Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Februari 28, 2009

Khir Toyo Terduduk…

Mengata orang rupanya dia yang lebih. Itulah pepatah yang dapat menjelaskan keadaan Khir Toyo yang mencari-cari kesalahan Menteri Besar Selangor, rupa-rupanya apabila diselongkar karpet, maka bertimbun rupanya sampah-sampah yang disapu ke bawahnya.

Satu demi satu terbongkar. Nilainya bukan lagi harga sebiji Lexus, bukan harga 46 ekor lembu korban.

Patutlah semasa sehari selepas diumumkan keputusan pilihanraya begitu bergegas pegawai-pegawai kerajaan negeri di masa pimpinan bekas Dato’ Seri Mohamad Khir Toyo diminta datang ke pejabat Kerajaan Negeri untuk memunggah malah memusnahkan beberapa dokumen rasmi.

Kini bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo telah dikatakan tidak mengisytiharkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) imbuhan kereta dan perkhidmatan pemandu yang diberikan kepadanya ketika menjadi Pengerusi Permodalan Negeri Selangor (PNSB).

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan akhbarnya hari ini mendedahkan bahawa kos petrol dan penyenggaraan kereta jenis Harrier yang digunakan Khir itu juga ditanggung oleh PNSB.

Khir diberikan kemudahan menggunakan kereta berkenaan pada tahun 2005 dan perkhidmatan seorang pemandu pada 2006. Beliau memanfaatkan kedua-dua kemudahan itu hingga meletakkan jawatan pada Mac 2008.

Menurut kenyataan Tan Sri Khalid itu, dalam borang EA kepada LHDN, anak syarikat Menteri Besar di Perbadankan (MBI) itu tidak pernah melaporkan mengenai imbuhan peribadi yang diberikan kepada Khir.

Sehubungan itu, MBI telah mengarahkan PNSB supaya melaporkan semua kemudahan dan perkhidmatan peribadi yang telah diberikan kepada pegawai-pegawainya.

“PNSB memberi imbuhan dalam bentuk material atau tunai, dan adakalanya kedua-duanya sekali kepada kakitangan termasuk Pengerusi dan ahli lembaga pengarah. Antaranya, kereta dan perkhidmatan pemandu. PNSB juga membiayai cuti mereka ke destinasi dalam dan luar negeri.

“Umumnya kakitangan PNSB diberi imbuhan bercuti tetapi penggunaan kereta syarikat dan perkhidmatan pemandu peribadi diberikan kepada ketua eksekutif merangkap pengarah, pengurus kanan dan pengurus,” kata Tan Sri Khalid dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Sekretariat akhbarnya.

Beliau berkata, MBI yang dipengerusikannya kini berusaha merapikan pengurusan semua anak syarikat, dan melantik sekumpulan penasihat untuk menilai prestasi apabila ia mengesan kegagalan PNSB membuat perisytiharan kepada LHDN ini.

Katanya, beliau sedar akan keresahan kakitangan PNSB mengenai implikasi kewangan berikutan laporan tidak penuh PNSB kepada LHDN ini dan berharap mereka bertenang sehingga LHDN membuat pentaksiran tambahan.

Beliau berjanji PNSB akan akur dan sentiasa memenuhi peraturan LHDN di bawah Akta Cukai Pendapatan ketika mengisi borang EA.

www.p99ampang.com

2 ulasan:

  1. salam Bro:

    Baru aku perasan blog ko dah makan cun lahh..

    Khir Toyo dah pakai TOYOL smua maklumatnya dah di bawak lari oleh toyolnya.. tapi tupanya toyolnya lupa bawah carpet ada lagi yg tertinggal...

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama1/3/09 12:09 PG

    Salam dijwb bro...

    Tq bro kerana perasan blog ni makin cun. Toyol yang dia pakai version 2.0 kot...sekarang org dah pakai toyol version 8.1 siap ada bluetooth...hehehhe

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive