Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Ogos 31, 2010

GAMBAR "SUPERIMPOSE YAB LIM GUAN ENG SEMBELIH LEMBU KORBAN"

Lihat sendiri lah BETAPA CELAKANYA UMNO membuat FITNAH dengan Superimpose kononnya Sdr. LGE menyebelih lembu korban, pada peristiwa ini berlaku di dalam Negeri Perak yang dirasmikan oleh DS Nizar Jamaluddin, dan Sdr. LGE tidak hadir pun. Ya Allah perturunkan balasan mu kepada puak puak UMNO yang bersubahat membuat FITNAH ini, Aminnnn

Umno Memang Celaka !!
Umno juara fitnah, cetus sentimen agama

KUALA LUMPUR, 31 Ogos: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) kesal kerana Umno terus memainkan intrumen fitnah bagi memburukkan Imej PAS dan Pakatan Rakyat, walaupun masih berada dalam bulan Ramadhan.


Pemangku ketuanya, Herman Samsudeen berkata, tindakan cybertrooper Umno yang menggunakan nama "PAS Beruk" mencipta dan menyebarkan gambar super impose yang kononnya Lim Guan Eng sedang menyembelih lembu korban untuk umat Islam dengan tagline "Sanggupkah kita lihat jika jadi begini? Dalil apa lagi nak halalkan perbuatan DAP??" adalah keterlaluan dan sengaja mencetus sentimen agama.

“DPPWP kesal kesal budaya fitnah terus membiak dalam Umno walaupun dalam bulan Ramadhan ini. Begitu jauh mereka tersasar dari hidayah Allah,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Baginya, demi kepentingan politik mereka, gambar sedemikian dicipta, walhal gambar sebenar adalah menunjukan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sedang menyembelih lembu korban untuk rakyat.

Katanya, gambar berkenaan sengaja direka dengan harapan rakyat melihat bahawa kerjasama PAS dan DAP kononnya merosakan Islam.

“Hal sebegini sudah berakar umbi dalam Umno sehingga diwarisi oleh anak-anak muda hingusan yang baru bersama Umno,” katanya.

Sebelum ini, media Umno-Utusan Malaysia memutar belitkan fakta dengan menyebarkan kepada rakyat yang ahli parlimen DAP Serdang, Teo Nie Ching beri 'tazkirah' dalam surau di mana ucapan aluan sengaja ditukar kepada 'tazkirah' bagi mencetuskan polemik awam.

Dua hari lepas, Tan Sri Zainuddin Maidin yang juga mantan Ketua Penerangan Umno pula menyebarkan fitnahnya dengan mengatakan PAS mahu rampas harta Cina semasa peristiwa 13 Mei dan PAS kononnya turut menyokong tindakan Indonesia menyerang Malaysia semasa konfrontasi.

“Semua ini adalah fantasi Umno. Kini mereka bermain gambar pula, sama seperti gambar Zaid minum arak yang mereka cipta di Hulu Selangor. Tindakan ini menunjukan Umno semakin kehabisan modal untuk burukkan PAS dan Pakatan rakyat,” katanya lagi.

Sehubungan itu, DPPWP berharap pemimpin dan ahli Umno bertaubat.

Katanya, semakin banyak fitnah disebar, semakin terdedah keburukan Umno, semakin banyak fitnah disebar, semakin meluat rakyat kepada Umno.

“Malulah kepada bukan Islam, malulah kepada umat Islam, malulah kepada Allah kerana perbuatan fitnah ini begitu jijik dan jauh lebih dahsyat dari membunuh. Ianya tidak akan diterima oleh mana-mana kaum dan agama sekalipun,” ujarnya lagi.


atsixty-zakriali.blogspot.com


UMNO Semakin Takut DAP Makin Rapat Dengan Orang Melayu/Islam



Isu YB Teo masuk ke surau ini menampakkan betapa takutnya UMNO dengan perkembangan DAP yang terbaru. Berbeza dengan wakil-wakil rakyat MCA dan MIC, wakil2 rakyat dan pimpinan DAP dengan berbesar hati melayan serta memenuhi jemputan berbuka puasa dan majlis-majlis agama Islam yang dianjurkan oleh masjid-masjid dan surau-suaru seluruh Malaysia. Hanya perlu jemput dan mereka akan hadzir. Apa yang dilakukan oleh wakil-wakil rakyat DAP ini TIDAK PERNAH DILAKUKAN oleh wakil-wakil rakyat MCA dan MIC dibawah pemerintahan BN.

UMNO GUSAR FITNAH MEREKA SEMAKIN TIDAK MENJADI

Sedar atau tidak, setakat ini UMNO tiada isu yang mereka hendak ketengahkan. SAtu-satunya isu mereka adalah kononnya pemerintahan Malaysia akan diambil alih oleh DAP yang anti ISlam dan anti Melayu.

Dengan kata lain, satu-satunya isu yang sedang menyelamatkan UMNO sekarang ini adalah kempen menakutkan orang Melayu kepada DAP.

Namun, tampaknya seperti kempen ini semakin menuju kegagalan kerana rajinnya wakil2 rakyat DAP dan pimpinan DAP hadzir dalam program2 masjid dan surau.

Gambar dalam artikel ini adalah gambar pimpinan DAP PJ Utara yang menghadiri majlis berbuka puasa bersama PAS PJ Utara di Masjid Al Hidayah tahun lepas. Ini adalah salah satu contoh sahaja. PErkara ini berlaku seluruh Malaysia terutama di negeri yang dimenangi oleh PAkatan Rakyat.

Fenomena ini ditakuti UMNO. Lantas mereka mempolitikkan isu ini dengan menggunakan pelacur mereka bernama Khusrin Munawi. Khusrin pula melacurkan JAIS demi menyempurnakan cita-cita politik murahan UMNO dan Barisan Nasional.

Khusrin telah sanggup mengharamkan perkara yang tidak diharamkan oleh ulama-ulama besar seperti Imam Nawawi dan ulama2 syafieeah yang lain.

Sedih saya melihat kejahatan UMNO yang sanggup melacurkan JAIS demi mencapai cita-cita politik murahan mereka.

AJK MASJID HANYA MAHU MERAPATKAN PIMPINAN DAP KEPADA ISLAM

Contoh di bawah menunjukkan AJK2 Masjid menghadiahkan Al Quran terjemahan kepada YB Lau dan YB Tony Pua sewaktu lawatan berbuka puasa mereka. Pihak AJK2 Masjid dan surau berbesar hati menjemput wakil2 DAP memberi ucapan kerana bagi mereka merapatkan hubungan ini adalah satu bentuk dakwah.

UMNO tidak reti konsep dakwah. Mereka lebih rela menghalalkan judi dan arak dari berdakwah kepada orang bukan ISlam di Malaysia.

Jangan kita berhenti melakukan perkara ini hanya kerana UMNO tidak suka. Juga, jangan kita takut dengan Khusrin kerana Khusrin adalah PELACUR UMNO semata-semata. Tidak perlu takut dengan mereka sama sekali.










Tulang Besi


malaysiawaves

Tidak serik : melacur di restoran

10 pelacur restoran ditahan


2010/08/30

PETALING JAYA: Tidak serik! Walaupun baru diserbu lima bulan lalu kerana dipercayai terbabit aktiviti pemerdagangan orang, sindiket sama terus menjalankan kegiatan pelacuran dengan berselindung di sebalik perniagaan restoran di sebuah bangunan di Taman Bukit Mayang, di sini.

Difahamkan, dalang sindiket terbabit memperoleh lesen bagi menjalankan perniagaan makan dan minum di tingkat dua bangunan itu manakala kegiatan tidak bermoral terbabit dilakukan di tingkat tiga yang dilengkapi asrama untuk menempatkan pelacur warga asing terbabit.

Serbuan diketuai Asisten Komisioner Lim Chee Wah dari Jabatan Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor bersama dua pegawai dan 10 anggota kira-kira jam 9.30 malam Khamis lalu menahan 10 wanita warga asing yang melayan pelanggan masing-masing.

Semua mereka berusia 20 hingga 38 tahun itu membabitkan lima warga Indonesia, empat warga Vietnam dan seorang warga China.

Mereka mengenakan bayaran perkhidmatan RM100 hingga RM150 sejam Siasatan awal mendapati urusan tawar-menawar akan dilakukan di restoran itu sebelum berakhir dengan penawaran seks di tingkat tiga bangunan yang dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV).

Turut ditahan ialah dua lelaki tempatan berusia 20 dan 40 tahun yang bertindak sebagai penjaga restoran terbabit manakala lima pelanggan di dalam premis itu dibebaskan selepas diambil keterangan.

Semua warga asing yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 61 (c) dan Seksyen 39 b Akta Imigresen kerana tiada dokumen serta menyalahgunakan pas lawatan sosial.

Manakala pengusaha dan penjaga premis itu ditahan mengikut Seksyen 373 Kanun Keseksaan kerana terbabit menguruskan rumah persundalan.

HM

Umno-BN Mangsakan Satu Juta Pemilik Kenderaan, Pakatan Rakyat Janji Hapus Saman Ekor

Oleh Sidiqin Omar


KUALA LUMPUR 30 Ogos - Kerajaan Umno-Barisan Nasional telah mengeluarkan 10 juta saman ekor serta memangsakan lebih satu juta pemilik kenderaan di negara ini daripada memperbaharui cukai jalan.

Sehubungan itu Pakatan Rakyat berjanji akan memansuhkan terus saman ekor, sekiranya diberikan mandat untuk menubuhkan Kerajaan Persekutuan pada Pilihan Raya Umum ke-13 kelak.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata kejayaan Pakatan Rakyat melalui PAS menangguhkan peraturan yang menyenarai hitamkan pemilik kenderaan yang gagal menjelaskan saman ekor hanya bersifat sementara sehingga 28 Februari 2011.

"Kami berpendapat ini adalah usaha yang berterusan, kerana setiap kesalahan (yang dilakukan), mesti diselesaikan mengikut proses mahkamah. Adalah tidak adil untuk menghukum dengan tidak membenarkan kenderaan pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan, kerana mungkin kesalahan tersebut bukan dilakukan oleh pemilik kenderaan.
"Bayangkan kalau satu saman, kompaunnya berjumlah RM300. Kalau sepuluh juta saman, berapa pula?

"Saman juga mesti diserahkan terus dengan notis kepada pemandu kenderaan, bukan kepada pemilik kenderaan. Contohnya pemilik syarikat kenderaan. Ini akan menimbulkan masalah apabila musim perayaan tiba. Mujur penangguhan ini dilaksanakan," jelas Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Beliau berkata demikian semasa mengedarkan risalah kepada pemandu kenderaan selepas melancarkan kempen kesedaran 3M (Memandu Berhemah, Mansuhkan Senarai Hitam dan Mansuhkan Saman Ekor) yang dianjurkan oleh Jawatankuasa KASE (Kempen Anti Saman Ekor) di Plaza Tol Sungai Besi, petang semalam.

Risalah itu mengandungi maklumat berkenaan saman, saman ekor, hak pengguna jalan raya yang disaman serta petua mengenai keselamatan jalan raya.

Turut hadir pada pelancaran kempen itu termasuk Timbalan Pengerusi KASE, Mohamad Taufek Ghani yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi bersama petugas lain.

Sehubungan itu beliau memaklumkan, KASE akan melancarkan laman sosial facebook sempena pelancaraan kempen 3M ini, di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia, di Gombak pada sebelah malam.

"Ia bertujuan untuk memberi ruang kepada pengguna jalan raya berkomunikasi dengan KASE dan memberikan maklum balas, tindakan susulan dan pembelaan sewajarnya kepada mangsa saman ekor dan mangsa senarai hitam," jelas Mahfuz lagi.

SK

Panas!! Seorang lagi ADUN Wanita DAP memasuki Masjid!!

Soalnya Apakah Puak-Puak UMNO Akan Terus Meracau Melihat Aksi Terbaru YB Ini?



Dan adakah beruk-beruk peliharaan mereka akan terus menangkap dan memasukkan ke dalam mulutnya isu ini? Ala.. macam beruk telan mercun tu lah yang Mat Sabu kata di SINI


******************************************


KUALA LUMPUR, 30 Ogos - Panas! Itulah yang boleh diperkatakan terhadap gambar wakil rakyat pembangkang ini. Biar pun isu panas susulan kes Ahli Parlimen Serdang, YB Teo Nie Ching berada dalam dewan solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral belum berakhir. Kini satu lagi kejutan berlaku, gara-gara tindakan wakil rakyat DAP. Namun, sekali ini ia agak berbeza dan pastinya memberi tamparan hebat kepada puak-puak UMNO BN sebenarnya.



Kini heboh dilaman facebook gambar YB Hannah Yeoh (foto), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Subang Jaya pula masuk ke dalam sebuah masjid di ibu negara. Menurut sumber beliau dipercayai hadir untuk program Iftar Ramadhan disamping menyampaikan sumbaangan derma untuk satu majlis berbuka puasa di Masjid Al-Falah dekat sini.



Apa yang menarik, gaya dan penampilan beliau mengalahkan pemimpin wanita UMNO yang kononnya Islam itu sendiri. Dengan mengenakan baju kurung Melayu dan bertudung, YB Hannah dilihat sungguh anggun bergaya untuk bersama rakyat disitu.



Jika sebelun ini, YB Teo Nie Ching dipertikaikan kerana masuk ke dalam masjid kemudian berucap di ruang solat utama tanpa menutup aurat. Kini segalanya jauh berbeza sama sekali. Dengan penampilan yang penuh adab dan tatasusila itu, apakah akan ada lagi suara-suara sumbang yang mempertikaikan orang bukan Islam masuk ke dalam surau-surau dan masjid seperti yang digembar-gemburkan sekarang ini.



Malah, penampilan YB Hannah Yeoh dilihat lebih Islamik daripada sebilangan besar pemimpin Wanita UMNO yang kononnya mahu bercakap soal Islam itu sendiri. Kini, terbukti bahawa puak-puak UMNO BN mula "terdiam membisu" tanpa sebarang hujjah lagi untuk mempertikaikan "larangan orang bukan Islam" masuk ke dalam rumah Allah itu.



Ternyata lidah mereka kelu tanpa sebarang kata-kata melihat apa yang berlaku ini. Soalnya sekarang, apakah mereka mahu terus meracau dan mahu mempolitikkan isu ini agaknya?




YB Hannah Yeoh sempat bergambar kenangan dengan muslimat yang hadir


Sesungguhnya apa yang berlaku ini pasti akan membuatkan puak-puak UMNO tidur tak lena. Mereka kononnya ingin memainkan isu ini bagi membuktikan bahawa pemimpin DAP menghina agama Islam. Tetapi hakikat yang berlaku adalah sebaliknya. Malah, pemimin Cina dalam DAP lebih memahami dan menghormati kesucian agama Islam itu sendiri.



Melihat aksi YB Hannah ini, terkadang kita merasa sudah tiba masanya perpaduan sesama rakyat Malaysia itu menjadi agenda dan pokok utama Pakatan Rakyat. Perpaduan yang dicanang-canangkan dalam UMNO tidak mungkin akan berlaku kerana mereka lebih berselera untuk menggunakan "bangsa" sebagai alat perpaduan. Walhal, Islam itulah sepatutnya yang paling utama. Inilah yang berlaku, apabila Islam difahami maka orang bukan Islam tiada masalah dengan Islam.



Cuma, puak-puak UMNO yang gunakan media mereka untuk menakutkan rakyat sebenarnya.





Pahang Daily


batu8bendangsiamonline


Utusan dan Umngoknya pernah tengok ni ke?

Gambar2 Pencemaran Masjid di Dunia - termasuk Syeikh Azhar


Ketika dunia Islam lain bergerak pantas menggamit umat manusia kepada Islam tetapi pemerintah UMNO masih lagi bagai katak didalam gelas kaca. Mereka melihat perkembangan drastik orang memeluk Islam khususnya di Eropah dan Amerika hatta menjangkau 200% tetapi di Malaysia, Islam di ISAkan oleh UMNO. Terkongkong dalam selaput yang dicipta oleh UMNO sendiri. Sudahlah perkembangan Islam lambat bahkan ramai pula orang melayu yang murtad. Ini disebabkan sikap dan cara berpolitik UMNO yang tidak menguntungkan Islam tetapi hanya sekadar keuntungan sementara yang ingin diraih oleh UMNO-BN. Sentiasa mengapi-apikan perbalahan agama dan kaum demi meraih politik murahan.

Ketika Majlis fatwa telah mengeluarkan hukum berkait keharusan bukan Islam mengunjungi masjid sebagaimana yang diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid. Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.

1. Dalam hal-hal yang berkaitan ibadah, sensitiviti umat Islam sangat tinggi dan nilai-nilai ta'abbudi amat dititikberatkan oleh masyarakat Islam.

2. Umat Islam dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana Saidina Umar al-Khattab pernah melakukannya. Umat Islam perlu bersikap tasamuh dan tidak terlalu rigid dalam membenarkan orang bukan Islam mendekati masjid.

3. Keindahan Islam boleh ditunjukkan kepada orang bukan Islam melalui lawatan mereka ke masjid-masjid selaras dengan peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pengurusan masjid.

4. Sikap membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid tidak boleh disamakan dengan sikap tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian kerana konsepnya adalah berbeza.

Dan memang itu pun yang dilakukan oleh umat Islam diluar Malaysia yang merupakan amalan yang dilakukan sendiri oleh Rasulullah Saw dan para sahabat. Masjid merupakan pusat pemerintahan, pusat pentadbiran, pusat kehakiman, tempat ibadah, tempat pertemuan duta-duta asing yang ingin menemui Rasulullah Saw maupun khalifah selepas baginda.

Kita lihat gambar-gambar dibawah bagaimana menggambarkan perkembangan dakwah yang pesat terhadap mereka yang bukan Islam yang menjadikan masjid sebagai pusat maklumat dan penyebaran Islam dinegara selain Negara kita. Bagi UMNO semua ini adalah pencemaran terhadap kesucian masjid dan penghinaan terhadap Islam.

1. Masjid Lakemba di Sydney yang merupakan antara tertua dan terbesar. Mereka mengundang bukan Islam serta memberi penjelasan berkait kekeliruan tentang Islam. Mereka sentiasa mengadakan hari terbuka yang member banyak manfaat dakwah. Sheikh Yahya Safi, sebagai imam yang merupakan kelahiran lubnan menyebut ianya memberi ruang untuk berdialog serta menolak salah-faham terhadap Islam. Bahkan ramai yang terbuka hati dan mendapat hidayah dan memeluk agama Islam




2. Lebih 2,000 masjid di Jerman telah mengadakan Hari khusus pada hari Rabu dan terbuka kepada umum termasuk bukan Islam untuk mengunjungi masjid, melihat ibadah umat Islam dan bertanyakan tentang Islam.



3. 3 May 2010, pihak Masjid Makkah di United Kingdom telah mengadakan pameran Islam secara tahunan dan dikunjungi oleh rombongan setiausaha kerajaan Alan Johnson. Mereka sempat melawat dan megadakan dialog dan perbincangan didalam masjid tersebut.

4. Sempena Ramadhan The Golden Mosque Lower Sheriff Street, Rochdale telah mengadakan hari terbuka dengan mengundang orang ramai termasuk bukan Islam untuk berbuka puasa dan mendapat taklimat tentang islam didalam masjid yang dikendalikan oleh imam selaku pengerusi masjid iaitu Tahir Mahmood.


5. Pusat Islam London .Terletak di Regent Park yang sibuk dengan orang-ramai khususnya hari jumaat yang menampung 10,000 jamaah. Para pelawat akan diberi penerangan oleh Pegawai Perhubungan Awam pusat Islam tersebut iaitu Omar Saddique. Beliau memberi penjelasan tentang Islam dan setiap persoalan yang diutarakan oleh para pelawat didalam masjid tersebut.


6. Di Durban, Masjid dan selaku Pusat Islam yang pernah diasas dan dikelolakan oleh Syeikh Ahmad Deedat iaitu IPCI, seorang pendakwah tersohor telah menyediakan hari lawatan khusus kepada non muslim sebagai Mosque Tours dan memberi penjelasan tentang ibadah dan penerangan tentang islam dan perbandingan agama. Khususnya amalan para nabi yang ditinggalkan oleh Yahudi dan nasrani tetapi diamalkan oleh umat Islam seperti membuat kasut sebelum masuk ke tempat suci (masjid), berwudhu dengan membersih diri, kiblat, cara iabadah dengan sujud dan ruku’ yang merupakan amalan para nabi semenjak bani Israel lagi. Ramai yang tertarik dan akhirnya memeluk Islam disitu.


7. Lihat bagaimana Obama sendiri yang menziarahi masjid turut membuka kasut beliau untuk masuk ke ruang solat. Bahkan Pope sebagai ketua agama Kristian Khatolik juga masuk ke masjid dalam lawatannya ke negara Arab. Kalau berlaku di Malaysia nescaya berlakulah kiamat.


8. Masjid al-Azhar sendiri membenarkan pelawat bukan Islam memasuki ruang dalaman masjid termasuklah Putera Charles dan Lady Diana dengan ditemani oleh Syeikh Azhar ketika itu iaitu Syeikh Tantawi. Kalau kat Malaysia mungkin Majlis Agama menghambat mereka kot?.

Bahkan banyak masjid-masjid lain diseluruh dunia menganjurkannya. Termasuk di Malaysia sendiri kecuali apabila timbulnya isu YB DAP dari parlimen Serdang Teo Nie Ching dengan kejadian masuk ke Surau Huda di Kajang. Beliau telah mendapat keizinan drp pihak pengurusan surau utk memasuki ruang solat bagi menyampaikan bantuan kpd surau tersebut dan bukannya member tazkirah tetapi sekadar ucapan sempena pemberian bantuan kepada surau tersebut. Beliau juga turut berbuka puasa bersamaah muslimat disitu. Ia telah dipolitikkan oleh UMNO-BN sebagai mencemari tempat suci Islam.

Apakah hukumnya yang sebenar?


Hukum bukan Islam masuk MASJIDIL HARAM

Majoriti ulama melarang bukan Islam memasuki masjidil haram atas larangan yang terdapat di dalam ayat al-Quran:-


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْمُشْرِكُونَ نَجَسٌ فَلاَ يَقْرَبُواْ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ بَعْدَ عَامِهِمْ هَـذَا
Ertinya : Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu kotor, maka janganlah mereka mendekati Masjidil haram sesudah tahun ini.. (At-Taubat : 28)


Berdasarkan dua ayat ini, majoriti ulama dari kalangan mazhab maliki dan Syafie melarang bukan Islam memasuki Masjidil Haram, namun demikian dibenarkan bagi ahli Kitab (Kristian dan Yahudi) untuk memasukinya dengan syarat-syarat tertentu.


Satu lagi adalah :-


أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَقْرَبُواْ الصَّلاَةَ وَأَنتُمْ سُكَارَى حَتَّىَ تَعْلَمُواْ مَا تَقُولُونَ وَلاَ جُنُبًا إِلاَّ عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّىَ تَغْتَسِلُواْ
Ertinya : "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu salat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula hampiri mesjid) sedang kamu dalam keadaan junub, terkecuali sekedar berlalu saja." ( 4:43 )


Imam Abu Hanifah pula menyatakan non-muslim dibenarkan untuk memasuki masjidil haram sekadar lalu, namun tidak dibenarkan untuknya duduk dan menetap di sana (sebagaimana sebahagian umat Islam); ini kerana beliau berpandangan, ‘kotor' yang disebut di dalam ayat itu hanyalah membawa maksud kekotoran syirik yang melibatkan hati bukannya kekotoran fizikal. Lebih dari itu, Ibn Hajar menyatakan mazhab Hanafi membenarkan bukan Islam memasuki masjid tanpa syarat.
Imam Ahmad Hanbal pula menyatakan bukan Islam hanya dibenarkan untuk memasuki masjidil haram dan lainnya setelah mendapat kebenaran dari umat Islam atas tujuan-tujuan yang munasabah seperti pembinaan dan maintainance. Beliau mengambil dalil iaitu penduduk Taif dibenarkan oleh nabi s.a.w untuk menetap dan tinggal di masjid sebelum mereka memeluk Islam.

Rasulullah juga diriwayatkan menerima tetamu Kristian dari Najran di dalam masjid Madinah, malah ketika itu mereka juga diizinkan oleh Nabi s.a.w untuk menunaikan sembahyang mereka di dalam masjid, nabi menyebut kepada sahabat
"Biarkan mereka (untuk menyelesaikan sembahyang mereka)"
Selain itu, Imam Al-Bukhari juga ada membawakan sebuah hadis yang menyebut bagaimana seorang bukan Islam bernama Thamamah ibn Athal, diikat oleh Rasulullah di dalam masjid (ditangkap atas kesalahan tertentu),


بعث رسول اللَّهِ خَيْلًا قِبَلَ نَجْدٍ فَجَاءَتْ بِرَجُلٍ من بَنِي حَنِيفَةَ يُقَالُ له ثُمَامَةُ بن أُثَالٍ فَرَبَطُوهُ بِسَارِيَةٍ من سَوَارِي الْمَسْجِدِ
Ertinya : Rasulullah s.a.w menghantar seorang berkuda di arah Najd, maka terlihat seorang lelaki dari Bani Hanfiah ( sedang mengintip) yang bernama Thumamah Bin Uthal, lalu diikatnya di satu tiang dari tiang-tiang masjid ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )

Selepas tiga hari, akhirnya setelah dia melihat bagaimana umat islam beribadah dan keramahan umat Islam kepadanya yang sentiasa bertanya keadaannya, dia akhirnya memeluk Islam kerana tertawan melihat keindahan kehidupan dan ibadah umat Islam.

HUKUM MASUK MASJID SELAIN MASJIDIL HARAM

Imam Ibn Hajar Al-‘Asqolani ketika menghuraikan isu ini mengatakan mazhab Maliki tetap MELARANG bukan Islam memasuki masjid manakala Mazhab Syafie, Hanbali dan Hanafi membenarkan bukan Islam untuk memasuki masjid-masjid lain dengan syarat-syarat tertentu. Beliau juga menegaskan kebenaran ini cukup kuat dari dalil tawanan perang bernama Thumamah tersebut.
Imam Nawawi menghuraikan :
Melihat kepada hadis ini, harus hukumnya mengikat tawanan dan menahannya serta harus juga seorang yang bukan Islam untuk memasuki masjid. Mazhab Syafie : menyatakan keharusannya dengan syarat terdapat keizinan dari umat Islam sama ada kafir itu dari kalangan ahli Kitab atau selainnya. Namun Khalifah Umar bin Abd Aziz, Qatadah dan Imam Malik tidak mengharuskannya. (Syarah Sohih Muslim, 12/87)

Imam Al-Mawardi As-Syafie membawakan pula teks kata-kata Imam Syafie dalam hal ini iaitu :-

ولا بأس أن يبيت المشرك في كل مسجد إلا المسجد الحرام
Ertinya : Tiada masalah untuk seorang bukan Islam menetap di setiap masjid kecuali masjidil Haram. ( Al-Hawi Al-Kabir, 2/268)

Permasalahannya hanya satu kerana si pelaku bukan UMNO. Kalau UMNO dia menjadi halal semata. Ketika orang lain dilarang berceramah didalam masjid tetapi untuk UMNO halal. Ketika orang lain haram mendedahkan aurat dalam masjid tetapi jika UMNO jadi halal. UMNO nampaknya hanya layak menjadi terompah untuk ke jamban masjid sahaja. Inilah sebenarnya punca pencemaran terhadap Islam di Malaysia sebagai wakil penjajah selepas kemerdekaan. Munasabahlah mereka mengambil APCO Zionis sebagai penasihat hanya untuk mengkucar-kacirkan umat Islam di Malaysia. Penaja 1 Malaysia ini sebenarnya pengamal teroris di Malaysia.



ustsaifulbahri


Teo hadiri satu lagi majlis di surau



Meskipun dikecam hebat kerana mengunjungi sebuah surau dalam kawasan pilihan raya minggu lalu, ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching mengunjungi sebuah lagi surau semalam.

teo nie qing attending buka puasa at bangi surauTeo dijemput ke surau Al-Muhajirin, Bukit Mahkota, di mana beliau juga menyumbangkan RM500 kepada RELA.

Bagaimanapun kali ini, beliau tidak memasuki ruang solat tetapi memakai selendang. Majlis tersebut berlangsung di bawah sebuah khemah dalam kawasan surau.

Dalam satu kenyataan hari ini, Teo berkata kunjungannya itu adalah berasaskan kepada prinsip berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira kaum dan agama mereka.

Menurut Teo, beliau diberi sambutan yang baik sepertimana ketika beliau mengunjungi surau Al-Huda di Kajang, yang telah mencetuskan kontroversi.

Katanya, majlis tersebut berjalan lancar walaupun terdapat kecaman terhadapnya dan penyiaran siri laporan yang mengecamnya, terutamanya oleh akhbar berbahasa Melayu, Utusan Malaysia.

NONEMalah, katanya, ada antara para hadirin yang bersalaman dengannya dan menyuara sokongan mereka kepadanya.

Teoh yakin, selagi tindakannya itu berasaskan kepada prinsip, rakyat tidak akan mempercayai serangan bermotif politik terhadapnya.

Tambahnya, selain sumbangan dari kerajaan negeri, beliau juga turut mengedarkan kurma dan duit raya kepada anak-anak dari ibu tunggal.

Teo menjadi sasaran kecaman ahli-ahli politik BN, blog pro-BN dan akhbar Melayu ekoran kunjungannya ke Surau Al Huda pada 22 Ogos lalu.

Antara lain, mereka mendakwa Teoh telah melakukan penghinaan
besar terhadap umat Islam kerana bercakap di depan dewan solat, yang dianggap suci dan dilarang dimasuki bukan Islam.

Ekoran itu, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengambil alih pentadbiran surau tersebut dan akan menghantar surat amaran kepada Teoh.

MK

Gobind Desak Kerajaan Kaji Semula Perjanjian Konsesi Lebuh Raya


SHAH ALAM 30 Ogos - Kerajaan Umno-Barisan Nasional didesak supaya segera menyemak semula perjanjian konsesi yang ditandatangani dengan syarikat konsesi lebuh raya yang dilihat mengaut keuntungan secara berlebihan ke atas rakyat walaupun pemilik konsesi sudah lama mendapat kembali modal yang dikeluarkan termasuk keuntungan yang berlipat ganda.

Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo berpendapat kebanyakan perjanjian konsesi lebuh raya yang sudah ditandatangani sekian lama kini dianggap sudah tidak lagi berlaku adil kepada pengguna malah ia menjadi opresif.

"Perjanjian konsesi ini seharusnya disemak semula terutamanya dalam kes di mana sasaran kewangan yang diunjur sudahpun dicapai. Kita tidak boleh berdiam diri dan membiarkan syarikat-syarikat ini mengaut keuntungan berkali ganda ke atas rakyat.
"Saya berpandangan kerajaan pusat yang memainkan peranan dalam mendraf perjanjian ini kini mesti mengambil tanggungjawab sepenuhnya dan mengkaji semula kontrak dan bertindak segera," kata Gobind dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata demikian sebagai ulasan kepada laporan media semalam berhubung kenyataan Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Mansor yang mengumumkan empat syarikat konsesi lebuh raya negara bersetuju memberi diskaun 20 peratus manakala sebuah lagi syarikat konsesi iaitu Lingkaran Transkota Sdn Bhd (LITRAK), memberi laluan tol percuma kepada pengguna Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) sempena ulang tahun ke-53 kemerdekaan negara.

Shaziman Abu Mansor juga berkata tol percuma untuk pengguna LDP akan bermula dari jam 12.01 pagi 31 Ogos sehingga tengah malam hari kemerdekaan.
Gobind berkata pengumuman tersebut mengesahkan kerajaan bersetuju dengan pandangan bahawa pengguna perlu dibebaskan daripada bebanan membayar tol terutamanya di kawasan parlimen beliau di mana bayaran tol yang dikenakan adalah sebanyak RM1.60 untuk satu hala.

Jelas beliau, bagi sebuah keluarga yang mempunyai dua kereta dan terpaksa melalui tol LDP Puchong sebanyak dua kali sehari dua hala, ini bermakna pengguna terpaksa membelanjakan RM12.80 sehari dengan purata RM384 sebulan.

Kebanyakan pengguna terpaksa melalui tol tersebut sekurangnya 10 kali dalam sehari kata Gobind lagi.

Menurut Gobind, laporan media juga menyatakan purata jumlah kenderaan yang melalui tol LDP adalah 450,000. Ini bermakna jumlah pungutan tol adalah RM720,000 sehari, RM22.32 juta sebulan atau RM276.84 juta setahun.

"Jumlah ini hanya anggaran kasar kutipan tol dalam setahun. Jumlah ini akan meningkat secara mendadak dalam tempoh beberapa bulan dan tahun kerana Puchong sedang pesat membangun dan sudah tentunya aliran trafik juga akan meningkat.

"Jumlah ini juga tidak termasuk hakikat bahawa kadar tol akan dinaikkan setiap tahun. Mengikut perjanjian konsesi tol akan dinaikkan daripada RM2.10 kepada RM3.20 dimasa akan datang," jelas Gobind.

Beliau menarik perhatian kepada perjanjian konsesi yang telah didraf bertahun dahulu dan samada perjanjian tersebut merangkumi unjuran peningkatan aliran trafik dan kenaikan kadar tol secara tepat.

"Tidakkah ada tempoh masa dalam perjanjian untuk pengambilan keuntungan dan kemudian konsesi tersebut dikembalikan semula kepada kerajaan dan rakyat?
"Adakah rakyat hilang daya dan tiada tempat mengadu hanya kerana perjanjian tersebut telah ditandatangani dan berkuatkuasa seperti yang selalu dijelaskan oleh kerajaan di Parlimen?

"Kita rakyat, bukan kita yang menandatangani perjanjina ini. Kenapa pula kita perlu tanggung semua implikasinya?" soal Gobind.

Ujar beliau, keadaan lalulintas di lebuh raya LDP Puchong amat sesak terutamanya ketika masa puncak.

