Isnin, Mac 30, 2009

Blogger tersohor beri sokongan pada Nizar

Irwan Muhammad Zain
Mon | Mar 30, 09 | 5:28:28 pm MYT
KAMUNTING, 30 Mac (Hrkh) - Beberapa orang penulis blog tersohor turut berada di Bukit Gantang bagi membantu memastikan calon PAS, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin memperolehi kemenangan dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang.

Mereka berada di sini sejak hari Sabtu dan turut sama menyertai perarakan ke pusat penamaan calon bersama penyokong-penyokong Pakatan Rakyat semalam.

Penulis blog yang juga seorang peguam terkemuka, Harris Ibrahim memberitahu Harakahdaily kehadiran mereka semua sebagai tanda sokongan terhadap Nizar yang akan bertanding di Bukit Gantang.

"Kami semua akan membantu dengan apa cara sekalipun bagi memastikan kemenangan Nizar dalam pilihanraya kecil ini.

"Kami sepakat untuk memastikan kemenangan Pakatan Rakyat kerana telah muak dengan politik kuno yang masih menjadi amalan Umno dan Barisan Nasional" tegas Harris.

Beliau juga menegaskan penulis-penulis blog yang bersama beliau akan memastikan segala maklumat akan dapat disampaikan kepada pengundi-pengundi di Parlimen Bukit Gantang.

Selain itu tegas Harris, jika memerlukan mereka berkempen untuk pihak Nizar, mereka semua tidak akan teragak-agak untuk melaksanakannya.

Menjelang hari Jumaat lebih ramai penulis blog yang akan berada di Bukit Gantang untuk sama-sama membantu dan menyatakan sokongan kepada calon PAS.

Pagi tadi mereka semua mengikuti rombongan Dato' Seri Mohd Nizar melawat pekan Kuala Sepetang dan beramah mesra dengan peniaga dan penduduk setempat.

Selain Harris, penulis blog lain turut kelihatan antaranya Zorro Unmasked,Del Capo, Shah OBE dan beberapa nama lain. - mks. _

harakahdaily

4 ulasan:

  1. sorry, just wanna highlight the notorious saying by one of the perak UMNO MPs: "if you bump into a snake and an indian, whack the indian first."

    lol. it's simply priceless.

    BalasPadam
  2. My vote is for the MB Nizar. How nice that we can have one by-election each month. So that all malaysians can hear, assess and give our mark to all politicians on what they say and how they behave within the month. We noted that they are a lot of YBs are talking nonsense, out of minds and agitating. Here we come and give marks in the monthly by-election. Be cool man, all malaysians can see the truth

    BalasPadam
  3. orang yang sudah mabuk dengan banyak sangat rasuah, inilah kata-kata yang keluar dari mulut mereka! ... kononnya mp.. mp apa? cukuplah 50 tahun menipu cina dan india mengatakan pas itu merbahaya... sekarang orang dah lihat mana satu merbahaya... ameno atau pas! saya undi pas! Belajar daripada Tok Guru, Kelate! ma.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...