'Lompat parti tidak akan berlaku di Selangor' - Khalid Ibrahim
Muhammad Arif Ismail
Wed | Feb 11, 09 | 12:34:37 am MYT
SHAH ALAM, 11 Feb (Hrkh) - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Selangor masih utuh ketika perbuatan melompat parti semakin menjadi-jadi seperti yang hangat diperkatakan sekarang.
"Di Selangor, tiga parti Pakatan rakyat iaitu PAS, DAP dan KeADILan semuanya memberi komitmen. Memahami perbuatan ini hanya memberi kesan kepada parti dan Pakatan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas Majlis Penyerahan Sijil Simpanan Tawas AmBank dan Kad Si Manja Tawas di Kediaman Menteri Besar, Bukit Megawati baru-baru ini.
Turut menghadiri sidang media itu, pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail dan Xavier Jayakumar yang merupakan Exco Kesihatan.
Menurut beliau, kemungkinan untuk berlaku perbuatan melompat parti ada sedikit. Namun ia tidak sedikit pun dapat mengugat kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri ini.
"Saya berpendapat, perbuatan melompat parti tidak akan berlaku," tegas beliau.
Semua parti dalam Pakatan Rakyat katanya, memahami bagaimana kita mesti menjaga maruah ahli dan parti kita supaya tidak ada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) boleh melompat parti ke sana dan ke mari.
"Serta kesan yang sangat buruk kepada parti dan Pakatan Rakyat seperti yang berlaku di Negeri Perak dan ini merupakan satu pengajaran," katanya.-azm_
HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...