Selasa, Disember 16, 2008

LAGI-LAGI SEKUPANG



Tiada kejutan lagi. Tak ada apa yang nak diherankan. Harga minyak petrol dan diesel turun sekupang lagi. Rakyat marhain dah tak ambik pot dengan penurunan harga minyak. Walaupun harga minyak turun, tapi harga barang makanan lain tak turun-turun.

Kerja pak menteri perdagangan sejak dua tiga bulan ni dah jadi senang.Hanya cuma perlu umumkan penurunan harga minyak saja. Tak payah dok pikir macam pak menteri yang dulu tu. Setiap sebulan turun sekupang,cukup setahun dapatla seringgit dua kupang.Hilang la pening kepala setahun.Tak payah nak berserabut pikir benda lain.

Rentak penurunan macam siput yang berlawanan dengan kenaikan macam ribut membuatkan rakyat masih belum memaafkan sepenuhnya kesilapan kerajaan menaikkan harga minyak secara mendadak jun lalu.



Penurunan harga minyak tidak memberi kesan langsung terhadap harga ikan. Cili padi juga begitu. Sekarang kalau kita makan nasi goreng cili padi di gerai makan, nak jumpa sebiji cili padi pun payah. Nasi goreng pun dah tak pedas macam dulu. Semua ni gara-gara harga cili dah mahal. Beli cucur udang pun dah tak dak udang. Apatah lagi nak jumpa badak dalam cucur badak. Jangan mimpi la.

Sekarang kalau makan nasi kat kedai mamak, bubuh dada ayam goreng dengan sekor sotong yang ciput pun dah tujuh ringgit.Dah takdak sapa nak pantau harga.Semua pakat dok lena sebab musim tengkujuh.Mungkin juga sebab terlebih makan daging korban.

Apa yang diharapkan kepada pak menteri terbabit, jangan cuma dok pikir nak turunkan harga minyak yang sepatutnya dah diturunkan lebih rendah lagi,sebab memang wajib kena turun,jadi tak payahlah dok buang masa mesyuarat setiap bulan pasal nak turun harga minyak sekupang-sekupang.Yang sepatutnya dimesyuaratkan adalah macamana nak turunkan harga beras,ikan,ayam,kambing,lembu,arnab,unta,puyuh,telur masin,burung kasawari,dubuk,singa,badak,pemetik api,mancis api,lilin dan berbagai lagi barangan pengguna marhain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...