Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, April 01, 2015

PEMANGKU PENGARAH KASTAM KL MINTA MAAF


Pada jam kira-kira 11:30 tengah hari, kelihatan Pengarah Jabatan Kastam KL Abd Gani Othman hadir untuk berjumpa dengan sekretariat gabungan itu.
Pemangku Pengarah Jabatan Kastam Kuala Lumpur Abd Gani Othman (kiri) sedang mendengar keluhan daripada Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia, S. Arutchelvan Arul (baju merah) ketika pertemuan antara Gabungan Bantah GST dan Kastam diadakan pagi tadi. - Astro AWANI / MARIAH AHMAD


KELANA JAYA: Pemangku Pengarah Jabatan Kastam Diraja Kuala Lumpur, Abd Gani Othman hari ini memohon maaf kepada orang ramai yang dikasari ketika berlaku kekecohan semasa penyerahan memorandum membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kepada Kastam pada 23 Mac lalu, di Kompleks Kastam Kuala Lumpur.

Beliau berkata demikian dalam satu pertemuan hari ini apabila ditanya wakil Gabungan Bantah Cukai GST, Nashita Md Noor yang meluahkan rasa kekecewaan terhadap layanan pihak Kastam kepada mereka yang menghantar memorandum membantah GST pada minggu lalu.

"Ribuan kemaafan untuk perkara itu. Saya hanya manusia biasa. Saya juga melakukan kesalahan," jelas Gani kepada wakil-wakil gabungan Bantah GST di hadapan pintu masuk Kompleks Kastam Kuala Lumpur pagi tadi.

Beliau juga memberi cadangan agar diadakan satu pertemuan antara pihak Kastam bersama gabungan itu untuk membuat penjelasan mengenai GST.

"Kebarangkalian mungkin ada di antara kamu memahami GST namun ada di antara kamu juga mungkin keliru. Kami mahu mengadakan satu pertemuan bersama anda untuk memberi penjelasan mengenai GST secara keseluruhan. Bukan hari ini, nanti kita berhubung," ujar beliau.

Sebelum itu, pada kira-kira jam 11 pagi, Gabungan Bantah Cukai GST hadir ke Kompleks Kastam Diraja Malaysia Kuala Lumpur untuk menghantar satu surat maklum balas kepada Kastam.

Surat itu mengandungi 106 soalan, jawapan dan maklum balas daripada pihak mereka dan Kastam.

Antara yang hadir adalah Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia, S. Arutchelvan (Arul), Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shahirin (Chegubard), Ketua Penerangan Pemuda PAS, Nasaie Ismail, aktivis pelajar Khairol Najib, dan aktivis Syukri Razab.

Pada jam kira-kira 11:30 pagi, kelihatan Gani bersama beberapa pegawai Kastam hadir untuk berjumpa dengan wakil-wakil gabungan itu dan berbincang mengenai GST.


Dalam perbincangan itu, antara perkara yang dibangkitkan Arul adalah sebanyak 17 soalan yang ditanyakan gabungan itu kepada pihak Kastam, langsung tidak dijawab.

"Tuan, semalam kami sudah menerima jawapan daripada Kastam. Walaupun dari kenyataan dari pengarah Kastam, menteri berkata semua 106 soalan boleh dijawab tapi malangnya 17 soalan langsung tidak dijawab.

"63 jawapan tidak menepati soalan, kerana jawapan terlalu umum, bersifat retorik dan menyeleweng manakala 26 soalan berjaya dijawab tanpa ragu-ragu," kata Arul kepada Gani.

Perjumpaan yang dihadiri lebih 15 orang tadi berakhir dengan aman pada jam kira-kira 12 tengah hari.

Gabungan itu turut memberi sejambak bunga kepada pegawai Kastam sebagai simbolik pertemuan aman itu.

Kelihatan juga beberapa pegawai polis termasuk anggota-anggota Light Strike Force (LSF) sudah bersiap sedia di pintu masuk kompleks itu untuk menghadapi sebarang kemungkinan.


Read more at: http://www.astroawani.com/berita-gst/saya-manusia-biasa-pemangku-pengarah-kastam-kl-mohon-maaf-atas-kekecohan-56892?cp



KINI, SEMUA ORANG BOLEH BUAT DUIT DENGAN HANDPHONE!!!

1 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive