Selasa, September 23, 2008

HANGAT DI KANGAR PERLIS





Cuaca panas terik memang mengeringkan tekak ketika memandu di bawah terik mentari dari Bukit Kayu Hitam menuju ke Kangar Perlis.... Gambar ini dirakam sekitar pukul 3 petang tadi.




Selepas berehat kira-kira 2 jam di bilik hotel aku pun keluar untuk mencari tempat berbuka puasa.Masa tu dah pukul 6:30 petang.Sepertimana hangatnya siang di Kangar,berbuka puasa hari ni paling menghangatkan hati aku. Mana mungkin tak hangat,aku sampai kat kedai makan di tepi jalan Kangar-Alor Setar lebih kurang pukul 7 malam. Lebih kurang 5 minit aku duduk kat kedai tu, pelayan datang ambik order. Suasana dalam kedai tu ada la dekat 30 orang. Ada yang datang dengan keluarga dan ada yang datang berpasangan. Dah hampir nak azan batang hidung air pun tak nampak.Tunggu punya tunggu azan pun bergema pukul 7:15 malam. Sampai habis azan,air pun tak sampai-sampai,aku tengok ada la 3,4 buah meja tak dapat makanan maupun air lagi.Lembab betul pelayan kedai tu.Patut hantar la air suam ke,air reverse osmosis ke, dapat jugak aku teguk.


Tiba-tiba awek berbaju hitam(Gambar atas)yang duduk bersama keluarga kat sebelah depan meja aku pelawa buah kurma sebab tengok aku melopong je. Aku refuse je sebab segan nak bangun pi kat dia.Aku kata makan la dulu,terima kasih je.Mau tak malu,satu family dah pusing kepala tengok aku melopong takdak makanan.Dalam dok tunggu tu sempat aku shoot lensa kamera kat family yang baik hati tu. Sebagai penghargaan aku masukkan la gambar depa kat blog ni sebagai kenangan untuk tatapan sahabat bloggers united.

Lepas tu baru la air aku sampai.Dah pukul 7:25 baru aku buka posa. Fuh! mendidih betul.Lepas tu tunggu pulak nasi.Dalam 20 minit lepas aku teguk air baru la nasi sampai. Menyirap betul aku kena kedai macam ni. Nak meniaga ke nak menyirapkan orang ni.Lepas ni aku nak blacklist semua kedai makan kat Kangar ni selama sebulan.Biar ambik obat sikit depa ni....

3 ulasan:

  1. salam Sdr;

    Memang sebelah utara cuacanya memnag begitulah agaknya. Aku pernah menetap di Aloq Setaq, kalu pi jalan belah Jitra bulan posa ni memang paneh betui. Siang 22 posa macamane lak cuacanya. Kalu mendung, comfirm malam 21 adalah Lailatulqadar. Wallahualam

    BalasPadam
  2. 21 dah lepas...tunggu 27 pulak la...

    BalasPadam
  3. Salam sedara,

    Sabor la ye...Boikot tak dtg trus pon takpe...Tak rugi pon depa....

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...