Rabu, Oktober 22, 2008

Nak hidup susah…dah mati pun susah


Oleh: mat saman kati

Harga gula akan naik sekupang lagi. Lepas tu..harga teh tarik jugak akan naik…harga kuih ketayap dengan limas pun akan naik sekupang. Lama-lama…nak duduk kat kedai janda Bakaq pun macam pekena teh kat bistro.

Tak kisah la kalau pendapatan pun naik sekupang. Tapi harga getah dah turun cukup rendah. Semalam…harga getah beku dah jatuh ke paras seringgit sembilan kupang. Kalau bulan dulu, bila bersembang kat kedai kopi…tak risau ada orang yang bayar. Sekarang…masing-masing tunggu sapa nak bayar. Teruk la…

Tauke sawit pun sekarang dah malas nak pergi kebun. Bulan dulu…harga sawit boleh dapat sekitar enam ratus ringgit satu tan…sekarang dibawah tiga ratus ringgit. Nak makan apa? Nak bayar duit baja…duit racun…duit upah pun tak cukup! Mati la…

Yang loaded sekarang…sapa-sapa yang terpilih jadi perwakilan Umno. Tak payah masuk skim Pak Man Telo..duit masuk macam ayor.

Minggu lepas, mak mentua aku meninggal dunia. Sapa yang nak mati? Jadi macam-macam la usaha dibuat untuk terus hidup. Seminggu sebelum Raya, dia jatuh dari kerusi roda…patah tulang punggung dan doktor kata kena bedah. Umur dah 86, risiko nak buat operation ni tinggi..jadi anak-anak pun bawak dia pergi ke HUKM. Nak bagi rawatan terbaik untuk emak sendiri.

Layanan memang class. Nak panggil nurse tak payah pergi kaunter…cuma petik loceng. Nak makan…boleh pilih apa nak..bukan macam hospital Third Class. Tup-tup bila dapat bil…RM15, 664.00! Whoa! Tu baru dua belas hari…kalau sebulan…boleh buat sebiji banglo kat Kati.

Sekali tekan loceng…RM15.00

Sekali minum pagi…RM 12.00

Makan tengahari…RM28.00

Sekali doktor masuk check…RM120.00.

Last-last doktor bagi tau…bawak balik la..”There’s not much we can do”

Kalau aku la yang cakap macam tu, walaupun dibayar hanya lima ringgit suku..naya kena luku.

Tak apa la…kalau ada duit. Kalau aku yang kena macam tu…suruh doktor suntik racun tikus lagi bagus.

Lebih kurang seminggu selepas raya, mak mertua aku sibuk nak balik rumah dia sendiri kat Tanjong. Macam tau-tau pulak. Dan minggu lepas…dia pun ucap selamat tinggal pada semua.

Dah mati pun satu cerita. Sapa nak korek kubur? Sapa nak mandi mayat? Sapa nak tanam? Duduk kat Gurney Drive…nak cari sapa? Kalau kat kampong…budak-budak hisap gam pun boleh gali kubur.

Rupa-rupanya tak susah. Ada package jenazah. Semuanya siap diuruskan. Bayar saja.

Fuh!! lagi senang!…. kalau ada duit la..

Kalau ikut ugama…(takat yang aku tau la…) nak menguruskan jenazah ni bukan la susah sangat. Duduk kat kampong…keluarga simati tak perlu risau apa-apa pun. tapi kat pekan…kalau tak dak duit…naya ooo!

Masa nak sembahyang jenazah…ada sorang tu bagi tau…suruh sediakan peket hijau. Isi la seringgit dua..nak bagi kat orang yang sembahyang. Ish!! tak kan nak sembahyang jenazah pun nak bagi upah?

Bila dah selesai pengkebumian…member tu tanya kat aku lagi..”tak huloq ka kat Tok Imam yang baca talkin tu?” Laaa… kalau kat kampong…ambil tikar atau payung tu..bagi saja la.

Dalam pukul enam petang …lagu tu, member yang sama bagi tau kat aku..”Malam ni nak buat tahlil nak makan apa?”

Whoit!! Aku dah tengah mati…sehari suntuk takat pekena kopi O sejuk..dah nak sediakan jamuan untuk tahlil pulak!

“Tak payah masak…hang pi beli murtabak kat Hameediyah cukup!” member bagi tau.

“Berapa keping?”

“Beli la…lima enam puluh keping.”

Aku pun pi kat Hameediyah..beli 60 keping murtabak. Sekeping empat ringgit. Hutang kat Hameediyah empat puluh ringgit. Aku ingat dua ratus dah cukup dah.

Aku pun pi hantaq kat Masjid Kelawei. Mamak tu bungkus.. lima keping satu bungkus.

Lepas sembahyang Isya..baru la nak pekena murtabak. Pi kat belakang tinggal dua bungkus. Mana pi?

Rupa-rupanya…geng bangla ni…depa tak tunggu orang habis baca doa. Sebaik habis saja sembahyang Isya..depa cekup sebungkus sorang…terus belah. Sorang sapu lima keping murtabak…raya sakan.

Naya…



http://perakexpress.com/?cat=14

2 ulasan:

  1. Salam Biaqpila,

    Ni..lah dunia sekarang. Semuanya duit. Ada duit semua o.k. Takdak duit semua jammed.

    Entahlah... kadang2 aku fikir orang zaman sekarang macam dah takdak pilihan lain lagi. Semua benda ada harganya... Dah takdak sikap tolong-menolong & gotong royong macam orang dulu2. Nilai2 murni seperti keprihatinan untuk membantu secara ikhlas tanpa mengharapkan balasan, seperti sudah lama luput ditelan zaman...

    Begitulah jadinya apabila kecintaan duniawi sudah melebihi kecintaan kepada Ilahi, sehinggakan sifat2 mulia yg dianjurkan Islam hanya menjadi ayat2 pemanis bibir sahaja. Sedang hakikatnya kebanyakan manusia lebih suka mengejar kemewahan material semata2, hingga mengabaikan sifat2 insani sesama mereka...

    Wassalam.

    BalasPadam
  2. Ws musafir kelana...
    Zaman asal barang jadi duit..

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...