Beliau mempertikaikan mengapa perlu pengguna membayar tol bila mana perjalanan mereka terhalang disebabkan kesesakan.

"Tanya sahaja sesiapa di Puchong dan kita akan dapati isu tol dan kesesakan trafik menjadi isu paling utama dalam senarai aduan orang awam. Jadi mengapa kita harus menunggu bertahun-tahun lamanya dan menderita secara senyap bila sejumlah wang yang besar dikutip daripada penduduk Puchong?

"Sebagai Ahli Parlimen Puchong, saya ingin bertanya kepada kerajaan pusat samada keuntungan yang dijangka diraih daripada lebuh raya ini dalam lingkungan RM13.8 bilion antara tahun 2016 hingga 2029. Berapakah jumlah keuntungan yang sudah dikutip setakat ini dan berapakah pula yang akan dikaut dari sekarang hingga tahun 2016 berdasarkan unjuran aliran trafik dan kadar tol?," soal Gobind lagi.

Gobind meminta Shaziman menyatakan pendirian kerajaan samada opsyen untuk membeli semula konsesi lebuh raya adalah lebih wajar dari segi menjimatkan wang rakyat.
"Ada sesuatu yang tidak kena.Peningkatan aliran trafik sepatutnya menyebabkan kadar tol menurun dan seterusnya meringankan beban rakyat, bukan sebaliknya.
"Tidakkah perjanjian tersebut membuat peruntukan sedemikian dan tidakkah ia juga menyebut mengenai mekanisme harga untuk opsyen tersebut?" tanya beliau.

SK


Untung atas angin jual 1,000 tapak bazar Ramadan



2010/08/30

KUALA LUMPUR: Bukan 10, malah lebih 1,000 tapak bazar Ramadan di sekitar ibu kota didakwa dijadikan sumber pendapatan bagi individu tertentu yang dipercayai mampu memperoleh keuntungan hingga RM15,000 bagi satu tapak.

Malah, perkara itu didakwa turut didalangi ahli majlis tertinggi sebuah pertubuhan yang kononnya menjaga kebajikan peniaga dan penjaja di sini, selain turut menggunakan pengaruhnya dalam pertubuhan terbabit bagi meraih kepercayaan beberapa tokoh politik terkemuka.

Perkara itu didedahkan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) Malaysia dalam sidang media di sini, semalam.


Ketua Ahli Majlis Negeri Pekida Wilayah Persekutuan, Norashikin Abd Ghani, berkata pihaknya sebelum ini sudah mengadakan pertemuan bersama beberapa orang kanan pertubuhan atau badan bukan kerajaan (NGO) lain berhubung isu itu.


“Kegiatan seumpama ini dipercayai berlarutan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, namun seakan dipandang sepi pihak tertentu.


“Malah, kami (Pekida) difahamkan lelaki yang didakwa memiliki pengaruh yang cukup besar itu juga menggunakan pelbagai cara bagi mendapatkan tapak bazar Ramadan dalam kuantiti besar,” katanya.


Beliau berkata, beberapa penjaja kecil mengadu gagal mendapatkan ruang bagi menjalankan perniagaan di bazar Ramadan berikutan harga sewa tapak yang melambung mendadak.

HM

SELAMAT HARI MERDEKA!!!





MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
NEGARA SUDAH 53 TAHUN MERDEKA DARI PENJAJAH
BAGI YANG MENGERTI TENTANG MERDEKA
BUKAN SEKADAR TIDAK DIJAJAH SECARA FIZIKAL
IA LEBIH DARIPADA SEBUAH KEBEBASAN MUTLAK
SEBUAH KEBEBASAN MINDA YANG TIDAK DIJAJAH LAGI
PEMBEBASAN DARI PENGARUH PENJAJAH
YANG MASIH BERKAPUK DALAM SISTEM PEMERINTAHAN KINI

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
BUKAN SEKADAR LAUNGAN DI PENTAS KONSERT
BUKAN SEKADAR PERTUNJUKKAN BUNGA API DI LANGIT MALAM
BUKAN SEKADAR PERARAKAN KERETA BERHIAS DI DATARAN MERDEKA

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
BILA KITA BANGUN DENGAN ACUAN SENDIRI
BILA KITA MEMBUANG SEGALA AJARAN PENJAJAH
BILA KITA MENOLAK SEGALA UNDANG-UNDANG PENJAJAH

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
ERTIKANLAH KEMERDEKAAN YANG SEBENARNYA


Isnin, Ogos 30, 2010

Peraduan Mencari Kondom



Peraduan ini akan bermula sebaik sahaja masuknya waktu imsak selepas sambutan malam merdeka di seluruh negara.

Menurut penganjur,peserta boleh mencari kondom-kondom ini di lokasi-lokasi sambutan merdeka di seluruh bandaraya di Malaysia pada malam ini.

Berdasarkan rekod pada tahun lepas, kondom-kondom ini mudah di temui di celah-celah pokok bunga atau kawasan sekitar tapak pesta kemerdekaan.-TAKBERNAMA



This contest will start as soon as the inclusion of time imsak after independence celebrations across the country tonight.

According to organizers, participants can find condoms, condoms in locations throughout the city of Independence celebrations in Malaysia tonight.

Based on the record last year, condoms, condoms are easily found in the blend into flowers or trees surrounding the independence party sites.-TAKBERNAMA




BILA AYAM BERTELUR....SEKAMPUNG RIUH,TAHI BERTERABUR...


Ramadhan 1431 Hijrah boleh dianggap antara Ramadhan yang tegang.Pokok pangkalnya adalah apabila Ahli Parlimen Serdang(DAP) dikatakan memberikan tazkirah di surau Al-Huda Kajang.Wah,pelik sungguh bunyinya!Adakah imam di surau itu kurang waras akalnya?Membenarkan orang bukan Islam memberi tazkirah?adakah sudah tiada ustaz atau ulama di Selangor?Kenapa tidak dijemput sahaja 40 orang ulama muda memberikan tazkirah?kan itu lebih pantas....

Kalaulah benar,Teo Nie Ching si amoi Cina itu mampu memberikan tazkirah,aku pun mahu mendengarnya.Itu sudah kira baik!Mungkin boleh setanding Ustazah Mashitah sahaja nanti gayanya.Wah,ini hebat.Baru beberapa tahun berkawan rapat dengan pemimpin Pas sudah bisa berceramah.Ini mengalahkan ustazah-ustazah lulusan Mesir!Cuba fikir ya saudara,apakah tajuk tazkirah yang diberikan pada hari itu?Bahaya judi atau keperluan mewujudkan khilafah islamiah?Nah,aku sendiri pun tidak tahu.Isu mulanya pun aku tidak tahu.Tahu-tahu sahaja,sudah heboh satu negeri mengenai amoi ini.Benarkah dia beri tazkirah?

* * *

Facebook adalah kedai kopi maya.Kadang-kadang,orang berdebat,kutuk mengutuk lagaknya lagi radikal dari kedai kopi.Aku meneliti cakap-cakap rakan facebookku yang proumno.Berapi-api sekali.Cina babi,balik Tongsan,Racist dan macam-macam lagi.Itu masih dikira biasa.Telingaku sudah biasa mendengar rhatib sebegini.Zikir perkauman itu telah lama berdendang.Tapi,bila masuk soal sentimen keagamaan,ini yang menjadi pening!Diapi-apikan orang ramai tentang si kafir pijak tempat sujud orang Islam,tidak tutup aurat di rumah Allah,kafir cuba mengotori rumah Allah dan kafir permain agama.Kata orang,gambar kadang-kala memberi seribu persepsi dan makna.Aku cuba perhatikan daripada gambar,di manakah bahagian yang dikatakan mempermainkan agama tersebut.

Dia cuma menyampaikan sumbangan kepada surau.Sebagai meraikan orang yang menyumbang,lalu ajk surau beri kebenaran kepada dia berucap.Aku tidak nampak salahnya!Kalau imam besar masjid negara yang mempertikai tindakan imam dan qariah surau,aku boleh terima.Tapi yang asyik bising ialah puak2 ketuanan Melayu,yang masjid dan surau entahkan pijak atau tidak.Bila orang dangkal cuba berfatwa,jadilah orang jahil bercakap tanpa ilmu.Ya,aku pun tak begitu reti dalam bab fekah sebegini,halalkah atau haramkah?Tapi aku diam sahaja,buat seperti resmi orang bodoh.Jangan jadi resmi bongkak,akhirnya jadi bodoh sombong.

Kalaulah puak2 islam umno ini menjadi komuniti islam eropah,aku rasa,sampai bilapun islam tak berkembang.Tapi puak islam di sana sangatlah terbuka.Mereka mengalukan kedatangan non-muslim ke masjid,malah ada yang memberi nashkah al-quran terjemahan untuk pemahaman;satu strategi dakwah,merapat ukhuwah,mencari redha Allah.Tapi Islam Umno(islam hadhari) hanyalah memberi susah,menjauhkan orang dari cahaya islah!

Apapun,ada bagusnya isu ini timbul.Pertama,kita boleh menyaksikan kedangkalan orang UMNO berfikir.dan lebih daripada itu,kita sendiri sebagai umat Islam boleh memahami soal fekah sebegini dengan lebih mendalam.

propartiislammalaysia.blogspot.com

CEO wanita saman syarikat telekomunikasi RM20 juta



KOTA BARU, 29 Ogos — Seorang Ketua Pegawai Eksekutif wanita di sebuah kolej swasta di Kuala Terengganu hari ini menyaman sebuah syarikat telekomunikasi sebanyak RM20 juta kerana didakwa mendedahkan kandungan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dan rakaman perbualan telefon beliau dengan individu lain.
Noor Haslina Abdullah, 39, memfailkan saman itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada 2 petang melalui Tetuan Rafizi Zubairi & Co terhadap syarikat itu yang beribu pejabat di Kuala Lumpur, yang juga mempunyai cawangannya di sini.

Dalam pernyataan tuntutannya, Noor Haslina yang beralamat di Kolej Islam Sains dan Teknologi, Lot 1798-1800, Mukim Telong, Kandis, Bachok menuntut RM10 juta bagi pendedahan SMS dan RM10 juta lagi bagi pendedahan perbualannya iaitu merangkumi ganti rugi teladan iaitu masing-masing sebanyak RM8 juta dan ganti rugi bagi kecederaan perasaan, trauma dan tekanan mental sebanyak RM2 juta.

Selain itu, plaintif turut menuntut ganti rugi am, faedah ke atas jumlah penghakiman pada kadar 8 peratus setahun dari tarikh 30 Mei 2010 sehingga penyelesaian selesai, kos dan apa-apa relif yang dianggap sesuai oleh mahkamah.

Dalam pernyataannya, plaintif berkata pada 11 Mac lalu sewaktu tiba di pejabatnya, beliau menerima satu sampul surat kiriman di mana kandungannya mengandungi sembilan helai muka surat bersaiz A4 dokumen milik syarikat telekomunikasi itu serta pemacu pena “Kingston Data Traveller 4GB” berwarna biru.

Nor Haslina berkata beliau membuat laporan polis terhadap defendan pada 14 Mac lepas, yang mana akibat daripada pendedahan itu, plaintif mendakwa mengalami trauma, ketakutan, malu, kehilangan reputasi dan dipandang serong oleh masyarakat dan keluarga.

Plaintif juga mendakwa menghadapi fitnah yang teruk oleh masyarakat dan meminta rakan-rakan untuk menemaninya untuk bergerak ke mana-mana kerana takut selain mengalami ketakutan melampau untuk menggunakan talian telefon defendan kerana bimbang maklumat peribadi dan rahsia plaintif dikeluarkan.

Beliau berkata defendan melakukan kesalahan pecah kontrak terhadap dirinya kerana mengeluarkan maklumat sulit dan persendirian miliknya kepada orang lain tanpa mendapat persetujuan dan kebenaran serta juga melakukan pencerobohan ke atas hak peribadi dan persendirian plaintif itu.

Defendan, menurutnya gagal menjelaskan tuntutan plaintif melalui notis tuntutan bertulis bertarikh 30 Mei lalu. — Bernama

Perkasa mahu undang-undang halang bukan Islam kunjungi masjid

Oleh Boo Su-Lyn August 29, 2010


Putera Haakon and Puteri Mette-Marit (kiri) dari Norway menziarahi Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz di Shah Alam, 10 Mac 2010. — Foto Reuters

KUALA LUMPUR, 29 Ogos — Perkasa mahu undang-udang digubal bagi melarang bukan Islam daripada memasuki kawasan masjid dan surau meskipun tokoh agama berpandangan bahawa tidak salah bagi masyarakat bukan Muslim berbuat demikian.
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin bahawa bukan Islam boleh mengunjungi rumah ibadat umat Islam.

Selain mereka, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat juga mempertahankan kunjungan bukan Islam ke masjid dan surau.

Malah pandangan Perkasa itu bertentangan dengan fatwa Mac lalu yang membenarkan pelancongan mengunjungi masjid.

“Perlu ada undang-undang bagi menghalang insiden bukan Islam memasuki kawasan surau dan masjid,” kata Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali pada sidang media di sini hari ini.

Meskipun beliau mengakui bahawa bukan Islam pernah memasuki masjid ketika zaman Nabi Muhammad s.a.w, Ibrahim berkata, menjadi tanggungjawab Islam untuk mempertahankan kesucian rumah ibadat.

Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini turut menuduh Nik Aziz tidak menjalankan tanggungjawabnya sepenuhnya dengan mempertahankan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang mengunjungi Surau Al-Huda di Kajang, Ahad lalu.

“Sebagai Muslim, taqwa mengatakan bahawa kita mesti memelihara kesucian masjid. Nik Aziz seorang yang beriman tetapi kurang bertaqwa,” kata Ibrahim.

Ibrahim menggesa Majlis Agama Islam Selangor agar mengambil tindakan ke atas jawatankuasa pengurusan Surau Al-Huda yang membenarkan Teo menyampaikan ucapan.

“Tindakan ini telah mencemari kesucian Islam,” kata Ibrahim.

Ibrahim menuduh wakil rakyat penggal pertama menyampaikan ucapan dengan bermotifkan politik.

“Beliau bercakap tanpa tudung dan tidak menutup aurat. Ia keterlaluan, beliau mempunyai niat politik,” kata beliau lagi.

Ibrahim berkata walaupun beliau dijemput untuk menyampaikan ucapan di kuil-kuil selaku wakil rakyat tetapi lazimnya akan menolak jemputan sedemikian bagi mengelakkan politik dan agama bercampur.

“Apa akan berlaku jika saya bercakap mengenai politik di kuil atau gereja? Orang Hindu tidak akan menyukai. Orang Kristian juga tidak akan menyukai,” kata beliau.

TMI

Namewee cabar ketua Puteri Umno berdebat



Ogos 29, 10

Namewee atau Wee Meng Chee telah menarik balik video kontroversi terbarunya minggu ini, dan mencabar pengkritiknya, ketua Puteri Umno Datiuk Rosnah Rashid Shirlin untuk berdebat secara terbuka.
Sebelum ini Rosnah mendesak kerajaan bertindak tegas terhadap Namewee kerana didakwanya telah mengulangi perbuatan yang dianggap biadap, kali ini dengan menerbitkan klip video yang boleh menyemarakkan api perkauman.

Menurut Rosnah, klip video terbaru Namewee yang disifatkan berbaur perkauman dengan merujuk kepada kes seorang guru yang dikatakan membuat kenyataan berbaur perkauman.

"Saya ingin tahu daripadanya (Rosnah), kenapa dia menyerang mangsa (masyarakat Malaysia), sedangkan pelaku sebenar isu ini belum dihukum," kata Wee (kiri) dalam satu kenyataan di blognya hari ini.

"Jika dia merasakan saya tidak menghormati dan tidak mempunyai rasa tanggungjawab terhadap negara saya sendiri, maka sila terima pelawaan untuk berdebat secara terbuka tentang isu ini.

"Bantu kami rakya Malaysia untuk mendefinisikan, bagaimana untuk menjadi warganegara Malaysia yang patriotik, tolong ajar kami," katanya.

Wee bersungguh-sungguh mahu membela dirinya di arena awam dengan berkata: "Banyak tuduhan dilemparkan terhadap saya sejak 2007... tidak ada yang nampaknya membela diri saya di arena politik.

"Nama saya telah dipergunakan dalam banyak insiden oleh ahli politik sejak bertahun-tahun. Kali ini saya tidak akan membiarkan tuduhan kosong tanpa asas dilemparkan terhadap saya lagi.

"Saya hanya seorang individu tanpa agenda atau motif politik, yang ingin menyuarakan pendapatnya menentang sikap perkauman di negara ini," katanya.

MK

Tak sempat mandi wajib

GEORGETOWN – Tidak boleh berpuasa kerana tidak sempat mandi wajib, itu alasan yang diberikan suspek yang ditangkap khalwat di sebuah apartmen sewa di Bukit Dumbar, dalam Operasi Sahur, kira-kira jam 5 pagi, kelmarin.

