Jumaat, September 05, 2008
DEBARAN 16 SEPTEMBER MENGHAMPIRI PUTRAJAYA
Samada BN akan ranap ditelan bumi atau terbenam ke dalam tasik Wetland Putrajaya akan dapat kita ketahui kira-kira 11 hari lagi. Dalam pada itu desas desus ahli parlimen BN yang akan menyertai Pakatan Rakyat (PR) semakin kuat kedengaran.
Bunyinya begitu kuat bak bunyi dua buah helikopter yang sedang merempit di udara seperti di dalam gambar di atas ini.
Desas yang berdesus ini hanya dapat dikesan melalui blog-blog rakyat, tidak melalui media arus perdana v6. Media arus perdana ini hanya menyatakan ianya mimpi retorik gimik populis menagih simpati rakyat. Apa tidaknya, mereka mula menggeletar ketika hari semakin menghampiri tarikh 16 september. Mereka mula mencongak ke manakah hala tuju sekiranya Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan baru. Mana nak letak muka beb? Selama ini hangpa dok kutuk PR kow-kow..lepas ni takkan hangpa nak ampu PR pulak? Nak jadi apa? Ambik obat la!!!
Spekulasi penghijrahan ahli parlimen ini mungkin perkara yang paling menarik untuk ditelan sepanjang minggu ini selain dari roti john dari bazar Ramadhan. Ada yang kata 40 orang, ada yang kata 16 orang,ada yang kata lebih dari majoriti 2 pertiga mampu dihimpun. Maka semakin menggelabah la pak-pak menteri mencari siapakah orangnya. Semakin itu juga PR menghampiri Putrajaya dengan langkahan paling bergaya.
Begitulah hebatnya 16 Sepetember yang dinantikan.Kita tetap yakin dan pasti tarikh yang dinantikan itu akan tiba. Samada ia tiba seperti yang diimpikan atau sebaliknya hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Kita hanya mampu merancang dan berdoa.
Hanya masa akan menentukan. Kita tunggu... pastinya ada kejutan dalam sehari dua ini.Sebab apa kita perlu tunggu? Sebab kita marah sangat ni, harga rokok dah naik walaupun belum masuk tahun 2009. Apa la punya bajet. Boikot rokok baru tau..
bagusla cerita, dah rasa mcm dah diawang-awangan...dah..
BalasPadampandai betul saudara menulis...
a/way, just ask permision utk share di www.arkib.tk , saya akan link kan kpd blog saudara...
instruct : boleh letak widget bookmark "malaysia" di blogspot, lebih mudah untuk track2 blog2 berkualiti mcm blog saudara ni :-)
salam..
Boleh, apa salahnya...terima kasih kerana melongsori blog yg tak seberapa mahal ini...
BalasPadam