Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

Kasi like saja apa ada hal...

Biaqpila on Facebook
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, September 30, 2012

Lagi Pemimpin BN Sabah Bakal Sertai PKR ???


SEBELUM ini dalam artikel yang lalu, ReJaM© ada memaklumkan bahawa
mengikut perkiraan kasar, 7 lagi ADUN Barisan Nasional Sabah akan sertai
KEADILAN, rujuk sini [Pemimpin Sabah].



Nampaknya hal itu sudah hampir pasti menjadi kenyataan apabila Timbalan
Presiden KEADILAN, Azmin Ali( gambar ) menyampaikan ucapan dalam Rapat Pimpinan
Nasional KEADILAN 2012 di Pusat Konvensyen Shah Alam menyebut beberapa pemimpin kanan Barisan Nasional Sabah bakal meninggalkan parti itu.
“Sekarang kita ada dua orang pemimpin BN Sabah sertai kita, Insyaallah minggu depan akan ada lagi yang bersama kita,” kata Azmin.

Difahamkan pihak yang dimaksudkan akan meninggalkan BN tersebut termasuk pemimpin kanan BN di Sabah. Menurut Azmin lagi, pemimpin-pemimpin yang terlibat merupakan pemimpin di peringkat Parlimen dan juga Adun di Sabah.

Difahamkan juga sudah ada perbincangan bersama para pimpinan yang dimaksudkan untuk mereka memainkan peranan membawa perubahan di negeri paling miskin di Malaysia itu kerana tiada ruang mereka berbuat demikian jika terus bersama BN.

Sebelum ini, bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga Ahli Parlimen
Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Ahli Parlimen Beaufort, Datuk
Lajim Ukin mengumumkan meninggalkan BN untuk sertai KEADILAN ~ MiloSuam

malaysiaberih

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK
Masalah Tak Mampu Nak Tahan Lama? Selesai Serta Merta Dengan Hanya Libido Gel

BONGKAR!!! Penipuan SPR - 64,100 Pengundi Pos Didaftar Dalam Sehari, 5 Juta Tiada Alamat



Kewibawaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dipertikaikan lagi apabila audit yang dibuat ke atas daftar pemilih mendapati 64,100 pengundi pos telah didaftar dalam satu hari.

Ia telah didaftarkan pada 9 April 2010 dan menimbulkan pelbagai tanda tanya, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ia berdasarkan audit yang dibuat pada bulan Mac 2012, kata Anwar.

Beliau mendedahkan perkara ini ketika berucap di majlis makan malam perdana anjuran Pakatan Rakyat di Stadium Melawati malam tadi. Hampir kesemua pemimpin kanan Pakatan Rakyat, kecuali Tuan Guru Datuk Nik Aziz yang tidak berapa sihat, berada di majlis itu.

Selain itu, audit yang dibuat juga mendapati 77,400 pengundi yang tidak dimasukkan dalam senarai pemilih 2008 telah dimasukkan begitu sahaja dalam senarai ini tanpa melalui proses yang sepatutnya.

Audit itu juga mendapati, 2,052 anggota tentera telah dimasukkan dalam senarai pemilih itu tanpa dinyatakan nombor kad pengenalan baru Malaysia.

Anwar juga memberitahu, 4.38 juta pemilih yang ada dalam senarai itu tidak mempunyai nombor rumah pada alamatnya manakala 3.3 juta pemilih pula mempunyai nombor rumah sahaja tetapi tidak mempunyai alamat jalan dan sebagainya.

"Kesemua ini menimbulkan pelbagai tanda tanya ke atas kewibawaan senarai pemilih ini," kata Anwar.

Bagaimanapun, di sebalik kesemua masalah itu, katanya, beliau yakin Pakatan akan menang dalam pilihan raya umum akan datang ini. "Perkembangan yang berlaku di Sabah dan Sarawak serta kehadiran pemimpin mereka malam ini memberikan satu semangat baru kepada kita," kata Anwar.

Antara yang hadir malam tadi adalah bekas timbalan menteri, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin dan anggota Parlimen Wilfred Bumburing serta beberapa nama besar lagi dalam arena politik tanah air. Kedua-dua mereka telah mengumumkan meninggalkan Barisan Nasional dan menyokong Pakatan Rakyat sebelum ini. -HD

Anwar:Cubaan menipu PRU,SPR daftar 5 juta pengundi tiada alamat SHAH ALAM 29 September: Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan sebanyak 64,100 pengundi pos dimasukkan dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam tempoh sehari, tanpa melalui prosedur. “Audit mendapati ada penipuan besar-besaran dari daftar pemilih.

Penemuan 64,100 pemilih pos dimasukkan dalam daftar pada 9 April 2010, berkemungkinan besar tidak melalui proses semakan dan bantahan rasmi. “Sebanyak 77, 246 nama pengundi baru yang tidak ada dalam daftar pemilih PRU 12,imasukkan.

“Bezanya apa? Permohonan dibuat bertahun-tahun sebelum PRU 12. Ada lima, lapan tahun tetapi tidak semena-mena nama-nama itu terpancar semula,” kata Ketua Pembangkang pada majlis Makan Malam Perdana Pakatan Rakyat di Stadium Tertutup Melawati itu yang dihadiri kira-kira 3,000 pemimpin Menyifatkan ia didalangi Umno lantaran tidak yakin memenangi PRU 13, Anwar memberi amaran keras kepada SPR supaya membersihkan daftar pemilih itu.

Tambah memeranjatkan, kata Anwar, SPR mendaftar pengundi yang tiada alamat. “Ini bukan perkara baru, sebanyak 5.75 juta pemilih tiada alamat dalam daftar pemilih SPR, 3.3 juta hanya ada nombor rumah. “Ada 4.38 juta pemilih tanpa nombor rumah. Dia jawab, di kawasan Dayak, Kadazan, nombor rumah tiada tapi takkan sampai 4 juta. Manakala 1.99 juta boleh diperbaiki, ada alamat tapi tidak dibetulkan,” katanya.

Selain taktik pertambahan pengundi meragukan, beliau berkata, kaedah SPR untuk menipu melibatkan isu lokaliti dan persempadanan. “Kita tahu beberapa nama diumumkan oleh kawan-kawan kita yang terlibat tentang soal lokaliti. Lokaliti ini dulu banyak tetapi dikurangkan. Dulu jika ada enam, sekarang jadi tiga. “Selangor sahaja jumlah lokaliti berkurang daripada 24,479 kepada 13,813.

Masalahnya, kita mahu semak satu persatu jadi susah sebab kawasan jadi besar,” katanya. Selain itu, katanya masalah pemilih pos juga berlaku kecurigaan kerana nombor kad pengenalan tidak sepadan. “Ada 304,136, ini bukan jumlah kecil.

Kita tak kata semuanya penipuan tetapi ada kejanggalan tentang tarikh permohonannya. “Malah, sebanyak 2,522 pemilih tentera dan polis tanpa nombor kad pengenalan baru yang berpadanan dengan nama-nama mereka,” katanya. -KD


demolonie


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK


Masalah Tak Mampu Nak Tahan Lama? Selesai Serta Merta Dengan Hanya Libido Gel

LAWAK AHAD: 6 TIN SUSU



IBU: Man, Tolong belikan susu 1 tin kat kedai runcit... ERMM.. klau ader telur, belikan 6 yer..

MAN: Okey mak...

(15 minit kemudian)

MAN: Nie die 6 tin susu...

IBU: Kenapa beli susu banyak sangat nie Man...

MAN: Kan ibu kata "kalau ader telur,belikan 6".... Tadi, masa kat kedai runcit, Man tengok ade telur,Jadi Man beli 6 tin susu..

Dalam hati IBU: Anak aku nie terlampau pandai ker bendul








KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK


Masalah Tak Mampu Nak Tahan Lama? Selesai Serta Merta Dengan Hanya Libido Gel

NOH OMAQ BERMIMPI NAK JADI MB SELANGOQ?>

DEY MACHA!!!
DIA NAK CAKAP AKULAH YANG AKAN JADI MB SELANGOQ NANTI
TAPI MASALAHNYA KALAU DIA CAKAP
UMNO BN AKAN KALAH TERUK NANTI
KAH! KAH! KAH!

BARU 3,4 HARI LEPAS BAJET DIUMUMKAN
MAMAT NI DAH MULA BERANGAN
KAH! KAH! KAH!

BN: Lepas menang kita tentukan MB S'gor

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata, soal siapa akan menjadi menteri besar sekiranya BN berjaya menawan Selangor dalam pilihan raya akan datang tidak perlu dihebohkan lagi pada masa ini.

Noh yang juga timbalan pengerusi perhubungan Umno negeri berkata, BN "tidak kurang tokoh" untuk menggantikan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim daripada PKR pada masa ini.

"Dalam Umno semua kita ada, ada tokoh korporat, profesional, agama, ahli akademik kita ada. Semua kita ada.

"Esok bila kita dah menang, kita akan tentukan siapa akan jadi menteri besar.

"Sama seperti Pakatan Rakyat, ada mereka heboh? Yang penting kita menang (terlebih dahulu)," katanya ketika ditanya siapakah calon menteri besar BN di Selangor.

Noh sebelum ini antara nama yang dispekulasi sebagai menteri besar dan dikatakan akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihan raya umum akan datang.

Dalam sidang media di ibu negara hari ini, Noh hanya menjelaskan bahawa penduduk di Parlimen Tanjung Karang masih mahukannya terus memimpin kawasan itu.

"MB akan ditentukan oleh pucuk pimpinan, tapi pengundi Tanjong Karang calonkan saya di parlimen," katanya.

Mengulas peluang BN, Noh yakin BN yakin akan menang sekurang-kurangnya 32 kerusi DUN di negeri itu, sekali gus membentuk kerajaan baru.

"Saya tidak mahu mendahului takdir, tetapi insya-Allah saya amat yakin kita menang di Selangor.-MK




KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK
Masalah Tak Mampu Nak Tahan Lama? Selesai Serta Merta Dengan Hanya Libido Gel

Sabtu, September 29, 2012

Najib serang saya, tapi diajak debat lari bawa beg...kah!kah!kah!




KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Masalah Tak Mampu Nak Tahan Lama? Selesai Serta Merta Dengan Hanya Libido Gel

SEMUA KENA KENCING PASAL BONUS




Percayakah anda Najib hanya tau belanja wang bukan belanjawan....sebab bonus kakitangan awam 1/2 bulan dah dapat tahun ni,lepas tu lagi 1/2 bulan bulan dapat disember 2012 tapi kenapa diumumkan dlm belanjawan 2013?

Sebab dia nak kencing kah!kah!kah!...bonus tahun 2013 cuma dapat dapat 1/2 bulan je...



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK
Masalah Tak Mampu Nak Tahan Lama? Selesai Serta Merta Dengan Hanya Libido Gel

GEMPAR TETAPI BENAR!!!!!... PENGANALISIS POLITIK TERKEMUKA NEGARA KATA NAJIB RAZAK GILA KALAU TIDAK BUBARKAN PARLIMEN SEGERA!!!!!



Pemanis Bajet mungkin tidak akan memaniskan PRU 13 BN, kata penganalisis


KUALA LUMPUR, 29 Sept — Pengundi Malaysia sudah lebih matang dan tidak mudah terpengaruh dengan insentif tunai dan lain-lain faedah pemberian “one off” untuk mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang kata penganalisis politik apabila ditanya tentang kesan pembentangan Bajet 2013 semalam.

Pemerhati politik yang ditemuramah oleh The Malaysian Insider keseluruhannya bersetuju bahawa RM251.6 bilion yang diumumkan semalam yang menjanjikan pemberian wang tunai dan potongan cukai tersebar di seluruh lembaga bertujuan untuk merayu kepada kumpulan-kumpulan demografi utama menjelang PRU ke-13, tetapi berkata pengundi telah menjadi semakin licik dan mampu menilai keuntungan peribadi jangka pendek terhadap kesan jangka panjang fiskal kepada ekonomi negara.

“Hanya dua perkataan untuk menggambarkan ia — bajet pilihan raya,” kata pensyarah sains politik Universiti Monash, Dr James Chin.

Beliau berkata perdana menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak telah “menarik keluar semua sentimen pengundi terhadap mereka, untuk membiarkan mereka berfikir dua kali tentang mengundi pembangkang “dalam pilihan raya yang mesti akan diadakan pada April depan selepas mandat lima tahun yang BN menangi Mac 2008 tamat.

“Orang ramai akan membandingkan bajet Pakatan Rakyat dan juga akan melihat bagaimana pusingan kedua Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) ini akan merangsang inflasi,” tambah beliau.

Pakatan pembangkang Pakatan Rakyat (PR) yang ditubuhkan empat tahun lalu dalam selepas kemenangan dalam PRU 2008 telah berjanji untuk meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat Malaysia dalam set cadangan Bajet alternatif hanya dua hari sebelum pentadbiran Najib mengumumkan cadangan rasmi untuk perbelanjaan dan cukai.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pendapatan boleh guna akan meningkat melalui langkah pembaharuan fiskal seperti memotong cukai import bagi kereta buatan asing, pemansuhan tol dan pengecualian pinjaman pelajar, sebagai usaha PR untuk menggagalkan pengumuman Bajet Najib.

Anwar berkata kerajaan PR dapat membayar untuk langkah-langkah yang dicadangkan tidak melalui menaikkan cukai tetapi dengan mengurangkan ketirisan yang timbul akibat ketidakcekapan dan rasuah.

Penganalisis politik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah, Dr Arnold Puyok berkata, gula-gula yang diumumkan bagi golongan muda dan bujang “adalah satu petunjuk bahawa parti pemerintah bersedia untuk memenangi hati dan minda pengundi kali pertama dalam pilihan raya akan datang”.

Beliau berkata ia masih terlalu awal untuk memberitahu jika pemanis itu akan menyebabkan pilihan raya sengit itu akan memihak kepada BN.

“Orang-orang muda tidak mudah tertarik kepada insentif kewangan terutama apabila berkaitan dengan politik pilihan raya. Mereka mungkin menganggap gula-gula sebagai satu bentuk bantuan kerajaan. Akan tetapi, sama ada ini akan diterjemahkan sebagai undi masih belum dapat dilihat,” kata Dr Arnold

Penganalisis lain, Dr Faisal Hazis, percaya pengundi telah lebih bijak semenjak pilihan raya 2008.“Pengundi sekarang ini lebih bijak, tidak lagi mudah untuk digula-gulakan seperti dulu,” kata ketua jabatan sains politik dan hubungan antarabangsa, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).

“Pemberian tunai seperti BR1M ini tidak dapat menjanjikan sokongan kekal, sepertimana yang ditunjukkan dalam tinjauan Merdeka Center beberapa bulan dahulu dimana peratus sokongan terhadap Najib meningkat selepas pemberian BR1M tetapi menurun tidak beberapa lama selepas itu,” kata Dr Faisal.

Menurut pengumpul suara bebas Merdeka Center, perincian kelulusan peribadi PM susut empat peratus dalam kaji selidik yang terakhir Mei dari 69 per peratus kepada 65 peratus pada Februari, berikutan pertempuran ganas tahun lepas antara polis dan penunjuk perasaan dalam perhimpunan pada 28 April bagi menuntut daftar pemilih dibersihkan.

Herizal Hazri, timbalan wakil negara The Asia Foundation (TAF), sebuah NGO Amerika Syarikat yang berusaha untuk meningkatkan tadbir urus, undang-undang, dan isu-isu masyarakat sivil melalui dasar berkata bajet mesra rakyat yang menjurus ke arah membantu golongan berpendapatan rendah adalah satu langkah positif untuk meningkatkan pendapatan boleh guna dan merangsang pertumbuhan ekonomi domestik, akan tetapi menekankan kekurangan kawalan untuk memantau perbelanjaan kerajaan.

“Apa yang membimbangkan dalam bajet ini adalah bahawa tidak ada perbincangan mengenai kaedah untuk memantau pelaksanaan belanjawan, sama ada ia benar-benar akan dijalankan secara telus atau sebaliknya,” katanya.

Prof Dr Jayum A Jawan pensyarah politik dan kerajaan di Universiti Putra Malaysia (UPM) berkongsi pandangan sama dengan Dr Faisal, menerangkan pemberian ‘one-off’ sebagai aksi populis untuk memancing undi di kalangan kumpulan yang kurang politik sedar biasanya di kawasan luar bandar, terutamanya pedalaman kedua-dua negeri Malaysia timur merentasi Laut China Selatan yang masih sebahagian besarnya hutan.

“Peruntukan untuk pengangkutan, infrastruktur awam, nelayan, petani dan kepada orang-orang di Sabah dan Sarawak adalah sangat dialu-alukan. Satu perkara yang membimbangkan ialah bagaimana akan semua ini akan dihantar? Semua cadangan akan mencapai lelaki di kawasan pedalaman di sana?” tanya timbalan dekan pengajian siswazah di fakulti ekologi manusia, UPM.

“Pemberian ‘one-off’ adalah hanya sementara dan akan mempunyai kesan terhad pada sesetengah orang,” katanya.

Dr Jayum berkata beliau bimbang bajet itu terlalu tertumpu pada kos operasi dan mengingatkan bahawa kerajaan diperlukan untuk memastikan peningkatan tahap produktiviti di kalangan tenaga perkhidmatan awam untuk mengimbangi kos operasi yang terlalu tinggi.

Seperti Dr Jayum, Dr Chin dari Monash University itu adalah juga teragak-agak untuk mengatakan bahawa itu cadangan mesra rakyat untuk mengurangkan peningkatan kos hidup Najib yang diletakkan dalam Bajet 2013 akan mengakibatkan pengundi kembali memihak kepada BN di peti undi yang mana ia adalah perkara-perkara paling penting.

“Ujian muktamad bajet adalah reaksi pasaran saham pada hari Isnin, ia pasti akan naik dan juga akan memberi kesan kepada tawaran permulaan awam (IPO) Astro. Ia semua sesuai untuk masuk.

“Jika beliau (Najib) tidak memanggil pilihan raya sekarang, beliau gila,” kata Dr Chin.

omakkau

BAJET PUNGKOQ

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Masalah Tak Mampu Nak Tahan Lama? Selesai Serta Merta Dengan Hanya Libido Gel

LAGI BUKTI JANJI DICAPATI

DEY MACHA!!!
ADA SAPA TENGOK PEMBENTANGAN BAJET SEMALAM?
NAJIB ADA SEBUT BENDA NI TAK?

INILAH JANJI DICAPATI
KAH! KAH! KAH!


Berita gembira 28 September

Oleh NAZARUDIN SHAHARI
nazarudin.shahari@utusangroup.com.my

RASAH 13 Sept. - Seramai 10,000 graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan lepasan Institut Perguruan (IPG) yang kini menganggur dijangka menerima berita gembira mengenai kedudukan mereka daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Perdana Menteri dijangka membuat pengumuman mengenai nasib graduan itu pada pembentangan Belanjawan 2013 pada 28 September ini.

Beliau berkata, pada masa ini terdapat 3,000 orang lulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan 7,000 orang lulusan IPG yang kini menganggur kerana tidak mendapat tawaran untuk menjadi guru.

"Kita berhadapan dengan masalah 10,000 graduan pendidikan yang tidak mendapat tawaran bekerja daripada Kementerian Pelajaran.

"Kerajaan telah dimaklumkan mengenai perkara ini dan berusaha mencari jalan penyelesaian.

"Apa jalan penyelesaian itu akan diumumkan oleh Perdana Menteri semasa pembentangan belanjawan tersebut," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Politeknik Nilai (PNS) di sini hari ini.

Menurutnya, semua para graduan berkenaan diharap bersabar dan menunggu pengumuman yang akan menentukan masa depan mereka.

Ditanya sama ada mereka yang terlibat akan menerima berita gembira, Khaled berkata: "Mudah-mudahan".

PNS yang dirasmikan oleh Mohamed Khaled hari ini adalah institusi pendidikan pertama beroperasi di Kompleks Pendidikan Bandar Enstek dekat sini.

Ia didirikan di kawasan 40 hektar melibatkan perbelanjaan keseluruhan RM248 juta yang mampu menampung sehingga 2,400 pelajar dalam tujuh program pengajian yang ditawarkan.


http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120914/dn_09/Berita-gembira-28-September

NAK RM5 SETIAP KALI ORANG JOIN? TANPA MODAL BEB!!!

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK
Masalah Tak Mampu Nak Tahan Lama? Selesai Serta Merta Dengan Hanya Libido Gel

Jumaat, September 28, 2012

Jantan atau betinanya Najib ditentukan isnin ini

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendengar perbahasannya berhubung Bajet 2013 yang dibentangkan beliau, Isnin ini.

Anwar selaku Ketua Pembangkang akan membahaskan cadangan Bajet 2013 Isnin ini.

"Saya cabar najib untuk turut hadir dan mendengar perbahasan Isnin ini."Jika selama ini Barisan Nasional (BN) hanya tahu mengkritik apa yang pembangkang lakukan, beliau (Najib) mesti berani juga untuk hadir Isnin ini," tegas beliau ketika ditemui pemberita selepas pembentangan Bajet 2013. - Sinar

** Ada kejantanan kah Najib..? Time bentang belanjawan 2013 berdentum dentam sindir PR, isnin ni ada berani ke bersemuka dalam perbahasan..?

orangni

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK
Masalah Tak Mampu Nak Tahan Lama? Selesai Serta Merta Dengan Hanya Libido Gel

WASPADA UMPAN NAJIB !!!



Hari ini di Parlimen Najib akan bentangkan Bajet 2013 -
Rakyat pasti gembira kerana :

- Hapus TOL di "selected Highways" 
- Penurunan harga petrol dan diesel 
- Penurunan cukai kereta 20% 
- Penurunan harga rumah 
- Penghapusan PTPTN
- RM550 sebulan untuk 84 ribu keluarga miskin tegar
Ops silap ini bajet Pakatan bukan bajet Barisan...adoyaiiii 

P/S : Tapi dikhabarkan memang banyak gula-gula....yelah inikan bajet PRU13.....diberi ambil ... UNDI PAKATAN....hehehehe - Pakatan Rakyat Supporters
Di antara bajet BN dan bajet Pakatan Rakyat 
BN dan Pakatan Rakyat memperagakan bajet 2013 masing-masing. Pihak Pakatan Rakyat telah membentangkan bajet bayangannya dua hari sebelum Najib membentangkan bajet pihak BN [SINI]. Najib akan membentangkan bajetnya pada Jumaat ini dan dijangka bajet itu adalah bajet pilihanraya. 

Tanda-tanda bajet itu akan memasukkan banyak peruntukan pemberian tunai kepada rakyat itu adalah jelas dan telah pun diakui oleh beberapa orang pemimpin-pemimpin BN.

Itu tidak memeranjatkan sesiapa kerana Najib begitu popular dengan membeli hati dan jiwa rakyat dengan wang ringgit. 

Bagi Najib bayar sana, bayar sini adalah cara yang beliau selalu lakukan baik dalam kerajaan mahupun di dalam kegiatan parti. Najib mentadbir kerajaan seperti beliau mentadbir UMNO bahagiannya di Pekan. 