Pengakuan itu dibuat suspek ketika ditanya Pegawai Penguat kuasa Agama (PPA) Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Jaipp).
Suspek ketika itu dibawa ke pejabat Jainpp untuk siasatan lanjut dan mengakui tidak boleh berpuasa dan solat kerana tidak sempat mandi wajib setelah dicekup penguat kuasa.

PPA Jaipp yang tiba di tempat kejadian hanya mengambil masa tiga minit bagi meminta suspek lelaki yang juga duda berusia 38 tahun itu membuka pintu bilik mereka.

Ketika diserbu, suspek lelaki hanya memakai tuala sahaja sementara suspek wanita pula hanya berkemban.

Wanita yang berusia 28 tahun dan bekerja di kilang itu langsung tidak segan apabila berdepan dengan pegawai Jainpp.

Ketua Unit Operasi dan Penguatkuasaan Jaipp, Khairul Azman Azizan berkata, pasangan berkenaan dipercayai baru sahaja melakukan hubungan seks berikutan pegawainya menemui kondom yang baru digunakan serta keadaan dua suspek yang tidak berbaju.

Menurutnya, dalam premis yang sama penguat kuasa juga berjaya menahan dua suspek yang dipercayai berkhalwat pada jam 4.45 pagi.

“Suspek yang kedua itu pula berusia dalam lingkungan 20 tahun dan mengaku menyewa apartmen berkenaan dan kesemuanya dibawa ke Balai Polis Jalan Patani untuk membuat laporan.

“Ini bukan kali pertama kami ke apartmen itu kerana ia salah satu lokasi yang kerap menjadi tumpuan umat Islam melakukan perbuatan tidak sopan ini,” katanya.

Kedua-dua pasangan berkenaan ditahan atas kesalahan berkhalwat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996.

Sekiranya didapati bersalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Pada hari yang sama, Operasi Sahur itu juga berjaya menahan sepasang kekasih yang duduk berdua-duaan dalam kereta.

Dipercayai wanita yang juga warga Indonesia itu meletakkan kepalanya di dada teman lelakinya yang berbangsai Melayu.

Setelah dibuat pemeriksaan kedua-duanya tiada hubungan yang sah dan kemudiannya didenda mengikut Seksyen 29 dan sekiranya didapati bersalah mereka akan dikenakan saman sebanyak RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali.

Khairul menegaskan pihaknya berusaha agar tidak terlepas pandang gejala maksiat di negeri ini sepanjang Ramadan.

Ia termasuklah umat Islam yang tidak berpuasa, minum arak serta melakukan perbuatan tidak sopan termasuk berkhalwat.

SH

Kunjungi masjid: William Leong pula jadi sasaran



Utusan Malaysia meneruskan serangannya terhadap ahli parlimen pembangkang bukan Islam yang mengunjungi surau dan masjid dalam bulan Ramadan itu.



Selepas kunjungan kontroversi ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching ke sebuah surau di Kajang minggu lalu, kali ini ahli parlimen PKR, William Leong Jee Keen pula menjadi sasaran Utusan kerana mengunjungi Masjid at-Taqwa, Selayang Baru.

Mingguan Malaysia - akhbar milik kerajaan itu - melaporkan bahawa ahli parlimen Selayang itu diberi kebebasan berada di saf paling hadapan dalam masjid berkenaan.

Di bawah tajuk "Kesucian masjid terus dinodai", akhbar itu memetik sebuah laman blog, yang menyebut, pihak yang bersekongkol membenarkan William memasuki ruang solat masjid tersebut adalah orang Melayu yang beragama Islam.

Akhbar itu menyebut, tindakan itu terbongkar "cuma sehari selepas umat Islam di negara ini dikejutkan dengan tindakan Teo 'bertaskirah' di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral tanpa menutup aurat".

NONE
Dalam kenyataan semalam Teo menjelaskan bahawa beliau hanya berucap secara ringkas mengenai peluang pendidikan di bawah kerajaan Selangor apabila diminta menyampaikan sepatah dua kata.

Akhbar tersebut seterusnya memetik lamanweb berkenaan sebagai berkata Willaim menggunakan 'modal' yang sama, iaitu bantuan kepada masjid untuk memasuki ruang solat, seterusnya menyampaikan ceramah kepada umat Islam di masjid tersebut.

Perbuatan wakil rakyat PKR itu, lapor Utusan lagi, bukan sahaja memperkecilkan arahan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang melarang orang bukan Islam memasuki ruang solat tetapi turut menghina kesucian agama Islam.

Majlis sumbangan yang disampaikan oleh William tu disiarkan oleh sebuah akhbar semalam.

MK

Umno nazak, semua isu dijadikan modal politik


PERMATANG PAUH, 29 Ogos: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu menyifatkan Umno dan Barisan Nasional (BN) sudah berada dalam keadaan nazak apabila semua isu dijadikan modal politik mereka.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah di padang awam, Taman Pauh Indah, Permatang Pauh, kelmarin.

Menurut beliau, fitrah itu berlaku adalah kerana BN terlalu marah kepada Pakatan Rakyat (PR) terutamanya di Pulau Pinang apabila pentadbiran kerajaan negeri berjaya membela nasib rakyat yang tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya.

"PAS sekarang sedang menuju perubahan. Kajian terbaru yang dilakukan juga sudah menunjukkan ada perkembangan yang menggalakkan.

"Dalam kawasan bandar dan separuh bandar sekarang sokongan kepada PR sudah berjaya mencapai 57 peratus. Ini adalah satu jumlah yang menggalakkan menjelang pilihan raya umum yang akan datang," katanya lagi.

Katanya, dengan sokongan yang semakin terserlah menyokong PR maka BN dalam situasi yang terdesak akan melakukan apa saja bagi menimbulkan isu supaya sokongan yang hilang dapat diraih kembali.

“Sokongan yang ditunjukkan oleh rakyat ini menjadikan BN fobia dan trauma kerana takut akan kehilangan kuasa tidak lama lagi,” ujarnya.

Oleh kerana itu bagi menjamin kuasa mereka tidak hilang, ujarnya maka tindakan menimbulkan provokasi dan isu dengan menggunakan sentimen kaum adalah modal politik murahan yang diamalkan oleh BN kini.

Di Pulau Pinang, katanya isu khutbah Jumaat adalah satu soal yang kecil, namun begitu BN melihat isu itu boleh mengembalikan sokongan kepada mereka.

"Ekoran dari itu maka BN menjadikan isu khutbah ini bagi mendapat sokongan masyarakat Melayu. Begitu juga dalam isu-isu lain yang remeh-temah telah menjadi isu besar bagi Umno dan BN yang semakin hilang kepercayaan masyarakat Melayu khususnya dan rakyat negara ini amnya," tambahnya lagi.

HD

Nik Aziz: Bukan Islam Digalak Hampiri Masjid, Rapati Islam

Tidak faham agama itu puncanya.Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz berkata, isu bukan Islam memasuki masjid bukan satu kesalahan dalam Islam kerana ianya antara kaedah yang diguna Nabi Muhammad SAW dalam menyampaikan mesej dakwah.
Isu ini menjadi polemik dalam masyarakat akibat sentimen politik mengatasi kefahaman agama Islam yang murni.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang masuk ke Surau Al-Huda di Kajang Ahad lalu, yang kini hangat diperkatakan.
“Oleh kerana hubungan kita dengan Islam semakin jauh, belajar pun tidak, maka bila tiba perkara-perkara macam ini, terus timbul masalah.”
“Padahal kalau kita balik dari sejarah asal, ramai dari penduduk Arab Qurasy yang kafir datang jumpa Nabi. Nabi letak dalam masjid, mereka tidur dalam masjid, makan dalam masjid, bahkan kencing dalam masjid”.
Tambah Nik Aziz ,tindakan mempolemikkan isu tersebut juga bukan sahaja akan menjauhkan orang bukan Islam kepada Islam, malah bertentangan dengan sunnah Nabi.
“Jadi bila ada orang bukan Islam sekarang ni masuk dalam masjid, tak ada apa pun. Nak ceramah ke, nak apa ke, tak ada masalah apa pun,”
“Menjauhkan orang bukan Islam dengan masjid adalah budaya kita sahaja, bukan ajaran nabi,”
Dalam Islam menurutnya, Muaalaf ditafsir dengan tiga golongan iaitu mereka yang baru memeluk Islam, belum Islam tetapi cenderung memeluk Islam dan orang bukan Islam tetapi menghormati dan tidak menentang Islam.
Menyentuh mengenai tidak menutup aurat ketika memasuki masjid, Tuan Guru berkata, mungkin masalah penjaga masjid tidak memberitahu kepadanya.
“Jadinya dalam tiga ini hanya satu sahaja yang kita guna. Dua lagi kita biarkan menyebabkan masyarakat kita semakin jauh dengan yang bukan Islam,”

tvs

Isa Bakar meninggal

2010/08/29

GEORGETOWN: “Saya bercadang menghantar buah-buahan untuk suami tetapi tidak kesampaian. Dia (suami) menghembuskan nafas terakhir tanpa isteri dan anak di sisi,” kata isteri bekas pemain bola sepak negara, Mazlina Md Ismail, 49.

