Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, April 30, 2013

JOM TERJAH!!! EKSPERIMEN HILANGKAN DAKWAT KEKAL SPR




DEY MACHA!!!
MASIH ADA MASA LAGI
KALAU NAK CUCI BAGI TAK NAMPAK KESAN
ADA LAGI 5 HARI
ESOK CUCI LAGI
LUSA CUCI LAGI
TULAT KONFEM TAK DAK  LAGI KESAN DEGIL
KAH! KAH! KAH!




NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

WOW!!! NAJIB BAKAL BERDEBAT ESOK???



Abdul Khalid : Esok, Saya Tunggu Najib Di Pelabuhan Klang.

Saya akan tunggu Perdana Menteri dan calon Menteri Besarnya di satu restoran di Pelabuhan Klang esok jam 10.30 pagi untuk berdebat dengan mereka.

Itu respons daripada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terhadap cabaran daripada Datuk Seri Najib Razak.

Najib telah mencabar Abdul Khalid untuk membentangkan laporan pencapaian lima tahun pentadbiran Pakatan Rakyat  Selangor.

“Saya dengan hati terbuka menerima cabaran itu dan telah menyatakan kesediaan saya untuk mengadakan perbahasan dengan beliau.

“Walau bagaimanapun sehingga ke saat ini saya tidak menerima sebarang reaksi daripada Perdana Menteri,” kata Abdul Khalid di dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Abdul Khalid berkata beliau serta rakyat Selangor akan menunggu Najib esok, di Perkarangan Restoran Iskandar di Pandamaran Jaya, Pelabuhan Klang.

Abdul Khalid, yang juga calon kerusi DUN Pelabuhan Klang, mahu Najib membawa calon Menteri Besar Selangornya bagi orang ramai mengenali siapa yang akan menerajui pentadbiran negeri sekiranya Umno-BN berjaya tawan Selangor._TVselangor/Selangorku



drhalimahal


SAPA DAH MENGUNDI TOLONG BUAT EKSPERIMEN NI SAT

DEY MACHA!!!
SAPA YANG BOLEH SAHKAN
MAKLUMAT KATA DAKWAT TAK KEKAL
BETOI KA TAK BETOI
LAGI CANTIK KALAU BOLEH BUAT UJIKAJI SENDIRI
KALAU ADA SAPA YANG DAH MENGUNDI TADI
BARU KITA BOLEH PERCAYA
CAKAP KENA ADA BUKTI BRO
BARU ORANG RESPEK
JANGAN BAGI ORANG SUSPEK
KAH! KAH! KAH!

INI CADANG KE SOALAN?


DEY MACHA!!!
MAMAT NI TAK HABIH LAGI DOK BUAT KERJA BODEK
APA JADI DENGAN INTERNET PERCUMA SEJAM TU RAIS?
DAH SENYAP BILA HANG TAK DICALONKAN DALAM PRU 13
KAH! KAH! KAH!


Niat pembangkang ambil alih pentadbiran negara tidak munasabah


JELEBU - Niat pembangkang untuk mengambil alih pentadbiran negara ialah sesuatu yang tidak munasabah atau masuk akal, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Katanya ini kerana pembangkang menghadapi beberapa masalah dalaman yang dilihat boleh menggagalkan mereka untuk mencapai apa yang diharapkan selepas pilihan raya umum 5 Mei ini.

"Pertama, mereka berbalah antara satu dengan lain, kedua mereka tidak mengetahui atau menyebut lagi apa yang mereka manifestokan dan ketiga mereka masing-masing cuba menunjukkan sifat 'hero' atau kegagahan dan tidak menonjolkan kesepakatan.

"Jadi, berasas kepada permerhatian ini, saya tidak yakin langsung bahawa sama ada PKR atau Pas mahu pun DAP akan dapat memerintah Negeri Sembilan atau kerajaan persekutuan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Rais yang diiringi isterinya Datin Seri Masnah Rais ditemui dalam siri kempen calon Barisan Nasional bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Lui, Mohd Razi Mohd Ali di Bilik Ggerakan Dun Sungai Lui, Air Hitam, dekat sini.

Katanya justeru rakyat diingatkan untuk tidak menggadai masa depan dengan membuat perhitungan mengikut nafsu politik semata-mata dan memilih pembangkang pada PRU13 ini.

Rais yang merupakan penyandang kerusi parlimen Jelebu dan tidak bertanding pada PRU13 ini berkata kemampuan pembangkang yang kabur selain perancangan mereka yang 'kusut' tidak mampu menandingi apa yang dilaksanakan kerajaan.

"Dalam keadaan sedemikian apa yang telah kita peroleh dalam BN, dirasai oleh rakyat dan kita akan tunjukkan bahawa bukti janji ditepati ini akan menjadi realiti terus menerus," katanya.

Mengulas dakwaan bahawa pembangkang mendapat sokongan dari pihak luar bagi menghadapi PRU ini, Rais berkata jika dakwaan itu benar, ia menunjukkan pembangkang di negara ini amat lemah dan tidak mampu 'berdiri di atas kaki sendiri'.

Dalam hal ini Rais menuntut rakyat agar berfikir secara rasional tentang kesan dan akibat terhadap negara ini jika pembangkang yang disokong pihak luar mengambil alih pentadbiran negara. - Bernama

SH


NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

PEJABAT PAS SEMPORNA DIDAKWA DISERANG



Suatu kekecohan didakwa berlaku di perkarangan pejabat PAS Semporna apabila sekumpulan lelaki dikatakan menyerang dengan membawa objek seperti kayu besbol, topi keledar, gergaji, besi dan tukul.

Yang Dipertua PAS Semporna Hassan Abdullah ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan kejadian serangan itu.



Menurutnya, serangan itu berlaku tiba-tiba tidak lama selepas Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan pekan Semporna menuju ke Tawau.

Dakwanya, semasa Anwar berucap di Kampung Perigi, Pemuda BN telah pun memulakan gangguan dengan membuat bunyi bising menggunakan motor yang kemudian berlanjutan kepada serangan di perkarangan pejabat parti.

Hassan berkata, akibat daripada serangan tersebut, seorang daripada ahli parti itu mengalami kecederaan ringan serta beberapa kerosakan pada kenderaan.


Beliau turut mendakwa, serangan itu diketuai oleh dua orang adik kepada salah seorang wakil rakyat.

"Cermin kereta dipecahkan dan dua buah kereta dikemekkan. Motorsikal turut dirosakkan," dakwa Hassan.



Laporan polis telah pun dibuat berkenaan serangan itu.

Menurut laporan yang dibuat oleh anggota PAS Abdul Naib Arrolah, serangan kedua berlaku pada 7.20 petang ketika ahli-ahli PAS sedang solat Maghrib dan solat Hajat di pejabat mereka.

Dalam laporan itu, beliau mendakwa kumpulan itu mengancam untuk membakar pejabat PAS Semporna.


Polis: Jangan ambil petugas kaki gaduh

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Semporna Firdaus Abdullah ketika dihubungi mengesahkan laporan telah diterima.

"Ada kekecohan berkenaan penggantungan poster dan bendera. Ekoran pekerja merebut tempat. Itu sahaja. Kita dah panggil semua pihak yang bertanding dan semua bersetuju berkempen secara sihat," katanya.



Firdaus tidak dapat mengesahkan jenis senjata yang digunakan kerana tidak berada di tempat kejadian.

"Kadang-kadang yang muda-muda ni ada gelojoh sikit. Tapi tak ada niat apa-apa, hanya provokasi dan sakitkan hati. Tapi bila pakcik dia datang dari PAS, Bebas atau BN, dia sudah bersalaman kerana semua bersepupu," jelas Firdaus.

Polis menasihatkan parti bertanding tidak mengambil petugas parti daripada kalangan kaki gaduh.

BN Semporna akan dapatkan maklumat dulu

Pegawai kepada wakil rakyat yang dikaitkan dengan kejadian tersebut ketika dihubungi Malaysiakini enggan mengulas dakwaan itu buat masa ini.

Sementara itu, pembantu kepada calon BN di Semporna Datuk Seri Shafie Apdal berkata mereka tidak dapat mengulas perkara itu kerana sedang berada di Sarawak.

"Kami akan pulang ke Kuala Lumpur hari ini. Kami akan dapatkan dahulu maklumat berhubung perkara ini sebelum mengulasnya," katanya.

MK


NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

FAIZAL TAHIR DAN YASSIN MUNCUL DENGAN VIDEO KLIP "BERANI"



KUALA LUMPUR 29 APRIL: Penyanyi popular, Faizal Tahir dan Yassin Sulaiman, muncul dengan video klip berjudul ‘Berani’ yang kini mulai mendapat sambutan di kalangan pengguna internet.

Meskipun tidak menyebut secara langsung, namun ramai menganggap lagu dengan tema perjuangan itu didedikasikan khusus kepada perjuangan Pakatan Rakyat.
Antara bait liriknya berbunyi ‘Bagai deras sungai setelah hujan, tak putus walau dibelah seribu pedang. Mengalir bagaikan ia kepastian, takkan terhalang. Berani kerana aku benar, tiada apa harus ku takutkan, berdiri teguh..,”

Kemunculan dua artis ini dengan lagu bertema perjuangan, ketika kempen pilihan raya umum semakin rancak, sedikit sebanyak dilihat menambahkan moral penyokong Pakatan.
Ini kerana kedua-duanya sebelum ini dikatakan cenderung menyokong Pakatan, meskipun tidak mengisytiharkan sokongan secara terbuka, kecuali Yassin yang dilantik sebagai duta rasmi untuk kempen Angkatan Muda KEADILAN (AMK)

Februari lalu, Yassin membuat persembahan dalam majlis pelancaran manifesto Pakatan Rakyat, menyampaikan dua lagu berjudul ‘Menuju Putrajaya dan ‘reformasi’, manakala Faizal pula mengiringi nyanyiannya sebagai pemain gitar.





Bidas kenyataan Norman





Dalam perkembangan lain, Faizal di laman Twitternya baru-baru ini membidas pendapat mengatakan industri perfileman akan hancur jika kepimpinan negara bertukar tangan.
Beliau dipercayai menujukan kata-kata itu kepada penerbit filem dan anggota kumpulan KRU, Norman Abdul Halim.

Norman dalam twitternya menulis sekiranya Pas berkuasa, industri filem dan muzik di negara ini akan hancur, malah pengeluaran filem dan muzik antarabangsa juga akan terjejas.

Ia disanggah Faizal yang menyifatkan kenyataan itu sebagai jenaka, dan menegaskan umat Islam wajib percaya bahawa ‘rezeki datang dari Allah’.
Malah Faizal juga secara sinis menjawab tweet dari Ketua Unit Media Baru Umno, Tun Faisal Ismail Aziz yang dilihat tidak senang dengan kritikannya.
Selain Norman, turut menjadi kritikan penyokong Pakatan adalah kenyataan daripada pelakon 90 an yang tidak lagi popular, Azhar Sulaiman, apabila menuduh pimpinan Pakatan Rakyat dengan skandal video seks.

Menerusi video di Youtube, Azhar membuat kenyataan kurang bijak apabila mengatakan ‘sanggup disambar petir’ jika video fitnah yang dikaitkan dengan pimpinan Pakatan itu tidak benar.
Ketika rakyat kini mula membandingkan dasar yang ditawarkan Pakatan dan Barisan Nasional, Azhar hanya mampu mengitar semula kempen kotor Umno BN.
Sebaliknya beliau tidak pula bersuara apabila parti itu kini giat berkempen menayangkan video lucah dalam kempennya kepada masyarakat.



KD



NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

Isnin, April 29, 2013

MESTI BACA: CATATAN SEORANG PENJAWAT AWAM DI PUTRAJAYA




"Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas peluang dan kesempatan yang diberi kepada saya sekeluarga menghadiri sesi ceramah politik oleh Pakatan Rakyat amnya dan PAS khasnya yang berlangsung di Presint 3, Putrajaya. Terima kasih kepada pihak JPA yang membenarkan penjawat awam untuk hadir ke acara demikian bagi memberi peluang kepada kami membuat penilaian sebelum memangkah pada Pilihanraya ke-13, 5 Mei 2013 nanti.

Berikut merupakan sebahagian kesimpulan yang dapat saya rumuskan sebagai seorang rakyat marhaen yang pertama kali hadir ke sesi penerangan oleh parti bukan kerajaan yang belum memerintah.

1. Sikap kesemua anak-anak muda yang saya temui amat menginsafkan saya. Waktu kami baru sampai sebaik meletakkan kereta di bahu jalan, tiba sekumpulan konvoi bermotor yang memegang bendera PAS dan PKR dalam keadaan yang aman.

Mereka sama2 meletakkan motorsikal dalam keadaan tersusun dalam suasana yang sungguh tertib, tiada hiruk pikuk atau jerit pekik sebelum mereka mengambil gambar bersama bendera parti masing2. Saya, suami dan anak2 terkedu...

Cara berpakaian dan adab anak2 muda dan orang ramai yang hadir juga amat menyejukkan mata dan hati yang memandang. Semuanya dalam keadaan tenang dan mengukir senyuman.

Terdapat sekumpulan anak2 muda yang bertugas sebagai sukarelawan yang memakai vest Unit Amal yang tugasnya mengutip sampah sarap yang tertinggal di kawasan ceramah.

Saya masih ingat, sebelum sempat pengacara mengingatkan supaya hadirin tidak meninggalkan sebarang sampah di kawasan ceramah semasa sesi berakhir, beberapa orang hadirin sudah mula mengingatkan ahli keluarga supaya mengutip sampah dan bersihkan tempat duduk sebelum beredar.

2. Tiada sebarang kata-kata kesat, caci maki atau fitnah yang dikeluarkan sepanjang majlis oleh kesemua penceramah. Ini sangat jauh berbeza dengan apa yang sering dipaparkan di tv arus perdana yang sering mengatakan pihak mereka ini suka menyebarkan fitnah dan menakut-nakutkan orang ramai.

Semua kenyataan yang diberikan contohnya mengenai hutang adalah berdasarkan fakta. Mereka lebih banyak menyatakan tawaran dan perubahan yang akan ditawarkan kepada rakyat dan penjawat awam khasnya jika diizinkan Allah untuk memerintah.

Antara yang saya ingat selain dari pembinaan maahad tahfiz sains dan bonus empat bulan (penjawat awam):

i. Rumah kuaters yang diduduki akan ditawarkan secara sewa beli dan boleh menjadi hak milik penjawat awam.
ii. Pinjaman kenderaan dan perumahan sebanyak 4% akan dihapuskan sebagai mana yang dibuat di negeri Kelantan.
iii. Lebih banyak program keagamaan dan berbentuk kekeluargaan berlandaskan syarak akan diadakan di Putrajaya.

3. Ramai hadirin yang hadir bersama keluarga dan membawa sekali anak2 yang masih kecil dan berpiknik di sana. Menurut laporan, kehadiran dianggarkan seramai 20,000 orang bukan sahaja dari Putrajaya, malahan kawasan sekitarnya. Suasana pada malam itu meleset daripada apa yang saya jangkakan. Pada anggapan saya, sudah tentu akan berpeluh dan panas kerana orang yang ramai. Tetapi alhamdulillah kuasa Allah suasana terasa nyaman dan mendamaikan walaupun dalam suasana berpuluh ribu manusia. Ada hujan rintik2 sekejap tapi tidak ada seorang pun yang berganjak bila hujan turun.

4. Sebelum majlis dimulakan, lagu qasidah dipasang untuk diperdengarkan. Sebelum dan sesudah majlis diiringi dengan doa dan menyerahkan segalanya kepada Allah.

5. Alhamdulillah anak2 tidak banyak meragam dan masing2 tidur sendiri bila mengantuk. Keberkatan dan aura dalam majlis bersama ulama menjadikan suasana di situ tidak dapat saya gambarkan dengan kata2.

