Ahad, Februari 01, 2009

BEHRANG DAN CHANGKAT JERING DESTINASI PERCUTIAN SETERUSNYA

Behrang dan Changkat Jering bakal menjadi destinasi percutian hujung minggu bagi pak-pak menteri selepas ini. Zoom Malaysia yang berterusan sepanjang tahun ini, selepas percutian yang memenatkan di Kuala Terengganu dan Permatang Pauh sebelum ini, pak-pak menteri akan sekali lagi menghabiskan masa bercuti di dua destinasi terbaru ini.

Jika menyusuri lebuhraya utara-selatan mereka akan singgah di Behrang terlebih dahulu.Selepas menaburkan janji-janji di Behrang mereka akan menyelusuri lagi perjalanan untuk menaburkan beberapa lagi janji di Changkat Jering. Percutian kali ini dijangka akan lebih memenatkan kerana penat bercuti di Kuala Terengganu masih membisa seluruh urat sendi.Urat kentut pun dah seriyeh.

Kita akan dapat menyaksikan pesta percutian ini melalui saluran khas tv 3 setengah masak yang akan terus membantu kempen cuti-cuti Malaysia seperti sebelumnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...