Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Mei 21, 2012

UMNGOK AMBIL ALIH BERSIH 4.0 KAH KAH KAH

Lagi 60 peniaga mahu buka gerai di rumah Ambiga


Sekumpulan 60 peniaga merancang untuk berniaga di kawasan kediaman pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga di Bukit Damansara pada Khamis dan Jumaat ini.

Menamakan tindakan mereka sebagai "Bersih 4.0 - Mencucikan Bersih 1,2,3", peniaga terbabit berbuat demikian bagi menampung kerugian mereka akibat perhimpunan pada 28 April lepas.

Pengerusi Majlis Bertindak Peniaga-peniaga Kuala Lumpur Datuk Jamal Md Yunus berkata mereka akan berniaga pelbagai barangan, makanan dan minuman dari pukul 3.30 petang sehingga 8 malam pada hari terbabit.

"Kami berharap dapat memperoleh kembali kerugian akibat perhimpunan itu. Dianggarkan setiap peniaga boleh mendapat antara RM300 hingga RM500 sehari jika berniaga di kawasan itu (kediaman Ambiga)," katanya pada sidang media, di Kuala Lumpur hari ini.

Turut hadir wakil Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia, Majlis Perundangan Melayu serta peniaga kecil sekitar Kuala Lumpur.

Jamal berkata mereka akan meninjau kawasan itu esok sebelum memohon permit berniaga daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Selasa ini.

"Kami akan teruskan berniaga jika permohonan permit tidak diluluskan kerana perhimpunan haram yang diadakan sebelum ini juga diteruskan walaupun tidak diluluskan oleh polis dan DBKL," katanya.

Beliau berkata selain menuntut ganti rugi, Bersih 4.0 itu bertujuan menyampaikan mesej kepada penganjur perhimpunan haram termasuk Ambiga agar tidak lagi mengadakan perhimpunan yang boleh menjejaskan pendapatan peniaga dan mengganggu kententeraman awam.

"Bersih 4.0 ini juga untuk mencucikan kembali perkataan 'Bersih' yang telah disalahgunakan oleh penganjur perhimpunan Bersih serta memohon kerajaan mengambil tindakan kepada penganjur perhimpunan haram itu," katanya.

Pada 10 Mei lepas, sekumpulan peniaga bertindak berhimpun dan membuka sebuah gerai burger di hadapan kediaman Ambiga, sebagai meluahkan rasa marah kerana menanggung kerugian selepas perhimpunan tersebut.

- Bernama

MK


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

1 ulasan:

  1. umngok! umngok! bodoh tak boleh diajar, bingai tak boleh diikut. yg korang gi tutup kdai korang masa bersih 3.0 tu pasal apa? ko tnya la kdai2 mamak n 7eleven...brapa byk dorang untung. jual burger dpan umah ambiga tak laku, buat senaman pungkok! bangang tahap cipan.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive