Rabu, Mac 18, 2009

HANYA DATUK ALI BOLEH MERUBAH UMNO...KEHKEHKEH!!!

Penyokong Ali berkumpul di pejabat Umno

Abdul Rahim Sabri | Mar 17, 09 12:48pm
kemaskini 8.30pm Kira-kira 15 orang yang dipercayai ahli Umno yang menyokong Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkumpul di luar bangunan ibupejabat Umno sambil melaungkan 'Hidup Datuk Ali'.

Mereka juga turut melaungkan "Hanya Datuk Ali boleh merubahkan Umno".

Manakala sidang akhbar Lembaga Disiplin Umno berlangsung di tingkat 38 bangunan tersebut di mana Mohd Ali dilarang bertanding jawatan timbalan presiden Umno selepas ejennya didapati bersalah terbabit dalam rasuah dan sogokan politik.

Ketua kumpulan tersebut yang dikenali sebagai Amran Ahmad, ketika bercakap kepada pihak media berkata "kalau nak bersih, bersihkan semua sekali".

"Kalau nak telus, semuanya kena telus," katanya. Mereka berkumpul selama lima minit.

Sebelum itu, kira-kira 40 anggota polis - separuh daripadanya adalah anggota pencegah rusuhan - kini ditempat di pintu bangunan ibupejabat Umno di ibunegara.

Mereka datang bersama empat trak pacuan empat roda polis dan sebuah van.

Kiira-kira 15 anggota kelihatan berada di luar pintu masuk ke bangunan tersebut, manakala yang lainnya duduk di dalam trak.

Manakala kira-kira 30 orang wartawan dan jurugambar diminta oleh pihak ibupejabat Umno supaya berkumpul di lobi bangunan tersebut, sebelum dibenarkan naik menghadiri sidang akhbar tersebut.

Pagi tadi, tersebar pula desas-desus bahawa sekumpulan ahli Umno akan berhimpun di ibupejabat Umno kerana tidak puas hati dengan cara dan keputusan Lembaga Disiplin Umno menjalankan siasatan.

Menurut sumber-sumber, mereka dijangka datang dari beberapa negeri dan akan berhimpun di PWTC setengah jam sebelum sidang akhbar tersebut diadakan.

MALAYSIAKINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...