Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Mei 31, 2013

Mahasiswa desak Zahid letak jawatan

Sekumpulan mahasiswa hari ini berhimpun di Kementerian Dalam Negeri mendesak Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi meletakkan jawatan, ekoran penahanan pemimpin politik dan aktivis yang didakwa mereka bermotifkan politik.

Berkumpul bawah terik matahari di pintu pagar utama di Putrajaya, kira-kira 30 mahasiswa hadir menyatakan bantahan mereka terhadap menteri yang baru dilantik itu.
Mereka menyatakan pendirian berhubung penahanan itu bermula terhadap aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim dan mendakwa walaupun menteri bertukar tangan, kementerian itu didakwa terus bersikap berat sebelah.
Selagi ini berterusan, wakil pro-Mahasiswa Abdul Muqit Muhammad berkata, pasukan polis tidak akan bebas.

Tarikan di protes tersebut ialah kehadiran ketua Solidariti Mahasiswa Malaysia, Mohammad Safwan Anang, yang baru dibebaskan dengan ikat jamin hari ini selepas didakwa bawah Akta Hasutan 1948 pada hari Rabu.

Katanya, tangkapan tersebut bermotifkan politik kerana orang tertentu yang didakwa, dan ia mencemarkan profesionalisme Kementerian Dalam Negeri dan polis.
"Zahid mesti meletakkan jawatan jika dia tidak dapat menyelesaikan masalah ini," katanya sambil mendakwa Zahid telah menyalahgunakan kuasanya dengan melibatkan polis dalam pendakwaan terpilih itu.

Malaysiakini

CARA MUDAH DAPATKAN SEMULA DATA TERSEMBUNYI DALAM PENDRIVE YANG DIJANGKITI VIRUS





Kita menggunakan pendrive USB untuk memindahkan data antara komputer. Ia amat penting untuk memastikan data anda sentiasa bersama anda. Apabila anda menggunakan pen drive, masalah yang paling besar adalah Virus. Kebanyakannya pen drive tidak mempunyai mana-mana langkah-langkah keselamatan. Jadi virus dan malwares boleh menyerang pen drive kita dengan mudah. Jika virus menyerang pen drive anda, ia menyembunyikan semua fail dan mewujudkan fail lain dalam bentuk ".exe" untuk menggantikan fail tersembunyi.

Biasanya anda boleh melihat fail tersembunyi dengan klik,

Pilihan folder ->
Folder Options -->
View -->
Show Hidden Files and Folders

Tetapi kaedah mudah ini tidak akan berfungsi apabila pen drive anda diserang oleh virus yang berbahaya.

Jadi di sini saya akan memberikan anda satu kaedah yang paling mudah untuk melihat fail yang terdapat di dalam pen drive yang dijangkiti virus tanpa menggunakan sebarang perisian.

Masukkan pendrive ke pemacu usb di komputer anda dan cari kedudukan drive yang menyambungkan pendrive tersebut.




Contohnya seperti gambar di atas pendrive berada di drive J:

Sekarang klik pada Start -> Run

Dalam kotak Run, taip cmd dan tekan Enter.

Sekarang command prompt akan muncul, masukkan drive yang terdapat pen drive anda dan tekan Enter.

Contohnya J:

Kemudian, taip attrib -s -h /s /d *.*



Selepas itu tekan Enter dan tunggu untuk beberapa ketika. Itu sahaja, anda telah lakukannya!!!
Sekarang anda boleh melihat semua fail anda dalam pen drive tanpa sebarang masalah dan jangan lupa undi Pakatan Rakyat...kah! kah! kah!

Lagu ni gua tujukan buat semua anak muda di luar sana:





NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

MESTI BACA!!! Kecemerlanagn Di Dunia VS Kecemerlangan Di Akhirat





Kecemerlangan di dunia dan di akhirat saling berhubung kait berdasarkan kata para ulama':

"Dunia adalah tanaman-tanaman untuk akhirat."

Sebagai kiasan, ini menunjukkan bahawa tanaman di dunia mestilah subur, lebat dan sihat supaya buah yang lebat dan manis rasanya boleh dipetik di akhirat. Kalau tanaman sudah layu, kering dan bantut, mana mungkin buah yang elok dan manis boleh dipetik daripadanya? Samalah keadaannya, mana mungkin kita mendapat kecemerlangan di akhirat jika tidak cemerlang di dunia?

Sikap mengabaikan kecemerlangan di dunia, yang kononnya untuk memberi tumpuan kepada kecemerlangan akhirat adalah salah. Sebaliknya, umat Islam mesti cemerlang di dunia kerana itulah penyebab untuk mendapat kecemerlangan di akhirat. Dunia ini penting bagi orang yang mementingkan akhirat. Percayalah bahawa:

"Hidup di dunia ini sangat penting kerana adanya hidup di akhirat."

Dunia adalah modal dalam perniagaan kita untuk mendapatkan kebahagiaan di akhirat. Hidup di dunia adalah tempoh yang sangat krtikal bagi meraih kejayaan di akhirat. Kesilapan kita memanfaatkan kehidupan di dunia akan memberi impak yang sangat buruk di akhirat. jika tempoh masa hidup di dunia ini tidak diisi dengan sebaik-baiknya, maka kekesalan dan kecewaan akan menimpa kita di akhirat. Ingatlah, "Siapa yang menyemai angin, dia terpaksa menuai badai." Kehinaan di dunia akan menyebabkan kehinaan di akhirat.


Mari kita menyingkap hasil bagi seseorang itu memperoleh kecemerlangan di dunia dan di akhirat.



Kecemerlangan di dunia:


1. Keselesaan dan kemudahan (material dan fizikal).

Sekiranya keperluan material dan fizikal dapat dipenuhi. Maka, kita mendapat makanan yang halal dan baik, rumah yang selesa, kenderaan yang bagus, pakaian yang mencukupi dan kesihatan yang elok. Kita tidak digugat oleh kemiskinan, kejahilan dan penyakit. Semua itu mestilah diperoleh secara halal dan toyyib.


2. Ketenangan dan kebahagian (spiritual).

Mendapat kesejahteraan hati (qalbun salim). Dengan itu, terbentuklah rumah tangga yang harmoni (baiti jannati), masyarakat yang penyayang dan negara yang aman makmur serta mendapat keampunan Allah S.W.T.



Kecemerlangan di akhirat:


1. Keredhaan Allah S.W.T.

Diterima sebagai hamba Allah S.W.T dalam erti kata sebenar. Diampunkan segala dosa dan kesalahan. Dikurniakan rahmat dan pengampunan di akhirat kelak.


2. Syurga yang abadi.

Mendapat pembalasan syurga yang kekal abadi daripada Allah S.W.T.


Dua kategori kecemerlangan (di dunia dan di akhirat) itulah yang disebut di dalam Al-Qur'an dan ia mesti dimiliki oleh umat Islam. Kedua-dua kecemerlangan ini saling berkait rapat dan tidak boleh terpisah, Hubungannya terjalin dalam bentuk yang bersepadu. Islam tidak mengajar kita untuk meminggirkan dunia kerana akhirat dan begitulah sebaliknya. Wallahua'lam.

nukeufo89

NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

AKUJANJI JADI AKUKAJI KAH! KAH! KAH!

DEY MACHA!!!
SEBELUM PILIHANRAYA AKUJANJI
LEPAS PILIHANRAYA JADI AKUKAJI
RAKYAT KENA MAIN LAGI
LAGI 4 TAHUN AKUJANJI LAGI
LEPAS MENANG AKUKAJI BALIK
KAH! KAH! KAH!

