Selasa, Februari 03, 2009

MUSIM LAPORAN POLIS KEMBALI


SEMEMANGNYA HIDUP INI BAGAI PUTARAN RODA. ADA JUGA ORANG KATA HIDUP INI SEPERTI PEREDARAN MUSIM. MUSIM PANAS,MUSIM SEJUK,MUSIM BAS TERBALIK,MUSIM KAPAL TERBANG JATUH,MUSIM BUNGA,MUSIM DURIAN RAN TAK LUPA JUGA MUSIM BUAT REPORT POLIS. SECARA KEBETULAN KEDATANGAN TAHUN BARU CINA INI DIMULAI DENGAN MUSIM BUAT REPORT POLIS. MUSIM BUAT REPORT POLIS INI DIJANGKA AKAN BERTERUSAN SEHINGGA PERTENGAHAN MAC INI.
KITA PUN TAK TAU APA JADI PADA REPORT POLIS YANG DIBUAT PADA MUSIM-MUSIM YANG LALU.
BANYAK SANGAT NAK BUAT FOLLOW UP,TUP-TUP DAH TIBA MUSIM BARU PULAK....

----------------------------------------------------------------------------------
Laporan polis terhadap Fauzi dan Ngeh
Feb 3, 09 4:11pm


Satu laporan polis dibuat hari ini terhadap Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Ipoh Barat, Fauzi Muda, kerana didakwa memfitnah Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya Timbalan Perdana Menteri menawarkan RM50 juta kepada mana-mana ahli dewan undangan negeri (Adun) daripada Pakatan Rakyat di Perak supaya menyertai Barisan Nasional.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Ipoh Barat, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi yang membuat laporan di Balai Polis Sungai Senam di Ipoh, berkata kenyataan Fauzi yang membuat akuan bersumpah bahawa Najib membuat tawaran berkenaan, adalah berunsur fitnah yang menimbulkan rasa resah, gelisah dan tidak puas hati masyarakat.

"Kenyataan Fauzi memberi gambaran bahawa pemimpin tertinggi negara adalah tidak bermoral dan korup dan ini boleh memimbulkan suasana tegang di kalangan rakyat," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu, lapor Bernama.

Di Balai Polis Daerah Ipoh pula, Ketua Pemuda Parti Progresif Penduduk (PPP) Jason Chang membuat laporan polis meminta siasatan dijalankan terhadap anggota exco kanan kerajaan negeri Perak Datuk Ngeh Koo Ham kerana didakwa membuat fitnah kononnya ada beberapa Adun dari BN di Perak dan di Negeri Sembilan akan menyertai Pakatan Rakyat.

"Saya ingin mencabar beliau supaya menamakan ADUN yang akan melompat dalam tempoh seminggu. Sebagai pemimpin bertanggungjawab, jika beliau gagal, sila letak jawatan," katanya.

Polis mula siasatan

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah berkata siasatan telah dimulakan terhadap laporan polis yang dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Changkat
Jering, Mohd Osman Jailu yang menafikan Mohd Osman meletakkan jawatannya sebagai wakil rakyat kawasan tersebut.

Ketua Polis Perak Datuk Zulkifli Abdullah berkata pihak polis akan merakamkan kenyataan daripada semua pihak berkaitan.

Selain itu, polis juga akan mendapatkan maklumat daripada mereka yang boleh membantu siasatan, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, wakil Mohd Osman, Mohd Farizal Umar telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam pada jam 1.30 pagi menafikan Adun Changkat Jering itu telah mengosongkan kerusinya.

Laporan polis itu dibuat berikutan kenyataan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V Sivakumar pada Ahad lalu yang beliau menerima surat dari Osman dan Adun Behrang Jamaluddin Mohd Radzi, yang menyatakan kedua-dua mereka telah mengosongkan kerusi DUN di kawasan masing-masing.

-MALAYSIAKINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...