Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, September 30, 2010

Port’ memadu kasih dalam kereta

2010/09/24

SEREMBAN: Keadaan bahagian depan Pusat Perniagaan Taman Paroi Jaya, dekat sini, yang gelap pada malam hari kerana tidak mempunyai lampu jalan menyebabkan kawasan itu menjadi lokasi segelintir remaja melakukan kegiatan tidak sihat.


DI SINI...kawasan tepi jalan di hadapan kedai di Taman Paroi Jaya menjadi tempat remaja memadu kasih dalam kereta.

Penduduk mendakwa kegiatan itu berlarutan sejak sekian lama terutama pada malam minggu dan kebiasaannya kegiatan terbabit dilakukan di dalam kereta di kawasan gelap tepi jalan atau di bawah pokok besar.

Ahli Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Paroi Jaya, Shahril Tahirul Zainal Abidin, 30, berkata pihaknya pernah terserempak pasangan remaja berpelukan di dalam kereta ketika menjalankan rondaan keselamatan di kawasan itu pada malam hari dan awal pagi.


Menurutnya, ada juga pasangan diserbu Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) ketika mereka memadu kasih dalam kereta di kawasan terbabit.


“Ketiadaan lampu jalan juga menyebabkan jenayah seperti kes pecah kedai. Sehingga kini, tiga kejadian pecah kedai berlaku di situ dengan yang terbaru berlaku pada Ogos lalu membabitkan seorang pengusaha telekomunikasi mengakibatkan kerugian lebih RM4,000 selepas kedainya diceroboh dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi.


“Sebelum itu beberapa pengusaha lain mengadu kedai mereka dipecah masuk pada malam hari dan awal pagi membabitkan kerugian antara RM1,000 hingga RM5,000,” katanya.


Shahril Tahirul berkata, keadaan kawasan itu yang gelap dipercayai memudahkan penjenayah melakukan kegiatan tidak sihat kerana sebahagian pengusaha terbabit tidak tidur di kedai berkenaan.


Menurutnya, berikutan itu penduduk bimbang keselamatan mereka dan berharap pihak berkuasa memasang lampu jalan bagi memastikan jenayah dibanteras.


Katanya, permohonan bagi mendapatkan lampu jalan di situ pernah dikemukakan kepada pihak berkuasa kira-kira dua tahun lalu, namun sehingga kini tiada tindakan.


“Saya mewakili penduduk taman ini berharap pihak berkenaan memberikan perhatian terhadap masalah ini dan memasang lampu jalan,” katanya.


Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Gedung Lalang, Ampangan yang merangkumi Taman Paroi Jaya, Mohamad Sahimi Ab Rani, 62, berkata pihaknya berharap pihak berkuasa meluluskan cadangan pemasangan lampu jalan di kawasan terbabit.

HM


Objek ganjil di bandar Pingyao


GAMBAR yang dirakamkan oleh dua pelajar sebuah universiti di China menunjukkan sebuah objek terbang yang tidak dikenali (dalam bulatan) berlegar di bandar Pingyao pada 22 September lalu.

BEIJING – Dua pelajar sebuah universiti China menyaksikan sebuah objek yang terang benderang terbang di udara menerusi kamera masing-masing pada waktu malam 22 September lalu.

Gambar objek terbang yang tidak dikenali itu (UFO) dirakamkan semasa mereka merakamkan pandangan pada waktu malam di bandar Pingyao di wilayah Shanxi sempena Festival Antarabangsa Fotografi Pingyao Kali Ke-10.

Imej bercahaya itu muncul selama 40 minit.

Menurut akhbar People’s Daily Online baru-baru ini, dua pelajar itu menghantar gambar tersebut kepada seorang wartawan pada waktu tengah hari 23 September lalu sebagai usaha untuk menyelesaikan misteri tersebut.

Gambar yang dirakamkan oleh dua pelajar itu menunjukkan sebuah objek yang mempunyai bentuk seperti sfera tetapi ia tidak boleh dilihat dengan jelas menerusi mata kasar.

Dua jurugambar itu turut merakamkan gambar semasa UFO itu berubah kedudukan di udara.

Pada satu ketika, objek itu hilang daripada pemandangan tetapi ia kemudian muncul semula pada waktu hampir tengah malam.

Dua gadis memberikan nombor telefon kepada pelajar tersebut dan menyatakan mereka bersedia untuk menjadi saksi kejadian itu. – Agensi

kosmo

Remaja didakwa laku persetubuhan luar tabii



GEORGETOWN - Seorang pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas dakwaan melakukan seks luar tabii ke atas seorang remaja perempuan bawah umur.

Mohamad Akmal Hakim Ismail, 19, yang berasal dari Kampung Gajah, Perak, didakwa melakukan perbuatan itu dalam sebuah bilik di Hotel Rope Walk, Jalan Pintal Tali dengan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun kira-kira jam 11 hingga 12 tengah malam pada 12 September lalu.

Mohamad Akmal Hakim didakwa melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii iaitu dengan memasukkan zakarnya ke dalam mulut remaja perempuan itu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau sebatan jika sabit kesalahan.

Pertuduhan dibacakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Sariza Ismail di hadapan Hakim Sitarun Nisa Abdullah.

Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan kes akan disebut semula pada 15 Oktober ini.

SH



Dakwaan Umno Sogok Adun PKR – Kertas Siasatan BPR Bocor


KUALA LUMPUR 29 SEPT: Pengarang Raja Petra Kamarudin hari ini menyiarkan apa yang didakwa sebagai kertas siasatan awal Badan Pencegah Rasuah (BPR), kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menghuraikan dakwaan Adun Kulim Lim Soo Nee ditawar RM5 juta oleh pemimpin Umno untuk keluar dari Parti Keadilan Rakyat. .
Portal Malaysia Today menyiarkan 'Laporan Siasatan Awal' BPR (kini SPRM) cawangan Seberang Perai Aduan no 11/2008 yang dibuat oleh Lim.
Laporan ini dikatakan menyebut bahawa sasaran siasatan BPR adalah bekas Menteri Besar Kedah, Mahazir bin Khalid yang dinamakan sebagai B1 dan dan orang tengah Tan Yak Siew yang dinamakan B2.
Di akhir laporan ini, siasatan itu mengesahkan, pada 9.9.2008 satu perjumpaan telah diadakan di Hotel Sunway, Seberang Jaya, Perai.
Laporan ini juga mengesahkan dakwaan awal Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim sebelum ini bahawa Bahagian Perisikan Ibu Pejabat BPR telah membuat satu rakaman audio dan video di bilik hotel tersebut.
Menurut laporan ini, intipan mendedahkan Mahazir berjumpa dengan Lim dan mengesahkan penawaran wang itu sebanyak RM5 juta.
Beliau juga di beritahu untuk berbincang dengan Datuk Seri Najib Razak jika mahukan imbuhan yang lebih.
Lim juga dimaklumkan, sekiranya beliau keluar dari PKR, beliau akan diberi beberapa projek.
Laporan siasatan yang ditandatangani oleh Mahani binti Din, Penolong Kanan Penguasa, Badan Pencegah Rasuah Cawangan Seberang Perai.
Menurut Mahani, Ibu Pejabat BPR (kini SPRM) akan menguruskan kes ini seterusnya.
Dalam ulasannya, Raja Petra melahirkanrasa kesal dengan kegagalan pihak berkuasa untuk bertindak walaupun mempunyai keterangan saksi dan bukti audio visual mengenai salah laku Mahadzir

tvs

Hijau Kuning Negeriku: Tahniah!

Baru-baru ini waktu menghadiri Jamuan Hari Raya anjuran KHTP di Kulim Hitech - ramai sungguh yang hadir, YB Amirudin pun ada nampak mai.

Di celah-celah tu saya ternampak sorang sahabat lama. Dulu dia kerja kat sebuah kilang industri, kat belah Penang/Prai kalau tak silap, sorang jurutera, orang atas dan berpangkat jugak rasanya.

Bila nampak dia, terus saya pi tegoq, awat dia boleh ada kat situ.

Dia habag kata, dia tak kerja kat tempat lama dah. La dok kerja dengan anak syarikat kerajaan negeri kat KHTP ini, dia kata "depa minta tolong mai bantu anak syarikat kerajaan negeri ni, saya mai la!".

Fuh! saya respek sungguh kat dia sebab sanggup berenti kerja yg dah secure dan terjamin dgn syarikat MNC tu, mai kerja dgn syarikat milik kerajaan negeri - yg semua org tau kalau PAS kalah PRU13 di Kedah nanti, dengan dia-dia sekali boleh bungkuih pi.

Bila saya tengok sahabat saya ni, saya teringat 2 org lagi sahabat saya - golongan professional dlm sektor industri juga - yg mengorbankan kerjaya depa di syarikat-syarikat MNC antarabangsa itu, kini bersama-sama dengan dua buah lagi perbadanan yang ada kaitan dengan anak syarikat kerajaan Negeri bagi membantu mempastikan negeri KEDAH di bawah pemerintahan PAS ini akan terus cemerlang ke puncak jaya.

Salah seorangnya adalah bekas Jurutera Process di sebuah kilang di Kulim Hitech dan sorang lagi bekas QA Engineer di sebuah kilang Jepun di Sungai Petani, Kedah.

Hebat depa ni - sebab tak mcm depa - saya dengan jumlah anak dah nak masuk 9 ini - rasa tak berapa berani nak ambik risiko mcm tu.

Mungkin kerana ada orang-orang mcm depa ini kot, maka hari ini Pelabur-Pelabur Asing makin yakin dengan iklim pelaburan di Kedah khususnya di area Hitech ini.

Waktu dok sembang dengan salah seorang org kuat KHTP waktu jamuan aidilfitri hari itu, bila saya tanya pasal tulisan-tulisan dlm blog yg menghentam pentadbiran KHTP, dia ada habag kat saya, dia kata KHTP zaman PAS ini jenis tak suka heboh-heboh apa depa buat, biarlah org nampak results dia saja. Memba ini habag, dia kata org mungkin tak tau, dlm dok kena hentam tu pun, Nu Ada 3 Pelaburan Baru tengah dok Q nak masuk mai!!

Syabas KHTP!

Opps, lupa nak habag, tujuan saya menulis ini sebenarnya adalah sebab nak ucapkan Tahniah kpd kerajaan negeri Kedah, sebab sejak broadband saya prob ini lama dah tak bukak internet, tadi bila baru dpt access internet, masuk blog Kedahlanie ada dimuatkan petikan dari laman MIDA (seperti terpampang di bawah) yg intipatinya ialah KEDAH merupakan negeri yang menerima pelaburan asing yang tertinggi di Malaysia, lebih kurang RM1.5 billion.

Patutlah pun, dalam banyak-banyak kawasan industri di Malaysia ini, baru-baru ini kawan-kawan di sektor industri dok habag ada sebuah Stesen TV Antarabangsa memilih KHTP untuk membuat penggambaran berkaitan kawasan-kawasan industri yang berdaya maju di benua sebelah sini (potential investment zone for foreign investors).

Bila dokumentari itu dibawa balik dan disiarkan di stesen ternama di Negara mereka itu nanti, maka insyaallah akan ada banyak lagi syarikat-syarikat gergasi dari sana akan masuk mai melabur ke sini; dan kesan jangka panjangnya insyaallah akan dapat membantu mewujudkan peluang pekerjaan untuk adik-adik dan juga anak-anak kita yang sedang berada di bangku sekolah ketika ini.

Mungkin ini semua lahirnya atas keikhlasan sahabat-sahabat saya tadi itu, yang mengenepikan kepentingan periuk nasi depa, sanggup berkongsi ilmu dan pengalaman mereka di sektor industri, terjun bersama-sama membantu kerajaan negeri bagi mempastikan
pelabur-pelabur asing dan peluang pekerjaan terus wujud dan berkembang maju di negeri Kedah ini.

Untuk itu, suka ka tak suka ka, apa pun pegangan politik kita, dalam hal ini kita sewajarnya ucapkan tahniah khususnya untuk bekas-bekas pekerja kilang seperti sahabat-sahabat saya ini yang melakukan semua ini untuk kepentingan kita bersama. Dan, tahniah juga diucapkan kepada kerajaan Negeri.

Kekalkan keikhlasan yang ada, insyaallah Tuhan akan bersama-sama kita.

sekian
Moniermatdin@yahoo.com
30.9.10
http://www.mindapolitikmoniermatdin.blogspot.com/








Bahana berkasih dengan isteri orang

TELUK INTAN - Gara-gara bermalam dengan isteri orang, seorang anggota polis cedera dibelasah penduduk kampung selepas 'dicekup' di dalam sebuah rumah di Batu 3 1/2, Jalan Changkat Jong, dekat sini malam Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, anggota polis itu dikatakan naik angin dan terus memarahi penduduk kampung selepas rumah kekasihnya yang juga ibu kepada 10 anak tersebut diketuk.

Menurut seorang penduduk yang enggan dikenali, pelakuan sumbang anggota polis berusia 50 tahun bersama pasangannya, sejak beberapa tahun lalu itu telah menjadi perhatian banyak pihak.

Katanya, sebaik pintu rumah papan itu dibuka oleh wanita berkenaan selepas diketuk berulang kali, anggota polis terbabit yang hanya memakai kain pelikat terus memarahi orang kampung sebelum berlaku satu pertengkaran.

"Penduduk yang malu dengan apa yang berlaku mempertahankan tindakan mereka mengetuk pintu rumah berkenaan dan selepas itu tercetuslah pergaduhan menyebabkan anggota polis terbabit cedera pada bahagian muka," katanya.

Semasa kejadian, tiga kanak-kanak dipercayai anak kepada wanita tersebut berada dalam rumah tersebut.

kosmo

Penerjun maut di Menara Alor Setar

2010/09/29


ALOR SETAR: “Saya nampak ada empat penerjun menjalani latihan di situ. Pada mulanya saya nampak penerjun pertama tersangkut pada tiang lampu, bagaimanapun dia berjaya turun ke bawah.

“Selepas itu, dua lagi rakannya berjaya melakukan terjunan tanpa halangan manakala payung terjun penerjun wanita, iaitu penerjun terakhir, tidak terbuka menyebabkan dia terjatuh ke lantai simen di kaki menara berkenaan,” kata saksi kejadian seorang wanita warga Australia maut selepas payung terjunnya gagal berfungsi ketika sesi latihan sempena program KL Tower International Jump Malaysia 2010 yang dijangka diadakan awal bulan depan di Menara KL.

Saksi berkenaan, Zaidi Zainul Abidin, 41, berkata, ketika kejadian, dia menunggang motosikal di jalan berkenaan dan berhenti menyaksikan penerjun menjalani latihan di Menara Alor Setar di sini, semalam.


Menurut Zaidi, dia terkejut melihat payung terjun mangsa tidak terbuka, dipercayai terbelit menyebabkan wanita itu terus jatuh ke lantai simen di kaki menara berkenaan.


Mangsa dikenali sebagai Tantiky Lie Marion, 42, mati di tempat kejadian cedera parah di badan dan kepala. Latihan semalam membabitkan penerjun tempatan dan dua penerjun rakyat asing, termasuk mangsa.


Difahamkan, mereka baru tiba di Alor Setar untuk menjalani latihan base jump bagi program di Menara KL, bulan depan.


Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira jam 4.30 petang.

HM


Rabu, September 29, 2010

UMNO Kehilangan Akal


Kepala hotak UMNO memang bercelaru. Kecelaruan itu diakibatkan oleh idealisme yang mereka sendiri buat. Antaranya ialah slogan "Hidup Melayu" dan konsep 1Malaysia. Slogan pertama itu mengesahkan bahawa UMNO berjuang hanya untuk orang Melayu. Oleh sebab itu, sahlah UMNO itu parti perkauman. Hal ini disahkan lagi oleh tindak-tanduk mereka yang suka menghina kaum Cina dan kaum India.

Orang Cina dicop sebagai pendatang oleh Ahmad Ismail. Orang Cina dicop sebagai kaum suka jual tubuh oleh Nasir Safar. Orang India dicop sebagai pengemis oleh Nasir Safar. Kini, Biro Tata Negara (BTN) mengecop orang Cina dan India sebagai Si Sepet dan Si Botol. Tidak ada sesiapa pun di Malaysia akan mengatakan UMNO tidak rasis apabila cop-cop ini ditujukan khas kepada kedua-dua kaum itu.

Jika demikian keadaannya, sahlah bahawa konsep 1Malaysia tidak membawa makna apa-apa. Konsep itu hanya retorik politik untuk mengabui mata rakyat. Kononnya untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Apabila mereka kata lain tetapi buat lain, kena hentamlah. Apabila dihentam mereka melenting. Lentingan itu menyebabkan mereka hilang akal.

Dalam keadaan hilang akal itu, mereka dicabar supaya menyatakan pendirian tentang "Malaysian First, Malay Second". Bertempiklah juak-juak UMNO mengatakan mereka tidak rela tukar slogan. Kalau tukar masuk perangkap pembangkang. Memang mereka hilang akal. Dengan berbuat demikian, sudah terang lagi bersuluhlah sikap perkauman mereka. Anehnya, mereka mengambil keputusan menjauhkan diri daripada PERKASA kerana takut kehilangan sokongan kaum Cina dan India apabila NGO itu terlalu lantang memperjuangkan hak Melayu kononnya. Pada hakikatnya, tiada siapa pun yang berani menghapuskan Perkara 153 dalam Perlembagaan Malaysia.

Mengapa UMNO bersikap terlalu aneh sekarang ini? Mereka telah kehilangan sokongan orang Melayu. Mahathir kata orang Melayu berpecah tiga. Satu pertiga dalam UMNO. Satu pertiga dalam PAS. Satu pertiga dalam PKR. Oleh sebab itu, dua pertiga orang Melayu ada dalam Pakatan Rakyat.

Inilah yang mendorong UMNO disimbahi histeria. Dengan hanya satu pertiga orang Melayu yang menyokong, mereka akan pupus tidak lama lagi. Maka dikumandanglah kenyataan gila bahawa Melayu akan kehilangan kuasa dan suara jika Pakatan Rakyat memerintah Malaysia. Otak letak dekat lututkah? Mereka sepatutnya berkata kuasa dan suara orang Melayu akan memuncak apabila Pakatan Rakyat menguasai Malaysia. Memang sahlah UMNO sedang cemas dan lemas dengan situasi yang membelenggu mereka sekarang ini. Apatah lagi apabila melihat PKR diberi sokongan hebat oleh rakyat. Macam-macamlah kenyataan berunsur iri hati dilontarkan terhadap parti pelbagai kaum itu.

Bagi Pakatan Rakyat, rakyat Malaysia adalah fokus utama. Hak Melayu, Cina, India, dan lain-lain mengikut yang ditentukan oleh perlembagaan. Dengan demikian, Pakatan Rakyat bersikap anti-perkauman. Rakyat Malaysia akan berasa lebih aman dan sentosa jika memilih Pakatan Rakyat sebagai pemerintah.

http://bilahrotan.blogspot.com
tranungkite.net


Timbalan menteri diarah bayar hutang RM1.6 juta

Hafiz Yatim
Sep 29, 10

Datuk M Saravanan (bawah, kanan), yang sekarang ini timbalan menteri Wilayah Persekutuan telah diarahkan oleh mahkamah membayar RM1.6 juta kepada VPN Marketing Sdn Bhd untuk melangsaikan hutangnya.



Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur juga mengarahkan Project Penyelenggara Lebuhraya Bhd (Propel) membayar wang tambahan RM690,000 kepada syarikat itu kerana mencabuli kontrak membekalkan penghadang besi di antaranya lebuh raya Utara Selatan.

Keputusan itu dibuat di kamarnya oleh hakim Anantham Kasinater.

Dua saksi dari VPN Marketing dan dua lagi daripada Propel memberi keterangan semasa perbicaraan.

Saravanan disaman atas kapasiti peribadinya, sebelum dia dilantik sebagai timbalan menteri, selepas syarikatnya RMW Manufacturing Bhd - di mana beliau bertindak sebagai pengurus dan pengarah menggulung tikar.

VPN Marketing, sebuah syarikat berpangkalan di Bandar Puncak Alam, dalam kenyataan tuntutannya berkata mereka sejak 2004 telah membekalkan bahan keluli kepada RMW Manufacturing.

Bagaimanapun RMW Marketing masih belum menjelaskan bayaran RM2.337 juta selepas menerima barangan bertkenaan.

VPN Marketing mendakwa Saravanan melalui peguamnya bersetuju melalui sepucuk surat bertarikh 28 Nov 28, 2007, mengeluarkan surat jaminan peribadi untuk membayar RM1.647 juta manakala Propel pula dikehendaki membayar RM690,000.

VPN Marketing telah berulang kali meminta kedua-dua defenden berkenaan menjelaskan bayaran tetapi mereka didakwa gagal berbuat demikian.
Menurut peguam C Shanmugaiah yang mewakili VPN Marketing, hakim itu memutuskan plaintif (VPN Marketing) berjaya membuktikan kes saman tersebut terhadap kedua-dua defendan.

Beliau berkata hakim itu juga memerintahkan Saravanan membayar RM20,000 sebagai kos guaman dan juga faedah lapan peratus dari November 2007, manakala Propel diperintah membayar kos RM35,000 dan juga faedah kepada VPN Marketing.

Syarikat itu juga telah menghantar notis tuntutan pada 7 Sept 7, 2009 tetapi kedua-dua mereka gagal berbuat demikian.

MK

Lima terbunuh, tiga cedera di selatan Thai


Ahli keselamatan Thai memeriksa tempat kejadian di mana lima orang dibunuh di Pattani. — Foto Reuters

PATTANI, 29 Sept — Lima terbunuh dan tiga cedera parah termasuk dua kanak-kanak apabila empat lelaki bersenjata yang memakai uniform polis melepaskan tembakan di Kampung Karet, daerah Saiburi di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Saiburi, Kol. Amnuai Di berkata kejadian berlaku apabila seorang petani Matfairu Kayunit, 31, sedang berunding untuk menjual buah dokong bersama tiga pemborong di rumahnya kira-kira 7 malam.

Matfairu terbunuh bersama pemborong berkenaan yang dikenali sebagai Anong Photoklom, 37, (wanita), Nai Sriwichai Wiset, 31, dan Nai Puawanart Muangmaithai, 31. Seorang penduduk kampung Nai Mazran Yusuf, 19, turut terbunuh.

Amnuai berkata Anong meninggal di tempat kejadian sementara yang lain di hospital.

Beliau berkata yang cedera dikenali sebagai Nai Pornchai Intasri, 25, dipercayai pekerja salah seorang pemborong berkenaan, Nuraini Cheteh, 10, yang ditembak di kaki kirinya dan adiknya Abdulbasiz Cheteh, 7, yang ditembak di bahu kiri dan muka.

Mereka yang cedera dirawat di Hospital Pattani. Menurut Amnuai, penyerang turut memakai jaket kalis peluru yang terus melepaskan tembakan sebaik turun dari sebuah pikup. Beliau percayai serangan dilakukan puak pemisah yang mahu menakutkan pemborong dokong dari luar daerah itu.

Buah dokong di daerah ini dijual kurang daripada 10 Baht (kira-kira RM1) sekilo sementara di Bangkok dijual 40 Baht (kira-kira RM4) sekilo.

Dalam satu kejadian berasingan, seorang anggota tentera tercedera apabila sebutir bom buatan sendiri meletup di Kampung Telubok di sini 7.45 malam semalam.

Lebih 4,000 terbunuh di selatan Thai yang dikatakan berpunca daripada perbuatan puak pemisah yang mahu menuntut kemerdekaan bagi wilayah Narathiwat, Pattani and Yala sejak enam tahun lalu. — Bernama

Peneroka menang lagi kes saman Felda


KUANTAN, 29 Sept: Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini memutuskan peneroka Felda berhak mendapatkan bayaran tanam semula sebanyak RM1,700 seekar dari Felda walaupun mereka tidak menanam semula ladang mereka melalui badan berkanun itu.

Kaputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Mariana Yahya ekoran saman yang dikemukakan oleh 10 peneroka Felda Sungai Koyan 2 dan 3 terhadap Felda kerana enggan membuat bayaran itu kepada mereka.

Namun, Hakim itu memutuskan, bayaran itu hendaklah dibuat oleh Felda dengan syarat peneroka memenuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh Felda.

Hakim menolak hujjah pembelaan Felda yang menyatakan peneroka tidak berhak mendapatkan jumlah itu kerana jumlah caruman mereka tidak sampai.

Namun, hakim memutuskan Felda perlu membayar jumlah itu kerana ia telah ditetapkan oleh Felda sendiri.

10 peneroka Felda itu diwakili oleh peguam Mohamed Hanipa Maidin manakala Felda diwakili oleh Tetuan Abdullah Zainudian yang diwakili oleh Puan Doshi.

HD

Star-Utusan Malaysia: Mana Satu Betul?

Oleh Wira Arjuna


Dalam keghairahan menyerang proses pemilihan Parti Keadilan Rakyat, akhbar Star dan Utusan Malaysia menyiarkan laporan yang bukan sahaja tidak disokong fakta, tetapi bercanggah antara satu sama lain.
Dalam laporan muka depannya hari ini, The Star menyifatkan kekalahan pemimpin pada peringkat cabang seperti Elizabeth Wong (Petaling Jaya Utara), Naib Presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub (Pasir Salak) dan Kamarul Baharin Abbas (Teluk Kemang) adalah kerana mereka bukan “orang Anwar Ibrahim atau Azmin Ali.”
Utusan Malaysia (mukasurat 3) juga merujuk kepada kekalahan tokoh-tokoh sama tetapi menyifatkan kesemua mereka sebagai “orang Anwar dan Azmin.” Menurut Utusan, kekalahan mereka kononnya adalah bukti Anwar dan Azmin akan menghadapi masalah pada pemilihan peringkat nasional November depan.
Mana satu yang betul? Mungkin sudah sampai masanya untuk akhbar-akhbar arus perdana mengadakan mesyuarat penyelarasan setiap hari untuk memastikan laporan yang diputar belit oleh mereka sekurang-kurangnya dibuat atas premis yang sama sebelum menjajanya kepada rakyat.
Biarlah akhbar-akhbar berkenaan berpegang kepada slogan 1Malaysia, 1Fitnah dan mengelak daripada mengadakan dua tiga versi berlainan mengenai fitnah yang sama.
Selain Utusan dan The Star, akhbar-akhbar lain seperti Berita Harian dan New Straits Times turut menyerang PKR atas kekecohan yang berlaku di tujuh cabang yang mengadakan mesyuarat agung tahunan dan pemilihan setakat ini.
Kesemua mereka mendakwa kekecohan itu mencerminkan sistem satu ahli satu undi PKR gagal, malah memetik Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebagai berkata kekecohan itu bukti PKR tidak ada kemampuan untuk memerintah.
Fakta “kecil” yang sengaja dilupakan oleh Muhyiddin ialah kekecohan berlaku hanya pada tujuh Cabang. 159 Cabang mengadakan mesyuarat dan pemilihan tanpa sebarang masalah dan dalam suasana yang hanya menyuburkan demokrasi tulen dalam PKR.
Mungkinkah Muhyiddin berkata demikian kerana beliau, seperti dalam kes gurubesar rasis baru-baru ini, juga “tidak ada kuasa” untuk mengetahui fakta-fakta relevan sebelum membuka mulutnya?
Atau beliau mempunyai apa yang disebut dalam bahasa Inggeris sebagai “selective amnesia” iaitu hilang memori secara pilihan?.
Pimpinan PKR tidak menafikan wujudnya masalah logistik dan keselamatan di segelintir Cabang yang memberikan kesempatan kepada samseng upahan dan bekas ahli parti itu menimbulkan kekacauan.
Kemungkinan anasir-anasir ini dibiayai oleh pihak tertentu supaya tindakan mereka dirakam oleh jurugambar dan jurukamera media arus perdana demi memperlekehkan proses transformasi PKR ke demokrasi tulen, tidak boleh ditolak.
Ini kerana kejayaan PKR melaksanakan pemilihan satu ahli satu undi akan menandakan satu lagi kejayaan parti itu dalam hasrat menyuburkan proses demokrasi dalam parti dan seterusnya mengembangkan hak itu kepada rakyat umumnya.
Seperkara lucu mengenai dakwaan dalam laporan-laporan media arus perdana, adalah kononnya Anwar Ibrahim dan Azmin Ali sedang menentukan calon mana menang pada peringkat Cabang.
Cukup untuk mengatakan bahawa dengan keahlian PKR mencecah hampir 500,000, adalah tidak waras untuk sesiapa mendakwa kedua-dua orang itu mempunyai keupayaan begitu besar untuk mempengaruhi minda ahli biasa dalam memilih pemimpin mereka.
Mungkinkah media arus perdana masih berfikir PKR sama seperti Umno, di mana pemimpin hanya perlu membeli undi kira-kira 2,000 perwakilan untuk diangkat sebagai ahli Majlis Tertinggi?
Sekali lagi, biarlah fitnah yang “dijual” oleh akhbar dan stesen televisyen arus perdana kepada pembaca dan penonton mempunyai unsur-unsur yang tidak terlalu karut, sehingga sukar untuk sesiapa menerimanya. Jangan asyik syok sendiri sahaja.

SK


Jagger ketagih seks

27/09/10

LONDON: Janda Mick Jagger, Jerry Hall, mendakwa penyanyi utama kumpulan The Rolling Stones itu dianggap sebagai pemangsa seksual yang berbahaya.


BANYAK CINTA...Jerry tidak mempercayai Jagger sepenuhnya.


ADA HUBUNGAN...dua wanita dikaitkan dengan Jagger, Luciana (gambar kiri) dan Carla. Dalam pendedahan melalu buku tulisannya, bekas model dan aktres kelahiran Texas itu berkata, pada asalnya Jagger adalah seorang penagih dadah yang tegar.

Katanya, pertemuan dengan Jagger, kini 67, berjaya mengubah hidup penyanyi kelahiran Kent, England itu supaya meninggalkan dadah.


“Bagaimanapun, Jagger menggantikan ketagihan dadah itu kepada ketagihan mengadakan hubungan seks,” katanya.


Jerry mula berpacaran dengan Jagger pada 1977 selepas bertemu kali pertama pada 1976.


Pasangan itu kemudian berkahwin secara tidak rasmi pada 21 November 1990 mengikut adat budaya Hindu masyarakat Bali di Indonesia.


Hubungan itu berakhir pada hujung 1999.


Hasil hubungan itu, mereka dikurniakan empat anak, iaitu Elizabeth, 26; James, 25; Georgia May, 18, dan Gabriel, 13.


Menurut Jerry, sepanjang hubungannya dengan Jagger selama 23 tahun, penyanyi rock itu menipu dan berlaku curang terhadapnya berkali-kali.


Dalam buku itu juga, Jerry, 54, menceritakan bagaimana Jagger menggodanya ketika dia masih remaja dan sedang bertunang dengan penyanyi, Bryan Ferry.


“Dia adalah pemangsa seksual yang berbahaya.


“Walaupun saya mencintainya dan dia bersumpah mempunyai perasaan sama terhadap saya, kesetiaannya masih saya ragui.


“Saya berjaya menarik Jagger daripada menagih dadah, tetapi dia beralih menjadi penagih seks dan tidak pernah mendapatkan rawatan bagi mengatasinya,” katanya.


Sepanjang berpasangan, Jerry mengesyaki Jagger mempunyai hubungan romantik dengan model dan selebriti Perancis kelahiran Itali, Carla Bruni.


Hanya selepas berkahwin dengan Jagger pada 1990, katanya, dia yakin Jagger tidak mempunyai hubungan dengan Carla - kini menjadi Wanita Pertama Perancis selepas berkahwin dengan Presiden Nicolas Sarkozy pada 2008.


Dalam buku berjudul My Life In Pictures itu, Jerry mendedahkan, hubungannya dengan Jagger berakhir selepas penyanyi rock itu menyebabkan model Brazil, Luciana Morad, 40, hamil. - Agensi

Surat Terbuka Kepada Ketua Penerangan Umno En Reezal Merican

27 September 2010

En Reezal Merican,




Saya merujuk kepada kenyataan En Reezal (Utusan Malaysia, m/s 7, 27 September 2010) yang terus melakukan fitnah dan tohmahan ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung dakwaan kononnya Kerajaan Negeri Pulau Pinang menggunakan dana sumber perjudian untuk program pembasmian kemiskinan orang-orang Islam di negeri tersebut.

Walaupun Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menafikan dakwaan tersebut dan memberikan penjelasan mengenai sumber dana yang digunakan untuk program membantu rakyat miskin, namun En Reezal nampaknya tidak berminat untuk mendengar fakta dan terus menggunakan taktik kotor untuk memfitnah Kerajaan Pakatan Rakyat



 Saya tidak berasa hairan mengapa En Reezal berbuat sedemikian kerana sememangnya anda dan parti anda telah bankrap idea politik dan ketandusan isu di Pulau Pinang dan terpaksa bergantung kepada senjata fitnah untuk kekal relevan di negeri tersebut.

Namun, yang menjadi bahan ketawa kepada rakyat umum ialah cara En Reezal mempermainkan isu ini yang menunjukkan tahap hipokrasi anda pada tahap yang paling tinggi. Apakah En Reezal yang pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan yang terdahulu tidak mengetahui bahawa semua bentuk hasil cukai perjudian dimasukkan ke dalam Akaun Hasil Disatukan di bawah Kerajaan Persekutuan? Sekiranya En Reezal dan rakan-rakan anda dalam Pemuda UMNO begitu cetek pengetahuannya, biar saya menyalurkan sedikit maklumat kepada anda dan rakan-rakan anda.


Soalan saya di Sidang Dewan Rakyat pada 9 Jun 2010 yang lalu berbunyi;


Tuan Loke Siew Fook (Rasah) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada hasil cukai perjudian diasingkan daripada Akaun Hasil Disatukan, mekanisme untuk menguruskan hasil judi, kegunaan hasil ini dan berapa peratuskah hasil ini disalurkan untuk menangani masalah sosial akibat daripada masalah perjudian.


JAWAPAN:


1. Untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini, hasil daripada aktiviti perjudian adalah dikategorikan sebagai hasil cukai kepada Kerajaan. Berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan Perkara 97 dan Akta Tatacara Kewangan 1957 (semakan) 1972 semua hasil atau terimaan yang diterima oleh Kerajaan Persekutuan hendaklah dikreditkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan. Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan adalah terdiri dari tiga akaun utama iaitu Akaun Hasil Disatukan, Akaun Amanah Disatukan dan Akaun Pinjaman Disatukan. Bagi semua hasil daripada bayaran cukai ia akan dimasukkan ke dalam Akaun Hasil Disatukan sama seperti semua hasil Kerajaan yang lain dan digunakan untuk tujuan belanja mengurus dan pembangunan negara.

2. Pada masa ini Kerajaan tidak ada memperuntukkan sejumlah peruntukan yang khusus bagi menangani masalah sosial akibat ketagihan judi. Namun Kerajaan pada setiap tahun menyediakan peruntukan dalam bajet tahunan kepada Kementerian-kementerian berkaitan bagi menjalankan aktiviti-aktiviti sosial

3. Selain dari itu Kerajaan juga sedang dalam peringkat kajian untuk mewujudkan satu kod yang khusus dalam Akaun Hasil Disatukan bagi mengakaunkan semua kutipan daripada aktiviti perjudian dan ia akan disalurkan kepada perbelanjaan yang dibenarkan oleh syariat Islam.

Saya yakin En Reezal fasih dalam Bahasa Malaysia dan boleh memahami maksud jawapan yang diberikan oleh Menteri Kewangan Malaysia, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga merupakan Presiden parti yang diwakili oleh En Reezal.

Untuk maklumat En Reezal juga, hasil cukai perjudian yang dikutip oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia yang dipimpin oleh Barisan Nasional adalah berjumlah RM2.3 billion sepanjang tahun 2009. Ini termasuklah cukai daripada kasino di Genting, cukai pertaruhan dari nombor ramalan seperti Magnum, Sports Toto dan sebagainya. Angka ini juga bukan direka oleh saya tetapi telah dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Senator Awang Adek di Dewan Rakyat pada tempoh hari. Untuk rekod, Senator Awang Adek juga merupakan pemimpin daripada parti yang sama dengan En Reezal.

Jadi, untuk pengetahuan En Reezal, sebahagian perbelanjaan mengurus negara dan perbelanjaan pembangunan adalah dari sumber hasil perjudian yang dikatakan haram oleh En Reezal. Ini termasuklah elaun dan gaji Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri-menteri Kabinet yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin parti kesayangan En Reezal!

Sama ada ini merupakan satu penghinaan kepada umat Islam dan pemimpin-pemimpin parti UMNO, terpulanglah kepada kebijaksanaan En Reezal untuk membuat kesimpulan!

Sekian dimaklumkan, terima kasih

“MALAYSIAN FIRST”

Berkhidmat untuk rakyat,

LOKE SIEW FOOK

Ahli Parlimen Rasah



DD

Janji jutawan kosmetik tertunai



Wati setia tunai janji

BATU PAHAT – Janji jutawan kosmetik terkenal, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, kepada ibunya, Yatmi Abdul Rahman, 77, tertunai apabila perabot yang sepatutnya menghiasi rumah ibunya pada Aidilfitri tahun ini, akhirnya tiba jua pada 25 September lalu.

Sosilawati berjanji hendak menghantar perabot itu sendiri dan sepatutnya tiba sehari sebelum raya lalu, namun tidak dapat dihantar kerana dia dilaporkan telah hilang semenjak 30 Ogos yang lalu.

Yatmi berkata, dia begitu sedih melihat perabot yang bernilai RM27,000 ini kerana terkenangkan anaknya yang tidak sempat melihatnya menggunakan perabot berkenaan yang terdiri daripada sofa dan juga set meja makan.

Katanya, setiap kali melihat perabot ini dia teringat dengan janji Wati yang mahu menghiasi rumah ini dengan perabot yang baru dan janji berkenaan telah pun tertunai sekarang.

“Walaupun perabot berkenaan telah sampai, tetapi Watinya dah tiada, makcik akan ingat hadiah terakhir Wati ini sampai bila-bila dan makcik akan menjaganya dengan baik.

“Selain perabot, hadiah yang makcik paling suka rumah yang menjadi tempat tinggal makcik sekarang, dulu buruk sangat, rumah kayu tetapi sekarang dah Wati buatkan yang baru,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Sementara itu, adik Sosilawati, Rosnani Lawiya, 45, berkata sebelum dilaporkan hilang, kakaknya ada menghubunginya supaya mengosongkan rumah kerana hendak diisi dengan perabot baru pada 31 Ogos lalu.

Katanya, setelah melihat perabot berkenaan, ibunya sentiasa termenung dan mendiamkan diri sahaja.

“Saya membawanya tinggal bersama saya buat sementara kerana bimbangkan kesihatannya.

“Akhirnya janji Kak Wati tertunai. Dia sanggup berhabis untuk melihat kami sekeluarga hidup dengan selesa dan dia pernah berkata tidak mahu hidup susah lagi seperti dahulu.

“Sering kali saya lihat mak menangis sendiri, dan saya selalu menenangkannya dengan mengatakan semua ini ujian daripada tuhan serta sudah pasti ada hikmahnya,” katanya.

SH


Selasa, September 28, 2010

Boroi Kerana Puas Seks?



Isu ini telah didebatkan berkurun lamanya. Lelaki akan bertambah berat
badan setelah berumah tangga adalah suatu perkara biasa dan ianya pasti
berlaku. Lelaki bujang lebih cenderung hidup aktif, kurang makan dan kurang
waktu rehat. Ke sana dan ke mari bersama teman-teman dan setiap masa
dipenuhi aktiviti. Malah waktu dan pola pemakanan mereka juga tidak
menentu. Lebih-lebih lagi lelaki yang hidup berjauhan dari keluarga.
Oleh itu hampir kesemua lelaki bujang berperut leper dan berat badan mereka
sekitar 48-60 kilogram. Namun setelah seseorang lelaki itu mendirikan rumah
tangga, dari tahun ke setahun berat badan mereka akan bertambah. Ini adalah
kerana mereka sudah tidak lagi hidup aktif. Lebih banyak masa dihabiskan
bersama anak dan isteri di rumah. Jadual makan yang teratur, tambah apabila
mendapat isteri yang pandai dan gemar memasak. Hampir semua lelaki
berkahwin dengan tujuan untuk makan di rumahï. Lelaki akan merasa selesa
setelah berkahwin kerana ada isteri yang akan menyediakan makanan dan mudah
bagi mereka untuk makan.
Berbanding wanita. Wanita yang hidup bujang masih
tetap memasak. Jadi mereka akan terus memasak setelah berumah tangga malah
menurut kajian wanita akan lebih minat memasak setelah berumah tangga.
Mereka didapati akan mula gemar mengumpul resepi dan menonton rancangan
masakan. Mereka akan mula tertarik dengan aksesori dapur seperti set kuali,
periuk dan alatan-alatan memasak walaupun pada zaman bujang mereka tidak
bergitu. Apabila dapat menyediakan satu hidangan untuk suami dan melihat
suami memakannya, isteri akan merasa cukup puas. Itu Hakikat!
Setelah berumah tangga, kebanyakkan lelaki tidak punya banyak aktiviti yang
dapat mengeluarkan peluh. Hanya aktiviti seks sahaja yang dapat
mengeluarkan peluh dan menjadi medium utama dalam pembakaran lemak mereka.
Jadi lemak dari pemakanan mereka akan mula berkumpul di perut.
Lama-kelamaan perut mereka akan mula membuncit atau dalam istilah lain boroi
Terdapat 2 jenis lelaki boroi, pertama lelaki dengan berat badan
yang bertambah, bertambah gemuk dan berperut buncit, manakala jenis kedua di
mana lelaki itu akan bertambah berat badannya tetapi masih lagi kurus cuma
bahagian perut sahaja membuncit.
Walaupun saintifik tidak dapat menjawab bahawa lelaki yang boroi tanda
mereka bahagia hidup berumah tangga, tetapi melalui kajian ianya terjawab
dengan mudah. Hampir 92% lelaki berkahwin akan boroi setelah 2 tahun dan ke
atas tempoh perkahwinan. Malah statistik penceraian juga melaporkan hampir
89% kes penceraian berlaku kepada suami yang “slim” dan masih tampan.
Berbanding kadar penceraian yang melibatkan suami boroi hanya sekadar 19%
kes penceraian.
Mungkin anda terperanjat sekarang namun itulah hakikatnya.
Jadi beruntunglah kepada mereka yang mempunyai suami boroi. Dan menurut
kajian lagi, lelaki boroi lebih penyayang dan berfikiran jauh dan lebih
mementingkan hidup berumah tangga.
Persepsi lelaki dan wanita cukup berbeza. 97% suami mula jemu atau
mengelak untuk mengadakan aktiviti seks bersama isteri mereka apabila
wanita itu mula gemuk, semakin tidak terurus, kurang perhatian kepada
suami, melebihkan anak-anak dan apabila si siteri tidak lagi menitik
beratkan penampilan. 97% kes penceraian datangnya dari masalah isteri yang
sebegini.
Jadi awas dengan penampilan anda. Namun sebaliknya pula bagi
isteri. Isteri tidak memandang ke arah rupa paras suaminya setelah
berkahwin. Cukup sekadar menyisir rambut dengan kemas dan berpakaian kemas,
isteri akan terus setia menyayangi suaminya meskipun si suami semakin bulat
atau perutnya semakin membuncit dan ada di antara mereka yang
mempunyai perut yang seolah-olah mahu meletup. Selalunya suami akan terus
mengimpikan isteri yang cantik dan menarik sepanjang usia perkahwinannya
tetapi isteri hanya sekadar mengimpikan suami yang bertanggung jawab dan
penyayang dan paras rupa suami seperti boroi, botak dan bau badan bukan
lagi ukuran buat mereka sepanjang tempoh perkahwinan.
Nampak sekali dunia ini tidak adil, namun itulah hakikat yang harus diterima sejak azali lagi.
Oleh itu pada zaman dahulu kala hampir 77% wanita yang berkahwin memakai
susuk untuk memastikan suami mereka akan terus setia dan tidak berkahwin
lain. Lihat sahaja potongan pinggang mereka yang digelar pinggang kerengga,
buah dada yang munggil dipadankan dengan kebaya ketat, punggung yang padat
dan bersanggul tinggi, bagi mereka itulah kekuatan seorang perempuan.
Dari sudut lain pula mengatakan lelaki memang akan mudah buncit selepas
berumah tangga atas faktor hubungan seks.
Kembali kepada persoalan anda, jadi kesimpulannya, suami yang berperut
buncit tanda mereka bahagia hidup berumah tangga adalah benar, seperti yang
telah anda baca pada artikel berkenaan. Tetapi awasi suami anda, walau pun
mereka berberut buncit tetapi pastikan mereka kekal sihat. Anda sebagai
isteri berperanan besar untuk memastikan menu yang dimasak buat suami dan
anak-anak adalah menu yang sihat. Kurangkan minyak, gula dan garam. Amalkan
pemakanan sihat sekeluarga.

sumber


Umno jangan takutkan orang kampung, kata Dr Asri


Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyeru Umno supaya tidak menakut-nakutkan warga Pulau Pinang dengan dakwaan kerajaan negeri menipu berhubung sumber kewangannya bagi membiayai program membantu golongan miskin termasuk untuk masyarakat Islam.

