Isnin, Oktober 06, 2008

KEMBALI KE PERANTAUAN


Setelah bercuti lebih kurang seminggu sempena merayakan Aidil Fitri, anak-anak muda dan yang tua kembali ke perantauan untuk meneruskan tugas masing-masing. Lebuhraya mulai sarat dengan kenderaan dari serata pelusuk tanahair sejak sabtu lepas.Walaupun terpaksa membayar tol, pengguna terpaksa juga menghadapi kesesakan setiap kali musim perayaan.

Seperti biasa juga, bila pulang ke kampung maka terpaksalah melupakan seketika internet.Bukan kerana sibuk,bukan juga kerana taufan melanda tapi kerana liputan celcom 3G yang terhad di bandar-bandar besar sahaja. Itulah masalahnya dengan syarikat telekomunikasi di Malaysia ini. Mereka hanya bertumpu di kawasan yang masyuk saja. Tapi bagus juga sekurang-kurangnya dapat merehatkan kepala daripada cerita-cerita politaik yang semakin haru bercelaru.

Belalulah sudah Ramadhan, dan bersyukurlah kita semua kerana dapat merayakan Aidil Fitri dalam suasana aman damai. Tersungkurlah jugak batang-batang lemang dan segala macam hidangan ke dalam perut kita semua.Terkenang juga kita kepada rakan-rakan kita yang terpaksa merayakan Aidil Fitri tanpa orang tersayang sebagai contohnya tahanan ISA dan mangsa-mangsa kemalangan. Semoga mereka tabah dengan dugaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...