6. Sejak kecil lagi saya mengimpikan suasana dan kehidupan sebegini yang menjadikan ulama sebagai ikutan dan Al-Quran dan hadith sebagai panduan tidak kira parti mana yang memerintah. Semoga Allah perkenankan impian hamba yang lemah lagi hina ini..."


NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

GEMPAQ!!! VIDEO PAK LEBAI PANDU KERETA KEBAL MENUJU PUTRAJAYA



DEY MACHA!!!
TENGOK BETAPA SELAMBANYA PAK LEBAI NI
PANDU KERETA KEBAL BUATAN SENDIRI
INI KALILAH!!!

LU ORANG AMNO BE END ADA?
KAH! KAH! KAH!



wasukalu

NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

TAYANGAN PERDANA VIDEO LUCAH




Jika nak jimat masa elok mulakan dari minit 1.15 hinga ke akhir.. Sepatutnya sebagai orang dewasa yang mengaku Islam si penceramah lebih peka terhadap situasi ceramah. Ceramah biasanya didatangi oleh pelbagai lapisan umur. Video sedemikian tidak wajar disiarkan di khalayak ramai walau atas apa alasan sekali pun.

Itulah caranya mereka berceramah dengan memaparkan video lucah palsu. Polis telah mengesahkan bahawa video tersebut adalah palsu dan melarang penyebaranynya. Malangnya si penceramah yang dipapar dalam video ini sedikit pun tidak rasa bersalah menyiarkan video tersebut malah dengan rasa banggga, angkuh dan riaknya.

Peliknya... tidak seorang pun makcik-makcik yang berasa malu menonton video tersebut. Tiada seorang pun bangun meninggalkan majlis sebagai tanda protes..

Gamaknya... malam tu bergasak sakan la laki bini yang menonton video tersebut ... wakaka

wasukalu

NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

PANAS!!! PAKATAN RAKYAT MENDAHULUI




DEY MACHA!!!
UNDIAN YANG DIJALANKAN MENUNJUKKAN PR MENJADI PILIHAN
SETAKAT 7 PAGI 29/4/13 PR MENDAPAT 2821 UNDI
BN PULAK DAPAT 182 UNDI DAN BEBAS 54 UNDI
ADA SAPA NAK MENGUNDI SILA KLIK DI SINI

NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

Ahad, April 28, 2013

PANAS!!! PETUGAS BN DOK BERBALAH UPAH TEMPEK POSTER DAN GANTUNG BENDERA

dari maklumat kami dapat :
Kos Tampal Poster dan Bendera sehari semalam di..Pendang - RM30, Jerlun - RM100, Jerai - RM30Alor Setar - RM25, Pokok Sena - RM30, Sg Petani - RM20, Kulim - RM25, Langkawi - RM50,
Kawasan lain nanti kita korek tengok...
Admin - maklumat nie kami dapat dari hasil survey sahabat sahabat yang berlegaran di PDM (Pusat Derah Mengundi) milik BN.. jika mereka bohong maka bohong lah kami...!!!
KAH! KAH! KAH!
Kedahlanie

INIKAH SEBAB NAJIB TAKUT DEBAT?

Apabila Najib Razak mengatakan BN tidak akan turunkan harga minyak kerana yang untung adalah orang kaya, pelancong, warga asing.

Adakah ini hujah yang logik, bagus ?

Melihat kepada jawapan Najib ini, barangkali inilah sebab penasihat Najib menasihatkan Najib agar tidak berdebat dengan Anwar Ibrahim.

Hujah Najib adalah hujah bodoh, memperbodohkan rakyat dan bertaraf pendidikan KEMAS.

Cumanya tinggi satu inci dari JKKK !

Inikah jawapan dan hujah pemimpin Malaysia?

Ini menunjukkan Najib masih diulit dengan perangai bangsawan dan elitis. Tidak turun ke gelanggang mendengar rintihan rakyat.

Masih percaya dengan penasihat-penasihat beliau, " Semua okey, Dato Sri "

Apabila harga minyak naik, semua barang akan naik. Dan ianya berjalan berterusan dan harian. Berbanding dengan BR1M yang diberikan sekali setahun.

Kehidupan rakyat tidak terjejas dengan kenaikkan minyak jika BR1M diberikan setiap bulan sebanyak RM1,000 kepada yang layak.

Malangnya Najib tidak nampak masalah rakyat marhein. Yang difikirkan Najib ialah tas tangan, projek kroni, C4, Mongolia, Kapalselam.

Itulah wirid dan zikir Najib diambang kemusnahan UMNO dan BN dalam PRU 13.

tokpepijat

MAK AII!!!! RELA DIPANAH PETIR KALAU FITNAH




Isk..! Inilah jadinya bila dah jahil bab hukum hakam agama. Senang-senang ja agama dan Tuhan dipermain-mainkan. Tindakan artis yang dungu neh telah menyebabkan dunia artis kita kian digeruni tahap kefahaman agama mereka... Masyaallah...

Berikut adalah petikan berkenaan status FB seorang artis yang berbunyi:


"Video Sex ------- dan ------------ Adalah Tulen. Mereka Yang Terlibat...
Sekiranya Aku Memfitnah Dua Insan Ini...

Saya Rela Mati Disambar Petir Kerana Memfitnah Mereka Berdua ------------......Aminnn..."



NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

LAWAK AHAD: AHLI SILAP MATA DAN BURUNG

Seorang ahli silap mata mempertunjukkan kebolehannya di sebuah kapal mewah di lautan Caribbean. Penontonnya selalu berganti setiap minggu tetapi dia tetap mengulang-ulangi trik yang sama.
Masalahnya adalah: Seekor burung kakak tua yang pandai berkata-kata milik kapten kapal selalu melihat pertunjukannya setiap minggu dan menjadi tahu penipuan yang dilakukan oleh ahli silap mata .
Suatu malam ketika ahli silap mata membuat pertunjukan, si burung berteriak di tengah-tengah pentas.
“Lihat.. !! Itu bukan topi yg sama !!”
“Dia menyembunyikan bunga-bunga itu di bawah meja !!”
“Hey… semua daun terupnya,daun A !! “
Ahli silap mata amat bengang tapi tidak dapat berbuat apa-apa.
Suatu hari kapal tersebut mengalami kecelakaan dan tenggelam. Si ahli silap mata terapung2 di tengah lautan di atas sebuah papan bersama si burung kakak tua. Mereka saling pandang memandang dgn penuh kebencian tapi tidak mengucapkan satu patah kata pun.Ini berlangsung berhari-hari.Si ahli silap mata pun hairan kenapa si burung tak mahu terbang menyelamatkan diri.
Setelah satu minggu, tiba-tiba si burung berkata “OK… saya menyerah!! Di mana kamu sembunyikan kapalnya ??”

GAMBAR CERAMAH RAFIZI DI CHERAS INDAH

Sabtu, April 27, 2013

PANAS!!! SILA ADD ORANG NI KAH! KAH! KAH!



Tun Mahathir pun pernah cakap yang dah tak ramai orang cerdik pandai berminat nak masuk umno..

#gua sokong betul kenyataan tun ni..lu orang baca apa si bangang ni tulis..tak sokong pembangkang hapus kan PTPTN..sebab nanti macam mana orang miskin nak sambung belajar..

#kalau tengok pada profile picture tu..dah kahwin gamak nye..kak..simpan sikit bangang tu kak..takut berjangkit bangang tu ke anak-anak pulak nanti..meh sini gua jelas kan..PTPTN memang pinjaman untuk orang miskin dan akan memiskin kan lagi orang miskin..pembayaran semula pun sampai caj rm4000..contoh pinjam 28k..bayaran semula ialah 32k..kalau hapus ptptn..so orang miskin senang lah nak belajar..then lepas ni macai akan cakap.."elok lah bagi belajar free..nanti budak belajar pun main-main je"..untuk yang ni..tak payah lah bangang sangat..macai ni pernah masuk U ke tak..kalau belajar main-main..pointer rendah..pihak U boleh buang pelajar tu..tak de masalah..

Miji Tan

NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

BERAT NANANG + BEKENG




Perangai Sombong CHE MAT JUSOH... ABC!!!

Respon Che Mat Jusoh(Calon BN Dun Batu Burok) kepada Raja Bahrain(Calon PAS/Pakatan Rakyat Parlimen Kuala Terengganu) bilamana ditanya khabar di jawab ;

CMJ: "Baru nak turun kapung, tok sey hok gitu"
RB: "Kita setahun doh (penglibatan RB sebagai Pengerusi NGO AMANAH Cawangan Terengganu) Tok"

CMJ: "..kenal lama doh, bukannya hari ni",
RB: "Apa masaalah Datuk??" (dengan ketawa - barangkali geli hati dengan gelagat CMJ)

#InsyAllah, Ini Kali Lah, Ubah Selamatkan Malaysia, Selamatkan Ganu Kite... Allahuakbar....

"Gua Pejuang Bukan Petualang"

Budak Kampung Masa Kini

NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

KEMPEN LUCAH BE END



Kiriman : Razi
Lokasi: UPU Kg Bandar, DUN Pulai Chondong, Parlimen Machang.




Lagi kempen lucah BN,
tunjuk isyarat lucah depan bendera BN. Samdol kahkahkah...




Sahabat-sahabat dalam BN jangan takut buat PERUBAHAN.

btmmari


NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

APA ADA HAL HELIKOPTER BAPAK DEPA PUNYA




Gambar di atas ialah gambar dua buah helikopter milik Kerajaan Malaysia, yang berwarna putih itu ialah helikopter yang digunakan untuk menerbangkan VVIP negara bagi tugas-tugas rasmi mereka..

Manakala yang berwarna merah itu pula ialah milik Maritim Malaysia yang sepatutnya menjalankan tugas mengawal perairan negara..

Tetapi kedua-dua buah helikopter Milik Kerajaan tersebut telah DIPERKUDAKAN oleh Najib bagi memudahkan perjalanannya dari Kuala Lumpur ke Bagan Serai untuk berkempen bagi Barisan Nasional dalam PRU13 ini..

Oleh kerana ianya adalah milik Kerajaan Malaysia dan BUKANNYA HARTA MAK BAPAK depa, sudah tentu segala perbelanjaan yang melibatkan helikopter tersebut ditanggung oleh rakyat Malaysia tanpa mengenal ideologi politik mereka.

Sumber: Mohd Nazri Omar

NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

PUNAH AH JIB GOR

Nik Aziz lancar surat Tokoh Ma'al Hijrah Dr Yusof Al-Qaradawi sokong Anwar jadi PM






Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat hari ini melancarkan
kempen risalah yang mengandungi surat surat terbuka dari Ulamak Sunni
terkemuka di peringkat antarabangsa, Yusuf Qaradawi, menyokong Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri.

NONENik Aziz (berjubah putih) melancarkan risalah bertajuk Surat terbuka Dr Yusuf Al Qaradawi untuk rakyat Malaysia, di projek perumahan rakyat Pantai Permai rakyat di Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Mengiringi
beliau ialah calon PKR kerusi Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, yang
berdepan dengan saingan sengit untuk mempertahankan kerusinya. Nurul
dicabar oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk
Raja Nong Chik Zainal Abidin.

Pelancaran risalah tersebut oleh Nik Aziz di tengah-tengah kawasan Melayu yang berpendapatan rendah itu, dilihat sebagai usaha meningkatkan
sokongan Melayu-Islam kepada Nurul, yang telah merampas kerusi tersebut
dari bekas Menteri, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam penampilan
sulungnya pada pilihan raya umum 2008.


NONESebelum
ini, Anwar dan juga Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail
turut berceramah dan mengadakan tinjauan mesra di Lembah Pantai untuk
meningkatkan sokongan kepada anak perempuan mereka itu (tengah dalam
gambar).

Surat bertarikh 2 Mac itu ditujukan kepada rakyat Malaysia.

Qaradawi mengetuai Ittihad Ulama Dunia, badan tertinggi yang mewakili ulama Islam di seluruh dunia.

NONE"Sesungguhnya saya sendiri berpandangan bahawa Anwar Ibrahim, 

“berdasarkan
sejarah dan pengalaman, kebijaksanaan dan perjuangannya, kesabaran dan
kecekalannya, sejak usia mudanya yang awal hingga ke hari ini, juga
kecintaan yang diperolehinya daripada orang yang baik-baik dari kalangan
rakyat Malaysia, dari kalangan orang Melayu dan Cina, maka dia
selayaknya berada pada pilihan yang paling atas untuk memegang jawatan
Ketua Kerajaan dan Perdana Menteri bagi memimpin Malaysia," tulis ulama
Islam.

sharpshooterblogger

NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

GEMPAR!!! KERETA ANAK CALON PKR DIBAKAR




KLANG Dua Kereta milik anak perempuan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Seri Andalas, Xavier Jeyakumar rosak akibat dibakar di rumahnya, di Taman Klang Jaya, awal pagi tadi.

Sangheta Jeyakumar, 30, berkata dalam kejadian dipercayai bermotifkan politik itu beliau sedang mengikuti bapanya berkempen.

Saksi berkata, dua lelaki mencurah petrol sebelum membakar kenderaaan terbabit lalu melarikan diri.

Sumber: FB

NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

BERITA TERGEMPAQ!!! PR DAH "TAWAN" PUTRAJAYA INI MALAM

DEY MACHA!!!
PUNAH LA AH JIB GOR
KAH! KAH! KAH!








Tsunami Husam telah mula menyerang Putrajaya!

BN gelabah, indikator jelas Putrajaya dah goyang

KUALA LUMPUR: Sumber Umno memberitahu Harakahdaily pertandingan yang paling dirisaukan para pemimpin tertinggi Umno-BN kali ini ialah Putrajaya dan Gelang Patah.

Jumaat, April 26, 2013

KEPUTUSAN LIGA SUPER 26/4/13

20 LITER JE?

DEY MACHA!!!
20 LITER AIR FREE BN BAGI
MANA NAK SAMA 20 METER PADU PR BAGI
KAH! KAH! KAH!

TIMBALAN KETUA PENGARAH KASTAM II MAUT DITEMBAK

PUTRAJAYA - Timbalan Ketua Pengarah Kastam Malaysia II (Bahagian Perkastaman dan Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim meninggal dunia akibat ditembak di Presint 8 di sini, pagi ini.
Beliau terkena tiga das tembakan berhampiran lampu isyarat ibu pejabat polis Putrajaya.

Kronologi:

Pada 26.4.13 jam lebih kurang 0840hrs, caw. Pusat Kawalan IPD Putrajaya telah terima panggilan Tim. Peng. Kastam II Putrajaya Dato Hj Saharuddin  ditembak di lampu isyarat Leboh Wawasan dari arah Dengkil bersebelahan IPD Putrajaya pagi ini oleh penunggang bermotorsikal. Beliau dikejarkan ke unit kecemasan Hospital Putrajaya. Setakat maklumat awal. Rakaman cctv sedang diperiksa oleh pegawai bertugas.

Datuk Hj Shaharuddin bin Ibrahim
Tim Ketua Pengarah
Perkastaman/ Cukai Dalam Negeri

Berasal dari Negeri Sembilan...seorang yang tegas dan terkenal dgn strict serta tindakan yang tegas dan vokal.

MUDAH NYA SEORANG WANITA UNTUK MASUK SYURGA

Ini Janji ALLAH SWT 
Suatu janji YANG PASTI

1. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 orang lelaki yang jahat.

2. Dua rakaat solat daripada wanita hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

3. Wanita yang beri susu kepada anaknya daripada buah dadanya akan mendapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya.

4. Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri layan dengan baik akan mendapat pahala jihad.

5. Seorang isteri yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

6. Isteri yang melihat suami dengan kasih sayang dan suami pula melihat isteri dengan penuh kasih sayang, Allah s.w.t. akan pandang dengan penuh rahmat.

7. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar di jalan Allah s.w.t. dan kemudian menjaga rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya dan jadi ketua kepada 70 000 Malaikat dan bidadari. Wanita itu akan dimandikan dalam syurga lalu menunggu suaminya sambil menaiki kuda yang dibuat dari permata Yaqut.

8. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampun oleh Allah s.w.t. seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah s.w.t. memberinya 12 tahun pahala ibadat.

9. Wanita yang memerah susu binatang dengan bacaan “Bismillah” didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

10. Wanita yang menguli tepung dengan “Bismillah” Allah s.w.t. akan berkatkan rezekinya.

11. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala seperti menyapu lantai Baitullah.

12. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah s.w.t. mengizinkannya masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki.

13. Pahala bagi wanita hamil adalah seperti berpuasa pada siang hari dan beribadat pada malam hari.

14. Wanita yang bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah swt. akan beri satu pahala haji.

15. Sekiranya wanita itu meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira mati syahid.

16. Apabila seorang wanita yang menyusukan anaknya yang menagis diwaktu malam dengan sabar, dia dapat pahala satu tahun sembahyang dan puasa.

17. Kalau wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh 2 suku tahun maka malaikat di langit datang bawa khabar gembira bahawa syurga wajib bagi kamu.

18. Kalau isteri layan suami tanpa khianat dapat pahala 12 tahun solat.

19. Wanita yang picit suami tanpa disuruh dapat pahala 7 tola emas manakala isteri yang picit suami bila disuruh akan dapat pahala 7 tola perak.

20. Wanita yang meninggal dunia dengan dapat keredhaan suaminya, dia akan masuk syurga.

21. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.

22. Jika suami mengajar satu masalah agama pada isterinya dia akan dapat pahala 80 tahun ibadat.

23. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah swt di akhirat tetapi Allah swt sendiri akan datang pada wanita yang memberati auratnya iaitu yang memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah (tetap).

24. Seorang isteri yang menyambut baik kedatangan suaminya yang dalam keadaan marah, Allah swt beri kepadanya setengah pahala jihad.

25. Allah swt berkati dalam rezeki bila seorang wanita memasak dengan zikir Bismillah.

26. Allah swt akan melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrimnya

sumber: queachmad.com

ANWAR MENDAHULUI NAJIB JADI PM KE 7

Kajiselidik Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mendahului Datuk Seri Najib Razak sebagai calon perdana menteri Malaysia yang baru.
Tinjauan pada awal April itu, melibatkan 1,407 responden yang menetap di Semenanjung Malaysia menunjukkan sebanyak 43 peratus responden percaya Anwar layak menjadi perdana menteri manakala 24 peratus lagi berpendapat sebaliknya, dan selebihnya tidak pasti.
Untuk Najib pula, 39 peratus responden berkenaan berpendapat beliau layak menjadi perdana menteri manakala 31 lagi tidak bersetuju. Seramai 30 peratus lagi tidak pasti.
Apa yang menarik, seramai 54 peratus responden Melayu berpendapat Anwar layak menjadi perdana menteri dan hanya 28 peratus yang mahu Najib menjadi perdana menteri.
Di kalangan pengundi kali pertama pula, 48 peratus responden percaya Anwar layak menjadi perdana menteri manaka 25 peratus lagi berpendapat demikian untuk Najib.
Berbanding dengan hasil kajiselidik Umcedel pada bulan Januari
, rating Najib merosot empat mata manakala Anwar meningkat satu mata.
Dari segi responden Melayu, Kedudukan Najib merosot 18 mata manakala Kedudukan Anwar pula meningkat sembilan mata.
Najib dan Anwar dilihat bersaing rapat dalam bidang-bidang yang lain.
Najib mempunyai sedikit kelebihan dari segi  pemimpin yang rapat dan mesra rakyat, berbanding dengan Anwar.
Lima puluh empat peratus responden percaya Najib lebih "mesra rakyat" berbanding dengan 46 peratus untuk Anwar.
Pengarah Umcedel, Prof Datuk Mohd Redzuan Othman memberitahu satu sidang media hari ini bahawa ini kerana Najib muncul di TV hampir setiap hari, berbanding dengan Anwar yang hanya muncul apabila ada sesuatu yang tidak baik mengenainya.
Najib juga dilihat sedikit lebih mampu dalam pentadbiran berbanding dengan Anwar, manakala Anwar mempunyai kelebihan sedikit dari segi ketelusan dan wawasan untuk memajukan negara.
Bagaimanapun, Anwar mempunyai kelebihan yang jelas dari segi pemimpin yang memiliki ciri-ciri kepimpinan Islam, dengan 43 peratus daripada responden menyatakan beliau memiliki ciri-ciri tersebut, berbanding dengan 37 peratus untuk Najib.
Sementara itu, kajiselidik itu juga mendapati 62 peratus responden berkata mereka tidak dipengaruhi oleh video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin Pakatan Rakyat yang beredar di Internet.
Tiga puluh sembilan peratus responden berkata mereka yakin video seks itu sebagai "propaganda Umno" untuk membuat serangan peribadi, manakala 39 peratus berkata mereka tidak pasti.
Dua puluh dua peratus responden tidak bersetuju bahawa klip itu "propaganda Umno".
Redzuan berkata, nampaknya kempen memburuk-burukkan Anwar (dalam media arus perdana) tidak benar-benar memberi kesan buruk terhadapnya.
Sementara itu, 63 peratus responden berkata mereka mahu melihat debat antara Najib dan Anwar manakala 19 peratus tidak bersetuju dengan idea tersebut.
malaysiakini

Khamis, April 25, 2013

PKR dakwa peti undi SPR dibawa ke lokasi 'rahsia'

PKR mendakwa mendapat maklumat mengenai dakwaan bahawa peti undi yang sepatutnya dihantar ke ibupejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya, didakwa telah dialihkan ke sebuah lokasi "rahsia".

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa bahawa sebuah kenderaan yang membawa peti undi ke ibupejabat SPR di Putrajaya bertemu dengan Pajero SPR di laluan keluar lebuh raya dan dibawa ke satu alamat rahsia di jalan SC2 di Zon Perindustrian Sg Chua di Kajang.

Beliau mendakwa demikian dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini.

Anwar mendakwa di lokasi rahsia, beg polyester besar mempunyai logo SPR dan dipercayai mengandungi peti undi, kemudiannya dipunggah.

Katanya, ini memerlukan penjelasan segera mengapa ia dilakukan dengan cara yang mencurigakan.

Menurut Anwar, seorang pemberi maklumat telah memaklumkan kepada mereka mengenai kejadian itu yang dikatakan berlaku pada 8 April.

Beliau menunjukkan kepada media gambar-gambar beg polyester itu yang diambil oleh pemberi maklumat tersebut, tetapi tidak mengedarkan kepada mereka, atas alasan perlunya melindungi identiti pemberi maklumat itu.

http://bloglist-malaysia.blogspot.com/2013/04/pkr-dakwa-peti-undi-spr-dibawa-ke.html

PERCAYAKAH ANDA TIADA PAKATAN RAKYAT TIADALAH BR1M

Selalu saya ingatkan kepada keluarga dan rakan2, tiada Pakatan Rakyat (PR) - maka tiadalah BR1M - kos harga barang akan meningkat naik lebih jauh daripada sekarang. Kadar harga elektrik, air dan petrol telah lama dinaikkan jika tiada tekanan daripada PR. Barisan Nasional (BN) telah diberi peluang untuk mentadbir, memang ada jasa, bukan tidak berjaya, tetapi tidak berupaya membanteras gejala korupsi yang membarah! Berilah peluang kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir pula, kita lihat bagaimana...

BN kata PR akan membankrapkan Malaysia jika mentadbir di persekutuan - tapi masihkah kita ingat sewaktu PRU12, perkara sama yang dinyatakan jikalau Selangor dan Pulau Pinang ditadbir oleh PR - TAK BANKRAP PUN, malah jauh lebih baik dari zaman pemerintahan BN...

MARI UNDI PR 5 MEI 2013! JOM UBAH! - INI KALILAH! DEMI RAKYAT MALAYSIA!

10MediaTeam

NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

LAGU TERUKIR DI BULAN UNTUKMU NAJIB

DEY MACHA!!!
ITU HARI LAGU TANYA SAMA NAJIB
APA SEBAB GOYANG
BIKIN NAJIB HILANG PEDOMAN
INI KALI LAGU TERUKIR DI BULAN
KONFEM UNDI PUN HILANG
KAH! KAH! KAH!
SAKSIKAN...



Jika aku minta yuran percuma,
Tak mungkin kau mampu,
Kau hanya mampu berikan aku,
Baucer buku untukku.

Jika aku minta turunkan harga,
Engkau tak nak coba,
Kau hanya mahu dengar cakapku,
Bila tiba PRU,
Undi ini bukan milikmu lagi,
Seribu tahun pun,
Takkan ku undikan kamu.

PM ku jangan kau persoalkan
Siapa di hatiku
Terukir di bulan
dah konfem hilang
undiku padamu....


NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

JANJI DICAPATI REMBAU MOST WANTED


Apa khabar orang Rembau??

1. Janji akan menukar Rembau sebagai pusat pelancongan porpular jika Rembau terus memilih BN.

2. Akan menukar wajah kawasan kolam air panas Rembau dengan hotel bertaraf antarabangsa yang lengkap dengan dewan persidangan.

3. Akan membina Kampus UITM Rembau, semua ini dengan syarat orang Rembau mengundi BN.

4. Menjanjikan akan membina Lapangan terbang di Batu Hampar, Rembau.

5. Turut akan dibina juga ialah pusat latihan penerbangan bagi Kelab Penerbangan Awam.

6. Janji untuk membina Hospital batu asas dah buat, bayang tak nampak lagi.

Untung orang Rembau... semua janji dah tertunai...

chegubard


NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

CERAMAH RAFIZI DI PANDAN PERDANA DISERBU RIBUAN PENDUDUK



Nampak gayanya rakyat Parlimen P100 Pandan, Selangor sudah bersedia dan tekad bulat mau memberikan undi mereka kepada calon PR Sdr Rafizi Ramli.

Ini berdasarkan kepada jumlah kehadiran ceramah PR di Pandan Perdana malam tadi.

Sambutan diberikan rakyat tempatan cukup mengkagumkan sekali... belum pernah dalam sejarah PRU seramai ini penduduk Pandan keluar untuk mendengar ceramah yang dianjurkan oleh PR.. Ceramah anjuran UMNO/BN jangan cakaplah...Kehadiran sekitar ratusan orang saja.

 


Yang pasti kehadiran sebegini ramai kemungkinan besar akan diterjemahkan dalam bentuk undi..Dulu mungkin rakyat datang sekadar ingin tahu... Tetapi kini mereka hadir untuk tunjukkan sokongan padu.

Mesti Najib menyesal tak sudah kerana ikut selera Chua Soi Lek dengan tidak mencalonkan Ong Tee Keat untuk mempertahankan kerusi Parlimen Pandan!!!

omakkau


NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive