Khamis, Mac 19, 2009

JANGAN HANGPA INGAT INI PROJEK MEE SEGERA



INI BUKAN PROJEK MEE SEGERA ATAUPUN PAKEJ MERANGSANG NAFSU RAKYAT UNTUK MEMANGKAH DACING. INI ADALAH PEMBERIAN IKHLAS SUCI SETULUS MULUS HATI NURANI KERAJAAN BN. JANGAN HANGPA INGAT INI PROJEK MEE SEGERA.ZAMAN DAH BERLALU,KERAJAAN BN DAH TAK MAIN MEE SEGERA.DEPA SEKARANG MAKAN DAGING KAMBING KUAH HITAM PULAK.


BERITA ASAL:

Pemberian Rebat Minyak Bukan Kempen Kata Masing


LUBOK ANTU, 19 Mac (Bernama) -- Pemberian rebat kepada pemilik enjin sangkut di kawasan Lubok Antu di sini bukan taktik Barisan Nasional (BN) untuk mendapatkan sokongan rakyat pada pilihan raya kecil Batang Ai pada 7 April ini.

Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Seri James Jemut Masing berkata rebat tersebut telah dipohon oleh kerajaan negeri kepada kerajaan pusat tahun lepas berikutan kenaikan harga minyak dunia.

"Rebat ini bukan sahaja diterima penduduk di Batang Ai, malah juga penduduk di Kapit dan beberapa lagi kawasan pedalaman di Sarawak," katanya selepas majlis penyerahan rebat itu di Rumah Dimbap Lubok Antu lewat petang semalam.

Masing yang juga Menteri Kemajuan Tanah Sarawak berkata masih ramai penduduk di kawasan pedalaman Sarawak yang bergantung dengan pengangkutan sungai dan pemberian rebat tersebut sekurang-kurangnya mampu untuk meringankan beban penduduk terbabit.

Pada majlis tersebut Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu Numpang telah manyampaikan rebat minyak enjin sangkut kepada 177 pemilik enjin sangkut di Rumah Dimbap dekat sini dengan jumlah keseluruhan RM87,000.

Sebelum itu Jabu turut menyampaikan rebat kepada 692 pemilik enjin sangkut dengan jumlah keseluruhan RM345,000.

-- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...