Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Februari 06, 2009

DETIK MATINYA KUASA RAKYAT

Rampasan kuasa ini akan menjadi detik kebangkitan rakyat untuk terus mengangkat martabat Pakatan Rakyat di Malaysia. Tragedi ini umpama tindakan Zionist Israel yang menzalimi Hamas di Palestin...Ayuh bangkit rakyat pertahan Kerajaan Rakyat Perak...

Sehingga artikel ini ditulis komen-komen sokongan kepada kepimpinan Menteri Besar Mohammad Nizar Jamaluddin terus diterima daripada seluruh pelusuk negeri dan dunia. Ini menjadi bukti bahawa sokongan rakyat semakin meningkat. Intelek rakyat pada hari ini tidak boleh dipermain-mainkan lagi oleh putaran media yang bias dan mengampu.

Rampasan kuasa ini tidak akan berakhir sehingga rakyat kembali bersuara dan menunjukkan kuasa keramatnya. Kita yakin di akhir episod kemelut politik di Perak ini akan lahir hero-hero rakyat yang akan terus mempertahankan kuasa keramat rakyat.

Akhirnya, rampasan kuasa ini akan terus dikutuk sepanjang generasi akan datang. Buku-buku sejarah akan mencatatkan peristiwa hitam ini sebagai detik matinya kuasa rakyat. Namun sejarah perjuangan ini masih bermula. Anda yang sedang membaca ini adalah bakal-bakal hero dan pejuang yang akan menghiasi buku-buku sejarah akan datang jika menjadi benteng pertahanan terakhir mempertahankan kuasa Kerajaan Rakyat Perak Darul Ridzuan. Ayuh..rakyat Malaysia semua kita bangkit pertahan perjuangan kita daripada tindakan dayus dan zalim ini..

KE ARAH DUNIA YANG LEBIH ADIL DAN AMAN


Mohd Ezli Mashut (LL.B Hons)
ezli007@hotmail.com
THE BEST OF THE BEST

Blog : www.ezli007.blogspot.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive