Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Julai 22, 2009

METER PARKING TIDAK SAH



Guna ‘Meter Parking’ Tamat Tempoh, MBKT Perlu Jelaskan

Written by Wan Kay

KUALA TERENGGANU - Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) mungkin terpaksa menghadapi tindakan undang-undang kerana kecuaian pihak berkuasa tempatan tersebut menguruskan bandaraya ini.

Buletin Online telah menerima rungutan orang ramai yang mengadu MBKT masih menggunakan ‘meter parking’ yang diletakkan di ruang letak kereta awam, walaupun meter tersebut telah tamat tempoh.

Mereka turut mengadu telah disaman oleh penguatkuasa MBKT dalam keadaan meter yang mungkin tidak beroperasi dengan betul kerana ia telah lupus tarikh.

Bagi memastikan kebenaran aduan tersebut, wartawan Buletin Online telah membuat tinjauan sekitar bandaraya dan mendapati banyak ‘meter parking’ itu benar-benar telah ‘expired’.


Mengulas situasi tersebut, seorang pengamal Undang-undang, Encik Mohd Zabidi Yusof menggesa kerajaan negeri terutama pihak berkuasa MBKT membuat penjelasan terhadap status meter berkenaan.

“Saya minta pihak ‘majlis’ (MBKT) segera buat penjelasan apakah kutipan wang itu sah atau pun tidak.
Apakah mana-mana resit kompaun dan denda mana-mana kenderaan merujuk kepada meter yang tamat tempoh atau rosak itu terikat dengan prosedur undang-undang,” ujarnya ketika ditemui.

Katanya, menjadi satu ‘kesalahan’ di pihak majlis (MBKT) yang telah mengeluarkan surat kompaun atau saman kepada pengguna terhadap meter-meter yang tamat tempoh.

Menurutnya, para pengguna terbabit boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak majlis yang mengeluarkan saman tersebut.

“Sekiranya, kutipan yang dibuat selepas dari tarikh 10 Jun 2009 itu tidak sah, adakah duit itu akan dipulangkan semula kepada pengguna atau rakyat.


“Atau dibuat ‘justifikasi’ kepada rakyat bagi menghalalkan kutipan dan istihar minta halal.


“Berkenaan kompaun (saman) yang dikenakan itu sama ada membatalkan saman itu atau pihak MBKT akan berhadapan dengan tindakan undang-undang dari pengguna terbabit,” jelasnya.

Seorang pengguna yang mahu dikenali sebagai Ahmad mendakwa, beliau pernah dikenakan kompaun oleh pihak penguatkuasa MBKT meski pun meter parking sudah tamat tempohnya.

Katanya, pihak berkuasa tempatan tidak wajar mengenakan denda kompaun kepada pengguna kerana tidak bersalah.

“Buktinya, di tempat letak kereta di Jalan Sultan Omar tempoh sah meter tamat pada 10 Jun 2009 dan belum diperbaharui lagi oleh pihak MBKT.

“Walau pun kita (pengguna) masukkan duit dalam meter parkir tetapi kadang-kala meter rosak dan surat kompaun dikeluarkan oleh penguatkuasa MBKT,” ujarnya.

Justeru beliau menggesa MBKT membuat penjelasan kerana kebanyakan pengguna kurang faham tentang undang-undang dan tindakan kompaun pihak MBKT yang mungkin boleh dipertikaikan.

buletinonline

E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

2 ulasan:

  1. Terangganu Bestari lah katakan

    BalasPadam
  2. Tukarkan saja MBKT ke MPKT ( Majlis Pekan Kuala Terengganu).

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive