FAM CETUS KONTROVERSI LAGI – TAN SRI ANNUAR MUSA KECEWA
Selepas tidak mahu membuat bantahan terhadap pasukan Myanmar yang menurunkan pemain lebih umur, Persatuan Bola Sepak Terulung Malaysia ( FAM ) sekali lagi mencetuskan kemarahan seluruh rakyat tempatan apabila enggan menyampaikan Piala Liga Super kepada pasukan Kelantan FA pada 14 Julai ini di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu sebaik tamat perlawanan menentang Sarawak.
Sebaliknya, FAM mengarahkan pihak pengurusan Kelantan FA hadir ke Wisma FAM pada 20 Julai untuk mengambil sendiri Piala tersebut.
Situasi ini membangkitkan kemarahan seluruh penyokong Kelantan yang merasakan pihak FAM tidak menghargai langsung pasukan Kelantan FA yang berjaya menebus maruah bola sepak Malaysia dari digadai oleh pasukan kelab dari Singapura iaitu Lions XII.
Menurut Tansri Annuar Musa melalui facebooknya, Kelantan terlibat dengan pasukan EPL iaitu QPR pada 20 Julai dan sangat tidak sesuai untuk meraikan sebarang sambutan memandangkan ianya hari terakhir menjelang Ramadhan.Kelantan juga sudah menjadi Juara Liga pada 7 Julai dan mengapa Piala harus diberikan pada 20 Julai 2012 di Wisma FAM ?
Situasi seperti ini tidak timbul pada musim musim sebelum Kelantan FA menjadi juara kerana Sambutan Angkat Piala semuanya berlangsung di dalam stadium.
kelantanfa.com
KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK
ok bro dah link
BalasPadamApa la punya BANGA*G F.A.M ni.. mmg mcm ada apa2 je dgn Team Kelantan F.A @ The Red Warriors ..Aku kutuk abis2san sikap dan tindak-tanduk F.A.M dgn keputusan yg dibuat oleh badan induk bolasepak tanah air kita ni terhadap Kelantan ..Walapun aku penyokong fanatik dan setia SELANGOR @ The Red Giants, yg merupakan antara musuh terketat TRW, tp aku lebih suka dan selesa dgn semangat kesukanan yg positif dan suasana persekitaran dlm dunia bolasepak tanah air yg adil dan profesional,lg pula keputusan F.A.M ini sudah melampau dan tidak mencerminkan badan yg berintegriti. Aku syor diwujudkan 1 lg badan yg berkaitan sukan bolasepak tp dalam bentuk sebagai badan yg bertanggungjawab menjaga hak2 dan kredibeliti pasukan.
BalasPadamBagus bro atas semangat kesukanan tu
BalasPadamFeudalisma Assobiyyah Monarkis...Apek! Nur Azle! demo ketik sikit puak2 monarkis nie tiba Tiger Cup nnti!
BalasPadamDr dulu sampai skrang ambo prati FAM anti sunggoh pasukan Kelate dan jugok Teganu!
Maklumlah Pahang ler ni sugung nuging nyior kat Liga Perdana!