Khamis, September 25, 2008
SOKONGAN TURUN MINYAK TURUN
Masih kah kau ingat, semasa harga minyak naik bulan Jun lalu? Masa tu harga minyak naik mendadak secara tiba-tiba tanpa ada isyarat. Maka demo memprotes kenaikan harga minyak pun mula dilakukan di beberapa tempat. Rakyat mula marah dengan kerajaan yang menaikkan harga bahan bakar itu ke tahap yang tidak munasabah.Ada yang marah pergi buat demo dan ada juga yang hanya berdiam diri walaupun turut mempunyai perasaan serupa. Hinggakan harga barang-barang makanan dan lain-lain keperluan turut berjangkit dengan virus naik minyak ini. Harga beras turut naik menggila walaupun kualiti beras tidak sepadan dengan kenaikan tersebut. Saiz kuih muih di bazar Ramadhan turut menjadi ciput (kecil) walaupun harganya naik melambung.
Berdasarkan pemerhatian,aktiviti merempit juga menerima kesan akibat kenaikan harga minyak ini.Aktiviti merempit oleh mat-mat rempit terpaksa dikurangkan atau dibekukan buat sementara waktu.Kenaikan harga minyak rupa-rupanya berguna juga untuk mengurangkan gejala merempit dan lumba haram.Itulah satu-satunya manafaat kesan dari kenaikan harga minyak.
Selepas 3 bulan habis edah naik minyak dan di kala sokongan terhadap kerajaan BN yang turun merudum maka harga minyak pun turut diturunkan secara berkadar terus dengan harga minyak dunia. Namun siapakah yang mahu menurunkan kembali harga beras,tiket bas,lepat pisang,buah melaka serta roti john???
Sehingga pukul 12 tengah malam tadi tiada tanda-tanda yang barang2 ini akan diturunkan harganya. Padah kenaikan harga minyak bulan Jun lalu masih berkulat lapuk di persada pasar basah dan kering,pasaraya borong dan runcit. Amat sukar untuk menurunkan harga setelah kenaikan melanda. Ternyata percaturan yang digunapakai amatlah tidak memandang jauh ke hadapan.Segala tindakan ad hoc yang diambil hanyalah mencerminkan betapa lemahnya strategi yang diilhamkan.
Kekalahan besar pada pilihanraya P44 Permatang Pauh baru-baru ini, menyebabkan BN mula risau dengan kuasa rakyat. Sebarang tindakan yang menimbulkan kesusahan pada rakyat akan menyebabkan sokongan makin menurun. Melihat kepada situasi semasa rakyat masih lagi tidak berpuashati dengan harga barangan lain yang terus tidak turun-turun walaupun harga minyak sedikit turun, maka janganlah diharap sokongan kepada Barisan Nazak (BN) akan naik semula selepas harga minyak diturunkan sekupang ini.
salam BIAQPILAH;
BalasPadamAKU SOKONG MINYAK TURUN. KALU SETIAP BULAN TURUN PUN LAGI BAGUS. BIAQ SEKUPANG, SETAHUN DAH SERINGGIT DUA KUPANG, KAN BANYAK TU.... AMACAM BOLEH PAKAI TAK TEORI AKU NI...SHARIR KATA: KEPALA #&%* HANG..!!! TE HE HE HE.....
Pantasnya..aku belum habis posting ko dah komen. Turunlah sampai rm3 pun belum tentu aku nak sokong BN...
BalasPadamsalam Biaqpiilah:
BalasPadamALAMAK..!! TUAN TAK PERASAN LAH..TADI TAK ADA LAK GAMABR MOTOR SEMPOI NI..KE AKU YG TAK PERASAN...AMBOI SERONOK BETUL DIA YA.. MINYAK TURUN SAMPAI TERJONKET MOTORNYA...PAS TU MINYAKNYA KELUAR KAT MULUT LAKTU... AJAIB2..!!
pasal turun sekupang,
BalasPadambuleh la aku pi beraya rumah tok menakan aku kat kuala nerang raya ni...
trima kasih paklah..!!
kalau aku jumpa hang,aku sumbat pam minyak dlm mulut hang tu..
kedarah la minyak tu puas2..
bez betul tgk gambaq mamat tuntun moto tu....
BalasPadamsokonglah Barisan nasional LAGIIII...
Buat pokka, selamat beraya sakan...
BalasPadamSalam sedara,
BalasPadamNak citer psl penurunan harga petrol…
Seposen = dua biji gula2
Dua biji gula2 ni la duit raya tuk rakyat Malaysia bile mane depa isi petrol seliter
Kah kah kah
Amik cth kete Myvi S.E, isi full tank (40 liter) tuk blik kg, 40 x RM 0.10 = dpt la jimat RM 4
Dpt la bg duit raya lebih tuk 4 org budak….
Kah kah kah
Mentaliti mcm ni,pak menteri2 UMNO je yg piki
Kah kah kah
Blajar ekonomi ngan Nordin Kardi kot…Takpon prof2 kangkong yg lain
Kah kah kah