"Umno sepatutnya lebih ke hadapan dalam isu ini, bukannya bersikap jumud dan terkebelakang," katanya pensyarah agama di Universiti Sains Malaysia (USM) itu.

"Sudahlah mereka miskin, kita persalahkan mereka. Saya nak sebut kepada rayat Pulau Pinang tak payah susah hati. (Umno) janganlah nak takutkan orang kampung, jangan kata doa tak makbul atau (fikiran) sudah benak sebab makan dari sumber haram.

"Sekiranya semua transaksi bantuan dipersoalkan sumbernya, tidak ada lagi wang yang bukan daripada sumber haram. Setiap duit yang kita terima itu tentulah pernah digunakan untuk kegiatan lain.

"Apa yang jadi pertikaian bukanlah duit contohnya RM50 daripada hasil judi itu, tapi nilainya. Apabila diterima, nilainya adalah sumbangan daripada hasil judi, tapi bila ia disalurkan kepada orang miskin, nilainya adalah bantuan,"

Sebaliknya, Dr Mohd Asri berkata, perkara yang perlu dipertikaikan dalam isu pemberian bantuan orang miskin daripada hasil judi ialah promosi kepada syarikat judi yang menghulurkan sumbangan kepada kerajaan.

Katanya, keadaan itu boleh dilihat melalui liputan melalui media yang memperbesar-besarkan sumbangan yang diberikan oleh syarikat judi kepada kerajaan.

Cukai satu hukuman

"Kita tanggung dosa bila biarkan aktiviti judi atau lakukan tindakan seakan-akan memuliakan judi, sedangkan aktiviti seperti itu sepatutnya direndah-rendahkan.

"Promosi seperti itu juga seperti memberi galakan kepada perjudian. Saya pernah tengok (laporan) di majlis penyampaian sumbangan, ada ahli politik yang naik ke pentas terima cek besar daripada syarikat judi ini.

"Sepatutnya sumbangan ini diberikan senyap-senyap, tidak mengapa," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Tambahnya, cukai yang dikutip daripada syarikat judi sebagai hasil kerajaan juga tidak semestinya menerima nilai judi itu sendiri.

"Sedikit sebayak, cukai yang dikenakan ke atas syarikat itu juga adalah satu bentuk hukuman kepada mereka," katanya lagi.

Dr Mohd Asri juga berkata para ulama pula kini masih berbeza pandangan sama ada hasil daripada riba yang diperolehi kerajaan adalah halal atau haram.

"Setahu saya tidak ada. Pada masa saya (jadi mufti) tidak pernah ada mesyuarat (Majlis Fatwa Kebangsaan) untuk putuskan perkara ini," katanya lagi ketika ditanya.

Nabi terima hadiah Yahudi

Tambahnya, pandangan seperti yang dikemukakan ulama terkenal antarabangsa Dr Yusuf al-Qardhawi pula menyebut, hasil daripada riba seperti perjudian itu boleh digunakan untuk membantu orang miskin memandangkan nilai yang diberikan itu atas nama sumbangan.

"Bukannya ia diberikan atas nama hasil judi. Contohnya ada kawan hendak belanja kita kerana dia menang judi, tidak boleh kerana itu meraikan judi.

"Tapi kalau orang bukan Islam sekalipun belanja kita makan dan beri kita ang pau, tidak mengapa kerana dia hendak belanja," tambahnya.

Katanya lagi, Nabi Muhammad sendiri pernah menerima hadiah daripada orang Yahudi dan juga daripada pemerintah Rom.

"Buktinya, memang tidak salah jika hendak mengambil apa yang hak kita. Nabi mengambil hadiah daripada orang Yahudi walaupun nabi tahu orang Yahudi menjalankan kegiatan (ekonomi) riba dan pemerintah Rom terlibat dengan kezaliman," katanya.

Jelasnya, baginda tidak menerima nilai riba atau kezaliman tersebut tetapi nilai sumbangan berkenaan.

MK


Najib Boleh Minta Obama Bantu Atasi 'Cartoon-o-phobia'

Oleh Fazli Othman


SHAH ALAM 28 Sept - Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama mungkin boleh membantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengatasi cartoon-o-phobia selepas Najib menawarkan diri untuk mengatasi fenomena Islamophobia di Amerika Syarikat.
Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata ini menunjukkan pemimpin Umno-BN kini mengidap satu lagi penyakit iaitu takut pada kartun.
Dalam rangka lawatan ke AS sebelum ini, Najib berkata Malaysia mahu membantu negara itu mengatasi fenomena Islamophobia di kalangan masyarakat kuasa besar itu agar mereka tidak salah faham dan berpandangan negatif terhadap agama Islam.
"Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan melaksanakan undang-undang dengan telus dan mengikut lunas demokrasi.
"Nampaknya, pemimpin Umno-BN sekarang ini hidup dalam ketakutan sehinggakan kartun pun dianggap sebagai mengancam keselamatan negara," kata Tian Chua ketika dihubungi Suara Keadilan.
Sebelum itu, Kartunis popular Zunar atau Zulkiflee Anwar Ulhaque ditahan polis 24 September lalu di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan.
Pihak polis menggelidah premis Sepakat Efektif Sdn Bhd yang dimiliki Zunar dan merampas 66 naskhah terbaru buku Cartoon-O-Phobia yang dijadualkan dilancarkan pada sebelah malam.
Cartoon-o-phobia diterbitkan oleh Kinibooks, sebuah anak syarikat Malaysiakini.
Kebanyakan karya-karya kartun itu adalah koleksi pilihan kartun-kartun yang tersiar dalam Malaysiakini dari Disember 2009 hingga September 2010.
Antara yang disentuhnya ialah isu-isu yang menjadi perbualan awam seperti isu Altantuya, konspirasi terhadap Anwar, isteri PM, kehilangan jet enjin, Scorpene yang tak boleh menyelam, Sarawak, perkauman, korupsi dan lain-lain.
Cartoon-o-phobia mempunyai 80 halaman berwarna-warni dan dijual ada harga RM25.00. Ia juga boleh dibeli secara online melalui gerakbudaya.com dan cartoonkafe.com.

SK

PRK DUN Galas; PAS Sentiasa Bersedia


- Pengalaman Manek Urai Harus Jadi Sempadan
PAS sentiasa bersedia menghadapi sebarang pilihanraya termasuk pilihanraya kecil DUN Galas berikutan ADUNnya Che Hashim Sulaiman yang telah kembali ke rahmatuLlah

Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz Nik Mat berkata PAS akan mengadakan mesyuarat berhubung persiapan pilihan kecil DUN itu dalam masa terdekat ini.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) pilihanraya kecil perlu diadakan kerana masih belum sampai tempoh tiga tahun daripada tarikh pilihan raya umum yang lalu.

Menurut Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata mesyuarat khas bagi menetapkan tarikh pilihan raya kecil DUN Galas akan diadakan sebaik sahaja menerima notis rasmi daripada Speaker DUN Kelantan mengenai kekosongan kerusi tersebut.

"Apabila SPR terima notis rasmi, baru kita akan adakan mesyuarat khas bagi menetapkan tarikh pilihan raya kecil Galas. Pilihan raya kecil perlu diadakan kerana ia belum sampai tempoh tiga tahun daripada tarikh pilihan raya umum yang lalu.

"Pilihan raya kecil tidak perlu diadakan jika kekosongan berlaku selepas Mei tahun depan," kata Wan Ahmad.

Sehubungan itu, Speaker DUN Kelantan, Ustaz Mohd Nassuruddin Daud, berkata beliau akan menulis surat kepada SPR sebaik menerima sijil kematian Allahyarham.

"Sebagaimana biasa laporan bertulis akan dibuat secepat mungkin sebaik menerima laporan kematian dari pihak keluarga atau pihak berwajib.

"Kita tunggu sijil kematian Allahyarham sebelum menulis surat kepada SPR bagi menyatakan kekosongan DUN Galas," katanya ketika dihubungi pihak media

(Gambar - Hari penamaan calon PRK manek Urai)

Takziah Kepada Keluarga Chek Hashim

Ketika mengucapkan takziah kepada keluarga Chek Hashim, Tuan Guru Nik Aziz menyifatkan kematian Allahyarham sebagai suatu kehilanggan bagi PAS.

Katanya walaupun Che Hashim bukanlah seorang yang banyak pengalaman kerana baru dalam politik, tetapi beliau berjaya membantu perjuangan Islam melalui PAS.

Menurutnya, PAS sedaya upaya membantu Che Hashim untuk mendapat rawatan termasuk dua kali di China dan hospital dalam Negara.

"Saya mengucapkan takziah banyak-banyak kepada keluarga dan rakyat di kawasan beliau, minta Tuhan ampunkan segala dosanya," katanya.

Speaker DUN Kelantan Mohd Nassuruddin Daud menyifatkan pemergian Chek Hashim sebagai kehilangan seorang pemimpin muda yang berwibawa dan banyak berjasa kepada rakyat khususnya di kawasan Gua Musang.
"Kita harap keluarga Allahyarham dapat bersabar dan menerima ketentuan Ilahi sebagai satu ujian," katanya.

DUN Galas

DUN N45 Galas merupakan salah satu kawasan Dewan Undangan Negeri dalam Parlimen P032 Gua Musang, Kelantan. Kawasan ini bersempadan dengan DUN N43 Nenggiri disebelah utara, Merapoh, Pahang Darul Makmur dan Cameron Highland di sebelah selatan. Mempunyai 6 kawasan petiundi majoriti Orang Asli, 2 kawasan petiundi majoriti Cina dan 5 kawasan petiundi majoriti Melayu, menjadikan jumlah kawasan petiundi kesemuanya 13.

Semasa pilihanraya umum ke 12 tahun 2008, jumlah pemilih bagi DUN Galas ialah seramai 10330 (6255 Melayu, 1903 Cina, 172 India dan 2000 Orang Asli) Pada pilihanraya umum ke 12 yang lepas, PAS memenangi kerusi DUN N45 Galas dengan majoriti kecil iaitu 646 dimana Calon Pas YB Chek Hashim Selema mengalahkan Calon BN iaitu En Mohamad Saufi Deraman, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang (pada masa itu) yang juga penyandang bagi kawasan berkenaan.

Tiga kategori kawasan iaitu kawasan kampung tradisional termasuk setinggan, kawasan bandar termasuk kawasan perumahan dipinggir bandar yang didiami oleh golongan pertengahan, manakala kawasan yang ketiga pula ialah kawasan kampung orang asli.

Dun Galas merupakan pusat pentadbiran Parlimen Gua Musang yang sekarang ini sedang berkembang pesat. Walaupun kawasan ini bukan merupakan bandar industri, tetapi kawasan ini lebih popular sebagai bandar transit, dimana ia merupakan pintu masuk dari pahang melalui Kuala Lipis, dari Perak melalui Simpang Pulai, Ipoh dan Cameron Highland,


Saingan Sengit Wanita Pemuda Umno & Bahagian


Berita pemergian Chek Hashim, walaupun disambut dengan kesedihan oleh ahli dan penyokong PAS, , ada pihak yang menunggu-nunggu berita tersebut sekian lama.

Sejak kedengaran khabar allahyarham Che Hashim sakit pada tahun 2009, sekurang-kurangnya tiga pihak dalam Umno bahagian Gua Musang yang telah bersaing bagi merebut tempat untuk bertanding.

Antara tokoh yang paling menonjol adalah Ketua Wanita UMNO Bahagian, Datuk Wan Hazani Wan Mohd Nor yang pastinya akan membawa suara wanita Umno seluruh Kelantan bahkan seluruh Malaysia ke pedalaman Gua Musang itu.

Selain Wan Hazani, Ketua Pemuda Bahagian Bazlan Baharuddin dilaporkan telah mengorak langkah awal, mendekati pengundi dan berkempen secara kecil-kecilan, sejak berita Allahyarham Chek Hashim mengidap barah kritikal tahun lalu.

Bazlan yang juga Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno Kelantan, sudah tentu akan membawa lobi pemuda Umno Malaysia yang sudah lama hanya sayup-sayup kedengaran

Namun, sudah pasti orang lama Umno yang cukup terkenal, yang juga Ketua Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah ada suara tertentu yang tidak boleh dotolak olek kepimpinan Umno Malaysia.


Pengajaran dari PRK Manek Urai
Bagi PAS, PRK manek Urai harus dijadikan sempadan, pengalaman yang cukup berharga menghadapi siri pilihanraya kecil selepas Tsunami Mac 2008.
Setiap PRK sejak Permatang Pauh bukan lagi permainan bola diperingkat kampung, samada PRK peringkat DUN atau Parlimen, ia sudah menjadi permainan peringkat kebangsaan.
Oleh itu, PAS Kelantan perlu berhati-hati dan tidak hanya menjadikan sentimen kenegerian sebagai aset ampuh yang boleh mencipta kejayaan.

Kejayaan tipis 65 undi dinegeri yang dikuasai PAS selama 20 tahun, hampir-hampir memalukan pendokong Pakatan Rakyat seluruh negara.

apakhabarganu.blogspot.com

Gadis Awal 20-an Dakwa Dirogol Pakar Motivasi Bergelar Doktor

(Gambar: Ima mendakwa dirogol pakar motivasi yang juga majikannya menunjukkan laporan polis yang dbuat)



KUALA LUMPUR – Seorang pakar motivasi bergelar doktor didakwa memperdaya seorang wanita muda yang merupakan pekerjanya menggunakan ilmu pukau.

Mangsa yang dikenali sebagai Ima dan berusia awal 20-an itu juga mendakwa dia dirogol oleh majikannya itu sebelum dilarikan ke Thailand untuk dikahwinkan melalui sindiket nikah.

Menurut Ima, segalanya bermula kira-kira dua tahun lalu ketika dia mula bekerja dengan sebuah syarikat motivasi di Bukit Bintang di sini.

“Saya ditawarkan untuk bekerja sebagai pembantu koordinasi program tetapi peliknya dalam pejabat yang begitu besar, hanya saya seorang pekerja,” katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.

Menurut Ima, dia mengesyaki majikannya itu menggunakan pukau kerana dia sering memintanya memandang tepat ke matanya setiap kali memujuk dan bertanya sama ada dia menyayanginya.

Selain itu, pakar motivasi itu juga sering memberinya minum air yang dicampur madu.

Selepas itu, menurut Ima, dia telah dirogol oleh majikannya sebelum dibawa ke Kedah dan kemudian ke Danok, Thailand untuk dikahwinkan secara sindiket di sebuah kedai.



Branson: Perbicaraan liwat Anwar jejas pelaburan


Usahawan jutawan Britain Sir Richard Branson berkata perbicaran liwat membabitkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berlangsung memberi kesan ke atas Malaysia dan mematahkan semangat pelabur untuk menanam modal di negara ini.

Malaysia mempunyai reputasi yang baik di luar negara. Tetapi apa yang berlaku ke atas Anwar Ibrahim membawa kesan buruk ke atas Malaysia,” katanya pada majlis khas forum Invest Asia 2010, anjuran International Herald Tribune di Kuala Lumpur, hari ini.

"Saya fikir ia bukan isu utama tetapi yang pasti ia bagaikan duri dalam daging. Saya berpendapat ini telah berlarutan agak lama. Ini tidak baik di luar negara,” katanya .

Bercakap kepada kira-kira 800 pemimpin perniagaan di Kuala Lumpur, Branson berkata, imej negara masih lagi penting kerana ia membolehkan kerajaan untuk menarik para pelabur dan pada masa yang sama, melaksanakan dasar yang lebih baik untuk melengkapinya.

Bekas timbalan perdana menteri itu yang dipecat dan dipenjarakan atas dua tuduhan berasingan membabitkan tuduhan liwat dan rasuah lebih sedekad lalu berkata tuduhan terbaru juga membabitkan liwat dengan pembantunya bertujuan 'membunuh' kerjaya politiknya.

azlanHuman Rights Watch menggesa Malaysia menggugurkan tuduhan berkenaan manakala kerajaan Amerika Syarikat pula memberi amaran bahawa ia sedang memerhatikan saga itu dengan dekat.

"Jika Malaysia lebih liberal, lebih ramai orang akan melabur. Jika anda pemimpin yang berani, anda sepatutnya menghapuskan perkara seumpama itu yang merosakkan reputasi negara,” kata Branson.

Usahawan Britain itu diminta mengulas sama ada dasar ekonomi dan pelaburan Malaysia pada masa ini akan terus mampan untuk pertumbuhan masa depan jika iklim politik boleh menjejaskan pelaburan.

Beliau juga berkata, iklim politik semasa tidak menjejaskan Malaysia dengan ketara tetapi kerajaan perlu mengambil langkah-langkah berani untuk menangani isu itu.

azlan"Pada umumnya, saya rasa banyak yang boleh kami di barat ini belajar dari Malaysia dan kami sememangnya mahu belajar dari anda," kata Branson yang dilaporkan mempunyai nilai kekayaan bernilai AS$4 bilion.

Pengasas Virgin Group itu mengembangkan perniagaannya kepada dunia muzik, pengembaraan udara, mudah alih, perhotelan, aeroangkasa dan lain-lain dengan sekitar 200 syarikat di lebih 30 negara.

Usahawan berjaya itu meraikan ulangtahunnya yang ke-60 baru-baru ini, turut memaklumkan pentingnya melakukan kerja-kerja kemanusiaan di kalangan usahawan memandangkan mereka mempunyai sumber kewangan dan kemahiran keusahawanan yang cukup untuk membantu mereka yang memerlukan.

bursa malaysia stock exchange"Dengan kekayaan yang berlebihan, ia seiring dengan tanggungjawab. Saya rasa pemimpin perniagaan mempunyai keupayaan dan pengalaman yang ahli politik tiada,” katanya.

Sesi khas itu diperantarakan oleh bekas wartawan CNN, Lorraine Hahn.

Forum dua hari yang bertemakan "Dawn of the New Decade" bermula hari ini.

Ia akan menyaksikan perbincangan dari 19 pakar terkemuka antarabangsa, berkongsi pendapat mengenai pilihan pelaburan di Asia dan cara untuk mengukuhkan portfolio pelaburan.

MK


PAS tidak menipu, Umno lah penipu di Selangor

Oleh Roslan SMS


Kalau kita biasa hidup senang, hidup bagaikan tikus jatuh ke kepok, tak pernah susah, tiba-tiba jatuh terperosok menyembam bumi, memang sukar menghadapi realiti. Demikianlah keadaan rakan-rakan kita dalam Umno di Selangor. Lebih 50 tahun menongkat langit menyangkakan ia tidak akan runtuh-runtuh, rupanya bila runtuh, hidup terus kacau dan meracau.

Mereka menyangkakan seolah perubahan politik yang dibentuk hasil dari kemahuan rakyat ini suatu mimpi ngeri. Ia akan hilang jika mereka terjaga dari tidur.

Untuk merampas kembali kuasa mereka tidakss egan dan silu melakukan apa sahaja yang terupaya oleh nafsu serakah. Biar ia bohong, politik murahan, mereka sangkakan rakyat masih di takuk lama. Masih akan tunduk dan patuh pada apa sahaja karenah mereka.

Beberapa hari lalu saya menafikan bahawa ada ahli PAS di Kuala Selangor keluar parti tinggalkan PAS masuk Umno. ADUN Umno Jeram Amiruddin Setro menggambarkan pada rakyat bahawa orang PAS sudah hilang keyakinan pada parti dan perjuangan mereka. Buktinya seorang Timbalan Ketua Pemuda cawangan dengan lebih 30 orang ahli keluar parti menyerahkan boring masuk Umno kepada beliau.Bagi beliau itulah pencapaian terbesarnya. Ini suatu permulaan, kalau hari ini 30 esok mungkin 300, lusa 3000 kemudian puluhan ribu akan keluar beramai-ramai dari PAS dan masuk Umno. Lalu akan robohlah kerajaan Pakatan Rakyat Selangor ini.

Menurut PAS cawangan berkenaan iaitu cawangan Kuala Parit di Bukit Kuching, Jeram, apa yang di “drama” kan oleh amiruddin itu bohong belaka. Pertama hamba Allah yang dikatakan Timbalan Ketua Pemuda PAS itu bukan ahli PAS pun dan keduanya kesemua 30 orang yang didakwa ahli PAS pun bukan begitu.

Pada hari Sabtu lepas di muka S4 akhbar Sinar Harian YB Amiruddin dilaporkan berkata:

Ahli PAS keluar parti bukan sandiwara. Mereka mengaku kepada saya, katanya.

Dengan kuasa Allah pada keluaran yang sama akhbar berkenaan muka S19, berita Kuala Selangor dilaporkan : PAS sangkal dakwaan 30 ahli sertai Umno. Berita tersebut bukan sekadar melaporkan penafian PAS cawangan, malah dilaporkan dalam Majlis Jamuan Aidilfitri cawangan berkenaan, hamba Allah bernama Sharudin Mohd Nri dan rakan-rakannya 30 orang turut hadir dan Sharudin menafikan ada mengaku menyerang PAS pada Amiruddin.

Dalam mukasurat sama disiarkan gambar Sharudin bersama Ketua Pemuda PAS Kawasan Kuala Selangor dan pimpina Pemuda PAS Kuala Selangor.

Sekarang siapa yang menipu?

Itulah kerja Umno di negeri Selangor sebenarnya. Dengan beberapa kerat baki kerusi Dun yang ada pada mereka, apa sahaja mahu digunakan untuk mengaburi mata rakyat serta mencabut keyakinan rakyat pada kerajaan PR Selangor yang mereka kasihi itu.

PAS tidak menipu dalam hal ini, yang terbukti Umno yang menipu, ADUN Umno penipu.Saya yakin rakyat Selangor salamanya tidak akan memilih penipu untuk memimpin mereka. Kalau dah terkena lebih 50 tahun, insyallah mereka tidak akan tertipu lagi

http://n32.blogspot.com/

DD

Al-Fatihah : Adun Galas kembali ke rahmatullah


Para pemimpin PAS di samping jenazah Chek Hashim di Pusat Perubatan Islam Kampung Baru.

Wartawan Kita

KUALA LUMPUR, 27 Sept: Adun Galas, Chek Hashim Sulaima, 47, kembali ke rahmatullah di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru, di sini, kira-kira jam 4.30 petang ini.


Allahyarham yang mengidap penyakit barah di bahagian paru-paru menjalani rawatan di hospital berkenaan sejak hampir seminggu lalu.
Sebelum itu beliau menjalani rawatan perubatan tradisional Cina di Serdang.
Gambar kanan: Chek Hashim)

Allahyarham dikesan menghidap penyakit berkenaan sejak dua tahun lalu dan pernah mendapat rawatan beberapa bulan di China.

Pada Ramadan tahun lepas, beliau menjalani rawatan di Orient Hospital Guanzhong. Sebelum itu Chek Hashim mendapat rawatan awal di The First People's Hospital juga di Guanzhong.

Keadaan kesihatannya agak serius sebelum itu. Kepulangannya daripada menjalani rawatan di China tahun lepas disambut wakil-wakil rakyat dan penduduk Gua Musang.

Pada persidangan Dewan Undangan Negeri Mac lalu beliau turut hadir. Bagaimanapun pada persidangan Jun lalu beliau mohon bercuti.

Dan pada Julai lalu, Adun Galas dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu.

Beliau dimasukkan ke hospital berkenaan petang 26 Julai lalu selepas tiga hari pulang dari menjalani rawatan kimoterapi di sebuah hospital di China.

Allahyarham meninggalkan dua balu, Che Bongsu Jusoh dengan tujuh orang anak dan Aida Zakaria pula lima orang anak.

(Gambar: Pulang ke kampung halaman. Jenazah Chek Hashim dibawa dengan ambulan ke Gua Musang untuk dikebumikan)

Sementara itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mewakili seluruh kepimpinan dan ahli PAS seluruh negara merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Almarhum Che Hashim dan rakyat di Dun Galas di atas pemergian Almarhum.

"Sesungguhnya Almarhum adalah seorang yang gigih menjalankan tugas dan komited dengan perjuangan. Marilah sama-sama kita berdoa agar roh beliau dirahmati oleh Allah," ujarnya dalam kenyataan ringkas.

Bagi timbalannya, Ustaz Nasharudin Mat Isa, pemergian Almarhum adalah kehilangan besar bagi rakyat Kelantan.

"Saya difahamkan, perlibatan Almarhum dengan PAS sejak zaman muda lagi, Almarhum banyak berjasa kepada rakyat. Semoga jasanya berkhidmat di Galas, untuk rakyat Kelantan dirahmati Allah. Bagi kita, sumbangannya akan seperti tinta emas dalam perjuangan kita, PAS," ujarnya yang menziarahi allahyarham di hosiptal berkenaan.

Turut memberi penghormatan ialah naib presiden, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub serta Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan.

HD

Isnin, September 27, 2010

PR perintah: Umno BN hilang kuasa, bukan Melayu



Mohd Ali Hashim

PERMATANG PAUH, 26 Sept: Sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menerajui pentadbiran negara, maka kuasa Melayu tidak akan hilang, sebaliknya kuasa Umno dan Barisan Nasional (BN) yang akan terhapus dari persada politik negara ini.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd Salleh Man berkata demikian sebagai mengulas kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mendakwa kuasa dan suara Melayu akan hilang sekiranya pembangkang menguasai kerajaan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Pusat Khidmat Adun Permatang Pasir dan PAS Kawasan Permatang Pauh di Permatang Pasir, semalam.

Menurutnya, adalah tidak munasabah dakwaan yang dikeluarkan oleh Mahathir sebagai seorang yang telah lama memegang tampuk pemerintahan negara terhadap PR.

"Beliau harus mengkaji sejarah yang dekat dengan kita. Dalam negara sendiri contoh yang ada di depan mata boleh digunakan sebagai fakta. Di negeri Kelantan contohnya yang hilang kuasa adalah Umno dan BN apabila PAS memerintah negeri tersebut lebih dari 20 tahun.

"Begitu juga dengan negeri Kedah yang diterajui oleh Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Kuasa Melayu dan suara Melayu tidak hilang. Hanya yang hilang ialah kuasa dan suara Umno serta BN yang selama ini tidak pernah mengakui kekalahan mereka," ujarnya lagi.

Beliau yang juga merupakan Adun Permatang Pasir berkata, dakwaan yang dibuat oleh Mahathir sepatutnya tidak lagi diberi perhatian kerana tidak bersandarkan kepada fakta yang sebenar.

Tambahnya lagi, kuasa Umno dan BN itu yang dianggap sebagai kuasa dan suara Melayu adalah satu pandangan yang meleset dan mengelirukan rakyat.

"Pada anggapan mereka kuasa Umno itu adalah Melayu dan kuasa Melayu itu adalah Umno, sedangkan PAS adalah lebih kemelayuannya jika mahu dibandingkan dengan Umno.

"Dakwaan beliau yang menyifatkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai alat kepada DAP juga adalah prejudis yang buruk terhadap kepimpinan PR. Beliau harus sedar sejauh mana laungan dan jeritan untuk memenangkan Umno dan BN tidak akan merubah pendirian rakyat bahawa kuasa yang ada pada BN di Perak adalah kuasa yang tidak halal setelah rakyat menolak mereka dengan kertas undi dalam pilihan raya 2008 yang lalu," tegasnya lagi.

HD


LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive