Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Julai 27, 2009

LAPORAN POLIS BLOG SEBAR FITNAH



Ean Yong Dan Ronnie Liu Lapor Polis Siasat Blog Sebar Fitnah


Exco Selangor Ean Yong Hian Wah dan Ronnie Liu Tian Kiew memfailkan laporan polis terhadap satu laman blog yang mendakwa mereka memaksa mendiang Teoh Beng Hock melakukan jenayah.

Bercakap kepada media di Ibu Pejabat Polis Shah Alam, Ean Yong yang juga majikan kepada mendiang meminta orang-ramai untuk tidak mempercayai blog itu kerana maklumat yang disediakan adalah salah dan boleh mengelirukan.

"Laman web yang tidak bertanggungjawab itu cuba dikaitkan dengan kematian Teoh Beng Hock dengan tekanan yang diberi oleh saya dan Ronnie Liu, untuk memaksa beliau menjalankan aktiviti- aktiviti yang menyalahi undang- undang. Ini semua adalah tidak benar kerana Teoh Beng Hock tidak pernah bekerja dibawah Ronnie Liu dan Teoh juga tidak terlibat dalam hal ehwal peruntukan DUN sungai Pelek," ujar Ean Yong

"Kita juga mendapat maklumat bahawa ada pihak tertentu sedang merancang satu komplot untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Mereka sanggup berbuat apa saja termasuk menggunakan jentera- jentera kerajaan diantara DAP, PAS dan PKR," tambahnya lagi.

Beng Hock ditemui mati dipercayai terjatuh dari tingkat 14 ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pada Khamis lalu. Mendiang dipanggil sebagai saksi dalam satu operasi besar-besaran agensi itu terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Selepas disoal-siasat selama lebih 10 jam tanpa henti, mayat mangsa ditemui di bumbung bangunan bersebelahan Plaza Masalam yang menempatkan ibupejabat SPRM kira-kira jam 1.30 petang.

Polis mengklasifikasikan kematian Beng Hock sebagai kematian mengejut, namun Pakatan Rakyat menuduh mendiang adalah mangsa serangan sistematik Umno-BN terhadap kerajaan Selangor.

Pada 23 Julai lalu, blog 'Truth for Teoh Beng Hock' muncul di laman maya dan mencetuskan kontroversi dengan rencana yang menuduh Ean Yong dan Ronnie Liu memaksa mendiang menyelewang wang ringgit dari peruntukan kerajaan negeri.

Ronnie dikatakan Adun Sungai Pelek dan blog itu turut memaparkan dokumen membutirkan 84 projek mencecah RM200,000 yang diluluskan Ronnie Liu kepada pembantunya Wong Chuan How di Dun Sungai Pelek.

Ronnie menjelaskan pengagihan peruntukan kerajaan negeri telah direkodkan dan dokumen menunjukkan maklumat di blog itu adalah palsu. Antara tuduhan berniat jahat yang disebutkan Ronnie adalah peruntukan RM1,000 untuk sambutan Tahun Baru Cina pada September 2008 dan peruntukan RM1,000 untuk hadiah hamper kepada ketua-ketua kampung di Seberang Perai.

Exco Kerajaan Tempatan itu menjawab tuduhan ini jelas sekali berniat jahat kerana Tahun Baru Cina disambut antara Januari dan Mac setiap tahun dan bukan pada bulan September. Manakala peruntukan hamper untuk ketua-ketua kampung juga mustahil kerana pegawai daerah dun tertentu tidak mungkin meluluskan peruntukan untuk dun lain, inikan pula dun di negeri lain.

Selain itu, blog itu turut mendakwa Ronnie Liu memperuntukkan RM10,000 kepada Wong untuk sambutan perayaan Deepavali 2008, namun kalendar menunjukkan Deepavali bagi tahun tersebut jatuh pada 28 Oktober.

Ditambah pula dengan kesungguhan blog itu mengaitkan pembantunya dalam penyelewengan ini, tuduhan-tuduhan ini seraya mengkaburkan lagi motif blog tersebut. Dun Sungai Pelek yang kontroversi ini adalah kerusi Dewan Undangan Negeri yang dikuasai wakil rakyat Barisan Nasional, Yap Ee Wah.

"Saya sebenarnya tidak mahu buat laporan polis kerana saya sudah tidak percaya kepada polis dan SPRM. Tetapi rakan- rakan saya berpendapat lebih baik buat laporan untuk mengekang musuh politik memutarbelitkan fakta dengan mengatakan saya takut dan menyembunyikan sesuatu. Sebab itu saya datang buat laporan hari ini," kata Ronnie.

"Saya difahamkan, walaupun tidak mendapat laporan SPRM sudah mula sisatan perkara ini. Nampaknya SPRM sekali lagi menunjukkan ketangkasan mereka dalam menjalankan tugas. Walaupun tidak mendapat laporan. Tetapi kami taidak mahu dengar kes ini tidak boleh disiasat kerana blog ini diwujudkan di Amerika," bidasnya.

Turut hadir memberi sokongan kepada kedua- dua exco kerajaan negeri ini adalah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad. Beliau membidas UMNO Barisan Nasional yang rakus berusaha untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri ini.

"Saudara Ronnie telah mencerminkan ketelusan beliau dengan memaparkan perbelanjaan pengurusan peruntukan DUN dalam laman blognya. Tetapi, ada pihak yang tidak bertanggungjawab menyalin dan mengubah perbelanjaan kos perbelanjaan itu bagi mengaburi mata rakyat. Ini satu konspirasi jahat untuk jatuhkan Pakatan Rakyat di Selangor," kata Khalid.

tva


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive