Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Oktober 27, 2015

KITA KENA NAIK PESAWAT UNTUK BUKTI KERJA KUAT

NAJIB ADA TELOQ KATANYA


Berani laksana GST, Najib ‘roti canai bertelur’, kata MP BN

GST DIKENAKAN KEPADA RAKYAT
UNTUK MENYELAMATKAN NEGARA,
SEDANGKAN PEMIMPIN BERMEWAH-MEWAH.
MUDAHNYA RAKYAT DIULI MENJADI ROTI CANAI...


PARLIMEN Antara sindiran kasar yang sering dilemparkan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah beliau digambarkan sebagai seorang "penakut" dan "roti canainya tanpa telur".

Namun Datuk Abdul Latiff Ahmad (BN-Mersing) bagaimanapun tidak bersetuju dengan tuduhan liar itu dan menyifatkan Najib sebagai "roti canai dengan telur" kerana keberaniannya melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang menyelamatkan negara dari ketidaktentuan ekonomi dunia.

"Semasa mantan Permatang Pauh (Datuk Seri Anwar Ibrahim) jadi menteri kewangan dan Kubang Pasu (Tun Dr Mahathir Mohamad) jadi perdana menteri, sudah uar-uarkan GST tetapi tak ada semangat politik (nak laksana).

"Adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa Pekan (Najib) ini adalah 'roti canai ada telur'. Dia berani. Adakah Bagan Serai setuju? Ini bukan nasib, ini kebijaksanaan dan kepandaian yang terancang," kata Abdul Latiff di Parlimen hari ini.

Kenyatan Abdul Latiff itu kemudian disambut oleh Dr Noor Azmi Ghazali (BN- Bagan Serai) yang berkata beliau amat bersetuju.

"Saya amat bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Mersing. Betullah, roti canai ada telur. Ada roti canai tak bertelur.

"Pekan mempunyai keberanian dan kebijaksanaan untuk membuat keputusan yang baik dan adil yang selaras dengan denyut nadi rakyat," kata Noor Azmi.

Malaysiakini


Selasa, Oktober 20, 2015

MISS T DAKWA KENA CABUL DENGAN DOKTOR


Seorang wanita 29 tahun mendakwa seorang doktor di sebuah klinik kerajaan di Selangor mencabul kehormatannya.

Hanya mahu dikenali sebagai “Miss T”, beliau mendakwa menjadi mangsa doktor lelaki itu pada 8 Oktober lalu ketika mahu mendapatkan rawatan untuk batuk dan sakit kepala.

Beliau mendakwa, ketika sesi rawatan doktor itu mahu memeriksa pernafasan tetapi meraba-raba buah dadanya ketika berbaju beberapa minit.

"Doktor arahkan saya baring untuk periksa dan dia tutup langsir. Saya hanya ikut arahan. Dia sentuh dada saya dan dengar denyutan nadi (pakai stetoskop). Dia sentuh dada saya perlahan-lahan selama tiga minit.

“Selepas itu dia minta saya duduk di katil, dia minta saya angkat pakaian dan buka bra tapi saya tak mahu dan doktor guna tangan dia masukkan ke dalam bra saya, sentuh kedua-dua belah dada saya,” katanya.

Beliau juga mendakwa doktor itu turut bertanya padanya tentang status perkahwinannya.

“Doktor tanya sama ada saya dah kahwin atau belum, ada anak atau tidak dan anak macam mana. Saya nak cepat-cepat pergi dari situ,” katanya.

Curiga dengan langkah itu, Miss T berkata beliau memberitahu seorang kakitangan klinik selain membuat laporan polis pada hari yang sama.

“Dan esoknya saya ke klinik itu dan beritahu ketua jururawat apa yang berlaku,” katanya.

Bagaimanapun, kata wanita itu, sehingga ke hari ini dia masih belum dipanggil untuk memberikan keterangan.

“Saya mahu pihak berkuasa siasat doktor terbabit.

“Saya tak mahu perkara yang sama berulang kepada wanita lain,” kata Miss T pada sidang media di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri Kota Alam Shah, Klang hari ini.

Kenyataan Miss T dalam bahasa Mandarin pada sidang media itu diterjemahkan oleh seorang jurubahasa.

Beliau hadir dengan memakai baju yang sama ketika hari kejadian tetapi menyembunyikan wajah dengan memakai topeng dan topi.

Malaysiakini sedang mendapatkan reaksi klinik terbabit.

Polis: Kes sedang siasat

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Azman Abdul Razak ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan menerima laporan tersebut.

Katanya, kes itu disiasat mengikut seksyen 345 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

Namun Azman enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana masih dalam siasatan.

Malaysiakini

Khamis, Oktober 15, 2015

Saifuddin Abdullah isytihar keluar Umno, masuk KEADILAN


PETALING JAYA 15 OKT: Ahli Majlis Tertinggi Umno yang juga bekas Timbalan Menteri, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini mengisytiharkan keluar parti dan menyertai KEADILAN.

Perkara itu diumumkan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam sidang media di ibu pejabat parti.

Penyertaan Saifuddin disaksikan Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali dan barisan kepimpinan parti yang lain.

Ketua Umum, saudara Anwar Ibrahim yang hadir ke mahkamah berhubung kes qazaf hari ini menyambut baik kemasukan Saifuddin ke dalam parti itu.

"Alhamdulillah, Anwar menyambut baik kemasukan beliau. Malah kita harapkan lebih ramai lagi pemimpin-pemimpin dari parti lawan menyertai kita demi menyelamatkan Malaysia," kata Wan Azizah mewakili suaminya, ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Syariah, pagi ini.

Saifuddin sebelum ini tewas menentang calon PAS, Nasruddin Hasan di Temerloh.

Umno dilaporkan memberi surat tunjuk sebab kepada Saifuddin yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global selepas hadir pelancaran Pakatan Harapan baru-baru ini.

Tindakan itu ekoran kehadirannya ke persidangan meja bulat pembentukan gabungan pembangkang di Subang jaya pada 23 September lalu.


Isnin, Oktober 12, 2015

JUMPA BANGKAI PESAWAT MH370?


Bendera yang ditemui dan diserahkan kepada polis.

SANDAKAN - Pengadu kepada penemuan bangkai pesawat MH370, Jamil Omar, 46, sudah menyerahkan sehelai bendera Malaysia dan tiga keping gambar Pulau Sugbay kepada pihak polis.

Memetik laporan Harian Metro, ibu saudaranya Siti Kayam Kisung, 57, berkata, dia turut terkejut selepas mendengar khabar berkenaan sebelum bergegas mendapatkan bendera berkenaan.

"Bendera itu ditemui dalam bangkai pesawat oleh penduduk pulau itu yang pergi memburu burung.

"Saya berikan semua bukti itu kepada anak saudara sebelum diserahkan bendera itu kepada polis bersama tiga keping gambar pulau atau lokasi umum tempat itu.

"Penduduk di sana mendakwa terlihat bangkai pesawat di pulau itu ketika melawat keluarga di Pulau Sugbay, September lalu," katanya ketika ditemui di rumah anak saudaranya, Jamil Omar, di Kampung Tb Wad, Batu Dua, di sini, petang tadi.

Terdahulu, Siti Kayam memberitahu bahawa dia yang dari Pulau Tabawan, Selatan Filipina datang ke Sabah, pada Khamis lalu dengan membawa bendera Malaysia yang didakwa ditemui ahli keluarga mereka di pulau terbabit.

Dalam pada itu, Siti Kayam berkata orang sana (Filipina) tidak kenal bendera Malaysia dan tidak tahu apa-apa mengenai pesawat yang hilang sebab kawasan yang kurang berpenghuni dan sangat jauh serta tiada komunikasi.

"Kerana kurang peralatan elektronik atau kemera, orang sana tidak mampu merakamkan sebarang gambar bangkai pesawat itu.

"Saya kemudian datang ke Sabah lalu menceritakan hal ini kepada mereka dan seorang anak buah saya membuat laporan polis agar dapat membantu dalam pencarian terbabit," katanya.

Sinarharian


Ahad, Oktober 11, 2015

LAWAK AHAD: LAKI BINI


Konon2nya pada suatu petang....
Sepasang laki bini sedang berbual2 di jemoran.

Bini:
Bang saya nak pergi belajar berenang laaa..

Tok Llaki:
utk apa ?

Bini:
Biar saya langsing seperti zaman anak dara dulu lah....

Tok Llaki:
Tak payahhhh. Ikan paus berenang setiap hari semakin gemuk

.....

Di hari yg lain mereka berbual lagi...

Tok Llaki::
Tolong beli buah2an...deh

Bini:
Untuk apa?

Tok Llaki:
utk buang toxin, biar Sihat, kulit licin....

Bini:
Monyet dari dulu makan buah tak berubah2 .....duk huduh setaro demo jugok.....


Sabtu, Oktober 10, 2015

GAMBAR KEMALANGAN MAUT KM399 PLUS, LORI KONTENA LANGGAR PAPANTANDA JATUH ATAS KERETA








10-10-2015 : 6.30 am
YBhg Dato'/Tuan/Puan

Lebuhraya PLUS E1 - (Tg.Malim ke Behrang)

Melibatkan sebuah lori kontena terbabas lalu melanggar struktur papantanda (gantry sign board) di KM399.6 arah utara dan mengakibatkan struktur papantanda tersebut tumbang lalu jatuh ke atas sebuah kereta yang datang dari arah selatan. Ekoran kejadian tersebut semua lorong terhalang dikedua-dua arah.

pihak PLUS Berhad memaklumkan 3 mangsa maut dilokasi, 2 lelaki & 1 perempuan (pemandu & penumpang kereta)

Trafik terhenti sepanjang 2KM menghala lokasi dikedua-dua arah. Kejadian masih belum selesai sepenuhnya.

Laluan alternatif arah selatan keluar Behrang
Laluan alternatif arah utara keluar Tg.Malim

Hebahan telah dibuat melalui laman sosial LLM

Khamis, Oktober 08, 2015

PEGUAM KHAIRUDDIN JUGA DITAHAN POLIS

Peguam Matthias Chang ditahan bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) hari ini.

Pembantu Chang memberitahu Malaysiakini, majikannya ditahan di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi ketika melawat anak guamnya Datuk Khairuddin Abu Hassan.

Khairuddin ditahan bawah akta sama atas dakwaan cuba mensabotaj negara kerana membuat laporan berkaitan 1MDB di beberapa negara lain, termasuk Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat.

Mikini



LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive