Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Jun 09, 2013

Semua ahli PAS dikerah sertai Black 505 15 Jun

KUALA LUMPUR: PAS hari ini mengerahkan ahlinya menyertai perhimpunan aman Black 505 bagi menolak penipuan serta menuntut reformasi pilihan raya yang akan diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur 15 Jun nanti.

Perkara tersebut dinyatakan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu ketika ditemui di Ibu Pejabat Agung PAS selepas mesyuarat bulanan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Menurutnya, keputusan tersebut telah diputuskan di dalam mesyuarat pagi tadi.

"Kita hari ini membuat keputusan untuk mengerahkan ahli-ahli PAS bagi menyertai himpunan aman Black 505 yang akan di adakan pada 15 Jun nanti.

"Kita juga tidak mensasarkan berapa ramai ahli-ahli PAS yang akan hadir tetapi mengharapkan ia akan disertai oleh seberapa ramai yang mungkin sebagai tanda sokongan kita," jelasnya.

Mohamad yang menyatakan kenyataan rasmi dari Presiden PAS akan dikeluarkan melalui blog rasmi dan juga laman web Harakahdaily selepas ini.

"Kenyataan rasmi presiden akan kita keluarkan melalui laman rasmi PAS dan juga Harakahdaily dalam masa terdekat.

"Apa yang kita harapkan ahli-ahli PAS akan turut serta pada himpunan tersebut dan saya sendiri akan hadir pada 15 Jun nanti," sambung beliau.

Dalam pada itu, beliau yang mengulas mengenai kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang tidak membenarkan himpunan diadakan di Padang Merbok dengan menjelaskan perkara tersebut akan diputuskan Jawatankuasa Penganjur.

Dalam pada itu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli akan mengadakan sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR esok pada jam 11 pagi berhubung dengan himpunan aman Black 505.

1 ulasan:

  1. hj hadi arahkan baru gua turun. Takat 'si mat sabu tiap2 bulan masyukk'(abg angkat lge) yg ajak apa hal lak. aiseyy. gua lupa. pak mustape senyap je. hihii..ingat selamat la tu>hihihi

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive