Isnin, Mac 30, 2009
Dari Bukit Gantang: Pilih pemimpin yang bertakwa - Dr. Harun Din
Ditulis oleh Te@M.IT
Isnin, 30 Mac 2009 04:03
SIMPANG, 30 Mac : Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din menegaskan bahawa untuk memilih pemimpin pilihlah calon yang beriman dan parti yang bertakwa.
Ketika diminta untuk mengulas bagaimanakah cara untuk memilih calon dan parti yang bertanding menurut Islam, Timbalan Mursyidul Am PAS itu menyatakan;
"Cara untuk memilih pemimpin hendaklah memilih calon yang sememangnya diketahui seorang yang bertakwa dan untuk memilih parti hendaklah memilih parti yang bertakwa yakni parti yang memperjuangkan Islam," katanya.
Pemimpin bertanggungjawab membawa rakyatnya kepada hidup yang diredhai Allah. Ini merupakan satu amanah yang perlu dipikul oleh seorang pemimpin.
Selama 63 tahun UMNO memerintah, apakah yang parti itu lakukan? Bukan sahaja terlibat dengan politik wang ataupun dengan kata lain rasuah yang sememangnya bercanggah dengan syariat Islam, bahkan sepanjang mereka memerintah banyak kerosakan yang timbul dibawah pemerintahan Barisan Nasional (BN).
Pendekatan Islam Hadhari yang dibawa oleh UMNO, hanyalah pada nama tetapi tidak mengamalkan konsep Islam itu sendiri. Malah mengelirukan ramai pihak mengenai agama Islam.
Sepanjang pemerintahan mereka juga, UMNO tidak pernah meletakkan ulamak sebagai Presiden atau Naib Presiden di dalam Majlis Tertinggi mereka.
"Jika UMNO benar-benar hendak membela agama Islam, mereka mestilah meletakkan ulamak di dalam Majlis Tertinggi parti mereka, tetapi malangnya tidak pernah ianya berlaku sepanjang pemerintahan UMNO".
Tambah beliau lagi, sudah lama sejak 1 Mac 1951 lagi PAS telah menyarankan perkara ini tetapi UMNO tidak pernah mengambil tindakan. Malah mereka hanya meletakkan pimpinan mereka adalah dari kalangan yang nyata sekarang ini mengamalkan rasuah atau pernah menyalahgunakan wang rakyat.
Inilah perkara yang rakyat perlu sedar bahawa sepanjang pemerintahan UMNO, mereka hanya mementingkan hak orang-orang tertentu bukannya hak rakyat. Mereka menyatakan mereka membawa konsep Islam tetapi kehidupan, pendekatan mereka tidak sama sekali mengamalkan konsep Islam yang sebenarnya.
Rakyat perlu ingat bahawa kehidupan ini adalah untuk mendapat keredhaan Allah. Oleh itu beliau menyeru bahawa pilihlah calon yang bertakwa yang akan membawa rakyatnya hidup dibawa keredhaan Allah dan parti yang nyata memperjuangkan Islam.
Beliau berharap rakyat di Bukit Gantang akan menolak calon Barisan Nasional (BN) dan sekaligus memberi syarat bahawa rakyat Malaysia sudah tidak menerima pemerintahan BN.
prk059
takde yang nak komen...tang bab agama semua xmo komen..sokong ke,tak ke..semua xmo komen..huhuhu..
BalasPadam