Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, November 22, 2013

KERETA DILARIKAN DI STESEN MINYAK

KUALA LUMPUR: “Kami hanya singgah sebentar di stesen minyak ini untuk ke tandas kira-kira 10 minit namun sebaik keluar saya terkejut apabila kereta dan anak saya yang sedang tidur di dalam kereta hilang,” kata Roswati Rahmat ibu kepada Iskandar Zulkarnain Borhan, 25, yang hilang dipercayai dilarikan.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam semalam, Roswati, 55, memberhentikan kereta di laluan luar stesen minyak Petronas selepas plaza tol Bukit Jelutong, Shah Alam dan keluar untuk ke tandas, manakala suami Abul Malik Abdul Latif ke kedai serbaneka stesen minyak itu.

Menurutnya, ketika itu enjin kereta Subaru XV berwarna putih dengan nombor pendaftaran WXQ 191 itu tidak dimatikan manakala anak mereka Iskandar sedang tidur kerana kepenatan.

“Kami dalam perjalanan pulang dari kampung di Melaka ke rumah di Sungai Buloh. Iskandar ketika itu berada dalam kereta di bahagian tempat duduk belakang sedang tidur.

“Apabila menyedari kereta hilang, saya cuba hubungi nombor telefon saya yang tertinggal dalam kereta kerana telefon Iskandar rosak. Beberapa kali panggilan saya tidak berjawab. Tidak lama selepas itu, saya tidak dapat menghubungi nombor berkenaan. Mungkin talian telah dimatikan,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, abang mangsa, Fairuz ketika dihubungi berkata, dia bergegas ke stesen minyak berkenaan selepas mengetahui kejadian itu dan terus mengambil ibu bapanya membuat laporan polis,

Beliau juga menghebahkan kejadian menerusi laman sosial dan Facebook Malaysian Crime Awareness Campaign (MCAC). Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Fairuz di talian 012-2585802.

Laporan polis juga sudah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada jam 8 malam dan bilik gerakan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan.

Gambar: Kereta Subaru XV yang dilarikan di stesen minyak. Gambar kecil, anak mangsa, Iskandar Zulkarnain Borhan.

6 ulasan:

  1. ini bukan pertama kali berlaku kecurian kereta,sahabat saya seorang usahawan setesen minyak,hilang kereta hondanya disetesen minyaknya sendiri.sampai sekarang tidak ada balas maklum dari balai polis tempat aduan dibuat.agaknya kesemua SB seangkatan,sahabat handai serta sekutu polis ni amat sebuk mengawal gerakgeri pembangkang dan rakyat yang telah pihak polis zalimi.kecurian ini berlaku disetesen minyak country home..

    BalasPadam
  2. nak salahkan polis jugak ke.. ?
    spatutnya laporan kehilangan xperlu dibuat jika tuan punya xlalai.. xcuai.. bukannya pertama kali perkara ini berlaku.. tp jenis banggang sombong..

    aku tulis lagi.. nnt ada org marah..
    nasihat aku.. jangan lalai.. jangan cuai.. !!

    BalasPadam
    Balasan
    1. adakah dia cerita tuan punya kereta lalai semasa park kereta di stesen minyak dia sendiri?. apa buat anggapan bodoh sebegini wahai Tanpa Nama22/11/13 10:06 PG

      Padam
  3. Cuba check kat rumah teman wanitanya dulu, kalau takde baru gerakan besar-besaran mencari dilakukan.
    Asyik Cerita "orang hilang" kat Malaysia ni.

    BalasPadam
  4. Jgn salahkan Polis. Ini kecuaian pemilik itu sendiri. Atas kecuaian sendiri penjenayah mengambil kesempatan. Bagaimanapun perkara telaj berlaku jd sama2 kita bantu pemilik ini semuga menemui anak dan keretanya

    BalasPadam

  5. .rumah saya telah dipecah masuk oleh pencuri ,pihak polis mengambil masa lebih dari berjam jam nak sampai kerumah menyiasat,padahal jarak jauh balai polis dari rumah saya hanyalah sepelaungan saja.amat menyirap naik darah saya bilamana pegawai polis bertanyakan pada saya samaada saya kenal tak siapa pencuri tu.kalau kenal beritahulah dia.saat itu kalaulah saya tidak beriman mahu saya halau aja pegawai polis tu kalaulah ditakdirkan pegawai polis ini kena langgar diidepan saya mahu agaknya saya akan bertanya tuan kenal serta nampak tak siapa yang melamggar tuan.baru padan muka dia..

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive