Alamak,berita frust buat mat-mat bangla walau di mana saja mereka berada. Peluang untuk mereka menikmati kehidupan mewah di Malaysia tertutup kini.Entah kenapa kerajaan kita tiba-tiba berubah fikiran tidaklah mat-mat bangla ini tahu.Kerajaan kita berubah hati sebelum sempat mereka mencuba nasib di negara yang menjadi idaman mereka.Keputusan untuk menghalang kemasukan mereka ini dibuat serta-merta,sebelum sempat menteri kewangan membacakan bajet mini bawah pokok itu.Entah apa sebab dan gerangan juga tidak siapa yang tahu.Semalam keluar berita kata seramai 70,000 nak masuk,tup-tup hari ni semua tak boleh datang ke Malaysia.Macam flip-flop kerajaan ni.Hari ni kata nak naik harga tol,kemudian esok tak jadi.Hari ni kata esok tak bubar parlimen,kemudian esok bubar.Tapi yang paling rakyat marah ialah masa minyak naik harga.Sampai la ni minyak dah turun harga pun rakyat masih marah lagi kalau sebut tentang peristiwa minyak naik harga hari tu.
Ketepikan dulu tentang flip-flop (keluk-kelek) tu,kita berbalik kepada kisah mat-mat bangla ni.Pada jangkaan mat-mat bangla ini,mereka mengharapkan lebih banyak peluang diberikan kepada mereka sepertimana bajet-bajet lalu.Mereka juga mengharapkan dapat memenuhi sekurang-kurangnya 80% daripada jumlah keseluruhan 163,000 peluang pekerjaan yang bakal dibenihkan hasil persenyawaan pakej rangsangan sekskonomi terbaru.
Mereka teramat frust lagi setelah meneliti bajet mini cooper yang berjumlah rm60 billion itu.Jika tidak kerana keputusan menghalang kemasukan mereka ke Malaysia
yang dibuat serta-merta itu,nescaya rm840 juta dari rm60 billion sudah tentu dalam tangan mereka. Jadi sekarang mereka hanya menggigit jari sambil mengharapkan
kekosongan yang mereka tidak dapat penuhi itu akan diisi oleh mat-mat kampung kita orang Malaysia.Maka selepas ini jika mereka menonton siaran berita dunia tentang Malaysia,mereka akan mendapati rakyat Malaysia telah menggantikan tempat kerja mereka di ladang-ladang sawit mahupun sektor perindustrian yang lain.Namun mampukah mat-mat rakyat kita merealisasikan impian dan harapan mat-mat bangla ini?
Bagi mat-mat bangla mereka masih mempunyai peluang untuk masuk ke Malaysia kerana ini hanya keputusan sementara,jangan sedih,mana tau esok lusa atau bulan depan ada pula lagi bajet mikro pula.Kita ada banyak kali bajet setahun.Tiap-tiap bulan ada saja bajet yang diumumkan.Macam juga dengan pilihanraya kecil,jadi bajet ini akan berkadar terus dengan pilihanraya.Selagi ada pilihanraya kecil selagi itulah bajet akan menyusurinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...