Mazlina dimaklumkan mengenai kematian suaminya oleh tiga anggota polis yang datang ke rumahnya di Sungai Ara.


Menurutnya, arwah mengalami batuk teruk Khamis lalu selepas berbuka puasa bersama keluarga di rumah dengan menikmati pelbagai juadah berbuka seperti lauk ayam dan angsa.


Katanya, pada hari sebelumnya arwah tidak menunjukkan perubahan, malah sempat bergurau dengan isteri dan anak lelakinya, Muhd Firdaus, 16, walaupun sakit.


“Arwah dihantar ke Hospital Pantai Mutiara, Bayan Baru pada malam berkenaan (Khamis) sebelum dipindahkan ke HPP dan keadaannya beransur pulih, namun mengadu panas badan serta meminta buah untuk dimakan.

“Arwah juga sempat membeli kotak ais batu bagi tujuan menyimpan air minuman untuk dijamu kepada rakan yang mengunjungi pada Aidilfitri,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.


Antara bekas pemain kebangsaan yang menziarahi keluarga arwah ialah Shukor Salleh dan N Baskaran.

HM

Bom Gegar Desa Tun Razak, 2 Cedera


Anggota Bomba dan Penyelamat membantu seorang daripada dua mangsa yang cedera parah akibat terkena letupan bom buatan sendiri di Apartment Desa Tun Razak, Cheras di sini pada Ahad. Mangsa terkena letupan selepas cuba mengangkat sebuah kotak misteri yang diletakkan di hadapan rumah majikan mereka, seorang pemilik kafe siber yang beroperasi di tingkat bawah apartment berkenaan. Mereka dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk menerima rawatan. - Foto BERNAMA

29/08/10

Letupan bom di pekarangan sebuah pangsapuri Desa Tun Razak, Cheras mencederakan dua orang dan menyebabkan kerosakan ke atas lima unit bangunan itu.

Bom buatan sendiri itu dipercayai letup sekitar 9 pagi tadi.

Seorang pemilik unit di pangsapuri itu mendengar ketukan di pintu rumahnya sekitar jam 8.30 pagi tadi dan menemui sebuah kotak dengan dua limau diatas penutup kotak itu.

Dua orang pekerja cedera parah apabila kotak itu meletup sejurus selepas penutup dibuka, menyebabkan 70 peratus tubuh mereka melecur.

Mereka kini dirawat di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.

Polis percaya serangan ini bermotifkan persaingan perniagaan.

tvs


Ahad, Ogos 29, 2010

Pakej gadis genit


PETALING JAYA - Berkaraoke bersama gadis-gadis genit yang mengiurkan antara pakej yang ditawarkan sebuah pusat karaoke di Desa Mentari, dekat sini.

Pusat karaoke bertaraf lima bintang yang menjadi tumpuan lelaki hidung belang tanpa mengira pangkat dan umur itu hanya mampu bertahan tiga bulan sebelum diserbu pegawai dan anggota Cawangan Kongsi Gelap Perjudian dan Maksiat D7 IPD Petaling Jaya, kelmarin.

Dalam operasi dua jam bermula 11 malam itu, 16 gadis warga asing dan 6 gadis tempatan yang bekerja sebagai pegawai perhubungan pelanggan (GRO) ditahan.

Ketika diserbu ke semua gadis tersebut tidak sempat berbuat apa-apa berikutan leka melayan pelanggan masing-masing di setiap bilik di tingkat satu dan dua bangunan tersebut.

Pegawai D7, Asisten Supritendan Mohd Nazri Daud berkata, serbuan dilakukan hasil intipan selama seminggu di pusat berkenaan.

Siasatan awal mendapati gadis–gadis terbabit bukan sahaja memberi layanan dan belaian istimewa kepada pengunjung malah turut menawarkan perkhidmatan seks berdasarkan permintaan pelanggan mengikut harga yang dipersetujui.

“Modus operandi kelab ini, jika ada permintaan pengunjung dibawa ke bahagian tertentu untuk memilih gadis yang diinginkan,” katanya

Difahamkan bayaran dicaj berbeza iaitu RM70 hingga RM80 untuk gadis asing manakala gadis tempatan RM95 hingga RM100 untuk satu jam.

“Kesemua gadis berusia awal 20an ditahan adalah Indonesia (6), Vietnam (9), China (1) dan tempatan (6).

“Seorang lelaki berusia 49 tahun yang merupakan pengurus pusat terbabit turut ditahan dan 10 pengunjung diperiksa.

Sementara itu, dalam operasi berasingan sebuah pusat yang menawarkan urutan ‘body to body’ (B2B) dan urutan batin di kawasan yang sama turut diserbu.

Hasilnya, empat gadis warga asing Indonesia (2), Vietnam (1) dan China (1) serta dua penjaganya berusia 20an dan 30an ditahan.

“Pemeriksaan mendapati pusat urut ini baru dua minggu beroperasi dan dilengkapi cctv bagi memantau kehadiran pihak berkuasa selain tidak mempunyai lesen. Manakala untuk pusat karaoke kita akan semak semula rekod permohonan lesen yang dibuat dari PBT,” katanya.

Jelas Nazri, pusat karaoke di lokasi yang sama pernah diserbu tiga kali pada tahun 2007 dan diarah tutup berikutan sering beroperasi melebihi tempoh masa yang dibenarkan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen iaitu mengaji pekerja asing secara tidak sah dan 39b peraturan-peraturan Imigresen kerana menyalahgunakan pasport,” katanya.

Kesemua ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk siasatan lanjut.

SH

Kaitkan PAS, Utusan berdepan saman



Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 29 Ogos: PAS sedang menimbang untuk mengambil tindakan saman ke atas akhbar Utusan Malaysia ekoran mengaitkan parti itu dengan insiden kunjungan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching ke Surau Al-Huda, Kajang Ahad lalu.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, perkara tersebut telah diputuskan oleh Jawatankuasa PAS Pusat pada mesyuarat mereka siang tadi.

"Utusan menyiarkan laporan bahawa beliau (Nie Ching) hadir untuk memberi sumbangan kepada Ahli PAS, sedangkan sumbangan tersebut untuk membaiki pagar surau.

"Kita akan ambil tindakan mahkamah, dan saya telah berbincang dengan pengerusi surau tersebut, kita akan saman mana-mana pihak yang terlibat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengedarkan risalah keselamatan kepada pengguna jalan raya di Plaza Tol Sungai Besi, hari ini.

Utusan dalam laporanya 27 Ogos lalu mendakwa Nie Ching memasuki ruang solat Surau Al-Huda dalam satu majlis penyampaian bantuan kepada "ahli-ahli PAS".

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena begaimanapun mendakwa, laporan akhbar itu adalah bohong, berniat jahat dan cuba memburukkan imej PAS.

Beliau tidak menolak kemungkinan, akhbar terebut cuba mewujudkan persepsi bahawa kehadiran Nie Ching tersebut untuk berpolitik dalam masjid.

Sementara itu, beliau juga mendakwa Umno telah mendalangi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dengan memberi maklumat salah kepada Sultan Selangor sehingga Tuanku dudakwa murka.

Ini kerana, tiada sebarang tazkirah yang disampaikan Nie Ching seperti yang didakwa melainkan sekadar ucapan lima minit selepas dijemput berucap oleh jawatankuasa surau.

Selain itu, ucapan ahli parlimen Serdang itu juga jelasnya langsung tidak menyentuh soal politik kepartian melainkan menjelaskan program pendidikan kerajaan negeri yang memanfaatkan rakyat Selangor.

"Saya berani mengatakan bahawa, Mais telah didalangi Umno, menipu pihak Istana.

"Memang tidak ada tazkirah, tidak ada ucapan berkaitan politik dan bukan memberi sumbangan kepada ahli PAS," tegasnya.

Tambahnya, tindakan Umno tersebut telah merugikan Islam apabila masyarakat mungkin berpandangan mereka tidak boleh lagi memasuki masjid atau surau.

Sedangkan kata Mahfuz, itu merupakan salah satu cara dakwah kepada bukan Islam dan sememangnya dibolehkan seperti diputuskan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 lalu.

"Kalau tindakan itu salah, Mais bukan kena hantar surat amaran kepada ahli parlimen Serdang, tetapi kena hantar juga kepada Majlis Fatwa Kebangsaan," katanya.

HD

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive