Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Februari 06, 2009

BUNYIKAN HON KERETA ANDA!!!

Hon iringi sokongan kepada Nizar
Feb 5, 09 10:19am

kemaskini 11.50pm Dari jam 10 malam hingga saat ini, kenderaan yang bertali arus di depan kediaman rasmi menteri besar terus-menerus membunyi hon selama hampir dua jam -dipercayai menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

Ribuan orang masih berkumpul di tepi-tepi jalan di luar kediaman tersebut dan sehingga kini tiada tanda-tanda mereka akan bersurai.

kemaskini 11.00pm Ceramah berakhir secara aman dengan bacaan doa. Menteri besar Pakatan itu berucap, sementara beberapa pemimpin atasan gabungan itu tidak berceramah.

Orang ramai diseru bersolat Jumaat esok di Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar.

kemaskini 10.45pm Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin berkata beliau dan Adun Pakatan Rakyat akan memulaukan majlis angkat sumpah menteri besar baru Perak, Datuk Dr Zambry Abd Kadir esok walaupun mereka juga diundang.

Tambahnya, Pakatan Rakyat tidak akan mengiktiraf sama sekali kerajaan baru BN dan akan terus membantahnya bersama rakyat di seluruh negeri.

Kira-kira 6,000 orang berada di kediaman rasmi itu.

MALAYSIAKINI
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive