Khamis, November 06, 2008
Mahfuz selar Najib ‘rakus’ langgar peraturan Parlimen
TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diselar kerana kebiadapannya secara ‘rakus’ dan ‘bulldoze’ melanggari peraturan Parlimen dengan tidak menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2009 (Bajet) mengikut kelaziman yang dilakukan Menteri Kewangan sebelum ini.
Menurut Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar, bakal Presiden Umno itu tidak membenarkan ahli Dewan Rakyat meminta penjelasan sekaligus melambangkan betapa penakutnya pemimpin yang didakwa bakal menggantikan Perdana Menteri sedia ada.
“Bagaimana Najib boleh kemukakan fakta baru sedangkan kita membahaskan bajet 2009 yang telah dibawa ke Parlimen selama dua minggu. Kita tak boleh terima sikap dia yang tidak mahu menjawab soalan berbangkit.
Sebaliknya kata Mahfuz, Najib sepatutnya menunjukkan tauladan yang baik dengan memberi ruang kepada perbahasan supaya Pakatan Rakyat juga dapat memberi idea-idea dan membantu kerajaan dalam menangani kemelut ekonomi yang menekan negara dan rakyat jelata.
“Ini tidak, kerajaan Barisan Nasional terus sombong menyatakan bajet 2009 tidak perlu berubah kerana ekonomi global yang meruncing tidak memberi kesan kepada negara tetapi dalam masa sama mengemukakan langkah-langkah dan fakta-fakta baru.
“Mana boleh kemukakan langkah dan fakta baru atas bajet yang telah lama di bahas dan esok Parlimen balik semula bincang bajet lama. Ini tidak pernah dibuat dan Najib sudah cipta sejarah yang dia langgari prosedur Parlimen,”ujar Mahfuz dalam tulisan terbaru dilaman blognya.
Ahli Dewan Rakyat Pokok Sena itu turut hairan bagaimana Najib tidak memberi sebarang penjelasan berhubung pelbagai isu hangat dibangkitkan Pakatan Rakyat sebelum ini.
“Sepatutnya Najib menjawab secara spesifik isu yang dibangkitkan sebelum ini oleh Pakatan Rakyat seperti pembelian Eurocopter, pembelian Maybank dan KWSP yang ada kaitan dengan bajet 2009 sebaliknya secara sombong tidak mahu memberi penjelasan atas perkara terbabit.
“Ini contoh seorang bakal Perdana Menteri yang tidak bersedia bertanggungjawab dan penakut. Tidak ada wibawa langsung untuk memimpin negara jika Parlimen sendiri tidak dihormati.” kata Mahfuz lagi.
KEDAHLANIE
Salam, Salam Perjuangan. Tahniah di atas kejayaan biaqpila di dalam meyampaikan info terus kepada rakyat. Kami ingin memohon supaya pihak biaqpila agar memasukkan link laman kami. Di harap agar rakyat akan mendapat berita yang telus, dan terus.
BalasPadamLaman kam berbentuk berita online harian
Kerjasama dari pihak saudara saya dahulukan ucapan jutaan terima kasih.
Kami boleh di hubungi menerusi email di
malayadaily@gmail.com
Berikut adalah link laman kami
http://www.malayadaily.com
Admin Malaya Daily
Wasalam
Wslm...
BalasPadamTerima kasih juga kerana sudi berkunjung ke biaqpila. Link saudara telahpun saya masukkan di ruangan berita semasa biaqpila.
Linkkan juga biaqpila di laman anda..kehkehkeh...
Bersama-samalah kita melawan media talibarut umno/bn... takbir!!!