Ahad, Mac 08, 2009

ANTARA LE TOUR DE LANGKAWI DENGAN HIMPUNAN 100,000 PPSMI




Sekalung penghargaan buat semua rakyat yang hadir dalam Perhimpunan Mansuhkan PPSMI semalam.Walaupun mata kita masih terasa pedihnya kesan gas dan air kimia,namun itu adalah lakaran sejarah yang pasti akan menjadi kebanggaan anak-cucu kita.

Memang tak patut,rakyat yang ingin menyerahkan memorandum diperlakukan sebegitu oleh PDRM. Bukannya rakyat ingin pergi melakukan rusuhan di Istana.Bukannya rakyat ingin pergi merompak Istana.Juga bukan rakyat ingin pergi menyerang Istana.Rakyat hanya ingin menyerahkan sekeping memorandum buat Raja mereka.Kenapa perlu menghalang?

Jika terbukti rakyat ingin menyerang Istana atau ingin menceroboh Istana, tembaklah mereka walaupun dengan peluru hidup ataupun lontarkan saja bom C4.Semua rakyat sokong demi keselamatan Raja.

Dalam kes Himpunan PPSMI ini,sepatutnya polis hanyalah mengawal lalulintas sepertimana mereka lakukan semasa acara lumba basikal Le Tour De Langkawi atau sebagainya supaya rakyat boleh sampai dengan selamat ke Istana.Kenapa polis dapat memberikan kerjasama mengawal lalulintas dengan baik semasa Le Tour De langkawi? Kenapa tidak dapat memberi kerjasama yang serupa kepada rakyat yang berarak?

Bilamana polis bertindak seperti semalam, perhimpunan yang sepatutnya selamat pun dah jadi tak selamat.Polis dilihat semakin kemaruk untuk menyusahkan rakyat.Rakyat marah lagi sebab kebebasan kini terkubur bersama keranda 152.Marilah sama-sama kita berdoa semoga kerajaan seperti ini dikuburkan pada 2012.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...