Sabtu, Januari 17, 2009

ASYIK KAJI BILA NAK GUNA?


SPR kaji guna semula dakwat kekal hari mengundi
Oleh G. MANIMARAN
MSTAR

KUALA TERENGGANU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kemungkinan besar akan menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya akan datang.

Penggunaan dakwat kekal yang dibatalkan pada saat-saat akhir dalam pilihan raya umum lalu akan diteruskan dalam pemilihan akan datang, kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini.

"Kami sedang mengkaji untuk meneruskan rancangan penggunaan dakwat kekal," kata beliau selepas meninjau proses pengundian pilihan kecil Kuala Terengganu di Sekolah Menengah Tuanku Bariah pagi tadi.

Tambah beliau, satu kajain akan dijalankan untuk meneliti kemungkinan tersebut.

Ketika ditanya sama ada ia akan digunakan dalam pilihan raya umum akan datang, beliau berkata jika boleh SPR akan menggunakan dalam mana-mana pilihan raya kecil jika ada.

"Kalau boleh kita akan cepatkan, kita akan mulakan dengan pilihan raya yang kecil di kawasan yang kecil lebih awal sebelum pilihan raya umum," katanya.

Bagaimanapun jelas beliau, langkah tersebut memerlukan kajian dalam aspek perundangan.

Pembatalan penggunaan dakwat kekal pada kuku itu ekoran wujudnyanya laporan yang menyatakan penyeludupan dakwat tersebut telah dibuat sebelum pilihan raya umum yang lalu.

Malah Jemaah Menteri pernah meminta SPR menimbangkan penggunaan dakwat kekal dengan mengambil kira isu, bahawa pelaksanaannya mungkin bercanggah dengan Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan.

Keputusan membatalkan penggunaan dakwat kekal tersebut dibuat empat hari sebelum proses pembuangan undi 8 Mac lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...