Ustaz Idris Ahmad
Tue | Mar 24, 09 | 3:03:09 pm MYT
* Saya tidak terkejut apabila Kementerian Dalam Negeri menggantung Harakah dan Suara Keadilan selama tiga bulan mulai 23 Mac 2009. Itu memang sudah dijangka. Ini mukadimah kepada pemerintahan diktator Najib Razak yang akan mengambil alih negara.
* Alasannya kerana fakta dan berita menyeleweng. Itu tafisran mereka. Menyeleweng kerana fakta yang dikemukakan adalah tepat dan tidak ikut skrip pembohongan mereka.
* Mereka takut isu Altantuya, pendedahan secara terperinci pembunuhan wanita Mongolia itu oleh akhbar Perancis, gejala rasuah dalam parti perasuah Umno yang bersidang 24-28 Mac 2009 dan penyelewengan dan ketirisan dalam projek kerajaan didedahkan oleh akbar popular ini.
* Sepatutnya Umno jangan takut, kerana mereka ada TV1, 2, 3, 7 dan 9. Ditambah pula dengan Utusan Malaysia, Berita Harian dan lain-lain lagi. Jawablah dengan hujah dan menolak dakwaan yang dikatakan tidak betul dalam media kamu.
* Rakyat hendak dengar juga ulasan daripada media kamu mengenai pendedahan pembunuhan Altantuya di akhbar Perancis. Kenapa tidak saman akhbar tersebut supaya supaya senang rakyat dapat penjelasan dan penerangan.
* Sebenarnya Umno-BN tahu bahwa sekarang rakyat tidak percaya apa yang pemimpin Umno-BN cakap walaupun apa yang mereka cakap itu betul. Kerana pemimpin BN lebih banyak bohong daripada betul.
* Tndakan yang kerajaan buat sudah terlambat dan silap perhitungan. Sekarang bukan zaman Raja Bersiong dan Zaman Batu. Sekarang zaman langit terbuka. Sebenarnya tindakan yang dibuat ini bagus untuk Pakatan Rakyat kerana rakyat akan bertambah marah kepda Umno-BN.
* Hakikatnya mereka yang membeli Harakah dan Suara Keadilan, mereka yang celik IT yang sentiasa mendapat maklumat di hujung jari. Mereka inilah yang sentiasa buat perubahan dalam masyarakat. Mengajak dan menyebarkan fikrah perjuangan kepada masyarakat untuk menentang Umno-BN di negara ini. Walaupun kamu gantung Harakah dan Suara Keadilan tidak menjadi halangan untuk kami ajak rakyat untuk tolak BN
* Insya-Allah dengan tindakan yang dibuat oleh kerajaan BN akan lebih memberi semangat lagi kepada rakyat untuk bangkit tolak BN di dua Bukit dan Batang Air, Sarawak.
* Pergantungan ini tidak ubah seperti orang tua-tua kata hantu takut kepada kukur kelapa. Macamlah juga dengan pemimpin Umno yang takut dengan Harakah dan Suara Keadilan. Insya-Allah ini satu lagi syarat tanda Umno sudah berada di penghujung hayat dan akan dikebumikan tanpa batu nesan. Takbir. - lanh _
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...