Khamis, Mei 30, 2013

MENYAYAT HATI: WANITA BERSALIN ATAS JALAN


Serdang: Menyayat hati apabila seorang wanita terpaksa melahirkan bayi lelakinya di atas jalan di lorong belakang sebuah bank di Bandar Puteri, Puchong, dekat sini, berseorangan.

Ketika kejadian dia terasa hendak bersalin dan bertindak nekad melahirkan anaknya di belakang premis terbabit, kelmarin.


Bagaimanapun wanita berusia 23 tahun itu tidak bernasib baik apabila kandungannya songsang menyebabkan dia mengalami kesukaran hendak bersalin dan terpaksa bertarung nyawa hampir sejam untuk melahirkan kandungannya tanpa bantuan sesiapa.

Lebih menyedihkan, bayi lelakinya juga gagal diselamatkan apabila kakinya yang terkeluar terlebih dahulu menyebabkan bayi itu kelemasan sebelum meninggal dunia sebaik ibunya selamat bersalin.


Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, wanita terbabit yang masih belum berkahwin menaiki motosikal berseorangan jam 10.40 malam kelmarin sebelum tiba-tiba dia rasa sakit hendak bersalin.


“Panik dengan situasi itu, mangsa memberhentikan motosikalnya di lorong belakang sebuah bank dan bertindak berani cuba melahirkan anaknya.

“Mangsa yang tidak tahu kandungannya songsang bagaimanapun mengalami kesukaran untuk bersalin, namun selepas berhempas pulas akhirnya dia berjaya melahirkan bayinya itu.


“Bayinya gagal diselamatkan akibat lemas,” katanya.

Sumber berkata, mangsa yang berlumuran darah dan tidak bermaya hanya tersandar di tepi dinding premis terbabit sebelum kebetulan seorang lelaki yang melalui kawasan itu menyedari kejadian terbabit.


“Lelaki itu yang menyangka mangsa ingin membuang bayi terus menghubungi polis memaklumkan kejadian itu sebelum unit peronda polis (MPV) tiba di tempat kejadian mendapati wanita terbabit sebenarnya baru lepas bersalin.


“Polis kemudian membawa mangsa dan bayi yang sudah tidak bernyawa itu ke Hospital Serdang,” katanya.


Sumber itu berkata, ahli keluarga mangsa yang dimaklumkan kejadian itu juga terkejut dengan berita diterima mereka kerana tidak mengetahui anak mereka mengandung.


“Difahamkan wanita terbabit sebelum ini tidak pernah berkawan dengan lelaki kerana dia sering membawa pulang rakan perempuan dipercayai ‘teman wanitanya’ kerana sikapnya yang seperti lelaki,” katanya.


Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang Deputi Superintendan Lam Chien Fei ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan pihaknya yang menerima maklumat berhubung kejadian itu bergegas ke tempat kejadian.

HM


NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? P-A-N-A-S-S-S!!... Rahsia 'BESAR' Suami Saya...

Rabu, Mei 29, 2013

VIDEO PANAS DI AL JAZEERA

TUDIA!!! Kos Bina KLIA2 Naik Dari RM 1.7 ke RM 5 bilion


PETALING JAYA, 27 MEI: Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein digesa menubuhkan satu jawatankuasa audit bebas bagi menyiasat perkembangan projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

Gesaan ini dibuat oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dalam satu sidang media hari ini.

Menurut Tony, penjelasan berhubung kelewatan dan peningkatan kos dalam menyiapkan projek ini perlu dimaklumkan kepada umum selain menjawab segala persoalan berbangkit sebelum ini.

Pada 14 Mei Pengurus Besar Eraman, Fawzy Ahmad mengadakan satu mesyuarat tertutup berhubung kelewatan penyiapan KLIA2, kata Tony. Eraman adalah anak syarikat Malaysian Airports Holdings Berhad, yang mengendalikan semua lapangan terbang di Malaysia.

Menurut Tony, kelewatan penyiapan projek ini akan mengakibatkan pertambahan kos daripada RM 1.7 bilion sehingga RM 5 bilion.

Katanya lagi, perkara ini dibangkitkan kerana projek ini bukan melibatkan kelewatan hampir dua minggu atau dua bulan sebaliknya enam bulan.

Mengikut laporan sebelum ini, KLIA2 sepatutnya siap pada September 2011 seperti yang diumumkan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abd Rahim Bakri.

Namun mengikut kenyataan yang dibuat pada 14 Mei lalu oleh Fawzy Ahmad, projek ini dijangka siap pada suku keempat tahun 2013.

Dari segi kos projek KLIA2, jumlah awal yang diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat pada 22 Julai 2007 adalah RM 1.7 bilion.

Namun dalam kenyataan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abd Rahim Bakri pada 10 Oktober, kos projek berkenaan telah meningkat kepada RM 4 billion.

Secara peribadi Tony menyatakan, beliau tidak terkejut sekiranya projek ini disiapkan pada Jun 2014.

Katanya, pihak menteri perlu mengumumkan tarikh baru projek ini bakal disiapkan.

“Saya tidak terkejut projek ini disiapkan pada 28 Jun 2014 bersempena dengan ulangtahun ke-16 KLIA,” katanya lagi.

selangorku



NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? P-A-N-A-S-S-S!!... Rahsia 'BESAR' Suami Saya...

RAKYAT MACAM NI YANG UMNO SUKA

VIDEO KEKECOHAN DI STADIUM DARUL MAKMUR KUANTAN

                                 

   



                          

                                  

                          

                                       

Perlawanan Pahang-Johor Darul Takzim ditunda akibat kekecohan penonton

Kuantan 28 Mei 13: Kekecohan berlaku di Stadium Darul Makmur pada perlawanan separuh akhir Piala FA antara Pahang bertemu Johor Darul Takzim malam ini apabila sebahagian penyokong Johor bertindak memasuki padang kerana tidak berpuas hati perlawanan ditunda.

Kejadian itu menyebabkan beberapa penyokong Johor cedera kerana terkena balingan objek keras yang dipercayai dari luar stadium.
Polis bertindak cepat dengan mengawal keadaan supaya tiada kejadian tidak diingini berlaku.

Tindakan berkenaan dipercayai akibat tidak berpuas hati kerana pasukan Johor Darul Takzim enggan meneruskan perlawanan walaupun polis sudah memaklumkn keadaan terkawal dan selamat kira-kira jam 10.15 malam.

Terdahulu perlawanan sepatutnya bermula kira-kira jam 8.45 malam namun ditangguhkan apabila penonton melimpahi ke kawasan trek dan padang sebelum pasukan keselamatan mengarahkan mereka berundur dan memasuki kawasan tempat duduk.

Keadaan itu memaksa Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah terpaksa turun ke kawasan trek dan padang untuk memujuk penonton beransur-ansur meninggalkan kawasan berkenaan supaya perlawanan dapat dimulakan.

NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? P-A-N-A-S-S-S!!... Rahsia 'BESAR' Suami Saya...

Selasa, Mei 28, 2013

HANGPA SEMUA KENA MAIN LA...




DEY MACHA!!!
AKUJANJI NAK TURUNKAN HARGA KERETA
MUNGKIN TINGGAI AKUJANJI
SAMPAILAH DEKAT-DEKAT NAK PRU KE 14 NANTI
KAH! KAH! KAH!

BILA DAH MENANG PILIHANRAYA
MULA BELIT UNTUK KELENTONG RAKYAT
KONON BOLEH JEJASKAN PASARAN PROTON
KAH! KAH! KAH!

HANGPA NAK BELA PROTON KA NAK BELA RAKYAT?
KALAU TAK NAK TERJEJAS KASI TURUNLAH HARGA PROTON
TAKKAN ITUPUN TAK BOLEH NAK PIKIAQ?
KAH! KAH! KAH!

SEBENAQNYA NAK TURUNKAN HARGA KERETA NI
KENA TURUNKAN BN TERLEBIH DULU
SELAGI BN TAK DITURUNKAN
SELAGI ITULAH KRONI DIHULUKAN
KAH! KAH! KAH!

Turun harga kereta perlukan masa

KUALA LUMPUR - Kerajaan mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk menurunkan harga kereta memandangkan langkah itu boleh menjejaskan penguasaan pasaran Proton, kata JF Apex Securities.

Dalam nota hari ini, firma penyelidikan itu berkata kajian daya maju perlu dilakukan untuk melihat impak keseluruhan bagi mengelak gangguan ke atas ekosistem automotif negara.

"Kami tidak menjangkakan perubahan dalam tempoh beberapa bulan akan datang, sementara menunggu perkembangan terkini semakan ke atas Dasar Automotif Negara," kata JF Apex.

Kerajaan berjanji menurunkan harga kereta antara 20 peratus dan 30 peratus sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.

JF Apex berkata pasaran kereta terpakai akan teruk terjejas jika harga kereta dikurangkan antara 20 peratus dan 30 peratus menerusi pengurangan duti eksais antara 75 peratus dan 105 peratus, yang menyumbang kepada sebahagian besar harga kereta.

"Pengurangan harga kereta akan mengurangkan insentif untuk menjual kereta terpakai memandangkan nilai kereta terpakai jatuh teruk," katanya.

Pada masa yang sama, kata firma penyelidikan itu motivasi untuk membeli kereta baharu adalah lebih tinggi memandangkan harga yang murah terutama bagi pembeli kali pertama Model Segmen B.

Bagaimanapun, minat tidak akan sama bagi pemilik kereta sedia ada yang mahu menjual kereta lama untuk membiayai kereta baharu.

"Namun impak pasaran kereta terpakai terkawal, memandangkan kerajaan tidak akan membenarkan perubahan drastik dalam sekelip mata kerana ini akan memberi kesan kepada industri automotif secara keseluruhan," kata JF Apex.

JF Apex juga berkata minat pembeli juga akan terarah untuk membeli kereta import dalam jangka panjang jika pengurangan duti eksais dilaksanakan, dengan pengurangan 30 peratus merupakan penjimatan yang besar.

"Atas sebab ini, jika pengurangan 30 peratus dilaksanakan, kami menjangkakan permintaan untuk kereta mewah akan meningkat, yang semestinya memberi manfaat kepada pembuat/pengedar seperti UMW (Lexus) dan DRB-Hicom (Volkswagen, Mercedes Benz).

"Ini akan mengorbankan Proton dan Perodua memandangkan hampir semua komponen kereta berkenaan dipasang dalam negara dan tidak dikenakan duti eksais," katanya. - Bernama

SH


NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? P-A-N-A-S-S-S!!... Rahsia 'BESAR' Suami Saya...

KAMERA AES MULA DIKUATKUASA DI MELAKA?


(Oleh Masdar Wahid)

KUALA LUMPUR, 27 MEI: Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Md Akin menuntut penjelasan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sama ada pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Melaka telah dimuktamadkan.

Beliau mengulas penyebaran maklumat di laman sosial berhubung lokasi pemasangan AES di Melaka, sedangkan Hishammuddin mengatakan tiada keputusan dibuat berhubung pelaksanaannya.
“Bagaimana senarai ini boleh bocor? Atau ia sudah dalam pengetahuan Hishammuddin, namun beliau berpura-pura tidak tahu mengenainya?
“Kenyataan Hishammuddin ini jelas bertentangan dengan situasi sebenar,” kata Shamsul kepada Keadilandaily.
Shamsul Iskandar“Malah kenyataan beliau itu satu pembohongan dan bertentangan dengan integriti menteri. Tidak boleh membohongi rakyat jika sesuatu keputusan belum diumum kerajaan,” katanya yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Melaka.
Hari ini tersebar di laman sosial facebook senarai 33 lokasi kamera AES di jalan persekutuan dan negeri, selain sembilan kamera AES di persimpangan lampu isyarat di Melaka.
Penyebaran senarai lokasi kamera AES di Melaka mendapat kritikan orang ramai dan mereka mendesak penguatkuasaanya dibatalkan serta-merta.
Mengulas lanjut, Shamsul menegaskan pemasangan AES hanya menekan rakyat dari segi ekonomi selain sistem itu sendiri memiliki banyak masalah sebagaimana didedahkan baru-baru ini.

AES Melaka

Pakatan Rakyat senada dengan sentimen rakyat yang mahukan sistem itu dibatalkan berbanding BN yang mahu ia dilaksana kerana dikendalikan syarikat kroni Umno dan MCA.
Kedah yang diperintah Pakatan sebelum ini menolak AES. Namun 24 Mei lalu, BN Kedah memutuskan akan melaksanakannya ekoran kejayaan parti itu merampas Kedah pada pilihan raya umum 5 Mei lalu.

KD


NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? P-A-N-A-S-S-S!!... Rahsia 'BESAR' Suami Saya...

MESTI TENGOK!!! PEJABAT KENTUT


DEY MACHA!!!
MACAM-MACAM KREATIF
KAH! KAH! KAH!



Isnin, Mei 27, 2013

SPR MAKIN KEPANASAN,PKR DEDAH LAPORAN POLIS

PKR dedah laporan polis black-out masa kira undi




KUALA LUMPUR: PKR kesal dengan kenyataan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang memperlekehkan aduan berlakunya kejadian terputus bekalan elektrik semasa pengiraan undi (black-out).

“Beliau juga mempersendakan aduan-aduan ini, kononnya dilakonkan terlebih dahulu dan mencabar sekiranya benar ada kejadian begini berlaku agar laporan polis dikemukakan kepada SPR,” kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dalam satu kenyataan.

Semalam, katanya wakil rakyat Sri Serdang Puan Noor Hanim Ismail telah tampil menjelaskan bahawa gambar di internet yang berlegar benar-benar berlaku di dalam kawasan yang beliau tandingi.

Dengan kenyataan balas Noor Hanim Ismail itu, ujarnya Wan Ahmad wajarlah mengemukakan asas bagaimana beliau boleh mempersendakan satu aduan serius yang dibuat mengenai kepincangan perjalanan pilihanraya, tanpa usul periksa terlebih dahulu.

“Hari ini, saya tampilkan satu lagi bukti untuk menunjukkan bahawa Datuk Wan Ahmad Wan Omar tidak pernah ikhlas untuk menangani aduan kepincangan perjalanan pilihanraya secara ikhlas,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pandan.

Beliau berkata, Wan Ahmad mencabar agar ditunjukkan laporan polis sekiranya benar berlaku black-out di mana-mana tempat pengiraan undi dalam PRU13.

Jelasnya, pihak #siasatpru13 berjaya menjejaki satu lagi insiden black-out di Parlimen Kulim Bandar Baharu yang disertakan dengan laporan polis.

Laporan menyebut:
“Pada 5/5/2013 jam lebih kurang 0715 malam bekalan letrik terputus di dalam kawasan Sekolah Sri Lindungan Raja, Sedim, Karangan, Kedah. Saya sebagai ketua unit peti undi Kampung Tebuan, Sedim bagi PRU13 N35, P18 dan sebagai agen wakil calon PKR ditempat kiraan undi di sekolah tersebut. Kejadian ini mendatangkan kecurigaan kepada pihak saya berdasarkan perkara ini saya mendapat maklumat daripada pihak TNB dan tiada sebarang bekalan elektrik terputus di kawasan Sedim. Perkara ini disahkan oleh pihak TNB. Pada 5/5/2013 jam 0725 malam bekalan elektrik pulih semula berdasarkan perkara ini juga pihak saya merasakan terdapat unsur penyelewengan. Kejadian ini berlaku hanya pada bangunan sekolah sahaja sedangkan saksi-saksi bagi pihak saya melihat kawasan di luar sekolah tiada terputus bekalan elektrik. Sekian repot saya.”

“Dengan adanya saksi dan laporan polis sebegini, secara langsung menjawab cabaran Wan Ahmad yang mahu melihat laporan polis yang dibuat,” ujarnya.

Kini, kata Rafizi menjadi tanggungjawab Wan Ahmad untuk menerangkan bagaimana kejadian terputus bekalan elektrik hanya di tempat mengira undi pada ketika undi sedang dikira boleh berlaku, sedangkan TNB menyatakan bahawa tiada sebarang gangguan bekalan eletrik.

HD


NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? P-A-N-A-S-S-S!!... Rahsia 'BESAR' Suami Saya...

TUDIA...500,000 SUKARELAWAN DIPERLUKAN

Asak pimpinan SPR letak jawatan, 500,000 sukarelawan diperlukan



CGB_505PETALING JAYA, 26 MEI: Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau CheguBard menyeru rakyat Malaysia menjadi sukarelawan ‘Suara Rakyat 505′ untuk mengasak pimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakkan jawatan.

Kata CheguBard, sebaik genap 500,000 sukarelawan, gerakan yang dinamakan #SuaraRakyat505 akan ke ibu pejabat SPR di Putrajaya bagi menuntut peletakan jawatan pimpinan SPR.

“Rakyat akan bergerak ke SPR sehingga SPR dibubarkan. Boleh?” kata Ketua Cabang KEADILAN Rembau itu sambil disambut teriakan ‘Boleh’ oleh ribuan hadirin yng membanjiri ‘Himpunan Suara Rakyat 505′ di Padang Timur, semalam.

CheguBard turut memaklumkan borang pendaftaran sukarelawan #SuaraRakyat505 boleh diperolehi melalui laman facebook yang dibina khusus bagi tujuan tersebut.

Manakala rakyat diingatkan untuk sentiasa mengikuti perkembangan semasa bagi membolehkan tuntutan dibuat secara tersusun.

Rakyat_505Tiga tuntutan utama lebih 60 NGO dan parti politik dalam siri himpunan Black 505 di seluruh negara ialah mendesak pimpinan SPR meletak jawatan, menuntut pilihan raya semula di kawasan disyaki berlaku penipuan dan menyokong tribunal rakyat menyiasat penipuan pilihan raya umum ke-13.
CheguBard turut mengulangi pesanan kepada hadirin untuk segera membuat laporan polis, sebagai langkah awal sebelum petisyen pilihan raya dan saman terhadap SPR difailkan.

Dalam pada itu beliau menegaskan, rakyat Malaysia akan berhimpun di Dataran Merdeka selagi pimpinan SPR tidak meletak jawatan.

“Jika Suruhanjaya Pilihan Raya membisu, rakyat habis membeku, kita akan turun ke Dataran Merdeka,” katanya disambut laungan ‘Turun’ ribuan hadirin.

KD

NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? P-A-N-A-S-S-S!!... Rahsia 'BESAR' Suami Saya...

TIMBALAN PENGERUSI SPR KANTOI


Noor Hanim (kanan) menunjukkan logo SPR pada kotak kiraan undi dalam gambar yang tersebar di internet.

PUCHONG – Adun Seri Serdang, Noor Hanim Ismail menyangkal kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mendakwa kejadian lampu padam di pusat pengiraan undi sebagaimana disebarkan menerusi internet adalah fitnah dan lakonan.

Noor Hanim berkata, gambar itu sebaliknya dirakam seorang petugasnya di bilik pengiraan undi Saluran 3 Sekolah Kebangsaan Serdang pada jam 7.32 malam 5 Mei lalu.

Beliau menafikan ia dirakam sebelum PRU13 seperti didakwa Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Menurutnya, hasil siasatan, pihaknya mendapati pengurusan SPR dilihat sekadar ingin menutup kelemahan sistem pilihan raya sedia ada.

Noor Hanim berkata, beliau hairan bagaimana Wan Ahmad sendiri seolah-olah tidak tahu pakaian rasmi petugas SPR yang memakai baju T kelabu pada hari berkenaan.

Menurutnya, ketika kejadian, wakilnya berusaha membekalkan lampu suluh ke bilik pengiraan undi terbabit bagi memastikan proses kiraan berjalan lancar.

Beliau turut menafikan terdapat wartawan di lokasi kejadian kerana yang ada di lokasi hanya Ketua Tempat Mengundi (KTM), petugas SPR, wakil calon dan anggota polis bertugas.

“Saya minta SPR terutama Wan Ahmad memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana melakukan kesilapan dalam mengeluarkan kenyataan tanpa membuat kajian mendalam dan mengambil ringan isu dibangkitkan rakyat,” katanya.

Sinar Harian difahamkan, sekolah itu mempunyai empat saluran mengundi, namun saluran satu, dua dan empat, kiraan undi tamat lebih awal dan tiada gambar di ketiga-tiga saluran itu dirakamkan.

Hanya gambar di saluran tiga sempat dirakam kerana kiraan undi lewat tamat dan hanya siap jam 8 malam.

Sementara itu, Yang Dipertua Pas Puchong, Mohd Soffiean Ismail meminta SPR lebih teliti dalam membuat siasatan dan mahu tuduhan dibuat diperbetulkan.

Beliau berkata, pihaknya akan pertimbang untuk buat laporan polis selepas mendapat nasihat guaman.

Semalam, akhbar melaporkan, SPR mendakwa insiden lampu padam semasa pengiraan undi PRU13, 5 Mei lalu adalah fitnah dan lakonan itu dirakamkan sebelum PRU13 lagi.

Wan Ahmad dalam kenyataannya berkata, kesimpulan itu dibuat hasil penelitian beliau bersama pegawai-pegawainya.


SH

NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? P-A-N-A-S-S-S!!... Rahsia 'BESAR' Suami Saya...

Ahad, Mei 26, 2013

CYBER TROOPER PEMBANGKANG BERPENDIDIKAN TINGGI KATA ZAHID HAMIDI



Zahid: Apa yang menghairankan bahan-bahan yang dipaparkan kumpulan seperti Red Bean Army ini dipercayai oleh golongan profesional, teknokrat dan mereka yang berpendidikan tinggi.

DEY MACHA!!!
KALAU CYBERTROOPER PEMBANGKANG BERPENDIDIKAN TINGGI
ITU MAKNANYA APA TUAN-TUAN?

ITU MAKNANYA CYBERTROOPER PEMBANGKANG PROFESSIONAL
ITU MAKNANYA CYBERTROOPER PEMBANGKANG PIKIR GUNA OTAK
BUKAN PIKIR GUNA KEPALA LUTUT

ITU MAKNANYA BAHAN-BAHAN YANG DISIARKAN TIDAK BOLEH DIPANDANG SEBELAH MATA
ITU MAKNANYA KANDUNGAN YANG DISIARKAN DIPIKIR OLEH ORANG BERILMU
DAN...
ITULAH BEZANYA CYBERTROOPER PEMBANGKANG DENGAN CYBERTROOPER UMNO
PASAI TU SEMUA ORANG BIJAK-BIJAK TAK MASUK UMNO
KAH! KAH! KAH!


Zahid – Kerjasama kawal penyaluran kandungan langgar peraturan di media sosial


BAGAN DATOH- Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta Cyber Security Malaysia untuk mengambil langkah segera membanteras penyaluran kandungan menyalahi undang-undang dalam media sosial oleh kumpulan ‘tentera siber’ tertentu.

Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata langkah segera itu bagi memastikan maklumat yang disampaikan oleh individu atau kumpulan siber menerusi pelbagai media sosial seperti Facebook, Twitter serta blog adalah telus dan benar.

“Apa yang menjadi rungutan adalah kandungan laman sosial dan blog termasuk oleh kumpulan Red Bean Army adalah kerana kandungan itu menyentuh perkara yang termaktub dalam Akta Hasutan dan (isu) perkauman yang sensitif serta bersifat fitnah (iaitu) terkeluar daripada prinsip undang-undang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar hari ini mengenai tindakan pelbagai pihak menggesa kerajaan bertindak tegas memerangi anasir jahat di laman siber seperti ‘Red Bean Army’ yang menggugat keharmonian rakyat berbilang kaum di negara ini.

Pihak berkenaan turut mendesak pihak berwajib meminda Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi menyekat fitnah dan hasutan yang cuba dipromosikan kumpulan siber berkenaan.

Ahmad Zahid berkata dasar mengenai media sosial yang dicetuskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah untuk memberi kebebasan dan pendapat termasuk penubuhan ‘cyber troopers’ oleh parti politik dan pihak tertentu.

Bagaimanapun beliau berkata prinsip dan dasar itu sewajarnya dihormati berlandaskan tanggungjawab kepada negara serta undang-undang dan ia tidak sepatutnya disalahguna.

“Ini yang cuba kita elakkan. Kita mahu SKMM dan Cyber Security Malaysia dapat mengambil tindakan, bukan kerana kewujudan kumpulan ‘cyber trooper’ seperti ‘Red Bean Army’ tetapi disebabkan oleh kandungan di dalam media social berkenaan yang dikendalikan mereka,” katanya.

Beliau berkata 85 peratus pengendali media baharu di negara ini dikendalikan pihak pembangkang media sosial negara ini tanpa sekatan dibuat oleh pihak kerajaan.

Apa yang menghairankan bahan-bahan yang dipaparkan kumpulan seperti Red Bean Army ini dipercayai oleh golongan profesional, teknokrat dan mereka yang berpendidikan tinggi, katanya. – Bernama

abnxcess

NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? P-A-N-A-S-S-S!!... Rahsia 'BESAR' Suami Saya...

LAWAK AHAD: SEX



Atok : Cu ko paham bahasa org putih tak?

Cucu : Boleh la tok..nape?

Atok : Cer tengok borang ni..cer tengok! tolong isikan sekali boleh?

Cucu : Ok dude...ur name plzzz!

Atok : Leman bin Lemau

Cucu : Age please!!!

Atok : 62 years

Cucu : Sex tok?

Atok : Amboi sakan...takkan semua nak tau kot..

Cucu : Yes..ni wajib tok...

Atok : Hmm, ko bubuh jela 2-3 kali seminggu, kadang-kadang tu penuh seminggu..tengok mood la...

Cucu : Punah!!!


NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? P-A-N-A-S-S-S!!... Rahsia 'BESAR' Suami Saya...

GEMPAQ!!! NAJIB SEDIA BERTANDING LAWAN ANWAR TAPI...ACAH JE

DEY MACHA!!!
NAJIB DAH BERANI ACAH ANWAR
AJAK BERTANDING SISTEM UNDI POPULAR
TAPI ADA NAMUN PULAK
KAH! KAH! KAH!

GUA NAK TERGELAK BEB
ANWAR AJAK DEBAT PUN TAKUT
LAGI MAU ACAH ANWAR
KAH! KAH! KAH!



Najib sedia tanding Anwar jika ada undi popular



PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedia bertanding dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim jika negara mengamalkan sistem undi popular seperti yang dicanangkan Ketua Pembangkang itu.

Namun beliau menegaskan, semua pihak perlu menghormati keputusan rakyat dan mematuhi proses pemilihan kerajaan malalui demokrasi berperlembagaan.

“Kalau ada Presidential Election (Pilihan Raya Presiden), saya boleh bertanding dengan Anwar Ibrahim, tidak ada masalah. Tapi sistem kita sendiri telah memilih Barisan Nasional muncul parti yang bilangan kerusi nya lebih daripada pembangkang,” kata Najib.

Tambah Najib, untuk itu, belia hari ini perlu menilai semua sumber berita yang disebarkan melalui internet mahupun media baru dengan lebih bijak.

“Kita kena berfikir secara waras. Bukan semua perkara di internet adalah betul. Dan bukan apa yang dikeluarkan media utama propaganda kerajaan,” katanya.

Untuk itu, belia perlu menggunakan akal dan fikiran untuk tentukan apa yang benar dan apa yang tidak seterusya menggesa rakyat dan belia supaya tidak menilai kerajaan melalui kepalsuan.

“Mereka (pembangkang) kata kerajaan tipu dalam (Pilihan Raya Umum). Tunjukkan kepada saya mana Bangla yang jadi sebagai pengundi. Buktikan siapa Bangla yang datang mengundi.

“Sampai sekarang ni tak ada. Kata 40 ribu turun di lapangan terbang. Tunjuk kapal terbang. Mana? Pas imegresen. Kalau kebetulan pengundi itu gelap mereka kata mat Bangla,” kata Najib dengan disambut tertawa oleh pengunjung.

Setakat ini kata Najib beliau belum menerima sebarang aduan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Katanya, jika aduan bersifatkan dasar kerajaan yang tidak kena, beliau masih boleh menerimanya namun bukan kepalsuan.

“Kita belum ada komplen lagi. Ada gambar Bangla tengah undi. Kata kita beri kad pengenalan palsu kepada mereka. Ini kepalsuan yang saya cakapkan,” katanya.

abnxcess



NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? P-A-N-A-S-S-S!!... Rahsia 'BESAR' Suami Saya...

Sabtu, Mei 25, 2013

LIVE: BLACKOUT 505 AMCORP MALL

KU SANGKA ORANG GILA




......26 May 2011.....

Pagi tadi lebih kurang pukul 10.30 aku singgah sarapan di bazar batu buruk sementara menunggu interview di steten minyak kerana sudah tiada kerja di Terengganu yang menggunakan Ijazah aku ini. Sewaktu makan, mata ni terpandang seorang pakcik yang "lusuh " karekternya.. Bau busuk, baju koyak, pakai kain pelikat singkat, tak beralas kaki, tapi berkopiah.

Duduk bersandar di tiang bazar dekat dengan kerusi aku. Terdetik dalam hati, apa pakcik ni kelaparan. Orang gila pun lapar, masih tetap manusia. Aku pesan satu lagi nasi minyak. Pesanan aku sampai ke meja. Terus aku beri pada pakcik tadi. Tuan kedai terkejut dan mengangkat tangan melambai seolah2 memanggilku. Aku pun balas tunggu skejap.

Pakcik tadi tenung aku sambil berkata "pakcik dah makan nak.. terima kasih nak.." Dalam hati terdetik sungguh indah bahasa pakcik yang ku sangka gila tadi. Aku bangun dengan kecewa kerana pesanan aku tidak dijamah oleh pakcik. Lalu aku pergi kepada tuan kedai yang memanggil ku tadi.

Ada apa pakcik? Pakcik kedai balas: Jangan bagi dan suruh dia makan kat sini, nanti customer pakcik lari. Aku tersentap. Dan spontan aku membalas. "Jika orang ini ayah kandung pakcik, pakcik halau tak dia?" Pakcik tu diam. Takpe pakcik, saya akan bayar ansuran kalo pakcik rugi hari ni. Saya nak tanya, betul ke pakcik td tu sudah makan? Pakcik kedai jawab, tidak. Dari mula pakcik buka kedai pukul 6.30 tadi pakcik kopiah tu duduk kat tiang tu.

Dalam hati kecil ni cakap, tak pernah aku jumpa pakcik gila semulia ini. Tidak mengemis, tidak pula meminta. Aku pegi semula pada pakcik kopiah tu. "Pakcik, saya sunyi makan sorang2, pakcik teman saya makan jom." Pakcik tu akur dengan pelawaan aku kerana kesungguhan aku. Ramai yang beralih meja kerana bau pakcik tu, namun kerana ingin menjaga hati orang tua yang aku tak kenal, aku tahan bau itu.

Lega tengok pakcik tu makan dengan sangat sopan. Aku lontarkan beberapa soalan pada pakcik tu. Pakcik dari mana, tinggal dimana? Pakcik tu jawab. Pakcik merantau cari redha Allah. Aku terkejut. Dalam hati aku dah syak bukan2. Kot2 wali ke ni? Mana keluarga pakcik?
Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah. Kenapa pakcik? Apa masalahnya? Pakcik sedekahkan geran itu untuk seseorang untuk dibangunkan pondok2 mengaji. Keluarga pakcik terus buang pakcik. Allah...

Pakcik tinggal dimana? Pakcik tu diam tak menjawab. Masa terlalu singkat untuk aku menyambung urusan kerja. Aku panggil pakcik kedai untuk kira. Semuanya berharga RM 11.60. Aku celup dompet aku, dan aku lupa yang aku hanya bawa RM 5.00. Aduh.... Pakcik tu nampak raut wajah muka aku seolah2 melihat masalah dalam dompetku. Pakcik tu mencelah. Nak, ambil duit ni, pakcik bayarkan.

Nak tau ape? pakcik keluarkan satu sampul surat sebagai dompet dia (macam dompet TGNA), dalam tu duit seratus setebal setengah inci, dan satu kad BSN dan i.c lama (pakcik tu bekas tentera laut).. Satu kedai dia bayarkan. Allah.. Satu kedai hairan apabila pakcik kedai tu announce yang makanan semua sudah dibayarkan oleh pakcik kopiah tadi. Masing2 semua pandang aku dan pakcik kopiah. Dengan tiba2 pakcik kopiah angkat tangan dan berdoa dengan suara yang agak sederhana kuat, aku pun turut angkat sama. Dan paling terharu apabila aku dengar suara "amin....." dengan suara yang ramai. Bila aku berpaling ke belakang, satu kedai mengangkat tangan bersama pakcik kopiah tu.. Ada yang bangun mendekati kami berdoa dekat2.

Terasa sangat gemuruh dan terharu dengan keperibadian orang yang ku sangka gila ini rupanya seorang guru agama!! Ada yang menangis kerana doa oleh sang guru itu sungguh merdu.. Kecoh seketika.. Selesai berdoa, aku bersalam dengan pakcik tadi dan ucap terima kasih dengan harapan dapat jumpa lagi. Aku terus berjalan ke motor aku. Aku berpaling ke belakang, semakin ramai yang berkerumun pada pakcik tadi. Aku senyum tanda puas bahawa orang sekeliling mula mendekati pakcik. Aku buka semula dompet aku kerana aku simpan kunci motor dalam tu.

Nak tau apa? Aku terkejut kerana ada 2 keping duit seratus dan satu nota kecil yang bertulis: "Ambil duit ni buat beli susu anak dan buah delima untuk orang rumah anak yang mengidam.." Aku terkaku, dan terus pandang ke arah tempat pakcik tadi. Beliau sudah tiada disitu. Aku terus pakai helmet dan tutup pemuka helmet. Aku menangis kerana terharu dan sangat bersyukur. Bagaimana dia tahu aku dalam kesusahan...
Ya Allah.. Kau peliharakanlah pakcik itu..

(Copy pasted - Warta Dari Hati)

***Gambar hiasan semata-mata..

Sebarkan.. Seburuk mana pun luaran seseorang jangan sesekali menghina kerana siapa tahu dia lebih mulia dari kita di sisi Allah swt..


NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? P-A-N-A-S-S-S!!... Rahsia 'BESAR' Suami Saya...

AYOYO SPR...MACAMANA BOLEH JADI LAGU NI !!!?




Rafizi : Kertas Undi Lebih Daripada Jumlah Sebenar



PETALING JAYA 24 MEI : Pakatan Rakyat (PR) mendedahkan penipuan yang berlaku dalam Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13) lalu dengan dakwaan undi melebihi kertas undi dikeluarkan dalam peti undi sepertimana terjadi di kawasan Parlimen Balik Pulau di Pulau Pinang.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa bagi pengundian di saluran 2 di SRJK(C) Yu Chye tercatat perbezaan jumlah kertas undi yang berada di dalam peti undi selepas pengundian dijalankan.

“Borang 13 iaitu Penyata Kertas Undi bagi Parlimen Balik Pulau menunjukkan sebanyak 424 kertas undi dikeluarkan.

“Selepas pengiraan dibuat dan keputusan dipindahkan ke Borang 14 iaitu penyata pengundian selepas pengiraan undi, keputusan menunjukkan terdapat 562 undi di dalam peti undi iaitu 138 undi melebihi daripada jumlah kertas undi yang dikeluarkan,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, jumlah undi di dalam peti undi yang lebih menyeleweng keputusan bagi parlimen dan DUN di antara 138 hingga 318 undi.

Katanya, dengan majoriti yang rendah dan undi rosak yang tinggi, keputusan di saluran 2 itu sahaja sudah cukup untuk mengubah keputusan bagi peringkat Parlimen Balik Pulau dan DUN Telok Bahang.

“Kejadian ini membuktikan bahawa peristiwa undi yang dikira melebihi daripada kertas undi yang mulanya dikeluarkan memang berlaku.

“Ia berlaku di Balik Pulau dan sudah tentu juga berlaku di tempat lain,” katanya.

Sementara itu, PR juga mendakwa mempunyai bukti berlaku insiden membeli undi sepertimana di Pulau Pinang dalam PRU13 lalu.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin mendakwa wang tunai diberikan kepada pengundi selepas keputusan tidak memihak kepada PR dengan penukaran baucer yang diberikan sebelum itu.

“Ia berlaku di DUN Bayan Lepas, Pulau Betong dan Tanjung Bungah. Mereka memberi wang secara tunai di tiga tempat iaitu selama tiga hari beroperasi iaitu pada 10, 11 dan 12 Mei lepas.

“Kita telah melakukan pemeriksaan ke tempat itu dan laporan polis telah dibuat mengenainya,” ujarnya.

selangorku


NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? P-A-N-A-S-S-S!!... Rahsia 'BESAR' Suami Saya...

Jumaat, Mei 24, 2013

KALAU BIJI SAGA BOLEH DITUKAQ JADI BIJI KELENTIT





Mula-mula dulu namanya; Kementerian Pelajaran, lepas itu tukar kepada Kemeterian Pendidikan. Tahun 2004 tukar semula kepada Kementerian Pelajaran, 2013 tukar balik semula kepada Kementerian Pendidikan.

Kementerian Pelajaran kini dikenali sebagai Kementerian Pendidikan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Beliau, yang juga menteri pendidikan berkata perubahan nama kementerian itu diluluskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Rabu lepas. BERNAMA

Projek untuk kroni:
- Tukar signboard Kementerian, Jabatan, Sekolah > fulus
- Tukar letterhead Kementerian, Jabatan, Sekolah > fulus
- Tukar name tags Kementerian, Jabatan, Sekolah > fulus
- Tukar signage kenderaan Kementerian, Jabatan, Sekolah > fulus
- Tukar Buku Persediaan Mengajar > fulus

Kalau biji saga boleh ditukar jadi biji kelent, Muhyiddin akan tukar, janji kroni dapat fulus!


kerajaanrakyat

NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? P-A-N-A-S-S-S!!... Rahsia 'BESAR' Suami Saya...

TAMRIN,TIAN CHUA,HARIS DIBEBASKAN




Ahli Parlimen Batu Tian Chua, bersama dengan Haris Ibrahim dari ABU (Asalkan Bukan Umno) dan ahli PAS, Tamrin Ghafar akan dibebaskan selepas permohonan reman oleh pihak polis ditolak oleh majistret hari ini.

Perkara ini didedahkan oleh peguam Ashok Kandiah, yang berkata, ketiga-tiga mereka dalam proses untuk dibebaskan dari balai polis Jinjang, tempat mereka ditahan sejak ditangkap semalam.

Ketiga-tiga mereka sedang disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 berikutan penyertaan mereka dalam forum pasca pilihan raya di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) pada 13 Mei.

Mereka ditahan oleh pihak berkuasa di pelbagai tempat petang semalam dan polis kini perlu membuat permohonan baru untuk reman jika ingin terus menahan mereka.


MK

NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? P-A-N-A-S-S-S!!... Rahsia 'BESAR' Suami Saya...

RAMAI LELAKI TAK SEDAR DIRINYA DAYUS...BACA NI !




10 Ciri-ciri lelaki dayus | Ramai LELAKI tak sedar dirinya dayus!

1) Membiarkan kecantikan aurat dan bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki mana dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuan dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber’dating’ dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa ‘spoting’ yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan auratnya kepada jutaan manusia bukan mahram.

8 ) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan? Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

Nabi SAW bersabda :-

ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة، والديوث. رواه أحمد والنسائي

Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS" ( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih : Ghayatul Maram, no 278 )

Dalam sebuah hadith lain pula :

ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائي .

Ertinya : Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )


sumber

NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

DEMOKRASI BACUL BERLINDUNG DI CELAH PAHA

DEY MACHA!!!
MAJALAH SEPARUH LUCAH
MEMBONGKAR BUAH DADA CELAH PAHA
BOLEH PULAK DEPA BIAQ DIJUAL ?

TAPI MAJALAH SUARA RAKYAT
MEMBONGKAR PENIPUAN DAN RASUAH
BOLEH PULAK DEPA RAMPAS?

TANYA SAMA NAJIB
APAKAH INI TRANSFORMASI ATAU TRANSPORNOSI?
KAH! KAH! KAH!





Suara Keadilan turut dirampas

23 Mei 2013

KUALA LUMPUR: Selepas Harakah, kini akhbar lidah rasmi parti Keadilan Rakyat Suara Keadilan juga dilaporkan dirampas oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) di beberapa buah negeri sejak semalam.

Menurut Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution Ismail ribuan naskah akhbar Suara Keadilan telah dirampas dari kedai-kedai pembekal dan pengedar di seluruh negara.

Dalam tempoh 24 jam mulai semalam, katanya pegawai-pegawai KDN, telah bertindak merampas dan mengancam untuk menangkap pembekal dan pengedar akhbar Suara Keadilan di beberapa tempat.

Katanya, di Ipoh Perak malam tadi, tujuh orang pegawai KDN telah menyerbu premis salah seorang pembekal Suara Keadilan dan merampas 214 naskah akhbar tersebut.

Jelasnya, pegawai-pegawai tersebut bagaimanapun enggan memberi sebarang bukti surat kuasa rampasan.

"Di Melaka pula, pada jam 10 pagi hari ini 70 naskah Suara KEADILAN telah dirampas dari seorang pengedar yang menurut beliau, pegawai-pegawai KDN hanya memberi alasan bahawa ia telah menyalahi Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984," katanya.

Tambahnya, kejadian yang sama juga telah berlaku hari ini di Johor Bahru, Johor, Seremban, Bangi dan juga di Kota Bharu, Kelantan.

"Kita menjangkakan bahawa tindakan kasar, zalim dan sangat tidak demokratik ini akan berterusan, seperti yang dilihat dalam penangkapan beberapa tokoh dan aktivis pembangkang seperti Nik Nazmi Nik Ahmad, Adam Adli, Tian Chua, Haris Ibrahim dan Tamrin Ghafar dan 18 orang aktivis lain yang menunjukkan sokongan kepada Adam Adli," katanya.

PKR mengecam tindakan rampasan akhbar Suara Keadilan yang jelas melihat ia sebagai satu lagi pembuktian bahawa kerajaan Umno BN terus-terusan mahu memperbodoh rakyat Malaysia dengan cubaan menyorokkan berita dan laporan alternatif dari rakyat yang sebenarnya mampu menilai dengan bebas tentang perkembangan politik negara.

Malah, tegas Saifuddin rampasan akhbar Suara Keadilan ini bermotifkan politik dendam serta cubaan menyekat penyebaran maklumat terutama mengenai penipuan pilihanraya.

"Tindakan ini juga jelas membayangkan ketakutan kerajaan Umno BN sendiri kerana mereka memperolehi kuasa hanya berdasarkan mandat minoriti dan kerana itu terpaksa mengunakan kaedah tidak demokratik untuk mengekalkan kekuasaan," katanya.

HD

NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? P-A-N-A-S-S-S!!... Rahsia 'BESAR' Suami Saya...

Khamis, Mei 23, 2013

TIAN CHUA,TAMRIN DAN HARIS DITAHAN POLIS

Polis hari ini menahan MP Batu Tian Chua, akvtivis Haris Ibrahim dan aktivis PAS Tamrin Ghafar dalam operasi berasingan, dipercayai berhubung perhimpunan untuk membantah dakwaan penipuan pilihan raya pada Sabtu ini.

Tian Chua dalam tulisannya di Twitter hari ini menyebut, beliau ditahan sejurus sebelum melepasi pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang LCCT kira-kira tengahari.

"Sekarang saya dibawa dalam kenderaan polis (menuju) Balai Polis Jinjang," katanya.

Menurutnya lagi, polis menahannya berhubung siasatan mengikut Akta Hasutan.

Sementara itu, pemimpin NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berkata, beliau juga sedang dicari polis.

"Di KL, baru dihubungi isteri, maklumkan sekumpulan polis datang mencari saya di rumah ibu di Seremban, saya mohon masa tiga minggu berunding macam (dengan penceroboh) Sulu," tulisnya di Twitter.

Sementara itu, setiausaha agung PSM S Arutchelvan dalam satu tulisan di Facebook pula berkata Haris, yang mengetuai NGO Asalkan Bukan Umno, ditahan oleh lima orang anggota polis ketika sedang makan tengahari di Segambut.

Haris pagi ini muncul di bangunan kompleks mahkamah Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongan ke atas aktivis siswa Adam Adli Abdul Halim yang dituduh mengikut Akta Hasutan hari ini.

Beliau turut berucap dalam forum mengenai dakwaan penipuan pilihan raya di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor pada 13 Mei lalu.

Sementara itu, peguam Malik Imtiaz Sarwar ketika dihubungi berkata Haris turut disiasat mengikut Akta Hasutan.

Beliau juga berkata, aktivis PAS, Tamrin Ghafar yang turut berucap di forum sama, juga ditahan pada hari ini dalam satu operasi polis di Bangsar.

Katanya, Tamrin juga dibawa ke balai sama yang kini menempatkan Haris dan Tian.Operasi berkenaan berlangsung walau jurucakap bagi penganjur perhimpunan, Badrul Hisham Shaharin telahpun menafikan bahawa ia bertujuan untuk menumbangkan
kerajaan seperti 'Arab Spring' seperti yang didakwa pihak berkuasa.

Sebaliknya, perhimpuan di Petaling Jaya pada Sabtu ini adalah 'Festival Rakyat' untuk mengembalikan hak demokrasi kepada rakyat, katanya.

Gabungan 50 NGO yang menjadi penganjur acara berkenaan dijangka menampilkan bukti dan saksi mengenai dakwaan penipuan pilihan raya dijangka akan ditampilkan ladam perhimpunan berkenaan di padang berhampiran Amcorp Mall.

Antara yang dijangka mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut adalah NGO Suaram, Solidariti Anak Muda Malaysia, Asalkan Bukan Umno, Tindak Malaysia, Parti Sosialis Malaysia dan Parti Rakyat Malaysia.

Malaysiakini

AWAT LA BENGONG KELULUT SANGAT?


DEY MACHA!!!
MAKIN HARI MAKIN MERABAN
OTAK UMNO MAKIN MEROYAN
ADA SAJA BAHAN LAWAK
SEMPOI LA ADA UMNO KAT MALAYSIA
TAK KERING GUSI DIBUATNYA
KAH! KAH! KAH!

DEPA NI PAHAM DAK?
ORANG BUKAN TAK SUKA DENGAN SISTEM PILIHANRAYA
YANG ORANG BANTAH ADALAH PENIPUAN PILIHANRAYA
AWAT LA BENGONG KELULUT SANGAT?
TAK CUKUP DENGAN SEKOQ BENGONG
HAT LAIN PUN NAK TUMPANG SEMANGKUK
KAH! KAH! KAH!



Timbalan Pengerusi Perhubungan BN Selangor Datuk Seri Noh Omar menyokong kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung gesaan berpindah ke negara lain jika tidak puas hati dengan sistem pilihan raya sedia ada.

Noh (kiri) yang menyifatkan pembangkang sebagai melampaui batas turut berkata, individu yang tidak suka dengan sistem pilihan raya negara ini sewajarnya "duduk di dalam hutan".

"Pembangkang nampaknya sudah melampaui batas dan tak hormati perlembagaan dan tatasusila. Saya secara peribadi menyokong penuh kenyataan Datuk Zahid.

"Hanya orang duduk dalam hutan.... Tak mahu ikut undang-undang, duduk dalam hutan," katanya kepada pemberita selepas majlis serah tugas kepada menteri pertanian dan asas tani yang baru Datuk Seri Ismail Sabri.

MK


NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? P-A-N-A-S-S-S!!... Rahsia 'BESAR' Suami Saya...

POLIS TANGKAP 18 ORANG DI VIGIL ADAM ADLI

Polis berserta Unit Simpanan Persekutuan (FRU) menangkap 18 orang yang berhimpun di vigil #BebaskanAdamAdli depan Lokap Berpusat Jinjang, malam tadi










Lokap Berpusat Kuala Lumpur,Jinjang

Sumber: KD

NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? P-A-N-A-S-S-S!!... Rahsia 'BESAR' Suami Saya...

Mana laporan ‘rundingan’ Umno dengan penceroboh Lahad Datu?



KUALA LUMPUR 22 MEI: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin mempersoal tindakan kerajaan yang masih tidak mendedahkan hasil rundingan kerajaan dengan penceroboh Sulu.

Katanya, antara isu yang menyelubungi insiden pencerobohan Lahad Datu, Sabah Februari lalu ialah permintaan kumpulan bersenjata Sulu yang mahu bertemu seseorang yang berpangkat ‘VIP’ kerajaan Malaysia.

“Siapa personaliti VIP yang dikatakan Sultan Kiram yang ingin ditemuinya? Apa yang cuba dilindungi pimpinan Umno BN sehingga mereka enggan mendedahkannya?
“Bagaimana orang yang terlibat dengan pencerobohan merupakan seorang yang pernah menjadi ADO (Pembantu Pegawai Daerah) di Kudat? Ini persoalan yang mereka gagal jawab,” kata Shamsul yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil kepada Keadilan Daily.

Laporan portal berita dan media sosial facebook beberapa bulan lalu memaparkan gambar pertemuan antara ketua penceroboh Lahad Datu, Agbimuddin Kiram dengan pemimpin Umno.

Antaranya bekas Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir Mohamad, Aziz Shamsuddin, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak.
KEADILAN sebelum ini mendedahkan, Agbimuddin pernah berkhidmat sebagai Pembantu Pegawai Daerah di Kudat berdasarkan dokumen gaji 1975 kerajaan Sabah yang diperolehi dari arkib negeri.

Justeru kata Shamsul, tindakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi bahawa tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu tidak akan didedahkan hanyalah wayang untuk mencipta persepsi buruk terhadap Pakatan Rakyat.

“Ini hanya tindakan yang didorong kepentingan Umno BN sebelum Pilihan Raya Umum ke-13. Sejak insiden pencerobohan di Lahad Datu, BN menjadikan isu ini untuk kepentingan mereka.

“Pakatan Rakyat konsisten. Pendirian kami bahawa isu Lahad Datu ini adalah isu keselamatan dan ia perlu ditangani secara tegas,” kata Shamsul.
Tambahnya, nama tiga pemimpin pembangkang yang cuba dikaitkan dengan insiden tersebut bertujuan mengurangkan tumpuan terhadap kelemahan pentadbiran kerajaan Umno BN.

“Jangan kembalikan demokrasi di negara kita kepada era Mahathir yang memperkuda aparat kerajaan untuk menekan rakyat,” kata Shamsul.

KD

NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? P-A-N-A-S-S-S!!... Rahsia 'BESAR' Suami Saya...

IKLAN KERETA KE IKLAN CIPAP NI?

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive