melaporkan lebih 5,000 orang ramai hadir pada forum berkenaan, sedangkan kelihatan lebih banyak kerusi kosong.

Mereka yang diwajibkan hadir ialah pemimpin-pemimpin Umno dan kakitangan kerajaan persekutuan terutamanya warga pendidik.

Malang sekali tradisi menafikan fakta seperti menjadi satu mainan bagi pemimpin Umno di era sekarang.

Pembaca tentu masih ingat harga dua jet pejuang pada awalnya disebut RM50 juta setiap satu. Tiba-tiba sekarang sudah jadi RM400,000 pula. Siapa yang memperbodohkan rakyat dalam isu ini.

Lagi nampak kurang matang apabila dakwaan kehilangan dua enjin jet pejuang milik TUDM pada 2007 dikatakan tidak berlaku sebarang penyelewengan di peringkat tertinggi.

Maknanya prebetlah yang buat kerja mencemar kedaulatan negara tersebut. Inilah sandiwara yang berterusan berlaku di Malaysia selagi akar umbi agama diketepikan.

Nampaknya siri cerita dongeng tidak berakhir di situ. Sekarang cerita pak kaduk diteruskan pemimpin Umno di Kelantan. Malang sungguh bagi rakyat di Jeli mengangkat seorang pemimpin seperti Mustapa sejak 2004.

Rakyat di Jeli tidak sepatutnya bersubahat dengan agenda sulit yang memperlihatkan agenda politik peribadi. Mampukah rakyat di sana terhibur dengan hanya menyaksi dari luar pagar bangunan cantik MRSM dan projek politeknik dan kampus Universiti Malaysia Kelantan tersergam di Jeli.

Sedangkan duit royalti mahu disihirkan menjadi wang ihsan. Sepatutnya rakyat di Jeli sudah tidak keluar menoreh lagi kerana di situ sudah pelbagai projek dibawa Mustapa.

Berbalik kepada cerita asal tadi, nampak sangat pemimpin Umno menyembunyikan perkara sebenar. Akta Kemajuan Petroleum 1974 bagi mereka sudah lusut dan tidak terpakai lagi.

Sedangkan akta itulah yang mengikat Petronas membayar royalti kepada Terengganu, Sabah dan Sarawak. Tiba-tiba dalam konteks Kelantan disebut pula perjanjian itu sudah lapuk.

Maka mengambil kira kedegilan itulah bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas menganggap pemimpin terbabit sebagai penderhaka.

Malam tadi Mustapa menjelaskan kerajaan Persekutuan mahu membayar sebanyak RM20 juta wang ihsan kepada Kelantan Mac depan.

Menurutnya perbincangan dengan Petronas menghasilkan jumlah wang tersebut. Kata beliau lagi ia merupakan hasil pengeluaran minyak dan gas di Medan Bumi Selatan, Blok PM301 berdekatan dengan perairan Kelantan.

"Jumlah RM20 juta itu merupakan nilai lima peratus daripada jumlah keseluruhan hasil di blok tersebut sejak Mei 2008," katanya.

Sedangkan sebelum ini beliaulah yang menafikan hak Kelantan ke atas royalti. Orang kampung masih ingat pemimpin itu bernama Mustapa dan Awang Adek.

Sejak Julai sehingga awal November, mereka menolak mentah-mentah hak rakyat Kelantan ke atas royalti. Macam-macam alasan yang sukar difahami orang di Jeli dan Bachok diberi.

Namun, tiba-tiba selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengakui akan membayar royalti dalam bentuk ihsan kepada Kelantan, akhirnya kedua pemimpin terbabit terpaksa mengikis malu.

Kalau sekadar berlapik alasan dengan menyebut pengeluaran minyak di Blok PM302 dituntut bersama Thailand, mengapa pula Songkhla difahamkan sudah lama menerima royalti daripada kerajaan Siam.

Sedangkan minyak dan gas digerudi di perairan Kelantan sejak 2004.

Mustapa mendakwa hasil diperolehi dikongsi bersama hanyalah sebanyak RM800 juta. Kata beliau hasilnya tidak boleh diberikan kepada Kelantan kerana ia merupakan kawasan bertindih dua negara.

Jadi timbul kemusykilan, apa pula makna RM20 juta yang disebut wang ihsan di awal tadi.

Amat malang sekali bagi rakyat Kelantan yang menyokong Umno. Sebelum ini mereka mengharap ada pemimpin yang lebih berwibawa berbanding dengan Tan Sri Annuar Musa.

Rupa-rupanya tidak. Penyokong Umno terpaksa menunggu 10 tahun lagi untuk mengimpikan pemimpin yang benar-benar jujur.

Biar pun didakwa lebih 5,000 hadir pada forum malam tadi, Umno tetap bimbang kehadiran Tengku Razaleigh Hamzah malam esok di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV.

Tengku akan menjelaskan perkara sebenar. Pencarian siapa pembohong alaf baru akan menjelma malam esok.

Apakah pagi Jumaat nanti, Mustapa dan Awang Adek bekejar-kejar mencari media mahu menafikan penjelasan Tengku pula.

Banyak pihak melihat itulah yang akan dilakukan kedua-dua pemimpin kelahiran Bachok selagi ada kuasa di tangan mereka.

Maka tidak hairanlah penganjur majlis penjelasan royalti rakyat cuba diganggu.

Urusetia Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) dan lain-lain pihak yang terbabit mendakwa menerima pelbagai ugutan.

Apakah tanggungjawab untuk merungkai perkara sebenar seperti menelan jadam yang terlalu pahit.

oleh:M Faqih

dmptapah


SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Jangan tunggu lama-lama...

YB ZUL , JANGAN TUNGGU KEPUTUSAN PARTI

Oleh: WFAUZDIN NS

PKR tidak mampu lagi memelihara orang seperti YB Zul ini. Meskipun PKR masih cuba berlaku adil kepada YB Zul ini, tetapi sikap ego, bongkak dan sombong YB Zul yang mengugut akan keluar dari parti dan dihebahkan kepada media merupakan satu tindakan yang membuat ramai yang meluat dengannya. PKR kini tiada alasan untuk tidak memecat YB Zul. Satu-satunya cara untuk memberi keadilan hakiki kepada YB Zul adalah `melepaskannya' untuk mencari parti yang lebih Islamik dari PKR dan PAS. Mungkin Umno lebih Islamik pada pandangan YB Zul.

Seandainya (digalakkan) YB Zul keluar dari PKR, adakah PAS sudi terima orang yang `berotak' seperti YB Zul ini? Jika PAS terima juga, bijaklah begitu. Seandainya pula YB Zul ini melutut kepada Umno, itu tidak menghairankan dan YB Zul boleh berjuang agar Umno akan tegakkan Islam di negara kita ini terutamanya di bawah Najib. Jika bukan PAS, bukan Umno maka mustahil YB Zul bersama MIC, MCA mahu pun DAP. Maka, tempat yang boleh YB Zul fikirkan adalah bersama raja katak Berahim Ali.

Sekali lagi kita merayu, tersangatlah merayu agar YB Zul segera letakkan jawatannya sebagai MP Kulim Bandar Baru dan keluar dari PKR seberapa segera. Tidak perlulah ditunggu apa keputusan Lembaga Disiplin PKR kalau hati dah terpaut ke tempat lain. Segeralah keluar dari PKR jika YB Zul benar-benar anak jantan bukan sekadar mengugut macam budak-budak. Kita tengok pun puak-puak Umno sudah menganga mulut tidak sabar menantimu, wahai YB Zul./Kembali ke laman asal di sini.


SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Tol dijangka naik lagi!

Menurut laporan kajian Maybank investment bank, terdapat 10 lebuh raya dalam negara yang akan dikaji semula harga tol-nya pada Januari tahun ini. Menurut kontrak konsesi lebuh raya, lapan lebuh raya sepatutnya menaikkan harga pada tahun 2009, tetapi ditangguhkan selama setahun.

Menurut jadual waktu, kadar tol lapan lebuh raya berikut akan dikaji semula pada Januari tahun ini, iaitu NKVE, Federal Highway R2, Kajang Ring Road, SPRINT, NPE, Besraya, Penang Bridge dan Ampang Elevated.

Selain itu, dua lebuh raya yang ditangguhkan kenaikan tolnya pada tahun 2008 dan 2009, dengan pampasan oleh kerajaan, iaitu PLUS’ North South Expressway dan East Coast Expressway 1, juga dijangka akan dikaji semula kadar tolnya pada tahun ini.

Antaranya, PLUS’ North South Expressway yang dijangka menaikkan kadar tol sebanyak 10% pada tahun 2008, telah ditangguhkan selama dua tahun, dengan pampasan daripada kerajaan sebanyak RM375juta (telah dibayar RM278juta). Di samping itu, East Coast Expressway 1 juga dibenarkan menaikkan tol pada kadar 10% tahun 2009 menurut perjanjian, tetapi ditangguhkan buat setahun.

Menurut laporan kajian bank pelaburan tersebut, hasil kaji semula kadar tol sepatutnya dihabiskan pada Disember tahun lalu, dan dijangka akan dibincangkan dalam mesyuarat kabinet seterusnya. Oleh kerana kadar tol isu yang "sensitif", yang perlu dikendalikan kerajaan secara berhati-hati, maka hasilnya diramalkan akan diumumkan pada akhir Januari atau awal Februari, tahun ini.

Seandainya kerajaan menyerap "penambahan" kadar tol tersebut, maka kerajaan perlu mencari keseimbangan, antara kesan kenaikan tol kepada ekonomi secara keseluruhannya, dengan mengurangkan subsidi untuk meringankan tekanan defisit (perbelanjaan melebihi pendapatan).

Kenaikan tol ringankan beban kerajaan

Kerajaan persekutuan terpaksa mengemukakan pakej ransangan ekonomi sebanyak RM67 bilion untuk berdepan dengan krisis ekonomi global. Lantaran itu, defisit belanjawan negara kita melonjak ke 7.4%, paras tertinggi dalam tempoh 22 tahun kebelakangan.

Kerajaan Najib telah menyatakan niatnya untuk menurunkan paras defisit kepada 5.6% dalam Belanjawan 2010, dengan keutamaannya untuk mengurangkan kos operasi dan subsidi. Penganalisis OSK Research meramalkan bahawa kerajaan akan memilih untuk menaikkan kadar tol, sebagai langkah mengurangkan defisit, berasaskan keputusan mengurangkan subsidi gula baru-baru ini.

Seorang lagi penganalisis menyetujui pandangan ini, menganggap kerajaan mungkin memilih "biar sakit sekaligus"-iaitu mengangguk kepada kenaikan harga tol, agar meringankan beban subsidi kerajaan dalam isu tol sewenang-wenangnya.

Sememangnya, kenaikan tol adalah satu dasar yang tidak popular dalam politik, terutamanya untuk parti pemerintah, Barisan Nasional. Kerajaan Persekutuan mungkin memilih untuk melanjutkan tempoh kontrak, sebagai syarat tidak menaikkan harga tol, atau membayar subsidi kepada syarikat konsesi, sebagai syarat mengekalkan keadaan asal, malah menurunkan kadar tol.

Bagaimanapun, syarikat konsesi akan terlindung di bawah perjanjian yang berat sebelah, walau apa pun keputusan. Syarikat konsesi kekal sebagai pihak yang mengaut untung bersih. Kerajaan persekutuan pula perlu berdepan dengan dilema, antara mengorbankan rakyat atau mengorbankan dirinya.

Seandainya kerajaan memilih untuk mengekalkan kadar tol dengan bayaran pampasan (daripada kerajaan), maka kerajaan perlu menanggung beban subsidi yang berat. Sekiranya diambil contoh PLUS’ North South Expressway, kerajaan telah membayar pampasan sejumlah RM2.8370 bilion, bersamaan puratanya RM1.4185 bilion setiap tiga tahun. Seandainya dikira berdasarkan skala ini, dari tahun 2010 hingga 2038 (tamatnya tempoh kontrak konsesi), kerajaan perlu membayar pampasan sekurang-kurangnya RM13.71217 bilion kepada PLUS.

Namun, seandainya kerajaan memilih untuk mengorbankan rakyat, memberi lampu hijau kepada kenaikan tol, maka akan menjurus kepada peningkatan kadar inflasi dan menghakis daya beli pengguna, dan mengurangkan pendapatan boleh guna rakyat.

Perlu diingatkan, punca utama kenaikan kadar tol bukannya berasal dari peningkatan kos atau tekanan inflasi, sebaliknya berasaskan haknya untuk menaikkan kadar tol setiap tiga tahun, sebagaimana yang termaktub dalam perjanjian. Syarikat konsesi tetap untung walaupun tidak dikira pampasan yang dibayar. Misalnya, untung selepas cukai syarikat PLUS pada tahun 2008 ialah RM1 bilion, setelah ditolak wang pampasan, masih meraih untung bersih sejumlah RM270 juta.

Pada hakikatnya, kewujudan perjanjian syarikat konsesi adalah salah satu punca inflasi. Kadar tol lebuh raya hanya mencakupi 0.86% dalam CPI (Consumer Price Index), yang menjadi kayu ukur inflasi. Seandainya dilihat dari angka, jelas kesan tol terhadap inflasi adalah lebih rendah berbanding makanan dan bahan api.

Namun, kenaikan kadar tol akan memberi kesan kepada kos pengangkutan, yang sememangnya akan membawa kesan rantaian. Peningkatan kos akan menimpa perkhidmatan penghantaran dan pengangkutan awam. Secara umumnya, pengusaha pengangkutan akan memindah kos tersebut kepada pengguna. Jadi, kita tetap gagal mengelakkan diri daripada kesannya walaupun bukan pengguna lebuh raya.

Rakyat yang baru melalui kenaikan harga gula dan roti kini berkemungkinan besar berdepan dengan kenaikan harga minyak dan kadar tol, malah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST, Goods and Services Tax) yang bakal diperkenalkan. Tekanan inflasi semakin memberat. Seandainya tiada jaring pengaman sosial (social safety net), atau pendapatan gagal mengejar rentak inflasi, maka rakyat mungkin terjerat dalam bingkai "working poor", meskipun survive dalam zaman inflasi tinggi ini.


MerdekaReview



darisungaiderhaka


SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Kepala Hancur Digilis Treler







Jalan Lingkaran Tengah 2

Bandar Tasek Selatan





Dia dalam perjalanan ke tempat kerjanya dengan menunggang motosikal.



Bagaimanapun, malang memang tidak berbau, apabila motosikalnya dipercayai bergesel dengan sebuah kenderaan sebelum mangsa terjatuh.





Kemalangan berlaku kira-kira jam 9 pagi di Jalan Lingkaran Tengah Dua (MRR2) dari arah Ampang ke Bukit Jalil berhampiran Wisma Edutech Bandar Tasik Selatan.





Sebuah treler yang mengekori dari belakang, gagal mengelak lalu menggilis kepala mangsa.





Sebuah kereta juga gagal mengelak.





Mangsa, Remmy Roslan, 23 tahun, dari Taman Sri Sentosa,Bentong Pahang ,maut ditempat kejadian akibat kecederaan teruk di kepala dan badan.





Difahamkan, pemandu treler dan kereta terbabit terus membuat laporan di balai polis berdekatan setelah kejadian berlaku.





Orang ramai yang menyaksikan kemalangan itu menjadi pilu  apabila melihat sebotol bekas air dan sebungkus roti bertaburan dijalan raya ,dipercayai untuk sarapan paginya yang tidak sempat dijamah.



Polis terpaksa menutup dua lorong di jalan ini berikutan cebisan daging mangsa yang bertaburan di atas jalan.





Sesiapa yang menyaksikan kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan dibalai polis berhampiran atau menghubungi talian Rakancop -



03-21159999.


ondscene


SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Khir Toyo saman ADUN Sekinchan



Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo memfailkan saman fitnah terhadap ADUN Sekinchan Ng Suee Lim kerana mendakwanya memiliki kediaman mewah gaya Bali di Shah Alam bernilai RM24 juta.


Ketika ditemui Malaysiakini, Ng mengesahkan menerima saman tersebut semalam dan bersedia mempertahankan dirinya di mahkamah.

"Saya akan cabar saman yang difailkan Dr Khir," kata Ng.

Ekoran itu, tambahnya, beliau telah melantik ADUN Kota Alam Shah, M Manoharan sebagai peguam bagi menangani kes tersebut.

Ng bagaimapun berkata, butiran terperinci saman tersebut hanya akan didedahkannya kepada media esok.


Ng sebelum ini mendakwa Dr Khir memiliki rumah seluas 50,000 kaki persegi yang dianggarkan bernilai RM20 juta. Manakala tanahnya pula didakwa dibeli dengan harga RM3.8 juta.

Dr Khir bagaimanapun dilaporkan menafikannya dengan berkata, tanah dan rumah tersebut hanya bernilai RM4 juta.

malaysiakini


SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive