Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

Kasi like saja apa ada hal...

Biaqpila on Facebook
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Februari 28, 2013

MACAI-MACAI UMNO MAI TENGOK NI



Kerajaan DAP Pulau Pinang Bertambah "Kejam" Luluskan Surau
Bernilai RM400 Ribu...

KETUA Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng pagi ini menyempurnakan majlis perletakan papan tanda asas pembinaan Surau Taman Ampang Jajar di Bagan.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, Kerajaan Negeri akan terus komited memartabatkan Islam di negeri berkenaan sebagaimana dijamin dalam Perlembagaan sungguhpun terpaksa mengena serangan fitnah oleh pembangkang Umno Barisan Nasional.

"Memang Kerajaan Negeri bertindak adil untuk semua. Kita, Kerajaan Negeri menerima Islam sebagai agama rasmi Pulau Pinang, selain, agama agama lain bebas diamalkan di negeri ini.

"Tetapi, Kerajaan Negeri tetap fitnah. Saya pun jadi mangsa fitnah, dua kali saman Utusan, dua-dua (kes saman fitnah) menang," ujar beliau dalam satu majlis, di sini.

Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Kassim, Lim Hock Seng (Exco Kerja Raya, Utiliti Dan Pengangkutan) turut hadir pada majlis itu.

Hadir bersama, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Mohd. Salleh Man, Salahudin Nasir (Pegawai Agama Daerah Seberang Perai Utara), Abu Bakar Zin (Pengerusi Surau PPR Taman Ampang Jajar) dan Ahmad Farid Md. Arshad (Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai, MPSP).

Malik dan Salleh turut berucap Pada majlis tersebut.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, rakyat Pulau Pinang kini semakin bijak dengan kemudahan mengakses maklumat internet hatta tidak mudah terpengaruh oleh politik fitnah pembangkang.

Sebelum pada itu, Guan Eng mengumumkan peruntukan agama Islam RM400,000 untuk membina surau di atas sebidang tanah milik MAINPP yang berkeluasan 587 meter persegi, di sini.

Surau yang mampu menampung 150 Orang jemaah dalam satu-satu masa itu syarat siap dalam tempoh 12 bulan.

Sementara menunggu proses tender terbuka dilaksanakan sekarang, Guan Eng berkata, projek itu diharapkan bermula seawal Jun depan.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) diberi tanggungjawab menyelia projek murni yang akan dikendali oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).


PERCAYAKAH ANDA?


TANDA-TANDA BN AKAN KALAH TERUK DI SELANGOR



Nampak gayanya BN akan tewas lagi di Selangor dalam PRU 13 nanti. Melihat kepada laman facebook orang kuat BN Selangor yang selalu dok hantaq sms suruh undi BN pun tiada apa yang boleh dibanggakan daripada komen-komen yang dicatat oleh pengunjung.Semuanya mencerminkan rakyat Selangor dah fed up dengan UMNO BN.

Di antara komen makan dalam oleh pengunjung di facebook untuk Laman Rasmi Dato Sri Ir Mohd Zin Mohamed,Ahli Parlimen Sepang merangkap Koordinator BN Selangor & Setiausaha Perhubungan UMNO Negeri Selangor:

Ibrahim Mat Isa
Wahai DS Ir Mohd Zin Mohamed.. Dengan ini aku memohon supaya anda hentikan sms ke handphone aku promosi untuk undi BN tu boleh tak? Menyemakkan handphone aku saja lah.. Kami rakyat dah boleh berfikir secara waras siapa yg kami mahu pilih untuk memerintah negeri dan negara ini.. Terima kasih BN.. Semoga parti ini berkubur.. Menyusahkan rakyat!!

Feisty Fawn
sesapa boleh tolong ajarkan aku untuk dislike page ? keh keh keh


Miey Shafa
dengan ini saya yakini bn...
akan jahanam dan terkubur bersama firaun2 dan lembu2...


Holy Flyers
sms yg wa trima smlm dari penghantar BN no fon dia :+60192194630 yg brbunyi - Semistinya Barisan Nasional peka dgn keperluan rakyat Pemberian air percuma akan tetap diteruskan demi meringankan beban kos hidup rakyat. Yakini BN.

BN ooi !, setelah rakyat tahu membezakan kepimpinan mana lebih telus memperjuangkan nasib rakyat, baru lah BN tahu menyebut "demi meringankan beban kos hidup rakyat", setelah rakyat tahu dan sedar yg BN adalah perompak hasil kekayaan negara yg sepatutnya diagihkan kpd rakyat.
sory laa BN, kemarin wa dah hantar posting kat page ni, kan wa dah kata yg wa ni bukan melayu cap kapal layar yg lu org boleh momok2kan, wa ni gererasi IT alaf baru bro, wa pun nak tengok pemimpin BN brlongok longok masuk penjara kerna merompak hak rakyat.
penjenayah harus dihadapkan kemuka pengadilan kerna malaysia ada perundangan. muah... muah.. muah... see u in court

Kalau hangpa nak tengok lagi komen-komen pedas sila ke sini:
Laman rasmi FB Dato Sri Ir Mohd Zin Mohamed



Rabu, Februari 27, 2013

MUHYIDDIN KEMARUK NAK JADI PM ?


DEY MACHA!!!
TERBUKTI PEMIMPIN UMNO KINI MAKIN KEMARUK
UNTUK MEMPERTAHANKAN KUASA
CAKAP PUN DAH TAK PAKAI OTAK
MAIN BEDAL SAJA
KAH! KAH! KAH!

KALAU TAK KEMARUK
TAKKAN LA DEKAT NAK PILIHANRAYA
BARU KELAM-KABUT TABOQ DUIT BR1M
PASAI PA TAK BAGI DUA TAHUN LEPAS
KAH! KAH! KAH!

KATANYA PEMBANGKANG SANGGUP BUAT APA SAJA
TERMASUK PEMBOHONGAN MELALUI BLOG
KAH! KAH! KAH!

TAKKAN DENGAN BLOG PUN TAKUT
HANGPA ADA TV3SUKU
TAK CUKUP POWER LAGI KE BRO?
TIAP-TIAP HARI BOLEH HANTAM PEMBANGKANG
ATAU HANGPA RISAU PASAI ORANG DAH TAK TENGOK TV3SUKU
KAH! KAH! KAH!




Muhyiddin: Pembangkang kemaruk ke Putrajaya

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Pakatan Rakyat (PR) kini kemaruk untuk ke Putrajaya dan sanggup melakukan apa sahaja bagi memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Oleh itu tegas beliau, manisfeto Pakatan Rakyat, yang dilancarkan semalam, membuktikan mereka akan melakukan apa sahaja tanpa mengkaji kesan tindakan PR.

"Mereka tak kaji, tahu bentang sahaja dan tidak fikir bagaimana mereka boleh buat," kata beliau semasa berucap pada sesi lawatan rasmi ke bahagian Parlimen Wangsa Maju dan mendengar taklimat gerak kerja BN Parlimen Wangsa Maju, hari ini.

Sebelum itu, Muhyiddin turut menyempurnakan Majlis Penyerahan Baju Uniform kepada kepada pemandu-pemandu teksi kawasan Parlimen Wangsa Maju di Pejabat Penyelaras BN Parlimen Wangsa Maju.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Badan Perhubungan BN Wilayah Persekutan berkata, kalau dilihat secara keseluruhan yang dijanjikan, persoalan timbul dari mana sumber pembangkang boleh memperolehi sekiranya semua diberikan secara percuma.

Sehubungan itu kata beliau, pembangkang akan sedaya upaya dan berbuat apa sahaja sama ada halal atau haram untuk menumbangkan BN.

"Malah pembangkang akan lebih agresif untuk cuba memenangi pilihan raya ini nanti dan menggunakan pelbagai cara termasuk blog untuk melakukan pembohongan," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerusi Parlimen Wangsa Maju mesti kembali ke pangkuan BN walaupun berhadapan senario yang sukar pada pilihan raya kali ini.

Katanya, tidak kira siapa calon yang bertanding, apa yang lebih penting adalah kemenangan BN di Wangsa Maju, selain Pusat Daerah Mengundi (PDM) perlu bekerja keras memastikan kejayaan BN.

"Melihat muka-muka yang cerah di sini, saya yakin BN akan menang di Wangsa Maju dan mesti menang ," katanya.

ARTIS LEMBU AMENO





DEY MACHA!!!
DEPA NI PI MENGAKU PULAK
DEPA YANG DOK BUAT LAWAK BODOH DI YOUTUBE
KAH! KAH! KAH!

TAK PAYAH LA JADI LEMBU AMENO
ANAK MUDA LANI DAH TOLAK AMENO
HANGPA LAGI NAK AMPU AMENO
KAH! KAH! KAH!




Selasa, Februari 26, 2013

Wanita dicabul tuan rumah sewa


Petaling Jaya: Seorang wanita membuat aduan polis selepas pemilik rumah disewanya bukan saja gemar mengintai dia mandi malah, turut mencabulnya apabila mangsa memberitahu hal itu kepada isteri lelaki berkenaan.

Mangsa yang berusia 21 tahun menyewa sebuah rumah di Damansara Damai, di sini, dan kejadian berlaku kira-kira jam 12 tengah hari kelmarin.


Sumber polis berkata, mangsa yang bekerja di pasar raya dalam aduannya memberitahu dia terpaksa menurut arahan lelaki terbabit kerana bimbang dicederakan selepas diacu dengan pisau.

Menurutnya, mangsa menyewa satu bilik di rumah yang didiami sepasang suami isteri sejak akhir bulan Januari dan dalam tempoh menginap itu lelaki terbabit beberapa kali mengintainya mandi.


“Ketika itu, isteri lelaki terbabit tiada di rumah dan mangsa hanya tinggal berdua dengan lelaki itu. Apabila mangsa memberitahu kejadian kepada isteri suspek, lelaki itu menuduh mangsa cuba menghancurkan rumah tangganya.


“Bagi menyelesaikan masalah itu, suspek meminta mangsa duduk di sofa di ruang tamu kononnya untuk berbincang, namun mengambil pisau dan mengugut mangsa sebelum mencabulnya termasuk memaksa mangsa melakukan seks oral,” katanya.

HM


PARLIMEN BUBAR 1.3.13 ?


                             Feewwwittttttt!!!!!


DEY MACHA!!!
GUA MIMPI LAGI MALAM TADI
PARLIMEN BUBAR 1.3.13
HARI JUMAAT NI LA BHAI
KAH! KAH! KAH!

GUA PERCAYA NAJIB MESTI PILIH HARI JUMAAT
PASAI NAK BAGI NAMPAK ISLAMIK
NAK TARIK UNDI ORANG ISLAM
KAH! KAH! KAH!

GUA JUGA SANGAT PERCAYA
NAJIB SUKA NOMBOR 1
SEMUA APALANCAU PUN DIBUBUH NOMBOR 1
1MALAYSIA,BR1M,KR1M,H1N1
KAH! KAH! KAH!



NAJIB PM PALING BIJAK KAH! KAH! KAH!



DEY MACHA!!!
NAJIB PM 1MALAYSIA YANG PALING BIJAK
SEJAK BELIAU AMBIL ALIH JADI PM
HUTANG NEGARA MAKIN MENINGKAT
ITULAH TRANSFORMASI YANG PALING BERJAYA
KAH!KAH! KAH!

MAMPOIHLA ANAK CUCU KITA NAK BAYAQ
MAKIN HARI MAKIN BERTIMBUN HUTANG
KALAU PR AMBIK ALIH PUTRAJAYA
PAKAI KERJA DOK BAYAQ HUTANG SAJALA
KAH! KAH! KAH!


Isnin, Februari 25, 2013

BIAQ BETOI ??? NAK AMBIK BR1M KENA BERSUMPAH

Miang Penjual Karipap


AH Moi menunjukkan laporan polis berhubung kejadian.

Segamat: Sikap miang lelaki penjual karipap yang mendakwa boleh mengurut wanita mengandung agar kandungan sihat dan bijak sebelum mencabul mangsanya membawa padah apabila suami wanita berkenaan merakam gambar muka lelaki dan menyiarkannya di laman sosial Facebook.

Tindakan suami mangsa itu bertujuan mengelak kejadian sama berulang selepas isterinya yang mengandung lapan bulan dicabul lelaki berkenaan.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Ah Moi, 20-an, berkata, kejadian berlaku jam 3.20 petang Jumaat lalu, ketika dia menjaga kedai kopinya di bandar ini apabila didatangi seorang lelaki berusia 30-an, menjual karipap.

“Ketika itu tiada pelanggan dan saya ditemani adik perempuan, Swee Lan, 20-an, yang membantu menguruskan akaun serta menjaga saya yang sarat mengandung lapan bulan anak sulung.

“Penjual karipap itu mendakwa aktiviti sampingannya untuk menambah pendapatan ialah mengurut wanita hamil dan mendakwa anak yang bakal dilahirkan lebih bijak.

HM


3 Maut Kemalangan Bas Ekspress Di Bukit Tagar



IMG_7748
Km 420.2 Lebuhraya Plus
Bkt Tagar ,arah utara

25 Feb 2013

2.50 pg

Nama mangsa : Mohamad Zamri Abd Rani , 42 tahun , Felda Lubuk Merbau, Kuala Nerang Kedah.
Mohd Ainul Fauzi Mohd Aman, 25 tahun, Simpang Renggam
Seorang lagi masih belum dikenalpasti
IMG_7776
3 penumpang sebuah bas ekspress Pacific Express Super Coach ,maut setelah bas dinaiki terbabas dan melanggar besi pembahagi lebuhraya dan menembusi badan bas sebentar tadi.

IMG_7771
Mangsa yang maut merupakan penumpang bas – 2 lelaki dan seorang wanita manakala pemandu bas cedera parah.

IMG_7734
Seorang lagi mangsa, wanita, masih belum dapat dikenalpasti.

ondscene

BERITA PENUH:

KUALA LUMPUR: Tiga penumpang maut apabila bas yang mereka naiki terbabas dan melanggar pembahagi jalan berhampiran Plaza Tol Bukit Tagar, Hulu Selangor, Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) arah utara awal hari ini. 

Mereka yang maut dalam kemalangan pada jam 3.10 pagi itu ialah Mohd Zamri Rani, 42, berasal dari Kedah, Mohd Ainul Fauzi Mohd Aman, 25, dari Simpang Renggam, Johor Baharu dan seorang penumpang wanita yang belum dikenal pasti. 
Ketua Polis Derah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu bas berkenaan gagal mengawal kenderaan itu sebelum melanggar pembahagi jalan. 

"Bas ekspres yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju utara itu dipercayai dipandu laju sebelum hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan mengakibatkan pembahagi jalan itu tertusuk ke dalam bas," katanya kepada Bernama di sini hari ini. 

Beliau berkata pemandu bas berkenaan cedera dan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan, manakala 13 penumpang lain tidak cedera. - BERNAMA

MUHYIDDIN DIMALUKAN DI SABAH



BERITA YANG DISOROKKAN OLEH MEDIA ARUS PERDANA!!!!... KUNJUNGAN MUHYIDDIN YASSIN KESABAH PADA 23HB FEBRUARI 2013 YANG LALU, DIMALUKAN OLEH PENDUDUK PENSIANGAN, SABAH

Kunjugan Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Sabah pada 23hb Februari 2013 yang lalu telah mendapat kejutan maut sambil dimalukan oleh penduduk DUN Nabawan Parlimen Pensiangan, Sabah apabila beberapa sepanduk menuntut janji-janji yang pernah ditaburkan oleh Kerajaan UMNO/BN kepada rakyat Sabah masih belum tertunai lagi.

Keberanian yang ditonjolkan oleh penduduk Sabah secara terbuka, tegas dan berani ini amat mengejutkan sekali.

Senario sebegini belum pernah terjadi apabila pembesar negara membuat kunjungan maupun lawatan rasmi ke Sabah sebagai tanda rasa hormat yang amat tinggi. Tetapi itu semua sudah menjadi sejarah.

Rakyat Sabah kini sudah mula bangkit mau melakukan perubahan. Rakyat Sabah sudah muak dan bosan sampai nak muntah dengan segala janji-janji manis UMNO/BN.

Rakyat Sabah pun dah sedar yang janji-janji manis yang ditabur UMNO/BN langsung tidak boleh dipercayai. KEPERCAYAAN SIFAR!!!!!

Sabah kini jelas bukan lagi deposit kekal tetap UMNO/BN pada PRU 13 nanti.

Perubahan besar bakal melanda politik Sabah sehingga tempiasnya mengenai tubuh Putrajaya.. Ins'y Allah.

INI KALI LAH TUKAR..JOM UBAH.. SELAMATKAN MALAYSIA.

omakkau



Mengapa Anwar Bersungguh Sangat Nak Ke Putrajaya?



Wajib Baca... Anwar Ibrahim: Mengapa Saya Bersungguh-sungguh Mahu Merebut Putarajaya?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!

Saya mohon agar rakyat Malaysia bertenang dan dapat meluangkan 10 minit dari masa berharga anda untuk membaca luahan hati saya agar rakyat faham mengapa saya bersungguh-sungguh dan beria sangat ingin merebut Putrajaya.

Jika saya katakan ia bukanlah perjuangan peribadi bagi membela ketidakadilan yang telah berlaku ke atas saya, pastilah ramai yang tidak akan percaya dengannya. Oleh itu, saya mengambil keputusan menulis beberapa fakta agar ia dapat meyakinkan rakyat bahwa saya ikhlas dan jujur memperjuangkan nasib kita semua.

Saya pernah dituduh liwat beberapa tahun lalu dan mahkamah mendapati saya tidak bersalah atau lebih tepat saya tidak melakukan perbuatan terkutuk itu sebagaimana yang didakwa oleh musuh-musuh politik saya. Tidak cukup dengan itu, saya kemudiannya diheret semula ke mahkamah dengan tuduhan lain pula. Kali ini mereka mendakwa saya telah melakukan kesalahan ‘menyalahgunakan kuasa’. Saya akui saya tersilap mempercayai anggota polis yang sering mengiringi saya ketika itu.

Saya telah meminta beliau menyiasat siapakah penulis buku ’50 dalil mengapa Anwar tidak boleh jadi PM’. Hanya itulah kesalahan yang mereka takrifkan sebagai ‘menyalahgunakan kuasa’ yang akhirnya menyebabkan saya terpaksa meringkuk selama 6 tahun dalam penjara. Bolehkah anda bayangkan perasaan saya dan keluarga ketika itu?

Sebaik keluar dari penjara, setelah 6 tahun menghabiskan sisa-sisa hidup dengan pelbagai amalan keagamaan di dalam sana, saya amat bersyukur akhirnya Tun Mahathir mengaku dalam satu sidang video bahwa beliau memang sengaja mengada-adakan kesalahan saya bagi memastikan kerjaya politik saya berkubur dalam penjara Sg.Buloh. Ramai rakyat yang telah tahu dan pernah menonton video pengakuan Tun Mahathir ini. Anda juga boleh melihat pengakuan Tun Mahathir di link youtube ini: http://www.youtube.com/watch?v=aPKrsCqznS0



Apabila satu persatu tembelang BN terbongkar, mereka mulai berasa kurang selesa serta risau dan mereka mula mengatur sebuah lagi fitnah bagi ‘menyibukkan’ saya dengan sesuatu yang tidak pernah saya lakukan. Tiba-tiba seorang pemuda mengaku diliwat oleh saya sehari selepas beliau bertemu Dato Seri Mohd Najib di pejabatnya. Saya yang berada 6 tahun dalam penjara seolah tidak pernah belajar bahwa ‘kebebasan’ itu adalah nikmat yang harus saya syukuri. Saya sekali lagi terpaksa berhadapan dengan kemelut yang amat memalukan saya dan keluarga.

Saya ingin bertanya, selama 6 tahun dalam penjara, berapa ramaikah banduan yang telah saya liwat? Mengapa perlu tunggu keluar penjara untuk melakukan perbuatan terkutuk itu? Saya sebenarnya tiada ruang untuk menjelaskan kebenaran ini. Saya dinafikan keadilan. Saya juga turut dinafikan hak bersuara di semua akhbar, stesen TV dan Radio milik BN. Saya tiada tempat yang dapat menjelaskannya secara meluas kepada rakyat jelata. Dimanakah dapat saya kemukakan bukti bahwa saya sungguh tidak pernah melakukan perbuatan terkutuk itu? Mereka suruh saya buktikan di mahkamah, sedang merekalah yang sebenarnya menguasai mahkamah. Ya benar! Mahkamah kita masih belum bebas. Ia masih terus dikuasai sepenuhnya oleh ‘orang’ yang berkuasa.

Saya menolak untuk bersumpah kerana bukan saya yang sepatutnya bersumpah, tetapi orang yang mendakwa diliwatlah yang sepatutnya bersumpah laknat. Dia telah pun bersumpah dan biarlah Tuhan sahaja yang melaksanakan laknat-Nya ke atas mereka yang bersumpah bohong. Itu bukan lagi dalam kekuasaan saya. LA HAWLA WALA QUWATAILLAH BILLAH. Jangan lupa, beberapa individu yang terbabit memfitnah saya dahulu ada yang telah mati dengan tragis dan ada pula yang masih hidup tetapi mengalami sakit yang aneh. Dan berhubung DNA pula, saya enggan diambil sekali lagi sample DNA kerana mereka telah punyai DNA saya dalam pertuduhan kes liwat yang pertama dahulu. Saya bimbang seandainya mereka mempunyai muslihat jahat terhadap sample DNA terbaru itu nanti. Saya harus lebih berhati-hati.

Andaikata benarlah saya ini ‘kaki liwat’ sebagaimana fitnah mereka, bukankah molek jika ianya saya lakukan di luar Negara. Saya mengajar di sebuah Universiti di Amerika Syarikat, it’s a free country, jika benarlah saya ini kebulur sangat meliwat seseorang, saya boleh melakukannya dengan sesiapa sahaja yang saya ingini di sana. Mengapa harus saya lakukan perbuatan jahat itu di Negara sendiri, di Negara yang mana saya berpolitik, berkeluarga dan mempunyai ribuan kenalan dan sahabat handai. Ia tidak masuk akal dan tidak munasabah. Ia satu fitnah jahat yang amat berat buat saya dan keluarga.

Justeru itu saya berazam untuk menyelamatkan Malaysia dari kejahatan orang-orang yang jahat dan tidak berperikemanusian itu. Saya rela mati kerana rakyat Malaysia. Hanya dengan menguasai Putrajaya sahajalah segala tipu muslihat mereka dapat kita bongkar kepada umum. Masa itu, anda nilailah sendiri dan saya akan memaafkan anda yang turut menuduh dan memfitnah saya ketika ini kerana saya mengandaikan bahwa anda ‘jahil’ atau ‘tidak tahu’ ketika itu. Saya akan biarkan anda semua berkesempatan bertaubat kepada Allah atas dosa dari kesalahan memfitnah saya, yang disifatkan Allah dan Rasul-Nya sebagai lebih buruk daripada membunuh satu jiwa mukmin.

Berhubung pemilikan harta, setakat ini belum ada bukti bahwa saya memiliki harta atau wang yang luar biasa banyaknya samada dalam mahupun di luar negara. 9 tahun lamanya sebagai Menteri Kewangan Malaysia serta Timbalan Perdana Menteri Malaysia, ramai dari kalangan pemimpin BN yang berpendapat adalah amat bodoh saya tidak menggunakan kesempatan untuk 'membaham' khazanah negara ketika itu. Memang benar ketika itu saya boleh sahaja melakukannya jika mahu, ia adalah dalam bidang kuasa saya sebagai Menteri Kewangan Malaysia, namun hukum Allah dan syariat Islamlah yang telah membendung saya dari melakukan perbuatan khianat seperti itu kepada rakyat Malaysia.

Kami, pemimpin Pakatan Rakyat berjuang dengan menggunakan hasil pendapatan masing-masing dan dari kemelut 'kekurangan dana' ini, akhirnya membawa kepada keluarnya beberapa pemimpin yang 'kononnya' ingin berjuang bersama tetapi rupanya mempunyai hasrat 'berbeza'. Pemimpin Pakatan Rakyat yang bercita-cita jahat untuk meratah khazanah kekayaan negara awal-awal lagi telah 'disingkir' oleh Allah Swt melalui ujian-ujian-Nya. Antara mereka adalah Ezam Nor dan Zulkifli Nordin, sekadar menyebut beberapa nama dari mereka. Syukur Alhamdulillah!

Baiklah, setakat itu sahaja yang dapat saya perjelaskan tentang apa yang telah berlaku kepada saya selama ini. Saya ingin bertanya, apakah anda sebagai rakyat Malaysia sanggup membiarkan orang yang paling bermotif membunuh, menjadi PM? Jika anda sangsi dengan dakwaan saya bahwa mereka, pemimpin-pemimpin BN terpaksa bersekongkol dengan perancang utama satu plot pembunuhan hanya kerana ‘survival’ politik mereka, cuba anda perhatikan fakta-fakta dan bukti-bukti di bawah ini:-

PEMBUNUHAN ALTANTUYA - WAJARKAH RAKYAT MENUTUP KES INI?
Firman Allah surah An Nisaa' (105): Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu, dan janganlah kamu menjadi penentang (orang-orang yang tidak bersalah), kerana membela orang-orang yang khianat (lagi berdusta),

Fakta Individu-individu yang terbabit secara langsung @ tidak dalam kes Pembunuhan Altantuya:

Altantuya Sharibuu @ Aminah bt. Abdullah adalah penterjemah Bahasa Perancis bagi urusan pembelian kapal selam oleh Kementerian Pertahanan Malaysia melalui 'Perimekar' milik Penganalisis Strategi Ketenteraan Malaysia yang juga merupakan teman baik Dato Seri Mohd Najib.

Dato Seri Mohd Najib - Menteri Pertahanan Malaysia / Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Abdul Razak Baginda - Penganalisis Pertahanan kepada Kementerian Pertahanan Malaysia / pemilik 'Perimekar'.

Ketua Inspektor Hazilah Hadri - (UTK) yang berkhidmat sebagai 'body guard' di pejabat Dato Seri Mohd Najib.

Koperal Sirul Azhar Umar - (UTK) juga berkhidmat sebagai 'body guard' di pejabat Dato Seri Mohd Najib.

Aziz Buyong - Kolonel Tentera / Pakar bom C4.

Abdullah Ahmad Badawi - Perdana Menteri Malaysia / Menerima Kertas Siasatan dari Penyiasat Polis Tentera Malaysia (MP).

Khairy Jamaludin - Menantu Perdana Menteri Malaysia / Menyimpan Kertas Siasatan berkenaan bagi tujuan survival politiknya setelah ketiadaan Pak Lah nanti.

Rosmah Mansor - Isteri Dato Seri Mohd Najib / Berada di tempat mayat diletupkan dengan C4.

Norhayati - Isteri Kolonel Aziz Buyong / Pembantu Khas Rosmah yang turut berada di tempat kejadian letupan bom C4.

Fakta-Fakta lain dalam kes Pembunuhan Kejam Altantuya:
Bom C4 milik Angkatan Tentera Malaysia.

Dua anggota UTK - Suspek utama pembunuhan adalah body guard di pejabat Dato Seri Mohd Najib.

Rekod Imigresen kemasukan Altantuya dan sepupunya ke Malaysia di'lenyap'kan oleh seseorang dari Jabatan Imigresen Malaysia dengan arahan orang-orang tertentu bagi menutup konspirasi ini.

Zahid Hamidi ketika mengambilalih tugas Menteri Pertahanan Malaysia akhirnya terpaksa membuat kenyataan 'konon'nya Angkatan Tentera Malaysia tidak memiliki Bom jenis C4 dan itu adalah amat bercanggah dengan kenyataan sepanjang kes perbicaraan Pembunuhan Altantuya di mahkamah. Atas arahan siapakah beliau 'berbohong' dan untuk survival siapa?

Keterangan-keterangan ringkas dan jelas:

Ketua Inspektor Hazilah dan Koperal Sirul Azhar dari Unit Tindakan Khas, yang juga merupakan ‘body guard’ Dato Seri Mohd Najib tidak pernah mengenali Altantuya sebelum kejadian 'bunuh' itu dan tidak langsung mempunyai 'motif' untuk membunuh model berkenaan tetapi mereka berdua mungkin telah diarah oleh sesorang 'yang berkuasa' untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan dalam konspirasi pembunuhan ini. Mereka berdua akhirnya didapati bersalah oleh mahkamah kerana membunuh dengan niat dan dijatuhi hukuman mati oleh hakim mahkamah. Mereka ini jelas telah 'dikambing hitamkan' oleh pihak tertentu dalam usaha menutupi pekung 'pengarah sebenar konspirasi' pembunuhan Altantuya.

Abdul Razak Baginda memang mempunyai motif untuk membunuh Altantuya kerana beliau dilaporkan 'kononnya' adalah pasangan kekasih kepada model ini dan kedatangan Altantuya dengan sepupunya Burmaa Oyunchimeg adalah 'kononnya' untuk mengambil komisyen berjumlah US500 ribu yang dijanjikan kepadanya seandainya pembelian kapal selam itu terlaksana. Adalah difahamkan bahwa Syarikat milik Abdul Razak Baginda 'Perimekar' menerima komisyen jualan sebanyak RM4.7 billion dari kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pertahanan Malaysia, hasil dari kejayaan dalam urusan pembelian 3 buah kapal selam dari Perancis untuk kegunaan Tentera Laut Malaysia.

Anehnya Abdul Razak Baginda kemudiannya didapati tidak bersalah dan dia dibebaskan sepenuhnya dari pertuduhan membunuh kerana dilihat tiada mempunyai kuasa untuk 'mengarah' suspek utama kes, yakni Ketua Inspektor Hazilah dan Koperal Sirul Azhar dari UTK untuk melakukan pembunuhan mangsa (Altantuya). Jadi siapakah yang mempunyai kuasa ketika itu? Jika diamati serta diperhalusi, 'orang yang tak berapa nak cerdik' pun boleh menilai fakta ini dengan baik. Cuba lihat rantaian fakta ini bagi mengaitkan siapa jua yang bermain di minda anda sebagai 'suspek sebenar' yang bertindak sebagai 'pengarah operasi' permbersihan nama baik seorang PEMBESAR dalam kes pembunuhan ini.

Siapakah PALING BERMOTIF untuk membunuh Altantuya selain Abdul Razak Baginda? Dan fakta yang paling penting untuk kita perhalusi adalah siapakah yang berkuasa atau mempunyai kuasa untuk mengarah dua orang UTK (Pengawal peribadi Dato Seri Mohd Najib - Hazilah dan Sirul) serta Pakar Bom C4 tentera (Kolonel Aziz Buyong)? Siapakah pula yang berkemungkinan mempunyai pengaruh dalam 'melenyapkan' rekod kemasukan Altantuya ke Malaysia? Sudah tentulah ia melibatkan sesuatu yang AMAT BESAR sehingga perlu dihapuskan wanita 'berbahaya' ini. Siapakah pengarah sebenar dalam konspirasi pembunuhan ini? Apakah motif sebenar nya? Apa jua jawapan yang bermain di'minda fikiran' anda, simpan dahulu untuk telahan fakta berikutnya.

Dato Seri Mohd Najib kemudiannya bersumpah bahwa beliau tidak pernah mengenali dan tiada kaitan samada secara langsung atau tidak dengan Altantuya. Sedangkan umum akhirnya mengetahui bahwa Altantuya rupanya adalah 'Perterjemah Bahasa Perancis' yang diguna pakai ketika berlangsungnya urusan pembelian kapal selam berkenaan. Ini menyebabkan Dato Seri Mohd Najib 'terpaksa' juga mengenalinya walaupun dia ingin sangat agar rakyat tahu 'konon'nya dia tidak pernah mengenali Altantuya. Fakta ini bukan omong kosong. Ia turut dinyatakan di mahkamah dalam sebutan kes yang berlangsung di Paris, Perancis berhubung penipuan yang berlaku dalam skandal penjualan dan pembelian kapal selam itu.

Menambah buruk persepsi itu adalah apabila sepupu Altantuya, Burmaa Oyunchimeg mengemukakan bukti bergambar di mahkamah ketika diminta memberi keterangan. Bukti itu adalah gambar Abdul Razak Baginda, Dato Seri Najib dan Altantuya sedang menjamu selera di sebuah restoran eksklusif. Ya lah! Takan hanya kerana keluar makan bersama sahaja terus hendak dikaitkan beliau sebagai pembunuh, itu tidak adil dan zalim namanya. Cuma yang jelas di sini adalah Dato Seri Mohd Najib telah bersumpah 'bohong'. Dia sebenarnya memang mengenali Altantuya. Kenapa ia seakan hendak di’sembunyi’kan dari rakyat Malaysia? Pasti ada sebab BESAR disebalik semua itu.

Baiklah, sekarang amati pula dari sudut berbeza, Abdul Razak Baginda hanya perlu melunaskan US500 ribu atau hanya kira-kira RM1.6 Juta sahaja berupa komisyen kepada Altantuya. Dan jika mengambil kira jumlah komisyen yang dimilikinya iaitu RM4.7 billion (Ringgit Malaysia Empat Ribu Tujuh Ratus Juta), jumlah RM1.5 juta itu amatlah kecil dan boleh dilunaskannya pada bila-bila masa sahaja. Sekali lagi, Abdul Razak Baginda dilihat tiada sebab atau motif kukuh untuk membunuh 'kekasih gelap'nya itu (Altantuya), dan lebih meyakinkan adalah beliau juga dilaporkan tidak berupaya atau tidak mempunyai kuasa bagi mengarah suspek-suspek yang terdiri dari Ketua Inspektor Hazilah, Koperal Sirul dan Kolonel Aziz untuk melaksanakan tugas-tugas 'pembersihan' itu.

C4 adalah bom milik Angkatan Tentera Malaysia, dan harus diingat Dato Seri Mohd Najib Razak adalah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Malaysia yang berkuasa penuh terhadap apa jua aktiviti Angkatan Tentera Malaysia. Dari semua fakta ringkas di atas, anda pasti sudah boleh mengagak serta mengetahui siapakah KETUA sebenar dalam 'KONSPIRASI PEMBUNUHAN KEJAM' ini. Demi survival politik dan survival parti, 'orang yang zalim' ini terpaksa dilindungi oleh orang-orang besar parti yang lainnya.

Apakah anda mengandaikan semua barisan kepimpinan BN itu 'bodoh', 'buta' dan tidak mengetahui tentang hal sebenar ini? Tidak, mereka semua bukanlah orang-orang yang bodoh, malah mereka bijak berpolitik dan tahu apa sebenarnya yang sedang berlaku. Jika begitu, jika benar mereka semua tahu, mengapa pula mereka beria-ia menyembunyikan fakta sebenar dan sekaligus mempertahankan 'orang yang zalim' ini?

Nyatanya, semua ketumbukan kepimpinan BN sebenarnya amat sedar dan tahu akan kebenaran ini, namun mereka jauh menyedari serta tahu bahwa menyelamatkan 'orang zalim ini' adalah sama seperti menyelamatkan kedudukan mereka sendiri. Mereka sedar seandainya jatuh 'orang yang zalim' ini, maka hancur berkecailah keseluruhan empayar yang telah mereka bina selama ini. Justeru itu, mereka tiada pilihan lain kecuali berusaha mempertahankan juga 'orang yang zalim' ini sekalipun terpaksa 'membohongi' rakyat jelata. Tidak mungkin mereka mahu melihat Pakatan Rakyat menguasai PUTRAJAYA hanya kerana kesilapan yang dilakukan oleh 'orang yang zalim' ini.

Mereka 'terpaksa' jua mengangkat 'orang yang zalim' ini sebagai pemimpin mereka, walaupun hati mereka jelas menolaknya. Sayang sekali mereka semua terlupa pada Tuhan. Mereka terlupa bahwa Tuhan Maha Mengetahui apa sahaja yang mereka nyatakan atau sembunyikan dalam hati mereka. Mereka lupa bahwa mereka kelak akan tetap didatangi oleh Malaikat Maut. Mereka berusaha dan cuba untuk melupakan semua kemelut itu demi kehidupan dunia yang fana ini. Ada di antara mereka yang telah menerima 'hukum' Allah yakni mati, namun yang masih hidup terus leka dan lalai dengan segala macam imbuhan duniawi yang diterima mereka dari 'orang yang zalim' itu.

Kehidupan dunia ini adalah segalanya bagi mereka-mereka ini. Mereka tahu ada akhirat menanti tetapi mereka berasa 'yakin' kononnya mereka berada di pihak yang benar dan akan 'terselamat' dari api neraka. Mereka bersangka baik terhadap harapan palsu yang dijanjikan syaitan buat mereka dan penyokong-penyokong mereka. Sedang mereka dan penyokong mereka bersekongkol dengan 'orang yang zalim' itu, Allah juga mempunyai rancangan-Nya. Dan sudah tentulah perancangan Allah jauh lebih baik dari ciptaan-Nya.

Apa boleh buat saudara, kita terpaksa menunggu sehingga ke hari pembalasan, yakni akhirat, bagi melunaskan semua yang kita persangkakan. Takan kita semua mahu turut serta bersama mereka dalam menyokong 'orang yang zalim' itu. Mereka sendiri pun sebenarnya 'terpaksa' menyokongnya demi survival politik sempit mereka. Ayuh rakyat Malaysia, berfikir dan bertindaklah dalam Pilihanraya Umum nanti. Mari kita tegakkan kebenaran dan keadilan buat semua. Kita tunjukkan bahwa rakyatlah yang paling berkuasa, dan bukan mereka para pemimpin yang jahat itu.

Important link to the case: http://en.wikipedia.org/wiki/Murder_of_Shaariibuugiin_Altantuyaa

Harus diberi perhatian serius bahwa Allah dan Rasul-Nya telah acap kali mengingatkan dan memberi amaran kepada kita agar berwaspada terhadap suatu zaman di mana pemimpin yang dusta itulah yang akan 'dipercayai' dan diberi kuasa. Ia sedang berlaku sekarang dan kita 'yang diberi hidayah Allah' mudah membezakan antara penyokong yang melakukan kebaikan (amal makruf) dengan mereka yang melakukan kebathilan (Mungkar)

Firman Allah surah Al Maa-idah (51): Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani (yakni orang yang suka berdusta) sebagai pemimpin-pemimpin (mu), sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka sebagai pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.

Hadis Rasulullah Saw pula menegaskan bahwa: Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung/menyokong) tindakan mereka yang berbuat aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga)”.- Hadis Riwayat Tirmizi, Nasae’i dan Hakim.

Sudah jelas bahwa Allah dan Rasul-Nya melaknati orang-orang yang berdusta dan berbuat aniaya. Malah penyokong-penyokong yang mendukung aspirasi pemimpin-pemimpin jahat itu juga nantinya akan turut sama terpelosok di kancah neraka jahannam. Pasti akan ada kelompok ini yang bertanya: "Bagaimana pula dengan ustaz-ustaz dan ulama UMNO?. Apakah mereka ini turut bernasib malang dan terpaksa menghuni neraka jahannam?".

Jawapan saya 'itu semua, keputusan ke mana mereka akan dikembalikan kelak, kita serah bulat-bulat kepada Allah Azzawajalla sahaja'. Bukan kita yang berhak menentukan ke mana kembalinya mereka nanti. Namun, di sebalik penyerahan tawakal kepada Allah, kita harus faham bahwa Rasulullah Saw diutus bagi menyempurnakan akhlak kita semua. Dalam sirah nabi banyak sekali dipaparkan kisah-kisah bagaimana Rasulullah Saw bukan sahaja bijak dalam ilmu agama, malah Baginda amat arif menilai akhlak orang-orang di sekelilingnya. Baginda mengajar semua khalifah dan umat ketika itu bagaimana dapat mereka mengenali samada orang itu berakhlak terpuji atau sebaliknya. Ini bermakna, mereka para ustaz dan ulama bukan sahaja perlu menilai pemimpin dari sudut agamanya sahaja, akhlak pemimpin itu turut menjadi faktor utama dalam penilaian mereka sebelum seseorang pemimpin itu wajar disokong.


Seharusnya itulah yang menjadi panduan ustaz-ustaz dan Ulama UMNO di dalam menentukan sokongan mereka. Menyokong membabi buta akan menyebabkan mereka terdedah untuk menerima nasib yang sama dengan kelompok ini kelak. Rasulullah Saw telah bersabda dalam banyak hadis yang saya rangkumkan peringatannya, antara lainnya untuk mengenali akhlak seseorang yang baik itu ada beberapa ciri utama:-

1. Pertama lihat suaminya samada dia bersolat fardhu di masjid atau tidak?
2. Kemudian lihat isterinya, apakah dia menutup aurat atau tidak?
3. Kemudian lihat pula anak-anak gadisnya, apakah mereka menutup aurat atau tidak?
4. Lihat bagaimana mereka sekeluarga berbelanja, apakah mereka boros atau tidak?

Walaupun banyak lagi ciri-ciri lain, solat fardhu umpamanya, boleh dilakonkan watak itu dikhalayak ramai oleh seorang munafik kerana kekerapan bersama dilihat menjadi faktor ia mudah dilakonkan. Jadi, memadai melihat 4 ciri di atas yang ditekankan Rasulullah saw, yang saya rasa amat sukar untuk dilakonkan kerana ia memerlukan seseorang itu istiqamah dalam perilakunya itu. Itulah yang harus dinilai terlebih dahulu agar kita dapat menetapkan kaedah menilai individu pemimpin berkenaan seterusnya.

Akhir kata, saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia, marilah kita 'share' amanat ini di kalangan fb'ians' dan teman kita semua di luar sana, samada dengan mencetak dan mengedarkan amanat ini kepada keluarga serta semua sahabat handai atau mencetak dan mengedarkan ia di kampung-kampung, di mana maklumat ter'sekat' oleh pembangunan yang sengaja di'tahan' ke sana oleh pemimpin-pemimpin tertentu.

Jika bukan saya serta pemimpin-pemimpin lain dalam Pakatan Rakyat yang bangkit memperjuangkan nasib kita semua, andalah yang terpaksa bangkit dan berjuang bersama demi kesejahteraan generasi anak-anak kita yang akan datang. Ayuh! Marilah kita semua 'Gegakkan Gempita' kerana semboyan telahpun berbunyi. Setiap dari kita rakyat Malaysia berkewajipan mencanang semboyan ini kepada sekurang-kurangnya ahli keluarga terdekat. Andaikata anda berkuasa melakukan lebih dari itu, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga.

Berilah peluang kepada Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya pada PRU ke 13 nanti. Saya akan pastikan semua mereka yang boros membelanjakan wang rakyat termasuk Rosmah Mansor yang sanggup membeli sebutir cincin berlian berharga RM24juta di kala rakyatnya ada yang masih hidup dalam kemiskinan dan ahli keluarga kepada Ketua Wanita UMNO Shahrizat Jalil yang tergamak membelanja sampai RM250 juta wang dana Tabung Makanan kita dalam skandal NFC di bawa ke muka pengadilan.

Janganlah 'terpedaya' atau 'diperbodohkan' lagi hanya kerana 'sogokan' wang RM100, RM500 dan beberapa ratus lagi menjelang pilihanraya yang akan di'saji'kan oleh pemimpin-pemimpin BN. Lihat angka yang mereka 'baham'. angka yang diberikan kepada anda amatlah kecil berbanding jumlah yang mereka ambil tanpa restu anda semua. Nasihat saya, anda ambillah wang itu kerana wang itu memang milik rakyat dan bukan milik mereka, kemudian undilah Pakatan Rakyat dalam PRU-13 nanti. Pakatan Rakyat akan pastikan mereka-mereka yang bertanggungjawab atas setiap kesalahan mereka itu menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang telah mereka lakukan kepada negara dan rakyat Malaysia.

Bangkitlah wahai rakyat Malaysia!!!


sumber



DEBAT NURUL IZZAH VS RAJA NONG CHIK

DEY MACHA
PEMIMPIN BE END HANYA BERANI
BERDEBAT SESAMA SENDIRI JE
DENGAN POMPUAN PUN TAKUT
KAH! KAH! KAH!



Ahad, Februari 24, 2013

LAWAK AHAD: WAT SEK

Gambar Hiasan

Kisah ni berlaku di sebuah kampung di Terengganu.Sebelum akad nikah tok kadi nak mengesahkan ic pengantin lelaki.

Kodi: lame dh kenal hok puang ni?

Pgntin: dlm 2 thn lbih

Kodi: hoo molek la...mesti g dating sokmo ni dok?

Pgtin: kdg2 je Tok.dia tganu sy duk kl

Kodi: Doh xjupe,org muda leni org ngorat wat sek sokmo la ni

**terangkat punggung pegantin&wali dengor soalan tu***

Pgntin: Mnada Tok,kang harang!

Kodi:bakpe haramnye,kang ada niat nok nikoh.wat sek la.barang percume!

Wali: hoi! mung tok kodi jgn wt aib ank nantu aku gitu depang org rama ning!!!!

Kodi: ce wt mari talipon mung aku nk cek

***kodi mitok ngan pgntin***

Pgntin: talipon saya ikut suka saya la nk save menda pun

Wali: wi la awang eh kalu mu rasa mu dok wat

***ketor tangan pgntin bg fon ke kodi,muka meroh merang doh***

Kodi: doh ni fail natang ape?wat sek la ning ke org panggil menda gining?

***wali cepat2 bangun g tengok,pgntin pun sama naik...saksi bejerebat atas belakang***

Ramai2 pakat kata

"oooo WHATSAPP!!!"





Sabtu, Februari 23, 2013

KEPUTUSAN LIGA SUPER 23/02/13


AES: SELANGOR AKAN FAIL RAYUAN

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor akan mengarahkan Majlis Perbandaran Sepang (MPS) memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di dua lokasi di negeri itu.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim Khalid berkata, Kerajaan Persekutuan seolah-olah mengenepikan kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terhadap struktur yang dibina di atas jalan persekutuan.

“Kerajaan negeri melihat perkara ini amat serius dan merangka beberapa tindakan susulan termasuk mengarahkan kamar Penasihat Undang-undang Negeri Selangor dan Jabatan Undang-undang Majlis Perbandaran Sepang untuk menyemak nota kehakiman dan memfailkan rayuan.

“Kerajaan negeri kesal dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa PBT tidak mempunyai kuasa terhadap struktur yang dibina di atas jalan persekutuan,” katanya dipetik Selangorku.

Semalam, Hakim Datuk Zaleha Yusuf memutuskan Majlis Perbandaran Sepang tidak mempunyai kuasa ke atas Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE).

Beliau turut membenarkan syarikat pengendali kamera AES, Beta Tegap Sdn Bhd memasang kamera tersebut di dua lebuh raya itu.
Beliau memberi alasan Plus dan SKVE berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan bukan kerajaan negeri.

Dalam perkembangan berkaitan, Khalid akan mengarahkan Unit Perancangan Ekonomi Selangor merancang pembangunan lebuh raya bagi kemudahan rakyat.

“Kerajaan negeri mengarahkan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Selangor untuk menyediakan senarai cadangan pembangunan Persekutuan sama ada lebuh raya atau Prasarana Transit Aliran Ringan (LRT) untuk disemak semula oleh Majlis Kerajaan Negeri bagi memastikan kepentingan rakyat Selangor dan kerajaan negeri terjamin,” katanya.

kl-today


Jumaat, Februari 22, 2013

KEPUTUSAN LIGA SUPER 22/02/13


KHAS BUAT PENCACAI AMENO

Berjuta ahli UMNO menyertai pembangkang dalam peti undi


Oleh Aspan Alias

Sekarang tektik UMNO untuk mendapatkan ‘mileage’ politik sangat rendah. Akhir-akhir ini satu ‘trend’ lama yang di perbaharui sedang berlaku, iaitu menunjukkan dalam berita dan buletin utama TV3 tentang pengisytiharan ahli-ahli PAS menyertai UMNO. Hampir setiap malam ia dilakukan oleh media perdana negara. .

Apabila saya melihat isu ini di lakonkan melalui TV3 dan saluran TV media perdana yang lain saya teringat semasa UMNO melakukan perang psikologi terhadap Parti Melayu Semangat 46 dahulu

Semasa itu setiap malam kita menyaksikan kemasukkan ahli-ahli Semangat 46 dalam UMNO. Parti S46 hanya mempunyai 350,000 ahli tetapi kalau di kira jumlah ahli S46 keluar parti yang di siarkan oleh TV3 itu melebihi 1 juta orang. Tektik ini tektik lama tetapi masih di gunapakai oleh UMNO yang begitu terdesak dengan gerakan rakyat seluruh negara untuk menyaksikan perubahan dalam kepimpinan negara.


Saya masih teringat cerita penyampai berita TV yang saya kenali semasa itu. Di zaman itu pembaca berita selalunya merupakan seorang wartawan berita dalam masa yang sama. Oleh itu mereka tahu hal keadaan sebenarnya. Pembaca berita ini telah menelifon memberi tahu saya yang beliau akan membaca berita mengenai kemasukkan 150 orang ahli Parti S46 kedalam UMNO sedangkan sebenarnya hanya 10 orang sahaja yang berbuat demikian. “Semuanya bohong bro!” katanya.

Saya pun menjawab sambil berseloroh, “Tak apalah. Tapi kalau boleh semasa kau baca berita bohong itu, kau kenyit-kenyit lah mata kau tu. Orang yang menontonnya akan fahamlah yang kau baca itu berita bohong”. Dia tidak menjawab hanya ketawa berdekah-dekah sahaja.

Sesungguhnya ini lah cara ‘desperado’ UMNO selama ini. Tetapi mereka tidak menyedari satu perkara yang saya selalu menulis tentangnya. Dalam pilihanraya kali ini berjuta ahli-ahli UMNO akan keluar parti semasa berada di dalam peti undi nanti. Ia telah berlaku dalam pilihanraya yang lalu dalam mana lebih dari sejuta ahli-ahli UMNO telah memangkah simbol Pakatan Rakyat, dan ia akan berlaku dengan lebih hebat sekali. UMNO tahu ini akan berlaku lagi kali ini.

Itulah sebabnya Dr Mahathir meminta setiap pemimpin-pemimpin bahagian seluruh negara berikrar di hadapan beliau yang mereka tidak akan melakukan sabotaj terhadap UMNO itu. Dr Mahathir tahu perkara ini akan berlaku dan beliau faham dengan sedalam-dalamnya isu ini kerana beliau merupakan pensabotaj UMNO yang paling terkenal. Mahathir merupakan pensabotaj UMNO yang paling hebat kerana perkara itu dilakukannya dalam pilihanraya yang lalu.

Kalau Mahathir, seorang yang telah di angkat begitu tinggi oleh partinya sanggup mensabotaj UMNO itu, apa yang boleh menahan ahli-ahli biasa yang tidak mendapat apa-apa kepentingan untuk melakukan sabotaj terhadap UMNO itu? Kalau bapa sudah kencing berdiri, apa yang boleh menahan anak-anak tidak kencing dan berak sambil berlari?

Isu ini sebenarnya isu besar. Contohnya di Negri Sembilan sahaja lah. Pengerusi Perhubungannya tidak mendapat sokongan dari kebanyakkan atau hampir keseluruhan Ketua-Ketua Bahagian dalam Negeri itu. Mohammad Hasan sememangnya tidak boleh menjaga UMNO NS itu, tetapi entah kenapa beliau masih berada di sana. Saya tidak tahu apakah jampi serapah yang beliau lakukan kerana beliau masih mengetuai UMNO di negeri adat itu.

Tetapi jika di ketepikan Mohammad Hasan siapa pula yang hendak mengambil alih tempat beliau? Itu pun merupakan satu persoalan besar juga. Di NS semua pemimpin yang berkebolehan tidak mendapat tempat kerana permainan Ketua Perhubungan yang takut pada bayang-bayang. Isa Samad, semasa menjadi Menteri Besar, hanya mengumpulkan rakan-rakan guru sekolah beliau sahaja untuk menjadi EXCO kerana mereka pandai menggeli pundi-pundi beliau (Isa).

Puluhan orang yang berkebolehan di ketepikannya kerana takut kepada bayang-bayang. Semua yang berkebolehan mati begitu sahaja. Isa pun seperti Dr Mahathir juga, takut kepada orang yang beliau anggap akan menjatuhkan beliau. Itu sebab di semua peringkat dalam UMNO itu tidak ada lagi kepimpinan.

Akhirnya Dr Mahathir sendiri mengakui yang UMNO sudah busuk sampai ke usus nya, tetapi sejak kebelakangan ini beliau masih menyokong parti yang beliau anggap sudah busuk sampai ke itu. Itu sebabnya Dr Mahathir tidak boleh di jadikan ikutan kerana beliau seperti Ibrahim Ali, akan menyelekoh dengan tiba-tiba dalam hal politik ini. Mungkin itulah sebabnya Dr Mahathir dengan Ibrahim Ali, itu mempunyai ‘chemistry’ yang baik dan secocok serta saling menyandar di antara satu dengan yang lain.

Setelah Isa di gantikan oleh Mohammad Hasan, orang ramai ingat akan berlaku peningkatan mentaliti dalam UMNO itu kerana semasa Mohammad mula-mula menjadi MB ramai orang Negeri Sembilan beranggapan yang beliau itu adalah pemimpin yang turun dari langit ketujuh. Tetapi akhirnya keadaan di negeri itu lebih teruk dari apa yang UMNO alami semasa Isa menjadi Menteri Besar dahulu. Lagi rendah kredibiliti wakil rakyat di negeri itu, mereka itu jugalah yang sedang di pertahankan oleh Mohammad. Kerana apa? Kerana rasa rendah diri beliau dan takut kepada bayang-bayang sendiri.

Sekarang ini tinggal lah pemimpin-peimpin yang pucat-pucat, seperti orang yeng bercacing ‘kerawit’, untuk memimpin negeri itu. Itu sebabnya orang Melayu di Negeri Sembilan lebih mengenali Taufek, ADUN tunggal PAS, di sana dan ramai orang-orang Melayu UMNO akan berpindah randah di dalam peti undi nanti.

Lama juga saya berada dalam parti itu dahulu dan saya tahu apa yang sedang berlaku. Mungkin saya tidak tahu apa yang berlaku di kalangan pemimpin-pemimpinnya tetapi saya dapat merasakan yang ahli-ahli biasa dalam UMNO itu sudah lumpuh semangat nya dan tidak berdaya untuk mempertahankan arus perubahan di kalangan rakyat yang ramai. Siapa yang hendak menidakkan pandangan saya ini, mereka boleh berbuat sekendak hati mereka. Tetapi hakikatnya UMNO sudah lumpuh kerana pimpinan UMNO telah membunuh benih-benih kepimpinan sebegitu lama bukan sahaja di NS tetapi di seluruh negara.

Sekarang UMNO hanya tinggal dari kalangan yang ‘buta mata hati’ tentang politik dan siasah. Tetapi oleh kerana semuanya dalam kategori yang sama mereka menganggap mereka yang menentang seperti saya ini sebagai pengkhianat kepada negara.

Sesungguhnya pengkhianat itu akan menganggap semua yang lain itu pengkhianat seperti mereka juga. Apakan daya nasi sudah menjadi bubur. Sampailah masanya UMNO itu duduk di petak pembangkang untuk mendapatkan masa bagi melakukan perubahan dalamannya.

Kalau orang besar-besar macam Dr Mahathir boleh beralih-alih perjuangannya kenapa pula orang biasa seperti kita ini takut untuk melakukan seperti apa yang beliau telah lakukan itu?

Dalam pilihanraya dulu beliau minta rakyat memilih calon, tetapi sekarang beliau meminta orang memilih parti pula. Dia ingat orang ramai ini siapa? Beliau mesti ingat pengundi-pengundi sekarang terdiri dari manusia yang berfikir, bukannnya haiwan belaan yang boleh di cucuk hidung nya.

DD

Sunah Nabi Tunjuk Dengan Jari Telunjuk Atau Ibu Jari?



Ramai yang heboh mengenai isu Jari Telunjuk yang telah disebarkan dalam medium laman sosial. Jadi pihak PENDAKWAH ISLAM berasa bertanggungjawab untuk mendapatkan jawapan yang terbaik agar semua pihak berpuas hati .

"Jangan kata orang yang tunjuk dengan jari telunjuk Kurang Ajar..Please.. Dengarkan Pencerahannya.."

Alhamdullilah...
Dengan izin Allah S.W.T , kami menemui video ceramah Ustaz Azhar Idrus berkaitan dengan permasalahan ini . Alhamdulillah ..



ninjalag


MANA PI SCORPENE KAPAL SELAM CANGGIH TU?



Badrul Hisham Shahrin menggesa BN supaya berhenti bermain api sandiwara, mencipta ugutan demi ugutan demi menyelamatkan nyawa akhir mereka.


‘Pencerobohan’ di Sabah kerana kerajaan UMNO@BN lemah, kata SAMM




PETALING JAYA: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendakwa kerajaan Malaysia lemah sehingga membolehkan tentera Sulu ‘menceroboh’ Lahad Datu di Sabah.

NGO itu menggesa Barisan Nasional berhenti bermain api sandiwara, mencipta ugutan demi ugutan demi menyelamatkan nyawa akhir mereka.

Pada masa sama menggesa supaya kerajaan Filipina menarik keluar pasukan tentera itu dari Sabah.

Ketua Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shahrin menyatakan perkara ini dalam satu kenyataan media hari ini setelah beliau bersama teman-temannya pulang dari Sabah dalam siri lawatan kerja di negeri itu.

“Persoalan penting bagaimana 400-500 orang lengkap bersenjata dan berpakaian tentera boleh mendarat di Pantai Malaysia melalui Tanjung Labian dan berjalan dan menakluki Kampung Tunduo.
“Menurut saksi semua berlaku secara aman dan tanpa berselindung.
“Semua juga seperti terancang di mana secara teratur kemudian pasukan keselamatan negara datang dan membuat operasi mengeluar dan ‘menasihatkan’ penduduk kampung berpindah ke kawasan selamat,” katanya yang lebih dikenali dengan panggilan Chegu Bard.
Sekitar 400 – 500 tentera

Menurut Chegu Bard, saksi yang ditemui menyatakan sekitar 400 – 500 tentera lengkap berseragam dan antaranya jelas berseragam tentera Filipina bersama perbagai senjata dari peralatan separa berat seperti M16, M14 (grenade launcher) sehinggalah bom tangan serta Colt 45 Pistol.

Katanya, tidak ada apa berlaku kecuali sekatan jalan raya oleh anggota tentera.

Beliau menambah, amat ‘pelik sekali’ apabila pasukan tentera bersenjata negara jiran masuk ke dalam negara tetapi negara ini boleh berunding sahaja.

Tidak akan ada pihak akan menyalahkan negara ini jika kita menembak tentera jiran yang menceroboh jauh ke dalam tanah kedaulatan negara, katanya.

“Satu lagi persoalan bukankah perairan negara di kawasan tersebut telah dilengkapi sistem pertahanan paling mahal yang terkait tragedi pembunuhan warga Monggolia.
“(Ke) mana perginya Scorpene, kapal selam canggih negara tersebut,” dakwa beliau lagi.
Beikutan itu, Chegu Bard mendakwa, kerajaan lemah, gagal menyelesaikan masalah persempadanan dan ini hasil malapetaka pemberian kad pengenalan (kepada warga asing).


Kerajaan ini juga terlalu lemah dan terlalu mengambil mudah isu persempadanan negara, isu tuntutan Sabah masih banyak tidak diselesaikan dan diselindungkan, katanya.


Beliau juga berkata, Filipina menuntut Sabah sebagai tanah kedaulatanya antara asasnya ialah sejarah Kesultanan Sulu yang menguasai sebahagian besar Sabah dan pusat Kesultanan berada di bawah tanah kedaulatan Filipina.


Pemberian kad pengenalan

“Tahukah kita Kuala Lumpur masih membayar USD 5,000 setahun kepada Manila dan bagi mereka yang terlibat mendesak tuntutan Sabah menganggap ia bayaran sewaan Kuala Lumpur terhadap Sabah.
“Keadaan menjadi lebih parah apabila terlalu banyak dan tanpa kawalan pemberian kad pengenalan kepada warga Filipina khususnya keturunan Sulu kerana untuk memenangkan Barisan Nasional di sana,” tambah Chegu Bard.
Menurutnya lagi, kejadian ini mengingatkan dengan rusuhan Sabah 1986 yang terjadi kerana kekalahan mengejut Parti Berjaya kepada PBS yang baru ditubuhkan ketika itu.


Berjaya yang menjadi sekutu Umno dalam BN telah mencipta huru-hara menggunakan pendatang asing bagi merampas semula Sabah, katanya.

“Persoalanya kini mungkinkah operasi ketenteraan yang sengaja dibiarkan dan dilindungi di Sabah ke arah persedian untuk BN mencipta semula keadaan ke arah rusuhan 1986 kerana maklumat jelas BN akan kehilangan Sabah dalam PRU ke 13,” beliau menambah.
BN, katanya perlu sedar mereka bermain strategi politik risiko tinggi kepada masa depan negara yang akhirnya mereka sendiri gagal kawal.


Bagaimanapun, SAMM percaya pasukan keselamatan (tentera dan polis) mempunyai maklumat lengkap dan bertindaklah dengan bijak bukan sekadar mengikut telunjuk.


SAMM akan ke Kedutaan Filipina serta menghantar nota kepada Seketeriat Asean berikutan perkembangan ini yang bukan sahaja mampu membawa negara tetapi zon Asean yang aman ini ke kancah konflik berpanjangan.

shalehudin

Wanita potong alat kelamin suami dengan pisau dapur



21 Februari 2013

JAKARTA - Perasaan curiga dan cemburu seorang wanita terhadap suaminya yang dipercayai curang menyebabkan dia tergamak memotong alat kelamin suaminya dengan sebilah pisau dapur, dalam satu kejadian di Jawa Timur, hari ini.

Kejadian yang menggemparkan itu berlaku di Kampung Langsar, dalam daerah kecil Saronggi, Sumenep, lapor portal berita Tempo.Co.

"Kejadiannya sekitar pukul 4 pagi," kata Mahrus, penduduk Langsar sebagaimana dipetik laman portal berita itu.

Beliau berkata, ketika itu lelaki berkenaan sedang tidur nyenyak dalam bilik, isterinya yang terjaga dari tidur terus menuju ke dapur, mengambil sebilah pisau, kembali ke bilik tidur dan memotong alat kelamin suaminya.
Pasangan suami isteri itu berusia 33 tahun.

Jurucakap polis daerah Saronggi yang megesahkan kejadian itu berkata, berdasarkan maklumat yang dikumpul polis, wanita itu nekad memotong alat kelamin suaminya kerana mengesyaki beliau menjalin hubungan sulit dengan wanita lain.

"Suspek sudah kami tahan dan masih menjalani proses siasatan di balai polis," katanya.

Mangsa kejadian itu kini sedang menjalani rawatan intensif di Hospital Daerah Moh Anwar, Kota Sumenep. - Bernama


SH

P-A-N-A-S-S-S !! Rahsia 'BESAR' Suami Saya...

Khamis, Februari 21, 2013

KONFEM ESOK PARLIMEN BUBAR BHAI



DEY MACHA!!!
KOPI PUN DAH READY
APA LAGI NAJIB NAK TUNGGU
KASI BUBAR PARLIMEN ESOK
KAH! KAH! KAH!

TAPI KENA CHECK TELOQ DULU
ADA KA TAK DAK
KALAU TAK DAK
APA KOPI PUN TAK GUNA
KAH! KAH! KAH!

KALAU HANGPA SEMUA NAK TAU
INILAH TEKNOLOGI AMENO BE END
MEMPERBODOHKAN ORANG MELAYU
BAGI KICAP BAGI KOPI
BAGI KAIN PELIKAT
BILA DEKAT NAK PILIHANRAYA
KAH! KAH! KAH!

BILA DAH MENANG PILIHANRAYA
DEPA MAKAN LAGI BESAQ
DARI HARGA SEBOTOL KICAP DAN SEPEKET KOPI
YANG DIJADIKAN UMPAN TU
KAH! KAH! KAH!


NYAWA BE END DI BOTOL KICAP




DEY MACHA!!!
BOTOL KICAP SUDAH SIAP DIPERAGA
DENGAN LOGO BE END
UNTUK DIAGIHKAN SEGERA1
KAH! KAH! KAH!

NAJIB KENA BUBAR PARLIMEN CEPAT
SEBELUM BOTOL KICAP TU KERING
TAKUT NANTI DEPA LUPA 
NAK PANGKAH DACING KARAT TU
KAH! KAH! KAH!

SELAGI BOTOL KICAP TU BERISI
SELAGI TU NYAWA BE END AKAN ADA
BILA BOTOL KICAP DAH KERING
PUNAHLAH HARAPAN 
KAH! KAH! KAH!





Mazlan saman Presiden MBFM


TEMERLOH: Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman, hari ini memfailkan saman terhadap Anuar Abdul Manap dan Wan Zawawi Wan Zain berikutan mengeluarkan kenyataan fitnah kononnya Mazlan menyelewengkan wang RM30,000 yang dimenangi peneroka Felda Kemahang 3.

Menurut peguam Harris Abdullah, kenyataan fitnah itu telah diucapkan oleh Anuar yang merupakan Presiden Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) dan Wan Zawawi (Ketua Penerangan MBFM Kelantan) ketika berucap di Wisma Felda, Jalan Semarak pada 28 Disember tahun lalu.

Harris berkata, saman pemula hari ini sebenarnya difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tetapi dibuat dibuat secara e-filing melalui Mahkamah Tinggi Temerloh.

Dalam kenyataan tuntutannya, Mazlan selaku plaintif mendakwa kedua-dua defendan (Anuar dan Wan Zawawi) dalam ucapannya telah menuduh Mazlan sebagai penakut, pembohong, tidak bermaruah kerana dari jenis tidak tahu malu dan tidak jujur kerana menyelewengkan wang RM30,000.

“Mazlan selaku plaintif, melalui notis peguam pada 7 Februari lalu telah menuntut permintaan maaf umum daripada kedua-dua defendan namun sehingga kini masih belum mematuhi permintaan tersebut.

“Selepas prosedur mahkamah, dalam tempoh dua minggu lagi saya jangka tindakan akan akan diambil iaitu menyampaikan writ saman ini ke tangan defendan,” katanya.

Kes Felda Kemahang 3, Tanah Merah ialah 354 peneroka menyaman Felda Palm Industries Sdn. Bhd. kerana menipu bawah (KPG) dalam urus niaga penjualan hasil kelapa sawit.

Tuntutan saman itu difailkan oleh kesemua peneroka itu pada 22 September 2002 melalui peguam Wan Rohimi Wan Daud.

Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada 14 Januari 2008 telah memerintahkan anak syarikat Felda itu membayar ganti rugi am sebanyak RM7.1 juta dan ganti rugi teladan sebanyak 10 peratus daripada jumlah itu iaitu RM710,000 serta kos, berkuat kuasa serta merta.

Sementara itu Mazlan yang turut hadir dalam sidang media tersebut berkata, beliau telah lama mendengar fitnah tersebut seperti yang yang dikutip oleh bloger-bloger Umno daripada pemimpin tertentu.

Namun, katanya, beliau mengambil pendirian awal untuk mendiamkan diri kerana tidak mahu lebarkan pertelingkahan sesama warga Felda kerana kita sedang berhadapan dengan petualang penghisap darah.

“Tetapi apabila saya diamkan diri mereka terus buat fitnah. Semasa Himpunan Oren isu ini dibangkitkan oleh kedua-duanya sehingga telah dispin oleh bloger-bloger Umno.

“Maka setelah berbincang dengan peguam, saya merasa bukan saja perlu bersihkan nama saya tetapi juga NGO yang saya pimpin.

“Bagi saya kalau nak kritik, kalau nak hentam saya tak kisah tapi apabila buat fitnah sehingga menjatuhkan maruah dan perjuangan, itu tidak boleh dibiarkan,” katanya.

Mazlan berkata, beliau juga sedang mempertimbangkan bukti-bukti bersama peguam Wan Rohimi bagi memfailkan saman terhadap Timbalan Menteri Datuk Ahmad Maslan.

Turut hadir di mahkamah ialah Timbalan Presiden Anak Aris Fezul Ismail, Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah PAS Pahang Md Jusoh Darus serta para penyokong.

HD

Rabu, Februari 20, 2013

BR1M: KISAH SEDIH YANG MENYENTAP


Gambar Hiasan

Admin saya ada cerita sedih sangat pasal pengambilan wang BRIM 2.0 Tu tadi kalau boleh sembunyikan identiti saya...

Tadi saya pergi ambil wang rm 500 tu atas nama bapa saya.... setelah bapa saya dapat mesej daripada ketua cawangan umno kawasan umah saya ni semalam supaya datang didewan serbaguna hari ni pukul 3 petang untuk ambil duit rm 500 tu.. dan hari ini saya pun pergi ke dewan tersebut tepat pukul 3 petang saya sudah sampai ke dewan tu... mewakili bapa saya yang lumpuh dan sakit dirumah...

Apabila sampai saya trus ambil baucer tu dan saya ada tanya kakak kat kaunter diluar dewan tu boleh ke saya ini nak ambil brim tu atas nama bapak saya kakak tu kata boleh tak ada masalah... dan saya pun trus beratur hampir sejam setengah baru tiba giliran saya.. bila sampai ke kaunter didalam dewan untuk menerima wang itu tetiba kakak yang jaga kaunter dipercayai puteri umno kerana mereka pakai tudung warna pink memberitahu saya tidak boleh ambil wang itu dia kena umpunya dri jugak datang baru boleh ambil wang itu.. Saya kata bapa saya lumpuh tak sihat tak boleh datang tadi kakak kat luar dewan kata boleh ambil kalau ada wakil yang merupakan anak2nya... Dia berkeras jugak... lepas tu pegawai bank yang duduk sebelah kkak tu pun menyampuk dan trus tinggi kan suara tak boleh dik dah tu peraturan yang ditetapkan nak buat macam mana.. kalau bapak kamu lumpuh sekali pun tak boleh jugak.. kena datang ke dewan ni tak kira la apa cara sekali pun.. saya kata la umah saya tak ada kereta ada motor je macam mana nak datang dengan keadaan bapa saya begitu.. Pegawai bank tu kata pandai2 kamu la pinjam kereta jiran ke...Dah nak duit orang kena la ikut peraturan yang orang tetapkan...

Saya mengucap panjang apabila kiri kanan orang mula tengok saya dan saya terasa amat malu sangat dengan layanan begitu rupa... Dan saya pun trus keluar dari dewan tu...
Saya anak tunggal Umur 23 tahun ibu dengan ayah saya dah tua tak berapa sihat... Saya bekerja di sebuah pasaraya gaji cukup2 je sebulan.. Sanggup saya ambil cuti tadi samata2 nak ambil brim untuk bapa saya tu... tetapi sedih sangat dengan duit brim semua tak dapat.. kerja pun tak pergi... saya sebenarnya tak berparti pun dua2 page saya ada like pro pr dengan pro bn... saya tak tau la ada orang lain kena macam saya ke tak...

Perasaan malu tadi hanya ALLAH Sahaja yang tau dah la beratur sejam lebih bukan ke duit brim tu duit hasil cukai ke jugak... Inshaallah setelah kejadian tadi saya dah tekad kami satu keluarga tidak akan sesekali undi kerajaan yang melayan rakyat sebegitu rupa... Maaf kalau susunan ayat tak betul saya belajar sampai SPM Je...
kisah ini berlaku di kawasan parlimen batu dewan serba guna taman melewar pukul 3 petang tadi.. maaf saya tak ingat nama kakak dan pegawai bank itu tak sempat pulak nak tengok name tag tadi sebab orang terlalu ramai dan malu teramat sangat.. saya bawa bukan setakat ic fotostet ic ori yang bapa saya pun ada saya bawa sekali.. tetapi tak dapat juga.. dia nak kena umpunya diri sign katanya..saya tak terfikir pun nak ambil gambar atau video saya pergi dengan niat nak ambil duit bukan nak buat provokasi.. saya belajar sampai SPM pun sebab ada kekangan masalah kewangan dan terpaksa jaga ayah dan ibu yang sudah uzur.. bukan saya malas inshaallah kalau ada kesempatan dan peluang saya akan sambung belajar lagi.. tak apa la duit itu mungkin bukan rezeki bapa saya..

Sumber: fb Malaysian Gags

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive