Selasa, Februari 03, 2009

ADUN HILANG-ORANG BUNIAN TAK TERLIBAT



Seperti angkasawan rindukan bulan,ramai masih menantikan kemunculan 2 adun PKR Perak yang hilang entah ke mana.Penantian ini tidaklah setaraf menanti kemunculan Imam Mahdi.Mereka cuma adun saja,iaitu manusia biasa tanpa apa-apa keramat maupun sakti.

Kelibat mereka hilang lebih seminggu. Cuti sekolah yang panjang sempena Tahun Baru Cina pun dah habis tapi mereka masih tidak muncul-muncul.Yang muncul hanyalah surat perletakan jawatan semalam. Turut muncul juga wakil mereka yang menafikan perletakan jawatan tersebut. Yang pelik, dalam hilang ghaib itu, masih mampu menjawab lagi melalui wakil. Ternyata semua orang salah mendefinasikan keadaan. Yang paling tepat bukannya hilang tapi bersembunyi.Persoalannya kenapa mereka perlu main sembunyi-sembunyi? Atau mereka disembunyikan? Aku rasa mereka bukan disembunyikan oleh sang bunian, kerana mereka masih dapat mengikuti perkembangan dari tempat persembunyian.Kalau orang bunian tak terlibat, masakan jin tanah boleh terlibat dalam kes ini.Kalau begitu siapa punya angkara?Tepuk dada (tepuk pelan-pelan saja), tanya selera.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...