Dalam pada itu PR juga mengemukakan bajet pihaknya untuk membezakannya di antara bajet yang selalu dibentangkan oleh BN. Beberapa pemimpin kerajaan termasuk menteri-menterinya telah mengkritik bajet Pakatan Rakyat dan menuduh PR sedang cuba untuk menarik undi dan bajet anjuran PR itu adalah bajet yang tidak realistik. 

 Saya hanya hendak memberi komen tentang isu realistik atau tidaknya bajet PR yang dikatakan oleh pemimpin samseng BN seperti Nazri Aziz dan beberapa ‘hulubalang’ BN itu sebagai bahan lawak itu. Nazri membuat komen yang tidak beretika sehinggakan dia mengatakan bajet anjuran PR itu adalah bajet bodoh. 

Bagi saya hanya orang bodoh sahaja yang mengenali si bodoh yang lain.

Entah mana letak cerdiknya pemimpin BN seperi Nazri ini tidak pula kita ketahui kerana jika benar mereka itu cerdik masakan rakyat memberontak terhadap BN dan hanya menunggu masa untuk menunjukkan perasaan mereka dalam peti undi nanti. Pemimpin yang bodoh akan sentiasa menganggap pihak lain itu sama bodoh dengan mereka. 

 Di atas kebodohan pemimpin-pemimpin kerajaan inilah yang membezakan bajet BN yang kita lihat setiap tahun yang tidak pernah tercapai seperti apa yang mereka (BN) bajetkan selama ini. Jika bajet mereka benar-benar berjaya selama ini berjaya dilaksanakan, keadaan keresahan rakyat seperti yang kita semua rasakan pada hari ini tidak akan berlaku kerana dalam pembentangan bajet selama ini semuanya adalah pembentangan yang baik-baik belaka. Tidak ada yang tidak baik tetapi hasilnya kita sama-sama saksikan sekarang. 

 Oleh yang demikian yang sudah terbukti tidak berjaya ialah bajet BN dan tentulah apa yang dibentangkan oleh kerajaan dalam bajet setiap tahun itu adalah bajet yang tidak realistik dan tidak boleh dilaksanakan dengan sempurna. Janji-janjinya di dalam pembentangan bajet-bajet tersebut tinggal hanya bajet dan tidak pernah terlaksana dengan baik. 

 Tetapi apa yang saya hendak tekankan ialah dari segi sikap pemimpin-pemimpin BN dengan reaksi mereka terhadap bajet yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat petang semalam itu. Satu perkara yang nyata kita lihat apa sahaja yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat itu tidak elok kepada BN. Jika pembentangan dari PR itu baik tentulah ianya tidak baik bagi BN kerana ia akan memberikan saingan dan mengecilkan serta merendahkan pandangan rakyat terhadap BN yang ‘ego’ dan ‘arrogant’ BN itu. 

 BN tidak mahu mengaku yang apa yang mereka tidak mampu melakukannya tidak semestinya tidak mampu dilaksanakan oleh pihak lain, dan dalam isu ini pihak Pakatan Rakyat. Pemimpin melakukan ‘equation’ kemampuan Pakatan Rakyat itu sama lemahnya seperti kemampuan BN.

Bajet yang diunjurkan oleh PR itu jika diserahkan kepada BN untuk melaksanakannya tentunya tidak termampu untuk mereka (BN) melaksanakannya kerana kemampuan BN sangat terbatas. 

Justeru mereka (BN) menganggap apa yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat itu tidak realistik dan tidak boleh dilaksanakan mengikut tahap kemampuan mereka (BN).

Apa yang lebihnya dalam bajet bayangan Pakatan Rakyat itu ialah ia mengandungi elemen moral yang tidak akan ada di dalam bajet BN itu. Pakatan Rakyat dengan keyakinan tinggi memasukkan elemen pembersihan pentadbiran kerajaan dengan membasmi segala ketirisan yang berlaku dalam kerajaan sekarang dan ianya merupakan salah satu dari sumber perolehan untuk mengisi bajet yang telah dibentangkan semalam.

Mengelolakan ketirisan yang sebanyak RM28 billion setahun itu merupakan jumlah yang besar yang kerajaan Pakatan Rakyat boleh memunafaatkannya untuk rakyat jelata. Ianya lebih mengutamakan ‘efficiency’ yang merupakan satu perkara buruk yang sangat ketara dalam pentadbiran BN sejak dua tiga dekad yang lalu. 

 Apa yang dibentangkan di dalam bajet bayangan ini amat menakutkan pihak BN dan ianya telah memberi bayangan kepada rakyat yang apa yang terkandung di dalam bajet itu merupakan perkara-perkara yang boleh dilaksanakan jika ada kemahuan dan ketekunan untuk melaksanakan apa yang telah dibentangkan itu.

Tetapi pihak yang mengamalkan rasuah yang sampai ke peringkat ketagihan itu tidak akan dapat menerima bajet bayangan yang telah dibentangkan itu. 

Sememangnya bajet bayangan PR ini tidak ada ruang untuk pihak yang berkuasa untuk melakukan rasuah dengan sewenang-wenangnya dan sememangnya akan dianggap tidak realistik oleh pihak BN.

Bagi BN semua yang dibajetkan itu mesti ada ‘variables’ yang membolehkan mereka mendapat bahagian dalam semua perbelanjaan kerajaan dalam bentuk komisyen atau sebagainya. Kalau tidak ada elemen yang membolehkan mereka membuat ‘duit luar’ akan dianggap tidak realistik. Aspan Alias

demolonie


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK
Masalah Tak Mampu Nak Tahan Lama? Selesai Serta Merta Dengan Hanya Libido Gel

Kisah Benar - Gadis Yang Sindir Dan Mempertikai Hukum Allah Diberi Balasan Serta Merta




Assalamualaikkum & Salam Peringatan,

Baca dan hayati sepenuhnya cerita di bawah ini yang benar-benar berlaku di BUMI ISLAM sendiri iaitu Iskandariah, Mesir. Moga kisah dibawah ini cukup menyayat hati anda sehingga menyedarkan anda dari terus leka dengan permainan dunia yang melalaikan.

Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah.

Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: “Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki…. ” nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: “Siapalah kamu hai orang tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku?Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai?Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?”

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. ” Jika ISLAM itu BENAR, tempatkan bilikku di Neraka, Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku,” katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali, wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.

Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na’uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati. Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.

Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul ‘alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.

Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang dilakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu sehingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang tersebut . Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang pemilik yang menjadikan bumi ini.

Sumber

suraual-ikhwan


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK
Masalah Tak Mampu Nak Tahan Lama? Selesai Serta Merta Dengan Hanya Libido Gel

Mudarat air ketum sama seperti dadah




PIHAK polis giat melancarkan operasi bagi membendung pengambilan air ketum yang berleluasa terutamanya dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah. - Gambar hiasan





PENAGIHAN dadah dalam kalangan anak muda kita semakin membimbangkan. Munculnya pelbagai jenis dadah moden seperti ice, pil kuda, dan ekstasi bukan sahaja menjadikan cara manusia menghisap dadah berubah, malah menjadikannya merebak dengan begitu cepat.
Kini, di beberapa negeri di utara tanah air, muncul pula kegilaan baharu masyarakat terhadap air ketum. Ia merupakan daun yang diambil dari sejenis tumbuhan yang tumbuh secara melata di beberapa negeri utara tanah air.
Daun ini kemudiannya direbus dan airnya diminum dengan anggapan bahawa ia mampu menyembuhkan penyakit dan memulihkan tenaga.
Bagaimanapun, yang jarang disedari ialah simptom ketagihan bahan ini. Adalah mustahil ia mampu mengubat penyakit atau memberikan kekuatan jika penggunanya tidak boleh meninggalkannya sama sekali dan perlu bergantung pula pada air ketum setiap hari.
Dalam keadaan seperti ini, air ketum tidak lagi mampu menjadi ubat, sebaliknya sedang menjadi racun yang sedang merosak diri dan masyarakat.
Kesan ketagihan
Benar, kesan ketagihannya mungkin tidaklah sebesar penggunaan dadah hingga menyebabkan ada yang mencuri atau melakukan jenayah lain. Bagaimanapun, ada kesan sosial lain yang lebih buruk daripada penggunaan dadah.
Tidak seperti penggunaan dadah, peminum air ketum ini terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Ia bukan hanya melibatkan anak muda, malah orang dewasa.
Kalau penggunaan dadah biasanya melibatkan mereka yang dianggap sebagai 'rosak akhlak', bagaimanapun peminum air ketum ialah ahli masyarakat yang normal.
Mereka terlibat dengan aktiviti harian lain seperti bekerja, pergi ke masjid dan terlibat dengan kegiatan kemasyarakatan seperti biasa. Dalam erti kata yang lain, mereka ialah manusia budiman.




SESETENGAH pihak sengaja mencampurkan air ketum dengan bahan terlarang lain untuk menambahkan kesannya. - Gambar hiasan




Aktiviti meminum air ketum juga lebih terbuka. Ia diminum di rumah ketika duduk bersantai dan dianggap hal biasa yang tidak merosakkan masyarakat. Malah, dalam banyak keadaan, peminumnya memberi tanggapan positif kononnya ia boleh menghilangkan pelbagai jenis penyakit termasuklah kencing manis dan darah tinggi.
Hakikat yang jarang diselidiki ialah sejauh manakah air ketum ini memberikan kebaikan dibandingkan dengan keburukannya?
Mereka yang telah beberapa kali meminum air ketum biasanya berpotensi untuk terus menjadi penggunanya. Pengguna yang cuba meninggalkannya pula akan berasa mengantuk, tidak senang duduk, malah ada yang mengadu mengalami cirit birit.
Simptom ini sebenarnya sama seperti yang dialami oleh penagih heroin dan ubat batuk, malah penggunaan air ketum yang terlampau menyebabkan kulit muka menjadi seperti terbakar dan kehitaman. Semua ini merupakan kesan buruk yang biasanya tidak disedari oleh penggunanya.
Hakikat lain yang jarang difikirkan ialah penagihan air ketum ini telah menyebabkan kesan sosial yang jauh lebih buruk malah, lebih buruk daripada penggunaan dadah yang lain.
Begitupun, oleh kerana penggunanya ialah orang dewasa dan ada yang 'warak', maka mereka boleh memberikan pelbagai fatwa untuk menghalalkan penggunaannya.
Ini menjadikan ia mampu berkembang dan merebak dengan cepat ke dalam masyarakat. Bayangkan, kini penggunanya melibatkan pelajar sekolah menengah pula.



ANAK-ANAK muda dikhuatiri terbiasa dengan tabiat ketagihan dan sudah tidak mempunyai rasa takut pada orang dewasa. - Gambar hiasan





Persepsi berubah
Ia tidak dianggap sebagai hal terlarang kerana golongan dewasa sendiri telah menganggapnya secara positif. Sekiranya ada anak-anak remaja yang menggunakannya, adakah golongan dewasa mampu memberikan teguran kalau mereka sendiri penggunanya?
Sebenarnya inilah antara isu besar yang sedang melanda kita. Orang dewasa yang menggunakan air ketum ini akan kehilangan 'pengaruh' psikologikal untuk menegur dan membimbing anak-anak remaja sekiranya ada yang terjebak dengan ketagihan air ketum.
Harus diingat, penagihan dadah biasanya berkembang daripada satu tahap ke tahap yang lain. Bayangkan, sekiranya anak-anak ini kemudiannya mula menjinakkan diri dengan dadah. Apakah yang boleh dilakukan oleh orang dewasa untuk menegur mereka?
Bagaimana nanti sekiranya anak-anak ini mula bertanya apakah bezanya mereka, 'ayah menagih air ketum, dan kami pula menagih ganja!'.
Inilah sebenarnya kesan buruk yang mungkin tidak disedari oleh pengguna air ketum. Walau sebesar mana mitos positif mengenai air ketum, ia sebenarnya lebih banyak mengundang kerosakan kepada masyarakat berbanding kebaikannya.
Ia sedang menyumbang kepada beberapa kerosakan lain yang tidak disedari. Mitos kehebatan air ketum hanyalah dongeng seperti yang juga muncul dalam penggunaan dadah yang lain. Berhentilah, kalaupun bukan untuk diri sendiri, tetapi untuk anak-anak kita yang kian membesar.
kosmo

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK
Masalah Tak Mampu Nak Tahan Lama? Selesai Serta Merta Dengan Hanya Libido Gel

Khamis, September 27, 2012

Video panas! Upah RM200 untuk pindah tempat mengundi


SATU lagi penipuan pilihanraya terbongkar kali ini di Negeri Sabah. Kegiatan mendaftar pengundi baru dan pemindahan tempat mengundi ke kawasan Dun N.15 Api-Api dengan tawaran upah RM200 terbongkar.



Difahamkan para pengundi (kecuali kaum Tiong Hua) bermula dari Taman Keramat yang terletak di batu 2, Jln Tuaran sehingga ke Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Inanam (Terminal Bas Inanam) ditawarkan bayaran RM200 untuk menukar tempat mengundi ke kawasan DUN Api-Api.

Kegiatan ini dipercayai untuk mengekalkan cengkaman Barisan Nasional di kawasan Dewan Undangan Negeri tersebut.

Kegiatan yang mengcurigakan tersebut berjaya dirakamkan oleh krew SabahTv di sebuah pusat membeli belah (Likas Square) di Teluk Likas yang dipercayai di bawah pengurusan kroni seorang timbalan menteri kabinet negeri. Sila tonton video di bawah.



Kepada anda warga Sabah yang terlibat, jangan khuatir, terima sahaja upah RM200 itu untuk belanja sekolah anak-anak. Tapi di hari mengundi nanti undilah Pakatan Rakyat.

milosuam

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK
Masalah Tak Mampu Nak Tahan Lama? Selesai Serta Merta Dengan Hanya Libido Gel

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive